You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KELAS TUISYEN
Bulan Nov. & Dis. 15
SEKOLAH RENDAH AS-SALAM
TAHUN 2015
PENGENALAN

Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata
pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Tuition yang
bermaksud "pengajaran". Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh para pelajar yang lemah dan
tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti
tidak minat belajar, tidak memahami apa yang diajar dalam sistem PDP, atau tidak dapat
menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan pelajar tersebut tertinggal dalam pelajaran. Maka
dalam keadaan seperti ini, seseorang pelajar memerlukan kelas tuisyen, yakni bimbingan
tambahan.

OBJEKTIF

- Memanfaatkan masa cuti para pelajar


- Mengisi masa cuti guru-guru dengan menyertai kelas tuisyen
- Membantu para pelajar dalam memperbaiki asas 3M & bacaan jawi
- Membantu para pelajar agar dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris & persediaan
menghadapi kertas peperiksaan UPSR 2016
- Mempromosikan nama sekolah kepada pelajar luar

GOLONGAN SASARAN & YURAN

Sasaran

- Pelajar Sekolah Rendah As-Salam


- Pelajar Sekolah Menengah As-Salam
- Pelajar luar

Yuran
- RM35 .00 bagi sebulan ( Sekiranya ibu bapa pelajar membayar cuma sebulan )
- RM60.00 bagi dua bulan ( Sekiranya ibu bapa pelajar membayar 2 bulan )

TENAGA PENGAJAR

Nama Pengajar Peranan Mata Pelajaran Yang Diajar

1. En.Sudirman.Surdin ( Ketua ) Matematik


2. Cik Jehan.Islani ( Pendaftaran ) Bahasa Malaysia
3. Cik Najian.Japri ( Pendaftaran ) Matematik
4. Cik Nurul Hidayu.Kasse ( Dokumentasi ) Bahasa Malaysia
5. En.Usman.Ibrahim ( Perhubungan ) Bahasa Inggeris

1
CONTOH JADUL KELAS TUISYEN

JADUAL KELAS TUISYEN


BULAN NOVEMBER & DISEMBER 2015
Isnin 12 19 26 3 10 17
Selasa 13 20 27 4 11 18
Rabu 14 21 28 5 12 19
Khamis 15 22 29 6 13 20
Jumaat 09 November 16 23 30 7 14 21
Sabtu 10 17 24 1 Disember 8 15 22
Ahad 11 18 25 2 9 16 23

***Tarikh atau kotak yang berwarna hitam menunjukkan murid-murid perlu hadir ke sekolah
***Jadual kelas tuisyen akan diubah setelah merujuk jadual peperiksaan SPM 2015

Kelas 3M
9.30am – 10.10am 10.10am – 10.50am 10.50am – 11.10am 11.10am – 11.50am
M.T B.M REHAT B.I

Kelas Intensif
9.30am – 10.10am 10.10am – 10.50am 10.50am – 11.10am 11.10am – 11.50am
B.I B.M REHAT M.T

Kelas UPSR
9.30am – 10.10am 10.10am – 10.50am 10.50am – 11.10am 11.10am – 11.50am
B.M B.I REHAT M.T

LAIN-LAIN

1. Bayaran Sekolah
- Setelah perbincangan dibuat bersama Cikgu Sudirman selaku ketua, maka RM200.00
akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk menampung kos letrik yang digunakan
sepanjang kelas tuisyen berjalan.

2
2. Bilangan Kelas

- Bilangan kelas yang akan digunakan sebanyak 3 kelas pada peringkat awal. Ini kerana
jumlah yang berdaftar sebanyak 51 pelajar. Sekiranya jumlah tesebut tidak berlaku
pertambahan dengan jumlah yang banyak, maka pihak kami akan menggunakan 2
kelas.
- Di dalam setiap kelas akan dibahagikan 2 kelas iaitu Kelas 3M, Kelas Intesif dan Kelas
UPSR.

3. Kantin

- Bagi mengelakkan pelajar keluar dari kawasan sekolah, maka pihak kami mengalu-
alukan Cikgu Jehan untuk membuka gerai makanan dan minuman. Tujuan tersebut
dibuat bagi mengelakkan kemalangan berlaku kepada para pelajar dan memberi ruang
kepada Cikgu Jehan menambah pendapatan beliau.

4. Pengangkutan Pelajar

- Guru-guru akan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada murid-murid yang


berminat sepanjang kelas tuisyen dijalankan.

5. Promosi

- Pihak kami akan menggunakan surat pekeliling sebagai kaedah pertama untuk
mendapatkan pelajar tuisyen. Penyerahan surat pekeliling akan dilakukan semasa
sistem PDP masih berjalan. Sebagai langkah untuk menambah bilangan pelajar tuisyen,
maka pihak kami akan mengambil peluang melalui pendaftaran pelajar tahun 2016
yang akan diadakan selain mengiklankan kelas tuisyen melalui poster mini dan khidmat
sms.

3
Sekolah Rendah As-Salam
Jalan Leila, 90000, Telefon : 089-211559
Sandakan, Sabah (Telephone)
Fax : 089-211975
(Fax)
__________________________________________________________________________
Rujukan Kami :
Tarikh : 13/10/2016
Kepada;
Ibu bapa / penjaga pelajar

Tuan/puan ,

KELAS TUISYEN

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melalui guru-guru Sekolah Rendah As-Salam akan mengadakan kelas
tuisyen pada bulan November dan Disember 2015 di sekolah. Tujuan kelas tuisyen ini diadakan adalah
memberi ruang kepada para pelajar untuk memanfaatkan masa cuti persekolahan mereka dengan
memperbaiki kemahiran asas pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR kelak.
02. Sehubungan itu, ibu bapa / penjaga pelajar yang berminat untuk menghantar anak jagaan ( pelajar)
mengikuti kelas tersebut, sila daftarkan mereka dengan Cikgu Jehan (0128322363) dan Cikgu Najian
(0145578177)selewat-lewatnya pada hari Jumaat (30.10.2015).

Bil. Mata Pelajaran Yang Diajar Tahap I & Tahap II Tahap II


01. Bahasa Malaysia Belajar Menulis & Membaca
Menjawab Kertas Soalan
02. Matematik Belajar Asas Pengiraan
UPSR
03. Bahasa Inggeris Belajar Berkomunikasi Bahasa Inggeris

03. Yuran kelas tuisyen bagi sebulan RM35.00. Namun sekiranya bayaran yuran dibuat untuk bulan
November dan Disember, pelajar hanya perlu membayar RM60.00.

04. Bagi ibu bapa / penjaga pelajar yang gagal menghantar anak jagaan ke kelas tuisyen, bolehlah
memaklumkan kepada Cikgu Junaina untuk tujuan pengangkutan.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

CIK NURUL HIDAYU.KASSE


Setiausaha Kelas Tuisyen 2015
Sekolah Rendah As-Salam

4
PENUTUP

Pihak kami mengharapkan agar pelajar yang mengikuti kelas tuisyen dapat membantu
meningkatkan lagi prestasi dan potensi yang sedia ada mereka agar mampu memperolehi kejayaan
yang lebih cemerlang dalam akademik. Kelas tuisyen bukan sahaja memberi didikan dan tunjuk
ajar kepada para pelajar dalam mendalami sesuatu mata pelajaran, malah mampu untuk memupuk
keyakinan dalam diri setiap pelajar dalam menghadapi peperiksaan dan juga memberi tips-tips
dalam menjawab soalan peperiksaan 2016.

Disediakan Oleh,

CIK NURUL HIDAYU.KASSE


Setiausaha Kelas Tuisyen 2015
Sekolah Rendah As-Salam

Disemak & Disahkan Oleh,

EN.SUDIRMAN.SURDIN
Guru Besar
Merangkap Ketua Kelas Tuisyen 2015
Sekolah Rendah As-Salam

You might also like