You are on page 1of 5

Soalan : Ibn Khaldun telah membahagikan sesebuah masyarakat itu kepada dua

kumpulan : Masyarakat Hadari dan masyarakat Badawi. Bincangkan seberapa


perbezaan ciri atau sifat kedua jenis masyarakat tersebut.

Zaman Jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman Jahiliah wujud selepas keruntuhan
kerajan Saba`. Pada masa itu, tiada nabi yang diutus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT
untuk dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan
fizikal yang melambangkan peradaban yang tinggi. Jahiliah berasal dar kataakar Jaha;a dan
lata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang bermaksud bodoh dan sesat. Berdasarkan al-Quran,
ciri-ciri Jahiliah dapat dirumuskan kepada empat iaitu Zaman yang tidak mempunyai Nabi dan
kitab suci sebagai petunjuk, masyarakatnya tidak mempunyai peradaban dan tamadun,
masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta masyarakatnya jahil kerana tidak
boleh membaca dan menulis.

Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Hadari dan
masyarakat Badawi. Ciri- ciri bagi kedua-dua golongan masyarakat ini ialah :

Badwi Hadari
Tinggal di luar bandar. Tinggal di bandar.
Suka berpindah randah. Tinggal tetap.
Bercucuk tanam dan menternak. Perniagaan dan pertukangan.
Hidup berpuak. Pergaulan lebih luas.
Hidup sentiasa bertelagah dan berperang. Hidup aman damai dan bersatu padu.

Bentuk politik yang diamalkan bagi kedua-dua golongan ini amatlah berbeza.
Antaranya ialah :

Badwi Hadari
Berasaskan kabilah yang dipimpin oleh Berasaskan kepada satu kuasa pentadbiran
seorang yang dipanggil syeikh. pusat yang terdiri dari berbagai- bagai
jabatan.
Kehidupan mereka sentiasa berperang, Kehidupan bersistematik dan aman damai.
kabilah yang lemah akan menjadi mangsa
kepada kabilah yang kuat.
Dalam aspek ekonomi, kedua- dua masyarakat ini mengamalkan punca pendapatan
ekonomi yang berbeza- beza. Antaranya ialah :

Badwi Hadari
Menternak binatang seperti unta, kambing, Berniaga seperti pakaian, ternakan dan
kibas, kuda dan keldai. hamba abdi.
Bercucuk tanam seperti kurma, anggur, Membuat mangkuk tembaga, baju besi,
buah tin, kismis dan sebagainya. barang perhiasan emas dan perak dan
memahat batu.
Merompak harta kabilah lain. Menjalankan perniagaan antarabangsa
seperti membawa barangan ke Syam dan
Parsi.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jahiliah mengamalkan kepercayaan dan


agama yang berbeza – beza. Kepercayaan merujuk kepada pegangan atau keyakinan
terhadap kewujudan kuasa ghaib yang mampu memberi perlindungan atau manfaat kepada
seluruh kehidupan manusia. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan dua jenis kepercayaan
iaitu kepercayaan agama dan adat. Kepercayaan agama dikaitkan dengan unsur suci,
penyembahan dan mempunyai Tuhan masing- masing. Kepercayaan adat pula merujuk
kepada kepercayaan tahyul dan tradisi lama masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun
daripada nenek moyang mereka. Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan
masyarakat Arab Jahiliah ialah:

Agama Hanif ➢ Agama peninggalan nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya nabi
Ismail a.s. Ia diturunkan di kota Makkah dan penganutnya di
gelar Hunafa. Tidak disertakan kitab tetapi Suhuf. Penekanan
agama ini kepada mengesakan Tuhan yang satu. Agama ini
mengambil kaedah aT-Thahannuth iaitu amalan-amalan
kegamaan menurut peraturannya. Antara amalannya
bersembayang, berpuasa dan tawaf mengelilingi kaabah.
➢ Agama ini mengalami proses penyelewengan dari sumber
asalnya setelah sekian lama kewafatan nabi Ibrahim a.s dan
nabi Ismail a.s. Zaman ini dicampur adukkan dengan
penyembahan berhala sehingga terdapat segelintir sahaja
yang mengekalkan agama asalnya seperti Waraqah Bin
Naufal, Usman Bin Huarith, Abdullah bin Jahsy, Zaid Bin
Amru dan Umayyah Abis Salt.

Agama Nasrani ➢ Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul


Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui kitab Injil. Ia
berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan kabilah
Arab Bani Taghlib, Bani Qadaah dan Bani Rabiah.
➢ Terdapat tiga mazhab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan
Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan Malkani di
Maghribi dan Andalusia. Tidak popular dikalangan
masyarakat arab kerana persaingan sengit diantara
mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.

Agama Yahudi ➢ Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta


kitab Taurat. Diamalkan di Madinah, Taima, Khaibar dan
Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi
Kinanah, Bani Namir, Bani al-Harith dan Bani Kandah.
➢ Berbaur sentimen perkauman. Anti kepada penganut
agama lain. Terseleweng kerana beranggapan diri
mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di
dunia.

Agama Wathani dan ➢ Diamalkan majoriti masyarakat Arab. Mereka


peyembahan berhala. menyembah pelbagai patung pelbagai saiz daripada
kayu, batu dan tepung. Mereka jadikan berhala-berhala
ini sebagai pengantara mendekatkan diri dengan tuhan.
Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan
manfaat dan mudarat.
➢ Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-
Manat, al-Uzza dan Hubal. Di Makkah ketika itu terdapat
360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah. Berhala-
berhala ini dimiliki setiap kabilah misalnya suku Kinanah
memiliki berhala Saad yang terletak di tepi pantai
Jeddah. Suku Maznah memiliki berhala Nuhum dan suku
Hawazin memiliki berhala Zulkhalasah.

Agama Majusi ➢ Agama penyembahan alam persekitaraan khususnya


matahari dan api. Agama ini agak lama dan kabur. Para
pendetanya wajib menyembah matahari sebanyak 4 kali
sehari termasuk menyembah bulan, air dan api.
➢ Tuhan mereka dua iaitu Tuhan baik (Cahaya) dan Tuhan
jahat (gelita). Agama ini mengizinkan perkahwinan
antara ibu dengan anak atau adik dengan kakak sendiri.

Agama Penyembahan ➢ Mereka percaya bahawa cakerawala di langit adalah


Cakerawala sumber segala tenaga dan kekuatan.
➢ Penganutnya terdapat di Utara dan Selatan Tanah Arab.
Mereka beranggapan bahawa matahari sebangsa dengan
malaikat, bulan dan bintang bergantung kepada belas
kasihan matahari sebagai Tuhan lelaki dan bulan sebagai
Tuhan perempuan.

Kepercayaan ➢ Mempercayai bahawa setiap objek disekeliling manusia


Animisme. mempunyai kuasa tertentu yang boleh mempengaruhi
kehidupan manusia. Kepercayaan ini diamalkan oleh
masyarakat Badwi. Mereka menyembah objek-objek
ganjil seperti pokok-pokok, batu-batu besar, Wadi,
kawasan bekas memerah susu kambing dan sebagainya.
➢ Objek sembahan mereka adalah objek-objek mati dan
bukan ciptaan manusia.

Kepercayaan Adat ➢ Ia merupakan warisan tradisi masyarakat arab Jahiliyah


yang kekal dalam sistem sosiobudaya. Menghalang
perbuatan membunuh ular kerana kebimbangan ular
membalas dendam. Meyakini pemakaian azimat boleh
menguatkan pemakainya. Roh si mati boleh menjadi
seekor burung Hammah.
➢ Contoh kepercayaan adat seperti mempercayai alamat
yang ditunjukkan oleh burung sebelum keluar dari
rumah.

Kesimpulannya, sebelum kedatangan Islam, latar belakang masyarakat Arab Jahiliah


di Kota Mekah lebih kepada semangat assabiyah dan juga pelbagai keturunan Arab sehingga
akhirnya mewujudkan kepada kekuasaan Kaum Quraisy yang menimbulkan tuntutan yang
berkuasa. Di Madinah pula, pelbagai kaum dan keturunan yang setentunya memerlukan
seorang pemimpin yang berwibawa untuk memimpin mereka.

NAMA : SYAUQINA NAJWA BINTI SALEMIN

NO. PELAJAR : SYAUQINA NAJWA BINTI SALEMIN

KUMPULAN : RAS2451A

You might also like