You are on page 1of 96

Cetakan Pertama, 2019

@HakCiptaAkademiTarbawi,2019

Hakciptaterpelihara,tiadabahagiandaripadaterbitaniniboleh
diiterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan
c a r a e l e t r o n i k , g a m b a r s e r t a r a k a m a n d a n s e b a g a i n y a t a n p a k e b e n a r an
bertulisdaripadaAkademiTarbawiterlebihdahulu

Diterbitkan oleh :

AKADEMITARBAWI
D-1-29 Avant Court, Taman Sri Sentosa,
Jalan Sri Sentosa, 58100 Kuala Lumpur,
WilayahPersekutuanKualaLumpur.
Email:akademitarbawi01@gmail.com

Dicetak oleh :

GUANOVEL
62 - 3 , T i n g k a t 3 B l o k H ,
Jalan Taman Ibu Kota, Platinum Walk,
55300Setapak,KualaLumpur,
WilayahPersekutuanKualaLumpur
Isi Kandun gan

Kata Pengantar i

Pendahuluan Pengenalan Surah Al-Baqarah 1

Bab 1 Golongan Sasaran Yang Bakal 4


Mendapat Hidayah: Ayat 1-7

Bab 2 Munafik Dan Hakikatnya: Ayat 8 11


-20

Bab 3 Seruan Keimanan Dan 20


Perbezaan Sikap Orang Kafir
Berbanding Orang Beriman
Dalam Menerima Al Quran:
Ayat 21-29

Bab 4 Penciptaan Adam Dan 29


Permusuhan Iblis: Ayat 30-39

Bab 5 Seruan Kepada Bani Israel 37


(Yahudi) Supaya Beriman:
Ayat 40-48

Bab 6 Kisah Bani Israel Dan Nabi 43


Musa Diselamatkan Daripada
Firaun: Ayat 49-54

Bab 7 Kisah Nabi Musa Dan 70 48


Pengikutnya: Ayat 55-59

Bab 8 Kisah Bani Israel Meminta 52


Makanan Ruji Dari Nabi Musa:
Ayat 60-66

Bab 9 Kisah Perintah Kepada Bani 58


Israel Menyembelih Sapi
Betina: Ayat 67-74
Bab 10 Yahudi Madinah: Ayat 75-82 65

Bab 11 Perjanjian Yahudi: Ayat 83-86 71

Bab 12 Bani Israil Menolak Kenabian 76


Isa a.s.: Ayat 87-92

Bab 13 Yahudi Bermusuh Dengan 82


Malaikat: Ayat 93-98

Bab 14 Asal-Usul Sihir: Ayat 99-103 87

Bab 15 Seruan Pertama Untuk Orang 95


Beriman: Ayat 104-110
KATA PENGANTAR

Segala puji dan puja hanya bagi Allah SWT Tuhan sarwa alam, yang
melimpahkan rahmat yang tidak terhitung kepada kita. Dia lah Allah
Yang Maha Agung, yang telah menyempurnakan kehidupan kita
dengan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan
mulia Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda,
dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan


untuk menulis sepatah dua kata dalam buku [tajuk buku] ini.
Alhamdulillah, komitmen ikhlas semua pihak yang terlibat telah
berjaya menghasilkan bahan bacaan yang boleh mengembangkan
lagi kefahaman kita terhadap kitab suci al-Quran.

Buku ini merupakan tulisan semula dari koleksi nota yang diterbitkan
dalam program mingguan "Talks @ Tadabbur Surah al- Baqarah" di
Gerbang Informasi HALUAN, dan disiarkan secara langsung melalui
laman Facebook dan Youtube. Saya sangat teruja dengan usaha ini, yang
memeriahkan usaha memberi kefahaman al- Quran kepada masyarakat.

Saya doakan agar program ini menjadi pemacu usaha-usaha


seterusnya dalam membimbing masyarakat mentadabburi al- Quran,
membolehkan mereka mengambil al-Quran sebagai panduan asas
seluruh ruang lingkup kehidupan.

i
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat dalam usaha menerbitkan buku ini.
Semoga usaha ini diterima Allah SWT sebagai amal jariyah dan
membawa manfaat kepada masyarakat seluruhnya.

Profesor Madya Dr. Ugi Suharto

30 November 2019

ii
MUKADIMAH

Bismillahirrahmanirrahim. Segala syukur dipanjatkan kepada Allah


dengan izinnya dapat ditampilkan buku kecil ini dalam bentuk
fizikal.

Selawat dan salam ke atas baginda ar Rasul yang menempuhi segala


rintangan membawa risalah al Quran ke seluruh alam.

Buku ini adalah himpunan nota tadabbur yang telah dikelolakan oleh
iHaluan di Galeri Haluan di Bandar Baru Bangi.

Buku ini merupakan bahagian pertama dari surah al Baqarah dan


bahagian bahagian yang lain akan menyusul dengan izin Allah.

Ia merupakan suntingan dari beberapa tafsir yang muktabar.


Disusun agar tampak kesinambungan plot- plot ayat al Quran dari
satu rangkap ke rangkap yang lain dengan bahasa yang lebih mudah
dan ringkas.

Ia bukanlah terjemahan perkata kepada ayat ayat Al Quran bahkan


kefahaman umum yang bersasar di dalam memahami ayat ayat surah al
Baqarah.

Jilid ini menghimpunkan pengajaran dan asbab an nuzul dari ayat


pertama hingga ayat ke 110.

iii
Semoga usaha kecil ini diberkati oleh Allah dan dapat diteruskan
sehingga menyingkapi seluruh al Quran.

Mohammad Umar Aiman bin Osman.

iv
Pendahuluan

Penge na la n Surah Al- Baqarah

Nama Surah

Dinamakan surah ini sebagai al-Baqarah (sapi betina), Fustat al-


Quran (Rumah agam al-Quran) dan Sanam al-Quran (pundak al-
Quran). Penamaan surah ini sebagai al-Baqarah telah dibincangkan
oleh Imam al Alusi dalam kitab tafsirnya Ruh al-Maaniy di mana pada
awal Islam, tidak digalakkan menyebut surah ini dengan namanya
melainkan dengan menyatakan bahawa ia surah yang menyebut
kisah sapi betina. Hal ini kerana orang kafir mempersendakan nama
itu, namun riwayat ini dhaif kerana diriwayatkan oleh Khalid bin
Mi’dan secara mauquf 1 manakala beliau adalah thiqah2.

Sebab Dinamakan Surah Ini Al-Baqarah

Para mufassirin menyebut bahawa surah ini dinamakan al-Baqarah


kerana peristiwa yang berlaku pada Bani Israel ketika ada seorang lelaki
telah dibunuh pada zaman Nabi Musa, tetapi tidak diketahui
pembunuhnya. Maka mereka meminta Nabi Musa menghidupkan

1 Terhenti pada sahabat tanpa sampai kepada Nabi SAW.


2 Perawi yang diterima hadisnya.
mayat itu bagi mengetahui siapa pembunuhnya. Lalu, bagi
memenuhi permintaan itu Allah mensyaratkan mereka
1
menyembelih seekor sapi. Peristiwa ini akan dikisahkan secara
terperinci pada tafsir ayat tersebut. Kisah inilah yang diangkat
sebagai nama kepada surah yang agung ini.

Kelebihan Surah

َ‫حَدَّث ن ا قَُت يْب ُة بَْنَُ سعِيدٍ حدَّث ن ا َي عْقُوبَُ وهَُ و ابْنَُ عبْدِ الرَّحْ منِ الْق ارِيُّ ع ْن‬
‫س هيْلٍ عنْ أ بِيهِ عنْ أ بِي هََُ ريْ رة أ َّن رسَُو ل اللَِّ صلَّى اللََُّ عل يْهِ و سلَّ م َق ا َل‬ َُ
َِ‫ت جْع لُوا بََُيَُوت كُمْ مق ابِ ر إَِنََّ الشَّيْ طا ن َي ْنفِ َُر مَِنْ الْب ْيتِ الَّذِي تََُقْ رأُ فِيه‬
َ ‫َل‬
.ِ ‫سَُو رةُ الْب ق رة‬

bersabda: janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian


seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang
dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.” (Riwayat Imam Muslim)

َ‫ب ر كة‬ َ ِ‫اقْ رءَُوا سََُو رة الْب ق رة‬...َ:‫عن أبي أمامة الباهلي‬
َ ‫ف إِنَّ أ خْذ ها‬
.‫ت سْت طِيعَُ ها الْب طل ُة‬
َ ‫وت ْر ك ها حسْ رة و َل‬

“Diriwayatkan dari Abi Umamah al-Bahiliy r.a.: Aku telah mendengar


Rasulullah SAW bersabda: … bacalah oleh kalian surah al-Baqarah
maka sesungguhnya mengambilnya adalah barakah,
meninggalkannya adalah kerugian, dan sihir tidak mampu ke
atasnya.” (Riwayat Imam Muslim)

2
Ia adalah surah Madaniyah. Diriwayatkan oleh Imam al-Wahidiy dan
Naisaburiy dari Ikrimah, “surah pertama yang turun di Madinah
adalah surah al-Baqarah.” Ia mengandungi 286 ayat.

3
BAB 1

Golongan Sasaran Yang Bakal Mendapat

Hidayah: Ayat 1 - 7

‫ﱈﱊ ﱋﱌ‬
‫ﱆ ﱉ‬
‫ﱁﱂﱃﱄﱅ ﱇ‬

‫ﱍﱎﱏﱐﱑ ﱒﱓﱔﱕ‬

‫ﱖﱗﱘﱙ ﱚﱛﱜﱝﱞﱟﱠﱡﱢ‬

‫ﱧﱩ ﱪﱫﱬ‬
‫ﱨ‬ ‫ﱣﱤﱥﱦ‬

٧١

4
Tafsiran Ringkas Perenggan Pertama (Ayat 1-5)

‫ﱁﱂ‬
Huruf abjad Arab yang bertujuan mencabar orang Arab dalam seni
berbahasa mereka, dan sehingga kini tiada siapa yang boleh menyahut
cabaran untuk menandingi penyusunan ini ataupun mendatangkan yang
setanding dengannya. Bahkan menurut Ibnu Taimiyah3, setiap surah
yang dimulakan dengan huruf-huruf begini akan dituruti dengan
pernyataan membela al-Quran dan mengagungkannya. Gabungan huruf-
huruf ini merupakan antara keajaiban al-Quran dari segi bahasa dan
susunannya.

‫ﱈﱊ ﱋﱌ‬
‫ﱆ ﱉ‬
‫ﱃﱄﱅ ﱇ‬

Inilah dia al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad SAW, tiada


keraguan lagi bahawa ia dari Allah azza wa jalla dan segala isi
kandungannya adalah petunjuk bagi mereka yang takut kepada Allah
daripada kalangan orang mukmin yang menurut Ibnu Katsir: Iaitu
mereka yang melakukan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-
Nya.

‫ﱍﱎﱏﱐﱑ ﱒﱓﱕ‬

Ayat ini menghuraikan ciri-ciri orang bertakwa yang disebut dalam ayat
sebelumnya iaitu:

Mereka membenarkan apa yang tidak dapat dilihat dan didengar dengan
5
pancaindera mereka seperti syurga, neraka, ganjaran dan azab, hari
kiamat dan apa yang berlaku selepasnya.

Mereka mendirikan solat dengan menyempurnakan rukun, syaratnya


serta tertibannya dengan sempurna.

Mereka juga membelanjakan apa yang Allah kurniakan kepada mereka


untuk meraih redha Allah sama ada dalam sedekah ataupun
perbelanjaan harian mereka. Ibnu Abbas menyatakan, yang
dimaksudkan di sini adalah zakat wajib bagi harta. Ibnu Katsir
mengingatkan bahawa zakat dan solat sering digandingkan dalam

3 Ruj. Sofwatu al-Tafasir, Syeikh Muhammad Ali Assobuniy.

6
al-Quran, dapat memberi pemahaman bahawa Allah tidak memisahkan
antara keduanya kerana solat menjadi perlambangan hubungan kita
dengan Allah manakala zakat menjadi perlambangan hubungan kita
dengan manusia dalam menyumbangkan apa yang Allah kurniakan
untuk kita.

‫ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ ﱚﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱡﱢ‬

Mereka juga beriman dengan al-Quran dan kitab-kitab terdahulu seperti


taurat, injil dan zabur tanpa membezakan antaranya dalam keimanan
mereka. Dan mereka mengetahui akan hakikat akan berlakunya hari
akhirat dengan sepenuh keyakinan.

‫ﱧﱩ ﱪﱫﱬ‬
‫ﱨ‬ ‫ﱣﱤﱥﱦ‬

Mereka yang memiliki komponen inilah yang bakal mendapat


hidayah dari Allah dalam al-Quran ini dan akan menjadi pemenang
sejati dengan mendapatkan syurga firdaus yang tertinggi.

7
Rumusan Dan Tadabbur

Dari surah agung yang dinamakan dengan nama sapi betina di sini
dapat direnungkan suatu hikmah yang besar, kerana betapa banyak
surah dengan nama-nama yang agung tetapi tidaklah mengandungi
perbahasan sebesar apa yang dibincangkan dalam surah ini. Ini
membawa petunjuk kepada kita dalam mengamati sesuatu bukanlah
pada namanya sahaja, tetapi pada hakikatnya perkara itu. Ia juga satu
cetusan agar kita mengamati penciptaan haiwan yang bernama sapi
itu, betapa ia bertebaran di mana-mana dan memberi manfaat pada
manusia. Tetapi yang memeliharanya adalah jumlah yang sangat
kecil. Begitu jugalah surah ini manfaatnya sangat besar namun yang
menghafaznya dalam solat mereka sangatlah sedikit.

Surah ini merupakan surah awal al-Quran, mukaddimah surah ini


membela al-Quran dengan tegas bahkan mencabar manusia
seluruhnya akan kebenaran dan keajaibannya. Allah menyebutkan
tentang peranan al-Quran sebagai hidayah, tetapi Allah tidak
menghuraikan dalam muqaddimah ini apakah definisi dan
pendetilan hidayah itu tetapi pengkhususan ditekankan kepada,
siapakah yang mampu menerima hidayah ini.

Perenggan pertama ini memberi peruntukan empat ayat untuk


menjelaskan siapakah golongan sasaran yang akan mendapat
manfaat dari al-Quran di dunia dan akhirat ini. Maka empat ayat ini
menghuraikan kepada kita definisi al-Muttaqin.

Maka di sini kita boleh memahami konsep sahabat generasi awal


dalam ungkapan yang ringkas iaitu “kami adalah kaum yang diberi
keimanan sebelum al-Quran.” 4

Tafsiran Ringkas Perenggan kedua (Ayat 6-7)

4 Hadis riwayat Ibnu Majah Baihaqi.


18
‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌ‬

‫ﱖ ﱘ ﱙﱚ ﱛ‬
‫ﱗ‬ ‫ﱒﱔﱕ‬
‫ﱓ‬ ‫ﱍ ﱎﱏﱐﱑ‬

Sebab Nuzul

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa dua ayat ini merujuk kepada
kaum Yahudi di Madinah. Manakala dari Rabi’ bin Anas berkata, dua ayat
ini merujuk kepada pihak al-Ahzab dalam peperangan ahzab.

Tafsiran Ringkas

Iaitu mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah dan mendustakan


kerasulan Rasulullah SAW sama sahaja keadaan kufur mereka itu
samada diberi amaran ataupun tidak. Kerana Allah telah menutup pintu
hati mereka dari hidayah-Nya dan kesemua pancaindera mereka tidak
lagi dapat menerima cahaya keimanan maka kesudahan mereka adalah
azab yang pedih dan berkekalan.

19
Rumusan Dan Tadabbur

Mereka yang enggan mencari pedoman dari al-Quran adalah penentang


al-Quran. Mereka rasa bahawa merekalah yang menolak al-Quran.
Hakikatnya Allah yang menutupi hati mereka dari al- Quran sehingga
cahaya al-Quran tidak membangkitkan iman dan takwa di hati mereka.

Kerana mereka bergantung dengan pancaindera mereka dalam


menolak perkara ghaib, nescaya Allah mengurung mereka dalam
alam material sehingga pancaindera mereka langsung cacat dari
fungsi melihat kebenaran dan menyentuh cahaya iman. Walaupun al-
Quran berdentum dalam telinga mereka, mereka tetap tidak
mendengar kebenarannya. Walaupun kebenaran al-Quran
terpampang di hadapan mata, mereka tetap tidak nampak
petunjuknya. Walaupun al-Quran meruntun emosi dan perasaan
mereka, mereka tidak mampu untuk menjiwainya.

Jadilah mereka orang cacat di alam material, yang gagal mengecapi


hidayah al-Quran. Maka pengakhiran mereka sangatlah menakutkan
kerana kesesatan itu adalah permulaan bagi setiap musafir yang
binasa. Azab yang tidak bernoktah sedang menanti mereka.

18
BAB 2

Munafi k Dan Ha ki ka tny a : Ayat 8 - 20

Muqaddimah Dan Asbab Nuzul

Diriwayatkan oleh Imam ar Razi bahawa Ibnu Abbas menyatakan


turunnya ayat ini kepada golongan munafikin ahli kitab yang antara
mereka ialah Abdullah bin Ubai bin Salul, Mu’tab bin Qusyair dan al-
Jad bin Qais. Mereka ini, jika bertemu orang beriman, akan
menzahirkan keimanan dan kepercayaan dengan berkata: “Kami
telah mendapati dalam kitab kami pujian kepadanya dan sifat-
sifatnya”. 5

Said Hawwa telah membahagikan perenggan ini (ayat 8-20) kepada tiga
pecahan:6

1) Hakikat orang munafik.


2) Contoh perkataan mereka.
3) Perumpamaan mengenai mereka.

Imam al-Alusi menyatakan bahawa pembahagian manusia dalam


muqaddimah surah al-Baqarah ini hakikatnya dua bahagian sahaja,
tetapi dari segi pengajaran yang perlu diperhatikan terbahagi
kepada tiga. 7

5 Sofwatu at-Tafasir.
6 Aisaru at-Tafasir.
7 Ruh al-Maaniy.

19
Bahagian Pertama: Hakikat Orang Munafik

‫ﱜﱝ ﱞﱟﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧ‬

Allah menyatakan ada daripada kalangan manusia seolah-olah ia


bukanlah dari kelompok yang telah disebutkan dari ayat sebelum ini, iaitu
kaum mukminin ataupun puak kuffar. Ini kerana kaum munafik ini seperti
lalat yang menyinggah di kedua-dua kumpulan.8 Secara zahirnya mereka
menyatakan keimanan, tetapi hakikatnya mereka langsung tiada kena-
mengena dengan orang mukmin,9 terutama dalam dua perkara asas keimanan
iaitu iman dengan Allah dan hari kiamat.

‫ﱨﱩﱪﱫﱬﱭﱮﱯ ﱰﱱﱲ‬

Perilaku mereka ini seolah mereka sedang menipu Allah dan orang
beriman, padahal Allah tidak akan pernah boleh ditipu. Begitu juga
orang mukmin, kerana mereka sentiasa mendapat hidayah dan
taufik. Jadi yang sebenarnya tertipu dengan helah mereka ini adalah
diri mereka. Tetapi malangnya mereka tidak dapat menyedarinya.

‫ﱸ ﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀ‬
‫ﱹ‬ ‫ﱳﱴﱵﱶﱷ‬

Di dalam hati mereka ada penyakit nifak dan ragu-ragu. Kenifakan dan
keraguan ini Allah tambah lagi ke atas mereka setiap kali

8 Ruh al-Maaniy.
9 Sofwatu at-Tafasir.

18
mereka melakukan perbuatan nifak. Pengakhiran mereka sama dengan
orang kafir, atas persamaan mereka yang pada hakikatnya mendustakan
Allah dan hari akhirat walaupun zahir mereka seperti orang mukmin.

Rumusan Dan Tadabbur

Menurut Ibnu Katsir, kaum munafikin ini terbahagi kepada dua; pertama
golongan yang munafik secara iktikad dan yang kedua golongan yang
munafik dalam amalan.10 Yang dibincangkan di sini adalah munafik
secara iktikad kerana mereka ini tidak beriman dengan Allah dan akhirat
serta mendustakan al-Quran. Perkataan mereka masih menampakkan
iman tetapi hakikat dalam hati mereka penuh dengan kesangsian dan
juga kepura-puraan.

Menjaga hati adalah sangat penting bagi orang beriman. Menjaga


keyakinan kita kepada Allah dan hari akhirat dengan sentiasa sensitif
dengan perkara-perkara yang bersentuh soal ini. Hendaklah kita
menjauhi hati kita dari hal-hal keraguan. Menurut Syed Qutb,
keraguan dan kesangsian ini lahir dari kebaculan mereka untuk
menerima iman ke dalam hati, dan bacul untuk menafikannya di
dalam lisan.11

Bahagian Kedua: Contoh Perkataan Mereka

‫ﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊﲋﲌ‬

10 Sofwatu at-Tafasir.
11 Fi zilal al-Quran.

19
Apabila mereka dinasihati agar tidak melakukan maksiat dan
melanggar perintah Allah, mereka menyangkalnya bahkan mereka
menyatakan merekalah yang telah melakukan pembaikan. Menurut
Salman al-Farisi, peristiwa ini belum berlaku di zaman mereka. 12 Said
Hawwa pula menyebut contoh yang ada di zaman kini, di mana
golongan ini telah menggunakan istilah mencari kemajuan dan
kemodenan sebagai justifikasi kepada kemaksiatan mereka. 13

‫ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓﲔ‬

Allah menegaskan, bahkan mengkhususkan, bahawa merekalah


kerosakan itu dan kerosakan itu adalah mereka tetapi mereka tetap tidak
menyedarinya.14

‫ﲠ ﲢﲣ ﲤﲥ‬
‫ﲡ‬ ‫ﲕﲖﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞﲟ‬

‫ﲦﲧﲨﲩ‬

Begitu juga apabila dinasihatkan agar mereka beriman seperti orang


mukmin yang lain dengan belajar dan dengan ilmu, mereka
menafikan kejahilan mereka bahkan merekalah golongan jahil
muraqqab.15

12 Tafsir Ibnu Katsir


13 Aisar at-Tafasir.
14 Sofwatu at-Tafasir
15 Jahil yang dia adalah orang jahil.

18
‫ﲪﲫ ﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵ ﲶ‬

‫ﲺ‬ ‫ﲹ‬‫ﲷﲸ‬

Mereka bermuka-muka, apabila dengan orang mukmin mereka


mengaku beriman tetapi apabila berjumpa dengan orang kafir baik
Yahudi mahupun musyrikin mereka menyatakan solidariti mereka
dan kepura-puraan mereka dengan orang beriman.

‫ﲻﲼﲽﲾ ﲿﳀﳁﳂ‬

Mereka fikir mereka sedang mempersendakan Allah, sedangkan Allah


memperbodohkan mereka dengan membiarkan mereka tenggelam
dalam kejahatan mereka tanpa mereka sedar.

‫ﳃﳄﳅﳆ ﳇﳈﳉﳊﳋﳌ‬

‫ﳍﳎ‬

ereka ini ibarat orang yang menjual hidayah dan membeli


kesesatan. Inilah perniagaan yang rugi dan mereka pasti akan tidak
beroleh hidayah bahkan belum pula mereka memperolehinya.

Rumusan Dan Tadabbur

Kita mengambil pengajaran dalam ayat-ayat ini bahawa:

19
1) Menerima nasihat dan teguran serta meninggalkan kejahatan
adalah jalan orang mukmin manakala berkeras dan
meneruskan kesalahan dengan alasan dan justifikasi palsu
adalah jalan munafik.
2) Belajar dan memerangi kejahilan adalah jalan keimanan.
Keegoan dan redha dengan kejahilan itu jalan munafik.
3) Kebersamaan sepenuh hati adalah dengan orang mukmin,
manakala dengan orang kafir perlu ada tajarrud dan tamayyuz.

… ‫…وإن لكل ملك حمى أَل وإن حمى هلال محارمه‬

… Bagi setiap raja ada kawasan larangannya tidaklah kawasan


larangan Allah itu melainkan perkara yang Allah haramkan …
(Riwayat Bukhari dan Muslim16 )

Bahagian Ketiga: Perumpamaan Yang

Menghuraikan Kedudukan Sebenar Keadaan

Mereka

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉ ﱊﱋﱌ‬

‫ﱍﱎﱏﱐﱑﱒ‬

Perumpamaan orang munafik seperti orang yang menghidupkan api


bagi mendapatkan haba dan cahaya sekelilingnya, namun Allah
memadamkan dari orang munafik cahaya yang diperlukannya dan
membiarkan mereka buta dalam kegelapan. Keadaan mereka penuh

16 Hadith 40 Imam Nawawi.

18
dengan keraguan dan ketidak- pastian, walaupun mereka telah
menyalakan api yang terang.

‫ﱓ ﱔﱕﱖﱗﱘﱙ‬

Jadilah mereka itu orang tuli, bisu dan buta yang tidak tahu jalan pulang
kepada kebenaran.

‫ﱚﱛﱜﱝﱞ ﱟﱠﱡﱢﱣﱤ‬
‫ﱩﱫﱬﱭﱮ‬
‫ﱪ‬ ‫ﱥﱦﱧ ﱨ‬

Perumpamaan kedua ini lebih rinci iaitu keadaan mereka seperti dalam
kegelapan di kala langit diselubungi awan pekat yang mengandungi
guruh dan petir sehingga orang munafik ini memasukkan hujung jarinya
bagi menutupi lubang telinga mereka kerana takut akan kematian.
Padahal Allah menguasai orang yang kufur dengan-Nya sepenuhnya.
Seolah jari mereka itu mampu menghalang kuasa Allah.

‫ﱲ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼﱽ‬
‫ﱳ‬ ‫ﱯﱰﱱ‬
‫ﲃﲅﲆﲇﲈ ﲉﲊﲋ‬
‫ﲄ‬ ‫ﱾﱿﲀﲁﲂ‬

Petir yang terang tiba-tiba itu hampir membutakan mata kerana cahaya
yang berlebihan setiap kali menyambar sekitar mereka. Bila keadaan
terang, mereka mula melangkah dan bila kembali kelam mereka tidak
berbuat apa apa. Sedangkan jika Allah menambah

19
cahaya kilat dan kuatnya suara guruh akan pekak dan butalah
mereka. Sesungguhnya Allah sangat mampu melakukan apa sahaja.
Kedangkalan mereka dalam menyedari kuasa Allah menjadikan
mereka berani melawan perintah-Nya. Sedangkan mereka diberi
peluang untuk terus menambah kebinasaan dalam buku dosa
mereka.

Rumusan Dan Tadabbur

Kekuasaan semuanya milik Allah dan keselamatan hanya ada apabila


bersama Allah sahaja. Tiada jalan selamat melainkan dengan Allah, maka
berserahlah kepada Allah nescaya kita akan selamat. Tipu daya dan
helah terhadap Allah adalah memakan diri setiap kali seseorang itu
merasakan dia telah berjaya mengenakan Allah dengan menyekat
kemaraan Islam, dia sedang dipermainkan oleh Allah.

Dalam perenggan ini Allah telah merujuk orang munafik sebagai


kafirin. Inilah hakikat sebenar mereka. Perumpamaan ini diberikan
untuk mendedahkan kemungkinan-kemungkinan iman mereka yang
tidak pernah ada. Kita perlu yakin dengan Allah dalam setiap
kedukaan umat Islam akibat rencana kaum kuffar adalah dalam
perhatian dan kawalan Allah. Kukuhkanlah keimanan dan teruskan
berusaha.

18
BAB 3

Seruan Keimanan Dan Perbezaan Sikap Orang

Kafir Berbanding Orang Beriman Dalam

Menerima Al- Quran: Ayat 21 - 29

Tuntutan Beribadah Dan Mentauhidkan Allah

‫ﲌﲍﲎﲏﲐﲑ ﲒﲓﲔﲕﲖﲗ‬
‫ﲘﲙﲚ ﲛﲜﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣ ﲤ‬
‫ﲨﲪﲫﲬﲭﲮ ﲯﲰ‬
‫ﲩ‬ ‫ﲥﲦﲧ‬

Selepas Allah menerangkan pembahagian kaum manusia kepada tiga


golongan dalam menerima al-Quran, Allah menyeru seluruh kaum
manusia ini kepada mengabdikan diri kepada-Nya. Seruan ini Allah
sandarkan dengan hujah bahawa Dialah yang telah menciptakan
manusia yang diseru itu serta asal usul mereka, dan dengan
mengabdikan diri kepada Allah sahajalah manusia dapat mencapai
ketakwaan. Bahkan Allah jua yang memberikan kita nikmat-nikmat
asas seperti muka bumi yang selesa untuk dihuni,
langit yang kukuh memayungi dan penurunan hujan sebagai
sumber asas kepada segala rezeki yang terbit darinya. Di sini kita
faham bahawa kelayakan Allah dihuraikan dan tiada sesuatupun
yang memiliki kelayakan ini, maka janganlah melantik sekutu atau
19
bandingan bagi-Nya. Bahkan manusia telah mengetahui hal ini.
Imam as-Sa’diy menyatakan bahawa orang Quraisy dan Yahudi telah
mengetahui akan hakikat rububiyatillah, tetapi mereka tetap
menyekutukan Allah dalam sembahan mereka dan apa yang mereka
lakukan ini adalah kebodohan yang paling bodoh, bahkan keajaiban
yang paling aneh. 17 Ibnu Abbas menyatakan bahawa maksud ibadah
di dalam al-Quran semuanya adalah tauhid kepada Allah. 18

Ayat ini menghuraikan sepotong ayat dalam surah al-Zariyaat :

‫ﱣ ﱤﱥﱦﱧﱨﱩ‬

Matlamat penciptaan jin dan manusia itu adalah mentauhidkan Allah


dalam ibadah.

Rumusan Dan Tadabbur

Seruan ibadah telah disasarkan kepada sekalian manusia walaupun


manusia itu telah dimaklumkan ada tiga golongan. Namun yang
hanya akan patuh adalah mereka yang memiliki ketakwaan kepada
Allah. Apabila mereka patuh kepada Allah, mereka akan
mencapainya secara pasti. Ibadah ini juga adalah membawa erti
mengenali dan mengesakan Allah. Maka tidak benar iman tanpa ilmu
dan perkataan ibadah itu adalah dalam bentuk perintah

17 Taisir al-Karimu al-Rahman.


18 Asas Fi Tafsir.

18
perbuatan. Maka iman, ilmu dan amal adalah seruan yang
bercantum dalam rangka mencapai takwa.

Allah mengungkit nikmat-Nya kepada manusia agar manusia mendapat


sebab bagi mentaati-Nya, walaupun Allah sememangnya adalah ilah
yang Esa. Tetapi rahmat dan kasih saying-Nya telah merasionalkan
kehambaan kita kepada-Nya dengan mengingatkan semua nikmat
kepada kita. Bersyukur adalah sebahagian dari makasid ibadah. Seperti
sabda Nabi; tidakkah aku menjadi hamba- Nya yang bersyukur.

‫ﳑ‬ ‫ﳐ‬ ‫ﳆﳇﳈﳉﳊﳋ ﳌﳍﳎﳏ‬


‫ﳒﳓﳔ ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇ‬

‫ﱌﱎﱏﱐﱑﱒ ﱓﱔ‬
‫ﱍ‬ ‫ﱈ ﱉﱊﱋ‬

‫ﱣ‬ ‫ﱢ‬ ‫ﱝﱟ ﱠﱡ‬


‫ﱞ‬ ‫ﱙﱛﱜ‬
‫ﱚ‬ ‫ﱕﱖﱗﱘ‬

‫ﱤﱥﱦﱧ‬

Allah mencabar orang yang meragui kebenaran al-Quran yang


diturunkan kepada Rasulullah SAW secara berperingkat-peringkat,
untuk mendatangkan satu surah sahaja seperti yang telah
diwahyukan dengan pengertian, keindahan bahasa dan keajaiban
yang sama. Cabaran ini terbuka kepada semua manusia dan jin 19. Jika
mereka benar dalam membangkang al-Quran. Mereka telah gagal
melakukannya dahulu dan mereka pasti tidak akan berjaya

19 Tafsir al-Baidhowiy.

19
pada masa akan datang 20 , maka jalan yang disarankan oleh Allah
adalah takutlah pada ancaman neraka yang mana apinya dinyalakan
dari manusia yang dibakar di dalamnya dan batu batu yang telah
dikhususkan untuk orang kafir.

Manakala orang yang beriman dengan Allah dan melakukan tuntutan


iman, maka beritakan kepada mereka akan syurga yang damai
dengan sungai yang mengalir di bawahnya. Setiap kali mereka
mendapat makanan di dalamnya, mereka akan berkata kami telah
diberi makan makanan seperti ini dari segi rupa dan warnanya tetapi
rasanya tidak pernah sama. 21 Dan pasangan22 mereka di dalam syurga
sentiasa bersih suci23. Bahkan mereka akan kekal di dalamnya.

Rumusan Dan Tadabbur

Allah mengajar kita untuk menolak keraguan dengan penilaian logik.


Iaitu jika kita rasa al-Quran ini bukan suci dan dari yang Maha Agung
maka kita pasti boleh mendatangkan sepertinya, atau salah satu
surah sepertinya. Namun jika kita gagal dan tidak mampu, maka apa
salahnya kita mengelakkan dari terjerumus ke dalam neraka. Jika ia
tidak benar, kita tidak rugi apa apa. Tetapi jika ia benar, api yang
dinyalakan dengan manusia dan batu akan menjadi tempat tinggal
mereka yang mendustakan al-Quran.

Ganjaran untuk orang beriman dan beramal adalah kenikmatan di


atas kenikmatan. Kita akan ditempatkan dalam tempat yang nikmat,
dengan makanan yang nikmat dan ditemani oleh penghuni- penghuni
yang penuh kenikmatan dan akan tidak dihurung

20 FathulQadir.
21 AsasFi Tafsir.
22 Sofwatu at-Tafasir.

23 Fathul Qadir.

20
kebimbangan akan hilangnya nikmat itu. Alangkah nikmatnya
kesudahan ini. Bahkan kenikmatan yang tiada sudah baginya.

Perbezaan Sikap Mukmin Dan Kuffar terhadap

Al- Quran

‫ﱳﱵﱶ‬
‫ﱴ‬ ‫ﱩﱪﱫﱬﱭﱮﱯﱰﱱﱲ‬

‫ﱼﱾﱿﲀﲁ‬
‫ﱽ‬ ‫ﱷﱸﱹﱺﱻ‬
‫ﲍ ﲏ‬
‫ﲎ‬ ‫ﲆﲈﲉﲊﲋﲌ‬
‫ﲇ‬ ‫ﲂﲃﲄ ﲅ‬

‫ﲐﲑﲒﲓﲔ‬

Asbab Nuzul

Ibnu Jarir at-Tobari dan as-Sa’diy menaqalkan bila Allah beri


perumpamaan berkenaan orang munafik mereka mempersoalkan
tentang apakah yang mulia memberi perumpamaan seperti ini. Lalu
turunlah ayat ini. Riwayat ini adalah lebih sahih menurut Ímam as-
Suyuthiy, berbanding berkenaan perkataan orang Quraisy yang
mempertikaikan tentang misalan al-Quran pada berhala mereka
yang tidak boleh mengapakan lalat dan juga permisalan mereka
menyembah selain Allah seperti lelabah membuat sarang. 24

Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan menggunakan semua


kaedah dan keindahan bahasa Arab, perumpamaan adalah sebahagian
darinya. Ayat ini menolak semua pandangan yang

24 Lubab an-Nuqul Fi Asbab an-Nuzul.

21
mengatakan tiada perumpamaan dalam al-Quran. Maka seumpama
nyamuk dan yang lebih kecil darinya juga Allah tidak malu untuk
mengangkat makhluk-makhluknya itu untuk disebut dalam al-
Quran. Sains kini membuktikan betapa hebatnya penciptaan
nyamuk. Bahkan ada makhluk lain yang memang benar-benar hidup
di atasnya sama seperti zahir ayat. Maka orang mukmin tiada
masalah menerimanya kerana mereka yakin bahawa ia datang dari
Allah, mereka mencari pengajaran dari perumpamaan apa pun yang
Allah sebutkan di dalam al-Quran. Tetapi orang yang tidak mahu
beriman akan mencari seribu satu alasan untuk mempertikaikannya.

Setiap kali turunnya wahyu, ia akan menambah iman orang mukmin dan
menambah kesesatan orang kafir yang sentiasa mahu keluar dari
ketaatan kepada Allah.25

Rumusan Dan Tadabbur

Persoalannya bukan pada apa yang diperintahkan, tetapi siapa yang


memerintahkan. Orang beriman tidak memandang sebarang
perintah dan larangan Allah itu kecil kerana Allah maha besar di hati
mereka. Iman adalah asas kepada menerima al-Quran.

Ciri-Ciri Orang Fasik

‫ﲕﲖﲗ ﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞﲟﲠﲡ‬

‫ﲥﲧﲨﲩﲪ ﲫ‬
‫ﲦ‬ ‫ﲢ ﲣﲤ‬

‫ﲰ ﲲﲳﲴﲵﲶﲷ‬
‫ﲱ‬ ‫ﲬﲭﲮﲯ‬
‫ﲸﲹﲺ ﲻﲼﲽﲾﲿﳀﳁﳂﳃﳄ‬

‫ﳈﳊﳋﳌﳍﳎ‬
‫ﳉ‬ ‫ﳅﳆﳇ‬

25 Fathul Qadir.

22
Orang fasik dihuraikan dalam ayat ini dengan ciri-cirinya seperti
berikut:

1) Tidak mematuhi perjanjian mereka dengan Allah.


2) Sering memutuskan silaturrahim dan ukhuwah Islamiyah.
3) Sering melakukan maksiat dan keingkaran kepada Allah di
muka bumi.
4) Kehidupan mereka seperti ini adalah sebuah kerugian yang
nyata.

Allah menjelaskan betapa tidak logiknya untuk berkelakuan seperti


mereka kerana:

1) Allah telah menghidupkan mereka.


2) Mereka akan dimatikan semula.
3) Mereka akan dihidupkan dan akan berjumpa dengan Allah.
4) Allah menjadikan segala apa yang ada di muka bumi.
5) Allah menuju ke langit dan menciptakannya tujuh tingkat 26
6) Allah maha mengetahui segalanya.

Rumusan Dan Tadabbur

Perkataan fasik diambil dari makna perkataan Arab, keluar dari


sesuatu. Maka orang fasik ini telah keluar dari ketaatan kepada

26 Ruh al-Maaniy, Asas Fi Tafsir, an-Nasafiy.

23
Allah. Maka ini adalah perbuatan yang sangat bercanggahan dengan
logik kejadian manusia yang berhutang segalanya dengan Allah.

Namun kejahilan manusia dan kegagalannya dalam memelihara nafsu


membuatkan mereka telah meletakkan diri mereka dalam kerugian yang
nyata.

34
BAB 4

Pencip ta an Adam Dan Permusuhan Iblis:

Ayat 30 - 39

Kisah Permulaan Penciptaan Adam Yang

Mengejutkan

‫ﱉ ﱋﱌ‬
‫ﱊ‬ ‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈ‬

‫ﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓ ﱔﱕﱖ‬

‫ﱗﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ‬

Allah menceritakan tentang permulaan penciptaan Adam yang


menjadikan para malaikat berasa aneh dan tertanya-tanya, apakah
hikmah penciptaan khalifah di muka bumi ini sedangkan mereka
sentiasa dalam keadaan patuh dan taat kepada Allah. Sedangkan sifat
yang difahami dari perkataan khalifah itu adalah gambaran
pertumpahan darah dan pelanggaran yang bertentangan dengan
keadaan mereka. Jika dalam ayat sebelum ini Allah menjelaskan
tentang manusia dan bahagian-bahagian mereka, kini Allah

3333
membuka lembaran baru dalam memperkenalkan makhluknya yang
lain dari kelompok manusia, iaitu malaikat dengan sifat sifat mereka
yang suci dan mulia. Dialog ini juga membawa kefahaman
kepada kita akan malaikat itu memiliki akal. Allah menyatakan Dia
mengetahui apa yang akan berlaku yang malaikat tidak mengetahuinya.
27

‫ﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧ ﱨﱩﱪﱫ‬

‫ﱷﱹﱺﱻﱼ‬
‫ﱸ‬ ‫ﱬﱭﱮﱯﱰ ﱱﱲﱳﱴﱵﱶ‬

‫ﲁﲃﲄﲅﲆ ﲇﲈﲉﲊﲋ‬
‫ﲂ‬ ‫ﱽﱾﱿﲀ‬

‫ﲌﲍﲎﲏﲐ ﲑﲒﲓﲔﲕ‬

Setelah itu Allah mengajarkan Adam alaihissalam yang diciptakan


sebagai khalifah itu segalanya28. Kemudian Allah membentangkan
segalanya kepada malaikat dan bertanya kepada mereka tentang nama-
nama benda itu, bagi menunjukkan kelebihan Adam yang dijadikan
khalifah dan bukan malaikat29, serta menolak persoalan yang malaikat
timbulkan.

Malaikat yang suci mengakui kelemahan mereka di hadapan Allah


dan menyucikan Allah dari segala kekurangan dan akur pada
kebijaksanaan Allah yang maha tinggi.

Lalu Allah buktikan kepada para malaikat dengan mempamerkan


kekuatan Adam mengetahui apa yang diajarkan kepadanya. Kemudian
Allah mengingatkan para malaikat bahawa Allah maha

27 Rumusan dalam perbincangan dalam Ruh al-Maaniy, muka 334-343.


28 Menurut Ibnu Abbas, semuanya itu termasuk nama-nama hidangan dan rempah ratus. Ruj Sofwah
Tafasir.
29 Sofwah at-Tafasir.

34
mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi, Allah mengetahui apa
yang mereka zahirkan dan apa yang mereka sembunyikan.

Rumusan Dan Tadabbur

Dalam ayat ke-30, Allah menunjukkan kepada kita betapa Allah juga
bermusyawarah dengan para malaikatnya sebagai taklimat
persediaan tentang kewujudan makhluk baru dan penggalas tugas
khalifah muka bumi. Allah tidak memerlukan pandangan malaikat,
tetapi kita dapat mengambil iktibar dalam pengurusan kita
bermusyawarahlah sebelum melakukan sesuatu usaha.

Ayat ini juga memperkenalkan kepada kita makhluk yang bernama


malaikat yang jujur dan amanah dalam melakukan tugasan-tugasan
pengabdian mereka.

Kita juga dapat memerhatikan bahawa walaupun dengan ketaatan


malaikat Allah, tetap juga membuktikan kelayakan Adam dalam
menyerahkan tugas khalifah ini kepadanya. Kompetensi dalam
beramal adalah sangat penting dibuktikan sebelum sebarang amal
jama’i dimulakan.

Soalan ada bermacam jenis dan gaya, tetapi ada dua tujuan sahaja iaitu

1) Jujur ingin tahu, dan


2) Enggan mentaati.

Maka malaikat bertanya adalah kerana ingin tahu akan hikmat


penciptaan makhluk bernama manusia ini. Ulamak ada beberapa
andaian bagaimana malaikat menyangka manusia bakal
menumpahkan darah dan melakukan kekufuran:

1) Ibnu al-Jazziy berpendapat, mereka pernah diperintahkan


memerangi jin yang melakukan kemungkaran di muka bumi.

3333
2) Mereka mengetahui dari bacaan mereka di luh mahfuz 30
3) Ibnu Jarir al-Tobariy menjelaskan, antara makna khalifah itu
adalah mengadili antara yang hak dan bathil 31

Adam Di Syurga Dan Permusuhan Dengan Iblis

‫ﲖﲗﲘﲙ ﲚﲛﲜﲝﲞﲟﲠ‬

‫ﲡﲢ ﲣ‬

Apabila Adam diciptakan dan diangkat sebagai khalifah muka bumi,


maka baginda dirai dengan diperintahkan malaikat sujud kepadanya
sebagai penghormatan dan bukan ibadah semua malaikat seperti
biasa patuh akan perintah Allah melainkan Iblis yang enggan dan
sombong. Maka tergolonglah dia dalam golongan yang kufur.

‫ﲤ ﲥ ﲦ ﲧ ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲮﲯ ﲰ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ‬

‫ﳃﳅﳆ‬
‫ﲽ ﲿﳀ ﳁ ﳂ ﳄ‬
‫ﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼ ﲾ‬

‫ﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋﳌ‬

Lalu Adam diberikan pasangan dan ditempatkan di dalam syurga dan


diberikan kenikmatan seluruhnya, dengan satu pantang atau

30 Ruh al-Maani.
31 Asas Fi Tafsir.

34
larangan iaitu sebatang pohon yang tidak boleh dihampiri. Jika
melanggar pantang ini maka akan termasuk dalam kalangan orang
yang zalim. Syaitan telah memainkan konspirasi menggelincirkan
Adam dari larangan ini dan mengeluarkannya dari syurga yang
penuh kenikmatan. Maka bermulalah permusuhan antara dua
makhluk awal ini dan diletakkan mereka (Adam, Hawwa dan Iblis) di
bumi yang stabil dan memiliki keenakan sehingga ke suatu tempoh.

‫ﳓﳕﳖﳗﳘﳙ ﱁﱂﱃ‬
‫ﳔ‬ ‫ﳍﳎﳏﳐﳑﳒ‬

‫ﱄﱆﱇﱈﱉﱊﱋ ﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒ‬
‫ﱅ‬

‫ﱚﱜﱝﱞﱟ‬
‫ﱛ‬ ‫ﱓﱔﱕ ﱖﱗﱘﱙ‬

Adam belajar pelajaran baharu di muka bumi iaitu kalimah taubat, lalu
Allah menerima taubat Adam dan menurunkan kepadanya hidayah.
Sesiapa dari kalangan anak Adam yang menuruti hidayah ini akan hilang
ketakutan kepada selain Allah dan akan sentiasa redha. Manakala orang
yang menuruti iblis dan tidak beriman dengan wahyu, maka mereka
akan menghuni neraka dan kekal di dalamnya.

3333
Rumusan Dan Tadabbur

Allah menyifatkan keengganan iblis itu sebagai angkuh. Maka semua


yang kufur mewarisi kesombongan yang sama, padahal tiada sebarang
asas untuk makhluk menjadi sombong. Ketawadhukan malaikat adalah
kunci kepada keselamatan mereka dari kemurkaan Allah.

Syurga adalah asal manusia, atas perintah Allah. Tetapi syaitan telah
mengeluarkan manusia darinya, lalu konspirasi jahat iblis ini telah
menjadikan manusia dan iblis musuh yang akan berperang di muka
bumi.

Berdasarkan ayat ke-30, bumi ini disediakan sejak awal lagi untuk
ditadbir oleh manusia. Tetapi asbab keberadaan manusia di bumi adalah
kedengkian iblis kepada Adam. Bagaimanapun licik perancangan
seseorang, dia hanyalah berkitar dalam perancangan Allah.

Kelebihan terhebat manusia dalam dua perenggan ini adalah


kebolehannya belajar dan mengajar. Ini berbeza dengan sifat
malaikat yang tiada nafsu dan keinginan untuk belajar, dan juga iblis
yang tidak mampu mendapatkan ilmu dan kebenaran kerana
keangkuhan nafsunya. Maka manusia harus menyuburkan
tawadhuknya dan mendapatkan ilmu-ilmu yang benar dari hidayah
Allah, agar mereka berani dan bahagia di dunia ini dan berakhir
dengan mencapai destinasi mereka yang sebenar iaitu syurga Allah.

Permusuhan manusia dan iblis ini adalah warisan yang awal. Tetapi
medannya adalah dalam mentaati Allah. Iblis tidak boleh
mengapakan kita jika kita bernaung dengan hidayah Allah. Maka
sesiapa yang mengikuti iblis dan meninggalkan pengabdian diri
kepada Allah, dia telah mengkhianati kaum manusia dan belot
menjadi ejen iblis dalam rupa manusia. Maka dia akan kembali ke
tempat yang sama dengan iblis.

34
BAB 5

Seruan Kepada Bani Israel ( Yahudi)

Supaya Beriman: Ayat 40 - 48

Muqaddimah

Ayat 40-48 ini adalah muqaddimah pada topik besar kita selepas ini,
di mana sekitar 100 ayat akan membicarakan tentang kaum Yahudi.
Bahkan surah al-Baqarah secara intensif mengisahkan perihal
mereka sebagai panduan kepada orang beriman dalam bermuamalah
dengan golongan ini.

Allah mempelbagaikan gaya bahasa dalam berbicara tentang


mereka. Dalam bahagian ini Allah menyebut mereka sebagai Bani
Israel dan mengingatkan mereka tentang kurnia-Nya kepada mereka
yang akan dirincikan pada bahagian-bahagian selepas ini.32

Dalam bahagian ini juga Allah menyeru kaum Yahudi agar


mengakui kebenaran yang mereka telah tahu sejak sekian lama.
Berdasarkan ilmu Taurat dan pengetahuan agama mereka, telah jelas
Muhammad SAW dan risalah al-Quran adalah benar. 33

32 Sofwah at-Tafasir
33 Fi Zilal.

3333
‫ﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨ ﱩ‬

‫ﱪﱫﱬﱭ‬

Wahai keturunan Yaakub a.s. ingatlah nikmat-Ku yang telah


Kukurniakan ke atas kalian dan penuhilah janji kalian pada-Ku
nescaya Aku akan memenuhi janji-Ku pada kalian dan takutlah hanya
pada-Ku.

Ayat ini menunjukkan seruan yang dimulakan dengan kasih sayang


Allah memanggil mereka dengan induk mereka yang taat kepada
Allah dan menyuruh mereka mengingati nikmat-nikmat yang telah
mereka kecapi agar mereka memenuhi janji untuk taat pada ajaran
Taurat, yang antara isinya adalah suruhan beriman dengan
Rasulullah yang sedang mereka nantikan bahkan itulah dorongan
mereka memenuhi bumi Madinah.34 Nescaya Allah akan memenuhi
janji-Nya kepada Bani Israel dari segi ganjaran dan pahala. 35 Dan
takutlah sungguh-sungguh hanya pada Allah.

‫ﱸﱺﱻﱼ‬
‫ﱮﱯﱰ ﱱﱲﱳﱴﱵﱶﱷ ﱹ‬

‫ﱽﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅ ﲆﲇﲈﲉﲊ‬

Allah menyeru agar orang Yahudi beriman dengan wahyu yang Allah
turunkan, yang bersifat membenarkan apa yang yang terkandung
dalam Taurat, dan jangan menjadi orang pertama yang kufur dari
kalangan ahli kitab36. Ibnu Abbas menyebut bahawa mereka dikira
yang pertama kerana merekalah yang telah

34 Raheeqal-Makhtum.
35 Sofwah at-Tafasir.
36 Sofwah at-Tafasir.

34
mengetahui akan kenabian ini sedangkan orang lain belum
mengetahuinya. 37 Dan janganlah kamu mencari tukaran dengan ayat-
ayat Allah kerana kepentingan duniawi dan takutlah kepada Allah.

Jangan pula kamu mencampurkan antara yang hak dan yang batil serta
menyembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya. Kerana
Taurat telah menceritakan hal Muhammad SAW secara terperinci. 38

‫ﲋﲌﲍ ﲎﲏﲐﲑﲒ‬

Maka tunaikanlah solat dan bayarlah zakat bersama-sama dengan


sahabat sahabat Nabi.

‫ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛﲜ ﲝ ﲞ ﲟ‬

Asbab Nuzul

Ada seorang Yahudi di Madinah berkata kepada ipar duainya dan beberapa orang lain ada di antara
mereka yang merupakan saudara susuannya yang telah beragama Islam, “tsabatlah kalian di
atas agama kalian, sesungguhnya kalian berada di atas kebenaran.” 39

37 Asas Fi at-Tafsir.
38 Sofwah at-Tafasir.
39 Lubab an-Nuqul Fi Asbab an-Nuzul.

3333
Inilah kepelikan yang dahsyat apabila dia menyuruh orang Islam teguh
di atas Islam kerana ini agama yang dia yakini benar. Tetapi dia tidak
pula memeluk Islam.

‫ﲢﲤﲥﲦﲧﲨ ﲩﲪﲫﲬ‬
‫ﲣ‬ ‫ﲠﲡ‬

‫ﲭﲮﲯﲰﲱﲲ‬

Mintalah bantuan kepada Allah dengan bersabar menempuh


kesusahan40 kerana meninggalkan kehidupan lama yang ada
kesenangan duniawi di kalangan orang Yahudi, atau pandangan lain
berkata sabar di sini maksudnya dengan berpuasa dan solat. 41 Solat ini
sukar melainkan ke atas mereka yang khusyuk.

Mereka yang khusyuk itu ialah mereka yang yakin akan dipanggil
bertemu Allah dan benarlah mereka akan bertemu dengan Allah, bahkan
Dialah tempat mereka kembali. Dikhususkan solat di sini kerana
Rasulullah SAW apabila ditimpa hal-hal yang berat, baginda akan
menyeru bilal untuk memanggil sahabat melakukan solat. 42

‫ﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻ ﲼﲽﲾﲿ‬

‫ﳀﳁﳂﳃﳄﳅﳆﳇ ﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏ‬

‫ﳐﳑﳒ‬

Wahai Bani Israel, ingatlah nikmat-Ku yang diberikan kepadamu


antaranya memberi kelebihan kepadamu di atas sekalian alam, bahkan
takutlah pada hari akhirat yang tiada pembelaan serta tiada

40 Sofwah at-Tafasir.
41 Tafsir al-Baidhowiy.
42 Sofwah at-Tafasir.

36
persaksian untuk kamu. Ini adalah antara konsep perkauman Yahudi
yang sentiasa membela kaumnya dalam apa jua keadaan.

Rumusan Dan Tadabbur

Ayat-ayat ini merupakan permulaan seruan kepada Yahudi, tetapi ia


juga merupakan peringatan kepada orang mukmin agar memelihara
diri dalam suruhan dan larangan yang sama. Ini disebut dalam tafsir
sebagai khusus al-sabab wa umum al-ibrah.43

Allah ada kalanya menyuruh kita mensyukuri-Nya dengan menyebut


nikmat nikmat-Nya. Adakala pula menyuruh kita mensyukuri-Nya
dengan menyebutkan kehebatan-Nya. Yang penting bukanlah
nikmat itu, tetapi yang memberi nikmat. Adakala manusia terlalu
leka dengan nikmat maka di ingatkan kepada pemberi nikmat, dan
adakala manusia terlalu leka lebih jauh lagi maka nikmat nikmat itu
pun perlu diperingati.

Setelah Allah angkat Bani Adam sebagai khalifah, Allah ingatkan kaum
Yahudi akan kemuliaan yang diberi kepada Nabi Yaakub dan nabi-nabi
selepasnya.

Solat adalah talian hayat kita dalam mencari pertolongan dari Allah.
Maka perbanyakkanlah solat di kala kesempitan dan bersabarlah,
dalam kesabaran itu ada keindahan bantuan Allah.

Hendaklah kita mengharapkan kesudahan yang baik dari Allah kerana


sangkaan dan harapan kita itu akan menyelamatkan kita apabila
bertemu dengan Allah. Dalam satu hadis Qudsi, Allah menyebut
“Sesungguhnya Aku sepertimana yang hamba-Ku sangkakan pada-Ku.”

43 Diturunkan kepada golongan yang tertentu, tetapi boleh diambil pengajaran oleh semua.

35
BAB 6

Kisah Bani Israel Dan Nabi Musa

Diselamatkan Daripada Firaun: Ayat 49 - 54

Allah memulakan perenggan ini dengan menyebut sejarah Bani Israel


dengan Firaun. Kisah di sini dimulakan sebelum Nabi Musa
dilahirkan sehingga baginda menerima Taurat. Kisah tiga penjuru ini
akan berulang di banyak tempat lain dalam al-Quran.

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈ ﱉﱊ‬
‫ﱌﱎﱏﱐ ﱑﱒﱓﱔ‬
‫ﱍ‬ ‫ﱋ‬

Ketika mana Allah menyelamatkan kamu (Bani Israel) dari suku Firaun
yang telah menyiksa kamu dengan berat dan menyembelih anak anak
lelaki kamu dan membiarkan anak anak perempuan kamu. Demikian itu
adalah nikmat yang besar dari Tuhan kamu.

Imam Qurtubi membahagikan ayat ini kepada 13 masalah. Kita sertakan


sebahagian sahaja kerana sebahagian besarnya adalah masalah nahu.

Firaun: ia adalah gelaran bagi raja-raja Dinasti Qibti, yang telah


memerintah lembah Sungai Nil.

47
Keluarga Firaun: pengikutnya yang melaksanakan perintah dan
suruhannya.

Azab yang berat: Firaun telah memperhambakan Bani Israel dalam


pemerintahannya. Setiap Bani Israel dibahagikan kepada tugasan-
tugasan khusus, iaitu sebagai buruh binaan, petani, penternak dan
pekerja kasar. Siapa yang tidak berada dalam golongan ini akan
dikenakan cukai.

Firaun juga membunuh anak anak lelaki Bani Israel kerana


takutkan mimpinya. Bani Israel bersabar dan terus mentaati Allah,
maka sebab itulah mereka dikurniakan nabi yang ramai dari bangsa
mereka.44

‫ﱕﱖﱗﱘﱙ ﱚﱛﱜﱝﱞﱟ‬

Kemudian Allah telah menyelamatkan mereka dari firaun dengan


membelah laut untuk mereka dan menenggelamkan Firaun di
hadapan mata mereka.

Kisah membelah laut ini adalah keajaiban yang merupakan mukjizat


besar kepada nabi Musa dan bukti kekuasaan Allah ke atas orang kafir.45

‫ﱠﱡﱢ ﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫ ﱬ‬
‫ﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵ‬

Kemudian Allah menyebut kisah Nabi Musa menerima Taurat


selama 40 hari di Jabal Tur, serta kisah Samiri membuat patung anak
lembu dan ini adalah perbuatan zalim. Namun Allah memaafkan
mereka, selayaknya mereka bersyukur.

44 Tafsir al-Qurtubi.
45 Sofwah at-Tafasir.

46
Diriwayatkan Nabi Musa pergi sepanjang Zul Kaedah dan 10 hari
Zulhijjah.46

‫ﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽ‬

Allah memberikan Taurat kepada Nabi Musa sebagai membezakan


antara hak dan batil, dan semoga menjadi petunjuk bagi bani Israel.

‫ﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅ ﲆﲇﲈﲉ‬
‫ﲓﲕ‬
‫ﲔ‬ ‫ﲊﲋﲌﲍ ﲎﲏﲐﲑﲒ‬
‫ﲖﲗﲘ ﲙ‬

Kemudian Nabi Musa menyatakan kepada mereka syariat taubat di


zaman mereka. iaitu untuk kembali kepada Allah pencipta mereka
maka hendaklah mereka membunuh sesama mereka. Lalu akan
diampunkan ke atas mereka semua, sesungguhnya Allah maha
menerima taubat lagi maha penyayang.

Dalam riwayat dari Ibnu Abbas, beliau berkata bahawa taubat


mereka adalah dengan membunuh setiap dari mereka sesiapa yang
dijumpai dari anak atau ayah, hendaklah dibunuh dengan pedang.
Tidak kisah siapa yang terbunuh, kedua-duanya akan diampunkan
kerana mereka telah merahsiakan dari Nabi Musa dan Nabi Harun
penyembah anak lembu tersebut.

Dalam riwayat lain dari Ibnu Abbas, disebutkan sekitar 70,000 orang
telah dibunuh. Riwayat lain menyebutkan bahawa yang

46 Tafsir Ibnu Katsir.

47
hidup pada ketika itu mendapat taubat, dan yang dibunuh mendapat
syahid.47

Rumusan Dan Tadabbur

Dari kisah-kisah ini, kita memahami bahawa ujian untuk bani


terdahulu adalah sangat berat. Demikian itu nikmat yang mereka
peroleh juga hebat. Kita harus bersyukur hidup di zaman ini sebagai
umat Muhammad yang merupakan umat pertengahan. Kedegilan
Bani Israel adalah sangat luar biasa. Mereka terus melanggar
perintah Allah walaupun baru sahaja mendapat nikmat.

47 Ibnu Katsir.

46
BAB 7

KISAH NABI Musa Dan 70 Pen giku tn ya:

Ayat 55 - 59

Perenggan ini memperjelaskan keburukan tabiat Yahudi dan


bagaimana Allah melayani mereka, seperti intensif mereka pada
kebergantungan dengan panca indera dan pemikiran material serta
kegagalan mereka menaakul perkara ghaib begitupun Allah terus
menerus mempamerkan kepada mereka ayat-ayat Allah yang banyak
dengan nikmat-nikmat yang langsung dari Allah, serta keampunan
dan kemaafan yang berulang ulang kali. 48

‫ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥﲦ ﲧ ﲨ ﲩ‬
‫ﲪﲫﲬﲭﲮﲯﲰ‬

Dan ingatlah ketika kamu (70 orang terpilih dari Bani Israel)49
berkata, wahai Musa, kami tidak akan beriman kepada kamu
sehinggalah kami melihat Allah dengan mata kepala kami sendiri,
maka mereka ditimpa kemurkaan Allah (dalam bentuk bunyi guruh
yang sangat kuat)50 sedang kalian menyaksikan. Kemudian (selepas

48 Fi Zilal al-Quran.
49 Sofwah at-Tafasir.
50 Juga ada menyatakan mereka dibakar Ruj Tafsir Jalalain.

47
rayuan nabi Musa kepada Allah agar mereka dihidupkan semula)51
Kami membangkitkan kamu semula selepas kamu dimatikan supaya
kamu bersyukur.

‫ﲽﲿ‬
‫ﲾ‬ ‫ﲷ ﲹﲺﲻﲼ‬
‫ﲸ‬ ‫ﲱﲲ ﲳﲴﲵﲶ‬
‫ﳀ ﳁ ﳂﳃ ﳄ ﳅ‬

Semasa mereka hidup di bumi Teih 52 (satu tempat antara Mesir dan
Baitul Maqdis) mereka dipayungi dari terik mentari, sentiasa
dipayungi awan dan Allah turunkan manna dan salwa 53 sebagai
rezeki bagi mereka, dan tidaklah mereka menzalimi Kami (dengan
kekufuran itu) tetapi mereka sebenarnya menzalimi diri mereka
sendiri.

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌﱍ‬
‫ﱒ ﱔﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ‬
‫ﱓ‬ ‫ﱎ ﱏ ﱐﱑ‬
‫ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱡ ﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧ ﱨﱩ‬

Dan ketika Allah perintahkan kepada mereka memasuki Baitul


Maqdis54 dan makanlah darinya bagaimana yang kamu mahu dan
masuklah kedalamnya dalam keadaan sujud dan katakanlah

51 Sofwah at-Tafasir.
52 AsasFi Tafsir.
53 Ulamak berbeza pendapat dalam dua perkataan ini. Yang jelas ia adalah nikmat yang berupa
makanan yang enak tetapi diturunkan khas kepada mereka tanpa perlu bersusah payah.
54 Sofwah at-Tafasir.

46
(hittoh) ampuni kami nescaya kami akan ampunkan kalian dan akan
kami tambah kepada orang yang berbuat baik. Tetapi kaum yang
zalim telah menukar kalimah itu kepada kalimah lain maka kami
turunkan kepada mereka azab dari langit atas kefasikan yang
mereka lakukan.

Rumsan Dan Tadabbur

Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW dan umat ini dalam nikmat
yang besar kerana kita tidak pernah mencabar rasul kita sepanjang
sejarah umat dengan ungkapan melampau seperti mereka ini. Bani
Israel yang telah berkali-kali diselamatkan oleh Allah berani sahaja mahu
mencabar nabi Musa dengan permintaan yang sangat sombong iaitu
mahu melihat Allah dengan mata kasar mereka.

Pelampau seperti mereka ini langsung tidak tahu diuntung bahkan


tidak juga mahu mengambil pengajaran setelah azab dan nikmat yang
silih berganti, mereka terus menerus mengkufuri nikmat Allah dan
menzalimi diri mereka. Sebuah aspirasi yang tidak dapat kita
tanggapi. Bagaimana wujud pemikiran begini. Syed Qutb
menyatakan inilah hasil akibat mereka diperhambakan oleh Fir’aun
sejak sekian lama sehingga apabila mereka bebas dari cambuk
Fir’aun mereka tidak lupa asal usul mereka yang dahulu. 55

Oleh itu, sifat bersyukur dan menghargai kurniaan Allah itu adalah
keperluan kita yang sangat utama dalam meneruskan perhambaan kita
kepada Allah secara istiqamah. Bersabar dengan ketentuan Allah dalam
perjalanan hidup duniawi ini tidak akan dapat dilakukan sekiranya kita
terhijab dari melihat kurnian Allah yang tidak pernah terhenti kepada
kita.

55 Fi Zilal al-Quran.

47
Allah merakam peristiwa mereka ini agar kita mengambil pengajaran,
kerana hanya orang yang beriman sahaja akan mendapat pengajaran
dari al-Quran.

46
BAB 8

Kisah Bani Israel Meminta Makanan Ruji

Dari Nabi Musa: Ayat 60 - 66

Mukaddimah

Setelah Allah menyebut tentang nikmat-nikmat yang Bani Israel


kecapi tanpa usaha atau kesusahan, dalam perenggan ini Allah
menyebut mereka seolah memerlukan kepada sumber air dan
mereka mula berasa bosan dengan nikmat Allah kepada mereka.

Nabi Musa menempelak mereka dengan mengingatkan tentang


sejarah mereka. Turut diselitkan tentang keadaan sebahagian
manusia yang beriman dengan Allah dan hari akhirat sebelum
kerasulan Nabi SAW.

Kemudian Allah menyentuh perjanjian Allah dengan Bani Israel serta


kejahatan mereka melanggari perjanjian ini, dan akibat yang telah
menimpa mereka. Akhir perenggan ini adalah muqaddimah untuk siri
akan datang iaitu berkaitan perjanjian Bani Israel dengan Allah.
Manakala permulaannya adalah kesimpulan bab nikmat yang diterima
oleh mereka.

‫ﱸﱺﱻ‬
‫ﱹ‬ ‫ﱲ ﱴ ﱵ ﱶﱷ‬
‫ﱳ‬ ‫ﱫﱬﱭﱮﱯﱰﱱ‬

‫ﱾﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊ ﲋﲌﲍ‬
‫ﱿ‬ ‫ﱼﱽ‬

47
‫ﲎﲏﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝ‬

‫ﲩ ﲫ ﲬﲭ‬
‫ﲠ ﲢ ﲣ ﲤﲥ ﲦ ﲧ ﲨ ﲪ‬
‫ﲡ‬ ‫ﲞﲟ‬

‫ﲹ ﲻ ﲼﲽ‬
‫ﲰ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵﲶ ﲷ ﲸ ﲺ‬
‫ﲱ‬ ‫ﲮﲯ‬

‫ﳄﳆﳇﳈﳉﳊﳋ‬
‫ﳅ‬ ‫ﲾﲿﳀﳁ ﳂﳃ‬

Dalam dua ayat ini Allah menceritakan bahawa orang Bani Israel
memerlukan air dan meminta Nabi Musa memohon dari Allah agar
memberikan mereka air. Maka berlakulah mukjizat apabila Allah
memerintahkan Nabi Musa memukul tongkatnya pada seketul batu
(sebahagian ulamak tafsir mengutamakan pandangan pada batu
secara umum kerana itu lebih memaparkan mukjizat. Sebahagian
yang lain memilih penafsiran bahawa batu itu adalah batu yang telah
melarikan baju Nabi Musa semasa baginda mandi, dan batu ini
adalah antara warisan Nabi Adam a.s.) 56 maka terpancarlah 12 mata
air dari batu itu selari dengan bilangan puak di dalam Bani Israel.
Allah mengingatkan mereka agar tidak lagi melakukan maksiat
seperti yang sering mereka lakukan. Setelah sekian lama mereka
mendapat nikmat, mereka mula berasa jemu dan meminta Nabi Musa
menukarkan makanan istimewa mereka kembali kepada makanan
makanan biasa seperti makanan ruji ulam-ulaman, bawang putih,
bawang merah dan kacang dal. Lalu Nabi Musa menempelak mereka,
apakah kalian mahukan hal-hal yang sepele sedangkan Allah
memberikan nikmat yang istimewa. Jika itu yang mereka mahu Nabi
Musa menegaskan tidak perlu memohon dari Allah bahkan
kembalilah kamu ke Mesir (kehidupan yang hina di

56 Ruhul Maaniy, al-Qurtubiy dan al-Kasysyaf.

46
Mesir yang dimaksudkan semasa mereka di bawah kezaliman
Fir’aun.)57 maka akan dihinakan dan dimurkai Allah kerana
pendustaan mereka pada ayat Allah (sepanjang zaman) dan
membunuh nabi-nabi tanpa sebarang hak (jenayah ini berlaku
selepas beberapa generasi selepas Nabi Musa58. Sebagai contoh Nabi
Zakaria dan Nabi Yahya a.s.)59 Syed Qutb menyatakan tiada suatu
kaum pun melakukan jenayah seteruk Bani Israel, mereka benar-
benar melampaui batas.

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌﱍ‬

‫ﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙ‬

Disebutkan antara sebab turun ayat ini adalah Salman al Farisi


berjumpa dengan Nabi SAW dan bertanya tentang mereka yang
berada di zaman sebelum kenabian, merujuk apakah nasib mereka?
Lalu Nabi menjawab bahawa mereka berada dalam neraka. Salman
menyatakan, dia merasakan harinya menjadi kelam, maka turunlah
ayat ini yang menjelaskan siapapun orang itu samada orang Islam
atau orang yang mengikuti ajaran Nabi Musa, atau yang mengikuti
ajaran Nabi Isa atau yang mengitu ajaran Nabi Ibrahim 60, yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat dan beramal salih maka dia
pasti akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah, maka janganlah
gusar akan mereka dan mereka tidak pula bersedih. Barulah Salman
merasa seolah telah dilepaskan bebanan gunung darinya.

57 Fi Zilal al-Quran.
58 Fi Zilal al-Quran
59 Sofwah at-Tafasir.
60 Fi Zilal al-Quran.

47
‫ﱚ ﱛﱜﱝﱞﱟﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦ‬
‫ﱮﱰﱱﱲﱳﱴﱵﱶ‬
‫ﱧ ﱨﱩ ﱪﱫ ﱬ ﱭ ﱯ‬
‫ﱷ ﱸ ﱹﱺ ﱻﱼ ﱽ ﱾ ﱿ ﲀ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ ﲅ‬
‫ﲆﲇﲈ ﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏ‬

Dan Ingatlah ketika Allah memeterai janji dengan kamu dan Allah
mengangkat ke atas kalian Gunung Tur maka laksanakanlah apa yang
telah kamu janjikan dengan bersungguh-sungguh agar kamu
menjadi orang yang bertakwa. Bani Israel tetap juga berpaling, kalau
bukan kerana rahmat Allah (keampunan dan maghfirah) maka
pastilah mereka akan menjadi orang yang rugi di dunia dan akhirat.
Pasti Bani Israel masih ingat (tahu) tentang mereka yang keluar
menangkap ikan pada hari Sabtu lalu disumpah menjadi kera demi
menghinakan mereka dan memberi pengajaran kepada orang lain di
zaman mereka dan yang datang selepas mereka. Ia merupakan
ancaman bagi orang lain yang sezaman dan yang selepas mereka
dan peringatan bagi orang bertakwa. 61

Rumusan Dan Tadabbur

Ayat ini menunjukkan betapa Allah mempamerkan tanda kebesaran-


Nya dan kebenaran rasul-Nya kepada Bani Israel secara jelas dan
terang. Namun mereka tetap berkeras mahu menunjukkan
penentangan. Ini menjelaskan kepada kita bahawa manusia dipandu
oleh hati mereka. Memiliki hati yang mahu tunduk adalah nikmat
yang membuka pelbagai nikmat. Buta hati pula adalah

61 Sofwah at-Tafasir.

52
penafian dari segala nikmat. Bukanlah kegagalan melihat nikmat itu
merupakan hujjah kepada tiada nikmat, tetapi kegagalan itu adalah
hujjah kepada layaknya azab.

Ujian dengan kesenangan ini lebih mengerikan berbanding ujian dengan


kesusahan, kerana kesenangan ini melalaikan dan mengalpakan kita.
Kesusahan dan kepayahan pula melatih kita.

Bani Israel ini adalah dari keturunan yang baik-baik, tetapi


keturunan itu tidak menjamin ketakwaan. Usaha yang Allah minta
diberikan oleh Bani Israel itulah yang perlu kita penuhi, kerana
ketaatan kepada Allah itu sangat berat jika kita tidak merasai
besarnya Allah yang kita taat.

Pengistilahan kelompok boleh berubah-ubah dan labelnya pelbagai,


tetapi yang utama adalah pada hakikatnya. Iaitu iman dengan Allah
dan hari akhirat serta kebaikan yang kita lakukan.

Azab yang menghinakan menanti siapa sahaja yang mencabar kuasa


Allah, dan setiap azab Allah itu memberi kesan yang baik bagi orang
yang bertakwa agar lebih berhati hati. Mereka segera mendapati
teguran kepada hati mereka.

53
BAB 9

Kisah Perintah Kepada Bani Israel

Menyembelih Sapi Betina: Ayat 67 - 74

Mukaddimah

Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. di mana ada seorang tua
dari Bani Israel yang tidak memiliki zuriat tetapi mempunyai banyak
harta. Dia telah dibunuh oleh anak saudaranya kerana ingin mewarisi
harta tersebut. Setelah membunuhnya, dia telah meletakkan mayat
mangsa di hadapan pintu sebuah rumah pada tengah malam. Maka
hampir mencetuskan peperangan antara kabilah si mati dan juga
tuan rumah itu. Diizinkan Allah, seorang lelaki yang mempunyai
hikmah telah memberi pandangan. Apakah kalian masih ingin
berperang sedangkan ada nabi di kalangan kalian yang boleh
menyelesaikan perkara ini? Maka mereka berjumpa dengan Nabi
Musa a.s. bagi mencari jalan penyelesaian, dan diwahyukan agar
mereka menyembelih seekor lembu. Pada awalnya, cukup sekadar
mana-mana lembu betina. Namun kerana mereka banyak bertanya,
akhirnya diisyaratkan seekor lembu yang sangat disayangi tuannya
dan hanya mahu menjualnya dengan emas yang menyamai kulit sapi
tadi. Selepas sembelihan itu, mayat tadi dihidupkan Allah dan dia
menunjukkan pembunuhnya, lalu mati semula. Maka anak saudara
yang membunuh mayat itu dihalang dari harta pusaka (inilah
permulaan syariat yang

52
pembunuh terhijab dari pewarisan) dan dalam satu riwayat dia telah
dihukum bunuh.62

‫ﲝﲟ‬
‫ﲞ‬ ‫ﲙﲛ ﲜ‬
‫ﲚ‬ ‫ﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﲘ‬
‫ﲠﲡﲢﲣﲤﲥﲦ‬

Dan ingatlah nikmat Allah 63 ketika Musa berkata kepada kaumnya


sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyembelih seekor
lembu betina. Mereka berkata, apakah engkau ingin menjadikan
kami tempat senda gurau. Lalu Musa berlindung diri dari Allah dari
melakukan hal-hal jahiliah iaitu bersenda gurau dalam perintah
Allah.64

‫ﲮﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺ‬
‫ﲧ ﲨﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲯ‬
‫ﲻﲽﲾ ﲿﳀ‬
‫ﲼ‬

Mereka meminta Nabi Musa bertanya kepada Allah agar lebih


spesifik lembu yang mesti mereka korbankan. Lalu Nabi Musa
menjawab, Allah menyatakan ia haruslah lembu yang tidak terlalu
tua65 dan tidak terlalu muda66, iaitu umurnya pertengahan, lalu
lakukanlah apa yang Allah perintahkan iaitu menyembelih lembu
tersebut.

62 Tafsir Ibnu Katsir.


63 Mengeluarkan mereka dari perpecahan dan perbalahan.
64 Tafsir al-Baidhowiy.
65 Menopous ; Ruhul Maaniy.
66 Belum Baligh: Ruhul Maaniy.

53
‫ﳈﳊﳋﳌﳍﳎﳏﳐﳑﳒ‬
‫ﳉ‬ ‫ﳁﳂ ﳃ ﳄ ﳅﳆ ﳇ‬

‫ﳓﳔ‬

Mereka masih mahu maklumat lebih mendalam, lalu mereka


bertanya tentang warnanya. Mereka berkata, tanyalah Tuhanmu
agar Dia menerangkan kepada kami apakah warnanya, maka Nabi
Musa menjawab bahawa Allah menyatakan ia mestilah lembu yang
berwarna kuning yang sangat kuning bahkan menarik perhatian
mereka yang memandangnya. 67

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒ‬

Mereka masih belum puas mahu berdolak dalih, lalu mereka mohon
Nabi Musa meminta Allah menyatakan lebih terperinci tentang
lembu tersebut dengan memberi alasan ia masih rambang bagi
mereka, mudahan mereka mendapat petunjuk bagi menyembelih
lembu itu dan mendapatkan pembunuh tersebut 68 .

‫ﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙ ﱚﱛﱜﱝﱞ‬

‫ﱧﱩﱪﱫﱬﱭ‬
‫ﱨ‬ ‫ﱟ ﱠ ﱡ ﱢ ﱣ ﱤ ﱥﱦ‬

Lalu Allah menjelaskan sifat lain bagi lembu itu, ia mestilah tidak
digunakan untuk membajak tanah atau menyiram tanaman dan tidak
ada kecacatan pada anggotanya, serta tidak bertompok pada

67 Al-Jalalain.
68 Al-Baidhowiy.

52
warna kulitnya. Barulah mereka akhirnya tidak dapat mengelak lagi
dan mereka membeli lembu itu dari seorang janda dan anak yatim
yang memelihara lembu itu dengan bayaran emas seluas kulitnya
padahal harga lembu ketika itu hanyalah 3 dinar. 69 Imam ad-Dhahhak
menyatakan, mereka merumitkan persoalan kerana tidak ingin
melaksanakan perintah Allah itu. Namun mereka akhirnya terpaksa
melakukannya dengan harga yang mahal.

‫ﱲﱴﱵﱶﱷﱸﱹ‬
‫ﱮﱯﱰﱱ ﱳ‬

Dan ketika kalian membunuh, kalian bermusuhan padanya dan Allah


telah mengeluarkan apa yang kalian sembunyikan. Ini merujuk
kepada kisah pembunuhan di atas.70

‫ﱼﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆ‬
‫ﱽ‬ ‫ﱺﱻ‬

Lalu Allah memerintahkan agar mereka memukuli mayat itu


dengan sebahagian dari lembu yang telah disembelih itu, lalu Allah
hidupkan si mangsa dan menyelesaikan misteri pembunuhannya.
Demikianlah Allah mempamerkan bukti kekuasaan-Nya, mudahan
kamu berfikir. 71

69 Al-Baidhowiy.
70 Sofwah at-Tafasir.
71 Sofwah at-Tafasir.

53
‫ﲑ ﲓ ﲔ ﲕﲖ ﲗ ﲘ‬
‫ﲒ‬ ‫ﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏﲐ‬

‫ﲙﲛﲜﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥ ﲦﲧﲨﲩﲪﲫﲬ‬
‫ﲚ‬

‫ﲭ ﲮﲯﲰ‬

Kemudian kamu (orang Yahudi) menjadi keras hati selepas melihat


kekuasaan Allah, maka hati mereka menjadi seperti batu atau lebih
keras lagi bahkan batu apabila sering dilalui air sungai akan pecah
jua dan keluar dari celahannya air dan sebahagiannya jatuh kerana
takutkan Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah lalai dari apa yang
kalian lakukan.72

Rumusan Dan Tadabbur

Kisah ini mempamerkan kepada kita satu lagi keburukan perangai


Bani Israel, iaitu banyak bertanya kerana enggan melakukan
perintah Allah. Maka menjauhi sifat ini akan menyelamatkan kita
dari bebanan kewajipan di luar tuntutan. Allah menginginkan bagi
kita kemudahan. Inilah yang dilarang Nabi SAW dalam sabdanya,

...‫َل تسأل عن يشء إن تبد لكم تسؤكم‬

Janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang apabila kamu


mengetahuinya kamu akan mendapat susah.

Nabi Musa meminta perlindungan dari menjadi seorang yang jahil


apabila dituduh mempermainkan Bani Israel dalam perintah Allah.
Ramai manusia hari ini berasa bijak apabila boleh
mempersendakan ayat-ayat Allah, maka kita seharusnya melihat

72 Sofwah at-Tafasir.

54
kebodohan dan kecerdikan itu dengan nilaian al-Quran bukan
dengan nilaian manusia.

Walaupun kebiadapan demi kebiadapan dilakukan oleh Bani Israel,


Nabi Musa masih bersabar dengan mereka dan menyantuni mereka.
Inilah ciri murabbi yang perlu ada dalam masyarakat yang rendah
nilai dan moralnya. Sabar dan berhemah. 73

Allah SWT sentiasa berbicara pada akal, tetapi Allah menyimpulkan


di akhir ayat bahawa akal yang tidak dipandukan dengan hati yang
lunak serta mahu patuh tidak mungkin mendapatkan iman dan taat.
Bani Israel di akhir kisah mengakui bahawa kini barulah Nabi Musa
datangkan sesuatu yang hak seolah-olah semua penerangan sebelum
itu adalah dusta. Inilah yang Allah sifatkan kerasnya hati mereka itu
umpama batu bahkan lebih keras dari batu. Kerana batu juga tunduk
pada perintah Allah. Jika benar hati mereka ada sedikit kelunakan
pada suruhan pertama, mereka sudah boleh menyembelih lembu dan
menyelesaikan tuntutan Allah ke atas mereka yang mereka sendiri
mencari solusi pada keperluan mereka.

73 Fi Zilal al-Quran.

55
BAB 10

Yahudi Madinah: Ayat 75 - 82

Sebab Nuzul

Ayat 75: Sebahagian Ansar memiliki hubungan yang sangat akrab


dengan orang Yahudi, ada yang saling melindungi dan ada pula yang
menjadi saudara susuan mereka, sangat mengharapkan agar orang
Yahudi memeluk Islam. Maka turunlah ayat ini.74

Ayat 80: Diriwayatkan oleh Mujahid dari Ibnu Abbas bahawa orang
Yahudi berkata dunia ini berusia 7,000 tahun, kita (orang Yahudi)
hanya akan diazab di dalam neraka hanya sehari bagi setiap ribu
tahun, lalu Allah menurunkan ayat ini. 75

‫ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﲶﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾ‬
‫ﲿﳀﳁﳂﳃﳄﳅ‬
Apakah kalian (orang mukmin Madinah) sangat mengharapkan mereka
(Yahudi Madinah) beriman kepada (agama) kamu sedangkan
segolongan mereka telah mendengar perkataan Allah (Taurat)
kemudian mereka merubahnya setelah mereka

74 Sofwah at-Tafasir.
75 Tafsir Ibnu Katsir.

56
mempelajarinya dan memahaminya, sedangkan mereka tahu yang
demikian itu adalah berdosa.

‫ﳆﳇﳈﳉﳊﳋ ﳌﳍﳎﳏﳐﳑﳒ‬
‫ﳚ ﳜ ﳝ ﳞ ﱁﱂ ﱃﱄ ﱅ ﱆ‬
‫ﳛ‬ ‫ﳓﳔ ﳕ ﳖ ﳗ ﳘ ﳙ‬
‫ﱇ ﱈﱉ ﱊ‬

Bahkan (orang munafik) dari kalangan mereka apabila bertemu


orang yang beriman, mereka berkata mereka telah beriman dan jika
mereka sesama mereka, sebahagian mereka menempelak
sebahagian yang lain “apakah kalian telah mendedahkan kebenaran
yang telah diturunkan dalam Taurat kepada orang mukmin untuk
menghujah kebatilan atas dakwaan mereka ini bangsa pilihan
tuhan? Kalian tidak berakalkah?” 76 Apakah mereka tidak tahu
bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa
yang mereka nyatakan.

‫ﱋﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖ‬

Sebahagian yang lain tidak memahami kitab mereka melainkan


melalui rahib mereka, dan mereka ini beriman dengan harapan
harapan sahaja bukan dengan ilmu dan yakin. Diperbodohkan oleh
rahib mereka sahaja. 77

76 Fathul Qadir.
77 Ruhul Maaniy.

57
‫ﱗﱘﱙﱚﱛ ﱜﱝﱞﱟﱠﱡﱢﱣﱤ‬
‫ﱥ ﱧ ﱨﱩ ﱪ ﱫﱬ ﱭ ﱮﱯ ﱰ‬
‫ﱦ‬

Maka binasalah bagi mereka yang menulis pada Taurat dengan


tangan mereka kemudian mereka mengatakan ia adalah diturunkan
dari Allah, semata-mata mahu mencari habuan dunia, maka
celakalah apa yang mereka tulis dan celakalah juga atas hasil
pendapatan mereka. 78

‫ﱷ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽﱾ‬
‫ﱸ‬ ‫ﱱﱲﱳﱴﱵﱶ‬

‫ﲋﲍﲎ ﲏ‬
‫ﲁ ﲃ ﲄ ﲅ ﲆ ﲇ ﲈﲉ ﲊ ﲌ‬
‫ﲂ‬ ‫ﱿﲀ‬

‫ﲕ ﲗﲘﲙﲚ‬
‫ﲖ‬ ‫ﲐ ﲑﲒ ﲓ ﲔ‬

Mereka berkata kalau mereka diazab pun hanya tujuh hari sahaja
(sama seperti bilangan hari mereka menyembah patung anak
lembu.) Katakanlah wahai Muhammad, apakah mereka telah
mengikat perjanjian dengan Allah? Jika ada, maka Allah tidak akan
sesekali melanggar janji-Nya atau mereka bercakap apa yang
mereka sendiri tidak ketahui (inilah yang sebenarnya berlaku antara
dua perkara tadi)79. Bahkan siapa yang mengusahakan kejahatan
dan dilingkungi dengan kejahatan, maka merekalah penghuni
neraka dan mereka kekal di dalamnya.

78 Ruhul Maaniy.
79 SDA.

58
‫ﲡﲣ ﲤ ﲥ ﲦ‬
‫ﲢ‬ ‫ﲛ ﲜ ﲝﲞ ﲟ ﲠ‬

Manakala orang yang beriman dan menggabungkan keimanannya


dengan amal soleh, akan memenuhi syurga Allah dan kekal di
dalamnya. Orang Yahudi menyatakan mereka akan masuk neraka
beberapa hari, kemudian akan dikeluarkan dan digantikan dengan
orang mukmin. Maka Allah menafikan pendustaan mereka dengan
kedua-dua pihak akan kekal di tempat masing-masing.80

Rumusan Dan Tadabbur

Orang mukmin Ansar sangat bersungguh dalam menyebarkan


Islam, sekalipun kepada orang Yahudi yang sangat terkenal
kekufuran mereka dan kejahatan mereka. Allah mengingatkan
mereka tentang keadaan orang Yahudi itu agar mereka jelas sasaran
dakwah mereka mustahil membuahkan hasil.

Dari sini kita mengetahui golongan Yahudi itu ada dua; lapisan
pendusta dan mangsa pendustaan. Tetapi kedua-duanya tidak
berbakat mendapat hidayah kerana pendusta mengharapkan
kesenangan dunia. Manakala yang berdusta taksub buta dan tidak
mahu mempercayai kebenaran kerana telah tenggelam dalam
impian palsu.

Oleh itu kita seharusnya menjadikan mereka ini iktibar. Islam


sangat menekankan keilmuan. Islam meraikan tahap keupayaan
minda manusia yang pelbagai, namun begitu menuntut ilmu adalah
kefarduan yang tidak berhenti bagi orang Islam. Imam Syafie dan
Imam Abu Hanifah pernah berkata, “Jika ulamak itu bukan wali

80 Sofwah at Tafasir

59
Allah maka tidak ada manusia yang layak menjadi wali Allah.” 81
Manakala ulamak dalam Islam hanyalah manusia yang diambil atau
ditinggalkan perkataannya. Diambil apabila selaras dengan al- Quran
dan al-Hadis, dan ditinggalkan apabila bercanggah.

Syurga dan neraka adalah tempat pembalasan yang dikhususkan atas


amal dan iman. Bukan kerana keturunan atau darah.

81 At-Tibyan Fi Adab Hamlatil Quran.

62
BAB 11

Perjanjia n Yahudi: Ayat 83 - 86

Imam al-Alusi menyebut bahawa nikmat yang paling besar Allah


kurniakan kepada mereka (Yahudi) di antara nikmat-nikmat besar yang
lain adalah syariat kehidupan untuk mereka.82

Said Hawwa menyatakan ayat-ayat dalam perenggan ini sangat perlu


difahami oleh kaum muslim dalam mereka mengikat perjanjian
mereka dengan orang Yahudi. Ini kerana ajaran dalam al-Quran
hanya menjadi pedoman dan manfaat manusia yang beriman
dengannya. 83

‫ﲧﲨﲩﲪﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳ‬

‫ﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ‬

‫ﲾﲿﳀﳁﳂﳃﳄ‬

Dan ingatlah ketika Allah mengikat perjanjian bersumpah dengan


Bani Israel bahawa mereka tidak boleh menyembah selain dari Allah,
dan berbuat baik kepada ibu bapa mereka serta kaum kerabat, anak
yatim dan orang miskin, juga mestilah mereka berkata dengan
perkataan yang baik sesama manusia, dan

82 Ruhul Maaniy.
83 Asas Fi Tafsir.

61
hendaklah mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Pada
mulanya mereka akur, namun kemudian mereka berpaling dari
perjanjian tersebut melainkan sedikit dari kalangan mereka.
Benarlah mereka ini pembantah. 84

‫ﳄ ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌ‬
‫ﱍﱎ ﱏ ﱐ‬
Dalam perjanjian itu turut disertakan larangan menumpahkan darah
dan larangan mengusir orang dari kediamannya. Mereka telah
menyetujui dan bersaksi akan persetujuan mereka ini. (Allah
menegaskan perakuan dan persaksian mereka dalam bahagian ini,
sebagai pengukuhan yang lebih kuat.)85

‫ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙﱚ ﱛ ﱜ‬

‫ﱧ‬ ‫ﱦ‬ ‫ﱝﱞﱟﱠﱡﱢﱣﱤﱥ‬

‫ﱬﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵﱶ‬
‫ﱭ‬ ‫ﱨ ﱩﱪ ﱫ‬

‫ﱿ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ ﲅﲆ‬
‫ﲀ‬ ‫ﱸ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽﱾ‬
‫ﱹ‬ ‫ﱷ‬

Peristiwa ini berlaku sebelum Islam, yang mana Yahudi Madinah


terbahagi kepada dua iaitu sekutu Aus dan sekutu Khazraj. Bila berlaku
peperangan maka mereka telah saling berbunuhan sesama

84 Sofwah at-Tafasir.
85 SDA.

62
Yahudi, sedangkan syariat mereka menghalang perkara ini. Bahkan
sepatutnya jika ada di kalangan Yahudi ditawan, mereka wajib
membayar tebusan bagi membebaskannya. Allah mengherdik
mereka “apakah kalian beriman dengan sebahagian kitab kalian dan
ingkar dengan sebahagian yang lain? Sesiapa yang melakukan begitu
akan mendapat kehinaan di dunia dan akan dicampak dalam neraka
pada hari akhirat. Allah tidak pernah lalai dari apa yang mereka
kerjakan.86

‫ﲌ ﲎﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔﲕ‬
‫ﲍ‬ ‫ﲇ ﲈ ﲉ ﲊﲋ‬

Seterusnya Allah menjelaskan sebab pelanggaran mereka terhadap


syariat mereka ini. Iaitu kerana mereka tamakkan keremehan dunia
ini di atas kehidupan abadi di akhirat 87. Maka Allah janjikan bagi
mereka azab yang tidak ada sesiapa boleh membantu mereka.

Rumusan Dan Tadabbur

Misaq ini adalah perjanjian yang diikat dengan sumpah. Maka ia adalah
penegasan di atas penegasan. Perjanjian seperti ini tidak akan dilanggar
melainkan akan menimbulkan peperangan. Jadi ini sebagai amaran yang
keras bagi Bani Israel dalam tuntutan melaksanakan syariat mereka.
Namun mereka telah memilih untuk memerangi Allah dan meninggalkan
ketaatan kepada perjanjian yang telah mereka ikat.

86 Fi Zilal al-Quran.
87 Fathul Qadir.

65
Perbuatan mereka yang khianat dengan Allah ini menjadi panduan
kepada kita dalam beberapa hal:

Jangan kita meniru mereka, jika tidak kita akan mendapat kesudahan
seperti mereka.

Jika perjanjian dengan Allah pun mereka khianat, apalagi perjanjian


dengan manusia.

Kita merasakan mereka ini sangat sayangkan bangsa dan taasub


dengannya. Namun ayat ini jelas menunjukkan mereka hanya
mengutamakan kepentingan peribadi mereka sahaja. Jika kerana
kepentingan itu membunuh kaum mereka, juga akan mereka
lakukan.

Bahana yang dibawa oleh cinta dunia adalah kehinaan yang tidak
tertanggung. Dunia yang berbunga di hati akan mekar dan
membuahkan maksiat yang tidak pernah kita jangkakan. Keadaan
Bani Israel ini merupakan pengajaran yang perlu kita amati betul-
betul. Jika penyakit ini sudah menjangkiti kita, kematian adalah jauh
lebih baik.

66
BAB 12

Bani Israil Menolak Kenabian Isa A. S.:

Ayat 87 - 92

Perenggan ini dimulakan dengan penegasan dan ditutup juga


dengan penegasan, ini membayangkan bahawa perenggan ini
menyimpulkan sesuatu yang pasti berkenaan dengan bangsa Yahudi
dan dakwah para rasul. Mereka memberi pelbagai alasan untuk tidak
beriman dengan al-Quran, seolah-olah kekufuran mereka itu
bukanlah kesalahan mereka bahkan ia adalah kerana keteguhan
prinsip mereka yang berpegang dengan ajaran Taurat. 88

Perenggan ini menjawab semua pembohongan mereka, bahawa


mereka ini hanya cuba menafikan kekufuran mereka itu adalah
kerana tabiat jahat mereka yang degil dan sombong. 89

‫ﲝ ﲟﲠ ﲡ ﲢ‬
‫ﲞ‬ ‫ﲖﲗﲘﲙﲚﲛﲜ‬

‫ﲦ ﲨ ﲩﲪ ﲫﲬﲭ ﲮ ﲯ‬
‫ﲧ‬ ‫ﲣﲤ ﲥ‬

‫ﲰﲱﲲﲳﲴ‬

88 Asas Fi at-Tafsir.
89 Fi Zilal al-Quran.

65
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Musa Taurat dan
diikuti rasul rasul selepasnya sehinggalah diturunkan Isa Bin
Maryam dengan bukti kerasulan yang pelbagai dan didukung oleh
Jibril a.s. Namun setiap kali diutuskan rasul yang tidak kena pada
selera kalian (Bani Israel) kamu akan menyombong dan
mendustakan sebahagian rasul dan sebahagian lagi mereka
membunuhnya. 90

‫ﲷﲹﲺﲻﲼﲽﲾﲿﳀ‬
‫ﲵﲶ ﲸ‬

Mereka menyatakan hati mereka ini telah tertutup kerana telah tepu
dengan ajaran Taurat. Allah menolak alasan mereka ini. Allah
menyatakan bahawa Allah yang telah mengusir mereka dari hidayah
kerana kekufuran mereka, maka sangat sedikit sahaja yang mereka
beriman dari ajaran Taurat itu. (Jadi bagaimana kalian kata hati
sudah penuh). 91

‫ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆﱇ ﱈﱉ ﱊ ﱋ ﱌ‬

‫ﱖﱘ ﱙ ﱚ‬
‫ﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕ ﱗ‬

‫ﱛﱜ‬

Asbab nuzul ayat ini telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, bahawa
Muaz Ibnu Jabal Bisyr bin al Bara’ dan Dawud bin Salamah telah
bertanya kepada sekutu mereka dari Bani Nadir mengapa mereka
tidak beriman dengan Rasulullah sedangkan merekalah yang mula
bercerita tentang kedatangan rasul akhir zaman sedang kami masih
musyrik? Mereka menjawab, apa yang dibawa oleh Rasul bukanlah

90 Ruhul Maaniy.
91 Asas Fi at-Tafsir.
66
sama seperti apa yang diceritakan di dalam Taurat. Lalu turunlah ayat ini
bagi mendedahkan pendustaan mereka terhadap Taurat. Al-Quranlah
yang membela Taurat dan kandungannya.

‫ﱝﱞﱟﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫﱬﱭ‬

‫ﱵ ﱷﱸﱹ ﱺ‬
‫ﱶ‬ ‫ﱰ ﱲ ﱳﱴ‬
‫ﱱ‬ ‫ﱮﱯ‬

Orang Yahudi beralasan mereka tidak beriman dengan al-Quran


kerana Nabi diutuskan kerana keturunannya, Allah mengherdik
mereka dengan menyatakan mereka ini bahkan telah menjual diri
mereka untuk kufur kepada Allah sebagai mencari kehidupan dunia.
Padahal Allah memberi kurnia (kerasulan) kepada siapa yang Allah
kehendaki dari kalangan hamba-Nya tetapi mereka enggan dengan
menempah kemurkaan di atas kemurkaan yang sedia ada, maka
mereka akan dihinakan di neraka yang paling bawah sekali.92

‫ﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊ‬

‫ﲎﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚ‬
‫ﲏ‬ ‫ﲋﲌ ﲍ‬

Tatkala dikatakan kepada mereka berimanlah dengan apa yang Allah


turunkan, mereka berkata “kami telah beriman dengan yang
sebelumnya,” seolah mereka menuduh al-Quran dan Taurat ini

92 Sofwah at Tafasir.

69
saling bertentangan, padahal al-Quran adalah kebenaran dan juga
membenarkan apa yang telah mereka pelajari dalam Taurat. Maka Allah
menyuruh Nabi menyoal mereka, jika benar mereka beriman dengan
Taurat kenapa mereka membunuh nabi-nabi Allah sebelum al-Quran,
jika benar mereka beriman dengan al-Quran. Bahkan Taurat menyuruh
mereka beriman dengan al-Quran dan sekalian nabi yang lain.93

‫ﲜﲝﲞﲟ ﲠﲡﲢﲣﲤﲥﲦﲧ‬

Ini diteguhkan lagi dengan fakta yang tidak dapat disangkal lagi, iaitu
apabila segala mukjizat dibawa oleh Nabi musa kemudian mereka
mengangkat patung anak lembu sebagai sembahan, sesungguhnya
kalian benar-benar orang yang zalim. 94

Rumusan Dan Tadabbur

Nabi-nabi yang diutuskan majoritinya berbangsa Yahudi. Bermula


dari Nabi Musa dan berakhir dengan Nabi Isa. Namun bangsa Yahudi
tidak menerima atau menyambut dakwah sekalian nabi. Jadilah
mereka bangsa yang disebut sebagai kaum yang dimurkai oleh Allah.
Dan kemurkaan Allah ke atas mereka bertambah dengan penafian,
dan mereka bahkan menyalahkan Allah pula atas kekufuran mereka.

Kerana inilah pentingnya kepada kita bagi menyambut tugas dakwah


ini. Agar Allah meredhai kita dan memberkati keturunan

93 Asas Fi at-Tafsir.
94 Fi Zilalil Quran.

68
kita. Keengganan dan kesombongan dari wahyu ini menjadi faktor
utama kemurkaan dan laknat Allah kepada mereka dan dijauhkan
mereka dari hidayah yang sangat berharga.

Sifat suka menuding jari dan memberi alasan menjadi sempadan


yang dibawa dalam kisah ini, kerana perubahan ke arah yang lebih
baik harus dimulai dengan keinsafan dan rasa rendah diri. Maka
barangsiapa yang mahu maju di jalan kejayaan akhirat haruslah
sentiasa insaf dan merawat kelemahan-kelemahan jiwanya, dengan
menerima teguran-teguran serta menyantuni wahyu Allah dengan
penuh penerimaan.

69
BAB 13

Yahudi Bermusuh Dengan Malaikat:

Ayat 93 - 98

‫ﲲﲴ‬
‫ﲳ‬ ‫ﲨﲩﲪﲫﲬﲭﲮ ﲯﲰﲱ‬

‫ﲻ ﲽ ﲾﲿﳀ‬
‫ﲼ‬ ‫ﲵﲶﲷﲸﲹﲺ‬

‫ﳁﳂﳃﳄﳅ‬

Ingatlah wahai Bani Israel ketika Allah mengambil perjanjian


denganmu dan mengangkat di atas kamu Jabal Tur, kamu
diperintahkan untuk bersungguh-sungguh mengambil pedoman dari
Taurat dan mendengar pada perintah di dalamnya tetapi kamu telah
menyatakan kamu dengar bersama keingkaran kamu, dengan
menafikan sifat taat kepada ajaran Taurat, maka kamu telah
memuaskan kekufuran kamu ketika kamu menyembah patung anak
lembu. Binasalah keimanan kamu yang menyuruh kamu melakukan
yang demikian itu, jika benar kamu telah beriman.95

95 Ruhul Maaniy.

74
‫ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅﱆ ﱇ ﱈ ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ‬

‫ﱐﱑﱒ‬

Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka! “Jika benar telah Allah


khususkan syurga dan nikmatnya itu untuk Bani Israel dan bukan untuk
orang lain, maka mintalah dengan penuh kerinduan kematian, jika kalian
di pihak yang benar (kerana nikmat dunia adalah tiada nilai jika
dibandingkan dengan nikmat akhirat.)”96

Ibnu Abbas menyebut, jika mereka meminta kematian nescaya


mereka akan mati.97

‫ﱘ ﱚ ﱛﱜ ﱝ‬
‫ﱙ‬ ‫ﱓ ﱔﱕﱖ ﱗ‬

Selagi mereka hidup, mereka tidak akan mengharapkan kematian


kerana kekufuran mereka kepada al-Quran dan Nabi Muhammad
SAW. Allah sangat mengetahui keadaan orang yang zalim. 98

‫ﱥ ﱧ ﱨ ﱩ ﱪ ﱫﱬ ﱭ‬
‫ﱦ‬ ‫ﱞ ﱟ ﱠ ﱡﱢ ﱣ ﱤ‬

‫ﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹ‬

Nescaya kamu akan mendapati orang Yahudi sangat mencintai


kehidupan melebihi kecintaan orang musyrik lagi, kerana orang
musyrik mencintai kehidupan kerana itulah matlamat mereka,

96 Sofwah at-Tafasir.
97 Tafsir al-Quran al-Azim.
98 An Nasafi.

73
manakala orang Yahudi mencintai kehidupan kerana mereka sangat
takut dan benci dari kematian kerana mereka tahu mereka akan
diazab di akhirat. Mereka merasakan dengan hidup sahaja mereka
akan jauh dari azab, jadi mereka menginginkan hidup yang panjang
sehingga seribu tahun sedangkan jika mereka hidup lebih dari
seribu tahun sekalipun, yang demikian itu takkan menjauhkan
mereka dari azab Allah yang maha mengetahui apa yang mereka
kerjakan.99
‫ﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈ‬
‫ﲉ ﲊﲋ ﲌ‬

Katakanlah wahai Muhammad, siapa yang memusuhi Jibril maka ia


telah diturunkan kepadamu dengan izin Allah bagi membenarkan al-
Quran dan membawa berita gembira kepada orang mukmin.
(Seorang Yahudi bernama Abu Juriya bertanya kepada nabi
siapakah yang membawakan kepadamu wahyu? Rasulullah
menjawab, Jibril. Lalu dia berkata, kalau selain darinya (Jibril) maka
kami akan beriman denganmu, kerana kami memusuhinya kerana
dia selalu mendatangkan kesukaran dan peperangan. Jika Mikail, dia
akan membawa rezeki dan kesuburan.) 100

‫ﲍﲎﲏﲐﲑﲒﲓﲔ‬

‫ﲕﲖﲗﲘﲙ‬
Barang siapa yang memusuhi Allah dan para malaikat serta utusan
utusan-Nya jua Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah

99 Tafsir Sya’rawiy.
100 Tafsir Sya’rawiy.

74
memusuhi orang-orang kafir. Di sini Allah menegaskan bahawa
semua para malaikat adalah di pihak Allah dan mereka yang
memusuhi mereka adalah memusuhi Allah, peperangan ini tidak
terasing dan ia adalah peperangan yang sama. Permusuhan pada
mana-mana pelaksana perintah Allah adalah peperangan dengan
Allah.101

Rumusan Dan Tadabbur

Orang Yahudi melakukan pelanggaran dalam keadaan mereka tahu


dan faham akan dosa mereka dengan jelas. Mereka sangat faham akan
akibat mereka di akhirat nanti, tetapi mereka tidak bertindak sesuai
keyakinan mereka. Bahkan mereka sangat risau akibat keingkaran
mereka itu sehingga mereka benci akan kematian, mereka lebih rela
hidup hina dan melarat sebagai hamba dunia asalkan mereka tidak
mati. Ini berbeza dengan orang musyrik, yang tidak percaya adanya
akhirat, di mana mereka merasakan kehidupan hanyalah di dunia.
Jadi ketamakan mereka untuk hidup itu hanya sekadar untuk
menikmatinya sehabis-habisnya selagi belum mati. Manakala Yahudi
tamakkan kehidupan ini kerana hanya dengannya mereka tidak
diazab.

Inilah peringatan yang besar kepada kita agar berilmu untuk


menghadirkan khasyyah kepada Allah dan mentaati Allah agar
dikembalikan kepada rahmat dan kasih sayang-Nya.

Kejahatan Yahudi ini tidak boleh dibendungkan dengan asbab


semata. Mereka secara mutlak memusuhi semua kehendak Allah dan
wahyu dari-Nya. Permusuhan mereka pada semua ejen wahyu, hatta
Jibril sekalipun. Apatah lagi kita manusia yang merebut kehidupan
dan bumi ini dengan mereka. Jika kita bersaing dengan mereka pada
kebendaan semata, maka kita hanyalah setara

101 Tafsir Sya’rawiy.

73
mereka. Tetapi jika kita bersaing dengan mereka atas kebenaran, maka
kita di mata mereka setara Jibril.

74
BAB 14

Asal- Usul Sihir: Ayat 99 - 103

Mukaddimah

Allah mengingatkan Rasulullah SAW bahawa baginda telah dilengkapkan


dengan segala bukti, bahawa baginda ialah utusan Allah yang benar.
Keingkaran kaum Yahudi bukanlah kerana bukti kenabian atau
pendekatan Rasulullah, bahkan ia dari hati mereka yang fasik yang
sering berpaling dan bertentangan dengan Allah.

Mereka sanggup menggelar Nabi Sulaiman yang diutuskan di


kalangan mereka sebagai bukan nabi, bahkan hanyalah tukang sihir,
semata mata mahu menolak al-Quran. Lalu al-Quran
mempertahankan kerasulan Muhammad SAW sekaligus membela
nabi Sulaiman a.s.102

‫ﲞﲠﲡﲢﲣﲤﲥ‬
‫ﲟ‬ ‫ﲚ ﲛ ﲜﲝ‬

Maka sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu wahai


Muhammad SAW bukti-bukti yang jelas lagi nyata, sepertimana yang
telah dijelaskan dalam at-Taurah, seperti cahaya di siang hari.
Namun mereka menolak risalah ini hanya kerana kefasikan yang

102 Tafsir al-Munir.

83
memenuhi hati mereka yang sentiasa mencari ruang untuk keluar dari
ketaatan kepada Allah.103

‫ﲦﲧﲨﲩﲪﲫﲬﲭﲮ ﲯﲰﲱ‬

Diriwayatkan oleh Malik bin as-Soif, berkata ketika Nabi Muhammad


SAW diutuskan lalu ditanya kepada Yahudi apakah yang telah
diturunkan mengenai Muhammad dan apa perjanjian yang telah
diputuskan mengenainya? Mereka berkata, demi Allah tiada apa
yang diutuskan mengenai Muhammad dan tiada apa-apa perjanji
berkenaan dengannya. Lalu Allah menurunkan ayat ini.104 “Apakah
setiap kali mereka berjanji dengan Allah untuk beriman dengan nabi
yang Allah utuskan, akan ada di kalangan mereka yang mencampak
perjanjian itu? Bahkan majoriti dari kalangan mereka tidak pun
beriman.” 105

‫ﲲﲳﲴﲵﲶﲷ ﲸﲹﲺﲻﲼﲽﲾﲿ‬
‫ﳀ ﳁ ﳂ ﳃ ﳄ ﳅﳆ ﳇ ﳈ‬

Allah melukis imej penolakan biadap mereka dengan gaya bahasa


perumpamaan seolah mereka mencampak kitab Taurat di belakang
mereka dengan penuh biadap dan tidak menghormati kesucian dan
kemuliaannya. Jika ini dilakukan oleh kaum musyrik yang tidak tahu
membaca, bukanlah satu kehinaan, kerana tulisan tidak membawa
erti dalam hidup mereka. Tetapi bangsa Yahudi yang mengagung-
agungkan kitab mereka itu telah digambarkan oleh Allah dalam ayat
ini telah membaling kitab mereka ke belakang tatkala mereka
menafikan kerasulan Muhammad SAW, seoalah

103 Fathul Qadir.


104 Lubab an-Nuqul Fi Asbab an-Nuzul.
105 Tafsir al-Jalalain.

84
mereka tidak tahu-menahu tentang baginda sedangkan kedatangan
baginda itu membenarkan apa yang ada dalam at-Taurah. Demikianlah
Allah perumpamakan keingkaran mereka yang maknawi, dalam imej
yang dekat dengan zahir, agar jelas bagi kita buruknya kelakuan mereka
yang menafikan kebenaran sedangkan mereka telah ketahui
kebenarannya.106

‫ﱇﱉﱊ ﱋﱌﱍ‬
‫ﱈ‬ ‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆ‬

‫ﱘﱚ‬
‫ﱙ‬ ‫ﱎﱏﱐ ﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗ‬

‫ﱤ ﱦ ﱧ ﱨﱩ‬
‫ﱥ‬ ‫ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟﱠ ﱡﱢ ﱣ‬

‫ﱭﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻ‬
‫ﱮ‬ ‫ﱪﱫﱬ‬

‫ﲏ‬
‫ﲎ‬ ‫ﲈﲊ ﲋ ﲌ ﲍ‬
‫ﲉ‬ ‫ﱽﱿﲀﲁﲂ ﲃﲄﲅﲆﲇ‬
‫ﱾ‬ ‫ﱼ‬

‫ﲐ ﲑﲒ ﲓ‬

Sebab Nuzul: Orang Yahudi menyatakan bahawa, Muhammad SAW


menyatakan anak kepada Dawud a.s adalah nabi padahal dia
hanyalah tukang sihir. Maka Allah menurunkan ayat ini.107 Ayat ini
berkitar dalam dua paksi: yang pertama: sihir, dan yang kedua: Harut
dan Marut. Dua paksi ini telah menimbulkan khilaf yang berbagai di
kalangan mufassir. 108 Maka orang Yahudi telah mengikuti jejak
langkah syaitan dan bisikkan serta ajaran mereka yang berupa sihir
dan ajarannya serta kekufuran dalam era

106 FiZilal al-Quran.


107 Fathul Qadir.
108 Rujuk Tadabbur Dan Kesimpulan.

pemerintahan Sulaiman a.s, dan bukanlah Sulaiman itu melakukan


kekufuran atau sihir bahkan syaitanlah yang melakukan kekufuran
dan sihir. Kumpulan yang paling diterima di kalangan mufassirin
dalam bab Harut dan Marut menafsirkan mereka adalah dua
malaikat yang diturunkan di bumi Babil, sebuah kawasan dalam
83
negeri Kufah di Iraq, yang mengajarkan ilmu sihir kepada manusia
bagi mereka membezakan antara sihir dan mukjizat. Mereka akan
memastikan pelajar mereka faham akan bahaya ilmu itu, dan
mereka hanya mengajarkan sihir pemisah suami isteri.
Sesungguhnya sihir tidak akan boleh memberi mudharat melainkan
dengan Izin Allah sahaja ,sesungguhnya apa yang mereka pelajari itu
hanya membawa mudharat bagi mereka dan tidak memanfaatkan
mereka di akhirat. Maka pertukaran mereka dari iman dengan sihir
itu adalah jual beli yang merugikan akhirat mereka, dan tidaklah
mereka benar-benar mengetahui109

‫ﲜ ﲞ ﲟﲠ ﲡ‬
‫ﲝ‬ ‫ﲔﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ‬

Alangkah baiknya jika mereka beriman, maka Allah akan mengganjarkan


mereka dengan syurga kalaulah mereka mengetahui.110

Rumusan Dan Tadabbur

Orang Yahudi telah mendustakan apa yang mereka anuti selama ini,
hanya kerana mahu menafikan kerasulan Muhammad SAW. Bahkan
mereka sanggup menafikan kerasulan nabi mereka yang sehebat
Sulaiman a.s sekalipun.

109 Asas Fi at-Tafsir.


110 Sofwah at-Tafasir

84
Khilaf Tentang Sihir:111

Imam al-Qurtubiy: Sihir adalah benar dan hakikat sihir adalah


makhluk Allah yang diciptakan seperti mana yang Allah kehendaki.
Ini bercanggah dengan apa yang dipegang oleh Muktazilah dan Imam
Israfiyniy, yang menyatakan ia hanyalah ilusi dan bayangan sahaja.

Imam al-Alusi: Ia adalah fenomena pelik seakan akan mencarik adat,


tetapi ia bukanlah begitu kerana ia boleh dipelajari dan boleh
dilakukan dengan meminta bantuan syaitan dengan mempelajari
perkara perkara kotor seperti perkataan syirik, pujaan kepada
syaitan dan sembahan kepada bulan bintang serta melazimi jenayah
dan najis.

Khilaf Tentang Harut Dan Marut

Yang menyatakan ma dalam ayat adalah kata nafi.

Imam al-Qurtubiy: Maka mereka menafikan Harut dan Marut adalah


dari kalangan malaikat, bahkan mereka menyatakan kedua ini adalah
dari kalangan syaitan. Dan dua malaikat di dalam ayat adalah
merujuk kepada Jibril dan Mikail.

Ada juga yang merujuk malikain sebagai dua orang raja, dan mereka
adalah Daud dan Sulaiman a.s.

Yang menyatakan ma dalam ayat adalah kata hubung:

111 Asas Fi At-Tafsir.

83
Menyatakan kedua mereka adalah malaikat tetapi mereka tidak akan
mengajar kepada manusia sihir, melainkan menjelaskan kesan-
kesan buruknya dan ia adalah fitnah pada manusia.

Imam an-Nasafi pula beranggapan belajar sihir tidak menjadikan


seseorang itu kafir tetapi mengamalkannyalah yang menjadi sebab
kepada kufur.

Kisah Harut dan Marut dari sumber Israiliyat riwayat Ka’ab bin
Ahbar:

Apabila malaikat menyebut keaiban Bani Adam, lalu dipilih dua malaikat
dan dimasukkan kepada mereka syahwat. Lalu diturunkan ke muka
bumi, lalu mereka pun terjebak melakukan maksiat. Lalu Allah memberi
pilihan kepada mereka samada memilih azab dunia atau akhirat. Maka
mereka telah memilih azab di dunia berbanding di akhirat. Maka
sehingga kini mereka diazab. Namun kisah-kisah berkenaan mereka
tidak ada satupun yang sahih, semuanya berkitar dari sumber Israiliyat.

Dalam mendepani kisah begini, cukup untuk kita sekadar bergantung


dengan nas yang sahih sahaja. Jika ada keperluan, pastilah al-Quran akan
memberi perincian mengenainya atau dihuraikan oleh Rasulullah SAW.

Adapun ulamak berkhilaf dalam masalah fiqh kepada pengamal sihir,


jumhur menyatakan hukumannya adalah bunuh secara mutlak.
Imam asy-Syafie memiliki penghuraian yang lebih terperinci dalam
hukuman ke atas pengamal sihir. 112

112 Ruhul Maaniy.

84
BAB 15

Seruan Pertama Untuk O rang Beriman:

Ayat 104 - 110

Muqaddimah

Perenggan ini merupakan perenggan yang pertama di mana orang


beriman diseru di dalam al-Quran dengan ungkapan
{‫}ي اأ ي ها ال ِذي ن آ منُوا‬
Di dalam al-Quran, ungkapan ini berulang sebanyak 88 kali.
Sehingga seorang mufassir masa kini iaitu Abu bakar al-Jazairi ada
menghimpunkannya dalam bukunya yang bernama Nidaat ar-
Rahman.

Perenggan ini juga menegaskan tentang suatu ilmu yang penting dari
ulum al-Quran, iaitu ilmu Nasikh dan Mansukh.

Orang beriman diingatkan agar cermat dalam adab mereka dengan


Rasulullah SAW dan jangan menjadi seperti orang Yahudi yang telah
disebut berkali-kali kebiadapan mereka dengan rasul sebelum ini,
bahkan dalam perenggan ini juga Allah tegaskan sekali lagi sebagai
peringatan kepada orang beriman.

83
‫ﲪﲬﲭ‬
‫ﲫ‬ ‫ﲢﲣﲤﲥﲦﲧﲨﲩ‬

‫ﲮﲯ‬

Sebab nuzul ayat ke-104 ini adalah kerana apabila orang Yahudi
mendengar orang Islam berkata wahai Rasulullah perhatikanlah
kami (‫)ر ا ع ن ا‬, maka mereka berkata dahulu kita hanya boleh mencela
Muhammad SAW di belakangnya tetapi kita kini boleh mencelanya
di hadapan. Kerana perkataan (‫ )ر ا ع ن ا‬dalam bahasa mereka
membawa maksud makian. Jadi mereka sering mengucapkan
perkataan ini kepada Nabi SAW lalu mereka ketawa. Saad bin Muaz
r.a. menyedari perkara ini lalu menyatakan kepada mereka,
sekiranya aku mendengar kalian menyebutnya lantas akan
kupenggal kepalanya. Maka turunlah ayat ini. 113

Lalu Allah menyuruh para sahabat menggunakan kalimah lain yang


membawa maksud yang hampir sama dengan kalimah tadi. Allah
menjanjikan bagi orang kafir yang mencari kesempatan itu dengan
azab yang sangat pedih.

‫ﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ‬

‫ﲿﳁﳂﳃﳄﳅﳆﳇﳈﳉﳊﳋ‬
‫ﳀ‬ ‫ﲾ‬

Orang yang kufur dari kalangan ahli kitab dan musyrikin dengki dan
hasad akan apa sahaja kebaikan yang Allah beri kepada orang
beriman, sedangkan Allah telah mengkhususkan rahmatnya kepada
siapa yang Dia kehendaki, Allah memiliki kurniaan yang agung.114

Sebab turun ayat ini adalah mendustakan orang Yahudi apabila


diajak beriman dengan Rasulullah SAW, mereka mengatakan

113 Tafsir al-Munir.


114 Sofwah at-Tafasir.

84
baginda bukanlah membawa kebaikan, jika baginda membawa
kebaikan pasti kami akan suka mengikutinya. 115

‫ﱌ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒﱓ ﱔ‬
‫ﱍ‬ ‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋ‬

‫ﱕﱖ‬

Orang kafir mempertikaikan al-Quran apabila ada ayat menasakhkan


ayat dan hukum yang pernah diturunkan dengan menuduh ia
hanyalah perkataan Nabi SAW yang mengubah-ngubah mengikut
selera baginda. Maka Allah turunkan ayat ini bagi mempertahankan
al-Quran yang mengandungi ayat-ayat naasikh dan mansukh.116 Apa
yang dinasakhkan ayat atau hukumnya, Allah akan ganti dengan
yang lebih baik darinya atau yang setara dengannya. Apakah orang
kafir ini tidak tahu Allah maha berkuasa atas segala sesuatu? Dalam
sesetengah qiraat, dibaca nusi’a yang membawa makna dilewatkan
sesuatu.117

‫ﱞﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩ‬
‫ﱟ‬ ‫ﱗ ﱘ ﱙﱚ ﱛ ﱜ ﱝ‬

Allah mengingatkan tentang pengaturan Allah ala mini seluruhnya langit


dan buminya, sedang orang kafir tiada siapa yang boleh menolong
mereka dan memenangkan mereka. 118

115 Tafsir al-Munir.


116 Tafsir al-Munir.
117 Fathul Qadir.
118 Sofwah at-Tafasir.

83
‫ﱳ ﱵﱶﱷﱸ ﱹ‬
‫ﱪﱫﱬﱭﱮﱯﱰﱱﱲ ﱴ‬

‫ﱺﱻﱼﱽ‬

Allah melarang orang Islam untuk bertanya kepada nabi Muhammad


SAW dengan soalan-soalan seperti Bani Israel tanyakan kepada Nabi
Musa a.s sebelum ini (meminta perincian, membantah dan berdegil).
Kerana pertanyaan seperti itu adalah menyimpang dari jalan yang
lurus.119

‫ﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊﲋ‬

‫ﲙﲛﲜﲝ‬
‫ﲚ‬ ‫ﲒ ﲔ ﲕ ﲖﲗ ﲘ‬
‫ﲓ‬ ‫ﲌ ﲍ ﲎ ﲏﲐ ﲑ‬

‫ﲞﲟ ﲠ ﲡ‬

Ayat ini mendedahkan kebusukan hati orang Yahudi dan Nasrani,


yang mahu melihat orang mukmin menjadi kufur bukan kerana
mereka tidak mengetahui tentang kebenaran Islam tetapi setelah
mereka mengetahuinya. Namun Allah mengangkat kedudukan orang
beriman dibandingkan dengan mereka dalam seruan agar orang
beriman tidak membalas kejahatan dan kedengkian mereka itu,
melainkan memaafkan mereka dan berdamai sehinggalah Allah
putuskan kemudian. Sesungguhnya Allah telah menetapkan masa
yang sesuai untuk mereka. 120

119 Asas Fi at-Tafsir.


120 Fi Zilal al-Quran.

86
‫ﲮﲰ ﲱ‬
‫ﲥ ﲧ ﲨﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲯ‬
‫ﲦ‬ ‫ﲢ ﲣﲤ‬

‫ﲲ ﲳ ﲴﲵ‬

Beginilah al-Quran mengajar orang Mukmin mendepani konspirasi jahat


dan kedengkian musuh, iaitu dengan memberi fokus kepada pembinaan
iman dan hubungan mereka dengan Allah. Allah memerintahkan mereka
mendirikan solat dan menunaikan zakat, nescaya kebaikan-kebaikan ini
akan dibalas Allah dengan kebaikan kerana Allah memerhatikan
segalanya.121

Rumusan Dan Tadabbur

Perang terminologi telah lama berlaku. Islam memberi garis


panduan yang jelas dalam menghadapi ancaman ini. Kita kini telah
tewas kerana sering menuruti istilah Barat dalam semua perkara,
hatta dalam perihal agama kita sendiri. Kini istilah jihad telah
dimamah oleh Islamfobia sebagai keganasan. Bahkan lebih malang
lagi, ucapan seperti ma syaa Allah sudah menjadi OMG, dan pelbagai
lagi. Liberalisma beragama telah membiak dalam peperangan
terminologi ini. Hari ini, orang melihat semua agama sebagai setara
dan sama.

Nasakh dalam Islam adalah sabit dan ia adalah ilmu yang penting dalam
pemahaman al-Quran, dan juga menjadi proses penetapan hukum.
Nasakh ayat al-Quran ada tiga keadaan:

1- Nasakh ayat dan hukum,


2- Nasakh hukum dan dikekalkan ayat, dan

121 SDA.

87
3- Nasakh ayat dan dikekalkan hukum.

Dan nasakh hukum ini akan mendatangkan dua implikasi utama iaitu:

1- Keringanan kepada ummah, dan

2- Kesempurnaan dalam syariat.

Selain itu perlu juga diketahui bahawa selain dari al-Quran, al- Hadis juga
melalui proses ini bahkan berlaku hadis menasakhkan al-Quran, begitu
juga sebaliknya.

Membezakan diri dari kaum kafir adalah tuntutan pertama dalam al-
Quran, yang menggunakan seruan wahai orang yang beriman. Maka
perlu kita tahu menjarakkan cara hidup kita dari cara hidup orang
kafir adalah sangat penting dan asas dalam syariat Islam. Sehingga
Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dari


kalangan mereka.” 122

122 Hadis Riwayat Abu Daud.

86

You might also like