You are on page 1of 22

PROFIL KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL ANTARA PELAJAR ALIRAN

SAINS DAN BUKAN SAINS

Siti Rahayah Ariffin


Nor Azaheen Abdul Hamid
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pemikiran kritikal diperlukan dalam pelbagai profession terutamanya bidang sains dan
teknologi. Kebolehan berfikir secara kritikal, saintifik dan sistematik adalah merupakan
keupayaan individu berfikir secara teratur dan berstruktur untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran dan tugasan harian (Cornell Critical Thinking Test 2004, California
Critical Thinking Skill Test 1998). Kemahiran ini perlu dilatih dan diterapkan seawal usia
seseorang individu, bermula dengan pelajar-pelajar di sekolah. Kertas ini bertujuan
membincangkan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar sekolah
berumur 16 hingga 17 tahun dari dua aliran iaitu aliran sains dan sains sosial. Seramai
1511 pelajar telah menjawab soal-selidik iaitu kemahiran berfikir Instrumen Kemahiran
Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyCT).
Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4 subkonstruk iaitu reasoning,
analytical dan logikal, disposition dan assumption. Profil pelajar menunjukkan keupayaan
pelajar aliran sains lebih tinggi dalam kemahiran berfikir secara kritikal berbanding pelajar
aliran bukan sains(peratus min pelajar aliran sains bagi reasoning 62.1, analytikal dan
logikal 35.63, disposition 73.74 dan assumption 58.63 manakala pelajar bukan sains bagi
reasoning 51.01, analytikal dan logikal 34.77, disposition 72.54 dan assumption 57.22)
dan ujian-t menunjukkan signifikan bagi dua subkonstruk (t=16.388, p=0.000;
t=2.133,p=0.033). Hasil ujian-t menunjukkan pelajar sekolah bandar lebih tinggi peratus
min berbanding pelajar luar bandar dan berbeza secara signifikan dalam keempat-empat
subkonstruk yang dikaji (t=5.205,p=0.000; t=2.336,p=0.020; t=2.159,p=0.031; t=-
3.369,p=0.001). Berdasarkan gender dan pendapatan keluarga hanya dua subkonstruk
yang signifikan dalam ujian-t. ANOVA menunjukkan faktor bangsa hanya signifikan bagi
dua subkonstruk sahaja. Kesimpulan kajian ini adalah individu yang mempunyai
keupayaan dalam kemahiran berfikir secara kritikal adalah dari golongan pelajar aliran
sains kerana pendedahan mata pelajaran sains yang melatih mereka membuat analisis dan
sintesis dari teori,konsep, fakta dan jadual yang diperolehi semasa membuat kerja-kerja
amali di dalam makmal. Implikasi kajian menunjukkan kemahiran berfikir secara kritikal
perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar bukan aliran sains dalam mata pelajaran sains
sosial dan humanistik.

Kata kunci: Malaysian Critical Thinking Skills Instrument (MyCT), kemahiran pemikiran
kritikal, taakulan (reasoning), analitikal dan logikal (analytical and logical),
kecenderungan (disposition) dan andaian (assumption).


 
 
 

Abstract

The need of critical thinking in various profession especially in the field of science and
technology will enchance the ability to think systematically in a structured way. Thinking
critically in a scientific and systematic manner will enable individual to solve problems
including learning and daily chores. This skill should be develop at a young age and
taught as early in the primary school. This paper will discuss regarding the critical
thinking skills and problem solving among students age 16 to 17 from the art and science
stream. Questionnaires on Malaysian Critical Thinking Skills Instrument (MyCT) has
been carried out among 1511 students in the urban and rural secondary school. The
instrument consist of 62 items which comprises of four subconstructs namely reasoning,
analytical and logical, disposition and assumption.The result of the survey shows that
overall students from the science stream are more critical in their thinking compared to
the art students. The mean percentage of science stream students for reasoning is 62.1,
analytical and logical 35.63, disposition 73.74 and assumption 58.63 while the mean
percentage of reasoning of art students is 51.01, analytical and logical 34.77, disposition
72.54 and assumption 57.22). The statistical t-test result shows significant difference in
two subconstructs (t=16.388, p=0.000; t=2.133,p=0.033). The result shows that students
from urban schools have higher mean percentage compared to rural students and
significantly different in all four subconstructs (t=5.205,p=0.000; t=2.336,p=0.020;
t=2.159,p=0.031; t=-3.369,p=0.001). Two subconstructs based on gender and family
income also significant in t-test and ANOVA shows race factor only significant in two
subconstructs. The conclussion of the study shows that science stream students who are
exposed to science practical which need students to analysis and synthesis based on
theory, concept and fact are more critical in their thinking compared to art students.
 

PENGENALAN

Pendidikan bertaraf dunia haruslah mampu menjana generasi yang mengaplikasikan

kemahiran kritikal di dalam pembelajaran. Ini kerana individu yang mempunyai tahap

kemahiran kritikal yang tinggi mampu bersaing bukan sahaja di peringkat negara tetapi

sebagai pemain globalisasi dalam pelbagai bidang. Jika para pendidik memainkan peranan

yang sewajarnya maka produk yang akan dihasilkan dapat memenuhi keperluan pendidikan

negara. Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak.

Alec dan Michael (1997) mengkonsepsualisasikan pemikiran kritikal sebagai interpretasi

sesuatu fenomena secara aktif, berkemahiran dalam menilai pemerhatian dan perhubungan

yang dijalin melalui maklumat dan perdebatan. Kata kuncinya ialah interpretasi dan penilaian

terhadap pemerhatian yang dilakukan. Daripada aktiviti sedemikian, akan lahir satu


 
 
 

tanggapan baru terhadap pemerhatian yang dilakukan iaitu tanggapan yang membina dan

bersifat menambah kreativiti dan originaliti. Maka pemikiran kritikal ini sebenarnya satu

proses menjana kebenaran secara sistematis dan saintifik (Mohamed Pitchay Gani 2004).

Pemikiran kritikal ialah proses membuat keputusan secara rasional bagi menentukan sama

ada seseorang itu akan atau tidak akan melakukan ataupun mempercayai sesuatu (Norris

1985). Menurut Paul dan Elder (2002) kecenderungan seseorang untuk berfikir secara kritis

apabila dia memastikan akan menghasilkan satu pemikiran terbaik yang mampu dilakukan

dalam apa jua keadaan. Dengan erti kata lain, kecenderungan berfikir secara kritis perlu

dilatih dan diterapkan dalam kehidupan seharian.

Pemikiran pertimbangan (reasoning) memfokuskan kepada membuat keputusan berkaitan

perkara yang patut dipercayai atau patut dilakukan di mana melibatkan proses pembinaan dan

penilaian sebab ataupun alasan untuk menyokong kepercayaan (Reichenbach 2002). Facoine

dan Facoine (1992) menjelaskan istilah analisis (analytical dan logical) sebagai pengenal

pastian sasaran dan perhubungan sebenar inferen awal di antara hujah, soalan, konsep,

penjelasan ataupun gambaran yang dipaparkan dalam apa bentuk sekalipun untuk

menunjukkan kepercayaan, pengadilan, sebab, maklumat ataupun pendapat. Kecenderungan

(disposition) ini membawa maksud kecenderungan untuk bertindak atau berfikir dalam

sesuatu cara tertentu (Reichenbach 2002). Gregory Bassham (2005) dalam buku beliau yang

bertajuk ‘Critical Thinking – A Students Introduction’ menerangkan bahawa anggapan

(assumption) bermaksud sesuatu perkara yang difikirkan benar, sesuatu perkara yang

dipercayai benar tanpa sebarang bukti yang kukuh.


 
 
 

PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran pemikiran kritikal adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang diperlukan

oleh pelajar untuk melonjak ke arah pendidikan yang lebih tinggi seperti Institut Pengajian

Tinggi dalam melahirkan pelajar minda kelas pertama. Namun kini masih belum ada profil

kemahiran pemikiran kritikal pelajar di Malaysia yang dinyatakan berdasarkan dapatan

instrumen pemikiran kritikal mengikut acuan Malaysia. Oleh itu, sukar bagi guru-guru untuk

mengesan profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar terutama bagi persediaan mereka ke

peringkat pengajian ke universiti. Maka dengan itu, pelajar yang belum didedahkan dengan

pemikiran kritikal kurang bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan

teknologi yang berlaku secara mendadak. Ini adalah kerana pelajar tersebut tidak mempunyai

kebolehan untuk bertindak secara efektif yang diperolehi melalui pemikiran kritis. Sekiranya

ini dapat dikesan lebih awal dengan adanya profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar akan

memudahkan guru-guru untuk bertindak mengatasi masalah ini.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian dijalankan berdasarkan persoalan berikut:

1. Apakah indeks kesahan dan kebolehpercayaan konstruk kemahiran pemikiran kritikal

(MyCT) menggunakan Model Rasch?

2. Apakah profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar di Malaysia?

3. Apakah pemetaan kemahiran pemikiran kritikal individu di Malaysia?

4. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

kritikal pelajar berdasarkan gender?

5. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

kritikal pelajar berdasarkan kategori sekolah?


 
 
 

6. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

kritikal pelajar berdasarkan bangsa?

7. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

kritikal pelajar berdasarkan kategori sekolah?

8. Apakah terdapat perbezaan min peratus bagi setiap subkonstruk kemahiran pemikiran

kritikal pelajar berdasarkan status sosio ekonomi?

OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar aliran

sains dan bukan sains berdasarkan jantina, bangsa, kategori sekolah, aliran dan status sosio

ekonomi keluarga dan kesahan dan kebolehpercayaan konstruk kemahiran pemikiran kritikal

(MyCT) menggunakan Model Rasch . Selain itu, mewujudkan pengkalan data profil

kemahiran pemikiran kritikal pelajar dan sebagai rujukan kepada guru-guru dan penyelidik di

Malaysia.

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan kuantitatif. Populasi kajian ialah

1511 orang pelajar sekolah menengah dari kategori sekolah dalam bandar dan luar bandar.

Responden yang dipilih berumur antara 16 hingga 17 tahun. Analisis data menggunakan

Winsteps versi 3.64.2, iaitu berdasarkan Model Rasch. Instrumen kajian yang digunakan

ialah Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills

Instrument – MyCT). Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4

subkonstruk iaitu reasoning, analitikal dan logikal, disposition dan assumption. Data yang

digunakan adalah dalam bentuk multiple response analysis atau mixed rating scale.

Subkonstruk reasoning mengandungi 36 item berbentuk objektif aneka pilihan (data


 
 
 

dikotomus), analitikal dan logikal mengandungi 10 item berbentuk objektif aneka pilihan

(data dikotomus), disposition mengandungi 12 item berbentuk skala Likert (data politomus)

dan assumption mengandungi 4 item berbentuk objektif dua pilihan (data dikotomus). Data

kajian ini dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, Ujian-t dan ANOVA.

DAPATAN

Data dianalisis menggunakan Winstep versi 3.64.2 untuk mengenal pasti kesahan dan

kebolehpercayaan MyCT. Analisis Model Rasch bagi kesahan dan kebolehpercayaan item di

tunjukkan dalam Jadual 1 hingga 4. Kebolehpercayaan item menunjukkan tahap ketekalan

susunan kedudukan item dalam skala logit sekiranya set item dijawab oleh kumpulan sampel

yang lain tetapi sepadan dari segi kebolehan. Nilai pekali menghampiri 1 menunjukkan

kebolehpercayaan yang tinggi (Wright & Masters 1982 ). Item seharusnya tersebar dengan

baik dengan pelbagai aras kesukaran dan menghala ke sasaran pelbagai tahap kebolehan

individu (Bond & Fox 2001). Setiap konstruk mempunyai kesahan yang tinggi apabila setiap

item di dalam konstruk mengukur perkara yang sama, berjaya mentafsir konstruk yang

diukur, mempunyai pelbagai aras kesukaran dan adil kepada semua kumpulan responden (

Bond & Fox 2001; Linacre 2006). Analisis item MyCT juga menunjukkan nilai MNSQ infit

dan outfit mematuhi nilai MNSQ yang diterima iaitu 0.7 – 1.3 untuk data dikotomus dan 0.6

– 1.4 untuk data politomus (Wright dan Linacre 1994). Ini membuktikan kesahan konstruk

MyCT tidak perlu dipertikaikan. Jadual 1 menunjukkan kebolehpercayaan item reasoning

ialah 1.00. Jadual 2 menunjukkan kebolehpercayaan item analitikal dan logikal ialah 0.99.

Jadual 3 menunjukkan kebolehpercayaan item disposition ialah 1.00 dan Jadual 4

menunjukkan kebolehpercayaan item assumption ialah 1.00.

Jadual 1 : Kebolehpercayaan Item – Reasoning


 
 
 

Summary of 36 Measured Items

RAW COUNT MEASURE MODEL INFIT OUTFIT


ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
MEAN 866.0 1511.0 .00 .06 .99 -.7 1.04 .0
S.D. 34.1 .0 1.22 .01 .14 4.7 .34 6.1
MAX. 1370.0 1511.0 2.09 .09 1.39 9.9 1.83 9.9
MIN. 275.0 1511.0 -2.13 .06 .82 -9.9 .67 -9.8
REAL RMSE .07 ADJ.SD 1.22 SEPARATION 18.58 Item RELIABILITY 1.00
MODEL RMSE .06 ADJ.SD 1.22 SEPARATION 19.03 Item RELIABILITY 1.00
S.E. of item MEAN = .21

Jadual 2 : Kebolehpercayaan Item – Analytical and Logical

Summary of 10 Measured Items

RAW COUNT MEASURE MODEL INFIT OUTFIT


ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
MEAN 540.5 1499.0 .00 .06 1.00 -.1 1.01 .1
S.D. 254.5 .0 .83 .00 .02 .8 .06 1.4
MAX. 1107.0 1499.0 .78 .07 1.04 1.3 1.12 2.2
MIN. 318.0 1499.0 -1.85 .06 .97 -1.0 .95 -1.5
REAL RMSE .06 ADJ.SD .83 SEPARATION 13.58 Item RELIABILITY .99
MODEL RMSE ADJ.SD .83 SEPARATION 13.64 Item RELIABILITY .99
.06
S.E. of item MEAN = .28

Jadual 3 : Kebolehpercayaan Item – Disposition

Summary of 12 Measured Items

RAW COUNT MEASURE MODEL INFIT OUTFIT


ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
MEAN 5504.6 1499.0 .00 .03 1.02 .3 1.01 .1
S.D. 589.4 .0 .53 .00 .24 6.2 .25 6.4
MAX. 6489.0 1499.0 .84 .04 1.38 9.6 1.44 9.9
MIN. 4453.0 1499.0 -1.00 .03 .60 -9.9 .61 19.9
REAL RMSE .03 ADJ.SD .53 SEPARATION 16.68 Item RELIABILITY 1.00
MODEL RMSE .03 ADJ.SD .53 SEPARATION 17.57 Item RELIABILITY 1.00
S.E. of item MEAN = .16

Jadual 4 : Kebolehpercayaan Item – Assumption

Summary of 4 Measured Items


 
 
 

RAW COUNT MEASURE MODEL INFIT OUTFIT


ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
MEAN 803.5 1394.0 .00 .06 1.00 -.2 1.01 -.4
S.D. 267.9 .0 .97 .00 .09 2.9 .18 3.6
MAX. 1003.0 1394.0 1.67 .07 1.14 4.2 1.31 5.3
MIN. 342.0 1394.0 -.74 .06 .90 -3.8 .85 -4.4
REAL RMSE .06 ADJ.SD .97 SEPARATION 15.01 Item RELIABILITY 1.00
MODEL RMSE .06 ADJ.SD .97 SEPARATION 15.28 Item RELIABILITY 1.00
S.E. of item MEAN = .56

Jadual 5 menunjukkan profil demografi responden iaitu jantina, bangsa, kategori sekolah,

aliran dan status sosio ekonomi keluarga. Responden perempuan seramai 908 (60.09%) orang

manakala responden lelaki seramai 603 (39.91%) orang. Jumlah pelajar Melayu ialah 964

(63.8%) orang, pelajar Cina 311 (20.58%) orang, pelajar India 207 (13.7%) orang dan Lain-

lain seramai 29 (1.92%) orang. Kajian ini melibatkan seramai 846 (55.99%) pelajar sains dan

seramai 665 (44.01%) pelajar bukan sains. Kajian ini melibat kategori pelajar sekolah bandar

dan luar bandar. Bagi sekolah luar bandar seramai 809 (53.54%) pelajar dan sekolah dalam

bandar seramai 702 (46.46%) pelajar. Bagi status sosio ekonomi keluarga yang mempunyai

pendapatan kurang dari RM 3000 adalah seramai 999 (66.12%) orang pelajar dan pendapatan

melebihi RM 3000 seramai 512 (33.88%) orang pelajar.

Jadual 5 Demografi respondan


Demografi N Faktor Frekuensi Peratus (%)
Jantina 1511 Lelaki 603 39.91
Perempuan 908 60.09
Aliran 1511 Sains 846 55.99
Bukan Sains 665 44.01
Bangsa 1511 Melayu 964 63.8
Cina 311 20.58
India 207 13.7
Lain-Lain 29 1.92
Kategori 1511 Bandar 702 46.46
Luar Bandar 809 53.54
Pendapatan 1511 < RM 3000 999 66.12
> RM 3000 512 33.88


 
 
 

Rajah 1: Peratus min keseluruhan profil kemahiran kritikal remaja Malaysia

Rajah 1 menunjukkan peratus min keseluruhan kemahiran kritikal berdasarkan jantina,

bangsa, kategori, aliran dan pendapatan keluarga bagi disposition (73.21%) di tahap baik,

reasoning (57.22%) dan assumption (58.01%) masih di tahap sederhana dan analytical dan

logical (35.25%) di tahap gagal (Pentafsiran Gred mengikut Wahid et al. 2006). Jadual 6

menunjukkan data keseluruhan profil kemahiran kritikal pelajar. Pengkategorian demografi

ini penting dalam profil kajian ini kerana ia boleh memberi input kepada guru-guru, ibu bapa

dan pelajar untuk mengesan kemahiran pemikiran kritikal yang dicapai terutamanya pelajar

aliran sains yang akan melanjutkan ke dalam bidang yang memerlukan kemahiran pemikiran

kritikal yang tinggi. Selain itu, pelajar di Malaysia mempunyai pelbagai latar belakang seperti

berlainan jantina, bangsa, kategori sekolah, aliran kelas dan juga status sosio ekonomi. Maka

dengan adanya profil kemahiran pemikiran kritikal pelajar di Malaysia ini memudahkan

guru-guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aras kemahiran

pemikiran kritikal pelajar tersebut. Pembina polisi dalam kementerian juga mudah untuk

menekankan kemahiran pemikiran kritikal berdasarkan faktor demografi yang ada di dalam

profil ini.

Jadual 6: Profil kemahiran kritikal pelajar sekolah menengah berdasarkan faktor


demografi


 
 
 

Faktor Demografi Reasoning Analitikal Disposition Assumption


& Logikal
Jantina Lelaki 56.29 34.58 72.69 56.51
Perempuan 57.83 35.69 73.56 59.00
Aliran Sains 62.10 35.63 73.74 58.63
Bukan 51.01 34.77 72.54 57.22
Sains
Bangsa Melayu 58.90 34.24 73.74 59.02
Cina 55.77 38.07 72.26 56.03
India 52.07 35.46 72.33 55.92
Lain-lain 53.64 36.90 72.18 60.34
Kategori Bandar 59.24 36.20 73.86 56.05
Luar 55.47 34.43 72.65 59.70
Bandar
Pendapatan <RM3000 55.81 34.84 72.67 58.41
>RM3000 59.97 36.04 74.26 57.23
PURATA 57.22 35.25 73.21 58.01
KESELURUHAN

Analisis Data Menggunakan Ujian-t Dan ANOVA

Jadual 11 menunjukkan hasil ujian-t terhadap perbandingan peratusan min berdasarkan

jantina. Ujian-t daripada semua konstruk menunjukkan peratusan min untuk responden

perempuan adalah lebih tinggi dibandingkan dengan peratusan min responden lelaki.

Keputusan Ujian-t menunjukkan Reasoning (t = -2.07; p = 0.38), Analytical (t = -1.44; p =

0.15), Disposition (t = -1.54; p = 0.12) dan Assumption (t = -2.26; p = 0.02). Hanya

subkonstruk assumption sahaja menunjukkan perbezaan min peratus yang signifikan (iaitu

nilai p < 0.05) dalam kajian ini.

Jadual 11: Ujian-t Untuk Membandingkan Peratus Min Mengikut Jantina

Konstruk Faktor Min Sisihan t sig

10 
 
 
 

Piawai
Reasoning Lelaki 56.30 14.40 -2.07 0.04*
Perempuan 57.84 14.00
Analytical Lelaki 34.58 14.80 -1.44 0.15
Perempuan 35.70 14.67
Disposition Lelaki 72.69 11.27 -1.54 0.13
Perempuan 73.56 10.55
Assumption Lelaki 56.51 21.52 -2.26 0.02*
Perempuan 59.00 20.72
*p<0.05

Jadual 12 menunjukkan hasil ujian-t terhadap perbandingan peratusan min berdasarkan

aliran. Ujian-t daripada semua konstruk menunjukkan peratusan min untuk responden dari

aliran sains adalah lebih tinggi berbanding aliran bukan sains. Keputusan Ujian-t

menunjukkan Reasoning (t = 16.39; p = 0. 00), Analytical (t = 1.13; p = 0.26), Disposition (t

= 2.13; p = 0.03) dan Assumption (t = 1.29; p = 0. 20). Hanya Reasoning dan Disposition

sahaja menunjukkan perbezaan min peratus yang signifikan (iaitu nilai p < 0.05) dalam kajian

ini.

Jadual 12: Ujian-t Untuk Membandingkan Peratus Min Mengikut Aliran

Konstruk Faktor Min Sisihan t sig.


Piawai
Reasoning Sains 62.10 12.50 16.39 0.00*
Bukan sains 51.01 13.75
Analytical Sains 35.63 14.13 1.13 0.26
Bukan sains 34.77 15.44
Disposition Sains 73.74 10.13 2.13 0.03*
Bukan sains 72.54 11.68
Assumption Sains 58.63 20.98 1.29 0.20
Bukan sains 57.22 21.18
*p<0.05

Jadual 13 menunjukkan hasil ujian-t terhadap perbandingan peratusan min berdasarkan

kategori sekolah iaitu sekolah bandar dan luar bandar. Ujian-t daripada konstruk Reasoning,

Analytical dan Disposition menunjukkan peratusan min untuk responden dari sekolah

bandar adalah lebih tinggi berbanding kategori sekolah luar bandar. Manakala konstruk

11 
 
 
 

Assumption min peratus responden dari sekolah luar bandar adalah lebih tinggi berbanding

responden dari kategori sekolah bandar. Keputusan Ujian-t menunjukkan Reasoning (t =

5.21; p = 0.00), Analytical (t = 2.34; p = 0.02), Disposition (t = 2.16; p = 0.03) dan

Assumption (t = -3.37; p = 0.00). Semua konstruk menunjukkan perbezaan min peratus yang

signifikan (iaitu nilai p < 0.05) dalam kajian ini.

Jadual 13: Ujian-t Untuk Membandingkan Peratus Min Mengikut Kategori

Sisihan
Konstruk Kategori Min Piawai t sig
Reasoning Bandar 59.23 13.79 5.21 0.00*
Luar Bandar 55.46 14.27
Analytical Bandar 36.19 14.99 2.34 0.02*
Luar Bandar 34.42 14.44
Disposition Bandar 73.85 10.26 2.16 0.03*
Luar Bandar 72.65 11.30
Assumption Bandar 56.05 21.08 -3.37 0.00*
Luar Bandar 59.70 20.92
*p<0.05

Jadual 14 menunjukkan hasil ujian-t terhadap perbandingan peratusan min berdasarkan status

sosio ekonomi keluarga. Ujian-t daripada semua konstruk menunjukkan peratusan min untuk

responden yang mempunyai status sosio ekonomi keluarga berpendapatan melebihi RM 3000

adalah lebih tinggi dibandingkan dengan peratusan min status sosio ekonomi keluarga

berpendapatan kurang dari RM 3000. Keputusan Ujian-t menunjukkan Reasoning (t = -5.44;

p = 0. 00), Analytical (t = -1.49; p = 0.14), Disposition (t = -2.71; p = 0.01) dan Assumption (t

= 1.03; p = 0.30). Hanya Reasoning dan Disposition sahaja menunjukkan perbezaan min

peratus yang signifikan (iaitu nilai p < 0.05) dalam kajian ini.

Jadual 14: Ujian-t Untuk Membandingkan Peratus Min Mengikut Pendapatan


Keluarga

Konstruk Pendapatan Min Sisihan t sig

12 
 
 
 

piawai
Reasoning < RM 3000 55.81 14.18 -5.44 0.00*
> RM 3000 59.97 13.76
Analytical < RM 3000 34.85 14.76 -1.49 0.14
> RM 3000 36.03 14.62
Disposition < RM 3000 72.67 11.46 -2.71 0.01*
> RM 3000 74.26 9.48
Assumption < RM 3000 58.41 21.74 1.03 0.30
> RM 3000 57.22 19.70
*p<0.05

Jadual 15 menunjukkan hasil ujian ANOVA terhadap perbandingan peratusan min

berdasarkan bangsa. Keputusan ANOVA menunjukkan Reasoning (F = 15.80; p = 0.00),

Analytical (F = 5.493; p = 0.00), Disposition (F = 2.11; p = 0.10) dan Assumption (F = 2.47; p

= 0. 06). Hanya Reasoning dan Analytical sahaja menunjukkan perbezaan min peratus yang

signifikan (iaitu nilai p < 0.05) dalam kajian ini. Berdasarkan Jadual 16, ujian Scheffe

menunjukkan pasangan min berbeza secara signifikan dalam reasoning ialah pelajar Melayu

(Min=58.90, SP=13.28) dengan Cina (Min=55.77, SP=15.29) , pelajar Melayu dengan India

(Min=52.07, SP=15.17) dan pelajar Cina dengan India. Pasangan min berbeza secara

signifikan dalam analytical dan logical ialah pelajar Melayu (Min=34.24, SP=14.50) dengan

Cina (Min=38.07, SP=13.96).

Jadual 15: Ujian ANOVA Satu Hala Untuk Membandingkan Peratus Min Mengikut
Bangsa

Konstruk Jumlah df Kuasa F sig

13 
 
 
 

Kuasa Dua Dua Min


Reasoning Antara Kumpulan 9247.16 3 3082.39
15.80 0.00*
Dalam Kumpulan 294170.73 1507 195.20
Analytical Antara Kumpulan 3540.20 3 1180.07
5.49 0.00*
Dalam Kumpulan 323741.73 1507 214.83
Disposition Antara Kumpulan 742.39 3 247.46
2.11 0.10
Dalam Kumpulan 177007.60 1507 117.46
Assumption Antara Kumpulan 3277.61 3 1092.54
2.47 0.06
Dalam Kumpulan 667326.30 1507 442.82
*p<0.05

Jadual 16: Ujian Scheffe Post Hoc

Subkonstruk (I) Bangsa (J) Bangsa Perbezaan Min Tahap Sig


(I – J)
Reasoning Melayu Cina 3.1311 0.008*
India 6.8344 0.000*
Cina Melayu -3.1311 0.008*
India 3.7034 0.033*
Analytical and Melayu Cina -3.8280 0.001*
Logical
   *p<0.05

PERBINCANGAN

Hasil daripada analisa data menunjukkan bahawa peratusan min untuk pelajar perempuan

adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki bagi keempat-empat konstruk

(reasoning, analytical and logical, disposition dan assumption) yang diuji. Ini menunjukkan

bahawa pelajar perempuan mempunyai tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi jika

dibandingkan dengan pelajar lelaki. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar lelaki

dan perempuan mempunyai kecenderungan (disposition) dan gaya pembelajaran yang

berbeza ketika mengikuti dan menyelesaikan masalah pembelajaran (Siti Rahayah dan Noriah

2006; Siti Rahayah, Noriah, Abdul Ghafur, Rosadah, Norshidah & Rohaty 2005; Siti

Rahayah, T. Subahan, Norasmah & Ibrahim 2004; Siti Rahayah dan Salbiah 2000). Namun

begitu, perbezaan yang signifikan hanya ditunjukkan oleh kemahiran reasoning dan

assumption sahaja. Menurut Marlina dan Shaharom (2006) kajian mereka terhadap tahap

penguasaan kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar fizik merentas jantina mendapati

14 
 
 
 

tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran analitikal dan logikal yang

menyamai seperti dalam kajian ini.

Dapatan kajian menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal (reasoning, analytical and

logical, disposition dan assumption) lebih baik bagi pelajar aliran sains berbanding pelajar

aliran bukan sains. Ini kerana disiplin pembelajaran sains menggalakkan pelajar lebih fokus

terhadap eksperimen di dalam makmal, menaakul perkara yang logik berdasarkan bukti dan

menggunakan bahan-bahan yang konkrit. Keadaan ini menggalakkan pelajar berfikir secara

kritikal ketika pembelajaran. Pengajaran sains di sekolah juga menggalakkan guru-guru

menyebatikan kemahiran proses sains dan secara tidak langsung membina kemahiran

pemikiran kritikal untuk pelajar aliran sains. Kajian Sufiah (1996) dalam Rosnani dan

Suhailah (2003) terhadap pelajar tingkatan enam sains dan bukan sains mendapati secara

statistik perbezaan yang signifikan mengenai kebolehan kemahiran berfikir secara kritikal

terhadap induksi, kredibiliti, pemerhatian, deduksi dan pengenalpastian andaian. Sufiah juga

mendapati bahawa semua pelajar sains berbangsa Cina telah memperolehi agregat yang lebih

baik dalam SPM berbanding untuk pelajar-pelajar bukan sains. Faktor-faktor ini mungkin

telah menyumbang kepada perbezaan keupayaan-keupayaan kemahiran pemikiran kritikal

pelajar tetapi faktor ini tidak dikaji (Rosnani dan Suhailah 2003). Namun begitu, perbezaan

yang signifikan hanya ditunjukkan oleh kemahiran reasoning dan disposition sahaja. Ini

menunjukkan pelajar aliran sains mempunyai kemahiran reasoning yang lebih baik seperti

memfokuskan kepada membuat keputusan berkaitan perkara yang patut dipercayai atau patut

dilakukan di mana melibatkan proses pembinaan dan penilaian sebab ataupun alasan untuk

menyokong kepercayaan itu (Reichenbach 2002). Pelajar aliran sains juga mempunyai

kemahiran disposition yang lebih baik seperti berfikiran rasional, ingin tahu, minda yang

terbuka, mengutamakan kejituan serta sentiasa mencari alternatif dalam menyelesaikan

15 
 
 
 

masalah (Phillips 1997). Rajendran (1998) mendapati strategi penyelesaian masalah,

walaupun berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tetapi jarang digunakan

dalam kelas oleh guru bahasa. Seharusnya juga pelajar aliran bukan sains mendapat bentuk

pembelajaran yang sama seperti pelajar aliran sains.

Dapatan kajian menunjukkan pelajar Melayu mempunyai tahap pemikiran kritikal

(reasoning, disposition dan assumption) lebih tinggi berbanding bangsa lain bagi semua

konstruk kecuali analitikal dan logikal yang didominasi oleh pelajar Cina dan India. Pelajar

Melayu mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti dan mensintesis masalah dengan tepat

dan dapat mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam sesuatu

penulisan (Siti Rahayah, Roseni & Hafsa 2008). Pelajar Melayu juga berupaya membezakan

dengan mudah masalah utama dan masalah sampingan. Sementara pelajar-pelajar Cina dapat

menjana bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. Pelajar Cina dan

India juga berupaya membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat (Kamsiah 2006;

Jamal dan Mustapha 2005). Menurut Sarimah dan Shaharom (2008) yang mengkaji tahap

penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains merentasi etnik mendapati 1.1% pelajar

Cina mengalami masalah untuk menjawab dengan baik kemahiran membuat deduksi. Ini

kemungkinan disebabkan pelajar Cina mengalami masalah untuk memahami struktur ayat

yang lebih kompleks. Dapatan ini menyamai dalam kajian ini menunjukkan kemahiran

membuat deduksi adalah di dalam kemahiran analitikal dan logikal menunjukkan perbezaan

yang signifikan termasuklah kemahiran reasoning yang berbeza tahap kemahiran berfikir

kritikal merentas bangsa. Kemahiran pemikiran kritikal dan pemikiran konstruktif perlu juga

terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad 1998). Kajian ini menyokong kajian

oleh Kamsiah (2006) dan Jamal dan Mustapha (2005) yang menyatakan pelajar-pelajar

16 
 
 
 

sekolah menengah berupaya mempersembahkan refleksi terhadap keputusan secara objektif

dan boleh menilai dan mengintegrasi pelbagai disiplin dalam satu usaha pembelajaran.

Pelajar yang belajar di bandar menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal (reasoning,

analytical and logical dan disposition) peratus min lebih tinggi berbanding pelajar dari

sekolah luar bandar. Manakala pelajar luar bandar menunjukkan peratus min yang lebih

tinggi dalam assumption. Dapatan kajian juga menunjukkan kemahiran reasoning, analytical

and logical, disposition dan assumption menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap

kategori sekolah. Perbezaan ini wujud disebabkan pelajar-pelajar bandar mempunyai

pendedahan dari aspek infrastruktur seperti komputer, capai internet dan maklumat lebih

pantas dan mudah berbanding rakan mereka di luar bandar. Banyak kajian yang telah

dilaksanakan menunjukkan masih terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh sistem

pendidikan luar bandar antaranya pencapaian akademik yang rendah (Laporan Dropout, 1973

dalam Nor Hasniza et al. 2008), pencapaian pelajar kawasan bandar adalah lebih cemerlang

berbanding kawasan luar bandar (Colin et al. 1996 dalam Nor Hasniza et al. 2008). Sekolah

luar bandar mempunyai kemudahan fizikal yang terhad yang boleh melambatkan proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelajar yang berada dalam keluarga yang

mempunyai status sosio ekonomi yang kukuh menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal

yang lebih baik dan ini adalah satu kelebihan yang dimiliki untuk digunakan sebagai

keperluan hidup mereka (Siti Fazriah 2005; Siti Rahayah, Roseni, Siti Fazriah dan Akbariah

2006). Ini kerana pelajar ini mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelbagai

kumpulan profesional dan mempunyai kemudahan fizikal.

17 
 
 
 

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini membolehkan pengajar menyedari bahawa secara keseluruhannya remaja Malaysia

masa kini mempunyai kemahiran pemikiran kritikal pada tahap yang baik. Namun beberapa

penekanan harus diberi kepada kemahiran analitikal dan logikal kerana kemahiran ini masih

di tahap yang sangat lemah. Kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar perlu dipelbagaikan

bagi menggalakkan pelajar lebih mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Pemikiran

kritikal, analitikal, reasoning, penyelesaian masalah dan penulisan merupakan ‘hasil

bersama’ di mana mengajar kemahiran ini tidak memadai untuk satu kelas atau setahun

pengajaran sahaja. Pengajar bertanggungjawab untuk memupuk kemahiran ini merentas

subjek dan disiplin (Richard 2006).

Pada peringkat pengajian tinggi khasnya, pelajar mengikuti pembelajaran bukan sahaja

setakat menguasai ilmu pengetahuan yang disediakan dalam kurikulum tetapi juga

memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan

kritis. Kemahiran pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah membolehkan pelajar

mengenal pasti dan mensintesis masalah dengan tepat serta mengenal pasti masalah tersurat

dan tersirat yang terdapat dalam sesuatu penulisan. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar

membezakan dengan mudah masalah utama dan matlamat sampingan di samping menjana

bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. Pelajar juga boleh membuat

keputusan berdasarkan maklumat yang tepat dan menjelaskan implikasi keputusan yang

dijana. Selain itu kemahiran pemikiran kritikal membolehkan pelajar mempersembahkan

refleksi terhadap keputusan secara objektif, menilai projek dari pelbagai disiplin dan

menginterpretasi data secara kritis (Kamsiah 2006; Jamal dan Mustapha 2005). Maka untuk

mencapai matlamat ini, pendekatan yang sesuai harus diterapkan kepada pelajar supaya

18 
 
 
 

mereka mampu berfikir dan boleh mengkaitkan elemen-elemen pembelajaran di antara satu

sama lain (Norashikin dan Zuhaidi 2005).

Selain itu, menurut kajian Zohar et al. (1994), pelajar yang menyertai projek BCT (Biology

Critical Thinking) didapati kemahiran pemikiran kritikal meningkat berbanding pada

peringkat permulaan dan dengan kumpulan kawalan. Peningkatan kemahiran pemikiran

kritikal telah dicerap dalam satu konteks biologi, serta dalam konteks nonbiological pada

setiap hari. Kemahiran pemikiran kritikal yang sedang diintegerasikan di dalam kelas-kelas

biologi seharusnya ditukarkan ke domain tertentu dalam pengajaran di dalam kelas, agar

pemindahan kemahiran berfikir boleh berlaku secara realiti di sekolah. Secara kesimpulannya

diharapkan kajian ini akan memudahkan pengajar melaksanakan pengajaran yang berkesan

bagi meningkatkan tahap kemahiran pemikiran kritikal remaja Malaysia.

  

19 
 
 
 

RUJUKAN

Alec Fisher & Michael Scriven. 1997. Critical Thinking – Its definition and Assessment. USA
: Edgepress.

Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the
Human Science. Ner Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Colin Boylan, Sharifah Nor dan Azizzah Abdul Rahman .1996. Rural Education Provision:
Insights from Malaysia and Australia. Paper presented at AARE-ERA Conference
Singapore. Dalam Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad.
2008.Kepentingan Pemikiran Dan Amalan Refleksi Dalam Pengajaran Sains Di
Kawasan Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia. Akses: 25 September 2008.
http://kajianberasaskansekolah.files.wordpress.com/2008/02/sains_luarbandar.pdf

Facione, P.A & Facione, N.C. 1992. The California Critical Thinking Disposition Inventory.
Millbrae, CA: California Academic Press.

Facione, N.C., Facione, P.A. dan Sanchez, C.A. 1994. Criticak Thinking Disposition As A
measure Of Competent Clinical Judgement: The Development Of The California
Critical Thinking Disposition Inventory. Journal of Nursing Education, 33:345-350

Gregory Bassham. 2005. Critical Thinking : A Student’s Introduction. McGraw-Hill


Companies. 2nd edition.

Jamal Badi, & Mustapha Tajdin. 2005. Creative thinking : an Islamic Perspective. Ed. Ke-2.
Gombak: Research Centre, IIUM.

Kamsiah Binti Ismail. 2006. Psychological predictors of academic achievement of


adoloscent: career and educational aspirations as mediating variables. Tesis Ph.D.
Kulliyah of Education, International Islamic University Malaysia.

Laporan Dropout. 1973. Kementerian Pelajaran, Kuala Lumpur. Dalam Nor Hasniza Ibrahim,
Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad. 2008.Kepentingan Pemikiran Dan Amalan
Refleksi Dalam Pengajaran Sains Di Kawasan Luar Bandar. Universiti Teknologi
Malaysia. Akses: 25 September 2008.
http://kajianberasaskansekolah.files.wordpress.com/2008/02/sains_luarbandar.pdf

Marlina Ali dan Shaharom Noordin. 2006. Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di
kalangan pelajar pendidikan Fizik merentas jantina. Buletin Persatuan Pendidikan
Sains dan Matematik Johor, Jilid 15 Bil. 1.

Mohamad Muda. 1998. Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru.
Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Malaysia. Akses: 12 November 2008.
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz. 2004. Keberkesanan Pengajaran Dan
Pembelajaran Sastera: Perkembangan Dan Masa Depan. Menjana Pemikiran

20 
 
 
 

Kritikal Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sastera. Institut Pendidikan Nasional:


Universiti Teknologi Nanyang.
http://www.stp.nie.edu.sg/images/Trainers'%20Work/ML/Sidangpengajaran(Brunei)2
004.pdf

Norashikin Arif dan Zuhaidi Mukrim. 2005. Proses Pembelajaran Dan Hubungan Dengan
PencapaianMatematik. Akses: 20 September 2008.
http://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Kertas-
Kertas%20Untuk%20Seminar%20R&D%20PMKPM%202005/KMPk%20-
%20Proses%20Pembelajaran%20Dan%20Hubungan%20Dengan%20Pencapaian%20
Matematik.pdf

Paul, R. W. & Elder, L. 2002. Critical thinking: Tools for taking charge of your professional
and personal life. New Jersey: Financial Times Prentice Hall.

Philip, J. A. 1997. Pengajaran Kemahiran Berfikir Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rajendran N.S. 1998. Teaching higher-order thinking skills in language classrooms. The
need for transformation of teaching practice. Unpublished doctoral dissertation,
Michigan State University. Dalam Rajendran, N.S. 2000. Kesusasteraan sebagai
wahana mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://nsrajendran.tripod.com/Papers/sasteraHOTskills.pdf. Akses:25 September.
2008.

Reichenbach, B.R. 2002. An Introduction To Critical Thinking. Mcgrow-Hill Publishing Co.


7th edition.

Richard, H. Hersh. 2006. Assessing Critical Thinking, Analytical Reasoning, Problem-


Solving And Writing In High School. 21st Century Skills and High School Reform,
Partnership for 21st Century Skills, March 2006. Akses: 26 September 2008.
http://www.cae.org/content/pdf/CWRA%20_4_.pdf

Rosnani Hashim dan Suhailah Hussein. 2003. The Teaching of Thinking In Malaysia. Kuala
Lumpur: International Islamic University Malaysia.

Sarimah Kamrin dan Shaharom Noordin. 2008. Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis
pelajar sains tingkatan empat di daerah Kulai merentas etnik. Seminar Kebangsaan
Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Universiti
Teknologi Malaysia, 11-12 Okt 2008.

Siti Fazriah raja Mohamed. 2005. Analisis kecerdasan pelbagai menggunakan pendekatan
Model Rasch: Isu kebolehpercayaan dan kesahan instrumen. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin dan Hafsa Mohamed Makki. 2008. Contribution Factors
in Multiple Intelligences Among Adolescene Students. Journal of Education. 33: 35-
46.

21 
 
 
 

Siti Rahayah Ariffin dan Noriah Mohd Ishak. 2006. Multiple Intelligences Among Science
Stream Students in Malaysia. International Proceeding in Teaching and Learning
Conference, Sydney, Australia 2006.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Arifin, Siti Fazriah Raja Mohamed dan Akbariah Mohd.
Mahdzir. 2006. Multiple Intelligences: Theory and application of the Rasch’s Model.
Proceeding for Third International Conference On Measurement and Evaluation in
Education (ICMEE). 287-289.

Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd Ishak, Abdul Ghafur Ahmad, Rosadah majid, Norshidah
Salleh dan Rohaty Mohd Majzud. 2005. Manual Penggunaan Malaysian Multiple
Intelligences Checklist for Adult (MyMICA). Laporan penyelidikan Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi. Universiti Kebangsaan Malaysia: 35-55.

Siti Rahayah Ariffin, T. Subahan Mohd Meerah, Norasmah Othman dan Ibrahim Mohamed
Zin. 2004. Multiple Intelligences Among Lecturers at Higher Institutions. Journal of
Technology. 41: 33 – 42.

Siti Rahayah Ariffin dan Salbiah Ishak. 2000. The Implementation of School-Based
Formative Evaluation for Bahasa Malaysia and Mathematics. Jurnal Pendidikan. 23:
27- 40.

Sufiah Su’ut. 1996. Critical thinking skills: A comparison of acquisition between Form Six
science students and Form Six arts students. M.Ed. thesis, University of Houston.
Dalam. Rosnani Hashim dan Suhailah Hussein. 2003. The Teaching of Thinking In
Malaysia. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia.

Wright, B.D and Masters, G.N. 1982. Rating Scale Analysis. Chicago Il. Cesa. Press.

Zohar, Anat., Weinberger, Y. dan Tamir, P. 1994. The effect of the Biology Critical
Thinking Project on the Development of Critical Thinking. Journal of Research in
Science Teaching, 31:183-196.

22 
 

You might also like