You are on page 1of 19

PROGRAM SISA SIFAR

BUKU PANDUAN 2019

y si a
ala
st eM
r o Wa
Ze
leh
si far o
is a
r o g r am s
kp
l a ngkah untu
Panduan langkah demi

.BM
906
201
KANDUNGAN

1 Penghargaan 4
2 Mengenai Pertubuhan Sisa Sifar Malaysia 5
3 Kata Pendahuluan 6
4 Pengenalan 9
5 Perancangan Sebelum Program 12
5.1 Lokasi 13
5.2 Pemasaran & Publisiti Untuk
Program Yang Akan Datang 16
5.3 Dekorasi / Hiasan 18
5.4 Pas Laluan Dan Cenderahati 20
5.5 Makanan & Minuman 20
5.6 Kakitangan & Sukarelawan 21
Terbitan pertama adalah pada bulan Jun 2019 5.7 Rakan Niaga & Penjual 22
5.8 Pengasingan Sampah 23
Penyunting : Aurora Tin, Kamini Goh, Sue Yee Khor
5.9 Cara Pembuangan Sisa 24
Penulis Isi Kandungan : Denise Wong, Haw Hui Mun, Jasmine Tuan,
6 Perancangan Program 28
Marylyn Poh, Megan Lee
Penyelidik : Evelyn Lim Hui Mei 7 Perancangan Selepas Program 29
Penterjemah : Ivy Soh, Lum Ja Son, Nurul Amalina Che Ariffin, 7.1 Apa Yang Dapat Dikitar Semula? 29
Poh Phiak Kim, Siewfong Lim, Syarafina Ramli, 7.2 Penilaian 31
Tee Kam Chyi, Tina Yap Li Yan 8 Kesimpulan 33
Pereka Grafik : Siewfong Lim
9 Sumber 34
Ilustrator : Sue Yee Khor
Gambar : Zero Waste Malaysia

3
PENGHARGAAN MENGENAI PERTUBUHAN SISA SIFAR MALAYSIA

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Pertubuhan Sisa Sifar Malaysia ialah sebuah pertubuhan bukan untung
sukarelawan Pertubuhan Sisa Sifar Malaysia yang telah mengorbankan berdaftar yang ditubuhkan oleh sekumpulan insan yang mempunyai
masa dan tenaga untuk menghasilkan Buku Panduan Program Sisa Sifar semangat jitu dan minat yang mendalam untuk menyebarkan mesej
ini. Di kalangan kami, terdapat pelbagai bakat yang dapat dicungkil mengenai kehidupan lestari melalui gaya hidup sisa sifar.
yang membantu dan memberi sumbangan dalam pencarian statistik
di Malaysia , pemberian nasihat serta petua dan helah untuk Organisasi ini bertindak sebagai satu platform melengkapi rakyat Malaysia
mengendalikan sebuah program sisa sifar. Kami cuba menghasilkan buku dengan maklumat sumber tempatan dan program berkaitan gaya hidup
panduan ini sekomprehensif mungkin untuk kegunaan rakyat Malaysia. sisa sifar .
Kami tidak mungkin berjaya tanpa bantuan mereka.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan


terima kasih kepada anda kerana
mengambil inisiatif untuk memuat turun
BUKU PANDUAN PROGRAM SISA SIFAR
ini demi menyebarkan lagi mesej pembasmian
plastik, pengurangan sisa yang dihasilkan
dan pembentukan satu gerakan besar-besaran
untuk rakyat Malaysia yang ingin mencetuskan
perubahanan ke arah masa depan yang lebih
cerah.

4 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 5


KATA PENDAHULUAN

Aurora Tin, Pengasas Pertubuhan Sisa Sifar Malaysia: Nasihat peribadi saya untuk menganjurkan sebuah
“Pada 2017, Pertubuhan Sisa Sifar Malaysia berjaya menganjurkan Program Sisa Siar? Hanya bersifat peka dengan
Festival Sisa Sifar Malaysia (Malaysia’s First Zero Waste Fest) yang segala kemungkinan yang dapat menhasilkan
langsung tidak menghasilkan sisa; daripada persediaan sehingga sisa - tidak kira betapa kecilnya, dan lakukan yang
pengakhiran program. Kami telah membuktikan bahawa menganjurkan terbaik untuk menggantikannya dengan alternatif
sebuah program menghiburkan dan menarik kepada masyarakat, tanpa yang tidak menghasilkan sisa.
menghasilkan sebarang sisa adalah satu kemungkinan yang nyata .
Kami dapat mencapai tahap sebegini dengan menjadi lebih peka tentang Selamat menikmati!”
sisa yang mungkin dihasilkan dan membuat persiapan untuk memberi
alternatif dan penyelesaian terdahulu.

Kami percaya bahawa menimba pengalaman lebih penting berbanding Sue Yee Khor, Pengasas Bersama Pertubuhan Sisa Sifar Malaysia:
mengumpul harta benda, maka kunci untuk menganjurkan sebuah “Pada zaman kini, menganjurkan sebuah program boleh mengakibatkan
program yang bermakna bergantung kepada inti pati program dan pembaziran; berdasarkan jumlah sisa yang dihasilkan selepas program.
aktiviti, bukan cenderamata seperti plastik botol, pembungkusan, risalah, Sebuah program yang berkesan dengan idea kesedaran lestari dapat
panji-panji atau pakaian. meraih lebih perhatian di kalangan orang awam berlandaskan fakta
bahawa perubahan iklim merupakan satu realiti yang benar.
Rakyat Malaysia telah menunjukkan hasrat untuk
menganjurkan program yang tidak menghasilkan Kita semua membuang sisa . Namun, apabila sampah
sisa atau menghasilkan sisa yang minima namun dibuang, sampah tersebut akan berakhir di sesuatu tempat.
dilema yang dihadapi adalah “BAGAIMANA”? Kebanyakannya, sisa tersebut akan berakhir di tapak
Disebabkan itu, BUKU PANDUAN PROGRAM penimbusan sampah atau dibakar. Kemungkinan
SISA SIFAR dihasilkan untuk menggalakkan yang paling buruk adalah apabila mereka berakhir
penganjur program melaksanakan di dalam laut. Tetapi, kita juga mempunyai pilihan
program berkonsep sisa sifar untuk mencegah penghasilan sisa.
diterapkan dengan berjaya.

6 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 KATA PENDAHULUAN 7


PENGENALAN

Terdapat penyelesaian sebenar kepada masalah; dengan menjalani gaya Tahukah anda bahawa program boleh menjadi penyumbang utama
hidup Sisa Sifar. sisa? Sisa generasi meningkat sehingga 3% di Malaysia sehingga kini
disebabkan oleh penghijrahan ke bandar, pertumbuhan penduduk,
Merancang sebuah program sisa sifar bukanlah satu perkara yang sukar. perubahan bentuk penggunaan, peningkatan kuasa pembelian dan
Dengan melebihkan perancangan terdahulu dan bersifat kreatif untuk pembangunan pesat. Kami telah menghimpun 45% sisa makanan, 24%
mencari penyelesaian dan alternatif selepas menilai potensi sisa yang plastik, 18% kaca, 7% kertas, 6% logam dan lain-lain. Seorang warga
mungkin dihasilkan, sebuah program sisa atau rendah sisa adalah satu bandar di Malaysia dapat menjana kira-kira 1.5kg pembaziran sehari,
kemungkinan! manakala secara purata, seorang rakyat Malaysia mungkin menjana
sehingga 0.85kg sampah sehari.
Marilah menyebarkan mesej kepada masyarakat melalui Program Sisa
Sifar atau Rendah Sisa!”

Sisa Makanan
Plastik
Kaca
Kertas
Logam

Penjanaan sisa tidak memberi manfaat kepada semua, kerana


kebanyakan bahan-bahan ini tidak boleh dilupuskan. Daripada 165
tapak penimbusan sampah, hanya 8 dikenalpasti sebagai tanah isian
sanitari, sementara yang lain adalah kawasan sampah terbuka. Sisa yang
dikutip di tapak sampah terbuka mengakibatkan pencemaran air bawah
tanah, pencemaran udara, pelepasan gas rumah hijau, bau yang tidak
menyenangkan dan penyakit yang dijangkiti melalui haiwan.

8 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 9


Kebanyakan negara membangun masih bertenggang untuk mencari Justeru itu, kami mencabar anda untuk menjadikan ini sebagai
ikhtiar yang terbaik untuk merawat dan melupuskan sisa. Kami, Pertubuhan tanggungjawab peribadi untuk menganjur program sisa sifar di syarikat /
Sisa Sifar Malaysia ingin menggalakkan setiap rakyat Malaysia untuk organisasi anda dan jadikanlah ia sebagai amalan yang baru.
memainkan peranan mereka tanpa mengira betapa kecilnya, demi
mewujudkan suatu perubahan secara beransur-ansur .

Memandangkan penganjuran program merupakan salah satu penyumbang


utama sisa, beberapa langkah kecil boleh diambil untuk menghasilkan
sedikit atau tiada sisa sampah; iaitu sebelum, semasa dan selepas sebuah
program dilaksanakan. Menganjurkan program sisa sifar adalah cara
yang baik untuk menekankan isu penghasilan sisa.

Kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah untuk mengurangkan


sisa dalam program anda. Pada pengakhiran buku panduan ini, anda PRINSIP 5R
Sumber:
akan memperolehi maklumat tentang, Zero Waste Home

• Memahami makna sebuah program sisa sifar


• Merancang dan mengamalkan pengurangan / sifar sisa dalam acara
anda
• Mengetahui bahawa sisa sifar dapat memberi manfaat kepada alam
sekitar dan kedudukan kewangan anda
• Galakkan orang lain mengamalkan gaya hidup sisa sifar bagi
membantu memulihara alam sekitar dan mengurangkan jejak karbon
• Mengenali pelbagai kaedah untuk menganjurkani sebuah program
sisa sifar

10 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PENGENALAN 11


PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM

Langkah pertama sebelum perancangan program daya usaha yang lebih demi merealisasikan program sisa sifar yang
sisa sifar adalah memastikan ahli-ahli pasukan anda berjaya.
mempunyai pandangan yang selaras. Contohnya, ahli
pasukan anda perlu sedar akan keperluan dan tujuan Lokasi
pelaksanaan program sisa sifar pada awal perancangan. Seterusnya, pemilihan lokasi merupakan salah satu langkah yang penting
Jadi, sebagai langkah peningkatan kesedaran dan kefahaman peningkatan bagi perancangan program sisa sifar kerana ia akan menentukan
kesedaran dan kefahaman mereka tentang kepentingan program ini, kami kebolehlaksanaan program tersebut. Umpamanya, lokasi yang mudah
ingin cadangkan organisasi anda supaya: diakses dengan pelbagai pengangkutan awam dan mempunyai
kemudahan dispenser air merupakan satu kelebihan.
• Memberikan penjelasan yang ringkas mengenai sisa sifar atau
mengambil bahagian dalam program sisa sifar tempatan sebagai Selain itu, anda juga perlu perhatian tentang lokasi-lokasi yang pernah
inspirasi di samping memahami keperluan semasa rakyat Malaysia. dijadikan tapak program sisa sifar kerana pengurus lokasi tersebut lebih
• Menayangkan filem dan dokumentasi mengenai isu-isu sisa global, berpengalaman dan berkeupayaan untuk mengurus dan menampung
terutamanya isu sisa plastik seperti yang dipamer oleh Plastic Ocean, keperluan anda. Sekiranya anda ingin menjalankan program secara
Trashed, Mission Blue dan sebagainya. besar-besaran, berkomunikasi dengan pengurus tempat terdahulu untuk
• Mengadakan sesi perkongsian untuk mengenalpasti alternatif dan memastikan program yang berunsur sisa minimum atau sifar dapat berjalan
amalan baru yang boleh dilaksanakan di tempat kerja agar sisa dapat dengan lancar. Berikut adalah senarai ruang acara yang pernah kami
dikurangkan sehingga ke tahap maksimum. bekerjasama,
• Mencadangkan alternatif bagi barangan tunggal supaya ahli pasukan • Slate @ The Row
dapat memulakan proses pembelajaran mereka untuk mengamalkan • Jaya One Shopping Mall
kehidupan yang lebih mampan dan bebas sisa. • A Bit Less Bulk Store
• The LINC KL
Untuk menjayakan program sisa sifar, semua ahli kumpulan perlu mempunyai
tahap pemahaman dan penghayatan yang sama. Dengan menggunakan
langkah yang dicadangkan, ahli kumpulan anda seharusnya dapat
memahami kepentingan sisa sifar dan bersedia untuk menyumbangkan

12 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM 13


Untuk menggalakkan peserta supaya sentiasa mematuhi peraturan sisa
sifar ketika mengambil bahagian sepanjang program itu, papan tanda
perlu diletakkan di lokasi-lokasi utama seperti pintu masuk, keluar dan
kawasan makan.

Sejajar dengan ini, pihak organisasi perlu menyediakan stesen kemudahan


yang berbeza untuk memberi kemudahan kepada peserta supaya mereka
dapat:

• Mengisi semula air di Stesen Belakan Air


∙ Stesen / kemudahan bekalan air dapat disewa daripada
" Happy Water Sdn Bhd 03-4043 4090 • Penyewaan set kutleri (sesetengah peserta mungkin tidak mengetahui
∙ Selain itu, penganjur program juga dapat memasang penapis air di objektif program)
bekalan air untuk memastikan sumber air tersebut selamat diminum ∙ Pihak penganjur boleh mengumpul set kutleri daripada sukarelawan
• Membuang sisa-sisa makanan ∙ Menyewa alatan kutleri daripada kantin sekolah atau restoran
∙ Pihak organisasi boleh bekerjasama dengan syarikat atau pembekal ∙ Memastikan lokasi program mempunyai kemudahan untuk membersih
mesin kompos untuk memasangkan mesin kompos di tapak program set kutleri sebelum dan selepas ia dipulangkan
sisa sifar ∙ Menyediakan sabun dan sabut petola
∙ Sebagai contoh, pembekal mesin kompos yang kami pernah untuk membersih kutleri, pinggan atau
bekerjasama termasuklah cawan masing-masing
" Weimar 03-6252 9793
∙ Sediakan tong besar untuk pembuangan sisa makanan dan hantarkan
sisa makanan ke tapak kompos yang terdekat selepas program
berakhir, seperti Kebun-kebun Bangsar
" Untuk maklumat lanjut mengenai tapak kompos yang terdekat, sila
melayari Peta Sisa Sifar Malaysia

14 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM 15


• Membeli bekas yang terpakai dan boleh diguna semula Senarai barangan yang peserta MESTI/PERLU bawa ke semua program
Pihak organisasi dapat mengumpul bekas-bekas daripada sukarelawan sisa sifar:
atau pusat kitar semula. Kebersihan bekas terkumpul perlu diutamakan
untuk memastikan bekas tersebut adalah selamat diguna untuk • Beg beli-belah yang boleh diguna semula
menyimpan makanan. • Bekas
∙ Membasuh dan mengeringkan bekas-bekas yang telah dikumpul • Balang
sebelum dijual kepada peserta program. • Botol air
∙ Harga jualan yang dicadangkan: RM1- RM2 untuk setiap bekas • Telefon pintar (untuk mengambil gambar
bersaiz balang sos biasa (500 ml atau yang lebih kecil). kad nama supaya anda tidak perlu
∙ Pihak organisasi dinasihati agar tidak memberikan menggunakan kad nama)
bekas secara percuma untuk menggalakkan • Bekas makanan dan set kutleri (sekiranya
peserta membawa bekas masing-masing pada makanan dihidangkan dalam program
masa depan. Ini juga merupakan peluang tersebut)
yang baik untuk mendidik peserta bahawa • Sapu tangan
bahawa tiada yang percuma di dunia ini, termasuk bekas terpakai.
Seperti yang disenaraikan, anda perlu memberi senarai barangan yang
Pemasaran & Publisiti Untuk Program Yang Akan Datang WAJIB dibawa ketika pesertai program sisa sifar melalui pengiklanan dan
Objektif utama program harus ditekankan sepanjang program, samada pemasaran tentang program tersebut. Di samping itu, semua peserta dan
secara bersemuka, bertulis ataupun digital untuk memastikan mesej peniaga juga perlu dimaklumkan tentang stesen ataupun kemudahan yang
program disampaikan dengan betul kepada para peserta. Kesedaran sedia ada supaya mereka bersedia untuk menjayakan program sisa sifar
bagi pihak peserta, penjual dan orang lalu lalang untuk membawa tersebut.
bekas sendiri adalah sangat penting apabila program berlangsung. Ini
adalah perkara yang wajib kerana matlamat utama untuk program sisa Antara strategi pemarasan dan publisiti yang tersedia, pemasaran secara
sifar adalah untuk mengurangkan pembuangan sampah dan setiap bekas digital merupakan pilihan yang terbaik untuk menyebarkan program sisa
dapat membasmi sekurang-kurangnya satu plastik atau bungkusan yang sifar secara meluas. Berikut merupakan petua dan cara-cara pengurusan
tidak dibiodegradabel. dan pengendalian maklumat program anda secara dalam talian.

16 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM 17


• Kaedah Moden / Digital DIY, merupakan kunci ke arah hiasan yang lebih mampan dan boleh
∙ Mewujudkan kod QR untuk memudahkan akses pengguna telefon dikompos. Bahan kitar semula atau sisa yang tidak dikehendaki seperti
pintar bekas telur, kotak kadbod atau cebisan kain boleh digunakan sebagai
∙ Mewujudkan pautan bit.ly untuk memudahkan akses ke laman web sumber bahan hiasan. Segalanya bergantung kepada kreativiti anda
∙ Perkongsian dokumen dalam talian: dalam mendapatkan bahan.
" Google Form:
– Sesuai untuk tujuan jemputan, soal selidik, tinjauan dan borang Antara idea yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
maklum balas selepas program • Konfeti – yang diperbuat daripada daun berwarna warni, bunga
– Pencontoh sedia-ada untuk mengubahsuai borang dengan kering/tumbuhan yang ditebuk dengan penebuk kertas
mudah mengikut keperluan program • Kain rentang – sebagai alternatif kepada sepanduk plastik. Penggunaan
" Google Drive: kain terpakai atau bahan kraf yang boleh dicat dan mengaplikasi
– Sesuai untuk pengurusan atau perkongsian pelbagai dokumen tekstur yang berbeza
∙ Mewujudkan pautan ke platform media sosial yang dikehendaki ∙ Gunakan projektor untuk membantu anda melukis
bentuk logo atau imej ke atas sepanduk
• Kaedah Tradisional ∙ Hasilkan panji-panji (banners) tanpa tarikh/masa/
Sekiranya perlu, sebarang maklumat program boleh dicetak dengan lokasi supaya ia dapat digunakan semula
menggunakan: ∙ Bahan ini boleh digunakan dalam menghasilkan
∙ Kertas yang telah digunakan, atau beg sandang atau barangan lain
∙ Cetakan pada kedua-dua muka surat, atau ∙ Penghasilan kain rentang dengan sentuhan peribadi
∙ Menggunakan saiz fon yang lebih kecil, atau ini merupakan aktiviti menarik untuk dilakukan semasa
∙ Cetak sebanyak mungkin slaid dalam satu halaman pihak penganjur
• Sapu tangan – boleh digunakan sebagai kain rentang yang kecil
Dekorasi / Hiasan • Papan hitam – amat berguna sebagai hiasan
Walaupun tugas menghias sesebuah lokasi majlis merupakan aktiviti yang dan memaparkan maklumat terperinci
menyeronokkan, namun kebanyakan hiasan hanya boleh digunakan • Projektor – boleh digunakan untuk memancarkan corak
sekali sebelum dibuang. ‘Do-it-yourself’ atau lebih dikenali sebagai latar belakang dan mudah diubahsuai mengikut keadaan

18 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM 19


Pas Laluan Dan Cenderahati ruang pejabat, usaha yang lebih diperlukan.
Penggunaan pas laluan dalam bentuk tali ‘lanyard’ atau gelang plastik
boleh digantikan dengan cop getah yang direka khas untuk program Pihak penganjur digalakkan untuk menyajikan makanan vegan dan/atau
tersebut atau cop getah syarikat / logo yang telah sedia ada. Selain vegetarian bagi memenuhi jenis diet atau pemakanan yang berbeza.
itu, e-tiket merupakan salah satu alternatif di mana peserta hanya perlu
menunjukkan e-tiket di telefon bimbit masing-masing . Kakitangan & Sukarelawan
Individu yang membantu semasa program memainkan peranan penting
Jika tali ‘lanyard’ diperlukan untuk program tersebut, pastikan tali itu dapat dalam memberi panduan serta kesedaran terhadap para hadirin. Oleh
digunakan semula untuk program seterusnya dengan tidak mencetak itu, mereka perlu lebih mengetahui tentang program itu serta tujuannya.
sebarang tarikh atau nama program. Sediakan kotak khas di laluan keluar Para pembantu digalakkan untuk tiba di lokasi satu jam sebelum program
untuk membenarkan para hadirin memulangkan semula tali ‘lanyard’ bermula bagi membiasakan diri dengan lokasi dan kemudahan yang
sebelum meninggalkan lokasi. Piihak penganjur perlu memaklumkan terdekat seperti:
kepada hadirin berkenan pemulangan tali tersebut. • Sinki
• Tandas
Pada masa kini, pemberian cenderahati telah menjadi suatu • Gerai/khemah acara
kebiasaan di setiap majlis. Namun, kami menasihatkan agar • Mesin kompos/tong
tiada sebarang cenderahati diberikan kerana kadangkala ia • Tong bahan kitar semula
menyumbang kepada pembaziran. Sebaliknya, • Pintu masuk
sediakan makanan dan minuman untuk para hadirin. • Dan lain-lain (jika terdapat stesen tambahan)

Makanan & Minuman Sebelum hari program, peta lokasi perlu disediakan untuk semua orang
Sekiranya makanan dan minuman merupakan dihidangkan semasa bagi membiasakan diri dengan kawasan tersebut. Peta itu boleh dihantar
program tersebut, sediakan bekas air dalam bentuk ‘dispenser’. Adalah secara digital bagi mengelakkan sebarang bahan cetakan.
lebih baik jika cawan dan gelas kaca disediakan untuk menggantikan
penggunaan cawan kertas. Keadaan ini tidak menjadi masalah bagi Para sukarelawan yang terlibat juga perlu mengamalkan konsep sisa sifar
pihak hotel, namun jika program berlangsung di dewan serbaguna atau sepanjang program kerana mereka dilihat sebagai contoh. Para hadirin

20 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM 21


dapat mempelajari bahawa sisa sifar atau pengurangan sisa adalah tidak Penjual dan rakan niaga dinasihatkan untuk:
mustahil jika dilaksanakan dengan betul dengan adanya pilihan lain. • Mengiklankan secara digital bagi mengelakkan percetakan poster/
Pembantu perlu hadir lengkap dengan keperluan asas – botol minuman, risalah
bekas makanan, sudu garpu, kain sapu tangan dan beg sandang (jika • Tidak menyajikan sebarang hidangan dengan barangan pakai-buang
perlu). seperti beg, sudu garpu, cawan dan pinggan plastik serta tisu
• Hidangan disajikan menggunakan cawan,
Apabila kami menganjurkan sebarang program, sukarelawan sentiasa pinggan dan sudu garpu guna-semula ATAU
digalakkan untuk memakai pakaian yang selesa, namun adalah lebih • Menjual produk tanpa bungkusan dan galakkan
baik jika mereka dapat diberbezakan dari para hadirin. Antara caranya pengunjung untuk membawa bekas sendiri
adalah menggunakan semula baju-T dengan cetakan logo organisasi. • Membawa pelanggan ke pihak penganjur jika
Mereka juga dapat memakai baju-T warna yang sama dengan tambahan mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang gerakan sisa sifar
kain sapu tangan diikat sebagai skarf sebagai tanda bagi membezakan • Jual bungkusan guna-semula/kitar semula/yang boleh dikompos untuk
mereka daripada para hadirin. pelanggan yang tidak membawa bekas sendiri. Barangan yang
dibungkus tidak sepatutnya diberi secara percuma

Pengasingan Sampah
Tidak seperti pengurusan sisa konvensional, konsep sisa sifar memerlukan
pembuangan sampah dengan cara berbeza. Demi mengelakkan sebarang
bahan dihantar ke tempat pelupusan sampah, sisa tersebut perlu dikitar
semula atau dikompos.

Rakan Niaga & Penjual Selain itu, pastikan tempat pengasingan sampah kelihatan sama dan
Sebelum mengesahkan penyertaan para penjual, pastikan bahawa disusun dengan cara yang sama bagi mengelakkan kekeliruan. Bawa
mereka diberitahu tentang tujuan program berkonsep sisa sifar. Penjual hadirin untuk membiasakan mereka dengan fungsi setiap stesen. Bagi
perlu mematuhi peraturan program iaitu tidak menghasilkan sebarang sisa memastikan kelancaran program, sediakan peta lokasi beserta stesen
atau sisa yang kurang sepanjang acara berlangsung. berbeza yang terdapat di program tersebut.

22 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM 23


Cara Pembuangan Sisa
KOMPOS: Walaupun sesuatu bahan itu dikatakan SISA UMUM: Bagi pembuangan sisa umum, tong sampah diletakkan
boleh dibiodegradasi, itu tidak bermakna ia akan di tempat yang biasanya dikunjungi ramai orang. Untuk memastikan
terurai sepenuhnya apabila dibuang dalam tong hanya sisa umum dibuang ke dalam tong tersebut, tugaskan beberapa
sampah. Bagi membolehkan sebarang bahan organik kakitangan atau sukarelawan untuk membuat pemantauan secara bergilir-
mengurai dengan betul, ia memerlukan oksigen. Anda boleh menyediakan gilir melalui syif (setiap 15 minit). Ini bertujuan mengelakkan pengasingan
bekas kompos yang dibuat sendiri atau menyewa mesin kompos untuk semula yang perlu dilakukan jika sisa yang berbeza telah bercampur, juga
program tersebut. Sesetengah lokasi seperti hotel mempunyai kemudahan pelupusan sisa yang lebih efisien.
kompos bagi tujuan tersebut.
SISA MAKANAN : Di mana terdapat makanan, di situ adanya sisa.
Jika jumlah sisa organik yang banyak tidak dapat ditampung oleh Ya, makanan tersebut mungkin tanpa tulang atau bungkusan, tetapi orang
kemudahan kompos berskala kecil, anda perlu mengenalpasti tapak ramai sering mengambil makanan dengan kadar yang berlebihan dan
pengkomposan yang terdekat seperti Kebun-kebun Bangsar. tidak mampu menghabiskannya! Kita akan menangani isu kebuluran dan
pembaziran makanan dalam panduan sisa sifar yang lain. Buat masa ini,
Anda juga boleh merujuk kepada perkhidmatan kompos yang komersial sila berikan perhatian kepada kemungkinan pembaziran makanan dalam
seperti Shence Greentech yang menyediakan perkhidmatan mengumpul program tersebut.
sisa organik. Mereka kemudiannya mengangkut sisa organik ke pusat
pengkomposan untuk diproses menjadi baja kompos organik. Seterusnya, Pertama sekali, buat perancangan untuk menyediakan makanan tanpa
baja tersebut dijual kepada orang ramai atau pengusaha ladang. bungkusan (seperti muffin tanpa kertas pelapik dan biskut tanpa bungkusan
plastik). Gantikan pembalut makanan plastik dengan penutup yang boleh
KITAR SEMULA : Sediakan tong kitar semula pelbagai warna beserta diguna semula serta elakkan sebarang lidi atau hiasan seperti bendera
papan tanda bagi memaparkan kategorinya — Jingga: plastik and tin kecil yang selalunya dicucuk pada burger. Jika anda berurusan dengan
aluminium, Biru: kertas and Perang: kaca. Kenalpasti terlebih dahulu lokasi pengusaha lori makanan atau ‘food truck’, galakkan mereka untuk memberi
pusat kitar semula yang terdekat bagi perancangan untuk mengangkut diskaun atau promosi bagi mereka yang membawa bekas sendiri.
bahan kitar semula selepas program.

24 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM 25


Selain bungkusan makanan, anda perlu mengawal penggunaan sudu Sesetengah makanan boleh dikompos. Anda perlu meletakkan bekas-
garpu pakai-buang. Anda patut meminta pembekal makanan atau pihak bekas bagi mengasingkan sisa yang berbeza. Tulang dan sayuran
pengurusan lokasi untuk menggunakan sudu garpu guna-semula serta perlu diasingkan kerana sayur selalunya boleh dikompos manakala
menyediakan perkhidmatan untuk mencuci pinggan mangkuk. Antara cara ada perkhidmatan kompos yang tidak menerima tulang. Kenalpasti
lain menguruskan hal ini adalah dengan menyewakan alatan tersebut kemudahan yang mampu mengkompos tulang atau pilihan lainnya adalah
kepada pengunjung. Walau bagaimanapun, kaedah ini masih baru di mendermakan tulang kepada pusat penjagaan haiwan atau pemilik
Malaysia maka cara yang terdahulu lebih mudah dilaksanakan. haiwan kesayangan.

Tetapkan peraturan di mana hadirin hanya boleh membawa pulang baki


makanan jika mereka mempunyai bekas sendiri. Namun dijangkakan
bahawa sesetengah orang tidak dapat berbuat demikian kerana telah
biasa keluar rumah tanpa membawa apa-apa barang. Beg tangan
wanita selalunya besar tetapi jarang sekali dilihat membawa bekas
makanan.Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk para penganjur,
pembekal makanan atau pihak pengurusan lokasi untuk menganggarkan
jumlah makanan dengan betul. Salah satu cara untuk menentukan bilangan
hadirin adalah melalui yuran pendaftaran atau mendapatkan persetujuan
R.S.V.P. Untuk makluman, perancangan dan tindakan tersebut perlu
disokong dengan kontrak bertulis bagi menetapkan perjanjian dengan
pihak pengurusan lokasi.

Apakah yang perlu dilakukan jika masih banyak makanan yang tinggal?
Anda boleh bekerjasama dengan pihak penyedia makanan untuk
menghantar baki makanan tersebut kepada pertubuhan amal seperti
rumah orang tua, rumah anak yatim atau pusat penjagaan spastik.

26 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SEBELUM PROGRAM 27


PERANCANGAN PROGRAM PERANCANGAN SELEPAS PROGRAM

Apabila seluruh perkara di atas telah dilaksanakan, program yang telah Apabila program anda telah berakhir, kerja pembersihan
dirancang sepatutnya akan berjalan dengan lancar sekiranya semua yang pun bermula. Di sini kami akan menerangkan kaedah
terlibat bersikap komited dengan matlamat gaya hidup sisa sifar. mengasingkan sampah yang dihasilkan ketika
program anda berlangsung.
Untuk mengungkap kembali langkah pra-persediaan, pekerja/
sukarelawan/rakan sekerja yang terlibat dalam program tersebut harus Apa Yang Dapat Dikitar Semula?
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang matlamat program sisa Kadbod kebiasaannya boleh dikitar semula, dan merupakan bahan yang
sifar. Mereka harus mengenali tempat program secara menyeluruh dan paling mudah dikitar semula. Hampir seluruh jenis kadbod, termasuk kotak
dapat menujukan pelawat ke arah lokasi bekas kompos, tong pembuangan pizza, karton soda, kotak tisu, tisu dapur atau teras tisu tandas diterima oleh
sampah umum, bekas kitar semula, penyewaan kutleri dan lain lain. syarikat kitar semula. Namun begitu, bahan ini hanya diterima sekiranya
bahan tersebut tidak mengandungi sebarang kesan minyak.
Pengacara majlis harus menyedari tujuan dan objektif program tersebut
dengan memberi peringatan untuk membawa bekal sendiri (BYOC) dan Kertas juga merupakan bahan kitar semula yang mudah dan diterima
menunjukkan hadirin stesen yang telah disediakan sepanjang program secara menyeluruh. Surat khabar, selitan, beg kertas runcit, beg beli-belah
tersebut. Pengacara majlis juga harus menggalakkan pengunjung untuk dan beg makanan, majalah, katalog beli-belah, surat dan sampul surat
membawa pulang sampah mereka ke rumah demi mengingatkan mereka adalah contoh asas kertas yang dapat dikitar semula.
untuk menjadi lebih berhati-hati apabila mereka menjana sisa yang
keterlaluan kerana perubahan itu bermula di rumah. Tin aluminium seperti tin soda yang kosong atau tin aerosol kebiasaannya
dapat dikitar semula oleh kemudahan kitar semula majlis perbandaran
Kita juga harus sedar bahawa penjanaan sampah dalam jumlah yang dan peniaga besi sekerap. Begitu juga bagi tin besi seperti tin keluli tahan
kecil kadangkala tidak dapat dielakkan . Ini adalah masa untuk kita karat. Asalkan bahan tersebut telah dibersihkan, peniaga akan menawar
belajar, jadi jangan mudah putus asa! Anda dapat belajar daripada untuk membayar untuk sejumlah tin untuk dikitar semula.
kesalahan dan pengalaman supaya anda dapat menganjurkan program
sisa sifar yang lebih baik di masa yang akan datang. Selain itu, gelas juga boleh dikitar semula di kemudahan kitar semula majlis
perbandaran. Bahan seperti botol dan bekas kaca akan dibersihkan,
dicairkan dan dibentuk semula untuk menjadi bahan gelas yang baru.

28 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 29


Bekas makanan plastik, soda atau botol air juga merupakan sebahagian Melainkan makanan lebihan tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia,
bahan plastik yang boleh dikitar semula. Pastikan majlis perbandaran juga sisa makanan boleh dibuang ke dalam kompos untuk dijadikan baja.
sanggup menerima bekas plastik polisterin, kerana kebanyakan mereka Jika tidak, anda juga boleh menghantar lebihan makanan kepada
tidak mahu menanggung kos proses kitar semula yang lebih rumit untuk pertubuhan amal atau menyemak samada penguatkuasa di kawasan
bahan tersebut. Namun, anda harus mengambil perhatian bahawa bahan anda menawarkan perkhidmatan pengambilan sisa makanan. Kami telah
plastik berkategori 1, 2 dan 5 pada kebiasaannya dapat dikitar semula meringkaskan keadaan untuk anda, sila semak pusat pengambilan yang
di Malaysia, dan mempunyai peralatan yang lengkap untuk memproses terdekat dengan anda menggunakan Peta Sisa Sifar Malaysia .
bahan plastik tersebut.
Penilaian
PET / PETE (polietilena tereftalat): botol air, bekas kue musim per- Gaya hidup sisa sifar bukan lah mudah namun setiap langkah merupakan
ayaan, botol minyak masak, dulang makanan, dll.
satu permulaan dalam perjalanan kita untuk melindungi alam sekitar. Bagi
HDPE (polietilena berketumpatan tinggi): botol susu & minuman bukan memastikan keberkesanan program anda, kami menggalakkan anda
berkarbonat, botol syampu & detergen, botol perubatan, dll.
untuk membuat laporan terhadap:
PP (polipropilena): bekas ais krim & yogurt, penutup botol air, kotak • Jumlah sisa yang dijana (negatif) bebanding dengan jumlah sisa yang
makanan bungkus, dll. dapat dielakkan (positif)
PVC (polivinil klorida): paip air, kad kredit, kad keahlian, produk kulit • Stesen yang mendapat sambutan
sintetik, dll. • Jumlah sisa yang dijana
LDPE (polietilena berketumpatan rendah): pembalut makanan plastik,
beg kedai runcit plastik, pembalut gelembung, beg ziplock, dulung ma-
kanan bungkus, dll.

PS (polistirena): kutleri guna tunggal, cawan & pinggan boleh guna, pem-
bungkusan busa, pembungkusan kerang sayuran yang jelas, dll.

DAN LAIN-LAIN (polikarbonat, polylactide, dll.): botol bayi, cakera padat,


mainan, upholsteri perabot, penutup telefon dan peralatan elektrik, dll.

Bateri boleh dikitar semula selagi bahan tersebut diasingkan dengan


bahan kitar semula yang lain kerana ia mengandungi lithium.

30 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 PERANCANGAN SELEPAS PROGRAM 31


KESIMPULAN

• Jumlah kehadiran dan reaksi mereka terhadap program sisa sifar Akhir kata, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada anda
• Bagaimana pasukan anda, penganjur program mengendalikan kerana telah mencapai penamat BUKU PANDUAN PROGRAM SISA SIFAR
‘sumber lebihan’ dari program demi menunjukkan perancangan untuk ini. Kami telah meletakkan banyak usaha demi menghasilkan buku ini dan
menggunakan atau mengitar semula bahan lebihan tersebut kami pasti anda juga akan membuat yang terbaik. Sebagai peringatan,
• Hasil jualan dari setiap penjual yang mengikut objektif program secara setiap orang harus mengambil langkah pertama dan setiap langkah yang
menyeluru. Ini adalah untuk menggambarkan keberkesanan program kecil itu diambil kira kerana sebuah perjalanan yang berjarak seribu
sisa sifar dan bagaimana program ini boleh dibaikpulih dan batu bermula dengan langkah yang pertama!
dilangsungkan pada masa depan
• Borang e-maklumbalas untuk mengetahui pendapat hadirin tentang Kami telah melaksanakan beberapa program sisa sifar dan anda boleh
program sisa sifar. Maklumbalas yang didokumentasi akan membantu merujuk program tersebut di laman kami.
perancangan program sisa sifar di masa depan
Sekiranya anda masih kurang pasti tentang sebarang langkah yang
disebut, masyarakat Sisa Sifar Malaysia sentiasa akan membantu anda
untuk menjawab sebarang pertanyaan. Anda dapat menhubungi kami
melalui,
Facebook Rasmi Zero Waste Malaysia
Kumpulan Komuniti Zero Waste Malaysia

Selamat berjaya!

Yang benar ,
Sisa Sifar Malaysia

32 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 33


SUMBER

Berikut adalah beberapa penjual yang pernah kami bekerjasama:


1. A Bit Less Bulk Store – abitless18@gmail.com 26. Mayura Apothecary – careline@mayuranatural.com
2. Athena Empowers – blubear.co@gmail.com 27. Michelle’s Real Food – mileegc7@gmail.com
3. Barkery Oven Enterprise – barkeryoven@gmail.com 28. Milky Whey Cheese – annisa@milkywheycheese.com
4. Bliss Zero Waste Store – blisszwstore@gmail.com 29. MrsLongpants & Joey’s PB And Soy Free Tempe –
5. Bread Fox Bakery – ruza@thebreadfox.com nurun.anwar@gmail.com
6. Bubbles & Essentials – zero.home.waste@gmail.com 30. Nourish and Nibbs – adelyn.loo@gmail.com
7. BYOB Damansara Kim – pjbyob@gmail.com 31. Nude the Zero Waste Store – hello@nudezerowaste.com
8. Community Eco Market (CEM) – mingwah10@yahoo.com 32. OrganiCup Malaysia – daphne318@gmail.com
9. Conzerve – admin@conzerve.org 33. Origin Bulk Store – hpseet@originbulkstore.com
10. Cori’s Table – coristable@gmail.com 34. Platform coffee & Homestay – cleonglee@hotmail.com
11. Earth Little Farm – earthlittlefarm@gmail.com 35. Plucked – tsuwen@gmail.com
12. Foodies with Love – huisan25@yahoo.com 36. Sampah Menyampah – sampahmenyampah101@gmail.com
13. Frangipani Bulk – malika@frangipani-shop.com 37. Savonfactory & Lestarrynatural – nhayatiabhamid@gmail.com
14. Green Ideal Cottage – greenidealcottage@hotmail.com 38. The Bubble Lab – b_bubbles@live.com
15. Ground Control – evelyn@groundcontrol.my 39. The Gentle Giant – sueenthoo@gmail.com
16. GuoRan Artisan Preserves – guoran.artisan@gmail.com 40. The Hive-Bulk Foods – aida.thehive@gmai.com
17. HI Health Inspire – geokpeilim@hotmail.com 41. The Olive Tree – hongmei@theolivetree-my.com
18. Hijo Cloth Pad – hijoclothpad@gmail.com 42. Vive Snack by Vie Verte – vieverte88@gmail.com
19. Homemade noodles – ycs1029@hotmail.com 43. Weimar – davidlee@weimarbiotech.com
20. Homemade4All – homemade4all@gmail.com 44. 綠生活 好日子 – meoping@hotmail.com
21. I-Eco – sales@infinitetens.com
22. In Between Cultura – inbcultura@gmail.com
23. Kebun Kaki Bukit – suddenlysusan@gmail.com
24. Kinder Soaps – michelle@kindersoaps.com
25. Lembah Barakah Organic Orchard – barakahorganic@gmail.com * Hover kursor ke atas nama vendor untuk melawat halaman Facebook mereka.

34 PROGRAM SISA SIFAR BUKU PANDUAN 2019 SUMBER 35


© Sisa Sifar Malaysia Hak Cipta Terpelihara 2019

You might also like