You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Dalam dekad tujuh puluhan, kenyataan bahawa negara ini adalah negara pertanian tidak boleh
dinafikan. Peranan utama sektor pertanian pada ketika itu adalah eksport utama, sumber
pendapatan eksport yang digunakan untuk mencapai objektif sosio-ekonomi, menyediakan
peluang pekerjaan dan pembekal sumber makanan. Sektor pertanian telah menjadi penggerak
utama dan enjin yang menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pertanian memberi pekerjaan
hampir kepada seluruh penduduk termasuklah belia, mengeluarkan lebih satu perempat dari
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menyumbang lebih dari satu pertiga dari jumlah
eksport negara dan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan yang terbesar berbanding
sektor ekonomi lain. Dalam dekad sembilan puluhan beberapa cabaran penting telahpun dihadapi
dalam membangunkan sektor pertanian. Hasil semakan dan kajian semula, telah lahir Dasar
Pertanian Negara II (1992-2010) yang khusus diformulakan. Sektor pertanian kembali dihargai
dalam keadaan terdesak kerana berlakunya situasi kejatuhan nilai Ringgit kerana makanan
merupakan keperluan manusia untuk terus hidup. Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan kos
mengimport bahan makanan meningkat dengan ketara. Jumlah nilai import bahan makanan pada
tahun 1997 ialah RM10.035 bilion iaitu meningkat sebanyak 10.7 peratus daripada tahun 1996
iaitu senyak RM9.066 bilion. Sejak penghujung 1998, sektor pertanian mula diberi perhatian
semula. Tanah terbiar telah banyak digembleng untuk meningkatkan pengeluaran makanan
negara negara dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM1 bilion import bahan makanan
setahun dengan mengusahakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada tanah terbiar di
Semenanjung yang dianggarkan seluas di antara 800,000 hektar dan sejuta hektar. Idea baru
pihak kerajaan ialah menggalakkan pertanian komersial yang mementingkan penggunaan kaedah
moden di setiap peringkat aktiviti pertanian. Program Taman Kekal Pengeluaran
Makanan(TKPM) juga merupakan satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)
untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersial dan
berteknologi tinggi. Penggunaan benih, baka, baja dan racun serangga yang berkualiti setelah
dilakukan penyelidikan telah menghasilkan tanaman yang berkualiti disamping mendapat
kuantiti hasil yang lebih banyak.

1
Kajian yang dilakukan ini lebih berfokuskan kepada kesan penggunaan baja sebatian daripada
aktiviti pertanian secara besar-besaran ini. Baja sebatian tergolong didalam baja kimia bersama-
sama baja tunggal dan baja campuran. Baja sebatian merupakan bahan homogenous yang
mengandungi dua atau lebih unsur nutrien utama tanaman N,P,K yang dicampur melalui proses
kimia. Ia boleh mengandungi unsur mikronutrien dan berbentuk granule, pallets dan kristal.

2
2.0 ANALISIS KAJIAN

Aktiviti pertanian pada hari ini telah meningkatkan penggunaan baja sebatian. Oleh itu, terdapat
dua kesan akibat penggunaan baja sebatian di dalam aktiviti pertanian iaitu kesan positif dan
kesan negatif terhadap persekitaran.

2.1 Kesan Positif Terhadap Persekitaran

Mempercepatkan Tumbesaran Tanaman

Nutrien yang terkandung dalam baja sebatian adalah tersedia dalam bentuk yang dapat
digunakan terus oleh tumbuhan. Tanaman dapat menyerap nutrien yang diperlukan serta
merta selepas baja diberikan. Tanaman akan menampakkan perubahan setelah beberapa
hari sahaja selepas pembajaan dilakukan. Kadar nutrien yang selalunya telahpun
diketahui di dalam baja sebatian memudahkan jadual dan sistem pembajaan yang tepat
dapat dilakukan untuk mendapat peningkatan hasil seperti yang dikehendaki. Baja
sebatian ini juga mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang untuk
meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, ianya
mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan
proses fotosintesis dan kandungan gula dalam masa 1 jam selepas semburan. Kandungan
asid humik yang terdapat dalam baja ini dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrien
oleh tumbuh-tumbuhan dan dengan itu dapat juga menguatkan sistem imunisasi tumbuh-
tumbuhan supaya lebih sihat. Hasil pengeluaran juga boleh ditingkatkan dengan kadar
tanaman sehingga 70%. Di samping itu juga, kualiti buah dan hasil pengeluaran tanaman
dapat ditingkatkan. Masalah pertunasan, pengunapan dan mengawal keguguran buah
melalui pengawalan pengeluaran asid absisik dapat dikurangkan. Baja jenis ini sesuai
digunakan untuk tujuan semburan atau siraman dan boleh dicampurkan dengan racun
serangga atau racun kulat. Bekalan nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan
tumbuh dengan cepat dan bewarna hijau tua. Sebagai contoh, tanaman kapas, bahagian
kapas yang diperolehi pada peringkat tuaian pertama menggambarkan ukuran
kematangan pokok kapas tersebut. Lebih banyak kapas yang dihasilkan lebih matanglah

3
pokok tersebut. Data dalam jadual 1 menunjukkan semua peringkat penggunaan baja
NPK menambahkan hasil kapas dan rajah 1 menunjukkanertumbuhan pokok kapas.

Kadar pembajaan Hasil


Ib/E
N + P₂O₅ + K₂O Paun biji Pungutan hasil Jumlah (paun
kapas tiap ekar pertama (% biji kapas tiap
daripada jumlah) ekar)
0 0 0 1034 71 1465
60 0 0 866 56 1536
60 60 60 1121 63 1793
60 60 60 1042 58 1802

Jadual 1.0 : Kesan penggunaan baja sebatian keatas hasil kapas yang tumbuh di Tanah
Gembur Selut Olivier

Gambar 1.0 : Pertumbuhan pokok kapas akibat penggunaan baja sebatian yang tumbuh di
Tanah Gembur Selut Olivier

4
Memudahkan urusan petani

Memandangkan baja sebatian mudah didapati, ianya sangat berguna dan memudahkan
para petani dalam menjalankan aktiviti pertanian mereka. Harga bagi baja sebatian di
pasaran juga murah berbanding harga bagi baja organik yang agak mahal di pasaran.
Dengan kemudahan teknologi komunikasi kini, petani moden mudah untuk menjalankan
aktiviti pertanian dengan membeli baja atau keperluan untuk pertanian mereka secara
‘online’. Hal ini sangat efektif kerana petani tidak perlu lagi ke kedai untuk membeli
bahan-bahan pertanian seperti baja. Dengan hanya klik dan membuat tempatan serta
melakukan transaksi pembayaran, bahan yang ditempah akan tiba dalam masa dua hingga
tiga hari selepas tempoh pembayaran. Setelah itu, petani dapat melakukan aktiviti
pertanian seperti pembajaan mengikut jadual yang telah mereka tetapkan. Sebagai
contoh, dalam pasaran kini, harga baja sebatian baru adalah RM80/beg 50kg iaitu baja
sebatian baru KAKA 25 NPK 14-13-9-2.5-TE, RM80/beg 50kg KAKA 105 NPK 10-5-
29-2-TE, RM80/beg 50kg KAKA 27 NPK 11.6-0-27, RM87.50/beg 50kg GB 88 (13-10-
21-2+TE). Baja sebatian GB tersebut sangat sesuai untuk kelapa sawit yang matang dan
baru berbuah kerana mengandungi Fosfat yang tinggi untuk memupuk pertumbuhan yang
keseluruhannya.

5
2.2 Kesan Negatif Terhadap Persekitaran

Tanah Menjadi Berasid

Penggunaan baja sebatian meninggalkan kesan asid di dalam tanah, manakala ada
sesetengah pula meninggalkan kesan bes yang mempengaruhi pH tanah. Keputusan
ujikaji-ujikaji telah menunjukkan bahawa di antara nutrien-nutrien tumbuhan, nitrogen,
fosforus dan kalium, pembawa-pembawa fosforus dan kalium didapati mempengaruhi
sedikit sahaja pH tanah. Walaubagaimanapun, pembawa-pembawa nitrogen
mempengaruhi pH tanah serta larut resapan kation-kation. Keasidan ini terjadi
diilustrasikan oleh persamaan nitrifikasi. Sebahagian dari NH+4 yang terbebas dari
proses ammonifikasi ditukar menjadi nitrogen nitrat. Proses pengoksidaan biologi
ammonia menjadi nitrat ini disebut nitrifikasi. Proses ini berperingkat-peringkat di mana
dalam peringkat pertama ammonia ditukar kepada nitrit dan dalam peringkat kedua nitrit
ditukar menjadi nitrat Penukaran ammonia kepada nitrit sebahagian besarnya disebabkan
oleh aktiviti sekumpulan bakteria autotrof obligat yang dikenali sebagai Nitrosomonas.
Penggunaan baja kimia yang banyak dalam sektor pertanian terutamanya baja Amonium
sulfat yang akan hasilkan ion NH+n yang meningkatkan keasidan tanah. Bentuk ion
adalah Amonium sulfat (NH+ NO3- + H+) serta ion H+ akan menurunkan pH tanah.
Tanah berasid akan mengikat nutrien penting dan mengurangkan kedapatan nutrien
dalam tanah. Tanah berasid tidak subur dan boleh menyebabkan keracunan ferum,
mangan dan aluminium pada tanaman di samping mempunyai kandungan makro nutrien
seperti fosforus dan mikro nutrien seperti kalsium yang rendah. Terdapat tiga perkara
penting yang digambarkan oleh tindakbalas-tindakbalas penitratan, di mana
penafamannya akan dapat menjelaskan lagi tindakbalas yang berlaku apabila baja
sebatian nitrogen dagangan berbentuk organik atau ammonia digunakan pada tanah.
Pertama ialah tindakbalas memerlukan molekul oksigen. Hal ini bermakna tindakbalas ini

6
mudah berlaku dalam tanah yang elok pengudaraannya. Perkara kedua ialah tindakbalas
tersebut menghasilkan ion hidrogen. Ion inilah yang menyebabkan pengasidan
(asidifikasi) tanah apabila baja jenis ini akan mengurangkan pH tanah. Perkara ketiga
ialah disebabkan aktiviti mikroorganisma, cepat atau lambatnya serta ke peringkat mana
proses penukaran itu tercapai bergantung kepada keadaan sekeliling tanah seperti bekalan
lembapan dan suhu. Tanah yang berasid akan meruntun pertumbuhan akar dan pokok,
mengurangkan penyerapan nutrien pokok, mengurangkan aktiviti biologikal yang
diperlukan dan menambah elemen bertoksik di dalam tanah. Jika tahap keasidan tanah
tidak diurus dengan baik, kesan baik dari aktiviti mahal yang lain seperti penanaman,
pembajaan, masa dan aktiviti amalan pengurusan tanaman tidak akan membuahkan hasil
seperti yang dijangkakan.

Pencemaran air bawah tanah dan sungai

Pencemaran air pada dasarnya berpunca dari kegiatan manusia sendiri yang mana ianya
mengganggu keseimbangan semulajadi. Punca pencemaran air boleh dibahagikan kepada
dua iaitu punca pencemaran titik dan punca pencemaran bukan bertitik. Dalam kes kajian
ini, penggunaan baja sebatian yang juga merupakan pencemaran titik menyebabkan air
menjadi tercemar. Baja sebatian digunakan pada tanah pertanian untuk menyediakan
nutrien seperti N, P, K yang membajai tanah untuk pertumbuhan tumbuhan. Sebahagian
nutrien akan meresap melalui tanah dan sampai ke paras air bawah tanah. Baja P dan K
mudah diserap oleh tanah dan sering dikaitkan denan masalah pencemaran.
Walaubagaimanapun sebahagian N2 yang diserap oleh tanah atau yang digunakan oleh
tumbuhan, ada yang larut dalam air membentuk nitrat melalui proses nitrifikasi. Nitrat
larut dalam air bawah tanah dan sangat berbahaya kepada manusia jika diserap lebih
daripada kadar biasa. Dengan mengambil contoh di negeri Johor yang juga merupakan
sebuah negeri pertanian, aktiviti pertanian ini menjadi penyumbang terbesar dalam
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pertanian di negeri Johor terdiri daripada kelapa
sawit, getah, kelapa, dan koko. Pertanian adalah merupakan gunatanah utama kerana
seluas 99,352 hektar tanah digunakan untuk pertanian iaitu meliputi 77.2%. Melalui
aktiviti yang dijalankan oleh sektor pertanian ini, didapati bahawa telah mencemarkan

7
beberapa buah sungai utama seperti di Sungai Skudai yang bermula daripada Sedenak
dan meliputi Kulai, Senai, dan Tampoi. Penggunaan baja sebatian yang banyak boleh
menambahkan kemasinan tanah yang dibaja. Timbunan garam baja boleh mengakibatkan
kandungan zat yang berlebihan dalam simpanan air tempatan dan menjadi pemusnah
haiwan-haiwan akuatik. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk apabila hujan turun. Oleh
kerana negeri Johor pesat membangun maka kadar aliran air larian adalah tinggi
membawa bahan-bahan kimia tersebut kedalam sungai, mahupun melalui air bawah
tanah. Hal ini mempercepatkan lagi proses pencemaran air.

Pencemaran makanan yang menjejaskan kesihatan manusia

Toksin dalam tubuh manusia berlaku akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran
makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa misalnya baja kimia seperti
baja sebatian khususnya, racun serangga dan racun perosak dalam aktiviti pertanian.
Penggunaan baja sebatian dan racun serangga secara berlebihan akan menyebabkan
bahan kimia terserap pada tanaman tersebut sangat tinggi. Tumbuhan tersebut yang pada
dasarnya ditanam menggunakan baja sebatian akan menyerap pelbagai jenis nutrien
kimia yang dibekalkan melalui proses pembajaan. Kemudian ia akan mendatangkan
kesan keracunan kepada manusia apabila tanaman tersebut dimakan. Apabila makanan
yang tercemar dimakan oleh manusia akan meninggalkan kesan toksin dalam tubuh
manusia. Kesihatan manusia akan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil
makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan
sebagainya yang merupakan ‘ounce’ utama menjadi toksin dalam badan. Inilah punca
pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migraine yang bermula dengan penanaman
tanaman yang mengunakan bahan kimia seperti baja kimia kemudian makanan tersebut
diproses dengan menambah pelbagai bahan pengawet dan perasa tiruan yang
menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit kepada manusia. Apabila badan manusia
terlalu berasid atau proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di
dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat pada darah hingga
menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit seperti berikut.
Pertama ialah penyakit kulit yang berlaku apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui

8
kulit. Pengumpulan toksin dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat dan
furunkel. Seterusnya ialah tumor yang berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang
berkumpul dalam tisu badan. Selain itu, masalah demam juga berlaku akibat toksin yang
banyak berada dalam badan. Sel darah putih menentang toksin di dalam badan yang
menyebabkan kadar metabolism semakin cepat dan mengakibatkan tubuh menjadi
demam. Selain itu juga, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi disebabkan oleh toksin
yang melekat dalam darah. Ia menyebabkan darah akan bekerja lebih kuat untuk
melancarkan peredaran darah. Apabila terdapat saluran yang tersumbat akan
mengakibatkan tekanan darah tinggi disamping buah pinggang dan system endoktrin
berusaha membersihkan toksin akan merembeskan pelbagai jenis bahan kimia hingga
terjadinya tekanan darah tinggi. Antara penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh
toksin yang berpunca daripada makanan yang tercemar ialah alergi, asma, sakit sendi dan
sengal-sengal tulang, pundi hempedu dan karang, sembelit, barah payudara, parut
kembung dan kemerosotan daya seksual.

Menyebabkan Eutrofikasi

Bahan-bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam baja sebatian boleh meresap ke
dalam tanah dan seterusnya bercampur dengan air di dalam tanah. Bahan kimia
berbahaya juga boleh mencemar sungai dan kolam. Kehadiran bahan kimia di dalam air
bukan sahaja membunuh hidupan liar, bahkan ia juga boleh mengakibatkan mutasi atau
perubahan sifat-sifat ganjil pada haiwan dan tumbuhan. Eutrofikasi ialah peningkatan
nutrien seperti nitrogen dan fosforus secara beransur-ansur dalam alam sekitar.
Eutrofikasi menyebabkan masalah kehilangan oksigen terlarut dari sumber air seperti
tasik, sungai mahupun laut yang diakibatkan oleh larian permukaan nitrogen ke dalam
sumber air. Ia banyak ditemui dalam persekitaran laut, tetapi terdapat juga bukti yang
menunjukkan ia berlaku di kawasan daratan. Eurtofikasi memaksa perubahan dalam
biodiversiti (kepelbagaian organisma) di dalam suatu kawasan. Nitrogen akan
menyebabkan pertumbuhan alga yang tinggi dan mengurangkan jumlah hidupan air
seperti ikan kerana oksigen terlarut yang rendah. Air akan kelihatan bewarna hijau, merah
atau perang akibat pertumbuhan alga meliputi permukaan air. Sebagai contoh Sungai

9
Mississippi ialah sungai kedua terbesar di Amerika Syarikat. Ia bermula dari tasik Itasca
di Mionesora dan mengalir sejauh 3,733 kilometer hingga ke Louisiana dan melimpah
masuk ke Teluk Mexico. Ia menyaliri 41 peratus daripada benua Amerika Syarikat dan
setiap tahun kira-kira 1.4 juta tan metrik nitrogen ditambah ke dalam sungai melalui
aktiviti manusia seperti aliran baja dan pembuangan hasil kumbahan. Nitrogen berlebihan
menyebabkan eotrofikasi berlaku dan mengakibatkan ‘zon mati’ di hujung sungai di
Teluk Mexico. Zon mati mengandungi sangat sedikit oksigen dan tidak dapat
menampung sebarang kehidupan. Kawasan zon mati di Teluk Mexico dijumpai pada
1974 dan kini keadaannya sebesar negeri New Jersey. Ikan dan udang hanya mampu
meninggalkan tempat itu atau mati, dan penghuni dasar seperti tapak sulaiman dan buran
tidak dapat meninggalkan tempat itu dan mati. Usaha kini dijalankan untuk
mengurangkan saiz zon mati termasuk menggalakkan petani supaya mengurangkan
penggunaan baja.

Gambar 2.0 : Kesan pertumbuhan alga di permukaan air yang menyebabkan ikan mati

10
3.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Sebagai kesimpulannya, semua pihak tanpa mengira sesiapa harus melihat usaha memajukan
sektor pertanian moden ini dengan lebih teliti. Semua kajian perlulah dilakukan sebelum
kerajaan membuat keputusan untuk memberi perhatian khusus kepada pertanian sahaja.
Kegagalan untuk melihat sesuatu masalah itu secara holistik menyebabkan kita sering melakukan
kesilapan dalam merangka sesuatu dasar yang sesuai dengan keperluan zaman. Penggunaan baja
organik perlu dipertingkatkan untuk menjamin kesuburan tanah dan mengelakkan berlakunya
pencemaran dan pelbagai masalah yang disebabkan oleh penggunaan baja kimia. Membaja
merupakan salah satu aspek yang penting dlam menghasilkan tanaman serta sayur-sayuran yang subur.
Sejak turun-temurun lagi, petani-petani telah menggunakan najis ayam dan lembu sebagai baja untuk
menyuburkan tanaman mereka. Ekoran daripada perkembangan sains yang pesat, baja sintetik
seperti baja NPK ,baja ammonium sulfat, baja magnesium sulfat dan sebagainya telah
digunapakai dalam sektor pertanian. Baja-baja sintetik ini bukan sahaja boleh meningkatkan
kandungan kimia yang merbahaya dalam tanah tetapi is juga boleh mengubah struktur tanah
tersebut dari segi komposisi kimianya. Selain itu, organisma hidup dalam tanah akan mati kerana
tidak dapat menyesuaikan diri dengan dengan tanah yang mengandungi bahan kimia. Jika
organism dalam tanah seperti bakteria pengikat mati, kesuburan tanaman serta sayur-sayuran
juga akan terjejas. Oleh itu, baja organik adalah lebih sesuai dan praktikal untuk digunakan.
Selain menjaiankan pertanian secara mesra alam, penggunaan baja organik seperti najis kelawar ,
ayam dan lembu juga bukan sahaja dapat menambah kesuburan tanah malah mengandungi
semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tanaman serta sayur-sayuran. Selain itu, pengunaan
baja organik akan meningkatkan pengudaran tanah dan juga tidak akan menjejaskan komposisi
tanah. lni adalah kerana baja organik adalah semula jadi kepada alam sekitar. Baja organik akan
membantu organisma di dalam tanah yang bergerak selain mengemburkan tanah. Petani boleh
menghasilkan baja organik sendiri dengan mencampurkan daun-daun kering dengan bahan
buangan yang lain seperti najis haiwan. Jika bahan-bahan yang dicampurkan tersebut dibiarkan
untuk sesuatu jangka masa yang lama, bahan campuran tersebut akan menjadi baja organik
selepas sesuatu jangka masa. Petani-petani juga boleh mengamalkan teknik penanaman bergilir.
Petani-petani boleh menanam tanaman serta sayur-sayuran secara bergilir-gilir dengan sayur-
sayuran yang berlainan jenis untuk menjaga serta mengekalkan kesuburan tanah. Sebagai contoh,
setelah kita menanam sawi, tanah tersebut boleh ditanam dengan tumbuhan kekacang atau

11
jagung. Proses ini boleh diulangi untuk mengekekalkan kesuburan tanah tersebut. Tujuan ini
dilakukan adalah kerana tanaman yang berlainan jenis memerlukan nutrien serta zat yang
berlainan. Dengan cara ini, petani tersebut bukan sahaja dapat mengekalkan kesuburan tanah
tersebut malah dapat menjimatkan kos dengan tidak menabur baja untuk tanaman seterusnya.
Satu lagi cara yang boleh digunakan oleh petani-petani adalah menanam dengan cara
Hidroponik. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata
pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana
kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-
sayuran seperti bak Choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah
hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam
sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal
perang, mahupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan
yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa
dalam perjalanan.Walau bagaimanapun, sayur-sayuran yang ditanam dengan cara hidroponik
tidak disembur dengan pestisid dan herbisid. Oleh itu, sayur-sayuran yang ditanam dengan cara
hidroponik boleh dikatakan bebas dari racun rumpai dan serangga. Secara ringkasnya, menanam
sayur-sayuran dengan cara ‘Hidroponik’ adalah bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Kini terdapat cara yang lebih berkesan untuk menanam sayur-sayuran yang bebas dari sebarang
bahan kimia. Cara penanaman ini dikenali sebagai kaedah `Aeroponik’. Kaedah penanaman ini
mampu menghasilkan sayur-sayuran yang bermutu tinggi tanpa dicemari oleh sebarang bahan
kimia. Kaedah ini boleh menggunakan persekitaran rumah hijau tanpa menggunakan sebarang
racun rumpai, racun serangga serta baja kimia. Dengan cara ini, hanya larutan bahan tertentu
yang mengandungi nutrien yang diperlukan oleh sayur-sayuran sahaja disemburkan kepada akar
sayur yang terdedah kepada udara.

12
4.0 BIBLIOGRAFI

Alamah Misni, M. A. (2014). Geografia Online. Retrieved 4 April, 2016, from Malaysian
Journal of Society and Space :
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/11x.geografia-nov14-alamah-edam1.pdf

Ashriq Fahmy Ahmad. (2014). Kuasa penyubur tanaman. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.

G. Kartasapoetra, A. G. (1985). Teknologi Konservasi Tanah dan Air. Bina Aksara.

Hassan, I. U. (n.d.). Dasar-dasar Mateorologi Pertanian. P.T Soeroengan Jakarta.

Lob, S. b. (Oktober, 2009). Retrieved 3 April, 2016, from


http://eprints.usm.my/15586/1/KESAN_INTERAKSI_MIKORIZA_VESIKULAR-
ARBUSKULAR_(MVA),_PARAS_BERBEZA_VERMIKAS_DAN_BAJA_KIMIA_TE
RHADAP_PERTUMBUHAN_3_VARIETI_CILI_(Capsicum_annum_L.)_TEMPATAN
.pdf

Samuel L. Tisdale, W. L. (1981). Baja dan Kesuburan Tanah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

13

You might also like