You are on page 1of 4

SJK(C) MING SHING, SG.

SIAN, MERADONG
Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Kesihatan BIL.4/2019

Tarikh : 14 November 2019 ( Khamis )


Masa : 1400-1430
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 1. Puan Sii Ngiik Hoon ( Guru Besar )
2. Encik Tiong Yong Dung ( PK Pentadbiran )
3. Puan Tiong Chiew Sii (Ketua Panitia)
4. Puan Fung Ngeok Mei

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Kesihatan dan mengalu-
alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat Pendidikan Kesihatan Bil.4/2019.
Tindakan : Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT LEPAS


Pengesahan minit mesyuarat yang lepas bertarikh 8 Ogos 2019 ( Khamis ).

Pencadang : Encik Tiong Yong Dung


Penyokong : Puan Fung Ngeok Mei

Tindakan : Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT
- Tiada

4.0 PENENTUAN / PERSEDIAAN MENGAJAR


4.1 Pengurusan Sudut Mata Pelajaran ( dalam dan luar kelas )
- Sudut mata pelajaran Pendidikan Kesihatan setiap kelas telah melekat hasil kerja murid atau
nota yang penting dalam dan luar kelas.
- Semua guru Pendidikan Kesihatan telah mengemaskini sudut mata pelajaran kelas masing-
masing.
4.2 Penyediaan / Pengurusan BBM
- BBM PAK-21 telah disediakan dan akan diguna sama oleh semua guru.
- Guru-guru boleh menyediakan BBM sendiri mengikut keperluan kelas masing-masing.
Tindakan : Semua guru Pendidikan Kesihatan

5.0 PENGURUSAN STOK PANITIA


5.1 Semua stok panitia telah habis digunakan sebagai hadiah murid aktiviti panitia tahunan pada
Majlis Penyampaian Hadiah pada 20 November 2019 .
Tindakan : Makluman

6.0 REKOD PELAKSANAAN UJIAN


6.1 Peperiksaan Ahkir Tahun 2019 (Ujian Seragam SJKC Daerah Meradong) telah dilaksanakan
pada 4 November 2019 sehingga 8 November 2019.
6.2 Kertas ujian akhir tahun Pendidikan Kesihatan tahap 2 digubal oleh guru mata pelajaran kelas
masing-masing. Pengisian SAPS ( kecuali tahun 6 ) harus dibuat sebelum 14 November 2019
untuk pengesahan Setiausaha Peperiksaan.
Tindakan : Makluman

7.0 PENYEMAKAN HASIL KERJA MURID


7.1 Pemantauan hasil kerja murid kali ke-2 telah dibuat oleh ketua panitia dan Guru Besar pada
bulan November.
7.2 Pemantauan buku latihan dan buku kerja murid sudah dicatat dalam fail Penyemakan Buku
Latihan.
7.3 Rumusan pemantauan buku latihan dan buku kerja murid.
- Murid tidak menulis tarikh.( Sebahagian murid Tahun 4 dan 5 )
- Tulisan murid kurang kemas. ( Sebahagian murid Tahun 4 dan 5 )
- Buku kerja dan buku latihan murid sudah koyak dan sangat kotor. ( Sebahagian murid Tahun 4
dan 5 )
7.4 Penambahbaikan penyemakan hasil kerja murid.
- Guru perlu memastikan murid menulis tarikh pada setiap latihan. ( Tahun 4 dan 5 )
- Guru perlu menyemak tulisan murid dengan lebih teliti. ( Tahun 4 dan 5 )
- Guru perlu menitikberatkan kekemasan tulisan murid. ( Tahun 4 dan 5 )
- Guru perlu memberi hukuman kepada murid yang tidak menjaga buku latihan dan buku
kerja dengan baik. ( Tahun 4 dan 5 )
Tindakan : Makluman

8.0 AKTIVITI PANITIA


8.1 Aktiviti tahunan panitia Pendidikan Kesihatan iaitu Pertandingan Mewarna pada 27
September 2019 dan Pertandingan Kuiz Pendidikan Kesihatan pada 30 September 2019
telah diadakan dengan berjaya.
8.2 Semua laporan bagi setiap aktiviti panitia Pendidikan Kesihatan telah disediakan dan
disemak oleh Guru Besar. Semua laporan telah disimpan dalam fail panitia Pendidikan
Kesihatan.
8.3 Semua aktiviti ini boleh diadakan lagi pada tahun yang akan datang.
Tindakan : Makluman

9.0 PENYEDIAAN EVIDEN


9.1 Semua ahli panitia telah bekerjasama dalam menyediakan kertas kerja dan laporan bagi
aktiviti tahunan panitia. Penyediaan eviden bagi PdPc / aktiviti tahunan haruslah berfokus
pada elemen SKPMg2 telah selesai dan dihantar kepada PK Pentadbiran untuk membuat
pengisian data dalam sistem SKPMg2.
Tindakan : Makluman

10.0 PERATUS KELULUSAN UJIAN PENDIDIKAN KESIHATAN AKHIR TAHUN


TAHAP 2

Kelas Sasaran Peratus Kelulusan Ujian


Akhir Tahun
Tahun 4 100% 100 %

Tahun 5 100% 100%

 Kesimpulannya, semua murid Tahap II dapat menguasai semua topik yang diajar oleh guru.
Harap semua murid Tahap II dapat mengaplikasikan pengetahuan Pendidikan Kesihatan
dalam kehidupan seharian mereka.
Tindakan : Makluman

11.0 HAL-HAL LAIN


- Tiada hal-hal lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1430 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________ ______________________

( FUNG NGEOK MEI ) ( TIONG CHIEW SII )

Setiausaha Panitia Pendidikan Kesihatan , Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan,

SJK Ming Shing, Meradong SJK Ming Shing, Meradong

You might also like