You are on page 1of 2

Professional & Continuing

Education Centre (PACE)


Universiti Utara Malaysia
50300 Kuala Lumpur, W.Persekutuan.

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi,

57000 Kuala Lumpur,W.Persekutuan. 25 November 2019

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN


UMUM DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Merujuk kepada perkara diatas, saya wakil daripada kumpulan pelajar Pembangunan
Masyarat II UUM Kuala Lumpur yang sedang melaksanan satu tugasan ingin memohon
kebenaran pihak tuan/puan untuk mengadakan Program Ceramah Tentang Masalah Gejala
Sosial di Kalangan Pelajar Sekolah di tempat tuan/puan.

2. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan
remaja, ibubapa dan masyarakat dalam mencegah masalah sosial remaja yang menjadi
semakin parah pada masa kini. Kehadiran ibu bapa pelajar turut dialu-alukan bagi
mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak mereka.

3. Sekiranya pihak kami dibenarkan untuk menjalankan projek ini ditempat tuan/puan,
kami akan berbincang dengan pihak tuan/puan tentang aktiviti yang sesuai dijalankan dengan
lebih terperinci pada masa yang ditetapkan.

4. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada pihak
tuan/puan amat kami hargai. Kami ingin merakam jutaan terima kasih atas sokongan dan
keperihatinan tuan/puan.

Sekian,terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,

………………………………
(NURZAINI BINTI ABDUL WAHAB)
Setiausaha,
Program Pembangunan Masyarakat II
Professional & Continuing
Education Centre (PACE)
UUM Kuala lumpur.

You might also like