You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN/PRAKATA

Program Lawatan Integrasi murid arus perdana dan murid PPKI 2019 merupakan satu aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan setiap tahun oleh Jawatankuasa Lawatan SK Taman Segar.
Pembelajaran menerusi aktiviti lawatan dapat memberi impak positif terhadap perkembangan
pembelajaran murid-murid.

Secara tidak langsung program seperti ini dapat membantu murid-murid membina keyakinan
diri dan memberi peluang kepada mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar di samping
menambahkan pengetahuan murid-murid merasai pengalaman baharu di negeri Kedah Darul Aman.

2.0 LATAR BELAKANG


Selaras dengan hasrat negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan
secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka
untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini
merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi
kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

2.1 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 29 Oktober hingga 1 November 2019


Hari : Selasa hingga Jumaat
Tempat : Pulau Langkawi, Kedah

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Ainon binti Mohamed Asari (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn. Sara binti Ahmad Termizi (GPK Kokurikulum)
: Pn. Rosni binti Othman (GPK Pentadbiran)
: En. Izuddin Shah bin Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
: Pn. Royati binti Wan Salin (GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras : Cik Norbahiyah binti Baharom (Guru Perpustakaan & Media)
Setiausaha : Pn. Zalina binti Muhammad
JAWATANKUASA PELAKSANA

Pendaftaran : Pn. Norhana binti Tasor

Pengangkutan : En. Mohd Rusydii bin Samsudin

Penginapan : En. Mohd Yusman bin Yahaya

Keselamatan : En. Abdul Rauf bin Ismail

Dokumentasi & Fotografi : Pn. Zalina binti Muhammad

Peralatan & Aktiviti : Pn. Nor Hafizah binti Murhid

Kawalan Murid : Pn. Roslinda binti Hassan

: Noor Dahlia binti Omar

2.3 OBJEKTIF
Aktiviti pembelajaran menerusi program lawatan ini diharapkan dapat membantu murid-
murid arus perdana dan muris PPKi SK Taman Segar daripada aspek:

2.3.1 Meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran komunikasi dan interaksi sosial


murid-murid dengan rakan-rakan serta masyarakat sekeliling
2.3.2 Membina ‘self-esteem’ murid-murid SK Taman Segar
2.3.3 Memupuk semangat mencintai negara dengan menganjurkan lawatan ke
destinasi pelancongan seperti Kereta Kabel Langkawi.
2.4 KAEDAH PELAKSANAAN

BIL PROSES KERJA KAEDAH PELAKSANAAN TINDAKAN

1. Merancang Program a) Penyelaras Program memohon kebenaran


Lawatan daripada Pengerusi Program (Guru Besar) untuk
Penyelaras
pelaksanaan lawatan.
Program
b) Mengenalpasti peruntukan dan sumber kewangan
untuk melaksanakan lawatan.

2. Menyediakan Kertas a) Setiausaha menyediakan kertas kerja bagi


Kerja Pelaksanaan tujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan
Lawatan lawatan.
Setiausaha
b) Kertas kerja dibentangkan untuk mendapat
kelulusan Pengerusi Program (Guru Besar).

3. Menyelaras Persediaan a) Pembentukan AJK Kerja dan sesi taklimat Penyelaras


Sebelum Lawatan berkenaaan bidang tugas AJK. Program
b) Menguruskan penghantaran kertas kerja ke Penyelaras
Jabatan . Program
c) Kutipan borang kebenaran ibu bapa dan yuran AJK
lawatan. Pendaftaran
d) Taklimat ringkas tentang aktiviti dan peralatan
yang perlu di bawa kepada peserta lawatan. AJK Guru

4. Taklimat Akhir a) Pemantapan kertas kerja.


Bersama Pentadbir b) Makluman tentang proses akhir persiapan
lawatan.
Penyelaras
c) Memaklumkan kebenaran yang telah diperoleh dari
Program
Jabatan.
d) Mendapatkan maklum balas dan surat kebenaran
dari semua tempat yang akan dilawati .

5. Pelaksanaan Semasa a) Memastikan aktiviti lawatan lancar dan diurus Penyelaras


Lawatan dengan baik. Program
b) Menyelaras aktiviti yang perlu dilaksanakan di AJK
setiap tempat lawatan. Kawalan
Murid
c) Memastikan keselamatan murid di setiap tempat AJK
lawatan. Keselamatan
d) Pengambilan foto semasa lawatan diadakan untuk AJK
tujuan dokumentasi. Fotografi &
Dokumentasi

6. Tindakan Selepas a) Pengurusan tuntutan bil-bil perbelanjaan di Penyelaras


Lawatan pejabat. Program
b) Proses menyiapkan laporan dan dokumentasi AJK
akhir untuk diserahkan kepada pihak sekolah. Dokumentasi
c) Post mortem AJK
Pelaksana
2.5 BAHAN/PERALATAN YANG DIGUNAKAN

BIL PERKARA BAYARAN JUMLAH CATATAN

Pengangkutan ( Bas Sumbangan PIBG


1 1 Bas X RM 3 600.00 RM 3 600.00
dari Kuala Lumpur)

RM 1 300.00 Kutipan murid


Pengangkutan (Bas di
2 1 Bas X RM 3 600.00
Langkawi) Wang SUWA
RM 1200.00

3 Makan murid 40 orang X RM 85.00 RM 2 400.00 Sumbangan luar

Penginapan 3 hari 2 Kutipan murid


4 40 orang X RM 30.00 RM 1 200.00
malam
Tiket Feri (pergi – Kutipan murid
5 40 orang X RM 26.00 RM 1 040.00
balik)
Tiket Lawatan
1. Kereta Kabel
Langkawi
2. Mangrove
40 orang X RM 29.00 RM 1 160.00
Kilim Kutipan murid
6 40 orang X RM 25.00 RM 1 000.00
Geoforest Park
40 orang X RM 10.00 RM 400.00
3. Langkawi
40 orang X RM 6.00 RM 240.00
Wildlife Park
4. Makam
Mahsuri

JUMLAH KESELURUHAN RM 14 570.00

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN/AKTIVITI

BIL NAMA JAWATAN BIDANG TUGAS

1. Pn. Ainon binti Mohamed Pengerusi a) Mempengerusi dan mengendalikan


Asari Program mesyuarat.
(Guru Besar SK Taman b) Memberi arahan yang tepat dan
Segar) jelas kepada jawatankuasa
pelaksana dalam melaksanakan
tugas atau aktiviti.
c) Memberi kelulusan dan maklum
balas kepada proses gerak kerja
sebelum, semasa dan selepas
lawatan diadakan,
2. Pn. Rosni binti Othman a) Membantu pengerusi dalam
(GPK Pentadbiran) melicinkan pelaksanaan lawatan.
En. Izuddin Shah bin b) Memangku tugas pengerusi dalam
Abdullah menyampaikan arahan dan maklum
(GPK Hal Ehwal Murid) Timbalan balas semasa ketiadaan beliau
Pn. Sara binti Ahmad Pengerusi
Termizi
(GPK Kokurikulum)
Pn. Royati binti Wan Salin
(GPK Pendidikan Khas)
BIL NAMA JAWATAN BIDANG TUGAS
3. Cik Norbahiyah binti Penyelaras a) Menyelaras perjumpaan dan
Baharom Program perbincangan dengan jawatankuasa
bahagian.
b) Memastikan segala perancangan
berjalan dengan lancar.
c) Menyediakan atur cara dan
menyelaras
perjalanan lawatan dari masa ke
semasa.
4. Pn. Zalina binti Muhammad Setiausaha a) Menyediakan kertas kerja lawatan.
b) Memanggil ahli jawatankuasa untuk
bermesyuarat.
c) Mengumpul dan memproses
maklumat peserta lawatan.
5. Pn. Norhana binti Tasor Jawatankuasa a) Mencari murid yang berminat untuk
Pendaftaran sertai lawatan.
b) Menyerahkan segala maklumat
kepada setiausaha untuk
pemprosesan data.
6. En. Mohd Rusydii bin Jawatankuasa a) Mengenalpasti kos pengangkutan
Samsudin Pengangkutan untuk lawatan.
b) Memastikan semua syarikat
pengangkutan yang dipilih
mempunyai insuran.
7. En. Mohd Yusman bin Jawatankuasa a) Mengenalpasti kos penginapan
Yahaya Penginapan untuk lawatan.
b) Menyusun atur murid mengikut bilik
yang disediakan.
8. En. Abdul Rauf bin Ismail Jawatankuasa a) Memastikan keselamatan murid
Keselamatan terjamin sepanjang lawatan
9 Pn. Zalina binti Muhammad Dokumentasi & a) Membuat rakaman gambar semasa
Fotografi program berlangsung.
b) Mengumpul laporan daripada setiap
jawatankuasa bahagian untuk
dibukukan.
c) Menyiapkan dokumentasi serta
mendapatkan pengesahan daripada
Guru Besar.
d) Menyerahkan satu salinan laporan
kepada GPK Pentadbiran dan
Penyelaras Program untuk tujuan
pemfailan.
10 Pn. NorHafizah binti Murhid Peralatan & a) Menyediakan peralatan seperti peti
Aktiviti kecemasan dan alat tulis
b) Mengedar dan mengumpulkan
kertas soalan dan kuiz sepanjang
lawatan.
11 Pn. Noor Dahlia binti Omar Kawalan Murid a) Memastikan jumlah murid
Pn. Roslinda binti Hassan mencukupi di setiap lawatan bagi
mengelakkan keciciran.
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Penganjuran Program Lawatan Integrasi murid arus perdana dan murid PPKI SK Taman
Segar telah berjalan dengan jayanya hasil kerjasama daripada guru-guru dan murid-murid.
Program lawatan ini telah dilaksanakan di tempat-tempat yang dirancang dan murid-murid
berjaya menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan dari aspek alam sekitar dan juga sejarah
di Pulau Langkawi.

5.0 KEMAJUAN/MASALAH

5.1

5.2 Namun demikian, kehadiran para penerima anugerah pada kali ini tidak menepati
sasaran 100% kehadiran. Daripada 73 orang penerima anugerah, hanya seramai 61
penerima sahaja yang hadir manakala seramai 12 orang lagi penerima tidak hadir ke
sekolah dan ini menyebabkan kegagalan mereka untuk hadir ke Majlis Anugerah
NILAM pada tahun ini. Mungkin faktor tempoh masa penganjuran majlis yang
diadakan pada minggu-minggu terakhir persekolahan menyaksikan ramai murid tidak
hadir ke sekolah kerana bercuti lebih awal dari yang sepatutnya menjadi antara faktor
penyebab masalah ini.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

6.1 Objektif utama penganjuran Majlis Anugerah NILAM peringkat sekolah ini diadakan
adalah untuk menghargai dan memberikan pengiktirafan yang selayaknya kepada
murid-murid yang banyak membaca. Oleh itu, mereka yang terpilih sebagai penerima
anugerah mestilah menunjukkan komitmen dan kesyukuran mereka dengan
menghadirkan diri ke majlis ini. Bagi memastikan masalah ketidakhadiran pemenang
memberikan impak negatif kepada penganjur untuk tahun-tahun mendatang, maka
beberapa cadangan tindakan penambahbaikan akan diambil bagi mengatasi
masalah ini. Antaranya, jawatankuasa pelaksana akan mengeluarkan surat
makluman kepada ibubapa/penjaga murid dan memaklumkan lebih awal keputusan
kepada para pemenang.

7.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid SK Taman Segar. Melalui program ini juga murid diberi pendedahan
dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh memberi manfaat kepada perkembangan diri
dan sahsiah murid-murid arus perdana dan murid-murid PPKI pada masa hadapan. Semoga
lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh, Tarikh: 20 November 2019

__________________________
(PN. ZALINA BINTI MUHAMMAD)
AJK Dokumentasi,
Program Lawatan Integrasi 2019,
SK Taman Segar.

_______________________________
(CIK NORBAHIYAH BINTI BAHAROM)
Penyelaras Program,
Program Lawatan Integrasi 2019,
SK Taman Segar.

Disahkan oleh, Tarikh: ____________________

_______________________________
(PN. AINON BINTI MOHAMED ASARI)
Guru Besar,
SK Taman Segar.
Lampiran 1: Kertas Kerja Program
Lampiran 2: Contoh Surat- menyurat
Lampiran 3: Gambar-gambar Sepanjang Lawatan
Lampiran 4: Soalan Kuiz Sepanjang Lawatan
Lampiran 5: Resit-resit Pembayaran

LAMPIRAN 1

You might also like