You are on page 1of 1

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 2


MASA: 1 JAM 30 MINIT

KOMPONEN SENI VISUAL (50 markah)

Arahan: Pilih 1 soalan sahaja.

Soalan 1.

Lukis sekuntum bunga raya dengan memberi penekanan terhadap rupa dan warna bunga raya. Hasil
karya perlu diwarnakan dengan warna kayu, warna air, warna akrilik, krayon, pastel atau media yang
difikirkan sesuai. Calon boleh menggunakan lebih daripada 1 jenis media dalam 1 karya. Calon
dibenarkan untuk merujuk contoh bunga raya di bawah.

Soalan 2.

Lukis sebuah meja berbentuk 3D dengan memberi penekanan terhadap ruang, bentuk dan perspektif.
Hasil karya perlu diwarnakan dengan warna kayu, warna air, warna akrilik, krayon, pastel atau media
yang difikirkan sesuai. Calon boleh menggunakan lebih daripada 1 jenis media dalam 1 karya. Calon
dibenarkan untuk merujuk contoh meja di bawah.

*Semua alatan dan bahan adalah disediakan oleh calon sendiri. Hanya kertas lukisan akan dibekalkan
oleh Lembaga Peperiksaan Sekolah.

KOMPONEN MUZIK (50 markah)

Calon dikehendaki untuk bersedia untuk menyanyi dan mempersembahkan action song bertajuk Baby
Shark. Calon boleh merujuk video atas talian di YouTube seperti pautan di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=XqZsoesa55w

You might also like