You are on page 1of 21

MPU3123

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2016

MPU3123

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKS :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
MPU3123

Kandungan
1.0 Pengenalan 3

2.0 Sistem Faedah dan Bunga 4

3.0 Keburukan Amalan Bunga atau Faedah 5

4.0 Kesan Negatif Amalan Bunga atau Faedah 10

4.1 Masyarakat 11

5.0 Alternatif Menghidarkan agar Tidak Terjebak

dengan aktiviti bunga atau faedah. 13

6.0 Kesimpulan 14

7.0 Rujukan 15

Lampiran 16

2
MPU3123

1.0 Pengenalan

Sistem bank konvensional moden dikatakan telah wujud kira-kira 850 tahun yang
lalu. Walaubagaimanapun penubuhan Banco della Pizza di Rialto di Venice pada tahun 1587
dianggap sebagai titik permulaan perkembangan bank moden. Di England, bank
konvensional moden dianggap tidak wujud sebelum tahun 1640 dan Bank of England hanya
ditubuhkan pada tahun 1694. (Ibrahim Ismail. 1980)

lstilah bank dalam tamadun barat boleh didefinisikan sebagai institusi kewangan yang
berteraskan riba iaitu penerimaan deposit dengan kontrak pemberian premium atau faedah
dan penyediaan hutang atau pembiayaan dengan dikenakan faedah. Perbezaan kadar faedah
di antara produk deposit dan pembiayaan adalah keuntungan kepada bank. Bentuk
keuntungan yang diperolehi bank seperti aset cair iaitu wang. Menurut sistem konvensional,
wang boleh diklasifikasikan sebagai komoditi yang mempunyai harga di mana pihak yang
memberi pinjaman berhak mendapat pulangan prinsipal dan premium di atas wang yang
dipinjamkan. (Prof G.M. Verryn Stuart.1964.)

Terkini pelbagai produk yang dikeluarkan oleh pihak bank konvensional yang terdiri
daripada gadaian, kad kredit, overdraf dan pembiayaan peribadi untuk jangka masa yang
pendek. Manakala bagi produk jangkamasa yang panjang pula termasuklah seperti bon, bil
perbendaharaan dan saham keutamaan. Kesemua produk yang dihasilkan oleh bank
konvensional ini boleh dikatakan mempunyai unsur-unsur riba. lni kerana segala produk yang
dijalankan di institusi ini berasaskan keuntungan dalam bentuk bunga atau 'interest' ke atas
jumlah pinjaman yang diberikan pihak bank kepada pelanggan. Jadi timbul pelbagai
persoalan yang menyelubungi minda kita sama ada elok atau tidak kita menggunakan produk
tersebut. Tidak dinafikan terdapat unsur-unsur gharar iaitu ragu-ragu atau ketidakpastian di
dalam semua produk bank konvensional ini. (Mohd Marzuki Haji Ali.2000)

Sistem perbankan konvensional ini adalah sangat berbeza perbankan kewangan islam.
Dimana sistem perbankan islam berpegang kepada nilai-nilai islam dan memupuk manusia
untuk mendapat redha Allah. Hal ini disokong oleh Dr. Hailani Muji Tahir, menyatakan
sistem perbankan dalam ekonomi islam ialah “suatu ilmu sains kemasyarakatan yang
mengkaji tingkahlaku manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber alam untuk
kepentingan diri dan masyarakat bagi mendapat redha Allah”. Pernyataan ini jelas
menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara di dalam kedua-dua sistem perbank ini.

3
MPU3123

2.0 Sistem Faedah dan Bunga dalam Sistem Perbankan Konvensional.

Pada pendapat saya tidak bersetuju dengan sistem perbankan konvensional yang
mengamalkan sistem mengenakan bunga yang tinggi dan memberikan faedah yang terjamin.
Bagi saya, sistem faedah atau bunga dalam sistem perbankan adalah satu sistem yang
mementingkan keuntungan yang berterusan kepada penyimpan dan juga institusi bank yang
terlibat. Jelas sekali sistem ini bersifat bank riba yang diharamkan oleh kewangan islam
kerana mengamalkan konsep ribawi iaitu faedah keuntungan yang tinggi. Perkara ini jelas
menyimpang daripada konsep perbankan islam kerana ciri-ciri perbankan konvensional
membayar feadah kepada penyimpan dan mengenakan bunga kepada pelabur. Prinsip sistem
perbankan konvensional adalah mencapai keuntungan yang maksimun di dalam pelaburan.

Pendapat saya dikukuhkan lagi dengan penyataan kajian masa lampau di dalam buku
Dr. Muhammad Rawwas Qal’ahji.56 di mana menyatakan bahawa bank-bank riba ialah
bank-bank yang menerima simpanan daripada penyimpan dan membayar kepada mereka
faedah-faedah tahunan secara tetap di dalam semua keadaan. Bank-bank ini juga memberi
pinjaman kepada orang-orang yang memerlukan wang dengan kadar faedah tahunan secara
tetap. Faedah tetap dari pinjaman yang dipinjamkan oleh bank kepada penyimpan, adalah
lebih besar berbanding faedah yang diberikan oleh pihak bank kepada simpanan yang dibuat
penyimpan. Dari faedah simpanan dan pinjaman inilah, bank riba menggerakkan seluruh
aktivitinya dan dari situlah ia mendapat keuntungan tidak kira melalui apa sahaja pelaburan
yang halal atau tidak halal, ianya hanya menitik beratkan keuntungan sahaja.

Walaupun Sistem perbankan konvensional juga lebih menarik kerana penyimpan akan
menerima faedah yang dapat meransang konsistensi pencarum menyimpan secara berterusan.
Namun atas landasan agama, ianya tetap haram dan tidak wajar bagi umat islam
mengamalkannya. Sebagai contoh, urusniaga sistem perbankan konvensional adalah
mempertemukan dua pihak yang berurus niaga iaitu pihak penyimpan yang mempunyai dana
wang berlebihan yang tidak digunakan dengan pihak pelabur yang menghadapi kekurangan
dana wang untuk dilaburkan. Jadi wang daripada pihak penyimpan disalurkan sebagai
pinjaman kepada pihak pelabur. Pihak pelabur akan di kenakan bunga oleh pihak bank,
manakala bank akan memberikan faedah kepada pihak penyimpan.

Maka saya berasakan sistem kewangan di Malaysia perlu lebih menjurus kearah
perbankan islam kerana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan menghindar

4
MPU3123

Malaysia daripa ditimpa musibah yang tidak diingini. Justeru itu, sebagai pengguna dan
penyimpan kita seharusnya mengetahui di manakah sepatutnya harta kita disimpan supaya
dapat mengelakkan berlakunya riba serta dan mendapat kehidupan yang di redhai tuhan.

3.0 Keburukan Amalan Bunga atau Faedah terhadap Masyarakat di


Malaysia.

Saya telah memilih empat orang responden dalam kalangan rakan sekerja saya yang
bekerja di sebuah sekolah di pinggir kota metropolitan Kuala Lumpur. Saya telah melakukan
beberapa termubual dengan bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tugasan
yang telah diberikan. Temubual ini adalah satu kemestian untuk mendapat pendapat mereka
mengenai keburukan amalan riba di dalam sistem bank konvensional.

Responden saya berumur dalam lingkungan 28 tahun hingga 37 tahun, telah


mempunyai pengalaman bekerja rata-rata sekitar 3 hingga 12 tahun serta telah mempunyai
sejarah menggunakan kedua-dua sistem kewangan ini. Saya telah melabel ke empat-empat
responden ini kepada responden A, B, C dan D. Ini memudahkan saya untuk membuat
persamaan dan perbandingan diantara ke empat-empatnya.

Antara soalan yang dikemukakan di dalam temubual saya ialah Pernahkan anda tahu
mengenai perbankan islam dan perbankan konvensional? Apakah yang ada tahu mengenai
kedua-dua perbankan ini? Sekiranya anda pengguna, sistem yang manakah yang akan anda
pilih?-sertakan mengapa anda memilih sistem tersebut.? Nyatakan kesan negatif yang anda
alami sekitar menggunakan amalan kewangan ribawi ini. Sebanyak empat soalan sahaja
yang saya kemukan berdasarkan pengalaman mereka untuk mengukuhkan tugasan serta
mengkaji dengan lebih mendalam kesan negatif faedah dan bunga terhadap masyarakat.

i. Responden A

Jantina : Lelaki

Umur : 37 Tahun

Jawatan : Pegawai Pendidikan DG44

5
MPU3123

Pengalaman Bekerja: 12 Tahun

S.Pernahkan anda tahu mengenai perbankan islam dan perbankan konvensional?

J. Pernah

S.Apakah yang ada tahu mengenai kedua-dua perbankan ini?

J. Tahu. Satu Interest tinggi, satu lagi Interest rendah tetapi terapung mengikut kadar BLR
semasa dan bunga adalah memgikut peredaran masa.

S.Sekiranya anda pengguna, sistem yang manakah yang akan anda pilih?-sertakan mengapa
anda memilih sistem tersebut.?

J. Islamic. kerana kadar pembayaran balik adalah tetap dan berlandaskan syariat yang telah
ditetapkan oleh agama islam, di samping membantu mempertingkatkan ekonomi negara
islam.

S.Nyatakan kesan negatif yang anda alami sekitar menggunakan amalan kewangan ribawi ini.

J.tidak ada kesan kerana saya tidak pernah langsung menggunakan perbankan konvensional
untuk berurusan sama ada perihal gaji atau aliran harta.

ii. Responden B

Jantina : Perempuan

Umur 37 Tahun

Jawatan : Pegawai Pendidikan DG44

Pengalaman Bekerja: 12 Tahun

S.Pernahkan anda tahu mengenai perbankan islam dan perbankan konvensional?

J.pernah

S.Apakah yang ada tahu mengenai kedua-dua perbankan ini?

J. Satu islamic. Satu lagi konvensional.

6
MPU3123

S.Sekiranya anda pengguna, sistem yang manakah yang akan anda pilih?-sertakan mengapa
anda memilih sistem tersebut.?

J.islamic. sebab kadar interest yang dikenakan adalah tetap dan mengikut ajaran islam serta
menolak dasar-dasar ribawi.

S.Nyatakan kesan negatif yang anda alami sekitar menggunakan amalan kewangan ribawi ini.

J. hidup tidak tenang kerana telah masuk kedalam badannya rezeki haram dari riba yang
telah diberi atau diterima olehnya. Hati gelap dan membuatkan seseorang itu lupa akan
pegangan islam serta menjadikannya seorang yang mengejar kemewahan dunia, kedekut
serta zalim terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat atas kerana darah yang mengalir
di dalam tubuhnya telah bercampur dengan rezeki yang haram.

iii. Responden C

Jantina : Lelaki

Umur : 37 Tahun

Jawatan : Pegawai Pendidikan DG29

Pengalaman Bekerja: 15 Tahun

S.Pernahkan anda tahu mengenai perbankan islam dan perbankan konvensional?

J.pernah

S.Apakah yang ada tahu mengenai kedua-dua perbankan ini?

J.islamic melabur berlandaskan syariat islam. Konvensional melabur dekat kilang-kilang


arak atau sebagainya yang senang dapat untung yang berlipat kali ganda.

S.Sekiranya anda pengguna, sistem yang manakah yang akan anda pilih?-sertakan mengapa
anda memilih sistem tersebut.?

J.Mestilah pilih islamic sebab dah tahu rezeki tu halal, mesti nak rezeki halal untuk sara
keluarga, supaya mudah mereka memahami ajaran islam.

S.Nyatakan kesan negatif yang anda alami sekitar menggunakan amalan kewangan ribawi ini.

7
MPU3123

J.banyak kesan negatif, lupa kepada agama, tidak mengamalkan kehidupan islam, menjadi
hamba duit, menjadikan hidup lebih menjurus ke arah kancah maksiat. Contoh apabila duit
mudah dapat, dari sumber yang diragui, mudah dijoli bersama wanita dikelab-kelab malam
oleh kerana hati yang kelam dan sudah tidak boleh menerima ajaran islam.

iv. Responden D

Jantina : Perempuan

Umur : 40Tahun

Jawatan : Pegawai Pendidikan DG44

Pengalaman Bekerja: 14 Tahun

S.Pernahkan anda tahu mengenai perbankan islam dan perbankan konvensional?

J.pernah

S.Apakah yang ada tahu mengenai kedua-dua perbankan ini?

J.tahu

S.Sekiranya anda pengguna, sistem yang manakah yang akan anda pilih?-sertakan mengapa
anda memilih sistem tersebut.?

J.islamic

S.Nyatakan kesan negatif yang anda alami sekitar mengetahui amalan kewangan ribawi ini.

J.kesan negatif terhadap diri sendiri tu tiada. Namun ada berlaku kepada kawan. Dia telah
menggunakan sistem konvensional, dimana meminjam untuk melakukan perniagaan, akan
tetapi oleh kerana duit pinjaman itu tidak pasti daripada mana, perniagaannya hanya
bertahan selama 3 bulan, setelah itu dia terpaksa menanggung hutang selama 10 tahun dan
bunga yang dikenakan pula naik setiap kali BLR naik, dari jumlah 552 pada mulanya,
sekarang sudah menjadi 617 dalam jangka masa 1 tahun saja. Ini juga adalah kesan dari
apa ekonomi negara yang merudum, maka bank-bank konvensional tidak mahu menanggung
kerugian, mereka terus menaikan bunga dengan sendirinya.jelas bahawa konvensional ini
tiada keberkatan dari Allah, oleh sebab itu lah berlakunya macam, apabila kadar bayaran

8
MPU3123

naik, telah menyusahkan peminjam dan membebankannya dan keluarga serta salah satu
sebab kepincangan keluarga juga.

v. Rumusan

berdasarkan temubual yang dijalankan dapatlah di rumuskan bahawa sistem bunga


dan faedah atau lebih dikenali inilah sebagai riba dalam kalangan umat islam membawa
kemudaratan kepada masyarakat dan juga invididu. Terdapat beberapa kemudaratan sistem
bunga dan faedah ini kepada individu terumanya mengajar sifat pengecut dan lari dari
memikul tanggungjawab. Sebagai contoh orang yang menyimpan harta di bank ribawi dan
mengambil faedah-faedah yang sudah dijamin kadarnya begini dan begini, sebenarnya telah
lari daripada tanggungjawab menanggung kerugian. Kerana apabila seseorang itu mempunyai
akhlak yang tidak suka memikul tanggungjawab, dia sebenarnya meletakkan kegagalan
kepada seluruh hidupnya.

Sistem ini juga mematikan atau melemahkan roh kesedaran individu kerana
mengambil jalan untuk mewakilkan urusan hartanya kepada dan mengharapkan faedah yang
berkadar tetap dan berterusan serta terjamin daripada pihak bank tanpa mengetahui jalan
pelaburan yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh bank telah memberikan pinjaman kepada
pengusaha kilang arak atau sebagainya. Individu tersebut tidak layak mendapat maklumat
berkaitan pelaburan, dia sekadar menunggu kadar faedah kepadanya pada setiap waktu yang
telah ditentukan.

9
MPU3123

4.0 Kesan Negatif Amalan Bunga atau Faedah dalam Perbankan terhadap
masyarakat Malaysia.

Kesan negatif perbankan konvensional dapat dilihat dengan ketara di dalam


kehidupan seharian kita. Antara kesan yang paling ketara kepada masyarakat ialah
menyebabkan pembesaran pengeluaran. Para pengeluar mengeluarkan harta mereka secara
tidak terkawal, kerana bank menjamin perolehan harta kepada mereka untuk proses
pengeluaran. Pengeluaran tambahan yang tidak terjamin pasarannya, adalah merupakan satu
bencana ekonomi.

Hal ini kerana menyediakan pasaran yang menelan lebihan pengeluaran, bukanlah
satu perkara yang mudah, banyak negara berebut kerananya. Hasil dari perebutan dan
persaingan ini, mencetuskan pertembungan dalam kalangan negara-negara tersebut.
Pertembungan inilah yang banyak mencetuskan peperangan. Sebab-sebab yang mencetuskan
perang dunia pertama dan kedua juga adalah kerana ekonomi dan bukannya politik. Perang
teluk juga berpunca dari sumber yang sama, sebagaimana yang diamati oleh pemerhati
perang tersebut. (Dr Muhammad Qawwas Qal’ahji.2005)

Kedua, ianya juga boleh menyebabkan pengangguran, kerana orang-orang yang


mempunyai harta meletakkan harta-harta mereka di bank ribawi dengan mendapat faedah
tertentu, sebenarnya menjamin untuk diri mereka pendapatan yang tetap. Ini membuatkan
mereka menganggur dan enggan bekerja. Pengangguran mendatangkan kemudaratan yang
besar. Diantaranya membiasakan diri dengan sifat malas dan menghabiskan masa senggang
dengan kerja-kerja yang tidak bermanfaat. Waktu kosonglah banyak menghumban seseorang
kepada aktiviti yang mendatangkan kerosakan. (Dr Muhammad Qawwas Qal’ahji.2005)

Ketiga, ianya juga menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan kerana


pengeluaran akan meningkatkan kos harga barangan mengikut riba yang dibayarnya kepada
bank. Dengan ini, harga barangan meningkat kepada pengguna. Berlakulah salah faham
antara pengguna dan peniaga di mana akan menyebabkan suasana menjadi huru hara apabila
pengguna memberontak dan bertindak agresif oleh kerana peningkatan bunga yang
dikenakan. Selain itu, apabila bunga meningkat, pengguna tidak mampu untuk menampung
kehidupan seharian, maka lahirlah bakal-bakal pencuri yang menggunakan cara ini untuk
meneruskan kelangsungan hidup dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan usaha yang
kuat.

10
MPU3123

Keempat, menguatkan orang-orang kafir di dalam menentang Islam kerana aliran


harta, mengalir dari bank-bank ribawi yang terdapat di negara-negara Islam ke bank-bank
asing. Bank-bank asing ini menggunakan harta tersebut untuk menjaga kepentingan mereka.
Antaranya pembangunan ekonomi. Bank-bank ini menghasilkan dana-dana kepada musuh-
musuh islam yang membolehkan mereka menggunakannya di dalam peperangan menentang
islam.

Dan yang terakhir adalah menyebabkan terputusnya ihsan dalam kalangan orang
ramai. Orang yang memakan riba tidak sanggup menghulurkan bantuan walau dalam apa
keadaan sekalipun kecuali mendapat pulangan yang setimpal untuk pertolongan tersebut.
Maka terjadilah perbezaan antara kaya dan miskin, jurang yang terbina akan menjadi lebih
luas dan dalam atas kerana riba yang telah di amalkan oleh perbankan konvensional ini.

5.0 Alternatif Menghidarkan agar Tidak Terjebak dengan aktiviti bunga


atau faedah.

Dalam bahasa Arab, riba bermaksud menambah (al-ziyada), mengembang (al-


numuw), meningkat dan membesar (al-irtifa dan al-uluw) (Ahmad 1990). Ibnu Manzur (630
Hijrah – 711 Hijrah) di dalam kitabnya Lissanul Arab mengatakan umbi bagi perkataan riba
adalah bertambah, oleh itu riba yang melibatkan wang adalah pertambahan kepada wang
tersebut (Homoud, 1985). Sementara itu, Al-Tabiri (310 Hijrah) menyatkan bahawa
perkataan riba ada kaitan dengan rabia, yang bermaksud bukit atau tanah tinggi. Maksud
perkataan riba boleh diguna dalam dua konteks berbeza iaitu apabila berlaku pertambahan di
dalam barangan itu sendiri dan juga apabila berlaku pertambahan akibat dari perbandingan
atau perbezaan dua jenis barangan (Homoud, 1985).

Al-Maududi pula dalam memberikan definisi riba, telah membahagikan


pendekatannya kepada dua bahagian iaitu dari segi bahasa dan dari segi istilah. Menurut
beliau, dari segi bahasa riba membawa banyak maksud seperti mengembang, bertambah,
naik, membesar, membiak, bukit dan tanah tinggi. Di dalam Al-Quran, banyak ayat yang
memberi maksud riba sebagai berkembang, bertambah atau meningkat seperti yang terdapat
di dalam surah Al-Haj ayat 5, surah Al-Ra’d ayat 17, surah Al-Nahl ayat 92, surah Al-
Baqarah ayat 275 dan 276, surah Al-Mukminun ayat 50 dan surah Ar-Rum ayat 39. Dari segi
istilah pula menurut Maududi, riba bermaksud pinjaman wang apabila dibayar kembali

11
MPU3123

mempunyai dua ciri- ciri iaiitu tambahan atau lebihan daripada jumlah yang dipinjam dan
ditetapkan terlebih dahulu kadar pertambahan itu berdasarkan kepada tempoh pinjaman.

Secara umumnya, riba merupakan satu tambahan atau lebihan atau tidak sama
timbangan atau sukatan semas berlakunya pertukaran bahan ribawi. Riba mempunyai tiga
unsur iaitu tambahan atau lebihan dari yang sedia ada ke atas modal pinjaman, penentuan
tambahan ini berkaitan dengan masa dan persetujuan menjadi syarat ke atas bayaran
tambahan yang ditentukan sebelumnya oleh sipemiutang ke atas sipenghutang.

Antara alternatif yang bersesuaian untuk mengelakkan daripada terjebak dengan


sistem bunga dan faedah ialah kenali bahaya riba. Hal ini kerana riba membuat seseorang
banyak dililit hutang akibat tingkat bunga yang tinggi. Keberadaan riba membuat hidup
kurang nyaman dan tidak tenteram akibat banyaknya hutang yang menumpuk dan harus di
bayar. Kitaran keidupan seharian sepatutnya menggunakan gaji bulanan atau wang bulanan
untuk membeli keperluan seharian, namun dek kerana bunga yang perlu dibayar, duit itu
terpaksa digunakan untuk membayar bunga kepada pinjaman yang telah digunakan.
Sekiranya seseorang sudah mengetahui bahaya riba, keberangkalian dia akan mengelakkan
musibah ini adalah sangat tinggi kerana tidak mahu hidupnya bertukar dari tenang kepada
gelisah pada setiap tidur malamnya.

Alternatif kedua ialah menggunakan cara yang halal bertransaksi sebagai langkah
menghindari riba.. Dalam hal ini tentu anda diharuskan mengerti betul bagaimana transaksi
jual beli yang haram ataupun yang halal dalam Islam supaya tidak keliru dan mudah terjebak
dengan gelaja riba ini. Sebagai contoh berikut merupakan jual beli yang diperbolehkan dalam
Islam iaitu:

Jual Beli dengan Dasar Sukarela

Jual beli yang diperbolehkan adalah ketika kedua belah pihak bersetuju dengan
peraturan yang ditetapkan oleh kedua belah pihak. Dalam hal ini tentu tidak boleh ada
paksaan sehingga salah satu pihak merasa dirugikan dan tertekan.

Alternatif kedua ialah melakukan transaksi yang diperbolehkan. Maksud transaksi


yang diperbolehkan dalam Islam terbahagi kepada beberapa jenis transaksi, dimana salah
satunya adalah transaksi mudharabah. Transaksi ini diperbolehkan untuk menghindari

12
MPU3123

datangnya riba. Transaksi ini dapat dilakukan dengan cara kerjasama yang dilakukan oleh
kedua belah pihak. Transaksi yang kedua ialah salah satu pihak sebagai pemodal dan pihak
lainnya sebagai orang yang menjalankan usaha. Transaksi ini dapat dilakukan dengan cara
membagi hasil sesuai dengan yang disepakati. Ketika terjadi kerugian maka pihak pemodalah
yang harus menanggung biaya kerugian sementara pihak lain tidak menanggungnya.
Kemudian adalah transaksi salam adalah ketika jual beli dilakukan dengan cara melakukan
pembayaran terlebih dahulu sementara barang yang diinginkan akan diberikan belakangan.
Untuk transaksi muajjal, transaksi jenis ini dapat dilakukan dengan cara menaikan harga saat
berlangsungnya transaksi.

Selain itu, bagi mengelakkan riba, kita boleh berhutang pada lembaga khusus.
Dimana pada masa sekarang telah ada beberapa lembaga khusus yang menangani hutang
piutang tanpa riba. Hal ini dilakukan dalam rangka mewujudkan solidariti antara umat.

Saling membantu juga salah satu alternatif yang dapat dilakukan untuk menghindari
riba. Ketika masyarakat saling bantu tentu taraf kehidupan dengan sendirinya akan terangkat
sehingga semua kesuitan akan di selesaiakan dengan keberkatan Allah. Di samping itu, kita
di galakkan banyak bersedekah dan membantu orang fakir, dimana ini merupakan hal baik
yang sebenarnya tidak menyebabkan wang atau harta kita berkurang dan malah kebalikannya.

Menanamkan sifat qonaah pada diri sendiri yang mana memiliki sifat qonaah dapat
menghindarkan kita dari bahaya riba. Sifat qonaah dapat dilakukan dengan senantiasa
bersyukur atas apapun yang diberikan. Sifat bersukur membantu agar terhindar dari perasaan
serba kekurangan dan ingin hidup dalam kemewahan. Rasa ingin memiliki sesuatu dan
mudah iri dengan apa yang dimiliki oleh orang membuat kita dengan mudah membeli barang
walau dengan cara berhutang.

Yang terakhir yang dapat saya ungkapkan ialah berhenti menatap keatas dan
mulailah melihat kebawah. Hal ini menghindarkan dari rasa kurang dan akan mulai
bersyukurserta tidak berasa berada pada kondisi yang sangat kekurangan. Perlu diingat jika
diluar sana sebenarnya ada banyak sekali orang yang kekurangan bahkan jua lebih dari kita.

13
MPU3123

6.0 Kesimpulan.

Secara keseluruhanya, tugasan ini membantu saya mendalami hal-hal yang sangat
berkaitan dengan kehidupan seharian di mana perkara yang kadang kala di anggap mudah.
Namun sekirany terseilap langkah saya akan menanggung kesilapan ini sepanjang hidup saya.
Oleh demikian, saya dapat simpulkan bahawa tamadun barat yang membawa masuk sistem
konvensional sebenarnya salah satu strategi untuk membenamkan agama islam dan
mengukuhkan lagi orang-orang kafir.

Walaupun sistem perbankan konvensional menawarkan pelbagai faedah yang


menarik, namun sebagai seorang pengguna islam, kita seharusnya bijak dalam menguruskan
hal-hal kehidupan seharian kita terutamanya berkaitan dengan rezeki dengan yang kita guna
seharian.

Jumlah Patah Perkataan 2972

14
MPU3123

7.0 Rujukan.

Abdullah Zhidi Omar. Dr Raudhah Ali. Dan Rakan-rakan.2013. Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Muktimedia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Fairuzah Hj. Basri. 2008. Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Perkembangan dan Isu
Kontemporari. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM Shah Alam.

Mashitah Sulaiman. Adibah Sulaiman. 2011. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Universiti
Sains Islam Malaysia. Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Mohd Arip Kasmo dan rakan-rakan. 2003. Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia “B”.
Pusat Pengajian Umum UKM. Bangi

Nadiah bt Abdul Rahman. Priscilla Law Nguik Hung. 2008. Tamadun Islam dan Asia.
McGrawHill

Raja Iskandar Raja Yaakob.2014. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Emeritus Publication
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

http://mahir-al-hujjah.blogspot.my/2008/07/fiqh-muamalat-pengenalan-tentang-bank.html

15
MPU3123

Lampiran

16
MPU3123

17
MPU3123

18
MPU3123

19
MPU3123

20
MPU3123

21

You might also like