You are on page 1of 62

http://cikgucikguoren.blogspot.

my/2017/

1. TAHAP KEPAKARAN GURU DALAM PdPc

ARKIB : 16/09/2013
Menjanakepakaranguru
MD ISHAK A. RAHMAN
Pada alaf ini, pendidikan di sekolah
tidak harus memencilkan diri dan
bergerak tanpa hala tuju yang jelas
dan selaras. Sekolah perlu melihat
kejayaan sekolah lain untuk
dijadikan model melalui perkongsian
bestari.
Demikian juga, guru sebagai
petugas pendidikan tidak
seharusnya berpuas hati dengan
kemahiran yang diterima semasa di
kampus. Sebaliknya, mereka perlu
menggali dan mencari kepakaran
dalam bidang mereka melalui
perkongsian bestari.
Mereka boleh membentuk kumpulan
rakan sekerja untuk membangunkan
program di sekolah. Aktiviti ini dapat
meningkatkan kepakaran mereka
dalam tugas yang
dipertanggungjawabkan.
Setiap sekolah mudah mengakses
maklumat daripada pelbagai sumber
untuk mendapat maklumat.
Pengetua atau guru besar selaku
pengurus sekolah mempunyai
peranan penting untuk memilih hala
tuju masing-masing dan tidak hanya
menunggu arahan daripada pihak
lain.
Pengetua atau guru besar harus
melakukan perkongsian bestari di
sekolah dengan institusi pendidikan
di tempat lain.
Perkongisn bestari dapat
difahamkan sebagai pertukaran
pendapat, program, modul, aktiviti
dan sebagainya di sekolah atau
tempat lain untuk dilaksanakan di
sekolah masing-masing.
Program perkongsian ilmu dapat
dilaksanakan oleh kumpulan
pemimpin dan pelaksana pendidikan
di sekolah. Tegasnya, mereka tidak
boleh berseorangan untuk membina
kecemerlangan sekolah.
Perkongsian bestari harus
dimulakan secara mikro hingga
peringkat makro.
Mikro melibatkan sekumpulan guru
di sekolah. Contohnya
program lesson study iaitu
sekumpulan guru yang merancang
dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bersama-sama.
Akhirnya, mereka bukan sahaja
mendapat hasil yang cemerlang,
malah memperoleh kepakaran yang
menjadi rujukan pihak lain.
Sementara program makro
melibatkan guru dan pelajar di
sekolah dengan guru-guru sekolah
lain di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan atau antarabangsa.
Selain mengakses media massa,
mereka boleh mengadakan lawatan
ke negara lain untuk mengadakan
perkongsian bestari. Langkah ini
membolehkan mereka melihat
sendiri dan merasai pengalaman
orang lain.
Sekolah telah melaksanakan
program Kumpulan Mutu Kerja
(KMK), kajian tindakan dan
sebagainya yang diubah suai
dengan ukuran pendidikan untuk
mencari jalan meningkatkan
kecemerlangan di sekolah.
Mereka membuat kajian serta
pelaksanaan aktiviti di sekolah
berdasarkan kekuatan dan ancaman
yang terdapat di sekolah. Penemuan
mereka sudah pasti boleh menjadi
rujukan guru-guru lain atau sekolah-
sekolah lain.
Sekolah juga boleh membuat
perkongsian bestari dengan sekolah
berhampiran. Mereka duduk
bersama dengan mengadakan
seminar, pembentangan kertas kerja
atau sebagainya. Mereka boleh
memanfaatkan guru cemerlang di
sekolah masing-masing atau
menggunakan kepakaran dan
kejayaan sekolah untuk dikongsi
bersama dengan sekolah
berhampiran.
Sekolah juga boleh mengadakan
lawatan penanda aras di sekolah-
sekolah yang telah berjaya
melaksanakan program mereka.
Lawatan tersebut boleh dijadikan
asas untuk dilaksanakan di sekolah
mereka selaras dengan keperluan
dan kekuatan yang ada di sekolah
masing-masing.
Sementara sekolah yang telah
terbukti dan diiktiraf mencapai
kecemerlangan dengan
penganugerahan sekolah bestari,
sekolah berprestasi tinggi atau
sekolah yang mendapat bai'ah,
seharusnya menguar-uarkan
program mereka melalui media
massa atau blog agar dapat dikongsi
bersama dengan sekolah-sekolah
lain.
Sekolah kluster cemerlang ini boleh
menjemput sekolah lain untuk
datang ke sekolah mereka bagi
melihat program yang telah
dilaksanakan. Langkah ini secara
tidak langsung membantu negara
untuk meningkatkan mutu
pendidikan.
Guru yang kreatif boleh merancang
dan melaksanakan program
kecemerlangan dengan memilih
aktiviti yang sesuai di sekolah
masing-masing berdasarkan latar
belakang dan persekitaran sekolah.
Situasi sekolah di bandar berbeza
dengan sekolah di luar bandar,
sekolah asrama, sekolah berprestasi
tinggi dengan sekolah harian.
Kepakaran guru di sekolah
berkenaan masih boleh diterapkan di
sekolah lain melalui usaha kreatif
guru.
Melalui perkongsian bestari dapat
membuka minda guru melaksanakan
sesuatu di sekolah serta
meningkatkan kepakaran mereka.
Langkah ini amat dituntut demi
melahirkan lebih ramai guru yang
benar-benar menguasai pedagogi
pendidikan. Pengalaman mereka
amat diperlukan untuk
melaksanakan program Rakan
Peningkatan Sekolah (SiPartners+)
dan Pembimbing Pakar
Pembangunan Sekolah (SISC+)
yang akan dilaksanakan menjelang
2014.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidi
kan/20130916/pe_01/Menjana-kepakaran-
guru#ixzz4eJstVcyN
© Utusan Melayu (M) Bhd

BANTUAN KEPAKARAN DARI SISC+

Inisiatif Kementerian Pendidikan dalam


memperkenalkan program Jurulatih Pakar
Pembangunan Sekolah atau School
Improvement Specialist Coaches (SISC)
bagi membimbing guru terpilih dilihat
berupaya melahirkan golongan pendidik
berkemahiran tinggi selaras perkembangan
semasa.
Program bimbingan khas kepada guru
berkeperluan tersebut bertujuan menjadikan
aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam bilik darjah lebih menarik dan
berkesan dengan penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan
murid.
Pada dasarnya, SISC yang sebahagian
besarnya dilantik kalangan guru cemerlang
telah dimulakan secara berperingkat oleh
Kementerian Pendidikan di dua negeri
perintis iaitu Kedah serta Sabah pada 2012.

Melihat kepada keberkesanan program SISC


yang telah dijalankan, kementerian
kemudian mewujudkan jawatan baharu
dikenali sebagai SISC+ mulai 2014 dengan
pelaksanaan program serupa merangkumi
semua negeri di seluruh negara.
MATLAMAT

Meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah dan prestasi guru daripada aspek ilmu,

nilai, persepsi,sikap dan amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke

Tugas SISC+
1. Membina hubungan dengan guru dan
membimbing guru di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan
pegawai PPD untuk menyediakan latihan
yang amat diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi
khusus untuk meningkatkan kualiti
pengajaran di sekolah
4. Membimbing sejumlah guru (min 20 dan
maks 30 orang) untuk tempoh sebulan;
SISC+ bebas untuk merancang bagaiman
proses bimbingan yang bakal dilaksanakan.
2.Sejauhmanakah guru mengaplikasikan pengajaran
abad ke 21

1. Laporan Keratan Akhbar Utusan


PUTRAJAYA 14 Mei - profesion
keguruan pada abad ke-21 terdedah
kepada pelbagai cabaran baharu yang
berbentuk kebendaan, intelektual,
pemikiran, kerohanian, kebudayaan,
ideologi baharu dan isu-isu yang
berkaitan dengan masalah etika.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri


Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, bagi
mendepani cabaran tersebut para guru
perlu membina dan membentuk pelajar
agar mampu bangkit dan membina
kekuatan untuk menentukan masa
depan yang lebih cerah.

Beliau berkata, guru juga perlu


memahami bahawa penghayatan
moral, nilai dan akhlak merupakan asas
kepada kehidupan manusia dan asas
martabat sesuatu profesion khususnya
profesion keguruan yang
bertanggungjawab memelihara tradisi
dan budaya masyarakat Malaysia.

“Para pendidik perlu sedar bahawa


dalam usaha negara menghadapi masa
depan yang penuh persaingan,
pendidikan adalah bersifat futuristik,
maka kita hendaklah mampu
menyediakan generasi muda untuk
menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita juga perlu melahirkan generasi


berilmu untuk berfikir, bertindak dan
menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang
global dan teknologi terkini serta
berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa
kini,” katanya ketika ditemui baru-baru
ini.

Menurut Khair, pemilihan tema


sambutan hari guru tahun ini, Guru :
Membina Ilmu Menyempurnakan
Akhlak adalah selaras dengan hasrat
kementerian melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 iaitu mengenai
enam aspirasi murid.

“Kementerian mahu lahirkan murid


yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian serta identiti nasional,
sehubungan itu guru perlu memainkan
penting dalam menjayakannya.

“Ilmu merupakan faktor terpenting


dalam menentukan kebahagiaan
individu dan kejayaan serta kekuatan
sesuatu bangsa dan negara, ilmu juga
membina kekuatan minda ke arah daya
fikir tinggi dan daya kreatif dalam
kalangan individu dan bangsa, saya
percaya semua agama dan sistem
sosial manusia mahukan ahlinya
menguasai ilmu pengetahuan,”
katanya.

Sehubungan itu katanya, para pendidik


seharusnya mengorak langkah untuk
melengkapkan diri sebagai pembina
dan pemimpin ilmu khususnya
berasaskan teknologi serta bersedia
menjurus kepada penguasaan dan
penggunaan teknologi maklumat dalam
pelbagai bidang.

“Para pelajar mestilah dididik


menggunakan daya fikir tinggi dan
bersedia dengan minda untuk belajar
sepanjang hayat dan mempunyai
modal intelektual tinggi menghadapi era
globalisasi ketika ini. Kemahiran berfikir
dan pemikiran konstruktif juga perlu
terarah kepada pandangan jauh dan
luar biasa,” katanya.

Sejajar dengan tema itu, beliau berkata,


kementerian berhasrat untuk
melahirkan murid yang boleh bersaing
bukan sahaja di dalam negara tetapi di
peringkat global, namun dalam masa
yang sama menjadi warganegara yang
masih berakar umbi kukuh sebagai
rakyat Malaysia bertunjangkan nilai
etika dan kerohanian tinggi.

“Pendidik yang profesional dapat


menangani pengajaran dan
pembelajaran bagi membudayakan
anak didik dengan amalan akhlak dan
nilai-nilai murni, mereka perlu faham
bahawa perkembangan dan kemajuan
dunia boleh mempengaruhi gaya hidup
dan akhlak masyarakat.

“Perkembangan dunia dalam aspek


ekonomi, sosial, politik dan teknologi
seharusnya menjadi indikator asas
kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi
keperluan tenaga manusia yang
berteraskan keilmuan berkualiti. Oleh
itu para pendidik adalah wahana yang
boleh menentukan corak manusia yang
mampu menghadapi alaf baharu di
abad ke-21,” katanya.

Sementara itu katanya, tugas dan


tanggungjawab guru dalam
menyempurnakan akhlak adalah
selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan yang menyatakan
pendidikan Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu.

“Etika dan kerohanian masih diberikan


penekanan dalam PPPM 2013-2025
sebagai salah satu daripada enam
aspirasi murid, tanpa memasukkan
elemen pendidikan nilai dalam
pengajaran dan pembelajaran, cita-cita
untuk melahirkan generasi cemerlang
dari semua aspek tidak akan berhasil,”
katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai
pemilihan tarikh 16 Mei untuk
menyambut hari guru, Khir berkata,
tarikh tersebut dipilih bertepatan
dengan 16 Mei 1956 iaitu tarikh yang
sama ketika Laporan Razak diiktiraf
dan dijadikan sebagai Dasar Pelajaran
Kebangsaan.

“Objektif utama sambutan hari guru


ialah untuk menghargai jasa dan
peranan guru dalam pembangunan
negara, modal insan serta
perkhidmatan mereka kepada
masyarakat selain memupuk perasaan
perpaduan ikhtisas dan muhibah dalam
kalangan guru.
“Tahun ini merupakan tahun terakhir
untuk melihat keberhasilan gelombang
kedua PPPM 2013-2025, oleh itu
sambutan hari guru 2015 akan
memfokuskan kepada elemen
keberhasilan gelombang pertama
PPPM khususnya inisiatif-inisiatif yang
berkaitan keberhasilan murid, kualiti
guru dan kepimpinan sekolah,”
katanya.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/pend
idikan/umum/cabaran-baharu-kerjaya-
guru-abad-ke-21-
1.91781#ixzz4eJgw4ri2
© Utusan Melayu (M) Bhd

2. Matlamat Pendidikan Negara Ke


Arah Bertaraf Dunia

Sektor industri pendidikan di negara


sedang berubah secara dinamis dan
dikira akan mengalami banyak
perubahan dan pembaharuan
menjelang abad ke-21. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan (center for
academic excellence) di rantau asia
dan juga di peringkat antarabangsa
pada abad ke 21 ini nanti memerlukan
negara ini meningkatkan
kecemerlangan imej dan kualiti
pendidikannya ke taraf dunia atau
memperolehi status "World Class
Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan
perkembangan dan kemajuan pesat
serta dinamis pendidikan negara,
khususnya dari segi kualiti, kuantiti,
standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di
peringkat antarabangsa atau dunia.
Dilihat dari perspektif yang luas,
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud
kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam
membangunkan sektor pendidikan
untuk mempelopori perubahan dan
kemajuan dinamis, iaitu :
 Pembangunan tenaga manusia

 Kepesatan pertumbuhan ekonomi


 Pembaikan taraf dan kualiti
kebajikan sosial

 Pemodenan dan reformasi sosial


masyarakat

 Kecemerlangan budaya fikir dan


intelektual

 Pembangunan teknologi dan sains

 Kejayaan meningkatkan kadar celik


huruf yang tinggi di kalangan
masyarakat.
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan
satu komitmen dan usaha Kementerian
Pendidikan bagi memperbaiki kualiti
pendidikan negara supaya ia dapat
ditingkatkan kepada satu standard yang
tinggi dan mampu menyaingi negara
maju yang lain. Sebagai sebuah negara
yang berkembang pesat dalam
berbagai aspek pembangunan, sektor
pendidikan perlu berkembang dan
mengalami perubahan anjakan
paradigma yang dapat merintiskan alaf
baru dalam segala aspek. Ianya juga
merupakan satu langkah penting bagi
mengangkat martabat dan status
Malaysia dalam dunia pendidikan di
peringkat antarabangsa.

3. Peranan Guru Mencapai Pendidikan


Alaf Baru

1. Menguasai Subjek

Guru haruslah menguasai kandungan


kurikulum bagi subjek yang diajar.
Tentu agak canggung jadinya jika guru
sendiri masih terkial-kial untuk
menerangkan sesuatu kandungan
dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam


Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam
menggunakan pelbagai kaedah dan
strategi pengajaran dan pembelajaran
yang betul semasa menjalankan p&p di
dalam kelas. Pembelajaran yang
pelbagai ini tentu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan
mesra pelajar.
3. Memahami Perkembangan dan
Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan
kepentingan bagi seseorang guru untuk
faham akan perkembangan muridnya,
serta mampu menyayangi mereka
seadanya. Guru abad 21 seharusnya
mampu untuk menilai perkembangan
murid sesuai dengan kebolehan
mereka.

4. Memahami Psikologi
Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk
memahami psikologi pembelajaran bagi
para pelajarnya. Hanya dengan
memahami bagaimana minat dan
respon pelajar ketika belajar, maka
akan membantu seseorang guru itu
berfungsi dengan lebih baik sebagai
seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran
kaunseling ketika berurusan dengan
pelajar. Kemahiran untuk membantu
pelajar menangani emosi, sosial dan
juga pelbagai lagi perkara yang menjadi
masalah kepada golongan remaja.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru
yang memiliki kemahiran kaunseling
dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan
penggunaan teknologi terkini
merupakan salah satu ciri penting bagi
guru abad ke 21. Selain daripada murid
yang memang mahir dengan
penggunaan gajet dan pelbagai alatan
elektronik lain, maka guru juga perlu
seiring dalam menggunakan kelebihan
ini untuk menarik minat pelajar untuk
belajar. Pembelajaran yang
menggunakan lcd, game, aplikasi
mobile sudah tentu membawa kelainan
kepada suasana pembelajaran di
dalam kelas.

4. Kurangkan Pengajaran Tradiosional

Pengajaran guru secara chalk and talk


perlu dikurangkan bagi meningkatkan
profesional pengajaran guru. Zaman
telah berubah dan sistem pengajaran
juga perlu berubah. PdPc secara
tradisional tidak seharusnya
dihapuskan 100%. Akan tetapi, guru
perlu menyesuaikan proses pengjaran
mengikut keperluan semasa murid.

Posted by CIKGU OREN at 4:48 AM No


comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to
FacebookShare to Pinterest
Friday, March 17, 2017

ARTIKEL 5
JURANG PENDIDIKAN ANTARA MURID
ASLI DAN MURID DI BANDAR
Selain faktor ekonomi, geografi, personaliti
individu, serta faktor masyarakat, faktor
utama lain yang menjadi pengaruh kepada
keciciran dalam pencapaian akademik
adalah faktor pemakanan kanak-kanak
Orang Asli. Ini adalah kerana pemakanan
yang baik dan sihat akan mempengaruhi
perkembangan kognitif dan kecerdasan akal
(Benton, 2010; Fanjiang & Kleinman, 2007;
Ross, 2010; Mohamad Johdi Salleh & Abdul
Razak, 2009). Aspek-aspek yang terkandung
dalam faktor pemakanan ini boleh
menjejaskan perkembangan kognitif kanak-
kanak khususnya Orang Asli ini. Menurut
Haslinah (2009), pemakanan yang
berkhasiat dan mencukupi memandu kepada
status kesihatan yang baik bagi
perkembangan kognitif yang sempurna untuk
kanak-kanak.

Sumber
:studentsrepo.um.edu.my/6257/9/BAB_1_
PENGENALAN.pdf
.Sejauhmanakah guru mengaplikasikan pengajaran
abad ke 21

1. Laporan Keratan Akhbar Utusan


PUTRAJAYA 14 Mei - profesion
keguruan pada abad ke-21 terdedah
kepada pelbagai cabaran baharu yang
berbentuk kebendaan, intelektual,
pemikiran, kerohanian, kebudayaan,
ideologi baharu dan isu-isu yang
berkaitan dengan masalah etika.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri


Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, bagi
mendepani cabaran tersebut para guru
perlu membina dan membentuk pelajar
agar mampu bangkit dan membina
kekuatan untuk menentukan masa
depan yang lebih cerah.
Beliau berkata, guru juga perlu
memahami bahawa penghayatan
moral, nilai dan akhlak merupakan asas
kepada kehidupan manusia dan asas
martabat sesuatu profesion khususnya
profesion keguruan yang
bertanggungjawab memelihara tradisi
dan budaya masyarakat Malaysia.

“Para pendidik perlu sedar bahawa


dalam usaha negara menghadapi masa
depan yang penuh persaingan,
pendidikan adalah bersifat futuristik,
maka kita hendaklah mampu
menyediakan generasi muda untuk
menghadapi sebarang kemungkinan.
“Kita juga perlu melahirkan generasi
berilmu untuk berfikir, bertindak dan
menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang
global dan teknologi terkini serta
berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa
kini,” katanya ketika ditemui baru-baru
ini.

Menurut Khair, pemilihan tema


sambutan hari guru tahun ini, Guru :
Membina Ilmu Menyempurnakan
Akhlak adalah selaras dengan hasrat
kementerian melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 iaitu mengenai
enam aspirasi murid.
“Kementerian mahu lahirkan murid
yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian serta identiti nasional,
sehubungan itu guru perlu memainkan
penting dalam menjayakannya.

“Ilmu merupakan faktor terpenting


dalam menentukan kebahagiaan
individu dan kejayaan serta kekuatan
sesuatu bangsa dan negara, ilmu juga
membina kekuatan minda ke arah daya
fikir tinggi dan daya kreatif dalam
kalangan individu dan bangsa, saya
percaya semua agama dan sistem
sosial manusia mahukan ahlinya
menguasai ilmu pengetahuan,”
katanya.
Sehubungan itu katanya, para pendidik
seharusnya mengorak langkah untuk
melengkapkan diri sebagai pembina
dan pemimpin ilmu khususnya
berasaskan teknologi serta bersedia
menjurus kepada penguasaan dan
penggunaan teknologi maklumat dalam
pelbagai bidang.

“Para pelajar mestilah dididik


menggunakan daya fikir tinggi dan
bersedia dengan minda untuk belajar
sepanjang hayat dan mempunyai
modal intelektual tinggi menghadapi era
globalisasi ketika ini. Kemahiran berfikir
dan pemikiran konstruktif juga perlu
terarah kepada pandangan jauh dan
luar biasa,” katanya.
Sejajar dengan tema itu, beliau berkata,
kementerian berhasrat untuk
melahirkan murid yang boleh bersaing
bukan sahaja di dalam negara tetapi di
peringkat global, namun dalam masa
yang sama menjadi warganegara yang
masih berakar umbi kukuh sebagai
rakyat Malaysia bertunjangkan nilai
etika dan kerohanian tinggi.

“Pendidik yang profesional dapat


menangani pengajaran dan
pembelajaran bagi membudayakan
anak didik dengan amalan akhlak dan
nilai-nilai murni, mereka perlu faham
bahawa perkembangan dan kemajuan
dunia boleh mempengaruhi gaya hidup
dan akhlak masyarakat.
“Perkembangan dunia dalam aspek
ekonomi, sosial, politik dan teknologi
seharusnya menjadi indikator asas
kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi
keperluan tenaga manusia yang
berteraskan keilmuan berkualiti. Oleh
itu para pendidik adalah wahana yang
boleh menentukan corak manusia yang
mampu menghadapi alaf baharu di
abad ke-21,” katanya.

Sementara itu katanya, tugas dan


tanggungjawab guru dalam
menyempurnakan akhlak adalah
selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan yang menyatakan
pendidikan Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu.

“Etika dan kerohanian masih diberikan


penekanan dalam PPPM 2013-2025
sebagai salah satu daripada enam
aspirasi murid, tanpa memasukkan
elemen pendidikan nilai dalam
pengajaran dan pembelajaran, cita-cita
untuk melahirkan generasi cemerlang
dari semua aspek tidak akan berhasil,”
katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai


pemilihan tarikh 16 Mei untuk
menyambut hari guru, Khir berkata,
tarikh tersebut dipilih bertepatan
dengan 16 Mei 1956 iaitu tarikh yang
sama ketika Laporan Razak diiktiraf
dan dijadikan sebagai Dasar Pelajaran
Kebangsaan.

“Objektif utama sambutan hari guru


ialah untuk menghargai jasa dan
peranan guru dalam pembangunan
negara, modal insan serta
perkhidmatan mereka kepada
masyarakat selain memupuk perasaan
perpaduan ikhtisas dan muhibah dalam
kalangan guru.

“Tahun ini merupakan tahun terakhir


untuk melihat keberhasilan gelombang
kedua PPPM 2013-2025, oleh itu
sambutan hari guru 2015 akan
memfokuskan kepada elemen
keberhasilan gelombang pertama
PPPM khususnya inisiatif-inisiatif yang
berkaitan keberhasilan murid, kualiti
guru dan kepimpinan sekolah,”
katanya.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/pend
idikan/umum/cabaran-baharu-kerjaya-
guru-abad-ke-21-
1.91781#ixzz4eJgw4ri2

© Utusan Melayu (M) Bhd

2. Matlamat Pendidikan Negara Ke


Arah Bertaraf Dunia
Sektor industri pendidikan di negara
sedang berubah secara dinamis dan
dikira akan mengalami banyak
perubahan dan pembaharuan
menjelang abad ke-21. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan (center for
academic excellence) di rantau asia
dan juga di peringkat antarabangsa
pada abad ke 21 ini nanti memerlukan
negara ini meningkatkan
kecemerlangan imej dan kualiti
pendidikannya ke taraf dunia atau
memperolehi status "World Class
Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan
perkembangan dan kemajuan pesat
serta dinamis pendidikan negara,
khususnya dari segi kualiti, kuantiti,
standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di
peringkat antarabangsa atau dunia.
Dilihat dari perspektif yang luas,
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud
kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam
membangunkan sektor pendidikan
untuk mempelopori perubahan dan
kemajuan dinamis, iaitu :
 Pembangunan tenaga manusia

 Kepesatan pertumbuhan ekonomi

 Pembaikan taraf dan kualiti


kebajikan sosial

 Pemodenan dan reformasi sosial


masyarakat

 Kecemerlangan budaya fikir dan


intelektual
 Pembangunan teknologi dan sains

 Kejayaan meningkatkan kadar celik


huruf yang tinggi di kalangan
masyarakat.
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan
satu komitmen dan usaha Kementerian
Pendidikan bagi memperbaiki kualiti
pendidikan negara supaya ia dapat
ditingkatkan kepada satu standard yang
tinggi dan mampu menyaingi negara
maju yang lain. Sebagai sebuah negara
yang berkembang pesat dalam
berbagai aspek pembangunan, sektor
pendidikan perlu berkembang dan
mengalami perubahan anjakan
paradigma yang dapat merintiskan alaf
baru dalam segala aspek. Ianya juga
merupakan satu langkah penting bagi
mengangkat martabat dan status
Malaysia dalam dunia pendidikan di
peringkat antarabangsa.

3. Peranan Guru Mencapai Pendidikan


Alaf Baru

1. Menguasai Subjek

Guru haruslah menguasai kandungan


kurikulum bagi subjek yang diajar.
Tentu agak canggung jadinya jika guru
sendiri masih terkial-kial untuk
menerangkan sesuatu kandungan
dalam subjek yang diajarnya.
2. Mahir dan Berketrampilan dalam
Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam
menggunakan pelbagai kaedah dan
strategi pengajaran dan pembelajaran
yang betul semasa menjalankan p&p di
dalam kelas. Pembelajaran yang
pelbagai ini tentu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan
mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan


Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan
kepentingan bagi seseorang guru untuk
faham akan perkembangan muridnya,
serta mampu menyayangi mereka
seadanya. Guru abad 21 seharusnya
mampu untuk menilai perkembangan
murid sesuai dengan kebolehan
mereka.

4. Memahami Psikologi
Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk
memahami psikologi pembelajaran bagi
para pelajarnya. Hanya dengan
memahami bagaimana minat dan
respon pelajar ketika belajar, maka
akan membantu seseorang guru itu
berfungsi dengan lebih baik sebagai
seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran
kaunseling ketika berurusan dengan
pelajar. Kemahiran untuk membantu
pelajar menangani emosi, sosial dan
juga pelbagai lagi perkara yang menjadi
masalah kepada golongan remaja.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru
yang memiliki kemahiran kaunseling
dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan
penggunaan teknologi terkini
merupakan salah satu ciri penting bagi
guru abad ke 21. Selain daripada murid
yang memang mahir dengan
penggunaan gajet dan pelbagai alatan
elektronik lain, maka guru juga perlu
seiring dalam menggunakan kelebihan
ini untuk menarik minat pelajar untuk
belajar. Pembelajaran yang
menggunakan lcd, game, aplikasi
mobile sudah tentu membawa kelainan
kepada suasana pembelajaran di
dalam kelas.

4. Kurangkan Pengajaran Tradiosional

Pengajaran guru secara chalk and talk


perlu dikurangkan bagi meningkatkan
profesional pengajaran guru. Zaman
telah berubah dan sistem pengajaran
juga perlu berubah. PdPc secara
tradisional tidak seharusnya
dihapuskan 100%. Akan tetapi, guru
perlu menyesuaikan proses pengjaran
mengikut keperluan semasa murid.

Posted by CIKGU OREN at 4:48 AM No


comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to
FacebookShare to Pinterest
Friday, March 17, 2017

ARTIKEL 5
JURANG PENDIDIKAN ANTARA MURID
ASLI DAN MURID DI BANDAR

Selain faktor ekonomi, geografi, personaliti


individu, serta faktor masyarakat, faktor
utama lain yang menjadi pengaruh kepada
keciciran dalam pencapaian akademik
adalah faktor pemakanan kanak-kanak
Orang Asli. Ini adalah kerana pemakanan
yang baik dan sihat akan mempengaruhi
perkembangan kognitif dan kecerdasan akal
(Benton, 2010; Fanjiang & Kleinman, 2007;
Ross, 2010; Mohamad Johdi Salleh & Abdul
Razak, 2009). Aspek-aspek yang terkandung
dalam faktor pemakanan ini boleh
menjejaskan perkembangan kognitif kanak-
kanak khususnya Orang Asli ini. Menurut
Haslinah (2009), pemakanan yang
berkhasiat dan mencukupi memandu kepada
status kesihatan yang baik bagi
perkembangan kognitif yang sempurna untuk
kanak-kanak.

Sumber
:studentsrepo.um.edu.my/6257/9/BAB_1_
PENGENALAN.pdf

Pendapat :
Kami amatlah bersetuju mengenai petikan
daripada artikel berkenaan, kebanyakan
murid-murid
di sekolah asli ini, makanan asasi mereka
adalah daripada hasil-hasil hutan. Mereka
akan makan apa
sahaja yang boleh dimakan. Rata-rata murid
mengakui bahawa mereka ada makan ular,
katak,
berudu dan khinzir. Faktor pemakanan juga
mempengaruhi kognitif mereka dan secara
tidak langsung
mengakibatkan pencapaian mereka dalam
pendidikan jauh ketinggalan dengan murid-
murid yang
tinnggal di bandar dan pinggir bandar.
Posted by CIKGU OREN at 5:06 PM No
comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to
FacebookShare to Pinterest
ARTIKEL 4

Sejauhmanakah Keberkesanan PPSMI


dalam dunia pendidikan di Malaysia?

Satu ulasan mengenai reaksi pemansuhan


PPSMI

Kementerian Pendidikan telah diberikan misi


oleh Kerajaan supaya melaksanakan Polisi
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI),
iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
(SMI), yang melibatkan pelajar darjah satu,
tingkatan satu, tingkatan enam rendah dan
matrikulasi, mulai sesi 2003. Walau
bagaimanapun, pada 8 Julai 2009 kerajaan
telah mengumumkan dasar tersebut
dimansuhkan. Menteri Pelajaran, Tan Sri
Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin
menyatakan di sekolah kebangsaan, bahasa
Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris
untuk mengajar dua matapelajaran tersebut,
sementara sekolah jenis kebangsaan Cina
dan Tamil akan menggunakan bahasa
ibunda masingmasing. Pemansuhan dasar
tersebut dilakukan kerana didapati tahap
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan
murid terutamanya di luar bandar masih
rendah menyebabkan mereka sukar untuk
memahami subjek tersebut dalam bahasa
Inggeris. Sejak ia dilaksanakan lagi
Kementerian terpaksa menangani pelbagai
isu dan kritikan yang ditimbulkan oleh
pelbagai pihak.
Setelah menyedari hakikatnya pada 2009,
PPSMI telah dibubarkan dan Kerajaan
memperkenalkan dasar “Memartabatkan
Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris”. Berbagai langkah diambil
oleh Kerajaan umpamanya pihak
Kementerian juga telah bersetuju untuk
mewujudkan lima buah Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa
Inggeris khusus untuk melatih guru-guru
bahasa Inggeris. Kementerian juga secara
dasarnya telah bersetuju untuk
menempatkan guru-guru bahasa Inggeris
terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari
luar negara di kawasan luar bandar bagi
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
pelajar luar bandar. Insentif khusus akan
diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris
yang bersedia untuk berkhidmat di luar
bandar. Jawatan pembantu guru bahasa
Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas
195 besar, seperti kelas yang melebihi 35
orang murid, untuk meningkatkan “contact-
time” antara guru dan murid. Dengan
mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa
Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh
diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah
penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini
boleh dibimbing secara lebih dekat untuk
membolehkan mereka menguasai bahasa
Inggeris dengan lebih baik. Pemantapan
penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak
seiring dengan pengukuhan penguasaan
bahasa Malaysia. Untuk tujuan tersebut,
Kementerian Pelajaran akan memberi fokus
kepada penguasaan kemahiran asas
Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui
pendekatan didik hibur dan apresiasi
bahasa. Penekanan juga akan diberikan
kepada penghayatan dan apresiasi
kesusasteraan Melayu bagi pelajar di
peringkat sekolah menengah.

Isu ini pernah menjadi isu yang hangat


dibincangkan oleh masyarakat di negara
Malaysia. Seperti yang dilaporkan oleh
akhbar tempatan
lihat link:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y
=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Pendapat kendiri mengenai ulasan


pemansuhan PPSMI

1) Pelajar di sekolah perlu diberi dorongan


dan didikan di peringkat awal lagi untuk
menyemai perasaan cinta terhadap identiti
negara melalu penggunaan bahasa melayu
sebagai bahasa ibunda. Pelajar perlu dilatih
untuk mempunyai rasa bangga dengan
bahasa sendiri tanpa mengagungkan bahasa
asing melebihi bahasa sendiri.

2) Kementerian Pendidikan juga perlu


mengambil kira semua persekitaran dan
budaya masyarakat terutamanya masyarakat
pribumi. Pelajar pribumi yang tinggal di
pedalaman khususnya kurang terdedah
dengan peredaran zaman seperti pelajar di
kawasan bandar. Penguasaan bahasa
melayu masih menjadi masalah utama
kerana bahasa melayu menjadi bahasa
kedua mereka. Bahasa inggeris merupakan
bahasa ketiga yang perlu mereka pelajari
dan kuasai untuk mempelajari subjek sains
dan matematik.

3) Memang tidak dinafikan perolehan


sumber untuk rujukan sebenarnya banyak
dalam bahasa inggeris. Namun, pihak
berwajib perlu mencari jalan alternatif yang
lain bagi memudahkan guru dan murid
mempelakajari subjek sains dan matematik.

4) Sekiranya dasar ini diteruskan, saya yakin


ianya akan menambahkan lagi beban guru
matematik dan sains dalam melaksanakan
proses PdP. Hal ini kerana, guru perlu
memberi fokus kepada penguasaan kosa
kata bahasa inggeris terlebih dahulu
sebelum memulakan sesuatu PdP. murid
perlu memahami terma-terma dalam bahasa
inggeris terlebih dahulu untuk memudahkan
kefahaman dalam mempelajari matematik
dan sains.

5) Pihak kementerian sebenarnya telah


mengambil langkah yang sewajarnya untuk
melatih pelajar menguasai bahasa inggeris.
Walau bagaimanaun, pihak kementerian
perlu mengmabil langkah yang sewajarnya
terhadap mata pelajaran bahasa inggeris itu
sendiri tanpa melibatkan dalam mata
pelajaran yang lain.

link
artikel: http://www.myjurnal.my/filebank/publi
shed_article/32441/10.pdf

Posted by CIKGU OREN at 8:43 AM No


comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to
FacebookShare to Pinterest

ARTIKEL 3
Educational quality differences in a middle-income country : The urban - rural gap in Malaysian
primary schools

Sekolah luar bandar didapati mempunyai


iklim sekolah yang sedikit berbeza daripada
iklim sekolah di bandar. Iklim sekolah yang
dimaksudkan di sini merujuk kepada
beberapa perkara iaitu kekaburan tugas,
kuasa yang berpusat dan formal, suasana
kerja, pencerapan, pembangunan kerjaya,
penglibatan dalam membuat keputusan
dan persepsi guru dan juga pelajar. Guru-
guru di sekolah luar bandar merasakan
bahawa mereka kurang diberi
pengupayaan (lack of empowerment)
terutama dalam membuat keputusan.
Kemungkinan juga perbezaan iklim ini
disebabkan oleh rasa tidak puas hati
terhadap ciri-ciri pelajar luar bandar
seperti status sosioekonomi.

Sumber
: http://zamrudb.blogspot.my/2013/05/jur
ang-antara-sekolah-luar-bandar-dan.html

Pendapat :
Berdasarkan artikel di atas, amatlah
bertepatan dengan isu jurang dalam
pencapaian pelajar di bandar dengan
pelajar di luar bandar. Iklim sekolah
memainkan peranan yang sangat penting
dalam menentukan sesuatu jurang. Artikel
ini juga ada menyatakan iklim yang
dihadapi oleh sekolah di luar bandar
menyebabkan terdapatnya jurang yang
besar dengan sekolah di bandar kerana
sekolah di luar bandar boleh dikatakan
terpinggir dan banyak ketinggalan dalam
mendapat maklumat-maklumat yang
baharu dan terkini sehingga kebanyakan
sekolah yang berkenaan hilang fokus dalam
membentuk iklim sekolah yang baik dan
sesuai.

Pendapat :
Kami amatlah bersetuju mengenai petikan
daripada artikel berkenaan, kebanyakan
murid-murid
di sekolah asli ini, makanan asasi mereka
adalah daripada hasil-hasil hutan. Mereka
akan makan apa
sahaja yang boleh dimakan. Rata-rata murid
mengakui bahawa mereka ada makan ular,
katak,
berudu dan khinzir. Faktor pemakanan juga
mempengaruhi kognitif mereka dan secara
tidak langsung
mengakibatkan pencapaian mereka dalam
pendidikan jauh ketinggalan dengan murid-
murid yang
tinnggal di bandar dan pinggir bandar.

You might also like