You are on page 1of 2

DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO

1. Berkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13.


2. Wujud hasil dari perkembangan Bahasa Melayu Purba dalam bentuk tulisan.
3. Bahasa Melayu Purba yand dulunya tidak memiliki tulisan akhirnya memperoleh aksara untuk di
sampaikan dalam bentuk tulisan adalah hasil dari pengaruh budaya Hindu.
4. Tulisan Palava,Nagiri,dan Kawi yang diperkenal kan budaaya Hindu mengevolusikan Bahasa
Melayu purba menjadi Bahasa Melayu kuno.
5. Pada zaman kerajaan Sriwijaya,Bahasa Melayu kuno mencapai kegemilangan yang pertama.
6. Batu bersurat dan catatan pengembara I-Tsing dan Wu-Hing merupakan bukti bahasa Melayu
kuno adalah bahasa rasmi kerajaan .
7. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajar tatabahasa sanskrit dan
falsafah bahasa Buddha.
8. Pada zaman majapahit bahasa melayu kuno kekal sebagai bahasa lingua franca kerana
 Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
 Tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat
 Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa melayu jawa kuno.

BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KUNO

1. Batu bersurat kedukan bukit


 Dijumpai di Kedukan bukit di kaki bukit seguntang pada 29 november 1920
 Bertarikh 605 tahun saka
 Batu tertua menyebut nama kerajaan sriwijaya
 Bahasa yang terdapat pada batu (bahasa melayu dan bahasa sanskrit
 Mempunyai 10 ayat yang menyatakan pada tahun saka 605 seorang raja telah naik kapal
untuk mendapatkan siddhayatra
2. Batu bersurat talang tuwo
 Ditemui oleh residen jambi l.c.westtenenk pada 1920 di talang tuwo
 Bertarikh 606 tahun saka
 Mempunyai 14 baris ayat yang menyatakan bahawa raja jayanasa telah membuat
sebuah taman dan berjanji bahawa segala yang diusahakan akan memberikan
kebahagiaan kepada semua makhluk
 Menyampaikan doa agar rakyat akan memperoleh hasil yang banyak daripada tanaman
dan ternakan mereka serta dapat hidup aman.
3. Batu Bersurat Kota kapur
 Ditemukan oleh J.K van Der Meulen di Kota kapur pada tahun 1892
 Di jumpai jauh dari palembang dan dipercayai telah dibawa ke pulau Bangka
 Bertarikh 608 tahun saka
 Mengandungi 10 baris ayat
4. Batu Bersurat karang brahi
 Dijumpai di meringin oleh Inspektor L.Berkhout pada 1904
 Bertarikh 614 tahun saka
 Kandungan yang lebih kurang sama dengan batu bersurat kota kapur tetapi
mengandungi teks tambahan
5. Bahan-bahan bukti lain pada zaman Siwijaya
 Batu bersurat di Gandasuli,kedu, dfaerah jawa tengah
 Patung gangsa di sekitar padang lawas Tanapuli (1029M)
 Batu Bersurat di Joreng tanapuli,sumatera utara (1179M)
 BatuBersurat di padang Lawas Tanapuli,Sumatera utara (1213M)
 Sebuah patung di padang Rocore daerah batang hari (1286M)

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

1. Sistem tulisan dan ejaan bahasa melayu kuno


 Batu bersurat di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur, dan Karang Brahi
menggunakan tulisan/skrip Palava.
 Skrip Palava asalnya ialah skrip Grantha yang digunakan oleh gololngan Brahman
Dravidian untuk tulis kitab dalam bahasa Sanskrit.
 Bahasa Melayu kuno juga ditulis dalam tulisan Nagiri yang berasal dari utara India.

You might also like