You are on page 1of 12

BAHAGIAN A

ARAHAN Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. Bincangkan faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab kepada


keracunan makanan.
- air minuman yang tidak selamat
- tiadakebersihan diri
- pencemaran udara, makanan
- kekotoran
- pencemaran bakteria dan kuman

2. Huraikan objektif progam susu sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah.


(a) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah
dengan tabiat sentiasa meminum susu.
(b) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah
dengan memupuk tabiat sentiasa meminum susu.
(c) Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf
sosioekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui
skim percuma.
(d) Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui
(e) Penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah
konsep pensyarikatan Malaysia.

3. Pencemaran udara merupakan masalah persekitaran utama negara kita.


Bincangkan punca pencemaran udara.
(a) Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran.
(b) Sumber-sumber perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan
sebagainya

4. Terangkan EMPAT daripada enam teras utama program Bersepadu Sekolah


Sihat.
(a) keselamatan makanan di kantin sekolah.
(b) pertolongan cemas
(c) keselamatan sekolah
(d) pencegahan penyakit
(e) penekanan aspek fizikal dalam sekolah
(f) pendidikan kesihatan

5. Huraikan objektif rancangan makanan tambahan yang di perkenalkan di


sekolah-sekolah.
(a) Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah
rendah,terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah
secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan
sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
(b) Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada
murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari
segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga
(c) Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak
langsung.
(d) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan RMT.
(e) Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa
serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan
diri,kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

BAHAGIAN B
ARAHAN Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Rancangan Kesihatan Sekolah berasaskan kepada konsep kesihatan yang


menyeluruh di mana ia merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan
rohani.
(a) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah.
1. Rancangan Makanan Tambahan
2. Program 3K
3. Perkhidmatan Kesihatan
4. Perkhidmatan Pergigian
5. Sekolah Kawaan Larangan Merokok
6. Sekolah Bebas Denggi

(b) Sebagai pentadbir kita perlu memastikan taraf kesihatan pelajar kita.
Nyatakan program kesihatan sekolah masa kini

(a) keselamatan makanan di kantin sekolah.


(b) pertolongan cemas
(c) keselamatan sekolah
(d) pencegahan penyakit
(e) penekanan aspek fizikal dalam sekolah
(f) pendidikan kesihatan

2. Program doktor muda dan anti denggi merupakan program yang mendapat
perhatian Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan bagi
membangkitkan kesedaran ramai dalam menjaga kesihatan.

(a) Huraikan dengan jelas cara pemindahan penyakit denggi serta objektif
program anti denggi.

Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk
Aedes yang mengakibatkan peningkatan morbiditidan mortaliti.
- menyerapkannya ke dalam Program Kesihatan Sekolah yang sedia ada.
- adalah menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid untuk
menjadikan mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah
dan mengawal kejadian penyakit denggi.
- Murid-murid merupakan golongan yang mudah disemai dan menerima
pengetahuan yang baik dengan harapan mereka dapat mengamalkan serta
membentuk tingkah laku yang positif.
- ini adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran kepada
murid - murid di dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di
sekolah.
- ini juga menggalakkan penglibatan semua golongan termasuk ibu bapa dan
kakitangan sekolah di dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam
denggi.

(b) Huraikan apakah yang anda tahu mengenai program doktor muda.

Program Doktor Muda merupakan satu program promosi kesihatan Sekolah.


melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan.
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah Tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih dan
dilatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka bertindak sebagai
pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang
positif di kalangan pelajar sekolah. Doktor Muda diberikan latihan mengenai
asas kesihatan supaya mereka dapat menjadi pendidik kepada rakan sebaya.
Tugas sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada
rakan-rakan di sekolah memerlukan mereka mempunyai pengetahuan yang
khusus mengenai asas kesihatan.

3. Sebagai perancang dan pelaksana dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat


kita perlu mengetahui bidang tugas bagi menjadikan program yang
dilaksanakan lebih mantap.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh guru dalam melaksanakan Program
Bersepadu Sekolah Sihat.

(a) Memahami teras-teras utama PBSS


(b) Menyokong melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang
dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
(c) Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh
dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
(d) Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
(e) Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.
(f) Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai
PBSS.

(b) Huraikan peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam melaksanakan


Program Bersepadu Sekolah Sihat.

(a) Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di


sekolah
(b) Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh
guru-guru, wakil agensi kerajaan dan swasta serta wakil masyarakat setempat.
(c) Merancang aktiviti dengan mengambil kira:
• Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta
keadaan persekitaran yang selamat
• Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan
aktiviti PBSS yang berkesan.
• Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab
terhadap diri, keluarga dan masyarakat
• Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai
azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.
(d) Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan
terancang, tersusun dan berterusan.

4. Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan


pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelas
khas.
(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan kesihatan sekolah.
(a) Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah
tentang taraf kesihatan diri sendiri
(b) Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan
seseorang pada jangka masa tertentu.
(c) Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima
untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah.
(d) Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan
merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang
berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga
untuk pemulihan.
(d) Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak
sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan
yang efektif.
(e) Mengawal penyakit yang berjangkit.
(f) Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan
Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah.
(g) Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan
kesihatan dan penyeliaan khas.

(b) Sebagai penasihat program perkhidmatan kesihatan sekolah, anda diminta


menyelaras aktiviti tahunan. Bincangkan ENAM aktiviti perkhidmatan kesihatan
sekolah yang hendak dilaksanakan.

– Rawatan ringan dan kecemasan


– Kawalan penyakit berjangkit
– Penilaian (screening) atau pemeriksaan kesihatan ke atas muridmurid
– Perkhidmatan Pergigian
– Rujukan dan rawatan susulan
– Program imunisasi
5. Makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan. Dewasa ini isu makanan
tercemar atau keracunan makanan mengambil tempat utama dalam media
massa.
(a) Huraikan tugasan yang perlu dilakukan seorang pengusaha dan pekerja
premis makanan.

(h) Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi.


(ii) Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan
pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.
(iii) Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja
sehingga disahkan sihat.
(iv) Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke
semasa.

(b) Huraikan perkara asas bagi memastikan makanan bersih dan selamat.

(a) Kebersihan bahan mentah.


(b) Pengendalian makanan yang bersih.
(c) Kebersihan diri pengendali makanan.
(d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi
(e) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.
(f) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.
(g) Penyediaan makanan yang betul.
BAHAGIAN C
ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Sebagai guru pertolongan cemas di sekolah, anda dijemput untuk memberi


ceramah berkaitan peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi semasa
memberikan pertolongan cemas. Sediakan nota ceramah anda.

(a) Menilai Situasi Kecemasan


(h) Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tenang
dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku.
(ii) Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap lain-lain
bahaya terhadap diri dan mangsa.
(iii) Hindarkan diri anda dari sebarang risiko.

(b) Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat


(i) Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan kepada
mangsa.
(ii) Pastikan mangsa dihindarkan dari bahaya dengan memindahkan mangsa
dari tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya.
(iii) Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda.
(iv) Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana
kemungkinan bahaya.

(c) Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas


(j) Cuba melindungi mangsa dari sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah
pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan dengan segera
(ii) Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada:
• Sedar sepenuhnya atau tidak
• Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri
• Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi
• Tidak mempunyai nadi

(d) Meminta Bantuan atau Pertolongan


(i) Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam perjalanan.
(ii) Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat pertolongan
dari orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu:
��Memastikan kawasan kemalangan selamat
��Membuat panggilan kecemasan
��Mendapatkan peralatan pertolongan cemas
��Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan
��Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa
��Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan selamat.

2. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan anda, terdapat berbagai isu dan


masalah dalam mencapai objektif Rancangan Kesihatan Sekolah. Bincangkan isu
dan masalah tersebut serta berikan contoh yang berkaitan

(a) Keberkesanan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Perkara ini mungkin


disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

(i) Sikap Pelajar, Guru dan Pentadbir Sekolah terhadap Kesihatan


• Mata pelajaran PJK bukannya mata pelajaran peperiksaan di sekolah, jadi pihak
murid, guru dan pentadbir sekolah memandang ringan terhadap mata pelajaran
ini berbanding dengan mata pelajaran peperiksaan lain seperti Bahasa Melayu
dan Matematik.
• Guru yang tidak ada latar belakang pendidikan jasmani dan kesihatan atau
pengkhususan diarahkan untuk mengajar kesihatan

(ii) Kekurangan Guru Terlatih dalam Kesihatan


• Kajian menunjukkan hanya 49.4% guru-guru yang ditemuduga telah mendapat
latihan kesihatan di maktab-maktab perguruan, universiti dan kursus-kursus
pendek
. • Keadaan ini juga berlaku kerana mata pelajaran PJK ini bukannya mata
pelajaran yang diberi keutamaan di sekolah.
• Mata pelajaran kesihatan biasanya sebagai pelengkap waktu mengajar guru (iii)
Masa dan Kandungan Kurikulum PJK
• Kementerian Pendidikan menghadapi kekangan kerana terlalu banyak
perkara penting yang perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah.
• Beberapa isu baru seperti alam sekitar, konsumerisme, dadah, AIDS dan isu
sosial lain.
• Masa yang diperuntukkan untuk PJK begitu terhad
• Bilik persalinan dan alat bantu mengajar tiada, sedikit sebanyak melunturkan
semangat murid
��murid dan guru untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.

(iv) Penilaian Pendidikan Kesihatan


• Oleh kerana matlamat Pendidikan Kesihatan ialah berhubung dengan sikap dan
amalan yang positif terhadap kesihatan dan ia memerlukan kemahiran bagi
mengukur perubahan-perubahan ini.
• Kebanyakan guru yang tidak mempunyai kemahiran bagi mengukur aspek
perubahan sikap, dan amalan.

(b) Organisasi dan Pelaksanaan Program


• Jawatankuasa Bersama RKS yang terdapat di pelbagai peringkat ini berbeza
dari segi prestasi. Ada JK yang aktif dan ada yang sebaliknya.
• Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor kemanusiaan dan
sumber-sumber tempatan yang sedia ada.
• Perkembangan program-program kesihatan begitu mendadak untuk
menangani beberapa isu dan masalah kesihatan semasa.
• Perkembangan staf di pelbagai peringkat terhad akibat perkembangan
program-program yang terlalu pantas kerana mengikut arus perkembangan
kesihatan semasa.
• Kekangan staf untuk menguruskan program-program kesihatan sekolah. (c)
Bebanan Kerja Guru
• Bebanan tugas 'paper work' dan kerja-kerja perkeranian terutama dalam
menyediakan rekod-rekod dan maklumbalas kepada pihak-ihak berkenaan serta
tugas-tugas ko kurikulum.
• Menjejaskan program kesihatan sekolah kerana guru-guru terpaksa memberi
perhatian kepada perkara-perkara yang telah disebutkan.

(c) Kemudahan Asas dan Kemudahan Fizikal


• Kekurangan kemudahan fizikal di sesebuah sekolah.
• Terutama bagi sekolah-sekolah lama, masih terdapat banyak kekurangan
kemudahan asas dan fizikal sekolah.
• Kadar bilangan tandas dengan bilangan murid, kemudahan fizikal kantin dan
asrama padang permainan dan sebagainya, masih lagi kurang di kebanyakan
sekolah.
• Keadaan tersebut menjejaskan tugas-tugas penyelenggaraan dan menjaga
persekitaran sekolah yang bersih, indah dan selamat.

(d) Masalah Penyelarasan Program


• Program kesihatan sekolah ini dilaksanakan oleh beberapa Kementerian dan
agensi bukan kerajaan pelbagai masalah seperti penyelarasan kerana setiap
agensi terlibat dengan pelbagai program lain dan masing-masing mempunyai
tugas keutamaan tersendiri.

(e) Kewangan
• Peruntukan yang diberikan kepada sekolah untuk tugas-tugas
penyelenggaraan dan menaiktarafkan bangunan begitu terhad sekali.
• Menjejaskan usaha-usaha membaik pulih dan peningkatan taraf keadaan
fizikal sekolah.
(f) Isu-isu Baharu Kesihatan
• Pada masa kini telah wujud beberapa isu baharu dalam kesihatan sekolah
seperti:
− kesihatan sosial remaja
− pengurusan tekanan diri (stress management)
− penderaan
− perlakuan-perlakuan yang berkaitan dengan seksualiti.

You might also like