You are on page 1of 9

LATAR BELAKANG KAJIAN

SEBELUM KEMERDEKAAN
Jawatan kepimpinan sekolah boleh disifatkan sebagai salah satu jawatan pentadbiran
yang tertua di Malaysia. Menurut Ramaiah (1992) Perkembangan jawatan pemimpin sekolah
di Malaysia dikatakan mempunyai kaitan dengan pentadbiran Inggeris pada zaman negeri-
negeri Melaka Bersekutu. Kewujudan jawatan kepimpinan pula adalah dilihat seiring dengan
penubuhan sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1883 dan penubuhan Institut
St.John di Selangor pada tahun 1904. Ketika itu, kepimpinan sekolah addalah orang yang
paling penting dalam sistem persekolahan dan biasanya sekolah-sekolah pada masa itu boleh
dikaitkan dengan personaliti pemimpin yang berkenaan. Mereka adalah guru yang dihormati,
juga pemimpin pengajaran dan dalam keadaan kekurangan guru terlatih, mereka melatih
guru-guru untuk mengisi jawatan penguruan yang kosong di sekolah masing-masing. Pada
ketika itu, Loh (1981) mendapati tugas-tugas pentadbiran sekolah tidak seberat berbanding
dengan tugas pengajaran dan sebahagian besar masa kerja pemimpin sekolah adalah
ditumpukan kepada pengajaran.
SELEPAS KEMERDEKAAN
Kemerdekaan membawa tekad baharu salam sistem Pendidikan Malaysia apabila
terlaksananya Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Laporan -laporan ini membawa
arah baharu dan telah terukir kepada pendidikan negara. Dari sudut peranan kepimpinan,
Ibrahim Saad (1990) mendapati kepimpinan sekolah secara tidak langsung telah diminta
bertindak sebagai pengurus yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dasar dan program
Kementerian Pendidikan dalam bentuk aktiviti di peringkat sekolah kerana keupayaanya
membimbing dan pengaruhnya ke atas warga sekolah yang lain. Peranan ini agak menonjol
pada awal tahun 1970an apapbila kepimpinan sekolah bertindak sebagai pelaksana aktiviti-
aktiviti berupa pengukuhan kepada Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Kebudayaan
Kebangsaan dan penggunaan Bahasa Kebangsaan di peringkat sekolah bagi membentuk
masyarakat Malaysia yang bersatupadu. Menurut Ramaiah (1995) peranan ini secara tidak
langsung telah meningkatkan kedudukan kepimpinan dari segi hirarki organisasi pentadbiran
sekolah di samping turut meningatkan jangkaan dan harapan masyarakat terhadap kebolehan
seseorang pemimpin sekolah.

Laporan Aziz ( 1971 ) berbunyi: The standard of administration in schools is generally below
the level expected. Some head teachers have little or no training in administration and have to
rely on their own judgement, guided perhaps by the clerks who, in many cases, are
themselves not well qualified or equipped to carry out the multifarious administrative
functions.
Profesion pengetua sekolah atau principalship adalah unik jikalau dibandingkan dengan
profesion lain kerana sesiapa yang ingin menjadi pengetua sekolah tidak perlu dilatih dahulu.
Komen dari W.G. Walker ( 1989 ) tentang perkara ini berkata : If a man is to be a teacher we
train him to be a teacher; if an engineer, we train him to be an engineer. But if a man is to be
a good principal? Of course, we do not, unless we wish to delude ourselves by referring to
several years of class teaching which may or may not provide some vicarious experiences in
administration as "training".
Kewibawaan dan keupayaan kepimpinan sekolaj telah mula dipersoalkan berikutan dapatan
Ghazali Othman (1979) dan Laporan Kabinet tentang pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979).
Kedua-duanya mendapati bahawa pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia pada umumnya
adalah kurang memuaskan kerana kepimpinan sekolah kekurangan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Hasilnya Jawatan kuasa (1979) telah
mencadangkan agar penekanan yang lebih harus diberikan terhadap kepimpinan Pendidikan
diperingkat sekolah melalui penubuhan Institut Aminuddin Baki.
Pada ketika yang sama perkembangan pesat dunia telah membawa arus perubahan kepada
Pendidikan di Malaysia, apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menuntut supaya
mengkaji semula kurikulum berorintasikan nilai tempatan. Justeru tahun 1980an merupakan
zaman perkembangan yang pesat dalam bidang Pendidikan di Malaysia. Bagi menyesuaikan
dasar pendidika dengan kemajuan Sains dan Teknologi serantau, kurikulum Baharu Sekolah
Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah diperkenalkan. Selaras dengan
perubahan dan reformasi Pendidikan tersebut, Ramaiah (1995) mendapati peranan
kepimpinan sekolah telah memperlihatkan perubahan yang lebih ketara kepada pemimpin
pengajaran, Guru besar dan pengetua telah memainkan peranan sebagai pembimbing,
penyelia, penilai , pembekal sumber untuk menggalakkan dan memperbaiki PDPC di sekolah.
Namun demikian disebabkan oleh faktor-faktor seperti kedudukan struktur organisasi
sekolah, komposisi kakitangan, peningkatan tahap profesionalisme perguruan, desakan pihak
atasan dan faktor-faktor berkaitan birokrasi sistem pendidikan. Konsep kepimpinan PDPC
mendapat sambutan yang menggalakkan pada awal gerakan sekolah berkesan, tetapi Hussien
Mahmood (1993) mendapati sejak tahun 90an sumbangan pendekatan kepimpinan ini sering
dikritik kerana tidak berkeupayaan membawa perubahan-perubahan dinamik seperti yang
diharapkan terutama dalam menyelesaikan masalah pengurusan sumber manusia.
Robbiah Sidin (1998) pula mendapati perkembangan berkaiatan PDPC pula adalah seperti
konsep “Super principal” dan “super School”. Bagi merealisasikan harapan dan wawasan
tersebut Mohd Salleh Lebar(2000) pula menapati kepimpinan sekolah sering digesa untuk
menjadi pemikir yang berupaya mempersepadukan segala aspek fakta dan pengalaman yang
relevan bagi membina kecemerlangan Organisasi . Seiring dengan harapan tersebut diatas,
Aabdul Rafie (1997) mendapati terdapat pula geseran dan tekanan kepada para pemimpin
sekolah yang kurang mencapai tahap kecemerlangan sama ada dari pihak atasan, masyarakat
mahupun dari sudut politik. Faktor keberkesanan sekolah pula selalunya dijelmakan melalui
amalan aktiviti-aktiviti kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti. Menyedari kepentingan
peranan dan sumbangan kepimpinan dalam pengurusan pentadbiran sekolah maka pelbagai
usaha telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan
kepimpinan Pendidikan. Misalnya Robiah Sidin (1998) mendapati program latihan dalam
perkhidmatan dan literasi saintifik serta teknikal telah didedahkan kepada pengurus
Pendidikan dalam usaha untuk mengubah sikap dan memperkembangkan peranan
kepimpinan sekolah.
KPM telah juga mengambil inisiatif untuk menentukan sokongan dan penambahbaikan
kepada dasar-dasar sedia ada bagi memastikan pembangunan pendidikan yang dirancang
dalam PIPP 2006 – 2010 dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dalam PIPP laluan
kerjaya juga diberi keutamaan dengan meningkatkan kuota Pengetua dan guru Cemerlang
dengan peluasan Skim Pengetua Cemerlang, Guru Cemerlang dan pewujudan skim baru Guru
Besar Cemerlang. Bagi Pengetua Cemerlang sebanyak 10 jawatan diperuntukkan untuk
JUSA C, seramai 200 untuk DG54, seramai 400 untuk DG52, manakala untuk guru
cemerlang sebanyak 24 untuk Gred Khas C, seramai 100 untuk DG54, seramai 250 untuk
DG52, seramai 1000 untuk DG48 dan seramai 4000 untuk DG44 dan bagi Guru Lepasan
Diploma 800 jawatan untuk DGA34, dan 3200 untuk DGA32. JPA juga telah meluluskan
lapisan gred baru DGA38 bagi jawatan Guru Besar Cemerlang. Dalam tempoh lima tahun
disasarkan sebanyak 1700 jawatan DGA38 akan diisi. Selain itu, mengukuhkan barisan
kepimpinan pendidikan melalui teamwork, menggembling tenaga dan menggerakkannya ke
arah matlamat dan Kepimpinan sebagai pemegang amanah, memikul pertanggungjawaban
dan penentu kejayaan.
Pencapaian sekolah sering dikaitkan dengan kepimpinan guru besar.Pandangan Edmore
(2011) selari dengan kenyataan tersebut bahawa agak sukar untuk menemui sekolah
cemerlang dipimpin oleh pemimpin sekolah yang kurang berkaliber. Antara faktor
penyumbang kepada keberkesanan kepimpinan sekolah adalah tahap kompentensi dalam
kalangan pemimpin sekolah yang tinggi.Mortimore (2008) menyokong kenyataan tersebut
dalam menyenaraikan ciri-ciri pemimpin sekolah yang profesional iaitu memiliki sikap,
kepercayaan dan nilai yang positif serta tahap kompetensi yang tinggi. Justeru, kerajaan
menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah berusaha untuk
meningkatkan tahap kompetensi pemimpin sekolah. Hal tersebut dinyatakan dalam PPPM
(2013-2025) dengan menyediakan latihan Continuing Professional Development (CPD)
kepada pemimpin sekolah yang melibatkan penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia.
Persoalannya kini, adakah hasrat kerajaan yang dinyatakan di atas tercapai bagi
meningkatkan pencapaian sekolah dan murid.

KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH


ANJAKAN 5: PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 – KPM
MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP
SEKOLAH.

STRATEGIK

Kualiti pengetua dan guru besar merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting
dalam menentukan keberhasilan murid. Kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah
menunjukkan bahawa pengetua dan guru besar yang cemerlang memberi tumpuan kepada
kepimpinan instruksional bukannya kepimpinan pentadbiran. Guru Besar yang memberi
tumpuan kepada kepimpinan instruksional dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak
20%.

KRITERIA PEMILIHAN PENGETUA DAN GURU BESAR YANG DIAMALKAN PADA


HARI INI.
Sebahagian pengetua dan guru besar dipilih berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya
kecekapan kepimpinan.55% daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada hari ini tidak
pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam
tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru besar. Oleh itu mereka kurang bersedia
Setiap sekolah akan mempunyai pengetua dan guru besar berprestasi tinggi yang sentiasa
gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan keberhasilan murid, dari segi akademik dan
bukan akademik. Pengetua dan guru besar cemerlang akan diberi insentif untuk berkhidmat
di sekolah berprestasi rendah, dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti yang
lebih luas. Asas kepimpinan di setiap sekolah akan diperkukuh, iaitu dengan membangunkan
dan menjadikan guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sebagai pemimpin
instruksional.

KRITERIA PEMILIHAN PENGETUA/GURU BESAR MULAI TAHUN 2013


Kementerian akan menukarkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar dari kriteria
pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada kriteria yang memfokuskan kecekapan
kepimpinan yang ditunjukkan. Setiap pengetua dan guru besar juga dikehendaki
mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL)
daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/guru besar.
Penetapan umur pengetua dan guru besar lebih muda dijangka menyebabkan purata umur
pengetua dan guru besar menurun, dan membolehkan mereka berkhidmat bagi tempoh yang
lebih lama.

PENGGANTIAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGETUA/GURU BESAR.


Kementerian juga akan memperkenalkan proses perancangan penggantian yang mengenal
pasti dan melatih individu berpotensi tinggi bagi memastikan terdapat kelompok calon yang
bersedia untuk berkhidmat apabila dipanggil sebaik sahaja terdapat kekosongan jawatan.

PELUASAN KE JAWATAN LAIN.


Setelah mekanisme ini dilaksanakan, Kementerian akan memperluas fokus perancangan
mencakupi guru penolong kanan, ketua bidang dan juga ketua panitia.

PROGRAM PEMENTORAN BAGI PENGETUA / GURU BESAR MULAI 2013.


Pengetua/guru besar yang bakal dilantik akan mendapat manfaat daripada satu program
induksi baharu, yang memerlukan mereka mengikuti program pementoran selama satu bulan
di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan berpindah atau bersara.Mereka juga
akan mengikuti suatu tempoh bimbingan dan pementoran daripada pengetua dan guru besar
berpengalaman atau School Improvement Partner (SiPartner+) daerah sebaik sahaja mereka
memulakan tugas baharu sebagai pengetua dan guru besar secara rasmi. .
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (CPD)

Peluang mengikuti CPD tidak terhenti pada tahun pertama perkhidmatan sebagai pengetua
dan guru besar. Malah, CPD ini akan terus menjadi sumber untuk membolehkan setiap
pengetua/guru besar memperbaharui tahap profesionalisme masing-masing. IAB juga akan
memastikan peluang CPD yang sama disediakan bagi penolong kanan, ketua bidang dan
ketua panitia. Kepimpinan berprestasi tinggi akan menikmati peluang kemajuan kerjaya yang
lebih pantas. Pemberian insentif akan disemak semula bagi menggalakkan pengetua/guru
besar berprestasi tinggi untuk bertugas di kawasan luar bandar dan atau di sekolah berprestasi
rendah. Kepimpinan yang mengalami kesukaran dalam mencapai standard minimum akan
diberikan bimbingan tambahan, manakala pengetua/guru besar yang masih gagal mencapai
tahap kualiti minimum walaupun telah diberikan bimbingan tambahan akan ditugaskan
semula ke jawatan guru di sekolah lain.

BUDAYA KECEMERLANGAN PROFESSIONALISME


CADANGAN
Aspirasi bagi pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya kecemerlangan
profesionalisme yang dipimpin rakan sejawat. Pemimpin sekolah membimbing satu sama
lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan sama-sama
bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional. Guru besar dilantik berdasarkan
prestasi yang ditunjukkan ketika melaksanakan kerja dan pelbagai kriteria akan diambil kira.
Guru tersebut haruslah mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu. Sementelahan itu,
seorang guru besar haruslah mempunyai pengalaman yang mencukupi bekerja di sekolah.
Untuk menjadi guru besar, guru tersebut haruslah menghadirkan diri dan mendapat sijil
Kursus Kepengetuaan.Kelayakan akademik tambahan juga diambil kira bagi melantik
seorang guru besar.
Guru tersebut juga harus mempunyai pengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun
sebagai guru kanan mata pelajaran, ketua bidang, penolong kanan, jawatan-jawatan
pentadbiran di PPD, JPN, Bahagian IAB, IPG dan KM. Guru tersebut juga harus mempunyai
sekurang-kurangnya tiga tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara perlu melepasi tahap
kesihatan yang memuaskan (Jabatan Pendidikan Negeri Perak, 2013)
Jadi untuk menjadi guru besar bukanlah perkara yang amat mudah dan perlu melalui pelbagai
proses serta tahap.Seseorang guru haruslah mempunyai pengalaman yang mencukupi serta
mempunyai berkaliber untuk memimpin guru-guru yang bekerja di bawahnya.Seseorang guru
besar haruslah memiliki sifat-sifat positif dan bekerjasama dengan semua guru untuk
melaksanakan sesuatu tugasan

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan
rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem Pendidikan kebangsaan
untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara.Kemudian,
sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatan kuasa
ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Berdasarkan empat era iaitu, PIPP, Laporan Rahman
Talib, PPPM dan Amanat Menteri memberi pembaharuan melalul kajian-kajian lepas.
SEBELUM KEMERDEKAAN
Kepimpinan guru besar dan pengetua sebagai faktor yang paling penting dalam
memperngaruhi pencapaian matlmat sesebuah sekolah. ‘Principal can make a difference’
yang diperkenalkan oleh Edmonds(1978) membawa maksud bahawa guru besar dan pengetua
boleh mengubah keadaan sesebuah sekolah itu daripada kedudukannya yang yang kurang
berkesan atau kurang berjaya kepada yang berkesan dan berjaya. Kebanyakan guru besar
dahulu dilantik melalui British council.

SELEPAS KEMERDEKAAN
LAPORAN RAHMAN TALIB
Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata
Razak1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar Pendidikan ini telah
disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan
Rahman Talib kini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Dalam laporan
Rahman Talib, kepimpinan guru besar tidak diberi penekanan kerana hanya berfokus kepada
guru.
Akta Pelajaran 1961

Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum diberi status pentadbir ataupun profesional.
Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961 masih menganggap pengetua sebagai guru
sekolah dan jawatan itu tidak dimasukkan ke dalam senarai pegawai pentadbiran. Dalam
Laporan Aziz ( 1971 ) pula, jawatan pengetua sekolah tidak di masukkan ke dalam kategori
profesional.

Apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional, ia akan
menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduan
tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan.

Laporan Aziz ( 1971 ) berbunyi: The standard of administration in schools is generally below
the level expected. Some head teachers have little or no training in administration and have to
rely on their own judgement, guided perhaps by the clerks who, in many cases, are
themselves not well qualified or equipped to carry out the multifarious administrative
functions.
Profesion pengetua sekolah atau principalship adalah unik jikalau dibandingkan dengan
profesion lain kerana sesiapa yang ingin menjadi pengetua sekolah tidak perlu dilatih dahulu.
Komen dari W.G. Walker ( 1989 ) tentang perkara ini berkata : If a man is to be a teacher we
train him to be a teacher; if an engineer, we train him to be an engineer. But if a man is to be
a good principal? Of course, we do not, unless we wish to delude ourselves by referring to
several years of class teaching which may or may not provide some vicarious experiences in
administration as "training".

KPM telah juga mengambil inisiatif untuk menentukan sokongan dan penambahbaikan
kepada dasar-dasar sedia ada bagi memastikan pembangunan pendidikan yang dirancang
dalam PIPP 2006 – 2010 dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dalam PIPP laluan
kerjaya juga diberi keutamaan dengan meningkatkan kuota Pengetua dan guru Cemerlang
dengan peluasan Skim Pengetua Cemerlang, Guru Cemerlang dan pewujudan skim baru Guru
Besar Cemerlang. Bagi Pengetua Cemerlang sebanyak 10 jawatan diperuntukkan untuk
JUSA C, seramai 200 untuk DG54, seramai 400 untuk DG52, manakala untuk guru
cemerlang sebanyak 24 untuk Gred Khas C, seramai 100 untuk DG54, seramai 250 untuk
DG52, seramai 1000 untuk DG48 dan seramai 4000 untuk DG44 dan bagi Guru Lepasan
Diploma 800 jawatan untuk DGA34, dan 3200 untuk DGA32. JPA juga telah meluluskan
lapisan gred baru DGA38 bagi jawatan Guru Besar Cemerlang. Dalam tempoh lima tahun
disasarkan sebanyak 1700 jawatan DGA38 akan diisi. Selain itu, mengukuhkan barisan
kepimpinan pendidikan melalui teamwork, menggembling tenaga dan menggerakkannya ke
arah matlamat dan Kepimpinan sebagai pemegang amanah, memikul pertanggungjawaban
dan penentu kejayaan.

You might also like