Professional Documents
Culture Documents
Bab 5 - 7 Nota
Bab 5 - 7 Nota
KERANGKA UTOPIAN
• Kegemilangan tamandun lampau berasaskan kerangka utopian
• Ku – dibina berdasarkan idea-idea fikiran tentang sesuatu keadaan masyarakat yang sungguh istimewa
• Berbentuk futuristik dan ‘apa yang patut’ dibuat dalam pembangunan negara
• Berbentuk jangka panjang
• Dibina oleh pakar-pakar dari luar negara
• Bersifat komprehensif yang merangkumi pelbagai bidang
• Biasanya secara terasing menemui kegagalan atau kelembapan
• Sifatnya yang komprehensif memerlukan kerangka ini dijalankan secara bertahap
• Syarat pelaksanaan pembangunan:
1) Wujud kesinambungan antara lapisan kepimpinan
2) Wujud kesediaan dan penerimaan rakyat terhadap faedah berganda
3) Kemampuan kewangan kerajaan
4) Wujud tenaga pelaksana yang profesional dan agresif
5) Pemantauan dan pembetulan
• Ku digerakkan oleh kerajaan dengan cara mobilisasi seluruh jentera kerajaan, swasta dan komitmen
rakyat
• Bersifat jangka panjang iaitu melebihi 50 tahun
• Contoh dasar: dasar bahasa kebangsaan, dasar kebudayaan kebangsaan, dasar pengeluaran makanan,
dasar perhubungan pengangkutan, dasar telekomunikasi, dasar bandar tersusun, dasar pertahanan,
dasar kepimpinan bermoral, dasar kesihatan, dasar masyarakat sejahtera
• Dibina berasaskan ilmu dan kepakaran
• Ditunjangi oleh institusi pendidikan tinggi
• Kelemahan ku:
1) Penyertaan terhad dikalangan elit politik, rakyat biasa terpinggir, pemusnahan alam sekitar,
kebencian rakyat
2) Tidak sensitif kepada sosial dan alam sekitar yang hanya mementingkan pencapian matlamat –
nuklear, pencakar langit, projek mega
3) Hilang kedamaian, warisan sejarah – kekosongan hidup
4) Tidak banyak alternatif dalam pelaksanaan dasar – kebajikan dan keselamatan awam terabai
KERANGKA INKREMENTAL
• Bertahap-tahap dengan andaian bahawa sesuatu masalah itu mempunyai ranting-ranting masalah lain
yang berkait
• Dasar awam sukar dihapuskan cuma boleh dikurangkan
• Dasar digubal secara bertahap-tahap bagi menyelesai masalah utama dan ranting
• Pengalaman boleh dikumpulkan untuk penyelesaian akan datang
• Menjimatkan kos, tidak komprhensif
• Contoh isu keciciran pelajar berkait dengan isu kemiskinan, kedaifan sekolah, sikap negatif,
peperiksaan
• Proses penggubalan dasar inkremental:
1) Kenal pasti isu utama
2) Objektif menangani isu
3) Kenal pasti masalah berkaitan
4) Saiz, liputan, kerumitan, faktor2 masalah
5) Alternatif dasar penyelesaian sesuatu masalah
6) Taksiran kos-faedah, masa, keberkesanan alternatif dasar
7) Projek pelaksanaan dasar
8) Pemantauan
9) Penilaian: masalah pelaksanaan, kesan pada penerima
10) Tindakan susulan atau pembetulan
11) Pembentangan laporan awam
• Terdapat banyak isu pendidikan
• Isu ini perlu disusun mengikut keutamaan: dari am kepada khusus, masyarakat kepada individu,
majoriti kepada minoriti
• Ki – tidak bersandar kepada ada satu alternatif terbaik bagi selesai masalah kerana banyak faktor nyata
dan tersirat
• Jawatankuasa dibentuk bagi memberi perakuan atau cadangan
• Jk bekerja secara demokratik
Model Proses:
• Sebagai satu proses yang terdiri dari fasa:
Pengenalpastian masalah
Penetapan agenda
Penggubalan dasar
Penerimaan dan legitimasi dasar
Pelaksanaan dasar
Penilaian dasar
• Fokus utama analisis ialah proses, bukan kandungan dasar.
Model Rasional:
• Dasar awam yag rasional ialah dasar yang menghasilkan keuntungan sosial yang maksimum
• Oleh itu kerajaan mestilah memilih dasar yang memberi faedah atau keuntungan kepada masyarakat
yang jauh melebihi kos dan tidak memilih dasar jika kosnya melebihi faedah.
• Terdapat 3 kriteria utama:
Dasar hendaklah ditolak jika melebihi kos
Pilihlah alternatif dasar yang menghasilkan faedah terbesar berbanding kos
Sistem membuat keputusan yang rasional
Model Incremental:
• Melihat dasar awam sebagai kesinambungan kepada aktiviti kerajaan yang lepas dengan mengadakan
pengubahsuaian kecil secara inkremental.
• Inkrementalisme bersifat konservatif apa bila dasar sedia ada dijadikan asas dengan tumpuan kepada
menambah. Mengurang atau mengubahsuai dasar semasa.
Model Kumpulan:
• Melihat dasar awam sebagai keseimbangan kumpulan.
• Ia diasaskan kepada teori kumpulan yang mengatakan interaksi dalam kalangan kumulan adalah
tunang kepada politik.
• Dasar awam pada sesuatu masa merupakan keseimbangan yang dicapai dalam perjuangan kumpulan.
• Keseimbangan ini ditentukan oleh kekuatan pengaruh kumpulan-kumpulan berkepentingan yang
terlibat.
• Perubahan dalam kekuatan pengaruh kumpulan akan menghasilkan perubahan dalam dasar awam,
iaitu dasar akan memihak kepada kumpulan yang lebih kuat pengaruhnya.
Model Elit:
• Mencadangkan dasar awam sebagai pilihan dan nilai golongan elit yang memerintah.
• Mencadangkan bahawa rakyat umumnya bersikap “apathy” dan tidak banyak mengetahui tentang
dasar awam.
• Golongan elit yang mempengaruhi dan mencorakkan pandangan orang ramai tetang dasar awam.
• Justeru, dasar awam adalah pilihan golongan elit.
• Penjawat awam dan pentadbir hanya melaksana dasar yang ditetapkan oleh golongan elit.
KOMPLEKSITI
• Pemikiran tentang matlamat dan objektif dasar berbentuk pelbagai hala
• Pemikiran kritikal yang bercapah diperlukan bagi tujuan:
1) Merangka matlamat/objektif yang baik
2) Mencapai matlamat/objektif berkesan
3) Menjimatkan kos
4) Mengelak kesan negatif
5) Mengelak ancaman politik
6) Mengelak penyelewengan
• Dasar yang baik memerlukan nilai asas yang kukuh di samping faktor kos faedah
• Dasar awam yang jelas berfokus kepada nilai murni yang jelas tanpa campur aduk bermacam-macam
nilai untuk menunjukkan keberkesanan