You are on page 1of 2

SIRI 67

NOOR AIN BINTI MAT ZAIS

132266

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya bersyukur kepada

Allah S.W.T kerana telah memudahkan urusan kami siri 67 dalam menjayakan pekhemahan di

Kem Palas pada 6 Disember hingga 8 Disember 2019. Terima kasih juga kepada kedua ibu

bapa saya kerana telah membantu dari segi bantuan kewangan dan sokongan yang positif

sepanjang projek ini berlangsung. Seterusnya jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Dr.

Ahmad Tajuddin bin Othman selaku pensyarah subjek PGT 433 yang banyak memberi tunjuk

ajar, nasihat yang sangat berharga serta memudahkan segala urusan kami. Bukan itu sahaja,

malah beliau banyak berkongsi idea-idea yang sangat membantu kami mempercepatkan proses

gerak kerja bagi menjayakan projek ini. Beliau juga turut menyumbang tenaga membantu kami

sebelum, semasa dan selepas perkhemahan berlangsung. Saya sangat bersyukur kerana beliau

berkorban masa dan tenaga untuk membantu kami menjayakan projek perkhemhan ini.

Subjek PGT 433 ini merupakan matapelajaran yang sangat berkualiti untuk melahirkan

guru yang cemerlang dari aspek sosial, rohani dan jasmani. Perkara ini jelas menunjukkan

bahawa projek dan aktiviti yang dirancang telah melatih para pelajar untuk bekerjasama,

memenuhi komitmen, bertanggungjawab dan bijak bergaul antara satu sama lain. Sepanjang

tempoh gerak kerja untuk persiapan sebelum perkhemahan berlangsung dilihat semua pelajar

saling bertungkus lumus untuk mencari dana dan bekerjasama untuk menjana pendapatan.

Antara pekerjaan yang dilakukan kumpulan kami ialah membuat perkhidmatan mencuci kereta

dan motosikal, perkhidmatan mencuci bilik pensyarah, dan menjual makanan di sekitar
kawasan dewan kuliah. Usaha yang kami jalankan ini telah membina jati diri kami untuk terus

berusaha untuk mendapatkan pendapatan bagi kumpulan kami seperti yang ditetapkan iaitu

sebanyak RM300 bagi setiap kumpulan. Walaupun antara kami tidak mempunyai masa terluang

yang sama tetapi tetap membahagikan tugas mengikut masa kosong bagi jadual masing-masing.

Tidak kurang tiga minggu kami dapat mejana lebih RM300 hasil pekerjaan yang kami lakukan.

Selain mejana pendapatan saya ditugaskan dalam aktivti “jungle tracking’ dan juga

masakan. Jadi setiap pelajar ditugaskan untuk memegang dua ahli jawatankuasa kumpulan.

Bagi aktiviti ‘jungle tracking’ terdapat tiga checkpoint bermakna terdapat tiga aktiviti yang

dijalankan ketika ‘jungle tracking’. Semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar dan semua

pelajar dapat melakukan ketiga-tiga aktiviti tersebut dengan baik. Bagi pihak guru terdapat

sedikit masalah kerana peralatan yang digunakan untuk aktiviti terpaksa dibawa ke atas bukit

sepanjang ‘jungle tracking’. Oleh itu, telah melambatkan sedikit perjalanan ‘jungle tracking’.

Penambahbaikan daripada aktiviti ‘jungle tracking’ guru sepatutnya merancang aktiviti yang

tidak memerlukan peralatan yang banyak dan sukar untuk dibawa ketika ‘jungle tracking’.

Seeloknya hanya melakukan aktiviti ringan yang hanya memerlukan peralatan seperti kertas,

pen, tali atau sebagainya yang mudah untuk dibawa. Walaupun begitu, semua pelajar telah

memberi sokongan yang baik dan setiap daripada mereka satu orang membawa satu barangan

telah memudahkan kami semua.

Akhir kata, sepanjang tempoh sebelum, semasa, dan selepas aktiviti ini dijalankan

dalam perkhemahan tidak berlaku sebarang masalah yang ketara kerana masalah yang dihadapi

masih kami dapat selesaikan. Perkhemahan ini sangat berkualiti dan berkesan untuk bakal guru

sebagai penagalaman sebelum masuk ke dunia pendidik yang sebenar.

You might also like