You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Isu pencemaran merupakan salah satu isu global yang memberikan impak negatif
dalam kehidupan seharian manusia.Menurut Harrison ( 2015 ) pendedahan terhadap
pencemaran secara berterusan akan mempengaruhi tahap kesihatan manusia. Menerusi Pusat
Rujukan Persuratan Melayu secara dalam talian,Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan
pencemaran sebagai perihal mencemari atau mencemarkan. Dalam kajian (Abdul, Lee, &
Irvan, 2015) mereka menyatakan bahawa Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 pula
mendefinisikan pencemaran adalah perubahan secara langsung atau tidak lansung dengan
sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah
yang menimbulkan seseuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Yusof (2010) mendapati dua jenis pencemaran
alam sekitar yang utama di Malaysia iaitu pencemaran udara dan pencemaran air. Namun
begitu, pencemaran tanah dan pencemaran bunyi juga merupakan pencemaran lain yang
berlaku di Malaysia. Isu ini juga perlu diberi perhatian yang serius. Oleh demikian, punca-
punca berlakunya pencemaran ini perlu dikenalpasti sekaligus membolehkan langkah
penyelesaian dirangka. Persoalan tersebut dijadikan skop utama dalam penulisan reflektif ini
yang bertujuan menyedarkan masyarakat berkaitan punca tersebut serta bersama-sama
membendung isu pencemaran alam sekitar.

2.0 SEBAB-SEBAB PENCEMARAN ALAM SEKITAR

2.1 Pelepasan Asap Kilang

Kajian oleh Triassi et al. (2015) menunjukkan pelepasan asap-asap daripada sektor
perkilangan menjadi antara penyumbang kualiti udara yang teruk di Naples, Itali. Noor Afza
(2015) pula menggariskan pelepasan asap kilang yang tidak ditapis turut membawa kepada
pencemaran udara. Kegagalan penggunaan teknologi dalam mengawal zarah-zarah hasil
daripada proses pembakaran menyebabkan percampuran gas-gas merbahaya di udara. Hal ini
memberi impak negatif terhadap kehidupan manusia kerana udara memainkan peranan
penting dalam kelangsungan kehidupan.
2.2 Kelemahan Pengurusan Sisa Toksik

Haliza & Rohasliney (2014) menyatakan kegagalan pengurusan kilang dalam mentadbir urus
pelupusan sisa toksik telah menyebabkan pencemaran air di Malaysia. Hal ini dapat dibukti
menerusi peningkatan drastik pencemaran sungai sebanyak 11 sungai kepada 22 sungai pada
tahun 2017 akibat pelupusan sisa toksik terus ke sungai (Utusan Online, 2017). Permasalahan
ini telah menyebabkan kegagalan ekosistem dengan kesan utama kepada hidupan sungai.

2.3 Pembakaran Terbuka

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menerusi kenyataan media pada 2015 telah
menyatakan bahawa status kualiti udara yang teruk pada ketika itu disebabkan oleh
pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Kes tersebut secara tidak
langsung mendukung dapatan kajian Park, Kim, & Min Jo (2013) yang membuktikan
pembebasan gas-gas berbahaya daripada pembakaran terbuka berskala besar mempengaruhi
kualiti udara sekitar kawasan kota metropolitan di Korea.

3.0 CADANGAN PENYELESAIAN

3.1 Penggunaan Kebuk Enapan

Menurut Abdul, Lee, & Irvan (2015), penggunaan kebuk enapan di kilang-kilang mampu
mengawal pencemaran. Kebuk enapan ini berfungsi sebagai penapis utama gas-gas kotor
yang mengawal zarah sebelum melalui peralatan pengawalan pencemaran udara terakhir.
Pengaplikasian kaedah ini mewujudkan pelbagai langkah saringan gas industri sebelum
dilepaskan ke udara. Hal ini secara tidak langsung menggalakkan perkembangan sektor
perindustrian di Malaysia di samping memelihara persekitaran yang kondusif untuk
kelangsungan kehidupan.

3.2 Penguatkuasaan undang-undang.

Penguatkuasaan undang-undang secara telus dan menyeluruh merupakan pendekatan


terbaik dalam mengawal pencemaran (Muhammad, Carolyn, & Jamaluddin, 2010). Hal ini
kerana pencemaran berlaku hasil daripada kesilapan serta kerakusan manusia. Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Akta Jalan, Parit dan Banguna
1974 harus ditekankan. Penguatkuasaan undang-undang merupakan antara pendekatan
terbaik yang perlu digunapakai bagi mendisiplinkan masyarakat terutamanya pihak industri.
Sebagai contohnya, penguatkuasaan yang lemah serta tidak menyeluruh membuatkan
masyarakat di Malaysia masih mempraktikkan pembakaran terbuka terutama melibatkan
industri pertanian. Seterusnya, tindakan undang-undang terhadap sektor perkilangan yang
gagal menguruskan sisa toksik merupakan pendekatan yang signifikan terhadap kualiti alam
sekitar di Malaysia. Tindakan tersebut secara tidak langsung membuka dimensi baharu
terhadap rasa kebertanggungjawaban sektor perkilangan dalam menguruskan sisa toksik.

3.3 Peranan Masyarakat

Peranan yang dimainkan oleh masyarakat merupakan antara penyelesaian dalam


mengatasi isu pencemaran alam sekitar di Malaysia. Menurut Renee Kidd (2013), masyarakat
memainkan peranan yang signifikan dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mengawal
dan mengurangkan pencemaran di Malaysia. Masyarakat sendiri perlu menjadi penggerak
serta mendukung segala usaha yang direncanakan. Sebagai contohnya, masyarakat perlu
meningkatkan tahap kecaknaan terhadap persekitaran dengan melaporkan kegiatan yang
membawa kepada pencemaran alam sekitar. Sikap sedemikian mampu memelihara alam
sekitar sekaligus membolehkan kehidupan kondusif dapat berterusan dikecapi.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam memastikan pencemaran alam sekitar dapat diselesaikan,


pelbagai pihak harus sedar dan memainkan peranan masing-masing. Punca pencemaran
seperti pelepasan asap kilang, kelemahan pengurusan sisa toksik, dan pembakaran terbuka
perlu diberi perhatian kerana ia mendatangkan kesan yang serius sekiranya tidak diberi
perhatian yang sewajarnya. Pendekatan-pendekatan yang kompeten dan praktikal harus
dilaksanakan sesuai dengan peredaran zaman. Sehubungan dengan itu, peranan masyarakat,
penggunaan teknologi, serta pelaksanaan undang-undang perlu seiring dengan kepesatan
pembangunan pada masa kini. Semoga nikmat kehidupan anugerah Tuhan yang dikecapi
pada masa kini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

(750 patah perkataan)


Rujukan

Abdul Rahman Mohamed, Lee Keat Teong, Irvan Dahlan. (2015). Pengenalan kepada
Pencemaran Udara. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Haliza Abdul Rahman & Rohasliney Hashim. (2014). Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam
Sekitar di Malaysia. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Maria Triassi, Rossella Alfano 1, Maddalena Illario 2, Antonio Nardone 1, Oreste Caporale 1
& Paolo Montuori. (2015). Environmental Pollution from Illegal Waste Disposal and
Health Effects: A Review on the “Triangle of Death”. International Journal of
Environmental Research and Public Health. Int. J. Environ. Res. Public Health 2015,
12, 1216-1236; doi:10.3390/ijerph120201216

Mohd Yusof Othman. (2010). Media Dan Isu Alam Sekitar. Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 1-17
Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Rizal Razman, Carolyn Melissa Payus & Jamaluddin Md. Jahi. (2010). Kawalan
Pencemaran Sungai dalam Melindungi Ekologi dan Habitat Manusia: Tinjauan
Perundangan di Malaysia. Sari - International Journal of the Malay World and
Civilisation 28(1) (2010): 227-240.

Noor Afza Amran. (2015). Penduan Penubuhan Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur :
Utusan Publication & Distrubators Sdn Bhd.

R.M Harrison. (2015). Pollution : Causes, Effect and Control. Cambridge : RSC Publishing

Renee Kidd. (2013). Air Pullution : Problems and Solution. Kuala Lumpur : Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Young Koo Park, Wooram Kim, & Young Min Jo. (2013). Release of Harmful Air Pollutants
from Open Burning of Domestic Municipal Solid Wastes in a Metropolitan Area of
Korea. Aerosol and Air Quality Research, 13: 1365–1372, 2013 Copyright © Taiwan
Association for Aerosol Research ISSN: 1680-8584 print / 2071-1409 online doi:
10.4209/aaqr.2012.10.0272

You might also like