You are on page 1of 2

Pencemaran alam sekitar telah menjadi suatu isu kritik disebabkan peningkatan keperluan

pembangunan. Perindustrian 4.0 juga menyabakan qualiti udara menurun dari semasa ke semasa.

Proses pembakaran di industri juga menyebabkan pelepasan gas karbonmonoksida dan sulfur
dioksida dalam kuantiti yang banyak. Menurut Akta Kilang dan Jentera 1967, peraturan 26 Kebersihan
Udara, semua industri besar dan kecil diwajibkan perlu memasang penapis untuk melindungkan
pekerja kilang dan orang lain daripada menyedut udara berhabuk. Pihak pengurus kilang dan industri
dinasihatkan untuk memasang Wet Scrubber kerana ia boleh menyembur air dan batu kapur pada
asap selain mengurangkan sembilan ratus percent(90%) sulfur dioksida daripada dilepaskan ke alam
sekitar.

China telah mengambil initiatif untuk menangani pencemaran udara yang lama bersarang di negara
tersebut dengan membina pembersih udara yang terbesar di dunia. Menara pembersih udara
tersebut dibina di Xian, Shaanxi,China dan ia mempunyai ketinggian melebihi 100 meter dan telah
membawa kesan positif yang ketara dalam penambahbaikan kualiti udara walaupun hanya beroperasi
kurang daripada dua tahun. Menara itu berjaya menghasilkan udara berih sebanyak 10 juta kubik
meter setiap hari.

Kelebihan sistem menara itu adalah dapat beroperasi dengan tenaga yang boleh diperbaharui iaitu
tenaga solar. Oleh itu, menara itu boleh menjalankan tugasannya dengan elektrik yang minimum
pada waktu pagi. Setiap musim sejuk Xian akan mangalami tahap pencemaran udara yang tinggi
kerana penduduk Xian memperoleh tenaga haba melalui pembakaran batu arang. Sistem menara itu
masih boleh berfungsi pada musim sejuk kerana lapisan bumi hijau membolehkan kaca menerapkan
radiasi solar sacara efisien.

Operasi pembersih udara tersebut telah menyumbangkan dalam pengurangan lima belas percent
(15%) kepada PM2.5 dalam keadaan pencemaran udara membahaya. Bahagian Kesihatan Shaanxi
juga melaporkan masalah kesihatan dan kes penyakit penafasan penduduk Xian berkurang dan
menujuk arah positif.
References

https://selangorkini.my/2018/01/menara-pembersih-udara-terbesar-dunia
-100-meter-di-china/

https://beritagar.id/artikel/sains-tekno/tiongkok-uji-menara-pembersi
h-udara-terbesar-di-dunia

You might also like