You are on page 1of 28

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT CITRA

TUGASAN 2

SEMESTER I

SESSION 2019/2020

KEPENTINGAN AGAMA SEBAGAI ASAS PERPADUAN : PERSPEKTIF


MAHASISWA

PENSYARAH : PROF. MADYA DR. AMINUDIN BIN BASIR

KUMPULAN : KUMPULAN 8

TAJUK : KEPENTINGAN AGAMA SEBAGAI ASAS PERPADUAN :


PERSPEKTIF MAHASISWA

TARIKH HANTAR : 6 DISEMBER 2019

AHLI : 1. HARIZ HAZMI BIN SAIFUL BASAR A167599

2. NURUL IZATI BINTI DULLAH A169808

3. KASHVINWARMA BASKARAN A169128

4. MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD SHAFI A168983

5. NURUL FATIN NAJIHA BINTI ZAIMI A169368

6. NUR AISHAH FARINA BINTI ISMAIL A170253


i

ABSTRAK

Sejak kebelakangan ini, kita diuji dengan pelbagai isu-isu sensitive yang boleh
menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan
ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik
antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik
antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman
serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Hal ini semakin
membimbangkan apabila ianya mempunyai hubungan rapat dengan agama dan
perpaduan. Menariknya, keadaan ini juga dikaitkan dengan pola pemikiran generasi
muda atau mahasiswa iaitu kesukaran untuk memahami pemikiran mereka sehingga
menghasilkan keputusan pilihan raya 2018 yang luar biasa, di mana dapat kita lihat satu
kekalahan bersejarah bagi gabungan Barisan Nasional yang belum pernah kalah
sebelum ini, sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957, iaitu 61 tahun yang lalu. Ia juga
menjadikan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua,
pada umur 92 tahun, dan menjadikannya sebagai ketua kerajaan tertua di dunia.
Sekaligus menyebabkan pelbagai isu-isu perpaduan yang dapat dikaitkan dengan agama
timbul apabila ianya dibawah naungan kerajaan yang baharu. Sehubungan itu, seramai
30 orang responden telah kami dapati untuk menjalankan satu kajian dalam kalangan
mahasiswa khususnya mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi
melihat tahap kesedaran mereka terhadap isu-isu perpaduan yang kini semakin hangat
diperbualkan dari hari ke hari. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kaitan antara
kepercayaan agama dengan perpaduan antara kaum, mengkaji persepsi mahasiswa
berbilang agama tentang perpaduan antara kaum, dan mengkaji bagaimana kepercayaan
agama dapat dijadikan asas perpaduan kaum.
ii

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK i

BAB I (PENGENALAN) 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Objektif Kajian 2

BAB II (METODOLOGI KAJIAN) 3


2.1 Pengenalan 3
2.2 Kaedah Soal Selidik 5

BAB III (HASIL DAN PERBINCANGAN KAJIAN) 7


3.1 Hasil Kajian 7
3.2 Demografi Responden 7

3.3 Kesedaran Masyarakat TerhadaP Kepentingan Agama 13

Dalam Membentuk Perpaduan


3.4 Maksud Perpaduan Dalam Tanggapan Masyarakat 15
3.5 Aplikasi Perpaduan Dalam Tanggapan 17
Masyarakat
3.6 Perbincangan 21

KESIMPULAN 24

RUJUKAN 25
1

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai lapisan


masyarakat yang menganuti pelbagai agama. Antaranya ialah agama Islam, Buddha,
Hindu, Kristian, Sikhisme, Confiusme, Taoisme, dan Animisme. Dengan wujudnya
kepelbagaian agama yang dianuti sudah pasti bakal timbulnya masalah yang boleh
dikaitkan dengan hubungan perpaduan yang terbentuk. Kita sering maklum bahawa
terdapat sesetengah kelompok masyarakat yang bertanggapan dan percaya bahawa
agama merupakan satu titik nilai yang mampu diukur dalam membentuk sesuatu
hubungan perpaduan yang utuh. Semakin tinggi kepercayaan seseorang terhadap agama
yang dianuti maka semakin teguh hubungan perpaduan yang bakal dibentuk.
Persoalannya semakin timbul, apabila lahirnya golongan muda yang kini bergelar
mahasiswa yang mungkin mempunyai tanggapan yang berbeza berkaitan antara agama
dan perpaduan. Sejauh manakah pandangan dan pendapat mereka tentang agama yang
boleh dikaitkan dengan perpaduan? Adakah mereka faham apa ertinya perpaduan?
Apakah kepentingan agama dalam membentuk perpaduan? Adakah agama ini juga
mampu diukur sebagai satu nilai moral dalam memupuk perpaduan?
2

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian lapangan ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan maklumat daripada
mahasiswa tentang isu yang ingin saya kaji. Oleh itu, adalah penting untuk menetapkan
objektif kajian yang mempunyai hubungan signifikan dengan tema dan tajuk kajian
lapangan. Terdapat dua objektif kajian yang ditetapkan untuk dicapai pada akhir kajian
ini, iaitu :-

1. Mengkaji kaitan antara kepercayaan agama dengan perpaduan antara kaum.


2. Mengkaji persepsi mahasiswa berbilang agama tentang perpaduan antara kaum.
3. Mengkaji bagaimana kepercayaan agama dapat dijadikan asas perpaduan kaum.
3

BAB II

METODOLOGI KAJIAN

2.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul


dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu
kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu
memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah
dengan membuat huraian tentang proses kajian.

2.2 KAEDAH SOAL SELIDIK

2.2.1 Pengenalan

Kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini ialah dengan


menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik merupakan satu set soalan atau
item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus
untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab
persoalan kajian. Individu yang membina borang soal selidik ini perlulah
berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar, boleh dipercayai dan
tidak dipengaruhi emosi. Pelaksanaan soal selidik memerlukan masa dan
pemikiran yang mendalam agar soal selidik mendapat sambutan yang
memberangsangkan.
4

Soal selidik terbahagi kepada dua jenis iaitu soal selidik bentuk terbuka
dan soal selidik bentuk tertutup. Soal selidik bentuk terbuka ialah butiran bentuk
terbuka berkehendakkan jawapan bebas daripada responden. Tidak ada
‘petunjuk’ dibekalkan. Soal selidik bentuk tertutup ialah butiran yang
berkehendakkan jawapan pendek seperti ‘Ya’ atau ‘Tidak’ atau memilih
pilihan-pilihan yang disediakan. Soal selidik jenis ini biasanya sesuai untuk
memperoleh maklumat tertentu sahaja.

2.2.2 Prosedur dan Langkah-Langkah

Dalam kajian ini, jenis soal selidik yang akan digunakan ialah soal
selidik dalam bentuk Google Form. Dalam borang soal selidik ini terdapat tiga
bahagian pada borang tersebut iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A mengandungi butiran mahasiswa sebagai responden dalam kajian
ini iaitu umur, fakulti, tahun pengajian dan agama. Bahagian B pula
mengandungi pandangan umum para mahasiswa terhadap perpaduan kaum dari
segi perspektif agama. Manakala Bahagian C pula mengandungi 4 item soalan
4 item soalan berkaitan persepsi positif mahasiswa dan 4 item soalan tentang
persepsi negatif mahasiswa dari segi pandangan agama terhadap perpaduan
antara kaum. Pada Bahagian B ini item soalan tersebut dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan pada jadual tersebut responden dikehendaki menjawab
soalan-soalan yang telah disertakan. Pada Bahagian C pula, borang soal selidik
tersebut terdapat 8 item soalan yang mana setiap soalan tersebut disertakan
ukuran skala Likert iaitu 5 – Sangat Setuju, 4 – Setuju, 3 – Tidak Pasti, 2 –
Tidak Setuju, 1 – Sangat Tidak Setuju.

Skala Likert (Wikipedia, 2015) adalah suatu skala psikometrik yang


umum digunakan dalam soal selidik dan merupakan skala yang paling banyak
digunakan dalam kajian berupa survei. Nama skala ini diambil dari nama Rensis
Likert, yang menerbitkan suatu laporan yang menjelaskan penggunaannya.
Sewaktu menjawab pertanyan dalam skala Likert, responden menentukan tahap
persetujuan mereka terhadap suatu soalan dengan memilih satu dari pilihan yang
tersedia. Biasanya lima pilihan skala dengan format seperti Likert iaitu 5 –
5

Sangat Setuju, 4 – Setuju, 3 – Tidak Pasti, 2 – Tidak Setuju, 1 – Sangat Tidak


Setuju.

Pemilihan responden mahasiswa adalah dengan menggunakan teknik


persampelan. Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan
orang daripada sekumpulan populasi untuk dijadikan responden kajian.
Persampelan merupakan satu aspek penting dalam penyelidikan kerana
menggunakan sampel yang sesuai agar kebolehpercayaan dan kesahan kajian
terjamin.Terdapat dua jenis pemilihan sampel iaitu secara rawak dan secara
terarah. (Chua, 2006)

Dalam kajian ini, kaedah persampelan secara rawak telah diplih untuk
menjalankan kaedah soal selidik. Borang soal selidik ini akan diagihkan kepada
30 orang mahasiswa sebagai responden dalam kajian ini. Responden akan diberi
5 minit untuk menjawab borang soal selidik tersebut.

2.2.3 Analisis data

Data yang diperoleh darpada soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan
teknik peratusan. Peratusan (Wikipedia,2014) ialah cara menyatakan nombor
sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Peratus
sering ditandai dengan tanda peratus, %. Ianya dihitung dengan mencampurkan
semua unsur dalam ruang sampel yang berkenaan dan membahagikan hasil
tambah itu dengan bilangan unsur yang terdapat dalam ruang sampel tersebut
kemudian didarabkan dengan nilai 100. Peratusan boleh dihitung melalui
formula :

𝑥
%= × 100
∑𝑥
6

2.2.4 Persembahan Data

Hasil data yang telah dianalisis akan dipersembahkan dalam deskriptif, bentuk
graf bar mudah dan carta pai. Graf ialah kumpulan simpul (nodes) yang
dihubungkan satu sama lain melalui sisi (edges). Graf juga merujuk kepada hasil
analisis data statistik yang ditunjukkan dalam bentuk gambarajah yang
membolehkan pemahaman dengan sekali pandang. Dalam konteks kajian ini,
graf yang akan digunakan adalah graf bar mudah. (Zakaria, 2006).

Manakala carta pai ialah satu cara perwakilan data dengan menggunakan
bulatan yag dibahagi debgan sektor-sektor yang mempunyai luas yang berbeza
mengikut kuantiti yang diwakili. (Columbusstate, 2004)
7

BAB III

HASIL DAN PERBINCANGAN KAJIAN

3.1 HASIL KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa


data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik
yang telah diisi oleh responden. Data yang didapati telah diproses bagi mendapatkan
statistic seperti nilai peratusan.

3.2 DEMOGRAFI RESPONDEN

3.2.1 Tahun Pengajian

Untuk mengkaji persepsi masyarakat, seramai 30 orang yang terdiri daripada


mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM telah menjawab
borang soal selidik melalui ‘Google Form’. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan tahun pengajian, fakulti, umur, bangsa dan agama dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan rajah.

Jadual 1: Tahun Pengajian


Tahun Nilai Peratus
Tahun 1 2 6.7 %
Tahun 2 24 80 %
Tahun 3 4 13.3 %
Tahun 4 0 0%
(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)
8

Tahun Pengajian

7%
13%

Tahun 1
Tahun2
Tahun 3

80%

Rajah 1: Tahun Pengajian


(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 2


orang terdiri darpada pelajar tahun 1 (6.7%), 24 orang daripada pelajar tahun 2 (80%),
4 orang daripada pelajar tahun 3 (13.3%) dan 0 orang daripada pelajar tahun 4 (0%).
Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas. Jika dilihat,
responden paling ramai adalah daripada pelajar tahun 2 dan tiada responden daripada
pelajar tahun 4. Hal ini kerana berkemungkinan faktornya adalah kerana kami
merupakan pelajar tahun 2 dan kami lebih mudah mengedarkan borang soal selidik
tersebut kepada rakan-rakan yang sama tahun pengajiannya dengan kami.
9

3.2.2 Fakulti

Jadual 2: Fakulti
Fakulti Nilai Peratus
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 3 10%
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 0 0%
Fakulti Farmasi 1 3.3%
Fakulti Pengajian Islam 0 0%
Fakulti Sains Kesihatan 0 0%
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 25 83.3%
Fakulti Undang-undang 1 3.3%
Fakulti Pergigian 0 0%
Fakulti Pendidikan 0 0%
Fakulti Perubatan 0 0%
(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Fakulti

3% 10% Fakulti Sains Sosial dan


3% Kemanusiaan
Fakulti Farmasi

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Fakulti Undang-undang
84%

Rajah 2: Fakulti

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 3
orang adalah terdiri daripada fakulti sains sosial dan kemanusiaan (10%), 1 orang
daripada fakulti farmasi (3.3%), 25 orang daripada fakulti kejuruteraan dan alam bina
(83.3%), 1 orang daripada fakulti undang-undang (3.3%) dan selebihnya adalah 0 orang
bagi fakulti ekonomi dan pengurusan, fakulti pengajian islam, fakulti sains kesihatan,
fakulti pergigian, fakulti pendidikan dan fakulti perubatan (0%) seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2 dan Rajah 2.
10

3.2.3 Umur

Jadual 3: Umur
Umur Nilai Peratus

18-21 25 83.3%
22-25 5 16.7%
26 dan ke atas 0 0%

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Umur

17%

18-21
22-25

83%

Rajah 3: Umur

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Dalam melakukan kajian ini, dapatan hasil kajian mendapati 25 orang responden terdiri
daripada golongan mahasiswa dan mahasiswi yang berumur antara 18 hingga 21 tahun
(83.3%), 5 orang terdiri daripada golongan berumur antara 22 hingga 25 tahun (16.7%)
manakala tiada responden dari peringkat umur 26 tahun dan ke atas seperti yang
dtunjukkan dalam Jadual 3 dan Rajah 3. Hal ini berlaku kerana golongan mahasiswa
yang menjalankan pengajian ijazah di UKM ini kebanyakannya terdiri daripada
golongan yang berumur antara 18 hingga 25 tahun.
11

3.2.4 Bangsa

Jadual 4: Bangsa
Bangsa Nilai Peratus
Melayu 23 76.7%
Cina 2 6.7%
India 3 10%
Bumiputera Sabah 2 6.7%
(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Bangsa

7%
10%
Melayu
7%
Cina
India
Bumiputera Sabah
76%

Rajah 4: Bangsa

(Sumber: Kajian Lapangan. 2019)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 23
orang responden berbangsa melayu (76.7%), 2 orang responden berbangsa cina (6.7%),
3 orang responden berbangsa india (10%) dan selebihnya iaitu 2 orang dari bumiputera
Sabah (6.7%) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 dan Rajah 4. Hal ini demikian
kerana, majoriti kaum yang berada di UKM terdiri daripada kaum melayu.
12

3.2.4 Agama

Jadual 5: Agama
Agama Nilai Peratus
Islam 25 83.3%
Budhha 1 3.3%
Hindu 3 10%
Kristian 1 3.3%
(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Agama

3%
10%
Islam
3%
Budhha
Hindu
Kristian

84%

Rajah 5: Agama

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik,
seramai 25 orang (83.3%) adalah terdiri daripada responden yang beragama Islam.
Manakala responden yang beragama Budhha adalah terdiri daripada 1 orang (3.3%).
Manakala bagi responden beragama Hindu adalah seramai 3 orang (10%) dan akhir
sekali 1 orang bagi responden berbangsa Kristian (3.3%) seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 5 dan Rajah 5. Hal ini berlaku kerana mahasiswa dan mahasiswa di UKM
majoritinya beragama Islam.
13

3.3 KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP KEPENTINGAN AGAMA


DALAM MEMBENTUK PERPADUAN

Borang soal selidik yang telah diedarkan kepada mahasiswa mengandungi beberapa
soalan iaitu :-

Jadual 5a Soalan soal selidik yang diedarkan kepada mahasiswa UKM


Item Soalan/Pernyataan
1 Adakah agama penting dalam membentuk perpaduan ?
2 Adakah agama membantu untuk membangunkan ikatan sosial?
3 Adakah agama merupakan sumber nilai moral dalam memupuk nilai perpaduan ?
4 Apakah yang anda faham tentang perpaduan ?
5 Saya berbaik dengan semua penganut agama lain kerana agama saya menyuruh
saya berbuat demikian.
6 Saya berusaha menghormati sensitiviti keagamaan dengan cara mengetahui prinsip
asasi agama lain.
7 Saya tidak memandang serong penganut agama lain tanpa mengira kaum kerana
setiap individu ada hak kebebasan beragama.
8 Saya mengelak menggunakan hal keagamaan sebagai jenaka bersama rakan-rakan
saya.
9 Saya mengelak bersahabat dengan penganut agama lain kerana risau terpengaruh
dengan agama mereka.
10 Saya sentiasa risau rakan-rakan saya yang beragama lain cuba untuk mengajak saya
menganut agama mereka.
11 Saya berasa tidak selesa apabila rakan-rakan saya yang beragama lain melakukan
ibadat agama mereka di hadapan saya.
12 Saya berasa tidak puas hati dengan orang yang tidak menganuti kerana saya yakin
agama saya sahaja yang benar.

Jadual 6: Kesedaran Masyarakat Terhadap Kepentingan Agama dalam Membentuk Perpaduan


Bil. Pernyataan Ya Tidak
1. Soalan 1 27 90% 3 10%
2. Soalan 2 30 100% 0 0%
3. Soalan 3 30 100% 0 0%
(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)
14

Kesedaran Masyarakat Terhadap Kepentingan


Agama dalam Membentuk Perpaduan
35

30

25

20

15

10

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3

Ya Tidak

Rajah 6 Kesedaran Masyarakat Terhadap Kepentingan Agama Islam dalam


Membentuk Perpaduan

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Pada bahagian ini, responden telah diutarakan 3 soalan dan responden perlu menjawab
sama ada ya atau tidak berdasarkan soalan tersebut.

Soalan 1 pada bahagian ini adalah bertanyakan tentang adakah agama penting
dalam membentuk perpaduan. Sebahagian besar responden menjawab ya pada soalan
ini iaitu seramai 27 orang (90%) dan seramai 3 orang (10%) menjawab tidak pada
soalan ini seperti dalam Jadual 6 dan Rajah 6. Hasil kajian ini mendapati kebanyakan
responden bersetuju dengan soalan ini kerana mereka percaya semua agama
menitikberatkan toleransi, persaudaraan dan nilai moral yang tinggi dalam kehidupan
seharian. (Free Malaysia Today, 2018)

Soalan 2 pula bertanyakan tentang adakah agama membantu untuk


membangunkan ikatan sosial. Pada bahagian ini, kesemua responden iaitu seramai 30
orang (100%) menjawab ya untuk soalan ini seperti dalam Jadual 6 dan Rajah 6. Hal ini
kerana agama menyatukan individu dengan individu yang lain sehingga munculnya
masyarakat, kelompok dan sebagainya. Agama mempunyai fungsi integratif kerana
ajaran agama mengandungi nilai-nilai pemersatuan. Upacara keagamaan berfungsi
mengukuhkan integrasi sosial dan memperbaharui solidariti kelompok. Melalui
15

pelbagai upacara yang diraikan, anggota masyarakat kembali berkumpul dan


membentuk solidariti organik. (Musa, 2012)

Soalan terkahir bagi bahagian ini iaitu soalan 3 bertanyakan tentang adakah
agama merupakan sumber nilai moral dalam membentuk perpaduan. Seramai 30 orang
iaitu kesemua responden menjawab ya bagi soalan ini (100%) seperti dalam Jadual 6
dan Rajah 6 kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang
pada asasnya hidup secara aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang
sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita. (Anon, 2019)

3.4 MAKSUD PERPADUAN DALAM TANGGAPAN MASYARAKAT

Pada bahagian ini, iaitu untuk soalan 4, responden telah diutarakan dengan
soalan mengenai maksud perpaduan dalam kalangan masyarakat berdasarkan
tanggapan diri sendiri. Secara ringkasnya, ada beberapa maksud perpaduan yang telah
diberikan oleh responden seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 7: Maksud Perpaduan dalam Tanggapan Masyarakat


Bil. Pernyataan Nilai Peratus

1. Masyarakat bersatu padu 10 33.33%


2. Keharmonian sesama masyarakat 9 30%
3. Perasaan hormat-menghormati sesama kaum 3 10%
4. Penting untuk memajukan ekonomi 2 6.7%
5. Masyarakat saling membantu 1 3.3%
6. Permuafakatan dalam kalangan masyarakat 4 13.33%
7. Kesefahaman antara kaum 1 3.3%
(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)
16

Maksud Perpaduan dalam Tanggapan


Masyarakat

Masyarakat bersatu padu Keharmonian sesama masyarakat


Perasaan hormat-menghormati sesama kaum Penting untuk memajukan ekonomi
Masyarakat saling membantu Permuafakatan dalam kalangan masyarakt
Kesefahaman antara kaum

Rajah 7: Maksud Perpaduan dalam Tanggapan Masyarakat

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Kebanyakan responden memahami bahawa masyarakat hidup bersatu padu


adalah maksud bagi perpaduan iaitu seramai 10 orang (33.33%) diikuti dengan
keharmonian sesama masyarakat iaitu seramai 9 orang (30%) dan permuafakatan dalam
kalangan masyarakat iaitu seramai 4 orang (13.33%). Antara maksud lain perpaduan
dalam tanggapan responden ialah perasaan hormat-menghormati sesama kaum iaitu
seramai 3 orang (10%), perpaduan penting untuk memajukan ekonomi iaitu seramai 2
orang (6.7%), masyarakat saling membantu iaitu seramai 1 orang (3.3%) dan akhir
sekali kesefahaman antara kaum iaitu seramai 1 orang (3.3%) seperti dalam Jadual 7
dan Rajah 7. Definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai
penngabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu sepakat dan sebagainya.
17

3.5 APLIKASI SIFAT KEAGAMAAN DALAM KEHIDUPAN

3.5.1 Bahagian A (Perspektif Positif Tentang Sifat Keagamaan dalam


Kehidupan)

Jadual 8: Perspektif Positif Tentang Sifat Keagamaan dalam Kehidupan


Bil. Pernyataan Sangat Tidak Memuaskan Setuju Sangat Setuju
Tidak Setuju
Setuju
1. Soalan 5 0 0% 1 3.3% 1 3.3% 10 33.4% 18 60%
2. Soalan 6 0 0% 0 0% 1 3.3% 12 40% 17 56.7%
3. Soalan 7 0 0% 0 0% 0 0% 9 30% 21 70%
4. Soalan 8 0 0% 0 0% 1 3.3% 8 26.7% 21 70%
(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Perspektif Positif Tentang Sifat Keagamaan dalam


Kehidupan
25

20

15

10

0
Soalan 10 Soalan 11 Soalan 12 Soalan 13

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Memuaskan Setuju Sangat Setuju

Rajah 8: Perspektif Positif Tentang Sifat Keagamaan dalam Kehidupan

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Pada bahagian ini responden telah diajukan dengan 4 pernyataan yang berkaitan dengan
aplikasi sifat kegamaan dalam kehidupan berdasarkan perspektif positif. Kesemua
18

responden iaitu seramai 30 orang perlu menjawab antara sangat setuju hingga sangat
tidak setuju.

Bagi pernyataan 1, responden perlu menjawab mereka sangat setuju


hingga sangat tidak setuju bagi pernyataan saya berbaik dengan semua penganut agama
lain kerana agama saya menyuruh saya berbuat demikian. Jadual 8 dan Rajah 8
menunjukkan seramai 1 orang menjawab tidak setuju (3.3%), 1 orang menjawab
memuaskan (3.3%), 10 orang menjawab setuju (33.4%) dan 18 orang menjawab sangat
setuju (60%). Kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan ini kerana
kebanyakan responden adalah dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi beragama Islam
dan mereka percaya bahawa Allah SWT tidak melarang orang Islam mengadakan
hubungan baik dengan bukan Islam. Tidak menjadi kesalahan mengadakan hubungan
dengan bukan Islam dan keharusan itu meliputi semua kafir dengan syarat mereka tidak
mengancam Islam serta umatnya. (BH Online, 2019)

Pernyataan 2 pula adalah pernyataan saya berusaha menghormati


sensitiviti keagamaan dengan cara mengetahui prinsip asasi agama lain. Antara 30
responden, 1 orang menjawab memuaskan (3.3%), 12 orang menjawab bersetuju (40%)
dan 17 orang menjawab sangat setuju (56.7%) seperti dalam Jadual 8 dan Rajah 8. Hal
ini kerana apabila masyarakat lebih terbuka untuk mengenali dan memahami serta
meraikan kepelbagaian agama, ia akan mengukuhkan lagi persefahaman antara kaum
dan agama. (Bernama, 2019)

Pernyataan 3 menyatakan saya tidak memandang serong penganut


agama lain tanpa mengira kaum kerana setiap individu ada hak kebebasan beragama.
Bagi pernyataan ini, seramai 9 orang menjawab setuju (30%) dan seramai 21 orang
menjawab sangat setuju (70%) seperti dalam Jadual 8 dan Rajah 8. Pernyataan ini
disokong dengan perlembagaan Persekutuan Artikel 11 (2) menyebutkan, ‘tiap-tiap
orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4),
mengembangkannya.’ Jelaslah bahawa kebebasan beragama dijamin dalam
perlembagaan persekutuan. Tidak dinyatakan sebarang sekatan atau halangan untuk
melaksanakan sebarang jenis upacara keagamaan atau kepercayaan di Malaysia. (Pusat
Komsas, 2019)
19

Akhir sekali, pernyataan 4 menyatakan saya mengelak dari


menggunakan hal keagamaan sebagai bahan jenaka bersama rakan-rakan saya.
Berdasarkan pernyataan ini seperti dalam Jadual 8 dan Rajah 8, seramai 1 orang
menjawab memuaskan (3.3%), 8 orang menjawab setuju (26.7%) dan 21 orang
menjawab sangat setuju (70%). Hal ini disebabkan oleh menjadikan hal keagamaan
sebagai bahan jenaka adalah sama seperti menyentuh isu sensitivity bagi sesuatu agama
dan kaum dan perbuatan ini akan meruntuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

3.5.2 Bahagian B (Perspektif Negatif Tentang Sifat Keagamaan dalam


Kehidupan)

Jadual 9: Perspektif Negatif Tentang Sifat Keagamaan dalam Kehidupan


Bil. Pernyataan Sangat Tidak Tidak Memuaskan Setuju Sangat
Setuju Setuju Setuju

1. Soalan 9 18 60% 9 30% 1 3.3% 1 3.3% 1 3.3%

2. Soalan 10 16 53.3% 7 23.3% 3 10% 3 10% 1 3.3%

3. Soalan 11 15 50% 11 36.7% 1 3.3% 2 36.7% 1 3.3%

4. Soalan 12 21 70% 7 23.3% 0 0% 1 3.3% 1 3.3%

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)


20

Perspektif Negatif Tentang Sifat Keagamaan dalam


Kehidupan
25

20

15

10

0
Soalan 14 Soalan 15 Soalan 16 Soalan 17

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Memuaskan Setuju Sangat Setuju

Rajah 9: Perspektif Negatif Tentang Sifat Keagamaan dalam Kehidupan

(Sumber: Kajian Lapangan, 2019)

Pada bahagian terakhir, responden perlu menjawab antara sangat tidak setuju hingga
sangat setuju bagi 4 pernyataan. Pada bahagian ini, pernyataan ini adalah berkaitan
persperktif negatif tentang sifat keagamaan dalam kehidupan.

Untuk pernyataan 5, pernyataannya ialah saya mengelak bersahabat dengan


penganut agama lain kerana risau terpengaruh dengan agama mereka. Seramai 18 orang
menjawab sangat tidak setuju (60%), 9 orang menjawab tidak setuju (30%), 1 orang
menjawab memuaskan (3.3%), 1 orang menjawab setuju (3.3%) dan 1 orang menjawab
sangat tidak setuju (3.3%) seperti dalam Jadual 9 dan Rajah 9. Hal ini disebabkan oleh
secara jelas, tidak semua pihak menjadikan elemen itu sebagai ekstrem, namun setiap
pihak yang bertoleransi dalam hal ini akan mengurangkan elemen konflik dengan
memberi sumbangan untuk mempertahankan budaya umum. (BH Online, 2019)

Pernyataan 6 menyatakan saya sentiasa risau rakan-rakan saya yang beragama


lain cuba untu mengajak saya menganut agama mereka. Hasil kajian ini seperti dalam
Rajah 9 dan Jadual 9 mendapati 16 orang sangat tidak setuju (53.3%), 7 orang
menjawab tidak setuju (23.3%), 3 orang menjawab memuaskan (10%), 3 orang setuju
(10%) dan 1 orang menjawab sangat setuju (3.3%). Ramai responden tidak bersetuju
21

dengan pernyataan ini kerana di Malaysia setiap masyarakat mempunyai hak kebebasan
beragama. Setiap agama juga tidak mengajar penganut agama mereka untuk memaksa
orang lain menganuti agama yang mereka anuti.

Bagi pernyataan 7 yang menyatakan saya tidak selesa apabila rakan-rakan saya
yang beragama lain melakukan ibadat keagamaan mereka di hadapan saya, ramai
responden menjawab tidak bersetuju. Seramai 15 orang menjawab sangat tidak setuju
(50%), 11 orang menjawab tidak setuju (36.7%), 1 orang menjawab memuaskan
(3.3%), 2 orang menjawab tidak setuju (6.7%) dan 1 orang menjawab sangat setuju
(3.3%) seperti dalam Jadual 9 dan Rajah 9. Hal ini disebabkan oleh setiap masyarakat
perlu menghormati agama lain dan setiap masyarakat perlu sedia maklum bahawa setiap
agama mempunyai amalam yang wajib dilakukan oleh mereka.

Pernyataan terakhir bagi bahagian ini iaitu pernyataan 8 menyatakan saya berasa
tidak puas hati dengan orang yang tidak menganut agama yang saya anuti kerana saya
yakin agama saya sahaja yang benar. Seramai 21 orang menjawab sangat tidak setuju
(70%), 7 orang menjawab tidak setuju (23.3%), 1 orang menjawab setuju (3.3%) dan 1
orang menjawab sangat setuju (3.3%) seperti dalam Jadual 9 dan Rajah 9. Pernyataan
ini mendapat jawapan sangat tidak setuju dari kalangan responden kerana setiap agama
mempunyai kepercayaan mereka tersendiri dan sebagai rakyat yang menduduki di
negara yang berbilang kaum, mereka perlulah menghormati kepercayaan agama
masing-masing.

3.6 PERBINCANGAN

Hasil kajian lapangan berjaya memperoleh sebanyak 30 orang responden. Nilai


sampel sebanyak 30 orang merupakan saiz sampel yang kecil bagi mewakili mahasiswa
di UKM. Keputusan yang diperoleh hasil dari kajian lapangan ini mungkin tidak
menggambarkan keadaan sebenar di dalam kampus UKM. Walaupun faktor yang cuba
dikaji dalam kajian lapangan ini adalah agama, majoriti responden yang berjaya
dikumpul adalah dari mereka yang beragama Islam. Memandangkan metodologi yang
dipilih adalah soal selidik melalui atas talian, jumlah responden yang diingini mungkin
tidak dapat dicapai berikutan soal selidik tersebut dijawab atas kerelaan responden.
22

Berdasarkan Bahagian A, responden didapati mempunyai garapan yang baik


mengenai kesedaran tentang kepentingan agama dalam membentuk perpaduan. Soalan
ini disediakan bagi memastikan responden mempunyai pemahaman umum mengenai
kepentingan agama dalam perpaduan. Responden yang menjawab 2 daripada 3 soalan
dengan salah dianggap ‘tidak cukup berpengetahuan mengenai kepentingan agama
dalam perpaduan’ dan respon mereka tidak diambil kira sebagai data yang sah.
Pengetahuan umum ini penting bagi menjawab soalan pada bahagian seterusnya.

Soalan pada bahagian B dan C lebih tertumpu kepada menilai bagaimana agama
mempengaruhi kehidupan seharian mereka dan samada pengaruh tersebut bersifat
positif ataupun negatif. Data menunjukkan majoriti responden mengamalkan agama
mereka dalam perspektif yang positif. Agama tidak menjadi penghalang bagi
membentuk perpaduan, malah, membantu dan mengukuhkan lagi pembentukan
perpaduan.

Kitab suci agama Kristian, Bible ada menyatakan dengan jelas perihal ini. ‘Be
kind to one another, tenderhearted, forgiving one another, as God in Christ forgave
you’(Ephesian 4:32) Ayat ini tanpa ragu-ragu menyuruh kita untuk berbuat baik,
bertoleransi dan saling bermaafan terhadap satu sama lain. Ayat ini penting di mana
sebagai penganut agama Kristian, nilai perpaduan dan kemasyarakatan merupakan
suatu nilai yang perlu ada dalam diri mereka bagi menjadi seorang penganut yang baik.

Gautama Buddha pernah berkata “When watching after yourself, you watch
after others. When watching after others, you watch after yourself.”(Sedaka Sutta).
Berdasarkan petikan kata-kata ini, kita dapat menilai kepentingan mengambil berat dan
berbaik-baik dengan ahli masyarakat. Membentuk hubungan yang baik dengan ahli
masyarakat menjamin keharmonian dalam masyarakat tersebut. Buddha juga
menambah seterusnya, “And how does one look after oneself by looking after others?
By patience, by non-harming, by loving kindness, by caring (for others). (Thus) looking
after oneself, one looks after others; and looking after others, one looks after oneself.”

Petikan teks dari kitab suci Hindu, Rig Veda, ‘One should perform karma for
the benefit of humanity with an unbiased approach because bias gives birth to evil,
23

which creates thousands of obstacles in our path.’ Melalui karma, seseorang individu
berbuat baik bagi mengelakkan diri daripada balasan timbal yang buruk (Thakkar,
2015). Namun perbuatan baik ini tidak boleh berat sebelah, kerana ia akan mengundang
pelbagai halangan di dalam hidup individu tersebut. Hal ini termasuklah ketika berbuat
baik terhadap orang lain, seharusnya tiada diskriminasi yang wujud terhadap mereka
yang berbangsa atau agama lain.

Terdapat petikan ayat Al-Quran yang turut menyokong dan mengukuhkan lagi
mesej yang disampaikan melalui petikan teks Rig Veda yang disebut sebelum ini. Di
dalam Surah al-Mumtahanah, ayat 8, “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik
dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu)
dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang berlaku adil.”(Quran 60:8). Melalui ayat ini, penganut agama Islam
digalakkan untuk berbuat baik terhadap sesiapa sahaja selagi mana mereka tidak
memerangi penganut-penganut Islam tersebut.

Perpaduan dalam sesebuah masyarakat dapat dibentuk apabila setiap ahli


masyarakat berbuat baik, saling bertolak ansur dan maaf bermaafan antara satu sama
lain. Suruhan-suruhan seperti ini yang telah dinyatakan di dalam pelbagai agama
menjadi bukti kukuh bahawa agama merupakan suatu faktor yang sangat penting dalam
membentuk perpaduan negara. Walaupun terdapat kemungkinan bahawa suatu
masyarakat itu boleh termusnah akibat agama seperti berlakunya perperangan diantara
penganut agama yang berbeza-beza, isu-isu seperti ini dapat dirungkaikan dengan
meningkatkan kesedaran ahli-ahli masyarakat tentang kepentingan agama dalam
membentuk perpaduan.
24

KESIMPULAN

Dari penulisan ini dapatlah kita mengetahui bahawa agama merupakan asas penting
dalam membangunkan ikatan sosial bagi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.
Sememangnya negara kita terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum dan
berbilang agama. Selain itu negara kita terkenal dengan keharmonian, keselesaan,
toleransi dan kedamaian.

Berdasarkan hasil kajian, majoriti daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan


Malaysia menganggap bahawa agama merupakan asas yang membentuk hubungan
yang harmoni diantara kaum. Pegangan ataupun prinsip hidup amatlah penting dalam
kehidupan agar dapat mengelakkan kita daripada kehidupan yang tiada arah tuju dan
terumbang ambing. Di samping itu, ia juga mengajar manusia agar dapat menjalani
kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, sahsiah dan rohani.

Dengan adanya kepercayaan ini dapat memupukkan setiap penganutnya supaya


percaya dan yakin terhadap Tuhannya. Dengan keyakinan inilah maka wujud manusia
yang mempunyai keteguhan pendirian yang jati. Tambahan pula, mahasiswa dan
mahasiswi zaman sekarang perlu di terapkan semangat spiritual supaya dapat
menerapkan dan sebagai persediaan diri sebelum menempuh alam pekerjaan yang
sebenar. Semangat ini mampu membangunkan potensi individu yang selama ini
terpendam untuk membentuk akidah dan nilai yang murni. Natijahnya, kesejahteraan
dan keamanan dalam sesebuah masyarakat akan terjamin dengan sebaik mungkin
seterusnya membentuk perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat terutamanya
pelajar universiti.
25

RUJUKAN

Anon. (2018, September 3). Kepelbagaian agama menyatupadukan rakyat Malaysia.


Retrieved from FMT News:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/09/03/kepelbagaian
-agama-menyatupadukan-rakyat-malaysia/
Anon. (2019, June 24). Hormati Kebebasan Beragama dan Berkepercayaan Orang
Asli. Retrieved from Komas: https://komas.org/hormati-kebebasan-beragama-
dan-berkepercayaan-orang-asli/
Anon. (2019, May 25). Kukuhkan perpaduan melalui kepelbagaian agama. Retrieved
from Bernama: http://www.bernama.com/state-
news/beritabm.php?id=1729789
Jalal, P. M. (18 December, 2018). Kepelbagaian agama, budaya perlu dihormati.
Retrieved from BHOnline:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/509258/kepelbagaian-agama-
budaya-perlu-dihormati
Musa, A. (2012, November 12). Tajuk 06. Retrieved from Nota Hubungan Etnik:
http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-06.html
Yusoff, A. S. (2017, Januari 27). Islam tak larang berbaik dengan orang kafir.
Retrieved from BHplus: https://www.bharian.com.my/node/240385

You might also like