You are on page 1of 5

BAB 3: KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Pendahuluan
• Masyarakat bertindak secara berkumpulan mengikut pelbagai ciri seperti etnisiti, agama, nilai-nilai
politik, ekonomi, alam, kemanusiaan
• Interaksi berbagai-bagai kumpulan inilah menyebabkan wujudnya berbagai-bagai dasar awam
• Kerajaan bertanggungjawab mengimbangi kehendak berbagai-bagai kumpulan ini agar ia mencermin
kehenak majoriti

Kumpulan Berkepentingan
• Setiap individu mempunyai keperluan masing-masing – wujud kepentingan yang menjadi motivasi
untuk memenuhi keperluan tersebut
• Terdapat 2 jenis kepentingan: bersyarat dan tekal
• Kepentingan bersyarat – berlaku secara berkala mengikut keadaan
• Kepentingan tekal – untuk kesejahteraan awam
• W/pun keinginan individu berbeza namun wujud kelompok manusia yang mempunyai kepentingan
sama – mendorong penubuhan kumpulan
• Kepentingan pelbagai mewujudkan perkumpulan yang pelbagai
• Truman (1981), perkumpulan merupakan bahagian2 kecil dalam masyarakat yang kuat
mempengaruhi sikap manusia
• Perkumpulan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian: terinstitusi, berorganisasi, tanjesial
• Perkumpulan terinstitusi: wujud sebagai struktur pemerintahsn kerajaan spt parlimen
• Perkumpulan berorganisasi: perkumpulan yang mempunyai struktur pentadbiran dan operasi yang
sistematik yg formal spt UNESCO
• Perkumpulan tanjensial: diasaskan daripada sesuatu institusi atau organisani atau sesuatu
peristiwa…untuk menagani krisis spt PBSM
• Dalam analisis politik dan dasar,kecenderungan kumpulan mestilah diberi perhatian dengan
mengambil kira kesan yang wujud jika kecenderungan itu dipinggirkan – anarki, revolusi, boikot,
demontrasi dll

Ciri-ciri Perkumpulan
1) Berkongsi minat, sikap dan pemikiran sama dan bersaing dengan perkumpulan lain dalam membuat
tuntutan
2) Membuat interaksi integratif – sering berjumpa, berbincang dan melaksanakan aktiviti bagi
memenuhin matlamat mereka
3) Organisasi formal – mengetepikan keperluan keluarga atau peribadi, ada perlembagaan, peraturan
4) Matlamat dan objektif sesuatu kesatuan berbeza daripada yang lain
5) Matlamat dan objektif kesatuan terbeban dengan nilai-nilai kehidupan seperti keadilan, kebajikan,
kebersihan alam, produktiviti, perikemanusiaan, kemajuan, kesejahteraan dll

Penyertaan Berkumpulan Berkepentingan Dalam Pembuatan Dasar


• Perbincangan merujuk kepada 2 kes utama iaitu:
1. Dasar reformasi Pendidikan
2. Pengukuhan dasar reformasi pendidikan kebangsaan

Dasar Reformasi Pendidikan


• Laporan Razak 1956 telah menjadi teras kepada dasar reformasi pendidikan
• Laporan ini bertanggungjawab untuk merangka dasar-dasar penting untuk mengubah sistem, struktur
persekolahan, dan kurikulum persekolahan daripada corak kolanial yang tidak seimbang kepada
corak kebangsaan yang sesuai dengan aspirasi masyarakat dan negara
• Ciri pendidikan kolonial – polarisasi dan diskriminasi yang memecahbelahkan rakyat dari segi
mental dan politik
• JK Pendidikan 1955 ditubuhkan untuk:
1. Meneliti dasar pendidikan sedia ada dan mencadangkan sistem pendidikan yang boleh
diterima ramai yang dapat memenuhi kehendak masyarakat dan menggalakkan pembangunan
budaya, sosial, ekonomi, dan politik
2. Membuat perubahan dan pindaan terhadap Ordinan Pendidikan 1952
• Matlamat mutkahir JK ini – menyatupadukan kanak-kanak semua kaum di bawah satu sistem
pendidikan dengan bahasa kebangasan sebagai bahasa pengantar tetapi perlu dilakukan secara
beransur-ansur
• Bagi menjayakan matlamat ini, JK telah meneliti saranan-saranan dalam Laporan Barnes (1951),
Laporan Fenn-Wu (1951), laporan pendidikan negara-negara lain, Ordinan Pendidikan 1952,
memorandum dari kumpulan2 berkepentingan dalam pendidikan
• Laporan Barnes – penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa
Melayu sebagai pengantar dan penghapusan sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil,
Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Laporan ini telah ditentang oleh semua kaum
• Kesannya tertubuh JK Fenn-Wu yang telah mencadangkan: kaum cina perlu diberi peluang untuk
membetuk kebudayaan negara, menggalak orang Cina menguasai bahasa Melayu dan Inggeris,
membina kewarganegaran Malaya
• Kesannya muncul Ordinan Pendidikan 1952 yang menggariskan:
1. Sekolah kebangsaan sebagai corak persekolahan yang diterima oleh kerajaan
2. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga tetapi sekolah vernakular jenis ini tidak
diiktiraf dalam sistem pendidikan kebangsaa
3. Sekolah Inggeris kekal
4. Sekolah Vokasional dimaju dan ditambah
• JK Pendidikan 1955 bermatlamat menggubal dasar pendidikan dalam konteks masyarakat berbilang
kaum dan ideologi politik berkecamuk
• Bagi memperoleh kredibiliti, JKP telah mendapat maklumat dan fakta melalui 4 cara:
1. Memohon kesatuan, kerajaan tempatan dan individu menghantar memorandum
2. Mendapatkan dokumen2 rasmi kerajaan
3. Mendapatkan bukti lisan daripada kesatuan2 pendidikan
4. Mendapatkan kertas2 kerja daripada badan2 profesional kerajaan dan persendirian
• Menerima 151 memorandum dari pelbagai kumpulan
• Mendapatkan dokumen rasmi dasar pendidikan negara lain
• Mendapatkan maklumat dari kesatuan pendidikan
• Mendapatkan kertas2 kerja dari Pengarah Pendidikan
• Hasilnya JK telah mengadakan lapan kali mesyuarat dan merumuskan 12 skop penting dasar
pendidikan
• Laporan Razak 1956 akhirnya disiapkan dan mencadangkan:
1. Bahasa Melayu diajar kepada semua murid. Murid2 mesti lulus BM sebelum memasuki
sekolah menengah. BM menjadi mata pelajaran wajib dalam pengajian peringkat menengah
rendah dan atas
2. Kementerian Pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dasar2 pendidikan termasuk
peperiksaan dan kewangan
3. Hanya 2 sistem sekolah rendaj iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. SK
menggunakan BM sebagai bahasa pengantar manakala SJK menggunakan bahasa Cina,
Tamil atau Inggeris.
4. Penubuhan satu jenis sekolah menengah iaitu sekolah menengah kebangsaan untuk
kepentingan perpaduan antara kaum. Peperiksaan pada peringkat menengah rendah dan
menengah atas. Penggunaan kurikulum yang standard
• Laporan Razak telah menjadi asas kepada Dasar Pendidikan Kebnagsaan dan dimaktubkan
sebahagian besarnya dalam Akta Pendidikan 1961
• Penglibatan semua kaum dan kumpulan dalam merumuskan Laporan Razak

Pengukuhan Dasar Reformasi Pendidikan Kebangsaan


• Dasar2 sedia ada perlu bersifat dinamik – bagi menyesuaikan dengan keperluan semasa masyarakat
• Penggubalan dasar baru bersifat beransur-ansur bagi memastikan kelansungan dasar sedia ada
• Laporan Razak telah disemak dengan munculnya Laporan Rahman Talib 1960
• Matlamat – mencadangkan sistem pendidikan yang dapat memenuhi aspirasi semua kaum dan
pembangunan negara dalam pelbagai aspek
• JK Penyemak ini telah mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak meliputi parti politik, kesatuan,
individu meliputi pelbagai aspke pendidikan – dari kurikulum sehingga hal ehwal murid dan guru
• Telah menerima 126 memorandum
• Meminta Kementerian Pendidikan membentangkan 36 kertas kerja meliputi pelbagai aspek
• Hasilnya JK Penyemak Pendidikan 1960 mencadangkan beberapa cadangan:
1. Umur berhenti sekolah ketika 15 tahun
2. Pendidikan percuma sejagat bermula 1962
3. Pendidikan rendah dalam bahasa kebangsaan di semua sekolah rendah kebangsaan dan
sekolah rendah bantuan bertukat kepada SJK
4. Kenaikan darjah secara automatic
5. Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dalam sistem peperiksaan sekolah
menengah
6. Pendidikan Islam dan pendidikan moral
7. Pemansuhan Penguasa Pendidikan Setempat
8. Memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan
9. Penambahan guru-guru terlatih

Rumusan daripada Penggubalan 2 Dasar Pendidikan


1) Penggubalan dasar menyokong semangat demokrasi – mengambil kira kepentingan semua pihak dan
lapisan, menjaga prinsip hak sama rata
2) Penyertaan yang melibatkan pelbagai kumpulan berkepentingan – mewujudkan suasana menang-
menang
3) Proses penggubalan dasar memerlukan fakta dan bukti untuk membina ilmu dasar yang bertujuan
untuk mengatasi masalah2 secara praktikal
4) 4) Bersikap telus terhadap kritikan dan cadangan orang awam – menyiarkan laporan

Politik Berkumpulan
• Politik – interaksi perkumpulan manusia dengan urusan kenegaraan dan kerajaan
• Perkumpulan mempunyai pelbagai agenda dan kepentingan
• Fungsi kerajaan – mengimbangi agihan sumber kepada perkumpulan ini
• Interaksi perkumpulan bergantung pada dua dimensi – kuasa dan pengaruh
• Terdapat 4 kategori perkumpulan berdasarkan dimensi di atas – dominan, biro, resesif, simpatetik
1. Dominan: Tinggi pengaruh & tinggi kuasa dalam politik, tidak memerlukan sokongan
kumpulan lain
2. Biro: Tinggi kuasa & pengaruh kecil spt agensi kerajaan
3. Simpetatik: Tinggi pengaruh & rendah kuasa spt kumpulan perlindungan alam sekitar
4. Resesif: Rendah pengaruh & rendah kuasa sering bersandar dan bergabung dengan kumpulan
lain

Perkumpulan Dalam Pembangunan Negara


• Perkumpulan boleh memainkan peranan aktif dalam proses pembangunan negara sekiranya mereka
memberi perhatian terhadap isu-isu dasar tentang ekuiti sosial dan ekonomi
• Bagi tujuan ini kerajaan boleh mengamalkan pembuatan dasar secara demokratik dengan cara
penyertaan langsung kumpulan-kumpulan ini dalam jawatankuasa2 tertentu
• Rajah 3.4 meringkaskan kerangka falsafah pendidikan seumur hidup iaitu pelbagai perkumpulan
boleh memberi sumbangan bagi mencapai mutu kehidupan yang tinggi dan tamadun cemerlang

Rumusan
• Manusia mempunyai berbagai-bagai keperluan dan kepentingan
• Pembinaan perkumpulan memudahkan pencapaian keperluan dan kepentingan
• Proses penggubalan dasar memerlukan analisis fenomena dan masalah hidup terperinci bagi
membolehkan penyelesaian terbaik dicari
• Perkumpulan dapat memberi input2 penting kepada kerajaan bagi penggubalan dasar yang adil dan
terbaik kepada rakyat

You might also like