You are on page 1of 3

CONTOH SOALAN ESEI -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Huraikan faktor-faktor yang mengakibatkan Peristiwa 13 Mei 1969 dan pengajaran-pengajaran yang
diperolehi daripadanya .

A.PENGENALAN

1.Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu menifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia.

2.Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang mengakibatkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda
telah memberi beberapa pengajaran penting.

B.SEBAB-SEBAB PELETUSAN PERISTIWA 13 MEI 1969

1.Jurang perbezaan ekonomi antara kaum

a)Kebanyakan orang Melayu merupakan petani, nelayan atau penoreh getah.Sebilangan besar orang
Cina terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombonganmanakala kebanyakan orang India merupakan
buruh di estet-estet.

b)Akibat daripada kegiatan ekonomi yang berlainan ini, wujud jurang pendapatan yang tidak seimbang
di antara kaum majoriti golongan miskin terdiri daripada kaum Melayu.

c)Ini telah menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangankumpulan etnik tertentu.

2.Perbezaan agama dan kebudayaan

a)Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.

b)Setiap kumpulan etnik adalah jahil mengenai kebudayaan dan adat resamkumpulan-kumpulan etnik
yang lain.

c)Perbezaan agama dan kebudayaan ini bukan saja menguatkan lagi sikap prasangkatetapi juga
menghalang pergaulan antara kaum yang luas.

3.Dasar Pecah dan Perintah British

a)Dasar Pecah dan Perintah British telah memburukkan lagi masalah perpaduan.

b)Jarak sosial dan segregasi antara kumpulan etnik seolah-olah sengaja diwujudkandan dikekalkan oleh
British demi kepentingan sendiri.

c)Kaum-kaum Melayu, Cina dan India dibiarkan tinggal secara berasingan denganmenjalankan kegiatan
ekonomi yang berlainan.

d)Ketiga-tiga kaum ini mempunyai sistem pendidikan tersendiri dan tidak terdapatkurikulum yang sama.

e)Perpaduan kaum tidak dititikberatkan.


f)Dasar Pecah dan Perintah British telah memburukkan lagi sikap prasangka sertamemperkukuhkan
keperibadian etnik.

4.Kempen Pilihanraya 1969

a)Semasa kempen pilihanraya 1969, ahli-ahli politik telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan
dengan bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orangMelayu dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu.

b)Tindakan sedemikian telah meningkatkan perasaan perkauman dan syakwasangka yang akhirnya
mengakibatkan Peristiwa 13 Mei 1969.

5.Perarakan kemenangan parti-parti politik

a)Perarakan kemenangan parti-parti politik merupakan sebab serta-mertaPeristiwa 13 Mei 1969.

b)Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah menghina orang Melayusemasa berarak di jalan-
jalan raya Kuala Lumpur.

c)Parti UMNO pula mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969. akibatperasaan emosi yang tinggi
dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak, rusuhankaum meletus pada hari tersebut

C.PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISIWA 13MEI 19691.

Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa

a)Pangajaran utama yang diperolehi daripada Peristiwa 13 Mei 1969ialah rusuhan kaum tidak
menguntungkan sesiapa.

b)Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengankehilangan nyawa dan kerosakan harta
benda.

2.Kepentingan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain

a)Peristiwa 13 Mei 1969 juga memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harusmenghormati satu sama
lain.

b)Kita harus bersikap toleransi dan mengetahui serta menghormati adat resamkumpulan-kumpulan
etnik lain.

3.Keperluan menghapuskan kemiskinan

a)Peristiwa 13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa perpaduan nasional tidak akantercapai sekiranya
terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin.

b)Justeru itu, Kerajaan talah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970bagi membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semulamasyarakat Malaysia bagi menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsiekonomi.
4.Kepentingan mengeratkan perpaduan kaum

a)Peristiwa 13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa langkah-langkah konkrit harusdiambil untuk
mengeratkan perpaduan kaum.

b)Selaras dengan kesedaran ini, Kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara,Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan sarta menubuhkanJabatan Perpaduan Negara.

D.KESIMPULAN

1.Perpaduan nasional merupakan teras pembentukan sebuah negara Malaysiayang teguh, bersatu padu
dan progresif.

2.Kita sebagai rakyat Malaysia harus sama-sama membantu serta menyokongusaha-usaha kerajaan
untuk memupuk perpaduan

You might also like