You are on page 1of 9

BAB 1: MAKLUMAT SEKOLAH

I. NAMA DAN ALAMAT

NAMA : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA PUSAT


(SMKJP)
ALAMAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA PUSAT,
SEKOLAH 26400 BANDAR TUN RAZAK JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TELEFON : 094677581
NO.FAX : 094667580
EMAIL : cea9157@moe.edu.my

II. LOKASI SEKOLAH


III. PELAN SEKOLAH

IV. GRED SEKOLAH

Sekolah Menengah Jengka Pusat merupakan sekolah gred B

V. JENIS SEKOLAH

Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

VI. LOGO, VISI DAN MISI


LOGO
LAMBANG BUKU DAN OBOR:
Membawa maksud ilmu pengetahuan boleh menerangi kehidupan
LIMA JALUR MEMBENTUK BUKIT DI KIRI DAN KANAN:
Melambangkan keutamaan terhadap Rukun Islam dan Rukun Negara
LAMBANG KELALANG
Menunjukkan bahawa bidang sains diberikan keutamaan
TIGA BULATAN
Melambangkan kegiatan kokurikulum
WARNA MERAH
Melambangkan kegigihan dan keberanian murid-
muridnya menghadapi cabaran dalam kehidupan
WARNA PUTIH
Melambangkan Kebersihan
MOTTO ‘KEMAHUAN ASAS KEJAYAAN’
Menjadi titik tolak dalam menolak hala tuju warga
SMKJP untuk mencapai keemerlangan dalam
pelbagai bidang

MISI
SMKJP BAND 1 NKRA 2020

VISI
Meningkatkan Kecemerlangan, Membangunkan Kualiti Individu dan Sekolah
VII. BILANGAN PELAJAR

TINGKATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


TINGKATAN 1 30 69 99
TINGKATAN 2 33 66 99
TINGKATAN 3 48 47 95
TINGKATAN 4 49 62 111
TINGKATAN 5 33 67 100
TINGKATAN 6 BAWAH 30 60 90
TINGKATAN 6 ATAS 22 42 64
PENDIDIKAN KHAS 24 13 37
JUMLAH 269 426 695

DATA PELAJAR ASRAMA

TINGKATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


TINGKATAN 1 12 36 48
TINGKATAN 2 17 34 51
TINGKATAN 3 22 27 49
TINGKATAN 4 22 34 56
TINGKATAN 5 14 36 50
TINGKATAN 6 BAWAH - - -
TINGKATAN 6 ATAS 2 13 15
PENDIDIKAN KHAS 4 6 10
JUMLAH 93 186 279

DATA PEMEGANG BIASISWA

TINGKATAN BKYP BKP BKPU


TINGKATAN 1 - - -
TINGKATAN 2 10 22 -
TINGKATAN 3 39 14 -
TINGKATAN 4 29 24 -
TINGKATAN 5 13 25 -
TINGKATAN 6 BAWAH - - -
TINGKATAN 6 ATAS 27 - 3
PENDIDIKAN KHAS - - -
JUMLAH 118 85 3
VIII. BILANGAN GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN

BIL JAWATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


1 GURU 25 56 83
2 STAF SOKOGAN 13 8 21
3 PEKERJA 5 5 10
KEBERSIHAN
SWASTA
4 PENGAWAL 4 4 8
KESELAMATAN
JUMLAH 48 74 122

SENARAI GURU MENGIKUT OPSYEN

BIL BIDANG OPSYEN JUMLAH


1 BAHASA MELAYU/ PENGAJIAN BAHASA MELAYU 7
/KESUSASTERAAN MELAYU
2 TESL 5
3 MATEMATK/ PENGAJIAN MATEMATIK 4
4 SAINS/ RAMPAIAN SAINS 3
5 BIOLOGI 2
6 KIMIA 4
7 FIZIK 1
8 KEMAHIRAN HIDUP /ERT /SAINS PERTANIAN /KMT 4
9 TEKNOLOGI MAKLUMAT 3
10 PSIKOLOGI 1
11 SEJARAH 4
12 SAINS SUKAN 3
13 SEJARAH 4
14 GEOGRAFI /PENGAJIAN GEOGRAFI 5
15 EKONOMI /PENGAJIAN EKONOMI ASAS 2
16 BAHASA ARAB 2
17 PENDIDIKAN ISLAM 3
18 PENGURUSAN PERNIAGAAN 3
19 PENGAJIAN AM 1
20 PERAKAUNAN /PENGAJIAN PERAKAUNAN 2
21 PENGAJIAN PENDIDIKAN SENI 3
22 SYARIAH ISLAMIAH 1
23 PENDIDIKAN KHAS /PPKI 5
SENARAI STAF SOKONGAN
BIL JAWATAN JUMLAH
1 PEMBANTU TADBIR 3
2 PEMBANTU MAKMAL 8
3 PENYELIA ASRAMA 2

4 PEMBANTU PENGURUSAN MURID 3


5 PEMBANTU OPERASI 1
6 PEMANDU 3
7 PEMBANTU AWAM 1

IX. SEJARAH SEKOLAH

WUJUDNYA SMKJP
Ditubuhkan pada tahun 1979. Ketika itu tenaga pengajarnya hanya seramai 16 orang
manakala bilangan murid pula seramai 236 orang. Pada awal penubuhannya,
Sekolah Menengah Jengka Pusat (SMKJP) telah menumpang di bangunan Sekolah
Rendah Kebangsaan Jengka Pusat dan berpindah ke bangunan sendiri pada tahun
1980.
KELAS DAN ALIRAN
Pada tahun 1981, 240 orang calon telah menduduki peperiksaan SRP dengan
mencatat kelulusan 70%. Pada tahun 1982, anak didik sulung SMKJP ini telah
melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat. Seramai 61 orang mengikuti aliran sains
manakala seramai 139 orang mengikuti aliran sastera. Jumlah pelajar ini bertambah
pada tahun 1983 iaitu aliran sains seramai 66 orang manakala 145 orang pelajar
aliran sastera, merupakan calon SPM pertama di SMKJP.
Pada tahun 1993, dua Kelas Tingkatan Enam Bawah telah dibuka. Seramai 72 orang
pelajar telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 1994 dengan mencatat
keputusan 100%. Pada tahun 1995, Kelas Aliran Agama (KAA) telah dibuka bagi
pelajar tingkatan satu. Kelas ini menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab untuk
PMR.
Seterusnya SMKJP telah melakar sejarah sekali lagi apabila pada tahun 1998, Kelas
Pendidikan Khas dibuka untuk pelajar-pelajar istimewa. Pada awal pembukaannya,
hanya terdapat tiga orang pelajar dan seorang guru sahaja. Pada tahun 2003, seramai
tujuh orang pelajar istimewa ini telah menduduki peperiksaan PMR dan telah
berjaya ke Tingkatan Empat. Tahun 2011 bilangan muridnya mencapai 40 orang
dengan 6 kelas.
ANUGERAH
Pada tahun 2006, SMKJP terpilih sebagai Sekolah Rancangan Khas yang
menawarkan dua buah kelas aliran agama (KAA) dan dua buah kelas rancangan
khas (KRK) kepada pelajar-pelajar lepasan UPSR yang cemerlang. Pada tahun
2006 juga kelas tingkatan enam bawah aliran sains telah diwujudkan.
Menggarap pencapaian yang konsistan selama beberapa tahun SMKJP telah
dinobatkan sebagai Sekolah Harapan Negeri pada tahun 2008 dan mewakili negeri
ke pertandingan ”Sekolah Harapan Negara” dan selari dengan keadaan tersebut
SMKJP dimasyhurkan sebagai sekolah pertama yang menerima anugerah Sekolah
Bestari FELDA pada tahun 2009.
Tahun 2013 Indeks Komposit meningkat kepada 86.7% dan Ranking NKRA naik
kepada 158/2248. Tahun 2014 Indeks Komposit Jatuh Kepada 80.50% dan Ranking
Sekolah berada pada 185/2248 disebabkan ketiadaan PMR dalam pengiraan. Pada
Konvensyen Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan FELDA 2013
yang telah diadakan pada 28 hb Oktober hingga 30 hb Oktober, SMKJP telah
dinobatkan sebagai Sekolah Unggul FELDA.
Mulai 27 Jun 2014 SMKJP telah diistiharkan sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan KPM, Kohot 8 dengan dua kebitaraan iaitu Kurikulum: Pendidikan
Islam dan Kokurikulum : Sukan Petanque. Pengiktirafan ini telah menjelmakan
semangat dalam kalangan pelajar dan guru, hasilnya dalam Kebitaraan Petanque
SMKJP telah mencapai 2 kejayaan diperingkat Antarabangsa iaitu Johan Master
Triple Merlbourne Open , Australia, Ketiga Terbuka Palembang Indonesia dan Naib
Johan Piala Malaysia Angkasa 2014.
Pada tahun 2015 meraih tempat Ketiga Dalam Kejohanan Petanque Terbuka
Antarabangsa Sidney Australia. Tahun 2015, Kebitaraan Pendidikan telah
menjalinkan Hubungan dengan Universiti Medan dan telah diterima sebagai Anak
Angkat Universiti Sains Islam Malaysia.2016 SMKJP mendapat Anugerah Sekolah
Terbaik FELDA peringkat negeri Pahang. SMKJP juga mendapat anugerah Finalist
dalam Anugerah Kecemerlangan Jalinan SKK dengan UA 2016.
Kini, SMKJP mempunyai 20 buah kelas bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, 10
kelas Tingkatan 6 (6 Bawah dan 6 Atas) serta 5 kelas Pendidikan Khas. Mempunyai
83 orang guru serta 21 orang staf sokongan.
SENARAI PENGETUA SMKJP
X. TAKWIM SEKOLAH

You might also like