You are on page 1of 5

SMJK CHONG HWA

JALAN GOMBAK, KUALA LUMPUR


MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH
KALI PERTAMA TAHUN 2018

Tarikh : 29 Disember 2017


Masa : 8.00 pagi – 9.45 pagi
Tempat: 4A7

Kehadiran:
1. Pn. Vemala Devi a/p Ramasamy Guru Kanan Kemanusiaan
2. Pn. Gian Kaur a/p Harjit Singh Ketua Panitia Sejarah
3. En. Au Lim Ping
4. Cik Rohaimazura Binti Mamat
5. Pn. Ng Sow Mooi
6. Pn. Fadhilah Binti Saidin
7. Pn. Enneysa Binti Mohd Taib
8. Pn. Nen Zalina Binti Noh
9. Cik Khor Chia Hoey
10. En. Wan Mohd Faris Bin Wan Nasir
11. En. Muhd Salahudin Alayubi Bin Husien

Tidak Hadir Bersebab :


1. Pn. Noor Faeza Binti Mohd Pozi Cuti Kuarantin

AGENDA
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ketua Panitia Sejarah Puan Gian Kaur a/p Harjit Singh mengucapkan selamat
sejahtera dan selamat datang ke mesyuarat panitia sejarah kali pertama tahun 2018
kepada semua guru sejarah.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 En. Muhd Salahudin Alayubi Bin Husien mencadangkan minit mesyuarat yang
lepas dan disokong oleh En. Au Lim Ping.
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Pn. Vemala Devi a/p Ramasamy memaklumkan kepada guru penyediaan
Rancangan Pelajaran Tahunan perlu diserahkan kepada guru subjek selewat-
lewatnya pada hari selasa 2 Januari 2018.
Tindakan : Guru berkenaan

4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN


4.1 Penyelarasan dan pengagihan tugas panitia.
4.1.1 Perlantikan penyelaras setiap tingkatan.
T1 : Pn. Noor Faeza Binti Mohd Pozi
T2 : Pn. Ng Sow Mooi
T3 : Pn. Nen Zalina Binti Noh
T4 : En. Muhd Salahudin Alayubi Bin Husien
T5 : En. Au Lim Ping
Tindakan : Makluman

4.2 Sukatan Pelajaran / DSKP / RPT dan RPH


4.2.1 Rancangan Pelajaran Tahunan akan diemailkan oleh setiap Penyelaras
Tingkatan kepada guru-guru Sejarah. Pn. Gian Kaur a/p Harjit Singh menyuruh
guru-guru menyediakan fail dan memasukkan Sukatan Pelajaran, Huraian
Sukatan Pelajaran , Rancangan Pelajaran Tahunan dan DSKP Tingkatan 1 dan 2
Sejarah serta harus ada setiap kali guru masuk ke kelas untuk mengajar.
Tindakan : Semua guru panitia
4.3 Kuantiti, kualiti dan penggunaan Buku Latihan / Buku Kerja / Modul
4.3.1 Pn. Gian Kaur a/p Harjit Singh menyuruh murid-murid menyediakan dua
buah buku nota panjang untuk mata pelajaran Sejarah. Satu untuk nota dan satu
untuk latihan
4.3.2 Penggunaan buku panjang lebih fleksibel. Setiap buku nota dan latihan perlu
ada tarikh, t/tangan guru dan indeks.
4.3.3 Tingkatan 5A6 dan 5A7 menggunakan modul yang sama untuk tingkatan 4.
4.3.4 Cadangan guru untuk latihan khususnya.
T4 dan T5 Setiap satu bab (3-5 esei)
Soalan Struktur sekurang-kurangnya 3 soalan.
Soalan Objektif 10 soalan minima
T1,T2 dan T3 Setiap satu bab ( 10 soalan objektif minima)
5 soalan struktur
Tindakan : Makluman

4.4 Analisis Item Dan Post Mortem , PT3 / T4 tahun 2017


4.4.1 Guru Penyelaras Tingkatan 3 dan 4 perlu menyediakan post mortem dan
serah kepada Ketua Panitia Sejarah.

4.5 Program Peningkatan Akademik / Ko-Akademik 2018


4.5.1 Pn. Vemala Devi a/p Ramasamy menyarankan guru kelab dan persatuan
Sejarah perlu membuat aktiviti yang boleh menarik minat murid-murid.
Contohnya dengan membuat pertandingan berbentuk lakonan khususnya
mengikut bab untuk memudahkan murid-murid untuk memahami dan menghayati
subjek yang diajar oleh guru.
Tindakan : Guru Kelab/Persatuan Sejarah

4.6 Program Hari / Minggu / Buku Akademik 2018


4.6.1 Pn. Vemala Devi a/p Ramasamy menyuruh guru-guru membuat perancangan
awal untuk bulan patriotisme. Persediaan awal akan melancarkan setiap
perlaksanaan program tersebut.
Tindakan : Semua guru sejarah
4.7 Pencerapan
4.7.1 Pn. Vemala Devi a/p Ramasamy menyuruh guru-guru membuat penilaian
kendiri tentang kelas yang bersesuaian untuk melaksanakan pencerapan.
Pencerapan akan dilaksanakan pada bulan Februari 2018. Jadual Pencerapan akan
disedarkan oleh Ketua Panitia Sejarah mengikut jadual kelas guru-guru Sejarah.
Tindakan : Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Ng Sow Mooi memberi penerangan tentang KSSM. DSKP Tingkatan 2
adalah kesinambungan daripada Tingkatan 1.
5.2 Perlaksanaan DSKP perlu 32 minggu dan kajian kes dalam masa 3 minggu.
Seterusnya dalam penulisan RPH mesti merangkumi mata pelajaran, kelas, masa,
tema, standard kandungan, standard / Hasil pembelajaran, objektif, aktiviti, EMK,
BBM, KBAT, ITHINK dan refleksi.
5.3 Cik Low Siow Ngo memaklumkan bahawa Sukatan Pelajaran harus habis
pada minggu yang ke 28.
Tindakan : Guru sejarah T/2

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.45 pagi.

Disediakan oleh,

……………………………...
(FADHILAH BINTI SAIDIN)
Setiausaha Panitia Sejarah 2018
SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR
MAKLUM BALAS
MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA 2018
MINIT PERKARA TINDAKAN MAKLUM
BALAS
3.I Rancangan Pelajaran Tahunan perlu Guru berkenaan
diemailkan kepada guru untuk persediaan
PDP pada 2 Disember 2018.
4.3.4 Cadangan guru untuk latihan khususnya. Semua guru Sejarah
T4 dan T5 Setiap satu bab (3-5 esei)
Soalan Struktur sekurang-
kurangnya 3 soalan.
Objektif 10 soalan ke atas.
T1,T2 dan T3 Setiap satu bab (Minimum 10
soalan objektif)
5 soalan struktur

4.5.1 Guru kelab dan persatuan Sejarah perlu Guru Kelab /


membuat aktiviti yang boleh menarik minat Persatuan Sejarah
murid-murid.
4.6.1 Guru-guru perlu membuat perancangan awal Semua guru Sejarah
untuk bulan patriotisme
4.7 Pencerapan akan dilaksanakan pada bulan Semua guru Sejarah
Februari

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………... ………………………………………….
(FADHILAH BINTI SAIDIN) (PN GIAN KAUR A/P HARJIT SINGH)
Setiausaha Panitia Sejarah 2018 Ketua Panitia Sejarah

You might also like