You are on page 1of 6

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

147

KESEDIAAN GURU PRASEKOLAH DALAM MELAKSANAKAN


KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nur Athirah Ariffin (Pengarang Penghubung)


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
athirah1512@yahoo.com.my

Faridah Yunus
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
faridahyunus@ukm.edu.my

ABSTRAK
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menyasarkan mulai tahun 2015, semua kanak-kanak
prasekolah dari pelbagai peringkat berupaya memiliki keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi. Keupayaan ini membantu dalam menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu mengikut kadar kemampuan minda individu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakankomponen utama yang menjadi aras kejayaan PPPM
ialah penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh guru-guru dan kanak-kanak
prasekolahmencapai tahap optimum menjelang tahun 2025. Dalam melaksanakan matlamat tersebut, guru
Prasekolah memainkan peranan utama bagi melahirkan kanak-kanak yang mempunyai aras pemikiran tinggi.
Namun begitu, kajian literatur berkaitan kesediaan guru Prasekolahterhadap KBAT dalam proses PdP masih
belum dikaji. Kesediaan dalam kalangan guru terhadap KBAT ini wujud dalam kalangan guru di sekolah formal
dan hal ini juga mungkin turut berlaku dalam kalangan guru Prasekolah.Oleh itu, kertas konsep ini bertujuan
untuk menerangkan aspek kesediaan guru Prasekolah KPM terhadap KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak prasekolah dan seterusnya mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan kesediaan guru
Prasekolah KPM dalam melaksanakan KBAT semasa PdP.
Kata Kunci:Kemahiran Berfikir Aras Tinggi; Pengajaran dan Pembelajaran; guru Prasekolah KPM; Kesediaan

PENGENALAN
Sistem pendidikan Malaysia sedang berusaha ke arah melahirkan generasi yang memiliki kemahiran
pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran global supaya membantu memajukan ekonomi dan
pembangunan negara keseluruhannya. Antara kemahiran yang diutamakan ialah kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis. Kemahiran tersebut merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang melatih
individu untuk menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta. Ekoran daripada
kehendak ini, Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan tidak terkecuali dalam mengalami transformasi
kandungan pembelajaran sedia ada dengan memasukkan elemen KBAT dalam proses PdP. Hal ini supaya
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini dapat diterapkan semasa peringkat kanak-kanak dan membantu
meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran berfikir semenjak usia awal lagi.

Bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, guru
Prasekolah memainkan peranan utama dalam merealisasikan hasrat negara ini. Guru merupakan pelaksana
kurikulum dalam pembentukkan kanak-kanak yang cemerlang. Tahap kecemerlangan ini bergantung kepada
perancangan dan implementasi pengajaran yang berkesan. Tujuan utamanya adalah untuk merangsangdan
mengembangkan pengetahuan, kesedaran nilai dan kebolehan pemikiran aras tinggi kanak-kanak. Menurut
Rajendran (2000), guru harus peka terhadap objektif pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan sedia ada
kanak-kanak, minat kanak-kanak, kemudahan resos dan kemahiran yang hendak diajar semasa memilih strategi
pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu, guru merupakan individu utama dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang
berfikir menggunakan pemikiran aras tinggi. Namun, kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru
merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan pelajar. Walaupun
terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, sebuah kajian yang dijalankan pada tahun

Untuk memetik artikel ini:


Ariffin, N., A., & Yunus, F. (2017). Kesediaan guru prasekolah dalam melaksanakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
148

2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna pengajaran
mata pelajaran tidak melibatkan pelajar secukupnya dan penyampaiannya lebih pasif. Mata pelajaran yang diajar
lebih berfokus kepada pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir
aras.

Walaupun telah banyak kajian yang dijalankan berhubung dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
kalangan pelajar (Dalilah, 2003) namun, hanya beberapa kajian sahaja yang menumpukan kesediaan guru dalam
pelaksanaan KBAT semasa pengajaran dan pembelajaran. Malahan, setakat ini tiada kajian lagi yang
dilaksanakan ke atas kesediaan guru Prasekolah KPM dalam menerapkan KBAT dalam aktiviti PdP pendidikan
prasekolah. Oleh itu, kertas konsep ini akan membincangkan beberapa dapatan kajian yang berlaku di sekolah
formal yang mungkin mempunyai persamaan di pendidikan Prasekolah.

Dalam melaksana program prasekolah berkualiti, guru prasekolah perlu mengetahui dan memahami
perkembangan kanak-kanak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). Guru prasekolah juga perlu peka terhadap keperluan pedagogi mereka dengan
mempersiapkan diri dengan bekalan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dan bersesuaian dengan keperluan
kanak-kanak.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia menyeru guru-guru agar melengkapkan diri dengan pengetahuan,
kemahiran serta amalan-amalan baru pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan perkembangan dan
keperluan abad ke-21 ini. Kesediaan guru merupakan titik tolak kejayaan hasrat negara. Guru seharusnya
mempunyai kemahiran dalam merancang dan melaksanakan pengajaran yang memimpin pelajar ke arah
pemikiran aras tinggi. Penerapan kemahiran aras tinggi ini perlu dilatih sejak pelajar berada di peringkat rendah
lagi khususnya semasa peringkat prasekolah. Hal ini sejajar dengan hasrat KPM yang menyatakan peranan guru
prasekolah adalah untuk membina asas pendidikan yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah dengan
melakukan amalan pedagogi yang berkualiti.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Kemahiran berfikir aras tinggi atau dikenali sebagai KBAT merupakan lanjutan daripada amalan pembelajaran
dan pengajaran yang telah diperkenalkan pada tahun 1994 iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Transformasi KBKK dan KBAT ini adalah agenda utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) yang berhasrat untuk menaikkan taraf pendidikan negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran peringkat antarabangsa (KPM, 2013).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu (A. Rahman et. al, 2015). Penerapan pemikiran aras tinggi di dalam pengajaran
memerlukan kebolehan untuk mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan minat pelajar terhadap tugasan yang
diberikan oleh guru. Kemahiran berfikir iaitu KBAT adalah berdasarkan Hierarki Taksonomi Bloom iaitu
mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1 berikut:

Rajah 1. KBAT Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Kesediaan Guru Prasekolah dalam Melaksanakan KBAT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
149

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyasarkan agar setiap pelajar dari pelbagai peringkat
menguasai KBAT pada tahap paling optimum menjelang tahun 2025. Hal ini berikutan kajian penanda aras di
peringkat antarabangsa yang menunjukkan dapatan keputusan yang tidak memberangsangkan. Hasil kajian
penilaian TIMMS (Trend in International Mathematics and Science Study) serta PISA (Programme for
International Student Assesment) menunjukkan pelajar Malaysia berada kedudukan kelompok yang rendah dan
menghadapi kesukaran dalam kemahiran berfikir tahap tinggi

Hal ini disokong dengan kenyataan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia :

“Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia sukar


mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas syarikat Malaysia dan
syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa murid Malaysia gagal menguasai kemahiran
insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan”.

Kementerian Pendidikan Malaysia sudah memulakan usaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam
kurikulum sekolah melalui transformasi kurikulum pendidikan dalam memberi penekanan kepada konsep
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal
dan kreatif. Sistem yang dahulunya lebih berorientasikan peperiksaan akan ditransisi ke bentuk baru. Penerapan
kemahiran berfikir ini akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik
kerana memerlukan pembabitan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

Menurut pengkaji dalam bidang pemikiran, PdP yang berjaya melestarikan kemahiran pemikiran pelajar akan
dapat meningkatkan tahap pemikiran dan daya intelektual pelajar. Dalam proses pembelajaran, pelajar yang
bebas berfikir dengan bimbingan guru akan dapat merangsang daya berfikir mereka dan menjadikan
pembelajaran di dalam kelas semakin aktif dan menarik. Pakar dalam bidang pendidikawan awal kanak-kanak
menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang bermakna dan ini bermaksud pembelajaran
bermakna ialah “learning by doing” yang dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang
sesuatu permasalahan. Fakta ini bertepatan dengan konsep pemikiran KBAT yang memerlukan kanak-kanak
untuk meneroka, membuat inferens, interpretasi dan sebagainya. Jika mahu kanak-kanak mengembangkan
kapasiti untuk berfikir, menyelesaikan masalah dan justifikasi, maka perlu bermula dengan pengenalan dan
tugasan yang kompleks. Di samping itu, penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat
membantu keupayaan kanak-kanak berfikir secara kritikal.

Seorang guru itu perlulah mempunyai kesediaan dan kepakaran dalam mengajar KBAT kepada pelajar supaya
ianya berjaya meninggalkan kesan yang positif ke dalam diri mereka dengan mengambil kira semua aspek yang
mempengaruhi kemahiran berfikir. Di samping itu, kepakaran dan kesediaan dalam KBAT ini juga diperlukan
dalam kalangan guru itu sendiri. Bagi strategi komunikasi arahan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan
oleh guru untuk menggalakkan KBAT, misalnya dengan menyelaraskan objektif, kandungan pengajaran,
penyerapan kemahiran, tugasan dan juga aktiviti serta bahan. Untuk itu, guru harus merancang aktiviti dan juga
tugasan yang berbentuk KBAT secara tersusun dan juga telah diatur mengikut peruntukan masa yang telah
ditetapkan.

KESEDIAAN GURU
Kejayaan seorang guru adalah bergantung pada kesediaan mereka dalam memajukan diri serta profesionnya
melalui pelbagai aktiviti. Guru disaran agar bersedia mencuba pelbagai teknik PdP dalam menghadapi
perubahan dari segi kandungan kurikulum dan penggunaan teknologi. Kesediaan guru untuk mengendali PdP
adalah merangkumi ilmu pengetahuan mata pelajaran, kemahiran untuk mengajar kandungan mata pelajaran dan
sikap guru ke atas tanggungjawab mereka.Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod (2015)telah menjalankan
satu kajianterhadap persepsi guru Bahasa Melayu ke atas pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
iaitu dari segi aspek pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, sikap dan penilaian. Hasil
dapatan kajian mendapati guru-guru Bahasa Melayu memberikan respon yang positif terhadap pelaksanaan
KBAT. Hal demikian kerana aspek pengetahuan guru, aspek penilaian dan kemahiran pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Namun, tahap pemahaman guru
Bahasa Melayu dalam PdP Bahasa Melayu tentang KBAT masih berada di tahap sederhana.

Sekiranya guru-guru ditugaskan untuk menyemai dan memupuk kemahiran KBAT ini dalam diri pelajar, maka
mereka harus memahami keseluruhan konteks KBAT yang dicadangkan.Namun menurut kajian, masih terdapat
guru yang belum menguasai strategi untuk mengajar teknik berfikir kepada pelajar mereka. Kebanyakan guru

Kesediaan Guru Prasekolah dalam Melaksanakan KBAT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
150

didapati kurang jelas tentang kaedah untuk menerapkan elemen kemahiran berfikir (Nor Hasmaliza & Zamri
Mahamod, 2015).

Pengetahuan
Menurut Ibrahim (1995) dalam Jamilah et. Al (2011), pengetahuan ialah kapasiti untuk memperoleh, mengekal
dan menggunakan maklumat campuran kefahaman, pengalaman, kearifan dan kemahiran. Pengetahuan
melibatkan dua konsep asas iaitu konsep sesuatu objek itu difikirkan secara keseluruhan di mana hal ini
memerlukan kebolehan daya fikir, manakala kedua ialah konsep yang diperolehi melalui tanggapan.
Pengetahuan mengenai isi kandungan dan ilmu pedagogi adalah dua aspek yang sangat penting sebelum
seseorang guru dapat mengajar dengan berkesan.Pengetahuan seorang guru bukan sekadar berkaitan dengan
pengajaran bilik darjah tetapi juga berkaitan dengan perancangan, penilaian, pemikiran di mana guru perlu
mempunyai kepercayaan terhadap kurikulum, subjek yang diajar, pedagogi, model pengajaran dan konteks
pendidikan.Keseluruhan aspek tersebut menyokong bagi menganalisis serta meluaskan kefahaman mereka
berkaitan pengajaran yang berkualiti.

Kepentingan aspek pengetahuan dalam profesion perguruan ini diberi penekanan sehinggakan Amerika Syarikat
mewujudkan satu badan yang diwakili beberapa negeri bagi menghasilkan satu pengukuran tentang
keberkesanan pengajaran.Badan tersebut dikenali sebagai INTASC (Interstate New Teacher Assesment and
Support Consortium). Terdapat 10 prinsip yang telah diperkenalkan INTASC yang akan ditunjukkan secara
ringkas dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1.10 Prinsip INTASC

10 Prinsip INTASC
1. Pengetahuan tentang mata pelajaran
2. Pembelajaran dan perkembangan manusia
3. Pengubahsuaian pengajaran
4. Strategi
5. Pengurusan dan motivasi
6. Kemahiran komunikasi
7. Perancangan
8. Penilaian
9. Komitmen
10. Rakan perkongsian

Sumber : Principles from Model Standards for Beginning Teacher Licensing and Development: A Resource for
States Dialogues, by Interstate New Teacher Assesement and Support Consortium (1993).

Kemahiran
Kemahiran mengajar ialah asas penting dalam menyampaikan ilmu dan maklumat kepada pelajar.Kemahiran
guru dilihat melalui aspek pedagogi. Pedagogi merupakan asas yang dikaitkan dengan pendidikan.Pedagogi
adalah salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan
kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum. Dimana, PdP yang berkesan
dipengaruhi oleh cara pengajaran guru yang mempelbagaikan teknik dan kesesuaian aras pengajaran.

Sikap guru yang berkesan ialah mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan,
kemahiran serta nilai. Kemahiran mengajar meliputi perancangan, cara pengelolaan serta penyampaian,
penilaian bertujuan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar dengan berkesan.Antara kemahiran yang
guru perlu kuasai ialah kemahiran memulakan pengajaran, teknik penyoalan soalan, penggunaan contoh dan
membuat penilaian.

Guru yang dapat menguasai kemahiran mengajar dengan baik akandapat menjadikan PdP berjalan dengan
sistematik iaitu bermula dengan peringkat permulaan diikuti peringkat perkembangan (ilmu pengetahuan dan
kemahiran) dan diakhiri dengan peneguhan dan pengukuhan. Kesan yang diperoleh, guru akan berjaya
mengekalkan motivasi pelajar untuk turut serta semasa PdP berlangsung. Malahan, melalui kaedah yang
sistematik tersebut, pelajar akan terangsang untuk terlibat secara aktif dan seterusnya menjadikan proses PdP
menjadi lebih menarik.

Kesediaan Guru Prasekolah dalam Melaksanakan KBAT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
151

Sikap
Sikap bermaksud tingkah laku seseorang individu terhadap sesuatu perkara. Sikap melambangkan keperibadian
seseorang tersebut sama ada ianya bersifat positif mahupun sebaliknya. Sikap juga didefiniskan sebagai satu
keadaan kesediaan mental dan saraf, diurus melalui pengalaman. Sikap merupakan satu arah tuju atau
pengalaman yang dinamik ke atas gerak balas individu kepada semua objek atau situasi dengan mana sikap ini
berkait. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa sikap merupakan satu sistem penilaian positif atau negatif,
kesedaran emosi dan kecenderungan untuk bersetuju atau tidak terhadap sesuatu objek.Manakala dalam konteks
pengajaran pula, sikap merujuk kepada kecenderungan guru dalam membuat penilaian dalam pengajaran.Gerak
kerja dalam pengajaran ditentukan oleh sikap guru sendiri. Apabila guru mempunyai sikap positif terhadap
pengajaran yang ingin disampaikan, maka tingkah laku guru tersebut turut berubah ke arah positif.

CADANGAN
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah satu cabang kemahiran berfikir yang diberi penekanan dalam
mentranformasikan kurikulum pendidikan melalui PPPM 2013-2025 bagi melahirkan generasi yang kreatif dan
kritikal agar dapat bersaing dalam pasaran global. Namun begitu, pemikiran aras tinggi yang lemah bukan
sahaja dalam kalangan pelajar di Malaysia malahan berlaku dalam kalangan guru juga. Terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan kurangnya integrasi kemahiran berfikir guru semasa PdP. Hal ini termasuk tahap kesediaan
guru yang rendah.Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kesediaan
guru terhadap KBAT dalam PdP.

Dalam konteks ini, pendedahan seperti kursus atau bengkel mengenai KBAT perlu diperkenalkan dengan lebih
komprehensif kepada guru. Latihan yang berterusan diperlukan bagi mengukuhkan kesediaan guru terhadap
KBAT. Hal ini membolehkan guru menerapkan teknik dan kaedah KBAT dengan lebih terancang semasa PdP.
Kurangnya pengetahuan mengenai KBAT akan mengakibatkan kesukaran kepada guru menyebatikan elemen
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Tempoh setiap kursus juga perlu diteliti agar guru-guru mendapat
ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap yang secukupnya.

Seterusnya, guru telah didedahkan dengan konsep inovasi dalam pendidikan.Inovasi pendidikan telah membawa
perubahan besar kepada guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Inovasi
tersebut menyarankan guru-guru menggunakan strategi serta teknik yang pelbagai bagi melibatkan pelajar
dengan aktif. Setiap sekolah perlu memberi sistem sokongan bagi menggalakkan inovasi pendidikan dalam
kalangan guru ini berlaku. Sistem sokongan ini meliputi bahan rujukan, sumber pengendalian PdP serta wacana
untuk guru-guru membincangkan isu berkaitan PdP. Walaupun pengendalian PdP guru dipengaruhi oleh
keperluan kurikulum yang padat, guru perlu diberi kebebasan untuk membuat keputusan dalam menentukan
pendekatan serta strategi pengajaran yang digunakan dalam proses PdP.

Selain itu, pemupukan sikap positif dalam diri guru juga berupaya meningkatkan kesediaan guru terhadap
pelaksanaan KBAT.Keupayaan guru membimbing pemikiran pelajar adalah matlamat penting dalam
pendidikan.Guru-guru perlu mempunyai sikap yang positif dalam mengubah corak pengajaran mereka ke arah
lebih baik.Guru perlu mengambil inisiatif dan usaha dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
menyebatikan elemen KBAT. Semangat sikap guru yang positif juga mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi
dalam pembelajaran.

Akhir sekali ialah dalam aspek penggunaan teknologi. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Pengaplikasian alat-alat teknologi boleh
digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Teknologi-teknologi pendidikan sekiranya digunakan dan
diaplikasikan dengan betul, akan membawa kesan yang bermakna dalam pembelajaran pelajar.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan konsep KBAT
bagi melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal. Guru berperanan dalam menentukan pengajaran
dan pembelajaran mereka mempunyai unsur-unsur KBAT yang dapat melatih pemikiran aras tinggi pelajar
sedari umur awal kanak-kanak lagi. Oleh itu, sebagai seorang guru khususnya guru Prasekolah perlu bersedia
dan mempunyai asas pengetahuan mengenai KBAT supaya dapat menerapkan elemen KBAT semasa PdP.
Pengetahuan, kemahiran serta sikap guru merupakan penentu kepada kejayaan pelaksanaan elemen KBAT
dalam pengajaran awal kanak-kanak.

Kesediaan Guru Prasekolah dalam Melaksanakan KBAT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
152

RUJUKAN

Abdul Halim Masnan. (2014). Amalan Pedagogi Guru Prasekolah Permulaan. Universiti Sains Malaysia.
A. Rahman Haron, Jamaludin Badusah dan Zamri Mahamod. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Dalam Salak Didik Dengan Elemen Nyanyian Dan Elemen Pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. Vol. 5, Bil. 1: 53-60. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM.
Jamilah Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Hamid &et. Al (2011). Pengetahuan, Sikap dan
Amalan Masyarakat Malaysia Terhadap Isu Alam Sekitar. Nota Penyelidikan: Akademika 81(3)
2011:103-115.
Caroline @ Lorena David dan Abdul Said Ambotang. (2014). Profesionalisme Guru Novis Dalam Pengurusan
Pengetahuan, Kesediaan Mengajar Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terhadap
Pelaksanaan Pengajaran Di Sekolah. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga. Sabah: Institut
Pendidikan Guru Kent.
Dalilah Abdul Ghany. (2003). Pengaplikasian KBKK Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(Reka Cipta). Projek Sarjana Muda: UTM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif-Model Pengajaran
Dan Pembelajaran. Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kuala Lumpur.
Nor Hasmaliza Hasan dan Zamri Mahamod. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Guru
Bahasa Melayu : Satu Tinjauan di Daerah Kuala Terengganu. Fakulti Pendidikan: UKM

Kesediaan Guru Prasekolah dalam Melaksanakan KBAT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

You might also like