You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI KETIGA 2019

PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN


SMK SERI MAHKOTA, KUANTAN

TARIKH : 18 JULAI 2019


MASA : 2.00 PTG – 3.45 PTG
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMK SERI MAHKOTA

AGENDA MESYUARAT : 1. Ucapan alu- aluan Pengerusi


2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4.Taklimat Kurikulum
5.Hal-hal lain

Kehadiran :
BIL. NAMA
1. PN. ZAINONIE BINTI MA’AROF
2. DATIN NOORISAH BINTI MUHAMMAD
3. EN. WAN MOHD KHAIRIL AZMI BIN WAN HASSAN

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN

Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke


Mesyuarat Panitia Matematik Tambahan kali ke 3 pada kali ini.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh semua ahli.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit


4.0 TAKLIMAT KURIKULUM

4.1 Sukatan pelajaran


Pengerusi meminta para guru memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan
mengikut perancangan. Hal ini bagi memastikan pelajar dapat membuat
ulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan nanti.
Tindakan : Semua Guru

4.2 Nota pelajar.


Pemantauan pihak pentadbir mendapati terdapat sebahagian guru yang masih
menggunakan kaedah ‘chalk & talk’ dimana pelajar menyalin nota yang ditulis
oleh guru di papan putih. Hal ini dikhuatiri menjejaskan masa pdpc guru. Oleh
itu, para guru disarankan agar menyediakan bahan edaran bagi menjimatkan
masa dan memastikan kelancaran pdpc. .
Tindakan : Semua Guru

4.3 Latihan pelajar.


Penyelarasan latihan bagi pelajar mengikut tingkatan perlu dilaksanakan.
Modul latihan yang seragam perlu disediakan mengikut tahap iaitu cemerlang,
sederhana dan potensi.
Tindakan : Semua Guru

4.4 Ketua Panitia dan Penolong Ketua Panitia


Ketua panitia bertanggungjawab bagi menyelaraskan program atau aktiviti
melibatkan tingkatan 4 dan 5.

. Tindakan : Ketua Panitia

4.5 Kewangan
4.5.1 Pembelian barangan yang menggunakan duit panitia hendaklah
dilakukan sebelum bulan Oktober
4.5.2 Baki kewangan bagi setiap panitia hendaklah digunakan sepenuhnya
dan sebaik mungkin.
Tindakan : Makluman

4.6 Kelas tambahan bagi Tingkatan 5


4.6.1 Perlaksanaan kelas tambahan bagi tingkatan 5 seperti yang dijadualkan
4.6.2 Guru hendaklah memaklumkan kepada ketua panitia jika tidak dapat
hadir ke kelas tambahan bagi memudahkan urusan guru ganti.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada 3,45 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

………………………… …………………… ……………………


(En. W.Khairil Azmi b. W.Hassan) (Pn Zainonie Binti Ma’arof) (Pn. Norli Binti Ismail)
Setiausaha Panitia Ketua Panitia Ketua Bidang
Panitia Matematik Tambahan Panitia Matematik Tambahan Bidang SC & MT
SMK Seri Mahkota, Kuantan. SMK Seri Mahkota, Kuantan SMK Seri Mahkota,
Kuantan.

You might also like