Professional Documents
Culture Documents
Guru Dan Perundangan
Guru Dan Perundangan
Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)
mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:
Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan / kesalahan khusus.
Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.
Prosedur dan tindakan tatatertib.
Hukuman tatatertib.
Peruntukan pelbagai yang berkaitan.
Peraturan 4(1)
- Sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.
- Ditegah bersubahat dengan musuh Negara.
- Ditegah membocorkan rahsia Negara.
- Ditegah memperkecil dasar serta tindakan kerajaan.
- Ditegah berlakon dalam filem yang memburukkan Negara.
Peraturan 4(2)
- Tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi.
- Tidak boleh berkelakuan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan awam.
- Tidak boleh menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.
- Menjaga nama baik profesion.
- Perlu cekap dan sentiasa berusaha menyelesaikan tugas.
- Jujur, amanah dan bertanggungjawab.
- Tidak boleh menggunakan pengaruh untuk memberi tekanan dalam menyokong sebarang tuntutan
untuk diri sendiri atau orang lain.
- Melaksanakan apa yang disuruh dan tidak cuai dalam melaksanakan tugas.
Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar
pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan
daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk
memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
Akta Pendidikan 1996 juga memperuntukkan program Pendidikan Khas untuk murid yang
memerlukan pendidikan khas dan tempoh pembelajaran tidak boleh kurang daripada tempoh
minimum pendidikan rendah dan menengah. Selain itu, dalam akta ini, pengajaran Agama Islam
diajar sekiranya terdapat 5 atau lebih murid yang beragama Islam. Pengajaran agama selain agama
Islam juga dibenarkan tetapi murid harus mendapat persetujuan ibu bapa secara bertulis.
Bahasa Kebangsaan digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua institusi pendidikan
kecuali sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi lain yang dikecualikan. Jika bahasa
pengantar di sebuah institusi bukan bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah
dijadikan mata pelajaran wajib.
(vi) Penerimaan masuk Murid ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar
di sekolah, 1998
Diguna pakai di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
Anak warganegara dan bukan warganegara.
Penyimpanan daftar penerimaan murid.
Pertukaran sekolah dengan kelulusan Pengarah Pendidikan.