You are on page 1of 7

[Program Naik Taraf PSS kepada ‘Walai Pitimungan Kitobu’ 1.

0]

SK KITOBU KOTA KINABALU


SABAH

PROGRAM NAIK TARAF PSS


KEPADA
‘WALAI PITIMUNGAN KITOBU’

DISEDIAKAN OLEH:
CIK JULIA DUSIP
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
SK KITOBU INANAM
[Program Naik Taraf PSS kepada ‘Walai Pitimungan Kitobu’ 1.0]

KERTAS KERJA
MENAIKTARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
KEPADA ‘WALAI PITIMUNGAN KITOBU’
SK KITOBU INANAM

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta
koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini
supaya PSS dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam
situasi yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan
dengan itu, sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek
paling utama bagi menarik minat seluruh warga SKKI untuk menggunakan PSS dengan
optimum.
Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta
mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat
sumber yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai
objektif proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat
Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan oleh seluruh warga SKKI.

2.2 Merealisasikan suasana pembelajaran abad ke-21 di perpustakaan SK Kitobu


selaras dengan kehendak masa kini.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif yang diharapkan dari projek menaiktaraf ini ialah;

i. Dapat meningkatkan bilangan pengunjung ke PSS.


ii. Dapat meningkatkan bilangan buku baharu yang dapat menambah ilmu
pengetahuan.
iii. Dapat menambahkan rasa sayang kepada Pusat Sumber yang telah diceriakan.
[Program Naik Taraf PSS kepada ‘Walai Pitimungan Kitobu’ 1.0]

4.0 KUMPULAN SASARAN


Seluruh warga sekolah

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN


Mei-oktober 2019

6.0 TEMPAT
Perpustakaan SK Kitobu

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja PSS dibantu pihak PIBG SK Kitobu
Inanam.

8.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN

8.1 Penambahan Koleksi Bahan

BIL PERANCANGAN ANGGARAN SUMBER


PERBELANJAAN
1. Membeli pelbagai bahan bacaan dan
rujukan untuk kegunaan perpustakaan. RM 1900.00 PCG
(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung,
rujukan dan latihan serta langganan
majalah dan akhbar)
[Program Naik Taraf PSS kepada ‘Walai Pitimungan Kitobu’ 1.0]

8.2 Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAN SUMBER


BELANJAWAN

1. Memilih dan mengasingkan buku-buku - Buku dilabel


lama dan menyusun buku mengikut Sistem mengikut warna
Pengkelasan Dewey. pengkelasan dwi
sistem

2. Membaik pulih, mengecat dan menyusun RM500 PIBG


semula rak-rak buku SK Kitobu

4. Membina perpustakaan mini di sekitar - PIBG


sekolah (2 buah) SK Kitobu

JUMLAH RM500

8.3 Aktiviti dan Program PSS

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN

1 Kempen 1 Rumah 1 Buku -

2. Program Kolaborasi Panitia RM 351

3 Pengiktirafan Program Nilam Tambah Baik kepada pelajar RM 144


dan kelas.

JUMLAH RM 495

9.0 PERLAKSANAAN

9.1 membuat kertas kerja dan surat rasmi memohon sumbangan.

9.2 mengumpulkan dan menyediakan bahan-bahan untuk sudut karya mengikut


bahan terkini yang diperolehi.

9.3 mengecat PSS dan menyusuatur semula sudut-sudut sesuai dengan PAK 21.

9.4 membuat laporan.


[Program Naik Taraf PSS kepada ‘Walai Pitimungan Kitobu’ 1.0]

10.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : Madam Alice Ann Kian

Pengerusi : Pn. Marianah Maralang

Naib Pengerusi I : Pn. Parida Barun

Naib Pengerusi Ii : En. Azri Sukudan

Setiausaha : Cik Julia Dusip

Tim. Setiausaha : Pn. Ilyana Kamal

Bendahari : Pn. Doreen @ Nur syahana

Ahli Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Bidang tugas

Setiausaha  Membuat minit mesyuarat.


 Membuat surat permohonan peruntukan kepada pihak
Cik Julia Dusip tertentu
 Membuat dan mengedarkan surat- surat kepada penaja
Naib Setiausaha  Membuat dan mengedarkan surat- surat kepada warga
sekolah untuk Program 1 Rumah 1 Buku.
Pn. Ilyana Kamal

 Membantu mengedar surat-surat kepada penaja


 Menyediakan borang soal selidik dan melaksanakan kaji
selidik sebelum dan selepas program.
 Menganalisis keputusan dan memaklumkan hasil dapatan
 Membuat plan lantai untuk sudut-sudut seperti
i) sudut IT,(3 note book)
ii) sudut santai (carpet, meja jepun dan alas/ bantal untuk
duduk)
iii) sudut guru (rak sofa)
iv)sudut personal (meja dan kerusi)
v) ruang belajar/membaca
vi) sudut pameran
 Memberi khidmat nasihat untuk keceriaan pusat sumber
seperti hiasan, hasil karya pelajar, dan corak-corak yang
bersesuaian
 Membantu pembelian alatan yang bersesuaian.

En. Nor Rusli  Membangunkan sudut IT dan VLE dalam pusat sumber
 Membekalkan 2 note book kepada PSS untuk kegunaan
pelajar.
 Mengasingkan dan menapis buku-buku yang elok dan yang
telah uzur
[Program Naik Taraf PSS kepada ‘Walai Pitimungan Kitobu’ 1.0]

 Mengemaskini sistem dwi untuk buku-buku di pusat sumber


 Menyusun atur buku-buku di rak mengikut sistem dwi.
Pengawas PSS  Melaksanakan Program 1 Rumah 1 Buku untuk warga SK
Kitobu

11.0 PENUTUP

Projek menaiktaraf ini diharapkan dapat memberi suasana yang lebih kondusif dan
selesa kepada pelajar-pelajar dan seterusnya bilangan pengunjung semakin bertambah.
Program ini juga diharapkan dapat disiapkan dan direalisasikan pada hujung September ini
bagi memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman membaca dan mempunyai
ruang santai selain di dalam Pusat Sumber Sekolah sesuai dengan PAK 21.

Disediakan oleh: Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

______________________ _______________________ _________________


JULIA DUSIP MARIANAH MARALANG ALICE ANN KIAN
Guru Perpustakaan dan Media PK Pentadbiran Guru Besar
SK Kitobu Inanam SK Kitobu Inanam SK Kitobu Inanam
[Program Naik Taraf PSS kepada ‘Walai Pitimungan Kitobu’ 1.0]

You might also like