You are on page 1of 13

1.

0 PENERANGAN AKTIVITI (PERTANDINGAN)


1.1 Gajet

MATLAMAT
Melahirkan generasi atau individu yang dapat membuat peralatan yang digunakan
semasa aktiviti perkhemahan bagi menggantikan perabot yang digunakan di rumah.

OBJEKTIF:
1. Menguasai kemahiran membina sekurang-kurangnya 3 jenis gajet.

2. Mengaplikasikan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari.

3. Meningkatkan kecekapan dan kreativiti.

4. Memupuk semangat kerjasama dan menjalin hubungan yang lebih erat di antara satu
sama lain.

5. Menggunakan masa lapang dengan kerja yang berfaedah.

6. Mengambil berat tentang kebersihan dan kesihatan semasa dalam aktiviti


perkhemahan.

KAEDAH PENGUJIAN:
1. Setiap pasukan / kontigen akan menyediakan 1 pasukan seramai 10 orang peserta
yang terdiri daripada peserta lelaki dan perempuan daripada pelbagai kaum.

PEMARKAHAN:
Markah Penuh = 100%
Pecahan Markah
i. Ikatan 20%
ii. Kekemasan Ikatan 10%
iii. Kekukuhan struktur 20%
iv. Kreativiti 20%
v. Keaslian kerja 20%
vi. Kerjasama 10%
PELAKSANAAN AKTIVITI :
1. Semua peserta akan didedahkan dan ditunjukkan 5 jenis gajet.

2. Untuk tujuan pertandingan, setiap pasukan / kontigen dikehendaki menyediakan 8


kadet ( 4 putera dan 4 puteri)

3. Peserta perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 jenis gajet dengan menggunakan


segala keperluan yang dibekalkan.

Bahan binaan gejet


Antara bahan yang boleh digunakan untuk membina gejet ialah
 Buluh (sama ada dibelah atau tidak)
 Kayu atau ranting kayu (yang terdapat di kawasan perkemahan)
 Daun atau tumbuh-tumbuhan
 Tali (rami atau raffia), rotan dawai dan akar untuk ikatan
 Batu-batan yang sesuai dengan kegunaannya.

KRITERIA SEMASA MEMBINA GAJET:


1. Gajet biarlah ringkas dan praktikal
2. Senang dibina dalam masa yang singkat
3. Kukuh dan dapat digunakan sepenuhnya
4. Menggunakan bahan semulajadi dan bahan terbuang untuk mengurangkan kos
5. Mesti menggunakan ikatan atau simpulan yang telah dipelajari
6. Keselamatan gajet dan pengguna hendaklah diutamakan.
7. Lokasi gajet ditentukan kepada 3 bahagian;
7.1 hadapan perkhemahan,
7.2 dalam khemah, dan
7.3 belakang / dapur khemah
JENIS-JENIS GAJET
1. Gajet di hadapan perkhemahan:
- Pintu gerbang
- Lampu, pelita atau tempat meletak lilin
- Papan kenyataan
- Menara
- Tiang bendera
- Penyapu
- Tempat meletak barang tajam
- Tempat meletak kasut / rak kasut
- Tempat meletak kain / pakaian (ampaian)
- Pagar

2. Gajet dalam khemah:


- Penyangkut baju
- Tempat lilin / lampu / lampu pelita

3. Gajet bahagian dapur / belakang:


- Tempat duduk / kerusi / meja
- Tempat menyimpan makanan
- Penyepit kayu
- Tempat menyimpan perkakas dapur
- Dapur masak
- Lubang sampah kering dan basah
- Bekas alat mandi
- tempat menyangkut cawan / gelas
- rak menyimpan kayu api

1. BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN GAJET


NAMA PENILAI :

Sekolah / Aspek Penilaian Jumlah


100%
Pasukan Ikatan Kekemasa Kekukuhan Kreativiti Keaslian Kerjasama
n Ikatan Struktur Kerja
20% 10% 20% 20% 20% 10%

Dinilai oleh : Disahkan oleh :

…………………………………… ………………………………….
( ) ( )

1.6 Ikatan Dan Simpulan

Matlamat
Melahirkan generasi kadet yang dapat menggunakan pelbagai bahan untuk membuat
ikatan dan simpulan bagi kesenangan dan keselesaan hidup.

Objektif
1. Menguasai kemahiran membuat ikatan dan simpulan.
2. Mengetahui nama-nama ikatan dan simpulan.
3. Meningkatkan kecekapan dan kreativiti.
4. Memupuk semangat kerjasama dan menjalin hubungan yang lebih erat di antara
satu sama lain.
5. Menggunakan masa lapang dengan kerja berfaedah.
6. Mengaplikasikan ikatan dan simpulan untuk kegunaan seharian seperti dalam
pembinaan gajet dan lain-lain.

JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN

1. Simpul Buku Sila

Simpul buku sila sangat penting dan digunakan sepanjang masaoleh semua
golongan.Simpul buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiznya,
mematikan ikatan pada bungkusan, membalut luka dan sebagainya. Simpul ini boleh dibuat
dengan membuat lingkaran pada hujungkedua-dua tali atau anduh.

2. Simpul Bunga Geti

Simpul bunga geti digunakan untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar
saiznya.
3. Simpul Tindih Kasih

Simpul tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut,
contohnya untuk menjerut leher binatang.Simpul ini banyak digunakan untuk semasa
menyelamat di dalam air.Apabila digunakan semasa kerja menyelamat, simpul tindih
kasih diikat pada pinggang mangsa, kemudian mangsa ditarik ke tempat yang selamat.

4. Simpul Manuk

Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.Tidak mudah terburai
dan juga selalu digunakan semasa memula dan mematikan ikat seraya dan ikat silang
gunting.
5. Lilit Balak

Lilit balak digunakan untuk mengikat tali pada kayu atau batang kayu yang besar saiznya.

6. Lilit Dua Simpul

Lilit dua simpul digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu dan mengikat hujung
tali khemah pada pancangnya.Selalu juga digunakan untuk mengikat tali perahu, bot dan
kapal yang berlabuh.
7. Lilit Kacang

Lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat gejek.Kayu
atau buluh itu dapat diikat dengan kuat.
8. Ikat Seraya

Ikat seraya digunakan dalam aktiviti membuat gajet dan pioneering.Ikat seraya
digunakanuntuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut tepat.Dimulakan dengan ikatan
manuk (a), kemudian lilit dengan kemas dan ketatkan (b), (c), dan (d).Kemudian lilitkan
dicelah kayu (e).Tamatkan ikatan dengan simpul manuk pada salah satu batang kayu.

9. Ikat Silang Gunting

Ikat silang gunting digunakan dalam aktiviti membuat gajet. Ikatan ini digunakan untuk
menyambung dua batang kayu atau tiang.
10. Ikat Silang Tungku

Digunakan untuk membuat tiang gajet atau menara, ketiga-tiga batang kayu dikerat sama
panjang. Pada hujung ketiga-tiga kayu dibuat ikat silang tungku. Dimulakan dengan
menggunakan lilit balak atau simpul manuk pada sebatang tiang. Kemudian lilitkan
ketiga-tiga batang tiang berselang-seli (a). Selepas itu belit dicelah-celah batang kayu (b),
dan akhirnya tamatkan dengan menggunakan simpul manuk pada tiang (c).

Menyambung tiga batang tiang atau kayu


11. Ikatan Belit Lucut
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau pokok bagi tujuan memanjat
tali, menuruni pokok atau bukit. Ia dapat dibuka dengan senang.

RUMUSAN
Tali tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia, lebih-lebih lagi semasa aktiviti
perkhemahan.Berbagai-bagai bahan digunakan untuk membuat tali seperti kulit pokok,
bulu binatang, sabut kelapa, kapas, nilon, bahan campuran sintetik dan
sebagainya.Malah, bahan semulajadi seperti akar-akar kayu, bemban dan rotan boleh
dijadikan sebagai taliuntuk keadaan serta merta.Tali mempunyai banyak kegunaannya
seperti untuk menyelamat, mengangkat, menarik, mengikat dan sebagainya demi untuk
kesenangan dan keselesaan hidup.
6. BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN IKATAN DAN SIMPULAN
SEKOLAH / PASUKAN
NAMA SEKOLAH : ......................................................................................................................
PENYELARAS 1.
PERTANDINGAN 2.
1. MEJA DAN KERUSI
PERALATAN 2. TALI RAMI / SABUT - PANJANG 1 METER SETIAP POTONGAN
YANG 3. STOP WATCH – 5 UNIT
DIPERLUKAN
4. PENJAGA MASA - 5 ORG

PANDUAN RUJUK KEPADA SALINAN SLAID POWER POINT YANG TELAH


IKATAN DIBEKALKAN
MASA
PERTANDINGAN
BILANGAN
SETIAP PASUKAN UNIT BERUNIFORM MENGHANTAR 5 ORG WAKIL
PESERTA
MASA YANG
TIDA DICATAT
JENIS IKATAN BERJAYA
K SEKIRANYA
BERJAYA
1. IKATAN BUNGA
GETI
2. IKATAN SIMPUL
PENILAIAN MANOK
3. IKATAN BUKU SILA
4. IKATAN BELIT
LUCUT
5. IKATAN TINDIH
KASIH (GUNAKAN
TANGAN ATAU PADA
BADAN)

1 = 10 MARKAH 3 = 6 MARKAH
2 = 8 MARKAH 4 = 4 MARKAH
CARA 3 = 6 MARKAH 5 = 2 MARKAH
PERMARKAHAN 4 = 4 MARKAH 6 = 0 MARKAH
* Sekiranya terdapat markah yang sama , akan diadakan pertandingan
kalah mati

You might also like