You are on page 1of 24

CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM MENGURUSKAN

RUMAHTANGGA: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN STAF


FAKULTI PENDIDIKAN UTM

SITI HASIMAH BINTI BAKERI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERSEPSI PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TERHADAP AMALAN
MEWASIATKAN HARTA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya SITI HASIMAH BINTI BAKERI


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Nama Penyelia:
LOT 1666, KG TOK MATANG,
BERIS KUBUR BESAR, PM DR AZHAR MUHAMMAD
16050 BACHOK, KELANTAN
TEL: 013-9425079

Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan :………………………………………

Nama Penyelia : PM DR AZHAR BIN MUHAMMAD

Tarikh : 16 MEI 2011


CABARAN WANITA BEKERJAYA DALAM MENGURUSKAN RUMAH
TANGGA: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN STAF FAKULTI
PENDIDIKAN UTM

SITI HASIMAH BINTI BAKERI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :……………………………………

Nama Penulis: SITI HASIMAH BINTI BAKERI

Tarikh : 16 MEI 2011


iii

Dedikasi
Syukur tidak terhingga kepada Mu Ya Allah, kerana Engkau masih mengurniakan nikmat buat ku.
Selawat dan Salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat sekalian alam.

Teristimewa buat ayah & bonda tersayang,


Bakeri bin Mat Jusoh dan Rahani binti Mohamad
Dua insan yang tidak jemu mendoakan & sentiasa memberi dorongan motivasi…
Kasih sayang dan pengorbanan mu akan ku kenang sampai akhir hayat…
Setiap titik peluh keringat yang pernah menitis itu tidak ternilai harganya…
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan buatku dua insan yang bergelar, ayah dan bonda.

Khas buat barisan pengikat kasih, penyambung zuriat ayah dan bonda,
Muhammad Haniff, Nur Hakima, Nur Hafidzah, Nur Hafidzan, Muhammad Hafidzul Hakim, Nur
Hanani Husna, Muhammad Halimi Zuhdi dan Muhammad Hassanul ‘Arif,
Penguat semangat ku untuk terus berjaya,
Pahatlah di ingatan sebuah memori di waktu susah itu, semoga setiap satunya memberikan inspirasi
buatmu dalam meniti hari-hari mendatang…
Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah buat ayah dan bonda.

Jutaan terima kasih buat barisan pensyarah,


Terutamanya, khas buat penyelia yang disanjungi, PM Dr. Azhar Muhammad yang telah banyak
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Buat penasihat akademik, Dr. Othman Napiah, nasihat dan
teguran akan ku jadikan pedoman buat bekalan hidup, dan tidak lupa juga kepada pensyarah di
Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang banyak mencurahkan ilmu dalam mencapai
sebuah impian.

Buat sahabat seperjuangan,


Terima kasih atas segala nasihat dan dorongan. Ku tahu, sepanjang kita menempuh kehidupan di
alam kampus, hadirnya diri mu dalam hidup ini amat ku hargai. Suka duka yang dilalui akan ku
bingkaikan dalam diari hati ini. Semoga kejayaan milik kita semua. InsyaAllah...
iv

PENGHARGAAN

Syukur tidak terhingga kepada-Nya kerana akhirnya saya dapat menyelesaikan


Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan tempoh masa yang telah ditetapkan. Jutaan
penghargaan kepada penyelia, PM Dr Azhar bin Muhammad dan juga penasihat
akademik Dr. Othman bin Napiah yang telah banyak memberi dorongan, nasihat dan
buah fikiran yang berguna untuk saya.

Sekalung tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu dan ayah yang
telah banyak berkorban segala-galanya. Doa dan restu dari mereka amat bernilai untuk
saya menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada adik-adik yang sentiasa mendoakan
dan memberikan kata-kata semangat untuk saya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuangan


yang telah banyak memberikan dorongan semangat sepanjang proses menyiap dan
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Kenangan suka duka antara kita akan
sentiasa terpahat di ingatan.

Akhirnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Projek Sarjana Muda ini. Semoga
Allah SWT memberkati dan memberikan yang terbaik dalam setiap gerak langkah kalian
semua. InsyaAllah. Amin.
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
wanita bekerjaya di Fakulti Pendidikan UTM dalam menguruskan rumah tangga. Ia
juga bertujuan mengenal pasti cara-cara untuk mengatasi cabaran wanita bekerjaya
dalam menguruskan rumah tangga. Satu set soal selidik yang mengandungi 51 item
soalan telah diedarkan kepada 23 responden daripada keseluruhan populasi 77 orang staf
wanita. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 14.0 for window. Nilai kepercayaan soal selidik ialah α =
0.889. Nilai min bagi objektif pertama dan kedua iaitu ialah 2.78 dan 4.46. Data yang
diperolehi dijelaskan dalam bentuk jadual.Min keseluruhan ialah sebanyak 3.53. Kajian
ini diakhiri dengan beberapa cadangan daripada penyelidik kepada wanita yang
bekerjaya agar dapat menyeimbangkan antara kerjaya dan urusan rumah tangga dengan
baik. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk penyelidikan pada masa yang akan datang.
vi

Abstract

This study aimed to identify the challenges faced by career woman in Faculty of
Education, UTM in managing the household. It also seeks to identify ways to overcome
the challenges of career women in the household. A set of questionnaire containing 51
items was distributed to 23 respondent from the 77 women staff member in total
population. Data were analyzed descriptively to get the frequencies, percentages, and
mean using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 14.0 for Windows.
The reliability value of the questionnaire was α= 0.889. The average mean for objective
number one and two is 2.784 and 4.4674. The data of the findings were elaborated in
table form. The overall mean was 3.532. This study concluded with several
recommendations from the researcher to career women to strike a balance between
career and home affairs well. Further studies are also proposed for further research in the
future.
vii

KANDUNGAN

BAB
PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2


viii

1.3 Pernyataan masalah 3

1.4 Objektif kajian 4

1.5 Persoalan kajian 4

1.6 Kepentingan kajian 5

1.7 Skop kajian 5

1.8 Istilah/ takrif 5

1.9 Kesimpulan 7

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Peranan Wanita 9

2.2.1 Sebagai isteri 12

2.2.2 Sebagai Ibu 13

2.2.3 Peranan wanita dalam masyarakat 15

2.3 Dalil yang mengharuskan wanita bekerjaya 16

2.4 Peranan wanita bekerjaya dalam pembentukan


keluarga harmoni
17
2.5 Cabaran wanita bekerjaya dalam menguruskan
18
rumah tangga

26
2.6 Keperluan yang mendorong wanita bekerjaya
ix

26
2.7 Cara-cara mengatasi cabaran wanita bekerjaya
dalam menguruskan rumah tangga

2.7.1 Wanita perlu berusaha membahagikan 27


masa dengan baik

2.7.2 Wanita perlu menjaga etika kerjayanya 27


28
2.7.3 Wanita bekerjaya perlu meningkatkan
kepakaran sebagai ibu yang menjadi
contoh kepada anak-anak

2.7.4 Memainkan peranan sebagai ahli 32


masyarakat

32
2.8 Kajian Lepas
35
2.9 Kesimpulan

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 39


x

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 40

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 42

3.6 Tatacara Kajian 43

3.6.1 Kajian Rintis 43

3.6.2 Kajian Sebenar 44

3.7 Prosedur Kajian 44

3.8 Analisis Data 46

3.9 Jangka Masa Kajian 47

3.10 Kesimpulan 47

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 49

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 49

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut


50
Bilangan Anak

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Jabatan 50

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut Taraf 51


Pendidikan Tertinggi

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut Jumlah


52
xi

Pendapatan Isteri
53
4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut
Jumlah Pendapatan Suami

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 54

4.3.1 Analisis Data Bahagian 1 : 55

Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Wanita


Bekerjaya Dalam Menguruskan Rumahtangga

4.3.2 Analisis Data Bahagian 2 : 69

Cara-Cara Untuk Mengatasi Cabaran Yang


Dihadapi Oleh Wanita Bekerjaya Dalam
Menguruskan Rumahtangga

4.4 Analisis Keseluruhan 80


85
4.5 Kesimpulan

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Perbincangan
5.2.1 Bahagian A: Perbincangan Mengenai
87
Latar Belakang Responden

5.2.2 Bahagian B: Perbincangan Mengenai


Cabaran-cabaran Wanita Bekerjaya 90
Dalam Menguruskan Rumah Tangga
Dan Cara Mengatasi Cabaran Tersebut

5.2.2.1 Bahagian Satu : Analisis Deskriptif Terhadap 90


Cabaran-cabaran Wanita Bekerjaya Dalam
xii

Menguruskan Rumah Tangga.

5.2.2.2 Bahagian Dua: Analisis Deskriptif Terhadap 93


Cara-cara Mengatasi Cabaran Wanita Bekerjaya
Dalam Menguruskan Rumah Tangga.

5.3 Rumusan

5.3.1 Rumusan Cabaran-cabaran Wanita


Bekerjaya Dalam Menguruskan Rumah 99
Tangga

5.3.2 Rumusan Cara-cara Mengatasi Cabaran


Wanita Bekerjaya Dalam Menguruskan 100

Rumah Tangga.

5.4 Cadangan
101

5.4.1 Wanita
101

5.4.2 Suami/ Lelaki


102

5.4.3 Media massa


103

5.4.4 Kerajaan
103

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan


104

5.6 Kesimpulan
104

BIBLIOGRAFI 106

LAMPIRAN
xiii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN


JADUAL
3.1 Pengelasan Skala Likert 41
3.2 Nilai Skor Min 41
3.3 Maklumat Setiap Bahagian, Jenis 42
Konstruk Dan Bilangan Item
3.4 Tahap Persetujuan 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 49
4.2 Taburan Responden Mengikut Bilangan 50
Anak
4.3 Taburan Responden Mengikut Jabatan 51
4.4 Taburan Responden Mengikut Taraf 52
Pendidikan Tertinggi
4.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah 53
Pendapatan Isteri
4.6 Taburan Responden Mengikut Jumlah 54
Pendapatan Suami
4.7 Taburan Skor Bagi Item 1 55
4.8 Taburan Skor Bagi Item 2 56
4.9 Taburan Skor Bagi Item 3 56
4.10 Taburan Skor Bagi Item 4 57
xiv

4.11 Taburan Skor Bagi Item 5 57


4.12 Taburan Skor Bagi Item 6 58
4.13 Taburan Skor Bagi Item 7 58
4.14 Taburan Skor Bagi Item 8 59
4.15 Taburan Skor Bagi Item 9 59
4.16 Taburan Skor Bagi Item 10 60
4.17 Taburan Skor Bagi Item 11 60
4.18 Taburan Skor Bagi Item 12 61
4.19 Taburan Skor Bagi Item 13 61
4. 20 Taburan Skor Bagi Item 14 62
4.21 Taburan Skor Bagi Item 15 63
4.22 Taburan Skor Bagi Item 16 63
4.23 Taburan Skor Bagi Item 17 64
4.24 Taburan Skor Bagi Item 18 64
4.25 Taburan Skor Bagi Item 19 65
4.26 Taburan Skor Bagi Item 20 66
4.27 Taburan Skor Bagi Item 21 66
4.28 Taburan Skor Bagi Item 22 67
4.29 Taburan Skor Bagi Item 23 67
4.30 Taburan Skor Bagi Item 24 68
4.31 Taburan Skor Bagi Item 25 68
4.32 Taburan Skor Bagi Item 26 69
4.33 Taburan Skor Bagi Item 27 70
4.34 Taburan Skor Bagi Item 28 70
4.35 Taburan Skor Bagi Item 29 71
4.36 Taburan Skor Bagi Item 30 71
4.37 Taburan Skor Bagi Item 31 72
4.38 Taburan Skor Bagi Item 32 72
4.39 Taburan Skor Bagi Item 33 73
4.40 Taburan Skor Bagi Item 34 73
4.41 Taburan Skor Bagi Item 35 74
xv

4.42 Taburan Skor Bagi Item 36 74


4.43 Taburan Skor Bagi Item 37 75
4.44 Taburan Skor Bagi Item 38 75
4.45 Taburan Skor Bagi Item 39 76
4.46 Taburan Skor Bagi Item 40 76
4.47 Taburan Skor Bagi Item 41 77
4.48 Taburan Skor Bagi Item 42 78
4.49 Taburan Skor Bagi Item 43 78
4.50 Taburan Skor Bagi Item 44 79
4.51 Taburan Skor Bagi Item 45 79
4.52 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal 80
Pasti Cabaran Cabaran Yang Dihadapi
Oleh Wanita Bekerjaya Dalam
Menguruskan Rumah Tangga.
4.53 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal 83
Pasti Cara-Cara Untuk Mengatasi
Cabaran Yang Dihadapi Oleh Wanita
Bekerjaya Dalam Menguruskan Rumah
Tangga.
xvi

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

KS - Kurang Setuju

N - Jumlah Responden (Sampel)

Ph. D - Doctor of Philosophy

r.a - Radhiallahu anhu

S - Setuju

SAW - Sallallahu Alaihi Wasallam

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

SWT - Subhanahu Wa Taala

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

α - Alpha
xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik


B Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat
C Borang Penggunaan Tesis dan Disertasi (1)
D Borang Penggunaan Tesis dan Disertasi (2)
BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dewasa ini, perkembangan ilmu pengetahuan semakin meningkat dan terus maju
dari semasa ke semasa. Perkembangan ilmu ini membawa kepada meluasnya pelbagai
bidang tugas dan peranan yang telah diceburi oleh setiap lapisan masyarakat tidak
mengira status, jantina dan sebagainya. Golongan wanita juga tidak terkecuali dalam
menceburkan diri dalam bidang tugas ini. Penglibatan golongan wanita pada hari ini
menunjukkan pada dunia bahawa wanita adalah salah satu golongan yang memberikan
sumbangan yang besar kepada perkembangan dan kemajuan pada masa kini. Golongan
wanita pada zaman globalisasi telah mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam
kehidupan dan kerjaya masing-masing. Ini kerana penciptaan wanita itu amat hebat dan
wanita mempunyai keistimewaannya tersendiri. Oleh itu peranannya bukan sahaja di
rumah sebagai ibu, isteri malah peranannya sekarang lebih meluas sehingga merangkumi
pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, politik dan ekonomi.
2

Semenjak kedatangan Islam, kedudukan wanita dipandang tinggi oleh


masyarakat berbanding dengan keadaan wanita pada zaman jahiliyyah. Ini kerana pada
zaman jahiliyyah mereka yang mempunyai anak perempuan akan terasa terhina dan
masyarakat pada zaman tersebut memandang rendah terhadap mereka. Kini, melalui
dasar-dasar yang telah dibawa oleh Islam, wanita tidak lagi diketepikan dan tidak lagi
menjadi suatu penghinaan dan mereka telah diberikan pelbagai peluang untuk
memajukan kehidupan diri dan keluarga mereka dengan segala kemudahan seperti
peluang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.

1.1 Latar Belakang Masalah

Penglibatan wanita terhadap bidang kerjaya telah menunjukkan bahawa wanita


pada zaman kini telah mengorak langkah menuju ke arah suatu perubahan yang berbeza
berbanding wanita pada zaman dahulu. Kini kedudukan wanita yang bekerjaya tidak
hanya sekadar berada di rumah malah mereka telah mencapai suatu pencapaian yang
membanggakan semua pihak. Tapi sejauh mana persediaan wanita bekerjaya ini dalam
menempuhi cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam memastikan
peranannya dalam institusi kekeluargaan dan alam kerjayanya tidak terjejas. Melalui
cabaran-cabaran itulah yang menjadi penggerak untuk meneruskan apa yang telah
diceburi oleh mereka.

Cabaran-cabaran ini telah menimbulkan pelbagai implikasi kepada diri mereka


dan orang yang berada di sekeliling mereka. Antaranya ialah kegagalan menjalankan
tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga, pergaulan bebas di tempat kerja dan
mereka terpaksa menghadapi tanggapan negatif daripada golongan lelaki terhadap
kebolehan wanita yang bekerja. Secara umumnya cabaran yang terbesar ialah
pengurusan masa antara dua perkara iaitu masa terhadap keluarga dan kerjaya. Kesemua
cabaran ini akan dapat diatasi dengan mengambil kira segala apa yang telah digariskan
3

oleh ajaran Islam berkaitan dengan etika dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh
wanita yang bekerjaya. Ini kerana Islam telah menetapkan yang terbaik kepada umatnya.

Sememangnya Islam tidak pernah melarang wanita itu melibatkan diri mereka
dengan pekerjaan. Pekerjaan merupakan satu ibadah kepada Allah SWT dan dalam
menjalankan ibadah itu Allah SWT tidak mengira sama ada lelaki atau wanita asalkan
pekerjaan yang dilakukan itu bertetapan dengan kehendak Islam dan tidak melanggar
syariat yang digariskan bagi menjamin keredaan-Nya dalam setiap apa yang dilakukan.
Keberkatan dalam pekerjaan akan terserlah sekiranya pekerjaan itu dilakukan ikhlas
semata-mata kerana-Nya.

1.2 Pernyataan masalah

Melihat pada kemajuan semasa dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada
masa kini, ramai golongan wanita yang melibatkan diri dengan alam pekerjaan. Bagi
wanita yang telah berkeluarga misalnya, mungkin dengan cara melibatkan diri mereka
dengan pekerjaan akan dapat meringankan beban suami masing-masing dalam mencari
nafkah dengan tujuan dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak mereka.

Penglibatan wanita yang telah berumah tangga dalam bidang pekerjaan telah
mengundang pelbagai konflik dan cabaran yang terpaksa ditempuhinya. Cabaran ini
dapat dilihat apabila terdapat segelintir wanita yang mengabaikan tanggungjawabnya
terhadap keluarga mereka demi menjaga kepentingan kerjayanya sehingga secara tidak
langsung telah menyebabkan timbulnya krisis dalam menguruskan rumah tangga.
4

Dengan ini, amatlah wajar bagi penulis membuat kajian yang lebih terperinci
tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wanita yang bekerjaya dalam
menguruskan rumah tangga bagi melihat sejauh manakah cabaran ini memberikan kesan
kepada pengurusan dalam rumah tangga. Selain itu juga, kajian ini juga dilakukan bagi
mendapatkan langkah-langkah yang dapat membantu wanita yang bekerjaya
menghadapi cabaran yang terpaksa ditempuhinya.

1.3 Objektif kajian

Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah:

1.3.1 Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bekerjaya
dalam menguruskan rumah tangga.

1.3.2 Mengenal pasti cara-cara mengatasi cabaran yang dihadapi oleh


wanita yang bekerja dalam menguruskan rumah tangga.

1.4 Persoalan kajian

1.4.1 Apakah cabaran-cabaran yang dilalui oleh wanita bekerjaya dalam


menguruskan rumah tangga.

1.4.2 Apakah cara-cara untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh


wanita yang bekerjaya dalam menguruskan rumah tangga.

You might also like