You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMATA

53300 HULU KELANG, SELANGOR.

KERTAS KERJA

MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN STOR SUKAN DAN PERMAINAN

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SK TAMAN PERMATA
1.0 PENDAHULUAN
Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu diambil perhatian oleh
pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik
ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,
stor sukan ini perlu dibersihkan dan disusun sebaiknya mengikut keperluan
dan kuantiti alat sukan. Rasional projek ini dibuat adalah untuk menyusun atur
peralatan yang ada di dalam bilik sukan. Murid-murid yang akan memasuki
bilik sukan ini akan mendapat manfaat daripada cara penjagaan dan
penggunaan alatan yang betul.

2.0 NAMA PROJEK


‘MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN STOR SUKAN DAN PERMAINAN SK
TAMAN PERMATA

3.0 TARIKH

25 NOV – 31 DIS 2019

4.0 MASA

10 PAGI HINGGA 1 TENGAH HARI

5.0 ANJURAN
Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

6.0 OBJEKTIF PROJEK


6.1 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan.
6.2 Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.
6.3 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor
sukan.
6.4 Melatih bakal guru supaya lebih berkemahiran dalam pelbagai bidang
dan sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada semua khususnya
warga sekolah.
6.5 Mengecat dan membuat tapak permainan ketinting.
7.0 LOKASI PROJEK
Stor Sukan dan Permainan serta persekitaran stor

8.0 JAWATANKUASA INDUK


Guru PJ

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA JUMLAH


1. Cat 6 warna berbeza 6 tong kecil RM 30 RM 120.00
- Merah
- Pink
- Biru cair
- Kuning
- Hijau Cair
- Ungu Cair
2. Kertas A4 1 rim RM 12 RM 12.00
3. Kertas A4 berwarna 1 rim RM15 RM 15.00
4. Plastik laminate 1 rim RM 30 RM 30.00
JUMLAH RM

10.0 SUMBER KEWANGAN


1) Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SK Taman
Permata.

11.0 PENUTUP

Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-
murid. Ia sekaligus dapat meningkatkan lagi keselesaan pengguna dan sedikit
sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang
kepentingan penjagaan stor sukan. Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan
harapan jawatankuasa pelaksana supaya projek ini mendapat perhatian,
pertimbangan dan seterusnya sokongan daripada semua pihak. Segala
kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Contoh :

You might also like