You are on page 1of 13

http://koleksibungaapril.blogspot.com/2013/05/topik-4-pengurusan-pengajaran-dan.

html

TOPIK 4

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebagai guru berpengalaman, imbas balik “ Apakah yang anda faham dengan pengajaran
dan pembelajaran?” Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatian sebelum,
semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Pernahkah anda berfikir cara
terbaik untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang baik dalam bilik darjah
yang mesra budaya? Topik ini akan membincangkan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran dengan fokus kepada konsep, dan peranan guru dalam mengurus
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran

“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan


pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses
daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah
diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.
Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran

Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk
membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya
Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran
berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan
komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent
instructional planning).

Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah
laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan
tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan
skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses pembelajaran yang berlaku secara
berterusan akan membawa perubahan tingkah laku. Contohnya, seseorang murid akan
mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara
berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan
mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu
mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain
alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.

4.2 Ciri-ciri Guru Berkesan

Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa ”guru
sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu
berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti
dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat ”
( p.43).
“Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of
teaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of goal
setting, instructional planning, and classroom management. They know how to motivate,
communicate, and work effectively with students who have different levels of skills and
come fromculturally diverse backgrounds. Effective teachers also understand how to use
appropriate levels of technology in the classroom. “ (Santrock, 2006)

Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut:

• Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan

• Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.

• Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.

• Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

• Membantu pelajar supaya boleh berdikari

4.3 Konsep Pembelajaran

4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat


tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan pengajaran dan
pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut:

· Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira


latar belakang murid yang berbeza

· Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat
pengubahsuaian semasa jika perlu

· Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

· Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk


membuat penambahbaikan

4.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya:

Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ‘pengurus’.
Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan
termasuk :

· Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling

· Sistematik dalam merancang dan menilai

· Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang

· Bijak mengurus masa

· Berpandangan jauh

· Bersedia untuk berubah dan fleksibel


· Berkomuknikasi dengan berkesan

4.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan


pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru :

i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran

iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran

Rajah 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru perlu
membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran.
Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan
pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :

§ Hasil pembelajaran yang tepat

§ Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid

§ Sumber pengajaran yang mencukupi

§ Bahan bantu mengajar yang berkesan

§ Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas


(a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan


bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan
berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar
kepada para pelajar. ” Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu
menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-
contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda,
gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah, audio
visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula
berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan
tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.

Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran
agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer &
Gallini, (1990); “ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang
berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran “. Manakala Slavin (1994)
menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu
mengajar (ABM).

(b) Pemilihan Sumber Pengajaran

Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi
penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara
idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras
tinggi .

Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan,
internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus,
phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan
Perbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat,
sesuai, dan mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya menarik minat mereka
untuk memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya
mendapatkan seberapa banyak input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap
sesi pengajaran .

Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya

Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian maklumat
dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan
interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.

Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan
§ melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang

§ mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai

§ menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

§ menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk
murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza

§ mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid

§ mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk
mengetahui keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi
aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan
pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran
yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat merancang aktivti selanjutnya dengan cara
yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan .

Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”,


beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta
memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay
(1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu
telah tercapai.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh
guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk:

• Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan


kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan

• Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru


memperbaiki pengajaran selanjutnya

• Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran

meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu
tajuk dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat
menilai pencapaian pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai
semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan. Penilaian menyeluruh pelajar
dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif .
Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara
kuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama pengukuran adalah untuk
membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat
penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan,
kuiz, peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak, rekod
anekdot, skala kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan. Alat pengukuran
yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berharga kepada guru untuk
mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan pengajaran guru . Apabila guru
memberikan ujian kepada pelajarnya, guru sebenarnya bukan sahaja sedang mengukur
pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur keberkesanan strategi pengajarannya sendiri.

Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan


pengukuran. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa guru
perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran
yang baru disampaikan. Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan dan penilaian
semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorang guru yang proaktif dan
berkesan

Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini
adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan
strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran,
tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-murid..

http://www.slideshare.net/ciklahkiter/guru-sebagai-pengurus-dan-pemimpin

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohdjo
hdiUIAMfp.pdf

http://fauziahspiritukh.blogspot.com/p/peran-guru-dalam-pembelajaran.html

Peran Guru dalam Proses Belajar -Mengajar

Perkembangan baru terhadap pandangan belajar mengajar membawa konsekuensi kepada


guru untuk meningkatkan peranan dan kompetensinya karena belajar-mengajar dan hasil
belajr siswa sebagian besar ditentukan oleh peranan dan koompetensi guru. Guru yang
kompeten akan lebih mampu menciptakan lingkungan belajar yang efektif dan akan lebih
mampu mengelola kelasnya sehingga hasil belajar siswa berada pada tingkat optimal.

Peranan dan kompetensi guru dalam proses belajar mengajar meliputi banyak hal
sebagaimana yang dikemukakan oleh Adams & Decey dalam Basic Principles of Student
Teaching antara lain, guru sebagai pengajar, pemimpin kelas, pembimbing, pengatur
lingkungan, partisipan, ekspeditor, perencana, supervisor, motivator, dan konselor. Berikut
ini adalah peranan yang dianggap paling dominan dan diklasifikasikan sebagai berikut:
a. Guru Sebagai Demonstrator

peranannya sebagai demostrator, lecturer, atau pengajar, guru hendaknya senantiasa


menguasai bahan atau materi pelajaran yang akan disampaikan serta senantiasa
mengembangkannnya dalam arti meningkatkan kemampuannya dalam hal ilmu yang
dimilikinya karena hal ini akan sangat menentukan hasil belajar yang akan dicapai siswa.

Salah satu yang harus diperhatikan oleh guru bahwa ia sendiri adalah pelajar. Ini berarti
bahwa guru harus belajar secara terus menerus. Dengan cara demikian ia akan memperkaya
dirinya dengan berbagai ilmu pengetahuan sebagai bekal dalam melaksanakan tugasnya
sebagai pengajar dan demonstrator sehingga apa yang disampaikannya betul-betul dimiliki
oleh anak didik.

b. Guru Sebagai Pengelola Kelas

Dalam peranannya sebagai pengelola kelas (learning manager), guru hendaknya mampu
mengelola kelas sebagai lingkungan belajar serta merupakan aspek dari lingkungan sekolah
yang perlu diorganisasi. Lingkungan diatur dan diawasi agar kegiatan-kegiatan belajar
terarah kepada tujuan-tujuan pendidikan.

Tujuan umum pengelolaan kelas adalah menyediakan dan menggunakan fasilitas kelas untuk
bermacam-macam kegiatan belajar agar mencapai hasil yang baik. Sedangkan tujuan
khususnya adalah mengembangkan kemampuan siswa dalam menggunakan alat-lat belajar,
menyediakan kondisi-kondisi yang memungkinkan siswa bekerja dan belajar, serta
membantu siswa untuk memperoleh hasil yang diharapkan. Sebagai manager guru
bertanggung jawab untuk memelihara lingkungan fisik kelasnya agar senantiasa
menyenangkan untuk belajar dan mengarahkan atau membimbing proses-proses intelektual
dan sosial di dalam kelasnya. Dengan demikian guru tidak hanya memungkinkan siswa
belajar, tetapi juga mengembangkan kebiasaan bekerja dan belajar secara efektif dikalangan
siswa.

Untuk lebih jelasnya fungsi pengelola kelas secara umum di atas, maka di bawah ini fungsi
pengelolaan ditinjau dari beberapa problema sebagai berikut:

Memberikan dan melengkapi fasilitas kelas untuk segala macam tugas antara lain:

• Membantu pembentukan kelompok

• Membantu kelompok dalam pembagian tugas

• Membantu kerja sama dalam menemukan tujuan-tujuan kelompok

• Membantu individu agar dapat bekerja sama dalam kelompok atau kelas

• Membantu prosedur kerja

• merubah kondisi kelas

Memelihara tugas agar dapat berjalan lancar antara lain:

• Mengenal dan memahami kemampuan murid

• Mempengaruhi kehidupan individu, terutama dengan teman-teman sebaya dalam kelas


• Organisasi sekolah dapat membantu memelihara tugas- tugas

• Mampu menciptakan iklim belajar mengajar berdasarkan hubungan manusiawi yang


harmonis dan sehat.[7]

Berangkat dari fungsi pengelolaan kelas tersebut, maka akan menjadi titik tolak atau sentral
dalam pengelolaan kelas tersebut tidak terlepas dari mengantarkan suatu kondisi-kondisi
yang memungkinkan untuk tercapainya belajar mengajar. Kenyataan ini seyogyanya bahwa
komponen yang berada dalam ruangan menjadi sasaran yang dioptimalkan, lebih-lebih lagi
yang berkaitan dengan diri siswa sebagai individu dan siswa dalam kedudukannya terhadap
kelompok

Demikian pula halnya organisasi pengelolaan kelas dalam proses pengajaran, bahwa di mana
ketergantungannya dari tujuan pengelolaan kelas menjadi tata laksana yang berperan aktif
untuk menentukan dan menciptakan kondisi fisiologi dan psikologi untuk memfokuskan
pada belajar. Suasana perasaan, fikiran dan ingatan untuk tertuju kepada materi yang
diberikan

c. Guru Sebagai Mediator dan Fasilitator

Sebagai mediator guru hendaknya memiliki pengetahuan dan pemahaman yang cukup
tentang media pendidikan karena media pendidikan adalah alat komunikasi untuk lebih
mengefektifkan proses belajar-mengajar. Guru tidak cukup hanya memiliki pengetahuan
tentang media pendidikan, tetapi juga harus memiliki keterampilan memilih dan
menggunakan serta mengusahakan media itu dengan baik. Memilih dan menggunakan
media pendidikan harus sesuai dengan tujuan, materi, metode, evaluasi, dan kemampuan
guru serta minat dan kemampuan siswa.

Sebagai fasilitator guru hendaknya mampu mengusahakan sumber belajar yang berguna
serta dapat menunjang pencapaian tujuan dan proses belajar-mengajar, baik yang berupa
nara sumber, buku teks, majalah ataupun surat kabar. Agar guru dapat mengoptimalkan
perannya sebagai fasilitator, maka guru perlu memahami hal-hal yang berhubungan dengan
pemanfaatan berbagai media dan sumber belajar. Dari ungkapan ini, jelas bahwa untuk
mewujudkan dirinya sebagai fasilitator, guru mutlak perlu menyediakan sumber dan media
belajar yang cocok dan beragam dalam setiap kegiatan pembelajaran, dan tidak menjadikan
dirinya sebagai satu-satunya sumber belajar bagi para siswanya.

Terkait dengan sikap dan perilaku guru sebagai fasilitator, di bawah ini dikemukakan
beberapa hal yang perlu diperhatikan guru untuk dapat menjadi seorang fasilitator yang
sukses:

1. Mendengarkan dan tidak mendominasi. Karena siswa merupakan pelaku utama dalam
pembelajaran, maka sebagai fasilitator guru harus memberi kesempatan agar siswa dapat
aktif. Upaya pengalihan peran dari fasilitator kepada siswa bisa dilakukan sedikit demi
sedikit.

2. Bersikap sabar. Aspek utama pembelajaran adalah proses belajar yang dilakukan oleh
siswa itu sendiri. Jika guru kurang sabar melihat proses yang kurang lancar lalu mengambil
alih proses itu, maka hal ini sama dengan guru telah merampas kesempatan belajar siswa.
3. Menghargai dan rendah hati. Guru berupaya menghargai siswa dengan menunjukan
minat yang sungguh-sungguh pada pengetahuan dan pengalaman mereka

4. Mau belajar. Seorang guru tidak akan dapat bekerja sama dengan siswa apabila dia tidak
ingin memahami atau belajar tentang mereka.

5. Bersikap sederajat. Guru perlu mengembangkan sikap kesederajatan agar bisa diterima
sebagai teman atau mitra kerja oleh siswanya

6. Bersikap akrab dan melebur. Hubungan dengan siswa sebaiknya dilakukan dalam suasana
akrab, santai, bersifat dari hati ke hati (interpersonal realtionship), sehingga siswa tidak
merasa kaku dan sungkan dalam berhubungan dengan guru.

7. Tidak berusaha menceramahi. Siswa memiliki pengalaman, pendirian, dan keyakinan


tersendiri. Oleh karena itu, guru tidak perlu menunjukkan diri sebagai orang yang serba
tahu, tetapi berusaha untuk saling berbagai pengalaman dengan siswanya, sehingga
diperoleh pemahaman yang kaya diantara keduanya.

8. Berwibawa. Meskipun pembelajaran harus berlangsung dalam suasana yang akrab dan
santai, seorang fasilitator sebaiknya tetap dapat menunjukan kesungguhan di dalam bekerja
dengan siswanya, sehingga siswa akan tetap menghargainya.

9. Tidak memihak dan mengkritik. Di tengah kelompok siswa seringkali terjadi pertentangan
pendapat. Dalam hal ini, diupayakan guru bersikap netral dan berusaha memfasilitasi
komunikasi di antara pihak-pihak yang berbeda pendapat, untuk mencari kesepakatan dan
jalan keluarnya.

10. Bersikap terbuka. Biasanya siswa akan lebih terbuka apabila telah tumbuh kepercayaan
kepada guru yang bersangkutan. Oleh karena itu, guru juga jangan segan untuk berterus
terang bila merasa kurang mengetahui sesuatu, agar siswa memahami bahwa semua orang
selalu masih perlu belajar

11. Bersikap positif. Guru mengajak siswa untuk mamahami keadaan dirinya dengan
menonjolkan potensi-potensi yang ada, bukan sebaliknya mengeluhkan keburukan-
keburukannya. Perlu diingat, potensi terbesar

d. Guru Sebagai Evaluator

Setiap jenis pendidikan pada waktu-waktu tertentu selama satu periode pendidikan selalu
mengadakan evaluasi, artinya pada waktu-waktu tertentu selama satu periode pendidikan,
selalu mengadakan penilaian terhadap hasil yang dicapai, baik oleh pihak terdidik maupun
oleh pihak pendidik.

Demikian pula dalam satu kali proses belajar mengajar guru hendaknya menjadi seorang
evaluator yang baik. Kegiatan ini dimaksudkan untuk mengetahui apakah tujuan yang telah
dirumuskan telah tercapai atau belum, dan apakah materi yang diajarkan telah cukup tepat.
Semua pertanyaan tersebut akan terjawab melalui kegiatan evaluasi atau penilaian. Tujuan
lain dari penilaian di antaranya ialah untuk mengetahui kedudukan siswa di dalam kelas atau
kelompoknya. Dengan penilaian guru dapat mengklasifikasikan apakah seorang siswa
termasuk kelompok yang pandai, sedang, kurang, atau cukup baik di kelasnya jika
dibandingkan dengan teman-temannya

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-peranan-guru-sebagai-pembimbing-di.html

lima peranan guru sebagai pembimbing di bilik darjah

Bincangkan lima peranan guru sebagai pembimbing di bilik darjah:

Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik Darjah

Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya sebagai
pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-
murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan
bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala
peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya
dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat
dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan
mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:

Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi-eja murid, alat-
alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan pengurusannya ialah
supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bili darjah yang
bersih kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja yang boleh guru membimbing murid-
murid ialah:

1) Menyapu lantai dan beranda.

2) Membersihkan papan kapur.

3) Menyusun kerusi-meja.

4) Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.

5) Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan.

6) Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.

7) Menjaga penggunaan lampu dan kipas.

8) Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.

Unyuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru hendaklah


menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam pelaksanaan
tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Prinsip pembahagian kerja-kerja
tersebut ialah tanggungjawab untuk setiap murid hendaklah adil dan saksama supaya
mereka dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan.
Pengurusan Persekitaran Pengajaran-Pembelajaran:

Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi satu keistimewaan iaitu di samping
ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain,
khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan itu, banyak
aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut
Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan dan sebagaiya.

Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah aktiviti pengayaan
dan pemulihan, aktiviti sokongan , aktiviti bacaan tambahan, perbincangan dan sebagainya.
Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-
bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah membimbing dan
memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan
teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaranyang sesuai digunakan oleh murid-
murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh
melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan
membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan
cara yang betul.

Penguruan Peraturan Bilik Darjah:

Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta mudah diikuti.
Untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah, guru hendaklah
membimbing dan bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan tersebut.
Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi segala peraturan bilik darjah yang
ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan.

Peranan Kedua: Sebagai perancang

Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik


darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap
objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan.

Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran.


Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran,
pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan
berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan
secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan.
Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu
murid murid mencapai objektif pelajaran mereka.

Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan pencapaian objektif
pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi
pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid mencapai objetif
pelajaran yang dikehendaki.

Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-
bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-
bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih
bermaknadan lebih berkesan.
Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan
dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan
strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran.

Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi
pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai
dan sistemaik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.

Peranan ketiga: Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah

Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah
tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh
itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk
membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh
membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan
aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalah matematik
yang kompleks dan sebagainya.

Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan dan
sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka dapat
membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif
dengan murid-murid yang lain.

Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba menasihati dan
berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga. Guru boleh
membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri .Jika
masalah adalah serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu dilaksanakan..

Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan tingkah laku
murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah , guru perlu sebagai
pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif
supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak menumpu perhatian semasa
p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid lain dan sebagainya. Ini
telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah
adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran
dapat dicapai.

Peranan keempat: Mengembangkan kebolehan murid

Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara
umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana
dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar
pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam
pembelajaran. Bagi murid yang lemah dalam matematik, guru perlu menjalankan aktiviti
pemulihan serta memberikan bimbingan matematik yang lebih banyak kepada mereka. Di
samping itu, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk
melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan
akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Tambahan pula, guru boleh
menggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi dorongan
kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah
dikembang dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan sosial).

Peranan Kelima: Bimbing murid membuat keputusan

Guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-
murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang bijaksana dan
rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan
jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan kepada murid, tetapi hak untuk
membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri. Guru perlu memastikan keputusan yang
dibuat oleh murid adalah berpandukan dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga
instrumental. Ini disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam memberikan panduan dalam
kehidupan manusia.

Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, guru mengambil pelbagai peranan


yang penting di bilik darjah. Beliau bertanggungjawab menyediakan suatu persekitaran yang
kondusif. Sebagai pembimbing murid-murid, guru bertindak sebagai pengurus bilik darjah,
sebagai perancang, membantu dan membimbing murid mengatasi masalah,
mengembangkan kebolehan murid, dan membimbing murid membuat keputusan. Guru
membimbing anak menjadi manusia dewasa susila yang cekap dan mandiri.

You might also like