You are on page 1of 9

DOKUMEN STANDARD

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK IMMERSON

TAJUK:

RADIO AMATUR MEMBERI IMPAK KEPADA KEBAJIKAN GURU, KOMUNITI


DAN KEMENJADIAN MURID SK LENJANG

DISEDIAKAN OLEH:

HAMZAH MAT JUSOH


GURU BESAR SK LENJANG
NPQEL AMBILAN 2/2016
INSTITUT AMINUDIN BAKI CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
Kandungan Dokumen Standard

Perkara Halaman

1. Pengenalan 1

2. Analisis Kajian Keperluan 2

3. Kajian Literatur 2

4. Pelan Intervensi 4

5. Impak Pemasangan Repeater 5

6. Penutup 6

7. Rujukan 7
RADIO AMATUR MEMBERI IMPAK KEPADA KEBAJIKAN GURU, KOMUNITI
DAN KEMENJADIAN MURID SK LENJANG

1.0 Pengenalan
Radio amatur adalah satu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan
bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan
oleh individu yang memegang lesen radio amatur. Seseorang pengendali radio
amatur juga dikenali Ham Radio dan terdapat lebih daripada tiga juta pengendali
di serata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung dengan satu
sama lain. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas
kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seseorang yang berada samada
di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur
yang tertentu pada frekuansi yang tertentu.

Tidak seperti dengan teknologi lain, radio amatur membolehkan


perhubungan boleh dibuat dari mana-mana tempat, pada setiap masa tanpa
sebarang bayaran yang dikenakan seperti dalam penggunaan telefon rumah,
telefon satelit dan sebagainya. Radio amatur pada mulanya komunikasi dua hala
yang dapat bercakap sahaja tetapi kini dengan adanya teknologi komunikasi
yang begitu pantas, sistem yang dahulunya yang menggunakan sistem analog
telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan bukan sekadar
bercakap sahaja malah dapat melihat sebagaimana sebuah televisyen.
Kebanyakan pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit
yang berada di orbit bumi ataupun menggunakan bulan memantul isyarat dan
juga repeater.

Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada du akelas iaitu kelas A
dan B. Lesen kelas B ialah lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang
lulus ujian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia. Lesen kelas B membolehkan operator radio amatur mengendalikan

1
radio pada julat dan kuasa pancaran yang lebih rendah berbanding dengan
pemegang lesen kelas A.

2.0 Analisis Kajian Keperluan

Dalam melaksanakan projek ini, Pihak sekolah tidak mengambil jalan


mudah untuk melaksanakannya. Kajian keperluan telah dilaksanakan dengan
membuat analisis menggunakan 5W1H dan perbincangan dalam mesyuarat Staf
bil 2/2018.

Melalui dapatan hasil tinjauan dalam mesyuarat didapati sesuatu perlu


dilakukan berkaitan dengan kebajikan guru dan staf di dalam perjalanan keluar
masuk 50 kilometer jalan balak kerana beberapa musibah telah berlaku seperti
tanah runtuh, motosikal rosak dan sebagainya amatlah sukar untuk
mendapatkan bantuan sehinggakan ada kes guru terpaksa bermalam di dalam
hutan kerana kereta rosak dipertengahan jalan balak dan tiada sesiapa pun yang
lalu pada waktu itu. Setelah didapati penggunaan radio amatur adalah satu-
satunya alat komunikasi yang berkesan dan efision penggunaannya semasa
Pilihan Raya Umum yang ke 14 di sini untuk menyalurkan maklumat.

Satu pasukan bertindak telah dibentuk untuk mencapai tujuan ini dan
pelan intervensi untuk melaksanakan projek ini telah di rancang dengan teliti
setelah beberapa pertemuan tidak rasmi di buat antara wakil SK Lenjang dengan
Kelab Reakriasi dan Komunikasi Lipis.

3.0 Kajian Literatur

Untuk memastikan kebajikan guru dan staf dijaga oleh pemimpin, konsep
empati perlu di ambil kira bagi menyelami dan memahami perasaan atau emosi
orang lain. Gentry, Weber dan Sadri (2006) menyatakan empati adalah
keupayaan mengalami dan memahami pemikiran, emosi, dapat mengesan

2
perasaan, memahami perspektif orang lain dan berminat untuk membantu
memenuhi keperluan tersebut. Untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan
empati, maka perlu untuk seseorang pemimpin mengetahui dan memahami apa
yang dimaksudkan dengan simpati dan apati. Simpati adalah perasaan belas
kasihan, timbang rasa terhadap seseorang atau sesuatu terutamanya apabila
ditimpa kesusahan dan penderitaan (PRPM, 2006). Banyak teori kepimpinan
mecadangkan bahawa keupayaan seseorang pemimpin mempunyai dan
memaparkan empati adalah sebahagian daripada ciri-ciri kepimpinan. Bass
(1985) menyatakan bahawa kepimpinan transformasi perlu mempunyai empati
bagi membuktikan keperihatinan terhadap keperluan dan pencapaian pengikut
mereka.

Berdasarkan kepada untuk mencapai tujuan memasang satu repeater di


SK Lenjang memrlukan satu jaringan perlu dibuat dengan komuniti setempat.
Kejayaan pengurusan sekolah juga bukanlah hanya bergantung kepada
kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah
sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat yang boleh saling
bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua pihak. Sekolah memperoleh faedah
berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti
daripada komuniti manakala komuniti pula memperoleh faedah dari aspek
peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Menurut
Gonder (1981), kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan komuniti penting
untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Hubungan sekolah dengan pihak luar merupakan salah satu daripada


lapan bidang pengurusan sekolah. Hubungan yang baik berupaya membantu
sekolah ke arah organisasi berkesan. Kepentingan hubungan sekolah dengan
pihak luar turut termaktub dalam anjakan ke sembilan PPPM 2013-2025, iaitu
‘Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas’.
Oleh itu, setiap pemimpin sekolah perlu menjalin hubungan baik dengan pihak

3
luar terutamanya ibu bapa dan pihak komuniti setempat supaya segala daya
usaha dilakukan secara bersama dan matlamat sekolah mudah dicapai.

4.0 Pelan Intervensi

Bermula bulan ogos 2018 satu pasukan bertindak telah dibentuk sebagai
pemandu untuk menjayakan projek pemasangan repeater dapat dipasang di
Sekolah Kebangsaan Lenjang bagi membolehkan walkie talkie boleh digunakan
sehingga capaian radius 45 hingga 50 kilometer. Satu pertemuan tidak rasmi
telah dibuat dengan Yang Di Pertua Kelab Rekriasi dan Komunikasi Lipis
diadakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan untuk merealisasikan
projek ini terlaksana.

Hasil daripada pertemuan ini, seramai tujuh orang guru dan staf telah
mendaftar untuk menduduki peperiksaan lesen AA kelas B dan menduduki
peperiksaan pada 6 disember 2018 bertempat di Putrajaya International
Convension Centre bagi membolehkan pemasangan repeater dipasang di SK
Lenjang. Hasilnya empat orang telah berjaya mendapat lesen tersebut.

Dalam mesyuarat kelab Staf Bil 2/2018, satu keputusan telah dibuat untuk
menanggung kos pemasangan. Satu permohonan secara rasmi telah di buat
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rekriasi dan Komunikasi Lipis setelah
empat orang guru dan staf yang lulus peperiksaan lesen kelas B dan menjadi
ahli kelab tersebut. Satu keputusan telah dimuktamadkan iaitu satu permohonan
pemasangan repeater di SK Lenjang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia dibuat melalui Kelab Rekreasi dan Komunikasi Lipis dan
Persatuan Radio Amatur Pahang (PERAMAH). Untuk memastikan pemasangan
repeater boleh berfungsi dalam radius yang diperlukan, pihak Kelab Rekriasi dan
Komunikasi Lipis juga bersetuju untuk membuat uji pancar dengan
menggunakan antenna yang sesuai dengan bentuk muka bumi.

4
Setelah maklum balas daripada SKMM diterima dan dipahami oleh pihak
kami, Persatuan Radio Amatur Pahang telah memberi kebenaran kepada kami
menggunakan frekuansi 147.800 iaitu satu repeater yang mempunyai lesen
tetapi tidak lagi digunakan. Pada 17 Febuari 2019, pemasangan repeater SK
Lenjang telah dipasang menggunakan frekuansi tersebut dan dapat berfungsi
dalam radius yang pihak kami kehendaki.

5.0 Impak Pemasangan Repeater

Bermula febuari 2019 iaitu tarikh pemasangan repeater SK Lenjang


sehingga kini dapat membantu kebajikan guru dan staf ketika dalam perjalanan
50 kilometer jalan balak. Contohnya kes motosikal rosak, dalam jarak 30
kilometer dari sekolah, Cikgu Nabil membuat panggilan kecemasan dengan
menggunakan walkie talkie 5 watt iaitu menyatakan motosikalnya rosak dan
perlukan bantuan kenderaan 4x4 untuk mengangkut motosikalnya, bantuan terus
diberikan dan tiada lagi ada yang terpaksa berjalan kaki dua hingga tiga jam
untuk mendapatkan bantuan dari kampung terdekat.

Selain daripada itu penggunaan repeater SK Lenjang bukan terhad


kepada penggunaan oleh guru dan staf sahaja, tetapi diperluaskan kepada
komuniti contohnya pada bulan julai 2019, wabak plasmodium vivax malaria
telah melanda kampung Pos Lenjang, Pihak Klinik Desa Pos Lenjang
menggunakan radio amatur untuk menghantar laporan semasa kepada pihak
berkenaan sehinggalah wabak tersebut dapat dikawal sepenuhnya.

Aktiviti kokurikulum adalah peluang yang besar untuk murid-murid SK


lenjang dalam kemenjadian murid. Tetapi oleh kerana SK Lenjang yang berada
jauh di pedalaman yang memerlukan kos yang besar untuk mengikuti program
kokurikulum yang lebih tinggi. Pihak Sekolah telah menetapkan beberapa acara
dan aktiviti tertentu dijadikan teras utama untuk melahirkan murid-murid yang
cemerlang, yang boleh pergi jauh sehingga ke peringkat kebangsaan. Dengan

5
menggunakan radio amatur sebagai alat perhubungan semasa aktiviti merentas
desa peringkat sekolah serta latihan yang menggunakan trek yang mencabar,
pada tahun ini murid-murid SK Lenjang telah berjaya mencapai tahap yang telah
ditentukan oleh pihak sekolah. Penjimatan kos perbelanjaan keluar masuk juga
dapat di buktikan dimana semasa Jamboree on The Air (JOTA), murid SK
Lenjang tidak perlu lagi keluar ke Pusat Pancaran tetapi sekadar berada di
sekolah dan menggunakan radas radio amatur yang sedia ada.

6.0 Penutup

Walau apapun yang kita lakukan, sebagai pemimpin kita perlu berupaya
mengupayakan orang bawahan kita bukan sekadar menjadikan mereka sebagai
pengikut sahaja. Dengan menjaga kebajikan dan nilai-nilai empati dijadikan
keutamaan pastinya semua perancangan boleh direalisasikan oleh guru-guru
dan staf dengan jayanya dan seseorang pemimpin itu hanya perlu menjadi
pemerhati dan penilai sesuatu aktiviti atau program yang dilaksanakan.
Bertepatanlah dengan amanat Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dr
Maszlee Malik dalam ucapan Majlis Amanat Yang Berhormat Menteri Pendidikan
pada 14 januari 2019, iaitu mengembalikan cinta ke dalam pendidikan : Sistem
pendidikan yang berteras nilai ini mampu melahirkan insan yang mencintai satu
sama lain, mencintai masyarakat sekali gus mencintai negara.

6
RUJUKAN

Bass, Benard. (1985).Leadership and Performance Beyond Expectation. The


Free Press: New York

Institut Aminuddin Baki (2016). Hubungan Sesama Manusia.

Institut Aminuddin Baki (2006). Standard Kompetensi Kepengetuan Sekolah


Malaysia. Pahang

William A.Gentry, Ph.D,Todd J. Weber, Phd, Golnaz Sadri, Ph.D(2006). Empathy


In The Workplace.A Tool For Effective Leadership. Society Of Industrial
Organisation Psycology Conference New York.

You might also like