You are on page 1of 8

Difinisi dan Konsep

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia secara ringkasnya PPPM merupakan dokumen


lengkap yang mengandungi strategi 13 tahun untuk menaik taraf sistem pendidikan supaya
selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Kementerian Pendidikan Malaysia
melancarkan sistem PPPM yang baharu pada Oktober 2011. Pelan ini dilaksanakan dalam
tiga golombangan , iaitu gelombang 1 (2013-2015), Gelombang 2 (2016-2020) dan
Gelombang 3 (2021-2025). Terdapat 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia. Anjakan limanya ialah memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah.
Anjakan lima mengatakan bahawa kualiti kepimpinan sekolah adalah faktor
berasaskan sekolah yang terpenting dalam menentukan kejayaan murid, selepas kualiti guru.
Kajian luar negara mengatakan bahawa kepimpinan sekolah oleh guru besar yang cemerlang
hanya memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional sahaja dan tidak memberi
tumpuan kepada kepimpinan pentadbiran.
Kriteria pemilihan guru besar sebagaian besarnya berdasarkan tempoh perkhidmatan
dan bukan dari segi kecekapan kepimpinan. Kajian mengatakan 55% daripada semua guru
besar yang ada pada masa kini tidak pernah menghadiri sebarang latihan berkaitan dengan
kepimpinan guru besar atau latihan sama ada latihan induksi sebelum atau semasa mereka
berpegang jawatan sebagai guru besar tiga tahun pertama. Perkara ini menyebabkan mereka
mungkin melakukan tugas mereka sebagai guru besar dalam keadaan yang kurang
memuaskan. Ini bererti mereka mungkin menjalankan tugas sebagai guru besar dalam
keadaan kurang bersedia.
Kejayaan dalam anjakan lima ialah setiap sekolah akan mempunyai guru besar
berprestasi tinggi yang gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan keberhasilan murid.
Kementerian akan mencapai matlamat ini dengan memperkenalkan pakej kerjaya baharu
kepimpinan sekolah bagi memperkukuh cara guru besar dipilih, dilatih dan diberi ganjaran.

Langkah-langkah yang akan diambil termasuk:


 Memurni dan memperjelas kriteria pemilihan;
 Membentuk kelompok pemimpin sekolah masa depan yang berpotensi;
 Menambah baik persediaan dan pembangunan professional berterusan; dan
 Memperkenalkan pendekatan pengurusan berdasarkan prestasi dan kompetensi.
Bukti di peringkat antarabangsa mengatakan bahawa kepimpinan sekolah yang
mantap juga diperlukan bagi meningkatkan pencapaian murid secara signifikan. Dalam
sistem sekolah berprestasi tinggi, guru besar bukan sebagai pemimpin pentadbiran malah
merupakan pemimpin instruksional yang memberikan tumpuan kepada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian menunjukkan, menggantikan guru besar
sederhana dengan guru besar cemerlang dapat meningkatkan keberhasilan sehingga 20 poin
persentil.

Pemilihan Guru Besar


Kriteria pemilihan guru besar baharu di Malaysia lebih berasaskan tempoh
perkhidmatan berbanding kompetensi. Anjakan lima menekankan bahawa mulai tahun 2013,
memperkukuhkan kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi guru besar.
Pemilihan guru besar berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan berfokuskan
kecekapan kepimpinan. Sebelum dilantik sebagai guru besar, setiap guru besar perlu memiliki
sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada
Institut Aminuddin Baki (IAB).

Demografi kepimpinan sekolah


Perlantikan berdasarkan tempoh perkhidmatan menyebabkan wujudnya kohort guru besar
yang berada pada penghujung tempoh perkhidmatan akan bersara dalam lima tahun ialah
40%. Sistem perlantikan ini menyekat usaha mendapatkan calon terbaik daripada keseluruhan
perkhidmatan perguruan untuk jawatan kepimpinan sekolah. Tempoh perkhidmatan guru
besar yang berbakat semakin pendek daripada sepatutnya.
Latihan dan pembangunan professional
Sebelum seorang guru besar dilanti, mereka juga memerlukan latihan yang mencukupi
sepanjang perkhidmatan mereka terutamanya dalam membina kepimpinan instruksional.
Dalam tempoh tiga tahun yang pertama latihan tersebut amat diperlukannya untuk
meningkatkan prestasi sekolah. Kajian antarabangsa juga mengatakan bahawa latihan ini
penting dalam pembentukan gaya kepimpinan dan kemahiran guru besar.

Latihan persediaan dan induksi


Pada awalnya iaitu tahun 1987, Kementerian memperkenalkan program induksi iaitu
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (KKPP) untuk melengkapkan guru besar
dengan kemahiran yang diperlukan bagi tempoh tiga tahun pertama. Kementerian juga
memperkenalkan program latihan persediaan yang dikenali sebagai kelayakan Profesional
Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL). Program latihan ini menunjukkan
keberkesanannya. Kajian-kajian dari Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan
Idris menunjukkan guru besar yang baru dilantik dan pernah menikuti latihan NPQEL lebih
bersedia melaksanakan tugas, berbanding mereka yang memegang jawatan tanpa latihan.

Pembangunan Profesional Berterusan


Guru besar perlu menyertai diri dalam aktiviti pembangunan profesional berterusan yang
telah dianjurkan oleh IAB. Pelbagai jenis kursus dan kaedah penyampaian telah dianjurkan
oleh IAB.
Autonomi kepimpinan sekolah
Kini, semua guru besar di Malaysia mempunyai autonomi untuk membentuk persekitaran
pembelajaran di sekolah. Guru besar mempunyai kebebasan memilih aktiviti kokurikulum
dan mata pelajaran elektif bergantung pada permintaan murid dan ketersediaan guru terlatih.

Persekitaran kerja sedia ada


Guru besar perlu memberi penekanan terhadap pembahagian masa dan memberi keutamaan
aktiviti banyak memberikan impak terhadap tugas harian mereka.Kajian mengatakan bahawa
aktiviti pengajaran yang meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara
langsung, seperti cerapan pengajaran dan perancangan kurikulum memberikan impak lebih
tinggi terhadap keberhasilan murid berbanding dengan aktiviti pentadbiran.

Kemajuan Kerjaya dan pengurusan prestasi


Kementerian telah mewujudkan laluan guru besar cemerlang bagi meningkatkan peluang
mereka untuk maju dalam kerjaya. Majlis guru besar cemerlang menjalankan program
pementoran untuk guru besar yang baharu dilantik di setiap negeri dan seringkali
mengadakan rundingan dengan Kementerian tentang isu berkaitan guru dan guru besar.

Pelan Tindakan: Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah


Objektif Kementerian adalah untuk memastikan setiap sekolah mempunyai pemimpin
sekolah berprestasi tinggi yang berkeupayaan meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira
tahap permulaan sekolah. Tumpuan Kementerian bukan sahaja kepada guru besar, tetapi juga
merangkumi pengurusan pertengahan sekolah, iaitu penolong kanan, ketua bidang dan ketua
panitia.

Gelombang 1 (2013 – 2025): Meningkatkan standard pemilihan dan sistem sokongan.


Dalam Gelombang 1, Kementerian akan menyeragamkan dan menambah baik proses
pemilihan dan penyediaan guru besar baharu ini kerana 40% guru besar akan bersara dalam
tempoh lima tahun. Kementerian membangunkan keupayaan guru besar sedia ada melalui
Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) yang lebih baik dan memperkukuhkan
kaitan antara prestasi dengan kompetensi.

Menggunakan kriteria pemilihan bukan berasaskan tempoh perkhidmatan dan


membangunkan proses pemilihan yang diseragamkan.
Kementerian akan meneliti kriteria pemilihan guru besar untuk meningkatkan tahap
kompetensi dan memastikan guru besar dapat berkhidmat bagi tempoh yang lebih lama
sebelum bersara. Memastikan semua bakal guru besar mempunyai tahap kompetensi
kepimpinan minimum iaitu, mempunyai pengalaman sebagai ketua bidang atau guru
penolong kanan.
Kementerian juga hanya akan melantik calon yang telah menyempurnakan tempoh
perkhidmatan sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum bersara dan yang telah menamatkan
program NPQEL. Kementerian akan memastikan bahawa syarat kelayakan NPQEL hanya
dikuatkuasakan selepas bakal guru besar diberi tempoh yang mencukupi bagi memohon dan
mengikuti program tersebut.

Menyemak semula insentif untuk jawatan yang sukar diisi.


Kementerian akan menyemak semula set insentif sedia ada bagi jawatan yang lazimnya sukar
diisi seperti yang berlaku di sekolah luar bandar dan sekolah berprestasi rendah. Selain elaun,
Kementerian sedang mempertimbangkan langkah lain iaitu memberi keutamaan kepada anak
guru besar bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan menyediakan laluan pantas
kenaikan pangkat kepada guru besar setelah mereka menyempurnakan tempoh perkhidmatan
selepas lantikan di luar bandar.

Mewujudkan program residensi guru besar dan mengukuhkan program pendedahan


sedia ada.
Kementerian akan mewujudkan suatu program residensi guru besar dan mengukuhkan
program pendedahan sedia ada untuk menyokong guru besar yang baru dilantik dalam
tempoh peralihan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan sejak awal
tempoh perkhidmatan.

Mengukuhkan kaitan antara prestasi dengan kompetensi


Kementerian juga akan memperkenalkan satu instrument yang mengukur dengan tepat
kompetensi yang diharapkan daripada guru besar pada setiap peringkat

perkhidmatan.Penilainan dengan instrument ini didasarkan pada empat dimensi iaitu,


kepimpinan, nilai-nilai professional, sumbangan dan jalinan kerjasama.
Kementerian mencadangkan penilaian guru besar dilakukan berdasarkan kompetensi individu
dan impak terhadap sekolah masing-masing.Skor akhir akan mengandungi komposit skor
prestasi individu ditambah dengan skor penambahbaikan sekolah.

Memperkukuh program pembangunan professional


Kementerian akan menambah pelaburan dalam memberikan sokongan pembangunan
professional untuk guru besar. IAB akan menambah portfolio latihan sedia ada untuk
meningkatkan keberkesanan dan kerelevanan setiap program. Pihak IAB juga akan
memastikan guru besar mengikuti pelbagai program yang bersesuaian dengan tahap prestasi
mereka yang berbeza.

Gelombang 2 (2016-2020): Memartabatkan profesion keguruan dan menganjak kearah


kepimpinan teragih
Dalam gelombang 2 , menyediakan laluan kerjaya baharu untuk guru besar dalam menambah
baik pemilihan dan mengukuhkan proses lantikan mereka. Kementerian akan melaksanakan
pilihan laluan pantas dan peralihan untuk guru besar.
 Memperkukuh proses pemilihan dan lantikan
 Memperkukuh kemajuan kerjaya
 Meluaskan sokongan pembinaan keupayaan dan keluwesan operasi

You might also like