You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN DABONG
18200 DABONG, KELANTAN.
TEL: 09-9607927 FAX: 09-9607087 E-
mail:smkddabong@yahoo.com

Ruj.Kami : SMKD 800-1/7 (1)


Tarikh : 14 JUN 2017

Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


PENGAWAS PERPUSTAKAAN SMK DABONG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Koperasi SMK Dabong ,pusat sumber sekolah
dan pengawas sekolah akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Tanah Tinggi
Cameron, Pahang Darul Makmur selama tiga hari bermula 06 Julai 2017 hingga 08 Julai
2017. Rombongan ini akan disertai oleh 72 orang pelajar bersama 8 orang guru
pengiring.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon mendapatkan sedikit sumbangan


daripada pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/Puan bagi menjayakan lawatan ini.
Lawatan ini bertujuan bagi memberi pelbagai pendedahan kepada pelajar mengenai
perkembangan dan kemajuan negara serta tempat-tempat menarik dalam negara kerana
pelajar –pelajar sekolah ini tinggal jauh di pedalaman.

4. Maka, kami amatlah berbesar hati sekiranya permohonan sumbangan ini mendapat
pertimbangan dari pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/Puan bagi membantu
pelajar-pelajar SMK Dabong menjayakan lawatan ini.

6. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi:-

Pn. Norliza binti Ismail (Setiausaha lawatan)


(010-9382256)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


………………………..
(HAZAMA BIN ISMAIL)
b.p : Pengetua
SMK Dabong

You might also like