You are on page 1of 21
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO GUAMAN. BA-B52NCVC-5-01/2018 ANTARA VENUS CAPITAL CORPORATION SDN BHD (NO. SYARIKAT: 534119-W) .PLAINTIF DAN 1. U FONG KING (NO. K/P: 671113-13-5807) 2. LIM CHOOI LING (NO. K/P: 720801-02-5650) .»-DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN TUNTUTAN PLAINTIF 1, Plaintif adalah pemaju perumahan bagi pembangunan bercampur yang dikenali sebagai Twin Palms Kemensah [“Pembangunan tersebut”]. 2. Defendan-Defendan telah membeli dari Plaintif sebuah banglo 2 tingkat [“Hartanah tersebut”] dengan harga belian sebanyak RM1,186,000.00 melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 8.12.2012 [SPA tersebut”]. Tetuan Steven Tai, Wong dan Partners telah dilantik sebagai peguamcara dan pemegang kepentingan (stakeholder) Plaintif [‘Pemegang Kepentingan”]. Pada 3.11.2014, Plaintif telah mengisukan notis serahan milikan kosong kepada Defendan-Defendan. Defendan-Defendan dianggap telah mengambil milikan kosong pada 17.11.2014 Defendan-Defendan telah pada 20.11.2014 membuat temu janji dengan Plaintif untuk satu pemeriksaan bersama dan untuk mengambil kunci kepada Hartanah tersebut pada 24.11.2014 Defendan-Defendan telah menyerahkan kepada Plaintif satu Senarai Semak Kecacatan Pertama Hartanah tersebut bertarikh 12.12.2014. Plaintif telah menyiapkan kerja-kerja pembaikan. Pemeriksaan semula bersama telah dijalankan pada 14.1.2015. Pemeriksaan semula kedua juga telah dijalankan pada 4.2.2015. Pada 23.3.2015, Plaintif telah mengisukan Notis Penyelesaian Kerja-Kerja Pembaikan untuk Senarai Semak Kecacatan Pertama kepada Defendan-Defendan. Namun, pada 15.1.2015 dan 29.1.2015, Defendan-Defendan telah menulis kepada Plaintif dan mendakwa terdapat kecacatan- kecacatan tertunggak dari Senarai Semak Kecacatan Pertama dan kononnya terhadap kecacatan-kecacatan lagi. Plaintif di dakwa gagal menyelesaikan kerja-kerja pembaikan dalam tempoh 30 hari dan oleh itu Defendan-Defendan berhak mendapatkan kontraktor 2 10. 12. sendiri untuk membaiki kecacatan-kecacatan dan menuntut kos daripada Plaintif. Defendan-Defendan juga akan menuntut kos tersebut daripada Pemegang Kepentingan dan menuntut untuk RM10,000.00 sebulan sebagai sewa bagi kehilangan penggunaan Hartanah tersebut. Plaintif memplidkan telah membaiki semua kecacatan dalam Senarai Semak Kecacatan Pertama. Pada 6.5.2015, Defendan-Defendan telah menyerahkan satu senarai semak kecacatan baru untuk kecacatan tambahan konon iaitu Senarai Semak Kecacatan Ke-2. Semasa Plaintif menjalankan kerja-kerja_ pembaikan, Defendan-Defendan telah terus menyerahkan Senarai Semakan Kecacatan Ke-3 sehingga Kecatatan Ke-7, Plaintif telah menerima semua senarai semak kecacatan tersebut dan telah membaiki setakat mana yang merupakan obligasi kontrak Plaintif di bawah SPA tersebut. Setakat 7.9.2015, Defendan- Defendan telah mengakui penyiapan kerja-kerja pembaikan untuk Senarai Semak Kecacatan Ke-2 sehingga Ke-4, kecuali 2 item daripada Senarai Semak kecacatan Ke-4 yang dibawa ke hadapan ke dalam Senarai Semak Kecacatan Ke-5. Pada 10.10.2015, Plaintif telah memaklumkan Defendan-Defendan mengenai penyiapan kerja-kerja pembaikan untuk Senarai Semak Kecacatan Ke-5 hingga Ke-7. Notis penyiapan kerja telah diisukan kepada Defendan-Defendan pada 20.10.2015. Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan gagal dan/atau enggan untuk 3 14. 16. 17. menghadiri pemeriksaan semula bersama bagi Senarai Semak Kecacatan Ke-5 hingga Ke-7 tersebut. Defendan-Defendan tidak memberikan apa-apa maklum balas kepada Plaintif dari Disember 2015 sehingga Ogos 2016 yang mana Defendan-Defendan menyerahkan Senarai Semak Kecacatan Ke-8 bertarikh 9.8.2016 dan Senarai Semak Kecacatan Ke-9 bertarikh 15.8.2016. Semasa Plaintif menjalankan kerja-kerja pembaikan untuk Senarai Semak Kecacatan Ke-8 dan Ke-9, Plaintif telah menyedari Defendan-Defendan telah membuat aduan kepada Kementerian Perumahan mengenai kecacatan tertunggak. Kementerian Perumahan telah menetapkan satu lawatan tapak teknikal dengan pihak-pihak pada 15.9.2016. Pada 21.10.2016, Plaintif telah menyerahkan Notis Penyelesaian Kerja-Kerja Pembaikan Ke-3 untuk Senarai Semak Kecacatan Ke- 8 dan Ke-9 kepada Defendan-Defendan. Berikutan penyiapan semua kerja pembaikan, arkitek Plaintif telah pada 25.10.2016 mengisukan surat kepada Defendan-Defendan dalam mengesahkan bahawa tidak ada kecacatan tertunggak dalam Hartanah tersebut. Pada 26.10.2016, Plaintif telah memulangkan kunci Hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan. 19. 20. 21. 22. 23. Walaupun terdapat pengesahan arkitek, Defendan-Defendan telah pada 31.10.2016 mengemukakan lagi satu Senarai Semak Kecacatan Ke-10 bertarikh 25.10.2016 dan Senarai Semak Kecacatan Ke-11 bertarikh 15.11.2016 kepada Plaintif. Plaintif bersedia memberi perhatian kepada Senarai Semak Kecacatan tersebut tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana Plaintif tidak diberikan akses ke atas Hartanah tersebut. Walaupun defect liability period [‘DLP”] masih berkuatkuasa, Defendan- Defendan gagal memberikan akses kepada Plaintif. Plaintif hanya diberikan akses pada 22.11.2016, 23.11.2016 dan 25.11.2016, Sejak 26.11.2016, Plaintif tidak lagi mempunyai akses ke atas Hartanah tersebut. DLP Hartanah tersebut telah luput pada 17.11.2016. Oleh itu, Plaintif menyatakan Plaintif telah melepaskan obligasi-obligasinya di bawah SPA tersebut. Plaintif juga memplidkan walaupun Defendan-Defendan telah membuat beberapa temujanji untuk pemeriksaan semula dengan Plaintif, Defendan-Defendan gagal dan/atau enggan menghadiri semua temujanji tersebut. Walaupun DLP telah luput, Plaintif telah sama ada dengan sendirinya atau melalui peguam, terus meminta Defendan- Defendan untuk satu temujanji untuk pemeriksaan semula bersama untuk tujuan pengesahan Senarai Semak Kecacatan Ke-10 dan Ke- 11. 24. 25. 26. 27. 28. Namun begitu, Defendan-Defendan telah gagal dan/atau enggan memberikan maklum balas kepada Plaintif. Sehingga_ kini, Defendan-Defendan telah gagal dan/atau enggan memberikan akses kepada Plaintif untuk Senarai Semak Kecacatan Ke-10 dan Ke-11. Plaintif menyatakan kegagalan dan/atau keengganan Defendan- Defendan adalah bertujuan untuk menghalang Plaintif daripada menjalankan obligasinya di bawah SPA tersebut. Plaintif memplidkan Defendan-Defendan tidak berhak untuk menuntut pelepasan jumlah pemegang kepentingan kerana Defendan-Defendan telah gagal melaksanakan obligasi-obligasi di bawah Fasal 25(1) dan (2) SPA untuk memberi akses kepada Plaintif. Keengganan Defendan-Defendan untuk memberikan Plaintif akses ke atas Hartanah tersebut telah menghalang peguamcara pemegang kepentingan untuk melepaskan jumlah wang kepentingan kepada Plaintif. Oleh yang demikian, Plaintif kini menuntut: (a) Pengisytinaran bahawa Plaintif telah memenuhi dan dilepaskan obligasi-obligasinya di bawah Fasal 25 Perjanjian Jual Beli bertarikh 8.12.2012; | | (b) Peguamcara pemegang kepentingan Plaintif, Tetuan Steven Tai, Wong & Partners melepaskan jumlah wang kepentingan RM93,000.00 kepada Plaintif; (c) Defendan-Defendan membayar kepada Plaintif faedah pada 5% setahun pada RM93,000.00 dari tarikh penyataan tuntutan ini sehingga tarikh penghakiman menurut S.11, Akta Undang- Undang Sivil 1965; (d) Kos. PEMBELAAN DAN TUNTUTAN BALAS DEFENDAN 29. 30. Defendan-Defendan memplidkan Plaintif telah enggan atau cuai untuk membaiki semua kecacatan di Senarai Semak Kecacatan Pertama dengan betul. Terdapat kecacatan berulang dan mutu pembaikian Plaintif adalah teruk. Plaintif juga telah menyebabkan kerosakan kepada Hartanah tersebut apabila Plaintif diberikan akses. Defendan-Defendan menyatakan Notis Penyelesaian Kerja-Kerja Pembaikian untuk Senarai Semak Kecacatan Pertama adalah dipertikaikan dan dikeluarkan tanpa persetujuan dengan Defendan- Defendan. Notis tersebut dikeluarkan secara tergesa-gesa untuk membolehkan Plaintif melepaskan tanggungjawabnya dan menuntut wang pemegang kepentingan. 31, 32. 33. 34, Senarai Semak Kecacatan Ke-2 sehingga Ke-7 adalah merupakan hasil pemeriksaan bersama Plaintif yang mana Defendan-Defendan mendapati masih wujud banyak kecacatan yang belum dibaiki atau tidak dibaiki dengan betul. Tujuan Plaintif meminta pemeriksaan bersama walaupun tidak menyelesaikan kerja pembaikian dengan baik adalah untuk memanjangkan tempoh masa 30 hari yang dinyatakan di bawah Klausa 25, SPA. Defendan-Defendan menyatakan Plaintif telah memberitahu Defendan-Defendan melainkan Defendan-Defendan menandatangani _senarai-senarai_ penerimaan __kerja-kerja pembaikian yang terdahulu, Plaintif tidak akan menjalankan kerja pembaikian yang selanjutnya. Oleh itu, Defendan-Defendan terpaksa menandatangani pengakuan penyiapan_ kerja-kerja pembaikian tersebut. Plaintif telah melanggar Klausa 25 kerana gagal memperbaiki semua kecacatan dalam masa yang dibenarkan dan/atau Plaintif tidak berupaya untuk membaikinya. Defendan-Defendan menyatakan mereka telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk menjalankan pemeriksaan bersama namun demikian Defendan-Defendan mendapati pemeriksaan bersama adalah satu tindakan sia-sia kerana Plaintif tidak pernah membaiki semua kecacatan yang diadukan dengan sepenuhnya dan/atau kerja pembaikian adalah secara kosmetik sahaja. 35. 36. 37. 38. Lawatan tapak yang dihadiri oleh wakil Plaintif dan Defendan- Defendan, pihak JPN mendapati masih wujud banyak kecacatan dalam Hartanah tersebut. Defendan-Defendan selanjutnya telah memberikan akses yang munasabah dan mencukupi kepada Plaintif pada 22hb, 23hb dan 25.11.2016. Namun, Plaintif hanya menghantar satu atau dua orang pekerja untuk menjalankan kerja pembaikian yang minimum. Defendan-Defendan juga tidak mengunci pintu tepi Hartanah tersebut bagi membolehkan Plaintif memasuki Hartanah tersebut. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Plaintif. Defendan-Defendan memplidkan di perenggan 21 pembelaan bahawa sebanyak 48 kecacatan yang wujud dalam Hartanah tersebut tidak diperbaiki dengan betul oleh Plaintif. Akibat kegagalan Plaintif untuk membaiki semua kecacatan tersebut, Defendan-Defendan telah mengalami kerugian seperti yang berikut: (a) Defendan-Defendan perlu mengupah kontraktor sendiri untuk membaiki kecacatan tersebut; (b) Defendan-Defendan tidak dapat menghuni dalam Hartanah tersebut dari tarikh penyerahan milikan kosong sehingga semua kecacatan diperbaiki dengan betul; 39, (c) Defendan-Defendan terpaksa menanggung caruman bulanan walaupun tidak dapat menikmati perkhidmatan yang diberikan oleh Plaintif. Oleh itu, Defendan-Defendan menuntut terhadap Plaintif (a) (b) (c) (d) Satu perintah bahawa Plaintif membayar kepada Defendan- Defendan ganti rugi pembaikian kecacatan Hartanah tersebut sebanyak RM151,660.00 dalam masa 7 hari dari tarikh penghakiman; Satu perintah Plaintif membayar kepada Defendan-Defendan kehilangan sewa Hartanah tersebut sebanyak RM10,000.00 sebulan di kira dari tarikh penyerahan milikan kosong sehingga tarikh bayaran perintah di perenggan (a) dalam masa 7 hari dari tarikh penghakiman; Satu perintah bahawa Plaintif membayar kepada Defendan- Defendan kerugian Caruman Bulanan sebanyak RM480.00 sebulan dikira dari tarikh penyerahan milikan kosong sehingga tarikh bayaran perintah di perenggan (a) dalam masa 7 hari dari tarikh penghakiman; Secara alternatif kepada perenggan (c) di atas, satu perintah bahawa Plaintif mengecualikan Defendan-Defendan daripada membayar Caruman Bulanan sebanyak RM480.00 sebulan dikira daripada tarikh penyerahan milikan kosong sehingga tarikh bayaran perintah di perenggan (a); (e) (f) (g) (h) (i) Secara alternatif kepada perintah di perenggan-perenggan (a), (b), (c) dan/atau (d) di atas, satu perintah bahawa: (i) ganti rugi pembaikian kecacatan; dan/atau (ii) jumlah sewa bulanan Hartanah tersebut; (iii) caruman bulanan Hartanah tersebut; ditaksir oleh Mahkamah Yang Mulia ini atau Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar; Satu perintah bahawa peguamcara pemegang kepentingan Plaintif iaitu Tetuan Steven Tai, Wong & Partners melepaskan jumlah kepentingan RM93,000.00 kepada Defendan- Defendan untuk menampung sebahagian jumlah yang diperintah di bawah relif (a) atau jumlah taksiran di bawah perenggan (e)(i) di atas dalam 7 hari dari tarikh penghakiman atau tarikh keputusan taksiran; Kos Defendan-Defendan untuk mengupah saksi-saksi pakar dalam guaman ini; Faedah pra-penghakiman untuk tempoh relevan dan pada kadar 5% setahun menurut Akta Undang-Undang Sivil 1956; Faedah pada kadar 5% setahun atas kesemua ganti rugi yang diawad oleh Mahkamah Yang Mulia ini sehingga tarikh penyelesaian penuh; Kos-kos. 1 DAPATAN MAHKAMAH Sama ada Fasal-fasal 25(1) dan (2) SPA tersebut adalah obligasi saling bergantung (reciprocal obligation) pada Defendan-Defendan untuk memberikan akses kepada Plaintif Sama ada Defendan-Defendan telah menghalang Plaintif daripada melaksanakan obligasinya di bawah Fasal 25 SPA tersebut Sama ada Defendan-Defendan adalah secara sengaja menghalang Plaintif daripada melaksanakan obligasinya di bawah Fasal 25 SPA tersebut Sama ada Defendan-Defendan telah memberi peluang yang munasabah kepada Plaintif untuk melaksanakan obligasinya di bawah Fasal 25 SPA tersebut Sama ada Defendan-Defendan telah melanggari SPA tersebut Sama ada Plaintif telah melepaskan obligasi-obligasinya di bawah SPA tersebut Sama ada Plaintif telah menjalankan obligasi-obligasinya di bawah SPA tersebut 40. Berdasarkan Klausa 25(1) PJB tersebut, apa-apa kecacatan yang timbul hendaklah dibaiki dan dibaikpulih oleh Plaintif atas kos dan perbelanjaan sendiri dalam tempoh masa 30 hari setelah Plaintif mennerima notis bertulis daripada Defendan-Defendan. 12 41. Klausa 25(2) pula menyatakan sekiranya kecacatan tidak dibaikpulih oleh Plaintif dalam tempoh 30 hari tersebut, Defendan- Defendan berhak untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan ke atas kerja-kerja pembaikan yang tidak dilaksanakan oleh Plaintif dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan di bawah Klausa 25(1) yang mana Defendan-Defendan boleh menuntut kos pembaikan daripada peguam Plaintif yang memegang wang kepentingan. Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan perlu mematuhi syarat- syarat berikut sebelum boleh menuntut wang kepentingan tersebut iaitu: (i) Pada bila-bila masa selepas tamat 30 hari tersebut, Defendan-Defendan hendaklah memberitahu kepada Plaintif kos pembaikan bagi kerja-kerja pembaikan yang tidak dijalankan oleh Piaintif. (ii) | Defendan-Defendan hendaklah memberi Plaintif peluang untuk menjalankan kerja-kerja itu dalam masa 14 hari dari tarikh Defendan-Defendan memberitahu Plaintif. (ili) Jika Plaintif gagal, Defendan-Defendan hendaklah melaksanakan kerja dan memulakan kerja secepat mungkin selepas kegagalan Plaintif untuk menjalankan kerja-kerja tersebut dalam tempoh 14 hari tersebut. 42. 43. 44, 45. Namun begitu, Plaintif hanya boleh menjalankan kerja-kerja pembaikan kecacatan-kecacatan tersebut sekiranya Defendan- Defendan memberikan akses kepada Plaintif. Saksi-saksi Plaintif iaitu SP1 dan SP3 mengesahkan bahawa Plaintif telah membaiki semua kecacatan dalam Senarai Semak Kecacatan yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan. Keterangan SP1 dan SP3 ini telah disokong oleh SP2 iaitu Arkitek Plaintif yang mana SP2 telah mengisukan surat bertarikh 25.10.2016 yang mengesahkan tidak ada lagi kecacatan-kecacatan tertunggak pada Hartanah tersebut. Walau bagaimanapun, selepas Arkitek mengeluarkan surat tersebut, Defendan-Defendan telah mengemukakan Senarai Semak Kecacatan Ke-10 pada 30.10.2016 dan Senarai Semak Kecacatan Ke-11 pada 21.11.2016. Mahkamah mendapati berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi Plaintif, Plaintif gagal menjalankan kerja-kerja pembaikan untuk Senarai Semak Kecacatan tersebut kerana tindakan Defendan- Defendan yang tidak memberikan akses sepenuhnya kepada Plaintif untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan. Defendan- Defendan di dapati hanya memberikan akses kepada Plaintif untuk tiga (3) sahaja iaitu pada 22.11.2016, 23.11.2016 dan 25.11.2016. Mahkamah juga mendapati Defendan-Defendan gagal dan/atau enggan untuk menghadiri pemeriksaan semula. Pemeriksaan bersama bukan untuk melengah-lengahkan masa sebagaimana yang nyatakan oleh SD1 di dalam keterangan beliau di Mahkamah. Sebaliknya, pemeriksaan semula merupakan suatu peluang bagi Defendan-Defendan untuk membuat pengesahan bahawa semua 14 46. 47 kecacatan telah diperbaiki oleh Plaintif. Sebaliknya, Mahkamah mendapati kelengahan masa seperti yang didakwa oleh SD1 adalah disebabkan oleh tindakan Defendan-Defendan yang enggan melakukan pemeriksaan bersama. Defendan-Defendan menuntut ganti rugi untuk pembaikan semua kecacatan berdasarkan exhibit D12 iaitu quotation bertarikh 26.6.2018. Mahkamah mendapati quofation ini dikeluarkan selepas tamat tempoh defect liability period. Tindakan Defendan-Defendan ini menyebabkan Plaintif tidak diberikan peluang untuk melaksanakan_ kerja-kerja pembaikan bagi semua kecacatan berdasarkan exhibit D12. Mahkamah juga mendapati semenjak quotation exhibit D12 dikeluarkan sehingga hari perbicaraan, Defendan-Defendan tidak pernah menjalankan _ kerja-kerja pembaikan tersebut. Berdasarkan kepada semua keterangan saksi, Mahkamah mendapati Defendan-Defendan telah gagal memberikan Plaintif tempoh masa sebagaimana yang diperuntukan di bawah Kiausa 25(1) dan 25(2) iaitu masa 30 hari dan 14 hari untuk Plaintif menyiapkan kerja-kerja pembaikan tersebut sebelum Defendan- Defendan boleh melantik kontraktor sendiri. Fakta ini juga telah diakui oleh SD2 iaitu Arkitek yang dilantik oleh Defendan-Defendan bahawa Plaintif hendaklah diberikan peluang untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut. 48 49. 50. Selanjutnya mengenai ulasan oleh Kementerian Perumahan bahawa terdapat dua (2) kerja pembaikan yang masih tertunggak iaitu pagar automatik dan bilik tidur no. 4, SP3 telah menjelaskan bahawa pagar automatik telah disiapkan namun tidak mencapai kepuasan hati Defendan-Defendan. Manakala bagi bilik tidur no.4, Plaintif tidak dapat menjalankan kerja pembaikan kerana dikunci oleh Defendan-Defendan. Mahkamah mendapati Defendan- Defendan tidak memanggil saksi-saksi dari Kementerian Perumahan atau mengemukakan mana-mana dokumen yang menunjukkan pengesahan daripada Kementerian Perumahan bahawa kecacatan masih wujud. Mahkamah mendapati Plaintif pada setiap masa bersedia dan berupaya untuk melakukan kerja-kerja pembaikan kecacatan- kecacatan yang wujud walaupun defect liability period telah tamat tempoh. Namun begitu, Plaintif telah dihalang untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut kerana keengganan Defendan- Defendan memberikan akses yang mencukupi kepada Plaintif. Mahkamah mendapati Plaintif telah menjalankan obligasi- obligasinya di bawah PJB tersebut. Oleh itu, Mahkamah memutuskan Plaintif telah melepaskan obligasi-obligasinya di bawah PJB tersebut. Mahkamah juga memutuskan Klausa 25(1) dan (2) SPA tersebut adalah obligasi saling bergantung (reciprocal obligation) pada Defendan-Defendan untuk memberikan akses kepada Plaintif. Defendan-Defendan di dapati telah gagal memberikan akses yang munasabah kepada Plaintif untuk melaksanakan obligasinya di bawah Fasal 25 SPA tersebut. Defendan-Defendan sehingga kini 16 tidak menjalankan kerja pembaikan. Oleh itu, berdasarkan Klausa 25, Mahkamah memutuskan Defendan-Defendan tidak berhak menuntut wang kepentingan tersebut. Sama ada wujud kecacatan-kecacatan dalam Hartanah tersebut Sama ada Plaintif adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki kecacatan-kecacatan Hartanah tersebut Sama ada Plaintif telah gagal untuk memperbaiki kecacatan- kecacatan tersebut menurut peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 8.12.2012 Sama ada Plaintif harus membayar ganti rugi pembaikan kecacatan- kecacatan Hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan 51. Defendan-Defendan memplidkan sebanyak 48 kecacatan yang tidak diperbaiki dan/atau tidak diperbaiki dengan betul dan/atau kerosakan baru disebabkan oleh Plaintif dan/atau kecacatan berulang dan/atau mutu kerja pembaikian Plaintif yang teruk sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 21, Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan-Defendan. 52. SD1 di dalam keterangan beliau menyatakan Defendan-Defendan enggan menandatangani senarai semak tersebut walaupun kecacatan-kecacatan tersebut telah diperbaiki oleh Plaintif. Mahkamah juga mendapati Defendan-Defendan enggan menerima kecacatan-kecacatan yang telah diperbaiki. Mahkamah turut mendapati terdapat kecacatan-kecacatan yang disenaraikan dalam 7 53. laporan yang disediakan oleh SD2 tidak pernah dilaporkan kepada Plaintif sebelum ini antaranya mengenai isu anai-anai dan nail head stains. Mahkamah juga mendapati laporan yang disediakan oleh $D2 turut menyenaraikan item-item yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi antaranya pintu pagar auto rosak. Namun begitu, SD2 gagal mengemukakan apa-apa keterangan dokumen yang menunjukkan item-item tersebut di buat tidak mengikut spesifikasi. Mahkamah sebaliknya_ mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan sijil perakuan siap dan pematuhan [m/s 8, Ikatan Dokumen C1] telah diisukan dan telah diserahkan kepada Defendan-Defendan sebelum serahan milikan kosong. Ini menunjukkan Hartanah tersebut telah dibina mengikut spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat atau Jadual Kedua PJB tersebut. Mahkamah telah mengambil langkah berhati-hati dalam meneliti laporan yang disediakan oleh SD2. Ini adalah kerana Mahkamah mendapati SD2 bukan dari Construction Industry Development Board [“CIDB”]. SD2 juga dalam keterangan semasa pemeriksaan balas oleh peguamcara Plaintif telah bersetuju bahawa kaedah ujian yang beliau gunakan untuk menguji fal! in wet areas adalah method yang bertentangan dengan standard yang ditetapkan oleh CIDB sebagaimana di m/s 339, lkatan Dokumen C2. Oleh itu, Mahkamah memutuskan laporan yang disediakan oleh SD2 bukan merupakan keterangan yang kukuh untuk menyokong kewujudan kecacatan-kecacatan tersebut. 55. Semasa pemeriksaan balas oleh peguamcara Plaintif yang merujuk kepada exhibit D12, SD1 telah ditanya sama ada Defendan- Defendan ada meminta Plaintif untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sebagaimana yang dinyatakan dalam exhibit D12, SD1 menjawab beliau tidak ingat. Mahkamah mendapati kesahan exhibit D12 hanyalah untuk satu (1) bulan dari tarikh 26.6.2018. Oleh itu, exhibit D12 tidak boleh lagi digunapakai oleh Defendan-Defendan dalam menuntut kos ganti rugi pembaikan. SD1 juga mengakui sehingga kini, Defendan-Defendan tidak pernah menjalankan kerja- kerja pembaikan tersebut sebagaimana yang diperuntukkan bawah Klausa 25(2). Berdasarkan kepada keterangan di atas, Mahkamah memutuskan Defendan-Defendan gagal membuktikan wujudnya kecacatan- kecacatan dalam Hartanah tersebut. Oleh itu, Plaintif tidak bertanggungan untuk membayar ganti rugi pembaikan kecacatan- kecacatan Hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan. Sama ada Defendan-Defendan mempunyai obligasi untuk membayar caj servis menurut Surat Ikatan Perjanjian Bersama bertarikh 8.12.2012 56. Defendan-Defendan telah menandatangani Deed of Mutual Covenant. SD1 telah mengakui servis-servis telah disediakan oleh Plaintif. Defendan-Defendan terikat dengan terma-terma dalam Deed of Mutual Covenant. Oleh itu, Defendan-Defendan bertanggungan untuk membayar caj servis yang dikenakan ke atas Defendan-Defendan Sama ada Plaintif harus membayar ganti rugi kehilangan sewa Hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan 57. Mahkamah mendapati keterangan SD3, seorang agen hartanah tidak menyokong tuntutan Defendan-Defendan untuk kehilangan sewa. SD3 mengakui beliau tidak mempunyai pengalaman peribadi mengenai penyewaan hartanah Twin Palms Kemensah. SD3 juga bersetuju penyewaan hartanah yang tidak dilengkapi perabot adalah lebih rendah berbanding hartanah yang dilengkapi dengan perabot. Hartanah Defendan-Defendan tidak dilengkapi dengan perabot. Mahkamah selanjutnya mendapati Defendan-Defendan gagal mengemukakan apa-apa bukti yang menunjukkan Defendan- Defendan telah membuat pengiklanan untuk penyewaan Hartanah tersebut. Oleh itu, Mahkamah memutuskan Plaintif tidak bertanggungan untuk membayar ganti rugi kehilangan sewa Hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan Sama ada jumlah wang kepentingan harus dilepaskan oleh Tetuan Steven Tai, Wong dan Partners kepada Plaintif atau Defendan- Defendan 58. Mahkamah telah memutuskan Defendan-Defendan gagal mematuhi peruntukan di bawah Klausa 25. Oleh itu, wang kepentingan harus dilepaskan oleh Tetuan Steven Tai, Wong dan Partners kepada Plaintif 20 KEPUTUSAN MAHKAMAH 59. Setelah mendengar keterangan dari semua saksi dan meneliti ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan, Mahkamah memutuskan atas beban bukti imbangan kebarangkalian, Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif terhadap Defendan dibenarkan dengan kos. Kos adalah sebanyak RM20,000.00. 60. Bagi tuntutan balas Defendan, Mahkamah mendapati Defendan telah gagal membuktikannya. Oleh itu, tuntutan balas Defendan | ditolak dengan kos sebanyak RM15,000.00 Bertarikh: 30 September 2019 (NOOR a BINT] MOHD NOR) Hakim Mahkamah Sesyen 9 Shah Alam 24

You might also like