Daurah Dialah Fatimatuz Azzahra 07012017 PDF

You might also like

You are on page 1of 15

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫الحمد هلل رب العلمني‬


‫اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

“DIALAH FATIMAH AZZAHRA”


Dewan Fatimah Azzahra, Masjid Al Falah 07.01.2018
Syarah oleh Ustazah Zainab Al Khatiib
Terjemahan oleh Ustazah Alina Al Munawwar

PERHATIAN: Nota ini dikongsi ‘as it is’, dan mohon maaf sekirannya terdapat kesilapan kerana
ianya TIDAK disemak oleh mana-mana Ustazah dan tiada rakaman dibuat untuk dijadikan rujukan.
Sebarang komen/penambaikan boleh berhubung dengan ‘Admin’ facebook.com/keranakasihnabi.
Semoga bermanfaat.

PEMBUKAAN
Kalimah toyyibah daripada orang solehah (Ustazah Zainab) maka akarnya kuat di hati, menjulang
tinggi membawa kita mendekat kepada Allah ‫سبحانه و تعالى‬.

Mungkin dulu kita susah untuk mengikut Sayyidah Fatimah Azzahra, sebab kita belum kenal
beliau. Semoga dengan kenal beliau hari ini, kita akan lebih mudah untuk menyintai dan mengikuti
jalan beliau.

Kadar pengenalan para sahabat kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬, masing-masing berlainan - ada yang
kenla rapat, ada yang kenal biasa-biasa saja, ada yang cuma mendengar, ada yang cuma melihat,
jadi muamalat mereka pun berbeza bergantung tahap kenal mereka kepada Rasulullah ‫ﷺ‬.

Ada seorang terjumpa Rasulullah ‫ ﷺ‬di kebun, dan beliau berdoa, “Ya Allah, ambillah
penghlihatanku kerana setelah melihat keindahan baginda, aku tak mahu melihat yang lain lagi”.

Begitu juga muamalat manusia dengan Allah juga berbeza-beza.


Begitu juga pengenalan dan mualamat sahabat kepada Sayyidah Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬juga
berbeza-beza.

Semoga kita mendapat bahagian makrifah (kenal kepada beliau) yang terbesar - sehingga kita
rasa cinta dan mudah untuk mengikut di jalan beliau, dan apa yang beliau jalankan.

Kita berharap di dunia dan akhirat untuk bersama beliau, Ameen.

Kita mulakan sekarang, jadi persiapkanlah hati kita.

KELAHIRAN
Kelahiran beliau ibarat keluarnya cahaya besar.
Tanggal kelahirannya ada iktilaf - sebagian kata tarikh itu/ini tapi majoriti kata 5 tahun sebelum
Kaabah mulai dibina semula.

Kelahiran beliau merupakan hadiah besar kepada ibu bapanya, mereka sudah punya 3 orang
anak dan Fatimah ialah anak ke-4.

1 of 15
Nabi ‫ ﷺ‬dan Sayyidah Khadijah merupakan pasangan paling mulia di sisi Allah ‫سبحانه و تعالى‬.
Nabi ‫ ﷺ‬disifatkan sebagai Al-Quran yang berjalan kerana akhlaknya seperti Al-Quran, inilah
kemuliann baginda. Kemuliaan akhlak telah melekat pada saat baginda dilahirkan lagi.
Sayyidah Khadijah pula berada di peringkat tertinggi sebagai contoh wanita solehah, yang suci
zahir batin, dan punya hubungan dekat kepada Allah ‫سبحانه و تعالى‬.

Sebelum Islam datang, mendapat anak perempuan merupakan aib.


Tetapi kepada pasangan termulia, dengan mendapat anak perempuan, ianya menjadi kebanggaan
dan kemuliaan kepada mereka - kerana beliau (Sayyidatina Fatimah ‫ )رضي اهلل عنه‬akan menjadi
cahaya untuk mereka.

Sebelum lahir Sayyidah Khadijah ‫ رضي اهلل عنه‬sudah bahagia dan setelah lahir Sayyidatina Fatimah
‫رضي اهلل عنه‬, beliau lebih-lebih lagi bahagi kerana bayi itu sangat mirip kepada Rasulullah ‫ﷺ‬.

Dalam riwayat dikatakan oleh Ummu Salamah, “Sungguh bayi ini mirip kepada Rasulullah ‫ﷺ‬.”
Sayyidah Aishah r.a juga berkata, “Sungguh tiada seorang yang mirip rupanya, cara cakapnya,
tingkahlakunya, akhlaknya dengan Rasulullah ‫ ﷺ‬melainkan Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬.”

Sebagaimana kemiripan wajah, ucapan, tingkah laku (zahir), bahkan kesucian hatinya juga mirip
kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬sebagai waris, penerus kepada Rasulullah ‫ﷺ‬.

Dan sungguh salah satu kewajipan orang tua kepada anak ialah memberi nama yang baik, indah,
ada kebaikan kerana nama itu doa.

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬telah pilih nama baik untuk anaknya dan nama Fatimah bukanlah nama yang
asing bagi kaum Arab. Ibu kepada Sayyidina Ali juga namanya Fatimah binti Asad. Ketika beliau
lahir, Rasulullah ‫ ﷺ‬datang melihatnya dan dikendongnya dengan kasih-sayang dan
dinamakannya Fatimah.

Ustazah Zainab meminta untuk tabarruk (mengambil keberkatan) dengan nama ini dan
menggunakan nama ini untuk 7 hari :)

Beliau dikenali sebagai Fatimah Az-Zahra, kenapa Azzahra? Kerana beliau indah bagai bunga.
Dan ada pendapat lain mengatakan yang warna kulitnya seperti warna bunga (cerah kemerah-
merahan).

Beliau juga mempunyai gelaran-gelaran lain, dan dalam budaya Arab, banyaknya gelaran
menunjukkan kemuliaan dan ketinggian kedudukan seseorang. Antara gelarannya ialah:
Al-Batool - kerana keindahan nasabnya, ilmunya, ketinggian ilmunya
Rodhiyah Mardhiyyah (yang diredhai, yang diberkati) - kerana beliau tenang dan redha kepada
Allah ‫ سبحانه و تعالى‬dalam ada jua keadaanya.
Atthohirah - yang suci
Ummu Abiha

Gelaran paling istimewa daripada Rasulullah ‫ ﷺ‬kepada beliau ialah “Ummu Abiha” yang
bermaksud “ibu ayahnya”. Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak beri gelaran secara sia-sia, dan pasti punya hikmah
yang besar. Maknanya, Sayyidah benar Fatimah seperti apa yang Rasulullah ‫ ﷺ‬beri gelaran itu.

Ketika Allah beri rahmat, ada yang terdapat pada waktu atau tempat. Tapi ada juga Allah rahmat
beri pada diri orang-orang yang menjadi pilihan Allah ‫سبحانه و تعالى‬.

2 of 15
Dan daripada adap yang kita sudah dengar, sebutkan - semoga Allah beri kebaikan kepada kita
dan keberkatan yang besar. Sungguh bila disebut nama orang soleh akan turun rahmat, dan
sekarang yang kita sebut ialah nama pemimpin orang-orang yang soleh.

TEMPAT LAHIR
Dilahirkan di rumah Sayyidah Khadijah ‫ رضي اهلل عنه‬- di Mekah Al Mukarramah.
Rumahnya disebut sebagai ‘Zuqaqul Hajar’ kerana terdapat tempat yang selalu Rasulullah ‫ﷺ‬
selalu lalu - dan ada batu yang selalu beri salam kepada baginda Rasulullah ‫ﷺ‬, walaupun
sebelum kenabian baginda.

Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬dilahirkan di rumah penuh kesederhanaan - hari ini kita tak tahu
makna sebenar kesederhanaan - adakah ianya rumah yang kecil? sempit?

Sifat Rasulullah ‫ ﷺ‬itu ‘basatah’ (kesederhanaan). Sayyidah Khadijah ‫ رضي اهلل عنه‬seorang yang
kaya-raya, tapi beliau serah semua hartanya untuk Rasulullah ‫ﷺ‬.Rumahnya penuh sederhana
walaupun kaya. Kerana tiada istirahat yang sesungguhnya kecuali di akhirat. Bahagian itu
bergantung pada orang definisinya - yakni ada orang bahagia dengan harta, dan ada orang miskin
pun bahagia.

Ketika Sayyidina Umar melihat belakang Rasulullah ‫ ﷺ‬berbekas kerana tidur di atas tikar nipis,
beliau sedih dan bertanya adakah patut begitu sedangkan Raja Romawi tidur di atas tilam yang
tebal. Rasulullah ‫ ﷺ‬berkata mafhumnya - Biarlah, itu bahagian mereka di dunia, bahagian kita
nanti di akhirat.

Rumah yang sangat sederhana itu ada 3 bilik di dalamnya dan 1 di luar. Bilik 1 untuk Rasulullah
‫ ﷺ‬dan isterinya, 1 bilik untuk puteri-puterinya, 1 bilik untuk Rasulullah ‫ ﷺ‬berkhalwat, 1 bilik untuk
Rasulullah ‫ ﷺ‬terima tetamu. Ukuran bilik juga sangat sederhana (kecil).

Satu bilik Rasulullah ‫ ﷺ‬asingkan buat tetamu - walaupun beliau belum diutus menjadi Nabi ‫ﷺ‬,
walaupun belum turun syariat daripada Allah - ini menunjukkan kebagusan akhlak Nabi ‫ ﷺ‬yang
mengasingkan antara lelaki dan perempuan.

Lihat keadaan kita hari ini - bagaimana keadaan malu kita? Setelah 1400 tahun Islam, telah
sampai kepada kita syariat Allah ‫سبحانه و تعالى‬, akhlak Rasulullah ‫ ﷺ‬- tetapi adakah kita menjaga
pergaulan kita?

PENDIDIKAN DAKWAH
Setelah Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬berusia 5 tahun - mulai turun wahyu kepada Rasulullah ‫ﷺ‬
- keadaan takut, terkejut beliau ketika pertama kali menerima wahyu - Sayyidah Khadijah bijak
menangani keadaan dengan menyampaikan kalimat-kalimat toyyibah sehigga mampu
menenangkan Rasulullah ‫ﷺ‬.

Pada umur sekecil itu (5 tahun), Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬sudah menanggung beban
dakwah - yakni ketika melihat Rasulullah ‫ ﷺ‬disiksa dengan dibebani bangkai unta ke atas
belakangnya. Di mana anak-anak kita pada usia 5 tahun? Semoga Allah beri kita taufiq untuk didik
anak-anak kita dengan sebenar-benarnya.

3 of 15
Tidak lama dari itu, turun perintah untuk Rasulullah ‫ ﷺ‬sebarkan dakwahnya. Sayyidatina Fatimah
‫ رضي اهلل عنه‬sentiada berada di belakang ayahnya (sentiasa mengiringi). Dengan usia yang begitu
kecil, beliau melihat bagaimana reaksi orang-orang Quraisy terhadap ayahandanya. Beliau
menyaksikan dan diberi kekuatan menghadapinya.

Pada suatu hari, Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬keluar bersama Rasulullah ‫ ﷺ‬-baginda tawaf
mengelilingi Kaabah. Berhenti di rukun Yamani dan beri Salam.

Orang-orang Quraisy melihat Rasulullah ‫ ﷺ‬- dan berkata - kamu buat itu dan ini (yakni menyalahi
berhala-berhala mereka). Mereka ingin kacau Rasulullah ‫ ﷺ‬- salah seorang tarik rida’ daripada
Rasulullah ‫ﷺ‬. Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬menangis.

Kemudian datang Sayyidina Abu Bakar Assiddiq - Adakah kamu ingin membunuh dia hanya
kerana dia menyembah Allah ‫ ?سبحانه و تعالى‬Tujuan beliau agar orang-orang Quraisy berfikir logik
tindakan mereka. Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬membersihkan kesan luka pada Rasulullah ‫ﷺ‬.

Ketika Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬berumur 8 tahun, beliau memikirkan kenapa Rasulullah ‫ﷺ‬
disakiti walaupun beliau menyampaikan yang benar? Beliau sudah mula memikirkan hal dakwah
walaupun masih sangat muda.

Suatu hari ketika Rasulullah ‫ ﷺ‬keluar dari rumah - dan Fatimah mengawasi dari jauh. Baginda ke
Kaabah. Ketika sujud, beliau dilonggoki najis dan bangkai unta di atas belakangnya. Fatimah
terkejut dan menangis - kenapa mereka lalukan begitu? Beliau bersihkan belakang Rasulullah ‫ ﷺ‬-
Rasulullah ‫ ﷺ‬lihat wajahnya dan kemudian mendoakan mereka yang buang kotoran padanya.

Ubai bin Khalaf yang upah orang untuk buang kotoran itu, dan yang melakukannya ialah Abdullah
bin Abi Muqaid. Abdullah bin Abi Muqaid terbunuh di Perang Badar.

Lihatlah berapa banyak cacian dan beban yang Rasulullah ‫ ﷺ‬terpaksa hadapi untuk
menyebarkan Islam. Kita - adakah bersabar dalam menyebarkan Islam kepada orang-orang di
sekeliling kita?

Sungguh walaupaun telah banyak yang sampai kepada kita - tetapi kerana kurangnya
pemahaman kita, kurangnya semangat kita menjadikan kita tidak faham semangat dakwah
Rasulullah ‫ﷺ‬.

Kitab bertajuk ‘Uhud Muhammadiah’ (Perjanjian Umat Nabi Muhammad ‫ )ﷺ‬- kitab ini bagus.

Para sahabat. tujuan mereka satu iaitu Rasulullah ‫ﷺ‬. Tetapi kita tak jadi begitu kerana kita kurang
faham tentang perjuangan Rasulullah ‫ﷺ‬.

Kita hari ini - cuma sibuk mewar-warkan peperangan yang berlaku di sana-sini, tetapi sejujurnya
adakah terlintas di hati kita untuk merasa kasihan kepada mereka yang terlibat dan mendoakan
mereka? Terkadang untuk mendoakan pun kita lalai. Itulah yang media inginkan - kita cuma sibuk
ambil tahu. Tapi jika betul ianya menyentuh hati kita, kita takkan lupa untuk selalu doakan untuk
mereka.

LIhatlah bagaimana Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬terdidik dengan penuh kasih-sayang, cinta.
kelembutan, kebaikan. Cinta dan kebaikan itu bukan dengan mengaku dengan lisan, atau
menzahirkan dengan pemberian. Tapi cinta lebih kepada rasa di dalam hati - bila rasa itu ada,
bukan setakat harta yang kita sanggup beri, bahkan jiwa raga (nyawa) kita. Jadi cinta yang
sebenarnya ialah RASA di dalam hati.
4 of 15
Setiap kali ingin mengikuti akhlak Rasulullah ‫ ﷺ‬- kena ada hubungan hati dengan Rasulullah ‫ ﷺ‬-
agar bertambah mudah untuk mengikut kepada akhlak baginda.

Jalan dakwah bukan dengan paksaan tapi dengan ‘rasa’ (cinta). Sehingga terkadang tak perlu
mengajak - cukup dengan pandangan, bila hati penuh dengan cinta - bisa merubah sahabat kita
kepada keadaan yang lebih baik.

Ketika seseorang cinta, pastinya ingin mendekat - para ulama - salah satu cara mereka mendekat
kepada Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬, kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬ialah dengan selalu memuji-muji
kepada yang mereka cintai, oleh sebab itu mari dengar satu qasidah :)

Qasidah m/s 190 - Radhina Ya Bani Zahro

Pendidikan Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬bermula sejak usia awal - hatinya sudah disediakan
Allah untuk menanggung kesulitan. Dalam banyak keadaan Rasulullah ‫ ﷺ‬beri contoh tentang
Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬dan ini jadi dalil kedudukan beliau di sisi Rasulullah ‫ ﷺ‬dan Allah
sangat tinggi.

Pada saat turun ayat (tidak pasti jika betul ayat ini tapi ayatnya tentang menjaga ahli keluarga
daripada api neraka)

Setelah mendapat ayat ini, Rasulullah ‫ ﷺ‬memanggil pakcik-pakciknya dan Sayyidatina Fatimah
‫ رضي اهلل عنه‬berkumpul di padang, dan berkata: “Hai Fatimah binti Muhammad, hai Saifiyah binti
Abdul Mutalib, hai Bani Abdul Mutalib, aku tidak bisa menjamin apa bagi kalian daripada azab
Allah, dan mintalah kalian dari harta bendaku apa pun yang kalian inginkan.” (HR Muslim)

Rasulullah ‫ ﷺ‬buat contoh, yakni walaupun kepada Fatimah, Rasulullah ‫ ﷺ‬beritahu baginda tak
mampu bantu, apatah lagi kepada orang yang jauh daripada Rasulullah ‫ﷺ‬.
Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬bangga ketika ditanya oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬kerana ini menunjukkan
kedudukannya yang dekat kepada Rasulullah ‫ﷺ‬.

Seharusnya yang paling dicintai Rasulullah ‫ ﷺ‬ialah yang paling mudah untuk dibantu, tapi yang
paling dicintai pun Rasulullah ‫ ﷺ‬perintahkan buat amal kebaikan sendiri.

Dalam beberapa contoh lain yang dibuat oleh baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬ialah walaupuan Sayyidatina
Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬yang paling dekat, paling dicintai, tetap beliau pun tak boleh dikecualikan
daripada undang-undang yang Allah ‫ سبحانه و تعالى‬sudah tetapkan.

Kisah yang masyhur tentang seorang wanita daripada bani Makhzum yang mencuri - dan ketika
telah turun ayat tentang hukum hudud. Sahabat datang meminta keringanan daripada Rasulullah
‫ ﷺ‬- dan beliau ucapkan - “Andai Fatimah yang mencuri sekalipun, akan kupotong tangannya”.

5 of 15
Tapi perawi tak mahu menyebut nama Fatimah sebagai adab kepada beliau lalu dalam hadis
riwayatnya diganti dengan - “Andai puteriku…”.

Dan berapa banyak kali hati Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬yang sangat muda menanggung
beban daripada apa yang beliau lihat, dari apa yang berlaku - kesedihan kedua kakaknya yang
dipisahkan daripada suami mereka setelah Rasulullah ‫ ﷺ‬setelah Islam. Beliau ikut menanggung
kesedihan tapi dia kuat kerana hatinya telah diberi persediaan oleh Allah ‫سبحانه و تعالى‬. Beliau juga
menyaksikan siksaaan kaum Quraiysh kepada umat Islam. Hati anak kecil mana lagi yang
mampu?

Ketika Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬melihat keadaan orang-orang yang lemah - golongan yang
lemah (hamba sahaya) merupakan yang pertama sekali masuk Islam. Nabi ‫ ﷺ‬mendoakan
mereka dan minta doa daripada mereka. Inilah akhlak Rasulullah ‫ ﷺ‬- mendoakan orang yang
lemah dan minta doa daripada mereka. Inilah pendidikan Rasulullah ‫ ﷺ‬kepada Sayyidatina
Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬.

Maksud firman Allah, “Aku berada bersama hamba-Ku yang hatinya hancur kerana-Ku.”

Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬menaggung kesedihan Ruqayyah yang terpaksa berpisah dengan
suaminya dan berhijrah ke Madinah. Beliad sedih tapi tahu bahawa jalan ayahnya ialah jalan yang
benar.

Hal besar lain yang disaksikan Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬ketika masih muda yakni
pendidikan itu melalui pengalaman ialah ketika kaum Quraisy bermesyuarat untuk memujuk
Rasulullah ‫ ﷺ‬dengan wanita, harta, kuasa agar baginda berhenti berdakwah. Abu Talib dihantar
untuk sampaikan tawaran kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬- dan Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬ada di
sisinya. Jawab Rasulullah ‫ ﷺ‬- “Ya ‘Am (pakcik), Demi Allah, kalau pun matahari diletakkan di
tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini (penyampaian
risalah), sehingga Allah memenangkannya atau aku binasa , pastilah tidak akan aku
meninggalkannya.”

Ucapan ini diulang-ulang sehingga sebati dan meneguhkan keimanan Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬
Oleh sebab itu, kita juga perlu ulang-ulang ucapan ini demi menguatkan keimanan kita juga.
Pengulangan juga menunjukkan yang perkara ini sungguh penting untuk kita beri perhatian iaitu
berdakwah.

Setiap zaman musuh Islam akan munculkan perkara yang tujuannya sama iaitu agar umat Islam
berhenti berdakwah. Bentuknya berbeza tapi tujuannya agar:

- umat Islam jauh dari syariat
- tidak mengajak kepada kebaikan

Kalau dulu mereka perang dengan fizikal, tapi hari ini mereka serang kita dengan hati dan aqal kita
(melalui media massa, hiburan yang melalaikan dll). Jangan sampai kita terkena sasaran kita.
Semoga Allah pelihara kita. Ameen.

Mungkin ini keluar sedikit daripada tajuk - fitnah hari ini dengan media massa -> hari ini kalau
seseorang pergi tandas pun satu dunia boleh tahu bila dia ‘update’ statusnya.

Kalau kita ingin hajat kita diqabulkan Allah ‫سبحانه و تعالى‬, bantulah dengan DIAM (jangan diwar-
warkan pada orang ramai).

6 of 15
Sasaran mereka ialah orang-orang muslim - Hari ini kita disibukkan dengan diri sendiri - contoh
masuk tandas ada cermin besar dan banyak sehingga jadi kita jadi sibuk tengok diri - eh aku cantik
ke, kurus ke? Tetapi patutnya kita disibukkan dengan Rasulullah ‫ ﷺ‬dan Allah ‫!سبحانه و تعالى‬
Sesungguhnya kiamat sudah dekat - inilah masanya untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah
‫ ﷺ‬dan Allah ‫سبحانه و تعالى‬.

Tidak henti-henti kaum Quraisy untuk terus menyiksa Rasulullah ‫ ﷺ‬dan umat muslim sehingga
mereka decide untuk boycott. ADa yang kata selama 2 tahun, atau 5 tahun. Umat Islam diasingkan
dari segi pergaulan, perniagaan, sehingga kaum Muslimin jadi kurus kering kerana mereka tiada
makanan. Yang tinggal rumput2 kering. INi yang Quraisy mahu tapi umat Islam tetapi kuat dalam
keimanan kepada Allah ‫سبحانه و تعالى‬

Dan semuanya disaksikan Sydh Fatimah - sehingga Sydh Khadijah meninggal pada waktu boycott
itu dan kemudiannya pakcik Nabi ‫ ﷺ‬juga meninggal. Sydh Fatimah melihat kesedihan Rasulullah
‫ ﷺ‬ketika itu, sehingga tahun itu digelar Tahun Kesedihan. Tahun itu tinggal Rasulullah ‫ ﷺ‬dan
Sydh Fatimah. Itulah keteguhan Sydh Fatimah - mesti mengganti kedudukan ibunya di hati
ayahnya. Beliau juga ganti ibunya untuk urus rumah, dan mengiring Rasulullah ‫ ﷺ‬di luar. Ini
bukan mudah pada anak yang masih muda tapi Allah beri kemudahan sehingga diberi julukan
Ummu Abiha. Dan ini juga hasil didikan Rasulullah ‫ ﷺ‬- dengan penuh kasih sayang tapi juga
diajar syariat Allah ‫سبحانه و تعالى‬.

Beliau juga memikirkan untuk mencari pendamping hidup tahun untuk ayahnya - hatta janda atau
yang muda dan ini menunjukkan kematangan beliau yang mungkin kita hari ini baru capai dengan
umur 40 tahun. Walaupun tak pantas membicarakan perkahwinann Rasulullah ‫ ﷺ‬dengan wanita
lain - tapi in ini adab kita kepada beliau.

Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬faham apa yang dilakukan oleh ayahandanya - SEMUAnya adalah
dengan wahyu dan perintah Allah ‫سبحانه و تعالى‬. Kerana sungguh Allah mengantung keredahaan-
Nya dengan keredhaan Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬, dan Rasulullah ‫ ﷺ‬begitu juga. Kerana
Nabi ‫ ﷺ‬tahu tiada yang dilakukan Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬kecuali untuk mencari
keredhaan Allah ‫سبحانه و تعالى‬.

Kemudian tidak lama - Rasulullah ‫ ﷺ‬menikah dengan Sayyidah Sauda yang sudah sangat tua -
dikatakan berumur 60 tahun. Dia seorang yang periang dan sikapnya mampu membawa keriangan
kepada keluarga Rasulullah ‫ﷺ‬. Rasulullah ‫ ﷺ‬kata tentang Sayyidah Saudah - Dia tua tapi hidup
(muda dihatinya). Hari ini orang-orang muda pun ramai yang murung kerana banyak dalam fikiran
mereka yang mungkin daripada hal dunia atau masalah.

Sebelum safar disunnahkan senyum kepada orang di sebelah kanan/kiri.

Kemudian Rasulullah ‫ ﷺ‬hijrah ke Madinah. Ini merupakan kesedihan yang baru - kerana
kenangan bersama keluarganya di Mekah terpaksa dikuburkan dan berhijrah. Rasulullah ‫ ﷺ‬keluar
dari Mekah dalam keadaan menangis, walaupun berita Hijrah itu perintah Allah dan sebenarnya
berita gembira buat perkembangan agama Islam.

Ketika ingin keluar dari kota Mekah, Rasulullah ‫ ﷺ‬mengatakan, “Sungguh wahai kota Mekah, jika
bukan kerana pendudukmu mengusirku, aku takkan tinggalkan kamu.”

Dan kemudian setelah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan Sayyidina Abu Bakar terlebih dahulu berhijrah,
baru Rasulullah ‫ ﷺ‬perintahkan Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬dan Sayyidah Ummu Kulsum
untuk berhijrah. Disediakan dua unta oleh Zaid bin Harithah untuk mereka. Dalam keadaan sedih

7 of 15
mengenangkan untuk meninggkan rumah, mereka menangis berpelukan. Mereka juga berziarah
ke kubur ibu mereka, Sayyidah Khadijah ‫ رضي اهلل عنه‬di Maqbah Al Hijur, dan beri salam perpisahan.
Orang Quraisy tidak duduk diam, mereka mengikut dan mengganggu unta Sayyidatina Fatimah
‫ رضي اهلل عنه‬sehingga beliau terjatuh. Perjalanan hijrah itu panjang, melelahkan dan sampai ke
Madinah.

REHAT/SOLAT.

PEMBUKAAN 2:
Tiada nikmat Allah yang tidak perlu kita syukuri. Sungguh kita tak mampu pun untuk hitung nikmat
daripada Allah ‫سبحانه و تعالى‬. TAPI nikmat yang perlu untuk kita utamakan ialah nikmat dari segi
dalaman dan nikmat yang paling harus kita fikirkan ialah kebersihan dan ketinggian ruh kita di sisi
Allah ‫سبحانه و تعالى‬.

Manusia ini terdiri 2 bahagian - zahir dan batin. Sesungguhnya manusia dibuat daripada tanah -
tanah tidak bernilai pun tetapi setelah ditiupkan ruh, dan ruh itu sesuatu yang bernilai di sisi Allah
‫سبحانه و تعالى‬.

Nikmat yang Allah beri - makan - ktia niatkan makanan untuk kuatkan kita beribadah kepada Allah
‫ سبحانه و تعالى‬. Ketika seseroang berusaha memberi makan kepada orang-orang di sini (dalam
majlis ilmu, majlis kebaikan), maka takkan dihisab makanan itu. Walaupun makanan itu tidak
dihisab, tak bererti kita boleh membazir. Kita ingin makanan itu ibadah dan tidak jadi teman syaitan
kerana membazir.

Dan ketika seseorang lebih utamakan bahagian rohaninya - maka dia akan naik darjat di sisi Allah
‫سبحانه و تعالى‬, kerana ruh itu tempatnya di sisi Allah. Untuknya tidur sedikit pun cukup, makan
sedikit pun cukup. Bahagaian zahir (tanah) - jika ambil berat lebih, maka akan menjadikan
seseorang itu rendah kedudukannya seperti tanah juga. Semua yang kita buat boleh jadi ibadah
bila kita ambil berat hal rohaninya.

Sambungan daripada kisah Hijrah:

Sayyidah Fatimah Az Zahra dan Sayyidah Ummu Kulthum berhijrah ke Madinah bersama-sama.
Pertama kali yang Rasulullah ‫ ﷺ‬bina setelah tiba di Madinah ialah masjid dan
mempersaudarakan antara Ansar dan Aus, dan ini disaksikan Sayyidah Fatimah Az Zahraa dan ini
merupakan pendidikan untuk beliau.

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬juga membangunkan beberapa bilik (bukan rumah) yang sangat kecil,
dengan susunan batu, tiangnya batang kurma. Sayyidina Hassan berkata - Bila dia masuk ke bilik
isteri-ister Nabi ‫ ﷺ‬- tingginya sama dengan tinggiku atau bahkan aku kena tunduk. Bahkan
pintunya cukup perlu diketuk dengan kuku! Dan keadaan Madinah ketika itu sederhana, sangat
dhoif. Bangunan rumah juga sederhana dengan tiang2 kurma, tidak seperti hari ini.

Sayyidah Fatimah Az Zahra telah melihat perjuangan, pengorbanan Rasulullah ‫ ﷺ‬di Mekah - dan
di Madinah, beliau melihat kedudukan Rasulullah ‫ ﷺ‬lebih agung.

Kenapa? Kerana ketika di Madinah, orang-orang Ansar memuliakan Rasulullah ‫ ﷺ‬dan semua
meminta dipersaudarakan oleh Rasulullah ‫ﷺ‬.

//missing some notes

8 of 15
PINANGAN & PERNIKAHAN
Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Abdul Rahman pernah meminang Sayyidatina
Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬, tetapi ketiga-tiga pinangan ini Rasulullah ‫ ﷺ‬tolak dengan lembut.
Sahabat jadi hairan - siapa agaknya yang sesuai untuk Sayyidah Fatimah Az Zahra.

Kemudian mereka mencadangakan kepada Sayyidina Ali ‫كرم اهلل وجهه‬. Ini akhlak sahabat - mereka
sudah ditolak Rasulullah ‫ ﷺ‬tapi mereka menyokong sahabat lain untuk mendapatkan kebaikan
daripada Rasulullah ‫ﷺ‬. Mereka tidak berkecil hati atau dengki sesama mereka.

Sayyidina Ali berkata yang dirinya tidak berharta.. Tapi sahabat-sahabat menyokong dan
menyuruhnya untuk mencuba juga. Beliau pun memberanikan diri dan berjumpa Rasulullah ‫ﷺ‬
tapi beraninya cuma sehingga itu dan kemudian diam membisu.

Rasulullah ‫ ﷺ‬sebenarnya sudah faham tapi Rasulullah ‫ ﷺ‬dengan kasih-sayangnya bertanya,


Apa hajatmu datang ke sini? Beliau dengan suara yang sangat perlahan mengatakan, “Saya mahu
bicara tentang Sayyidah Fatimah Az Zahra binti Muhammad…”

Ada beberapa riwayat jawapan Rasulullah ‫ﷺ‬: Antaranya:


“Ahlan wa sahlan”, dan riwayat lain “Hiya laka ya Ali” (Dia untukmu wahai Ali).

Lihatlah akhlak Sayyidina Ali ‫ كرم اهلل وجهه‬- setelah mendapat jawapan Rasulullah ‫ﷺ‬, dia keluar
sambil berfikir - apa yang dia harus buat. Dia bertemu sahabat yang bertanya apa jawapan
Rasulullah ‫ ﷺ‬- jawabnya, “Saya tak tahu kerana Rasulullah ‫ ﷺ‬jawab “Ahlan wa sahlan””.

Sahabat pun memberitahu Sayyidina Ali bahaw itu tandanya Rasulullah ‫ ﷺ‬setuju. Kemudian,
Sayyidina Ali berjumpa Rasulullah ‫ ﷺ‬sekali lagi dan berkata, “Ya Rasulullah ‫ﷺ‬, sungguh kau
paling tahu keadaanku - kau ambil aku daripada ayahnya dan kau didikku, tapi aku akan berusaha
keras untuk menyediakan sebuah tempat tinggal untuknya (Fatimah).”

Kemudian Sayyidina Ali pun bertanya lagi sekali, “Adakah kau akan menikahkan anakmu dengan
aku?” Dengan gembira Rasulullah ‫ ﷺ‬menjawab, “Ya.”

Dan Rasulullah ‫ ﷺ‬bertanya, “Adakah sesuatu pada dirimu untuk dijadikan mahar?”
Jawabnya, “Kau lebih mengetahui aku hanya memiliki pedang dan unta/kuda?”

Tanya Rasulullah ‫ﷺ‬, “Di manakah baju besi yang pernah kuhadiahkan dulu?”

Jawab Ali, “Adakah kau maksudkan At-thoniah(baju besi itu)?”

Maka Rasulullah ‫ ﷺ‬pun menyuruh jual baju besi dan sahabat sendiri yang beli dengan nilai 470
Dirham dan dibawa duit ke hadapan Rasulullah ‫ﷺ‬. Sebahagian diambil oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dan
diberi Bilal untuk dibelikan wangian dan keperluan yang diingini Rasulullah ‫ﷺ‬.

Begitulah mudahnya persiapan pernikahan puteri Rasulullah ‫ ﷺ‬- Sayyidah Fatimah Az Zahra
Allah muliakan Sayyidina Ali ‫ كرم اهلل وجهه‬untuk Sayyidah Fatimah Az Zahra dan sebaliknya.

Seorang perempuan itu dipinang daripada 4 hal yang Rasulullah ‫ ﷺ‬sebutkan, dan semuanya itu
ada pada diri Sayyidah Fatimah Az Zahra. Rasulullah ‫ ﷺ‬pernah berkata - Jika seseorang salah
pilih isteri, maka dia celaka seumur hidupnya.

9 of 15
Lelaki akan dikahwini kerana agama dan akhlaknya. Maksud ‘mempunyai agama’ bukan setakat
solat, baca Al-Quran, hafaz Al-Quran tapi akhaknya mesti rahmah (lemah-lembut, sayang) kepada
wanita dan memuliakannya. Barulah dikatakan dia seorang yang beragama dan berakhlak mulia.

JIka datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya dan kamu tolak, ditakuti akan menjadi
musibah bagi dirimu.

Sungguh yang Allah kehendaki kepada ahlul bayt, dan memberi mereka kedudukan yang tinggi di
sisi Allah ialah melalui nasab Sayyidah Fatimah Az Zahra dan Sayyidina Ali ‫كرم اهلل وجهه‬. Nasab yang
takkan terputus sehingga hari kiamat ialah nasab ahlul bayt. Dan adalah merupakan satu
kemuliaan bagi mereka yang memuliakan ahlul bayt.

Daripada Rasulullah ‫ﷺ‬, mafhumnya, “Aku tinggalkan kalian 2 perkara yang kalian takkan
tersesat jika berpegang padanya. Dua perkara itu ialah- Al-Quran dan ahlul baytku.”
Mereka (ahli bayt) takkan terpisah daripadaku sehingga bertemu semula di telaga Haut.

Sayyidina Ali ‫ كرم اهلل وجهه‬berusaha bersungguh-sunnguh sehingga berjaya memiliki sebuah rumah
yang sederhana, dan disiapkan rumah itu dengan begitu cantik untuk menerima Puteri Rasulullah
‫ﷺ‬. Maksud ‘cantik’ ialah dipersiapkan dengan tikar nipis daripada kulit haiwan, tilam daripada alas
kulit haiwan dan bantal daripada kulit haiwan. Disiapkan juga tempat membuat roti dan tempat air
(qirbah) - jika musim sejuk airnya suam, jika musim panas, airnya dingin.

Inilah persiapan untuk menerima Puteri kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬- cuba bandingkan dengan
persiapan untuk anak-anak kita hari ini.

Lihat keadaan kedua remaja ini - Sayyidah Fatimah Az Zahra dan Sayyidina Ali ‫ كرم اهلل وجهه‬dalam
mengharungi rumah tangga. Pada zaman dahulu, mereka menerima apa pun yang dipersiapkan
untuk mereka. Bahkan jadi aib jika meminta menurut citarasa sendiri,hatta untuk bercakap pun
mereka sangat malu, jadi mereka akan terima apa saja yang disedikan.

Kemudian bermula perayaan pernikahan mereka - Sayyidina Abdul Mutalib sangat gembira
dengan pernikahan ini. Sayyidina Hamzah sediakan bahglah (haiwan) untuk Sayyidatina Fatimah
‫ رضي اهلل عنه‬naik ke rumah Sayyidina Ali. Seorang sahabat memegang kendali haiwan dan ikut dari
belakang untuk mengiringi Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬. Perempuan juga mengiringi tapi
Rasulullah ‫ ﷺ‬pesan supaya jangan diucapkan kecuali yang baik-baik (bersyair, nasyid). Oleh
sebab itu - hari ini diadakan nasyid, qasidah ketika menghantar pengantin.

Rasulullah ‫ ﷺ‬suruh Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬masuk tapi pesan supaya mereka jangan
bersembang apa pun sehingga Rasulullah ‫ ﷺ‬datang.

Bayangkan pagi hari mereka menikah. Tengah hari Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬dihantar ke
rumah Sayyidina Ali ‫ كرم اهلل وجهه‬dan Rasulullah ‫ ﷺ‬pesan jangan bersembang. Selepas isyak
bersama Sayyidina Ali dan sahabat lain di masjid, Rasulullah ‫ ﷺ‬bergegas pulang sehingga
Rasulullah ‫ ﷺ‬sampai sebelum Sayyidina Ali sampai. Bila dapat tahu Sayyidina Ali pulang,
perempuan lain yang menemani Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬keluar kecuali seorang iaitu Asma
binti Umais.

Sayyidina Ali bertanya kepada Asma, “Apa yang kau lakukan?” Jawabnya, “Sungguh pengantin
perempuan perlu ada peneman kerana dia dalam keadaan malu dan perlukan pendamping.”
Beginilah akhlak seroang perempuan pada zaman itu, yakni tidak dilepaskan daripada mereka
sifat malu dan Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬ditemani juga kerana dia tidak punya ibu. Sehingga
Rasulullah ‫ ﷺ‬masuk dan mendoakan mereka, dan Rasulullah ‫ ﷺ‬teringat kepada Sayyidah

10 of 15
Khadijah Al Kubra ketika itu, dan jika beliau masih hidup, pasti beliau bahagia dengan pernikatan
itu.

Kemudian Sayyidina Asma keluar. Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬tinggal dalam keadaan malu di
hujung bilik, menangis sehingga tangisannya didengari oleh Asma binti Umais.

Ketika mendengar Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬menangis, Rasulullah ‫ ﷺ‬masuk dengan
membawa air - mendoakan dan memberi minum, menyapu pada wajah, dada, dan kakinya. Dan
Rasulullah ‫ ﷺ‬berkata, “Sungguh dia sebahagian daripada aku, dan aku sebagian daripadanya.”
Kemudian Rasulullah ‫ ﷺ‬buat yang sama kepada Sayyidina Ali.

Kemudian Rasulullah ‫ ﷺ‬mendekatkan keduanya dan berdoa, “Barakallahu lakuma.. fil kheir” dan
menyuruh mereka bersama. Rasulullah ‫ ﷺ‬kemudia keluar dan ada riwayat kata Rasulullah ‫ﷺ‬
kunci pintunya dari luar, dan riwayat lain kata Rasulullah ‫ ﷺ‬tunggu di luar dan berdoa:
“Sungguh dia puteriku yang paling aku sayang dan Ali akhi yang aku sayang, berkatilah keduanya
dan keturunannya.”

KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA
Kehidupan ini adakala dapat, dan adakala kena beri. Sayyidah Fatimah Az Zahra buat kerja rumah
sendiri - hancurkan gandum sendiri, buat roti sendiri, angkat air sendiri. Terkadang Sayyidina Ali
bantu kerja-kerjanya di rumah. Beliau tidak melihat itu sebagai kehinaan bahkan kasih-sayang dan
memuliakan wanita.

Sayyidina Ali - suatu hari ingin berikan budak pembantu kepadanya, tetapi beliau merupakan
menantu Nabi ‫ ﷺ‬yang paling miskin berbanding menantu yang lain. Hidup mereka penuh
kesulitan tapi mereka hadapi penuh kesabaran.

Pernah suatu ketika umat Muslim menang perang dan mereka mendapat tawanan yang berupa
hamba sahaya. Sayyidina Ali menyuruh Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬meminta hamba daripada
Rasulullah ‫ﷺ‬. Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬pergi jumpa Rasulullah ‫ ﷺ‬dan beri salam.
Rasulullah ‫ ﷺ‬bertanya, “Apa hajatmu Ya Fatimah?” Jawabnya dengan penuh malu, “Aku cuma
ingin beri salam padamu.” Dan beliau pun pulang.

Bila pulang, suaminya pun bertanya, “Sudah kamu minta pembantu?” Jawabnya, “Aku malu.” Lalu
Sayyidina Ali berkata, “Mari aku temankan kamu.” Sungguh Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬
menuruti hanya kerana diperintahkan suaminya.

Mereka bertemu Rasulullah ‫ ﷺ‬dan Sayyidina Ali memberitahu akan hasrat Sayyidatina Fatimah
‫ رضي اهلل عنه‬untuk mendapatkan seorang hamba. Rasulullah ‫ ﷺ‬mengatakan, “Mereka (hamba
sahaya tawanan) ini untuk ahlul suffah yang lebih susah kehidupannya, mereka ini haqqul
muslimin.”

Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬pun redha dan pulang ke rumah tanpa ada rasa
kecil hati. Inilah tarbiyyah Rasulullah ‫ ﷺ‬yakni mengajarkan bahawa anak baginda pun tidak
mendapat kelebihan khusus.

Petang harinya Rasulullah ‫ ﷺ‬datang menziarahi mereka dan melihat dalam keadaan cuaca dingin
dan kelihatan mereka berdua berkongsi selimut yang kalau ditutup bahagian atas yang bawah
kelihatan, dan sebaliknya. Mereka ingin bangun untuk menyambut Rasulullah ‫ ﷺ‬dan disuruh

11 of 15
tetap di mana mereka berada. Rasulullah ‫ ﷺ‬pun bertanya, “Mahukah kamu jika aku ajarkan
sesuatu?” Mereka jawab “Mahu.”

Lalu Rasulullah ‫ ﷺ‬mengajarkan untuk mengucapakan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar -


setiap satunya 10x selepas solat dan setiap satunya 33x sebelum tidur.

Ramai ulama wasiatkan untuk tidak meninggalkan zikir ini selepas solat dan sebelum tidur. Inilah
dipanggil ‘Zikir Fatimiyyah’. Pernah ditanya Sayyidina Ali - “Adakah kamu pernah meninggalkan
zikir ini?” Jawabnya, “Tidak, sekalipun ketika dalam perang Siffin.”

Nabi ‫ ﷺ‬mula mempersiapkan rumah Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬yakni Rasulullah ‫ﷺ‬
menyediakan tempat untuk lahirnya keturunan baginda. Hakikatnya, rumah Sayyidatina Fatimah
‫ رضي اهلل عنه‬dan rumah Rasulullah ‫ ﷺ‬dekat tapi Rasulullah ‫ ﷺ‬rasa jauh kerana bila seseroang itu
dekat di hati, yang dekat pun masih rasa jauh. Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬pun rasa begitu.

Antara rumah mereka ada rumah Nu’man bin Harithah, dan Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬
berharap-harap agar Nu’man bernikah lagi dan pindah ke tempat lain. Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل‬
‫ عنه‬ada menyuarakan meminta Rasulullah ‫ ﷺ‬meminta rumah Nu’man TAPI Rasulullah ‫ ﷺ‬kata
baginda malu. Tapi akhirnya berita itu sampai kepada Nu’man, dan beliau berjumpa Rasulullah ‫ﷺ‬.
Katanya, “Ya Rasulullah ‫ﷺ‬, sungguh aku hadiahkan rumah itu untukmu. Apa yang kamu ambil
dariku itu jauh lebih aku sukai daripada apa yang kamu tidak ambil.”
Beginilah para sahabat - mereka mudah menyerahkan apa sahaja untuk Rasulullah ‫ ﷺ‬kerana
mereka tahu membahagiakan Rasulullah ‫ ﷺ‬akan mendapatkan redha Allah ‫سبحانه و تعالى‬..
Tapi kita hari ini, apa yang kita sudah berikan kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬- sehingga nak beri waktu pun
kita rasa berat :(

Maka pindahlah Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬ke rumah itu dan menjadilah rumah mereka
bersebelahan (belakang). Dalam rumah Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬ada satu laluan yang
Rasulullah ‫ ﷺ‬boleh lalu daripada rumah beliau. Dan beliau akan lalu dan seru, “As-solat, As-
solat.” yakni Rasulullah ‫ ﷺ‬mengejutkan mereka. Rasulullah ‫ ﷺ‬terus mendidik mereka, oleh
sebab itu jangan kata lepas kahwin tak perlu didik anak lagi.

Kita harap walaupun rumah kita tak bersebelahan dengan rumah Nabi ‫ ﷺ‬tapi semoga kubur kita
bersambung dengan kubur Rasulullah ‫ﷺ‬. Dalam riwayat dikatakan siapa yang berselawat seperti
di bawah pada malam Jumaat atau setiap malam sebanyak 40x, nanti akan diberi satu tingkap di
kubur yang bersamung kepada kubur Rasulullah ‫ﷺ‬. Wallahu ‘alam.

Inilah kisah puteri yang disayangi Rasulullah ‫ﷺ‬, hidupnya penuh ujian tapi beliau tetapi sabar,
redha, sehingga dipanggil “Ummu Abiha” dan diriwayatakan juga Rasulullah ‫ ﷺ‬pernah berkata
mafhumnya, “Fatimah sebahagian daripadaku, apa yang buat beliau gembira, buat aku gembira,
apa yang buat dia sedih, buat aku sedih.”

MEMBANTU DALAM PERANG


Perang pertama yang beliau hadiri bersama Rasulullah ‫ ﷺ‬ialah Perang Uhud. Dalam perang itu -
Rasulullah ‫ ﷺ‬cedera parah, dan beliau merawat untuk menghentikan pendarahan Rasulullah ‫ﷺ‬.

12 of 15
Beliau bersabar dalam kehidupan dan dalam menghadapi perang. Beliau rawati luka Rasulullah
‫ ﷺ‬dan pulang dalam keadaan sedih kerana kewafatan Sayyidina Hamzah.

Inilah kehidupan yang berlandaskan cinta kepada Allah ‫ سبحانه و تعالى‬dan Rasul-Nya. Allah dan
Rasulullah ‫ ﷺ‬berada di atas segala-galanya. Walaupun nampak penuh ujian, hakikatnya
kehidupan itu membahagiakan di dunia sehingga ke akhirat.

Jangan pernah fikir kehidupan mereka tiada perselisihan kerana itu lumrah kehidupan. Dasarnya
perlu ada cinta dan dengan itu semuanya akan dapat diselesaikan. Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل‬
‫ عنه‬- dengan cinta kepada Allah ‫ سبحانه و تعالى‬dan Rasul-Nya akan adanya mawaddah dalam
keluarga - cinta yang sentiada bertambah. Wanita itu landasan dalam rumah tangga, ketika isteri
mampu berdiri kukuh, maka rumah tangga itu akan jadi kukuh.

Pernah suatu hari, Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬keluar rumah dalam keadaan merengus
tentang Sayyidina Ali dan mengadu kepada ayahnya. Rasulullah ‫ ﷺ‬suruh bersabar. Walaupun
Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬paling dicintai Rasulullah ‫ﷺ‬, baginda tidak lantas menjadikan
kasihnya kepada Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬sebab untuk menegur kepada Sayyidina Ali. Bila

13 of 15
Sayyidina Ali balik, katanya, “Sungguh aku tidak akan lakukan lagi sesuatu yang akan
menyakitinya (Fatimah).”

Pernah suatu hari, Rasulullah ‫ ﷺ‬datang ke rumah Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬dan tanya di
mana Ali. Jawabnya, “Tak tahu Rasulullah ‫ﷺ‬, dia keluar dalam keadaan marah padaku.”
Rasulullah ‫ ﷺ‬pun meyuruh salah seorang sahabat mencari Sayyidina Ali. Akhiranya didapati
Sayyidina Ali tertidur di masjid, sehingga tersingkap kakinya dan diliputi debu tanah. Rasulullah ‫ﷺ‬
mendatangi beliau, dan menyapu debu dan mengejutkan dengan lembut, “Kum ya Abu Thurob.”.
Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬dan Sayyidina Ali pun berbaik semula dan Rasulullah ‫ ﷺ‬pun
senang hati.

Pernah suatu hari kedua-duanya kelaparan, Sayyidina Ai dan mendapat 1 dinar dijalanan lalu
beliau beli gandum. Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬menyediakan roti dalam keadaan menggigil.
Setelah siap, sebahagian dibawa kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬dan dinyatakan wangnya ditemui di
jalanan dan kata Rasulullah ‫ﷺ‬, “Ambillah kerana itu rezeki dari Allah untuk kamu.”

Amat sangat beruntung mereka yang dberi hidayah Islam dan dicukupkan keperluan mereka.

“Wahai manusia, percantikkanlah caramu mencari rezeki.”


“Sungguh tidak akan sampai kepada hamba kecuali apa yang telah Allah tetapkan.”

Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬mendapat anak iaitu Sayyidina Hassan. Ketika Hassan lahir,
Rasulullah ‫ ﷺ‬bertanya siapa nama anakku (bukan cucuku) kepada Sayyidina Ali?

Jawab Ali: “Harban” yang bermaksud “Perang”. Kemudian Rasulullah ‫ ﷺ‬kata, “Tidak, namanya
Hassan”.

Hassan mirip Rasulullah ‫ ﷺ‬dari atas ke pusat, oleh sebab itu keturunannya memiliki wajah yang
indah. Manakala Hussin pula mirip Rasulullah ‫ ﷺ‬dari pusat ke bawah.

Ketika Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬mendapat anak kedua: Sayyidina Hussain -
Rasulullah ‫ ﷺ‬bertanya lago siapa nama anakku (bukan cucuku)?

Jawab Ali: “Harban” yang bermaksud “Perang”. Kemudian Rasulullah ‫ ﷺ‬kata, “Tidak, namakan
anakku Hussin”.

Sayyidina Abbas melihat Rasulullah ‫ ﷺ‬membiarkan dirinya ditunggang oleh Hassan dan Hussin.
Lalu beliau berkata: “Sebaik-baik yang ditunggangi ialah ini (merujuk kepada Rasulullah ‫”)ﷺ‬.

Rasulullah ‫ ﷺ‬menjawab, “Tidak, yang sebaik-baik penunggang ialah mereka.”

Dan Rasulullah ‫ ﷺ‬menyatakan yang beliau cinta pada mereka dan semoga Allah merahmati
orang yang menyayangi mereka dan keturunan mereka. Lihatlah bagaimana kecintaan Rasulullah
‫ ﷺ‬kepada kedua cucunya. Hassan naik ke atas baginda dari hujung kaki sehngga ke bibirnya dan
bibirnya terbuka lalu Rasulullah ‫ ﷺ‬mengucupnya sebagai tanda kasih.

Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬sentiada mencari keredhaan Rasulullah ‫ ﷺ‬kerana tahu
keredhaan Allah ada pada keredhaan Rasulullah ‫ﷺ‬. Suatu hari beliau memakai gelang emas dan
bertemu Rasulullah ‫ ﷺ‬- dari riak wajah Rasulullah ‫ ﷺ‬beliau nampak Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak suka
keadaan beliau mengambil sesuatu daripada dunia. Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬pun
menjualnya dan menyedekahkan kepada faqir miskin. Itulah yang menjadikan Rasulullah ‫ﷺ‬
redha.

14 of 15
Hari tersedih bagi Sayyidatina Fatimah ‫ رضي اهلل عنه‬ialah ketika Rasulullah ‫ ﷺ‬wafat. Sedihnya
beliau sehingga bertanya kepada sahabat, “Adakah sanggup kalian melemparkan tanah ke atas
jasad Rasulullah ‫”?ﷺ‬

TAPI yang membuatnya sabar ialah kerana beliau tahu yang beliau akan menjadi ahli keluarga
baginda yang pertama yang akan mengikuti baginda Rasulullah ‫ﷺ‬. Beliau memikirkan bagaimana
keadaannya ketika meninggal. Kebiasannya mayat akan diangkat maka akan nampk bentuk
badannya, maka beliau berwasiat kepada Ali untuk menguburkannya pada malam hari.

KESIMPULAN
Dengan cinta akan mudah untuk mendekatkan diri kepada Sayyidatina Fatimah ‫رضي اهلل عنه‬.
Diam dan selalulah bertafakur.
Bila bercakap, cakaplah yang baik-baik (dan dengan hikmah).

Amalkan Zikir Fatimiyyah


Selepas solat, kirimkan Fatihah kepada beliau dengan niat untuk cinta beliau dan beliau cinta pada
kita.

Kalau boleh pada setiap tanggal 21hb, baca kitab Maulid ‘Iqdul ul-Luli (Necklace of Pearls)
karangan Sayyid Muhammad bin Hassan bin 'Alawi al-Haddad. Kitab ini dibaca secara tahunan/
bulanan.

15 of 15

You might also like