You are on page 1of 4

GB6013 – Kaedah Penyelidikan 1

Jurnal 3

Maklumat Jurnal AMALAN PENGAJARAN GURU MATEMATIK DALAM


Pengarang, tahun, tajuk KALANGAN MURID KURANG UPAYA PENDENGARAN
artikel
LIONG KON THAI
MOHD. HANAFI MOHD YASIN

2017

 Pencapaian matematik murid kurang upaya pendengaran sekolah


Pernyataan Masalah rendah di Malaysia pada masa kini boleh dikatakan masih berada pada
tahap lemah (Lembaga Peperiksaan, 2015a).
Tujuan/Objektif kajian  Kajian tinjauan ini bertujuan meninjau sejauh mana amalan
pengajaran guru matematik dalam kalangan murid kurang upaya
pendengaran daripada sembilan konstruk pendekatan pengajaran,
strategi pengajaran, kaedah pengajaran, media pengajaran, memberi
galakan, bentuk komunikasi, jangkaan pencapaian murid, pengetahuan
kandungan matematik, dan penguasaan bahasa isyarat.
Kajian Literatur &  Kajian-kajian lepas telah menunjukkan pelbagai faktor yang
kerangka konseptual mempengaruhi pencapaian matematik murid kurang upaya
kajian pendengaran seperti ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, ciri-ciri murid,
dan tahap penguasaan literasi dan numerasi murid (Shahrul Arba’iah,
2007; Abera & Koester, 2015; Marschark, Shaver, Nagle & Newman,
2015).
 Menurut Spencer dan Marschark (2010), guru perlu memainkan
peranan penting dalam membantu murid mencapai kecemerlangan
matematik.
 Kajian Spencer dan Marschark (2010) mendapati bahawa masih ramai
guru yang mengamalkan kaedah konvensional, bukan strategi
penyelesaian masalah melalui bercerita dalam pengajaran. Guru perlu
mengajar dalam keadaan yang menyeronokkan murid, memupuk sikap
positif terhadap matematik dan mencungkil minat murid untuk belajar
matematik.
Metodologi  Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik
- Termasuk untuk mengumpul maklumat mengenai amalan pengajaran matematik
rekabentuk guru yang mengajar murid kurang upaya pendengaran tahap dua.
kajian,  Seramai 34 orang guru dari sembilan buah Sekolah Kebangsaan
persampelan, Pendidikan Khas (SKPK) program masalah pendengaran telah dipilih
instrumentasi sebagai responden kajian.
dan kaedah  Bilangan guru yang sedikit, maka pensampelan census digunakan.
analisis data  Data-data telah dianalisis melalui analisis deskriptif. Instrumen kajian
**terangkan detail soal selidik adalah terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A
instrument/alat kajian yang mengumpul maklumat demografi, Bahagian B mengandungi 43
yang digunakan item yang merangkumi sembilan konstruk iaitu pendekatan pengajaran
(5 item), strategi pengajaran (5 item), kaedah pengajaran (10 item),
media pengajaran (4 item), memberi galakan (4 item), bentuk
komunikasi (3 item), jangkaan pencapaian murid (4 item),
pengetahuan kandungan dan pedagogi matematik (4 item), dan
penguasaan bahasa isyarat (4 item).
 Soal selidik itu telah dikaji kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan
muka dan kandungan telah pun dikenal pasti melalui lima orang pakar
bidang dan bahasa.
 Nilai alfa cronbach soal selidik keseluruhan itu ialah 0.769 dengan
nilai alfa cronbach setiap konstruk melebihi 0.7, iaitu pendekatan
pengajaran (0.710), strategi pengajaran (0.704), kaedah pengajaran
(0.858), media pengajaran (0.720), memberi galakan (0.780), bentuk
komunikasi (0.705), jangkaan pencapaian murid (0.771), pengetahuan
kandungan dan pedagogi matematik (0.814), dan penguasaan bahasa
isyarat (0.910).
Keputusan/ Dapatan  Min keseluruhan konstruk pendekatan pengajaran (min=20.47,
kajian sp=2.39) adalah pada tahap tinggi. Dapatan juga menunjukkan peratus
pada tahap tinggi bagi pendekatan eklektik (91.1%), ubahsuai
pendekatan mengikut kebolehan murid (88.3%) dan pendekatan
induktif (76.4%). Hasil kajian itu telah disokong oleh Teori
Perkembangan Kognitif Piaget yang menyatakan kanak-kanak yang
berumur 7 hingga 11 tahun adalah berada pada peringkat pemikiran
konkrit (Berk, 2009).
 Gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif iaitu
pendekatan eklektik adalah ideal diaplikasikan ke atas murid kurang
upaya pendengaran.
 Min keseluruhan konstruk strategi pengajaran (min=21.53, sp=2.35)
adalah pada tahap tinggi. Strategi berpusatkan bahan (97.1%) didapati
paling tinggi, diikuti ubahsuai strategi pengajaran mengikut kebolehan
murid (94.1%), strategi berpusatkan murid (88.2%), strategi
berpusatkan aktiviti atau tugasan (82.4%), dan strategi berpusatkan
guru (53.0%).
 Dapatan ini menunjukkan bahawa guru matematik telah lebih
menitikberatkan kepentingan pengajaran berpusatkan bahan kerana
menurut Marschark dan Hauser (2012), pengamatan visual murid
kurang upaya pendengaran adalah lebih tajam berbanding dengan
deria lain.
 Mereka memerlukan bahan pengajaran yang berbentuk manipulasi
visual supaya mudah memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan.
 Strategi pengajaran guru yang lebih berpusatkan kepada murid, bahan,
atau aktiviti, dan kurang dalam berpusatkan kepada guru adalah
langkah yang positif dalam membantu meningkatkan penglibatan
murid dalam aktiviti pengajaran matematik. Ini kerana tahap
penglibatan murid yang tinggi boleh meningkatkan dan mengekalkan
input isi pelajaran mereka (Sousa, 2006).
 Min keseluruhan konstruk kaedah pengajaran (min=39.15, sp=4.71)
adalah pada tahap tinggi. Kaedah latih tubi dan ubahsuai kaedah
mengikut kebolehan murid mempunyai peratus yang sama tinggi iaitu
94.1%. Diikuti oleh demonstrasi (88.2%), hafalan (82.3%),
kontekstual (79.4%), perbincangan dan sumbang saran mencatat
peratus yang sama (73.5%) dan penyelesaian masalah (70.6%).
 Dapatan ini menunjukkan bahawa guru matematik gemar
menggunakan latih tubi untuk mengajar matematik dan selalu
mengubahsuai kaedah pengajaran mengikut kebolehan murid
berbanding dengan kaedah pengajaran yang lain. Kaedah latih tubi
adalah sesuai diamalkan dalam kalangan murid kurang upaya
pendengaran kerana menurut Gagne (1985), isi pelajaran dapat
disimpan dalam jangka masa yang lebih lama sekiranya pengajaran
menggunakan kaedah latih tubi.
 Min keseluruhan konstruk media pengajaran (min=16.38, sp=2.12)
adalah pada tahap tinggi. Penggunaan papan putih dan pen marker
serta bahan bantu mengajar didapati mempunyai peratus yang sama
iaitu 91.2%, diikuti bahan maujud (85.3%), dan pengajaran
berbantukan komputer (47.1%).
 Dapatan kajian ini dari segi penggunaan papan putih dan pen marker
sebagai amalan mereka dalam pengajaran matematik telah disokong
oleh kajian Syamsinar (2013). Menurut Hutkemri (2009), penggunaan
papan putih dan pen marker merupakan media pengajaran
konvensional. Kajian Liong dan Mohd. Hanafi (2016) turut mendapati
kaedah pengajaran konvensional kurang mendorong kepada
pembelajaran matematik secara efektif.
 Min tertinggi dalam bentuk galakan ialah memberi hadiah (min=4.74,
sp=0.57), diikuti pujian (min=4.50, sp=0.51), galakan dalam
melibatkan diri dalam aktiviti matematik (min=4.38, sp=0.55) dan
kata-kata motivasi (min=4.32, sp=0.59).
 Pujian mencapai 100%, manakala galakan dalam melibatkan diri
dalam aktiviti 97.1%, dan kedua-dua kata-kata motivasi dan memberi
hadiah mempunyai peratus yang sama iaitu 94.1%. Dapatan kajian ini
sama dengan hasil kajian Syamsinar (2013) yang juga didapati guru
telah memberikan galakan kepada murid kurang upaya pendengaran
semasa pengajaran matematik. Menurut Syamsinar (2013), galakan
guru dapat mendorong murid untuk lebih melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran.
 Min keseluruhan konstruk bentuk komunikasi (min=11.47, sp=1.89)
adalah pada tahap tinggi. KTBM telah mencatat peratus yang tertinggi
(79.4%), berbanding dengan penggunaan BIM (64.7%) dan gabungan
KTBM serta BIM (52.9%).
 Dapatan ini menunjukkan bahawa amalan penggunaan KTBM adalah
lebih tinggi berbanding dengan BIM dalam pengajaran matematik.
 Min keseluruhan konstruk jangkaan pencapaian murid (min=15.85,
sp=1.81) juga pada tahap tinggi. Peratus tertinggi 91.2% bagi yakin
murid dapat pencapaian baik, 91.1% bagi murid boleh menguasai
kemahiran matematik, dan 88.2% bagi yakin murid boleh
menyelesaikan soalan dengan menggunakan fakta asas. Akan tetapi,
peratus penilaian tinggi dalam matematik hanya pada 61.8%.
 Dapatan ini dapat disokong oleh dapatan pada bahagian a, b dan c di
atas, yang mana guru telah berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk mengubahsuai pendekatan (88.3%), strategi (94.1%), dan
kaedah (94.1%) mengikut kebolehan murid kurang upaya pendengaran
di samping mengamalkan kaedah latih tubi (94.1%) dalam pengajaran
matematik pada tahap peratus yang tinggi. Jangkaan guru terhadap
pencapaian murid wajar dipertingkatkan. Ini kerana hasil kajian Reed,
Antia dan Kreimeyer (2008) mendapati jangkaan guru terhadap
pencapaian murid merupakan faktor signifikan yang mempengaruhi
pencapaian matematik murid kurang upaya pendengaran.
 Min pengetahuan kandungan dan pedagogi matematik guru
(min=16.50, sp=1.64) pada tahap tinggi secara keseluruhannya iaitu
mengetahui DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran)
matematik (min=4.18, sp=0.52), mengetahui pendekatan pengajaran
untuk setiap tajuk (min=4.09, sp=0.51), mengetahui strategi
pengajaran untuk setiap tajuk (min=4.18, sp=0.51) dan mengetahui
kaedah pengajaran untuk setiap tajuk (min=4.06, sp=0.49).
 Peratus bagi semua konstruk adalah melebihi 90%. Peratus konstruk
mengetahui DSKP matematik dan mengetahui strategi pengajaran
untuk setiap tajuk masing-masing pada 94.1%, mengetahui
pendekatan pengajaran untuk setiap tajuk 91.1%, dan mengetahui
kaedah pengajaran untuk setiap tajuk pada 91.2%.
 Dapatan kajian ini telah menunjukkan suatu amalan pengajaran
matematik positif yang mana guru mempunyai pengetahuan
kandungan dan pedagogi matematik tahap tinggi untuk membantu
murid memperoleh pencapaian matematik yang lebih baik.
Perbincangan/Implikasi  Kesimpulan dapatan kajian menunjukkan bahawa guru telah
kajian melakukan pengubahsuaian pendekatan, strategi, dan kaedah
pengajaran mengikut kebolehan murid kurang upaya pendengaran
pada tahap tinggi.
 Langkah ini menunjukkan guru prihatin dalam pedagogi pengajaran
mereka terhadap keperluan ciri-ciri pembelajaran yang bersesuaian
dengan murid kurang upaya pendengaran.
 Media pengajaran yang menggunakan papan putih dan pen marker
dalam pengajaran matematik harus dikurangkan, dan diutamakan
pengajaran berteknologi seperti pengajaran berbantukan komputer
pada era abad ke-21 ini.
 Kekerapan guru memberi galakan semasa pengajaran matematik,
jangkaan guru terhadap pencapaian murid, serta pengetahuan
kandungan dan pedagogi matematik pada tahap tinggi merupakan
pemangkin ke arah peningkatan dalam pencapaian matematik murid
kurang upaya pendengaran.
 Penguasaan bahasa isyarat guru sama ada KTBM atau BIM yang
lemah boleh mempengaruhi kualiti hasil pengajaran dan pembelajaran.
 Guru perlu mengambil langkah-langkah positif untuk memantapkan
penguasaan bahasa isyarat mereka supaya pengajaran mereka lebih
efektif di samping memberi impak positif dalam pembelajaran
matematik murid kurang upaya pendengaran.

Cadangan kajian Tiada cadangan kajian lanjutan di dalam jurnal ini.


lanjutan
Komen/Analisis Seperti yang dilampirkan

You might also like