You are on page 1of 6

BAB 5 PENGGUBALAN DASAR: JENIS KERANGKA

KERANGKA UTOPIAN
• Kegemilangan tamandun lampau berasaskan kerangka utopian
• Ku – dibina berdasarkan idea-idea fikiran tentang sesuatu keadaan masyarakat yang sungguh istimewa
• Berbentuk futuristik dan ‘apa yang patut’ dibuat dalam pembangunan negara
• Berbentuk jangka panjang
• Dibina oleh pakar-pakar dari luar negara
• Bersifat komprehensif yang merangkumi pelbagai bidang
• Biasanya secara terasing menemui kegagalan atau kelembapan
• Sifatnya yang komprehensif memerlukan kerangka ini dijalankan secara bertahap
• Syarat pelaksanaan pembangunan:
1) Wujud kesinambungan antara lapisan kepimpinan
2) Wujud kesediaan dan penerimaan rakyat terhadap faedah berganda
3) Kemampuan kewangan kerajaan
4) Wujud tenaga pelaksana yang profesional dan agresif
5) Pemantauan dan pembetulan
• Ku digerakkan oleh kerajaan dengan cara mobilisasi seluruh jentera kerajaan, swasta dan komitmen
rakyat
• Bersifat jangka panjang iaitu melebihi 50 tahun
• Contoh dasar: dasar bahasa kebangsaan, dasar kebudayaan kebangsaan, dasar pengeluaran makanan,
dasar perhubungan pengangkutan, dasar telekomunikasi, dasar bandar tersusun, dasar pertahanan,
dasar kepimpinan bermoral, dasar kesihatan, dasar masyarakat sejahtera
• Dibina berasaskan ilmu dan kepakaran
• Ditunjangi oleh institusi pendidikan tinggi
• Kelemahan ku:
1) Penyertaan terhad dikalangan elit politik, rakyat biasa terpinggir, pemusnahan alam sekitar,
kebencian rakyat
2) Tidak sensitif kepada sosial dan alam sekitar yang hanya mementingkan pencapian matlamat –
nuklear, pencakar langit, projek mega
3) Hilang kedamaian, warisan sejarah – kekosongan hidup
4) Tidak banyak alternatif dalam pelaksanaan dasar – kebajikan dan keselamatan awam terabai

KERANGKA INKREMENTAL
• Bertahap-tahap dengan andaian bahawa sesuatu masalah itu mempunyai ranting-ranting masalah lain
yang berkait
• Dasar awam sukar dihapuskan cuma boleh dikurangkan
• Dasar digubal secara bertahap-tahap bagi menyelesai masalah utama dan ranting
• Pengalaman boleh dikumpulkan untuk penyelesaian akan datang
• Menjimatkan kos, tidak komprhensif
• Contoh isu keciciran pelajar berkait dengan isu kemiskinan, kedaifan sekolah, sikap negatif,
peperiksaan
• Proses penggubalan dasar inkremental:
1) Kenal pasti isu utama
2) Objektif menangani isu
3) Kenal pasti masalah berkaitan
4) Saiz, liputan, kerumitan, faktor2 masalah
5) Alternatif dasar penyelesaian sesuatu masalah
6) Taksiran kos-faedah, masa, keberkesanan alternatif dasar
7) Projek pelaksanaan dasar
8) Pemantauan
9) Penilaian: masalah pelaksanaan, kesan pada penerima
10) Tindakan susulan atau pembetulan
11) Pembentangan laporan awam
• Terdapat banyak isu pendidikan
• Isu ini perlu disusun mengikut keutamaan: dari am kepada khusus, masyarakat kepada individu,
majoriti kepada minoriti
• Ki – tidak bersandar kepada ada satu alternatif terbaik bagi selesai masalah kerana banyak faktor nyata
dan tersirat
• Jawatankuasa dibentuk bagi memberi perakuan atau cadangan
• Jk bekerja secara demokratik

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KERANGKA INKREMENTAL


• Kebaikan:
1) Spesifik kepada satu-satu masalah
2) Budaya rundingan dan demokratik
3) Sistem jawatankuasa bebas
4) Mengutamakan ketepatan maklumat dan maklum balas awam
5) Bertahap dalam tempoh panjang
• Kelemahan:
1) Konservatif iaitu tidak agresif
2) Politik antara kumpulan yang saling mempengaruhi
MODEL DASAR AWAM
Para penganalisis dasar menggunakan pelbagai model dasar awam yang ada dalam literature untuk membantu
mereka menganalisis dasar-dasar awam secara saintifik, sistematik dan praktikal. Menurut Dye (2011), model-
model konseptual digunakan untuk:
• Mempermudah dan memperjelas pemikiran kita tentang politik dan dasar awam
• Mengenal pasti aspek-aspek penting masalah-masalah dasar
• Membantu kita berkomunikasi antara satu sama lain dengan memfokuskan kepada ciri-ciri penting
kehidupan politik
• Menjurus tenaga kita ke arah lebih memahami dasar awam dengan mencadangkan apa yang mustahak
dan yang kurang mustahak
• Mencadangkan penjelasan kepada dasar awam dan meramal kesan dan akibatnya

MODEL UNTUK MENGANALISIS DASAR AWAM:


Model Institusi (Institutional Model)
• Dasar awam merupakan output atau hasil kepada institusi kerajaan
• Wujud hubungan yang rapat antara dasar awam dengan intitusi kerajaan.
• Dasar awam ditentukan secara autoritatif, dilaksana, dan dikuatkuasa oleh institusi kerajaan.
• Institusi kerajaan memberikan tiga ciri penting dasar awam iaitu legitimasi, kesejagatan dan paksaan/
pematuhan

Model Proses:
• Sebagai satu proses yang terdiri dari fasa:
 Pengenalpastian masalah
 Penetapan agenda
 Penggubalan dasar
 Penerimaan dan legitimasi dasar
 Pelaksanaan dasar
 Penilaian dasar
• Fokus utama analisis ialah proses, bukan kandungan dasar.

Model Rasional:
• Dasar awam yag rasional ialah dasar yang menghasilkan keuntungan sosial yang maksimum
• Oleh itu kerajaan mestilah memilih dasar yang memberi faedah atau keuntungan kepada masyarakat
yang jauh melebihi kos dan tidak memilih dasar jika kosnya melebihi faedah.
• Terdapat 3 kriteria utama:
 Dasar hendaklah ditolak jika melebihi kos
 Pilihlah alternatif dasar yang menghasilkan faedah terbesar berbanding kos
 Sistem membuat keputusan yang rasional

Model Incremental:
• Melihat dasar awam sebagai kesinambungan kepada aktiviti kerajaan yang lepas dengan mengadakan
pengubahsuaian kecil secara inkremental.
• Inkrementalisme bersifat konservatif apa bila dasar sedia ada dijadikan asas dengan tumpuan kepada
menambah. Mengurang atau mengubahsuai dasar semasa.

Model Kumpulan:
• Melihat dasar awam sebagai keseimbangan kumpulan.
• Ia diasaskan kepada teori kumpulan yang mengatakan interaksi dalam kalangan kumulan adalah
tunang kepada politik.
• Dasar awam pada sesuatu masa merupakan keseimbangan yang dicapai dalam perjuangan kumpulan.
• Keseimbangan ini ditentukan oleh kekuatan pengaruh kumpulan-kumpulan berkepentingan yang
terlibat.
• Perubahan dalam kekuatan pengaruh kumpulan akan menghasilkan perubahan dalam dasar awam,
iaitu dasar akan memihak kepada kumpulan yang lebih kuat pengaruhnya.

Model Elit:
• Mencadangkan dasar awam sebagai pilihan dan nilai golongan elit yang memerintah.
• Mencadangkan bahawa rakyat umumnya bersikap “apathy” dan tidak banyak mengetahui tentang
dasar awam.
• Golongan elit yang mempengaruhi dan mencorakkan pandangan orang ramai tetang dasar awam.
• Justeru, dasar awam adalah pilihan golongan elit.
• Penjawat awam dan pentadbir hanya melaksana dasar yang ditetapkan oleh golongan elit.

Model Teori Pilihan Awam:


• Dasar merupakan pembuatan keputusan secara kolektif oleh individu berkepentingan diri.
• Teori ini berakar umbi dalam displin ekonomi yang mengkaji dan menghuraikan gelagat manusia
dalam pasaran

Model Teori Permainan:


• Mengkaji keputusan rasional dalam situasi dengan dua atau lebih peserta mempunyai pilihan untuk
membuat keputusan dan hasilnya bergantung pada pilihan yang dibuat oleh setiap peserta.
BAB 6 MENELITI ISU DAN MASALAH
PENDAHULUAN
• Isu pendidikan boleh dibahagikan kepada banyak kategori
• Perdebatan isu menurut model demokrasi partisipatif
• Perdebatan berbentuk kritikan pro dan kontra supaya dapat mencapai idea kolektif yang matang
• Isu pendidikan lahir sebagai fenomena yang memerlukan usaha terancang untuk menangganinya

ISU KUALITI DAN PRODUKTIVITI ORGANISASI


• Produktiviti bermaksud jumlah jam kerja yang boleh disiapkan dalam tempoh sesuatu masa
• Kecekapan pekerja perlu ditingkatkan
• Kualti merujuk kepada darjah kebagusan persekitaran kerja, pekerja, kaedah kerja, mesin dan produk
• Produk berkualiti boleh dihasilkan dari persekitaran kerja yang baik
• Produktiviti guru diukur dengan cara menilai bilangan murid yang cemerlang dalam peperiksaan;
bilangan buku yang disemak oleh guru; dll
• Guru yang boleh menyiapkan kerja pada kadar maksimum adalah produktif
• Kualiti produk dinilai berdasarkan pencapaian akademik, akhlak dan kemahiran
• Matlamat kualiti dan produktiviti cuma menekankan keceriaan organisasi dan kebagusan kerja staf,
tetapi tidak mengubah struktur organisasi, laluan komunikasi dan birokrasi, dan nilai-nilai buruk
• Apa yang berubah hanyalah sifat zahir dan bukannya sifat asas organisasi
• Rumusan – penggubal dasar yang baik menerima kritikan sebagai cara mendapatkan idea-idea yang
bernas dan menjimatkan kos

MENGENAL PASTI MASALAH DI SEBALIK ISU DASAR


• Masalah yang tidak dikenal pasti dengan tepat akan melahirkan langkah-langkah penyelesaian yang
salah serta membazir masa dan sumber
• Apa yang penting ialah pengenalan masalah yang tepat dan langkah penyelesaian yang tepat
• Wujud kerumitan dalam mengenal pasti masalah dan kaedah penyelesaiannya

MODEL PROSES DASAR


• Terdapat 7 langkah bermula dengan perdebatan isu - definisi masalah -penyelidikan – cadangan –
pelaksanaan – penilaian – dasar lanjutan
• Model ini telah digunakan sebahagian atau sepenuhnya dalam penyediaan laporan razak, rahman talib,
khir johari, murad, dan kabinet
• Namun wujud vakum antara tahun 1980 – 2000 di mana dasar eksekutif (arahan dari menteri
pendidikan) dilaksanakan – banyak menjadi eksperimen
• Laporan murad (1973) yang menggunakan model proses dasar telah berjaya mengurangkan kadar
keciciran dari tahap 55 peratus menjadi hanya 5 peratus di sekolah rendah
BAB 7 PENERIMAAN DAN PELAKSANAAN DASAR
PENGENALAN
• Dasar yang baik wajar melalui peringkat penerimaan – kebagusan konkrit sesuatu dasar
• Syarat asas kepada kebagusan dasar:
1) Kompleksiti masyarakat
2) Memenuhi kriteria penting
3) Pelaksanaan dasar

KOMPLEKSITI
• Pemikiran tentang matlamat dan objektif dasar berbentuk pelbagai hala
• Pemikiran kritikal yang bercapah diperlukan bagi tujuan:
1) Merangka matlamat/objektif yang baik
2) Mencapai matlamat/objektif berkesan
3) Menjimatkan kos
4) Mengelak kesan negatif
5) Mengelak ancaman politik
6) Mengelak penyelewengan
• Dasar yang baik memerlukan nilai asas yang kukuh di samping faktor kos faedah
• Dasar awam yang jelas berfokus kepada nilai murni yang jelas tanpa campur aduk bermacam-macam
nilai untuk menunjukkan keberkesanan

KRITERIA PENERIMAAN DASAR


• Dasar awam yang gagal hanya berupa pembaziran dan beban
• Kriteria-kriteria penting:
1) Apakah isunya yang bersangkut-paut dengan sesuatu dasar?
2) Apakah rasional pro dan kontra tentang dasar?
3) Apakah matlamat dasar
4) Apakah objektif-objektif dasar?
5) Apakah faedah-faedah dan siapakah penerima faedah bagi sesuatu dasar?
6) Apakah alternatif terbaik atau rangkaian alternatif pelaksanaan dasar?
7) Siapa dan prasarana apa yang diperlukan untuk melaksanakan dasar?
8) Apakah jenis halangan dan kesan sampingan yang dijangkakan?
9) Secara anggaran kasar, apakah nisbah kos faedah atau kos keberkesanan bagi melaksanakan dasar?
10) Apakah kemungkinan kejayaan pelaksanaan dasar?
11) Apakah strategi pelaksanaan?

You might also like