You are on page 1of 1

TAJUK TUGASAN BAGI SEMESTER 1, SESI 2017/2018

1. BAHASA GERAK-GERI BADAN


Lakukan kajian yang mendalam mengenai gerak geri badan yang biasanya dilakukan
oleh kumpulan etnik pilihan kumpulan masing-masing. Beberapa maklumat penting
yang harus dimasukkan ke dalam laporan anda.

a. Bincangkan kepentingan bahasa gerak-geri badan di dalam proses


perundingan.
b. Jenis-jenis pergerakan badan (kepala, badan, tangan dan kaki) dan makna
pergerakan badan berkenaan.
c. Bagaimana pergerakan badan berkenaan boleh membantu kumpulan etnik
berkenaan dalam menjayakan suatu aktiviti perundingan.
d. Semua gerak-geri badan yang dibincangkan di dalam laporan mestilah
ditujukkan melalui gambar, imej, lakaran atau video.
e. Bahan rujukan.

2. PERUNDINGAN DIANTARA MANUSIA DENGAN ROH


Buat kajian mendalam mengenai perundingan yang dilakukan oleh manusia dengan
roh atau mahluk halus. Antara maklumat utama yang diperlukan adalah seperti di
bawah:

a. Kenalpasti strategi dan taktik perundingan yang manusia gunakan apabila


melakukan perundingan dengan roh berdasarkan kepada pendekatan
keagamaan.
b. Kenalpasti strategi dan taktik perundingan yang manusia gunakan apabila
melakukan perundingan dengan roh berdasarkan pendekatan perbomohan.
(bomoh adalah perantara atau utusan antara dunia manusia dan dunia roh).
d. Bincangkan perbezaan dan persamaan stail perundingan dalam konteks
perundingan perniagaan dengan perundingan dengan roh.
e. Bahan rujukan.

3. STAIL PERUNDINGAN ETNIK


Jalankan penyelidikan terhadap gaya perundingan yang biasa digunakan oleh kumpulan
etnik pilihan anda. Antara maklumat yang diperlukan ialah seperti di bawah.

a. Latar belakang kumpulan etnik pilihan anda.


b. Kenalpasti konflik yang pernah dialami oleh etnik pilihan anda (contoh:
pertunangan, konflik perebutan harta, konflik perceraian, konflik menjatuhkan
maruah, dan konflik-konflik yang relevan).
c. Kenalpasti dan bincangkan dengan mendalam strategi dan taktik perundingan
yang digunakan oleh kumpulan etnik pilihan anda dalam menyelesaikan konflik-
konflik yang mereka hadapi itu.
d. Jelaskan mengapa setiap strategi dan taktik perundingan yang digunakan itu
mencapai kejayaan atau mengalami kegagalan.
e. Bahan rujukan.

You might also like