You are on page 1of 1

Adakah sesuatu model mencukupi untuk menganalisis sesuatu dasar?

Jawapan:

Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju bahawa hanya satu model analisis politik digunakan untuk
menggubal sesuatu dasar. Hal ini kerana, tiada model yang dikhaskan untuk membina sesuatu model
secara khusus. Pembinaan sesuatu dasar, mungkin lebih daripada satu model digunakan untuk membina
sesuatu dasar.

Sebagai contoh, kita berbincang tentang Pembinaan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan
digubal menggunakan lebih daripada 1 model analisis politik. Model Institusi digunakan untuk
menggubal Kurikulum Kebangsaan. Hal ini kerana, pelbagai pihak seperti ibu bapa, guru-guru,
masyarakat, badan bukan kerajaan, IPT, dan sebagainya memberikan pandangan dan pendapat yang
pelbagai untuk menggubal sesuatu dasar dengan penuh berkualiti.

Pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang diberikan oleh pelbagai pihak akan dirungkaikan
dalam parlimen untuk memurnikan lagi intipati-intipati dalam kurikulum kebangsaan. Setelah
dibincangkan dan dipersetujui di parlimen, kurikulum tersebut akan diimplementasikan kepada
masyarakat tanpa menggugat kuasa kerajaan negeri.

Selain itu, Model Incremental turut digunakan untuk membina kurikulum kebangsaan Negara kita.
Kurikulum kebangsaan kita yang baharu bukan 100% baharu tetapi hanya peningkatan serta
penambahbaikan daripada yang lama. Sebagai contoh, KSSR digubal dengan melakukan pemurnian ke
atas KBSR secara ansuran sehinggalah terwujudnya KSSR. KSSR SEMAKAN pula merupakan pemurnian
dan peningkatan daripada KSSR.

Jadi, jelaslah bahawa lebih daripada satu model analisis politik digunakan untuk menghasilkan sesuatu
dasar. Saya percaya lebih banyak lagi model yang digunakan menghasilkan sesuatu dasar. Kita haruslah
mengkaji semua model analisis politik agar dasar pendidikan yang digubal berkualiti untuk melancarkan
proses kemenjadian murid secara menyeluruh dan bersepadu.

You might also like