You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat GPM Sekolah Zon PKG Gelang Patah BIL.

1/2017

Tarikh : 06.02.2017 ( ISNIN )

Masa : 2.00 petang

Tempat : PKG Gelang Patah

Pengerusi : Pn. Tan Siow Hoon

Kehadiran(Bilangan) : 35 / 37

Tidak hadir : 1. SK Sikijang


2. SK Taman Damai Jaya

1. PERUTUSAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN GELANG PATAH

1.1 Ucapan alu-aluan dari Pn. Tan Siow Hoon

Makluman
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2016

2.1 Pn. Yoke May ( GPM SJKC Pu Sze ) mencadangkan minit mesyuarat GPM Sekolah
Zon PKG Gelang Patah BIL.1/2016 diterima dan disahkan.

Makluman
2.2 Pn. Fong Lai Keen (GPM SJKC Pai Tze) menyokong.

Makluman
3. PEMBENTANGAN PIHAK PKG

3.1 En. Abu Bakar bin Baharom membentangkan hasil pemantauan PKG ke Pusat
Sumber Sekolah.

3.2 Pn. Tan Siow Hoon mengingatkan semua GPM yang belum mendapat lantikan
daripada JPN Johor supaya menghantar surat lantikan sekolah ke PKG supaya PKG
dapat menghantar ke JPN Johor bagi urusan lantikan tesebut

Tindakan : GPM terlibat

3.3 Berkaitan MBMMBI 2017, pihak PKG akan memanggil pihak sekolah untuk
mengambil CD dan membuat ujilari. Hanya Sekolah Menengah sahaja yang terlibat.

Tindakan : GPM Sekolah Menengah

3.4 Pn. Tan Siow Hoon turut memaklumkan bagi sekolah yang masih belum dapat
selenggara astro pada 2016 akan diteruskan pada 2017. Beliau mengingatkan
kepada GPM supaya tidak membuat apa-apa bayaran kepada pembekal tersebut.

Makluman
4. BENGKEL NILAM TAMBAHBAIK

4.1 En. Abu Bakar bin Baharom dan membentangkan bengkel Nilam Tambah Baik.

Slideshow penuh telah diberi kepada GPM di


www.gg.gg/nilamtambahbaik2017pkggp

5. PEKARA BERBANGKIT

5.1 GPM SJKC Pai Tze bertanya bagaimana untuk mengira muka surat perlu bagi 1
buku cerita yang mempunyai beberapa cerita pendek di dalamnya dan bagaimana
hendak menulis rumusannya.

-Pihak PKG akan bertanyakan kepada JU negeri


5.2 GPM menyatakan guru lain tidak memberi kerjasama dalam pelaksanaan Nilam di
sekolah dan Pengetua / Guru Besar tidak menitik beratkan nilam.

-Pihak PKG akan menegaskan pekara ini semasa mesyuarat JKPA bersama
pengetua dan guru besar pada 22 Feb 2017 akan datang.

5.3 GPM mencadangkan perlu ada guru nilam untuk memasukkan data nilam.

-Pihak PKG akan memaklumkan jadual waktu maksimum GPM kepada pengetua
dan guru besar semasa mesyuarat JKPA nanti. Jika pihak sekolah tidak dapat
mengurangkan masa mengajar GPM atas sebab kekurangan guru, pentadbir
sekolah perlu melantik Guru Nilam bagi membantu GPM mengisi data nilam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ……………………………………
( Norasihah binti Mat Ripin ) (En. Abu Bakar Bin Baharom)
Setiausaha GPM PKG Gelang Patah Pegawai Teknologi Pendidikan 2
PKG Gelang Patah
Tarikh : 21 Feb 2017
Tarikh :

Disahkan oleh,

……………………………….
(Pn. Tan Siow Hoon)
Pegawai Teknologi Pendidikan 1
PKG Gelang Patah

Tarikh : 21 Feb 2017

You might also like