You are on page 1of 10

SOALAN-SOALAN LAZIM –KAD DEBIT/-i VISA BSN BAHARU

1. Apakah Kad Debit/-i Visa BSN?

Kad Debit/-i Visa BSN adalah kad debit pertama berdasarkan ‘multi privilege payWave ‘ yang
dihubungkan dengan akaun simpanan BSN anda dan menawarkan pelbagai manfaat untuk membantu
anda menjalani kehidupan yang mudah tanpa beban hutang. Ia boleh digunakan untuk membuat
pembelian di mana-mana logo Visa atau Visa payWave yang dipamerkan di seluruh dunia dan juga
pembelian secara Online. Bagi transaksi ATM, anda boleh menggunakannya di mana-mana ATM BSN,
MEPS ATM atau ATM yang memaparkan logo Visa PLUS di luar negara.
Walau apapun cara anda menggunakannya, bayaran akan ditolak secara otomatik daripada Akaun
simpanan BSN anda - jadi ia membantu anda merancang dan memastikan anda tidak berbelanja
secara berlebihan.

2. Apakah keunikan dan kelebihan Kad Debit /-i Visa BSN yang baru?

Kebanyakan kad debit mempunyai dua ciri-ciri utama iaitu keupayaan untuk membeli barang-barang
dan keupayaan untuk mengeluarkan wang tunai di ATM. Kad Debit Visa BSN menawarkan anda lebih
daripada itu! Anda akan menikmati faedah dan ciri-ciri pintar seperti ini dan banyak lagi - semua
digabungkan dalam satu kad debit.

a) Visa payWave

Hanya beli, imbas dan pergi dengan Kad Debit/i Visa BSN anda di mana sahaja simbol Visa payWave
dipaparkan, di dalam atau di luar negara. Visa payWave adalah kaedah pembayaran yang mudah,
selamat dan cepat untuk pembelian sehingga RM150 dan tiada tandatangan atau PIN diperlukan.
Tidak perlu gusar samada anda mempunyai wang tunai yang cukup atau mencari-cari wang kecil.

b) Tersedia dengan ciri-ciri Touch ‘n Go

Nikmatilah kemudahan Kad Debit /-i Visa BSN yang tersedia dengan ciri-ciri Touch ‘n Go. Tambah nilai
dan gunakan ia di tol, pengangkutan awam, tempat letak kereta atau tempat lambang Touch ‘n Go
dipamerkan.

c) Ganjaran & Keistimewaan PLUSMiles

Nikmati kelebihan program kesetiaan PLUSMiles dengan Kad Debit/-i Visa BSN disamping menikmati
rebat tol, mata ganjaran dan diskaun di rangkaian rakan niaga PLUSMiles yang mengambil bahagian.
Untuk maklumat lanjut mengenai keistimewaan PLUSMiles, layari www.plusmiles.com.my
d) Program Kad Setia BCARD

Kumpul BPoints apabila anda menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN anda untuk pembelian di lebih
daripada 800 kedai yang menyertai program BCARD dan tebus serta-merta atau secara online. BCARD
adalah gaya hidup yang terulung di Malaysia dan merupakan program ganjaran berdasarkan jenama,
yang bekerjasama dengan peniaga dari pelbagai industri seperti Starbucks, Berjaya Hotels & Resorts,
Lazada dan banyak lagi.

e) 0.5% Pulangan Tunai Tanpa Had

Nikmati 0.5% pulangan tunai ke atas setiap pembelian runcit (termasuk pembelian secara dalam
talian) setiap kali anda menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN samada di dalam atau di luar negara.
Tambahan lagi, tiada had bagi jumlah pulangan tunai yang anda boleh perolehi! Pulangan Tunai akan
di kreditkan ke dalam akaun simpanan anda pada setiap bulan.

3. Siapakah yang layak memohon Kad Debit/-i Visa BSN?

Individu yang mempunyai akaun simpanan BSN dan memenuhi kelayakan umur adalah layak.

4. Bagaimanakah saya boleh memohon Kad Debit/-i Visa BSN?

 Kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang terdekat untuk membuka akaun simpanan/-i.
 Lengkapkan borang permohonan dan pilih Kad Debit Visa BSN atau Kad Debit-i Visa BSN.
 Bawa bersama MyKad anda bagi tujuan pengesahan.

5. Saya adalah pemegang Kad BSN Matrix/-i. Bagaimanakah cara untuk saya menukarkan kad saya
kepada Kad Debit/-i Visa BSN yang baharu bagi menikmati keistimewaan yang disediakan?

Anda boleh menukar kad anda untuk Kad Debit /-i Visa BSN baru di mana-mana cawangan BSN. Sila
bawa Kad Matrix/-i BSN anda dan MyKad untuk tujuan pengesahan. Tiada caj akan dikenakan bagi
pengeluaran Kad Debit /-i Visa BSN yang baharu untuk pelanggan baru atau pelanggan sedia ada yang
menukar kad mereka dalam tempoh promosi kami dari 1 Disember 2013 hingga 28 Februari 2014.

6. Kad Debit/-i Visa BSN baharu mempunyai logo Visa payWave? Apakah itu Visa payWave dan
dimana boleh saya boleh gunakannya?

Visa payWave merupakan kaedah bayaran mudah, selamat dan pantas bagi pembelian di bawah
RM150 di mana-mana peniaga yang mempamerkan logo Visa payWave di Malaysia dan di luar negara.
Tiada tandatangan atau PIN diperlukan. Anda juga masih boleh menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN
untuk pembelian amaun yang lebih besar dengan menandatangani resit jualan seperti amalan biasa.
Berikut adalah cara ia berfungsi:

1. Lihat untuk simbol Visa payWave di premis peniagaan yang mengambil bahagian.

2. Imbas Kad Debit/-i Visa BSN anda pada mesin pembaca kad.

3. Ambil barang pembelian anda. Sila minta dari juruwang sekiranya anda perlukan resit.
7. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN saya?

 Untuk Pembelian Runcit: Di jutaan rangkaian rakan niaga Visa di Malaysia atau di luar negara
seperti kedai runcit, pasaraya, restoran, stesen petrol dan banyak lagi.
 Untuk Pembelian Dalam Talian, Menerusi Pos dan Telefon : Di laman web membeli belah di
seluruh dunia termasuk pembelian menerusi pesanan pos atau telefon.
 Untuk Transaksi ATM: Di ATM BSN, ATM MEPs dan ATM luar negara yang mempunyai logo Visa
PLUS.

8. Adakah saya perlu membayar apa-apa caj bila saya menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN bagi
pembelian runcit atau dalam talian?

Tiada caj bayaran atau yuran dikenakan bagi pembelian runcit atau dalam talian menggunakan Kad
Debit/-I Visa BSN.

9. Apakah had pembelian harian saya?

Untuk kawalan keselamatan, BSN memberi anda fleksibiliti untuk memilih had pembelian diingin bagi
pembelian runcit anda. Had pembelian harian telah ditetapkan pada RM1,000 bagi akaun dewasa dan
RM500 bagi akaun remaja. Anda boleh mengubah had ini kepada jumlah antara RM0 hingga
RM10,000 di mana-mana Atm BSN atau cawangan BSN.

10. Berapa lama masa yang diambil untuk menerima Kad Debit/-i Visa BSN?

Anda akan mendapat Kad Debit/-i BSN Visa serta-merta bersama dengan PIN apabila anda memohon
di mana-mana cawangan BSN. Walau bagaimanapun, jika anda meminta kad peribadi (dengan nama
anda di cetak atas kad ), anda dikehendaki mengambil kad anda selepas 14 hari di cawangan di mana
anda memohon.

11. Kad Debit/-i Visa BSN Baru tersedia dengan ciri Touch ‘n Go. Di mana saya boleh melakukan
tambah nilai Kad Debit/-i Visa BSN supaya saya boleh menggunakannya untuk bayaran tol dan
pembayaran lain?

Pada masa ini tambah nilai Touch ‘n Go bagi Kad Debit/-i Visa BSN hanya boleh dilakukan secara
manual. Hanya serahkan Kad Debit/-i Visa BSN bersama wang tunai di mana-mana Hub Touch ‘n Go,
Touch ‘n Go SPOTs di stesen-stesen minyak terpilih, Kaunter Jualan Touch ‘n Go, Lorong Tambah Nilai
di lebuhraya, stesen PETRONAS terpilih, kaunter Rapid KL, LRT, KTM Komuter dan ejen-ejen tambah
nilai Touch ‘n Go.

12. Adakah saya akan layak untuk rebat tol 20% di bawah Program Pengguna Kerap Lebuh Raya
yang ditawarkan oleh Touch 'n Go?

Ya, anda akan layak untuk program rebat tol 20% jika anda melakukan sekurang-kurangnya 80
transaksi bayaran tol dalam sebulan di mana-mana lebuhraya. Untuk maklumat lanjut mengenai
program ini, keistimewaan Touch n 'Go, terma dan syarat, sila layari www.touchngo.com.my
13. Kad Debit/-i Visa BSN baharu juga mempunyai aplikasi program kesetiaan PLUSMiles. Apakah
faedah yang saya boleh nikmati di bawah program ini apabila saya menggunakan Kad Debit/-i Visa
BSN saya untuk bayaran tol di lebuh raya PLUS?

Manfaat utama yang bakal anda nikmati adalah:


a) Rebat tol 5% bagi penggunaan tol bulanan sebanyak RM100 dan ke atas di lebuh raya PLUS
b) Mata Ganjaran untuk penggunaan tol bulanan kurang daripada RM100
c) Diskaun & Keistimewaan di rangkaian rakan niaga PLUSMiles yang mengambil bahagian.
d) Percuma e-penyata

Untuk layak menikmati rebat tol 5%, anda perlu mendaftar di www.plusmiles.com.my dengan
menggunakan Serial/Mfg Card Number (nombor ini ada tertera di dalam resit tambah nilai Touch ‘n
Go). Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat program kesetiaan PLUSMiles, layari
www.plusmiles.com.my

14. Bagaimana saya boleh mengumpul dan menebus BPoints dengan Kad Debit/-i Visa BSN?

Anda boleh mengumpul mata ganjaran BPoints apabila anda berbelanja dengan Kad Debit/-i Visa BSN
di mana-mana rakan niaga BCARD yang mengambil bahagian. Tebus BPoints anda untuk barangan
eksklusif dengan serta-merta atau secara dalam talian (online) di www.bcard.com.my.

100 BPoints adalah bersamaan dengan nilai RM1. Untuk log masuk, hanya masukkan nombor BCARD
iaitu kod bar di belakang kad debit anda. 6 digit terakhir adalah nombor PIN BCARD anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran BCARD, kedai-kedai yang mengambil bahagian dan terma
dan syarat , sila layari laman web BCARD di atas atau hubungi Pusat Panggilan BCARD di 03-2119 2999.

15. Bolehkah saya menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN di luar negara?

Ya, anda boleh menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN di luar negara dengan syarat anda mengaktifkan
aplikasi transaksi di luar negara sebelum anda berlepas. Proses pengaktifan boleh dilakukan melalui
ATM BSN, MyBSN, Pusat Panggilan BSN ataupun di mana-mana cawangan BSN.. Setelah diaktifkan,
anda boleh menggunakan Kad Debit /-i Visa BSN untuk pembelian runcit atau untuk pengeluaran
wang tunai di mana-mana mesin ATM luar negara yang mempunyai logo Visa PLUS.

16. Apa yang perlu saya lakukan jika Transaksi Pembelian Atas Talian ataupun Luar Negara tidak
berjaya?

Anda perlu mengaktifkan Fungsi Pembelian Atas Talian dan Fungsi Transaksi Luar Negara bagi
membolehkan transaksi ataupun penggunaan tersebut dibenarkan. Pengaktifan boleh dilakukan
melalui ATM BSN,MyBSN,Pusat Panggilan BSN ataupun di mana-mana cawangan BSN.

17. Bolehkah saya membatalkan pengaktifan fungsi Pembelian Atas Talian dan Transaksi Luar
Negara?
Ya. Anda boleh membatalkan pengaktifan fungsi Pembelian Atas Talian dan Transaksi Luar Negara
melalui ATM BSN,MyBSN,Pusat Panggilan BSN ataupun di mana-mana cawangan BSN.
18. Apakah contoh di mana urusniaga pra-pembayaran transaksi dilakukan ke atas akaun simpanan
saya?

 Stesen Minyak - Jumlah pra-pembayaran di antara RM200-RM250 akan didebitkan daripada


akaun simpanan BSN anda apabila anda membayar di mesin pam minyak (kios luar). Jumlah ini
akan dibayar semula apabila bank menerima bayaran penyelesaian sebenar di dalam masa 3
hari. Anda dinasihatkan untuk membayar kepada juruwang di kaunter pembayaran stesen
minyak untuk mengelakkan sekatan pra-pembayaran.

 Hotel - Untuk mengelakkan sekatan pra-pembayaran, anda dinasihatkan untuk menggunakan


Kad Debit/- i Visa BSN ketika mendaftar keluar sahaja.

19. Kenapa kadangkala transaksi Kad Debit/-i Visa BSN saya ditolak?

Antara sebab-sebab yang lazim termasuk:

 Baki yang tidak mencukupi di dalam akaun simpanan anda atau disebabkan oleh amaun pra-
pembayaran yang disekat.

 Jumlah transaksi melebihi had pembelian harian.

 Jika transaksi ditolak di luar negara, anda mungkin tidak mengaktifkan aplikasi transaksi luar
negara di mesin ATM BSN sebelum anda berlepas.

20. Apakah ciri-ciri keselamatan dalam Kad Debit /-i Visa BSN?

 Cip Pintar EMV: Menggunakan teknologi cip pintar terkini untuk keselamatan yang lebih
tinggi.

 Visa payWave: Kad ini tidak akan berpindah tangan ke pihak lain ketika membuat urus niaga,
yang mana ini mengurangkan sebarang risiko.

 Polisi Liabiliti Sifar Visa: Melindungi anda daripada mana-mana pembelian yang tidak sah.

 Penetapan Had Pembelian Harian: Had pembelian harian bagi akaun dewasa ialah RM1,000
dan RM500 bagi akaun remaja . Anda boleh mengurangkan atau meningkatkan had ini di
mana-mana ATM BSN atau cawangan BSN.

 Pemberitahuan SMS: Pemberitahuan melalui SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit
berdaftar anda untuk transaksi tertentu menggunakan kad.

 Membeli-belah secara dalam talian (online): Ketika membuat pembayaran untuk pembelian
secara dalam talian, kod BOSS (BSN Online Secured Shopping) akan dihantar ke nombor
telefon bimbit anda yang berdaftar dengan BSN melalui SMS untuk anda masukkan kod dan
melengkapkan transaksi dengan selamat .
Nota: Sila pastikan anda mengemas kini nombor telefon bimbit terbaru anda di mana-mana ATM
BSN atau cawangan BSN.

21. Apakah tanggungjawab saya selaku pemegang Kad Debit/-i Visa BSN?

a) Anda hendaklah menandatangani di belakang Kad Debit/-i Visa BSN sebaik sahaja menerima kad.
b) Lindungi Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) anda.
(i) Jangan menulis nombor PIN anda pada Kad Debit/-i Visa BSN atau menyimpan bersama-sama
dengan Kad Debit/-i anda.
(ii) Jangan menggunakan tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor telefon sebagai PIN
atau kata laluan.
c) Anda hendaklah sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kehilangan atau
kecurian Kad Debit/-i Visa BSN selain mendedahkan nombor (PIN) kepada sebarang individu.
d) Sebarang kehilangan, kecurian Kad Debit/-i Visa BSN atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga
dan penggunaan Kad tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Bank dengan
menghubungi Pusat Panggilan BSN di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (luar negara).
e) Anda tidak boleh membenarkan atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk
menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN. Anda juga tidak boleh memindahkan, melepaskan kawalan
dan pemilikan Kad serta menggunakannya untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh pihak Bank.
f) Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan jumlah wang di dalam akaun adalah mencukupi
sebelum melakukan sebarang urus niaga.
g) Semak rekod transaksi anda dari masa ke masa melalui www.mybsn.com.my untuk memastikan
urusniaga yang dilaksanakan adalah betul.-dan maklumkan kepada kami secara bertulis dalam
tempoh 14 hari dari tarikh transaksi jika terdapat sebarang kesilapan atau ketinggalan. Jika tidak,
transaksi tersebut akan dianggap tepat.
h) Ahli kad hendaklah menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN secara bertanggungjawab dan tidak
menyalahgunakan bagi mana-mana aktiviti tidak sah atau menyalahi undang-undang;
menggunakan Kad untuk transaksi perjudian melalui Internet (untuk Kad Debit-i); atau
menggunakan Kad untuk transaksi yang dilarang berdasarkan garis panduan Shariah (untuk Kad
Debit-i).
i) BSN tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak lain bagi apa-apa kerosakan atau
kerugian yang dialami (termasuk semua kerosakan langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit,
kerugian ekonomi, kehilangan keuntungan atau kehilangan peluang) akibat gangguan atau
ketiadaan Laman web BSN, Perkhidmatan ini di dalam Perjanjian ini dan/atau kandungan dan/atau
akses anda ke mana-mana dan gunakan sama atas sebab-sebab selain daripada kegagalan dalam
sistem di BSN atau kerosakan peralatan di BSN atau dari mana-mana kelewatan atau kesilapan
dalam penghantaran sebarang komunikasi yang berkaitan dengan akses dan penggunaan Laman
web ini, Perkhidmatan dan maklumat yang terkandung. Walau apa pun yang tersebut di atas, Bank
tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat tindakan
penipuan . ”
j) Ahli kad tidak akan dipertanggungjawabkan keatas kerugian yang disebabkan oleh urusniaga e-
perbankan, debit langsung atau kad tidak dikemukakan melainkan Bank dapat membuktikan atas
imbangan kebarangkalian bahawa:

a) Ahli kad bertindak secara ‘fraud’.


b) Ahli kad gagal untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang telah dimaklumkan oleh Bank
kepada Ahli kad:
(i) Sengaja atau tidak sengaja mendedahkan identiti akses (ID) dan kod laluan kepada mana-mana
orang lain melalui e-mel yang tidak diminta atau mana-mana laman web selain daripada laman
web rasmi Bank (BSN);
(ii) Ahli kad gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan peranti
keselamatan selamat pada setiap masa; atau
(iii) Ahli kad gagal melaporkan kebocoran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti
keselamatan kepada pihak Bank dengan kadar segera
c) Ahli kad gagal menjalankan kewajipannya untuk melaporkan sebarang transaksi yang tidak sah
kepada pihak Bank dengan kadar segera apabila Ahli kad menyedari tentang transaksi tersebut.

22. Apa perlu saya buat jika Kad Debit/-i Visa BSN saya hilang atau dicuri?

Anda perlu melaporkan kehilangan atau kecurian kad anda dengan segera melalui salah satu saluran
berikut:

• Hubungi Perkhidmatan Pelanggan BSN di 1300-88-1900 (Malaysia) atau 603 2613 1900 (Luar
Negara); atau Segera ke mana-mana cawangan BSN dan buat laporan.

23. Sebagai seorang pemegang Kad Debit/-i Visa BSN yang baharu, apakah faedah tambahan yang
boleh saya nikmati?

Anda juga akan menikmati faedah-faedah tambahan yang berikut:


a) Pengecualian Yuran Tahunan Kad:
-Yuran tahunan kad anda akan dikecualikan jika perbelanjaan runcit terkumpul anda mencapai RM3,
600 sepanjang tempoh 12 bulan lepas.

b) PERCUMA sehingga 5x Yuran Pengeluaran Tunai MEPS setiap sebulan:


- Sila rujuk di FAQ Program Pembayaran Balik Yuran MEPS.

24. Adakah terdapat apa-apa caj yang dikenakan oleh BSN untuk Kad Debit/-i Visa BSN?

Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

Yuran dan Caj

Perkara Yuran / Caj

Yuran Tahunan RM8


(Yuran tahunan akan dikenakan pada tarikh ulangtahun Kad. Ia
tidak akan dikenakan pada tahun yang sama Kad dikeluarkan
kepada Ahli Kad)

Yuran Pengeluaran/Pembaharuan Kad RM12

Penukaran/Naiktaraf dari Kad ATM atau Kad Debit/-i Matrix Visa RM12
Electron BSN atau Kad Debit/-i Batman Visa BSN kepada Kad
Debit/-i Visa BSN

Yuran Penukaran Kad


RM12
(Untuk kerosakan kad disebabkan kecuaian Ahli Kad, hilang atau
dicuri)

PengeluaranTunai ATM:
Domestik
 BSN ATM Percuma
 ATM di Bank-bank Tempatan yang lain melalui MEPS RM1/pengeluaran tunai
 ATM di Bank-bank Luar yang lain melalui MEPS RM4/pengeluaran tunai

Antarabangsa
 Rangkaian ATM melalui VISA PLUS RM12/pengeluaran tunai

Pertanyaan Baki ATM Percuma

Rekod Transaksi (Bagi 2 bulan terakhir)


Perbankan Dalam Talian (mybsn.com.my) Percuma

Pemindahan Wang melalui ATM bank-bank ahli MEPS RM1setiap transaksi

Yuran Permintaan Semula Slip Jualan RM15 setiap salinan

Bayaran Penukaran untuk Urus Niaga Luar Negara Mengikut kadar pertukaran yang
ditentukan oleh VISA + yuran
transaksi dikenakan oleh VISA
(bersamaan dengan 1%)

Nota:Semua Yuran dan Caj yang dikenakan ke atas Kad Debit/-i Visa BSN anda adalah tertakluk kepada
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6% berkuatkuasa 1 April 2015.
SOALAN-SOALAN LAZIM - PROGRAM PEMBAYARAN BALIK YURAN MEPS

1. Bagaimana program bayaran balik MEPS berfungsi?

Sebagai pemegang Kad Debit/-i Batman Visa BSN yang baru, anda akan menikmati pembayaran balik
ke atas yuran pengeluaran tunai MEPS anda bergantung kepada pelan yang anda pilih dan sebaik
sahaja ia memenuhi kriteria yang ditetapkan. Pilih salah SATU daripada pelan di bawah apabila anda
membuka akaun simpanan baru atau menukar kad anda.

Jenis Pelan Program Pembayaran balik Kriteria Perlu dipatuhi


MEPS / Bonus Pulangan
TRANSACTORS (22 tahun dan Pembayaran balik sebanyak Dengan purata baki bulanan
keatas) tiga (3) pengeluaran tunai akaun sebanyak RM1, 500 dan
MEPS setiap bulan ke atas.
SAVERS (22 tahun dan keatas) Pembayaran balik lima (5) Dengan purata baki bulanan
pengeluaran tunai MEPS akaun sebanyak RM3, 000 dan
setiap bulan ke atas. Pada setiap
2% p.a. Pulangan Bonus* pertumbuhan purata
tambahan sebanyak RM1, 000
( bulan ke bulan ) digenapkan
kepada ribu terdekat.
YOUTH (21 tahun dan Bayaran balik tiga (3) bayaran Dengan purata baki bulanan
kebawah) pengeluaran tunai MEPS sebanyak RM500 dan keatas
setiap setiap bulan.
*Untuk akaun Giro-i, kadar indikatif adalah berdasarkan nisbah perkongsian keuntungan 25:75

2. Saya telah membuka akaun simpanan saya sewaktu berumur 20. Apa yang akan berlaku kepada
akaun saya apabila saya mencapai 22 tahun?

Akaun anda secara automatik ditukar ke pelan Transactor apabila anda mencecah umur 22 tahun.

3. Bagaimana yuran pengeluaran tunai MEPS akan dibayar balik kepada saya jika saya memenuhi
kriteria yang telah ditetapkan?

Yuran pengeluaran tunai MEPS akan dikenakan pada masa urus niaga. Walau bagaimanapun jika anda
memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk bulan tersebut, bayaran yang akan dibayar balik ke akaun
simpanan BSN pada bulan berikutnya . Tiada pembayaran balik yuran akan dilakukan sekiranya anda
menutup akaun simpanan BSN anda.

4. Bagaimana Purata Baki Bulanan (AMB) dikira?

AMB (Akaun Baru) :


AMB (Akaun Semasa ):

CONTOH: En Zak membuka akaun simpanan BSN pada 22 Mei 2014. Jumlah akhir Baki dalam akaun
beliau pada 31 Mei 2014 adalah RM100, 000. Akaun En Zak ini telah dibuka selama 10 hari bagi bulan
Mei 2014. AMB dalam akaun beliau untuk Mei 2014 = RM100,000/ 10 hari = RM10,000.

You might also like