You are on page 1of 2

Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar Syah pada sekitar abad ke-

14. Parameswara merupakan seorang putera raja yang berasal dari Palembang, Sumatera. Selepas
kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Parameswara dan pembesar serta orang Laut
yang taat setia kepadanya melarikan diri ke Temasik. Beliau menerima sambutan yang baik daripada Raja
Temasik iaitu Temagi. Parameswara tertarik dengan Temasik dan ingin memilikinya. Pada masa itu,
Temagi di bawah penguasaan Raja Siam.Parameswara membunuh Temagi dan dah menjadi pemerintah
Temasik. Oleh sebab Parameswara telah membunuh Temagi, Raja Siam menghantar tenteranya untuk
memburu Parameswara.

Parameswara telah melarikan diri ke Muar. Kemudian Parameswara dan pengikutnya berpindah ke Sening
Ujong dan Bertam menuju ke Utara. Mereka kemudiannya tiba di perkampungan nelayan yang
berhampiran dengan laut. Penduduk di situ terdiri daripada orang melayu,orang laut dan orang
asli.Pengikut Parameswara mencadangkan supaya mereka menetap di situ. Kawasan itu mempunyai
kedudukan yang baik dan berpotensi menjadi pusat perdagangan kerana muara sungainya sangat dalam
dan sesuai sebagai laluan kapal dagang. Bentuk muka buminya berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk
kepada pelayar. Pokok bakau dan api-api menjadi benteng pertahanan dan pelindung semula jadi. Muara
sungainya terlindung daripada tiupan angin monsun. Parameswara telah menubuhkan kerajaannya di
kawasan tersebut. Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka.

Setelah beberapa tahun, Parameswara telah berjaya membangunkan Melaka menjadi sebuah pusat
perdagangan yang pesat. Hal ini telah memperlihatkan kerajaan Melaka mengambil beberapa inisiatif bagi
mengukuhkan kerajaaannya. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Qing telah melawat Melaka bagi
menawarkan persahabatan dari negeri China. Berikutan dengan lawatan tersebut, Parameswara telah
memohon perlindungan daripada China memandangkan China merupakan sebuah kuasa besar serta
mampu memberi perlindungan kepada Melaka terutamanya ancaman daripada Siam yang masih giat
untuk membalas dendam ke atas Parameswara . Hubungan Melaka dengan China seterusnya semakin
kukuh terjalin apabila lawatan China yang seterusnya disusuli oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1406
dan 1409. Kedatangan beliau dengan membawa pengiktirafan Maharaja Yung Lo ke atas Parameswara
sebagai raja dan pemerintah Melaka disertakan dengan sekaki payung berwarna kuning, pakaian
kebesaran, dan sebuah cap mohor menunjukkan China berminat untuk membantu perkembangan Melaka
sekaligus memantapkan lagi pengukuhan terhadap Melaka.

Disamping itu, penerimaan agama Islam turut menjadi faktor penyumbang dalam pengukuhan Kesultanan
Melayu Melaka. Setelah Mahkota Iskandar Syah iaitu Raja Kedua Melaka memeluk agama Islam, beberapa
pembaharuan telah dilaksanakan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan dan kesejahteraan
rakyatnya. Pengaruh agama Islam telah mengukuhkan lagi peluasan perdagangan dan juga hubungan
antarabangsa. Hal ini demikian kerana, Melaka bukan sahaja merupakan pusat perdagangan para
pedagang Islam, tetapi turut menjadi pusat pendakwahan dan perkembangan agama Islam. Hal ini turut
mendorong lebih ramai pedagang-pedagang Islam datang ke Melaka. Tambahan pula, pedagang-
pedagang asing yang berdagang di Melaka berkemungkinan berkahwin dengan gadis-gadis Melaka
sekaligus memeluk agama Islam. Oleh itu, pertambahan penduduk di Melaka semakin meningkat dan
majoritinya orang Melayu. Penerimaan agama Islam bukan sahaja membawa kebaikan dan keuntungan
kepada Melaka, tetapi turut membantu akan kemakmuran dan kemasyhuran serta mengukuhkan lagi
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Fasa perkembangan dan perubahan kerajaan Johor adalah secara berperingkat dari sejarah awal pra
1530 sehingga 1784.

Fasa yang pertama iaitu pada tahun sebelum 1530, menceritakan soal sejarah awal Johor. Johor
dikenali juga sebagai Ujong Medini atau Ujong Tanah iaitu willayah yang meliputi selatan semenanjung
Tanah Melayu termasuklah Johor, Muar, Pahang dan Temasik. Selain itu, kerajaan awal Johor juga
dikenali sebagai Wurawari yang bermaksud “ air yang jernih” dalam bahasa Jawa lama. Kesultanan Johor
juga dikenali sebagai “Kesultanan Joho- Riau-Lingga Selain dari ‘Sayong yang merupakan senuah nama
tempat itu, dapat dilihat penempatan awal sejarah Johor di selatan iaitu di Pulau Tumasik dan sepanjang
sungai Johor.

Bagi fasa kedua (1530-1640). Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka (1511), Sultan Mahmud Shah
(1511-1528) telah berundur dan setelah baginda mangkat, puteranya pula meneruskan usaha
ayahandanya bagi menawan Melaka , maka tertubuhlah kerajaan Johor. Selama 110 tahun tersebut,
perjalanan dan perdagangan yang melalui selat Melaka mengalami era yang merudum
setelah kejatuhan Melaka pada 1511. Peperangan antara Portugis dan Melaka, Acheh serta Johor
tersebut telah menjejaskan perdagangan dan kehidupan di Selat Melaka.

Fasa ketiga (1641-1699) merupakan fasa transformasi kerajaan ini. Pada 1602, Belanda telah
menubuhkan VOC. Banyak bandar pelabuhan utama di Asia telah dikuasainya. Penubuhan VOC
membantu meningkatkan ekonomi Johor melalui saluran dermawan dari karyawan Belanda.
Kehadiran Admiral Jacob Heemskerck di istana Johor juga merupakan titik tolak persahaban antara
Johor dan Belanda sekaligus. Hubungan baik antara Johor dan Belanda member impak besar dalam
perlabuhan Riau yang menjadi pusat perdagangan utama di Asia Tenggara.

Fasa keempat (1700-1720) merupakan tahun permasalahan bagi negeri Johor.Bermula dengan
pembunuhan sultan, kemudiannya berlaku perebutan takhta yang memutuskan jurai kesultanan kerana
ianya diganti dengan jurai Bendahara, dan kemudian berlakunya perang saudara dan membawa kepada
kuasa Bugis dalam istana dan kerajaan Melayu. Kemasukan kuasa bugis menyebabkan arus perubahan
iaitu penyatuan antara dua rumpun Melayu iaitu Melayu dan Bugis dalam pemerintahan Johor.

Fasa kelima (1720-1784) merupakan fasa kegemilangan Johor dimana pengaruh Bugis banyak memberi
transformasi yang positif terhadap Johor. Kebijaksanaan perdagangan mereka telah menghasilkan
medan dan jaringan perdagangan yang amat menguntungkan Johor pada ketika ini. Maka pada 1722
sehingga 1784, Riau telah menjadi pelabuhan penting serta berjaya mengawal perdagangan melalui
selat Melaka dan mengeksploitasi sepenuhnya kekuatan geopolitik dan strategik kerajaan ini serta
menjadi pusat perdagangan utama di dunia Melayu.

You might also like