You are on page 1of 5

LATIHAN MPU3123 (TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA)

SOALAN STRUKTUR

1. Sumber-sumber tamadun Islam berbeza dengan sumber-sumber dalam tamadun-tamadun lain. Nyatakan
EMPAT(4) sumber tamadun Islam.
(4 markah)

2. Salah satu manifestasi syariah dalam ketamadunan Islam ialah memelihara maruah atau kehormatan. Kemukakan
EMPAT(4) contoh memelihara maruah atau kehormatan seperti yang dianjurkan dalam Islam.
(4 markah)

3. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mencorak satu tamadun Melayu baharu termasuk dalam bidang
keintelektualan dan persuratan. Kemukakan EMPAT(4) karya yang telah dihasilkan pada kesultanan Melayu Islam.
(4 markah)

4. Menurut kepercayaan Buddha, seseorang itu boleh capai kemuliaan (nirvana) jika mengamalkan ‘Lapan Jalan Mulia’.
Senaraikan EMPAT(4)antara ‘Lapan Jalan Mulia’ tersebut.
(4markah)

5. Konsep Tian dalam tamadun Cina telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Konsep Tian merujuk kepada empat
fahaman utama. Nyatakan
(4 markah)

6. Tamadun Islam mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri.Nyatakan EMPAT(4)sifat tamadun Islam.


(4 markah)

7. Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan nilai-nilai agama Islam. Senaraikan
EMPAT(4)daripada nilai-nilai tamadun Melayu.
(4 markah)

8. Kebanyakan ahli sejarah tempatan menyokong teori kedatangan Islam ke Alam Melayu dari Arab. Kemukakan
EMPAT(4) hujah yang menyokong teori tersebut.
(4 markah)

9. Sistem kasta adalah satu amalan dalam tamadun India yang menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat.
NyatakanEMPAT(4) kasta utama.
(4 markah)

10. Senaraikan EMPAT(4) aliran pemikiran utama dalam tamadun Cina.


(4 markah)

11. Tuliskan EMPAT(4) istilah yang pernah digunakan oleh sarjana-sarjana Muslim yang membicarakan konsep
tamadun sebelum istilah tamadun diperkenalkan oleh Jurji Zaidan.
(4 markah)

12. Tuliskan EMPAT(4) nilai mulia yang menjadi amalan hidup dalam kalangan masyarakat Melayu.
(4 markah)

13. Kemukakan EMPAT(4) bukti pencapaian tamadun Melayu dalam aspek pendidikan.

(4 markah)

1
14. Wujudnya kasta dalam masyarakat merupakan suatu amalan yang unik dalam tamadun India. Nyatakan EMPAT(4)
kasta utama dalam masyarakat India.
(4 markah)

15. Pada zaman dinasti Zhou, konsep Tian merujuk kepada empat fahaman utama. Nyatakan EMPAT(4) fahaman
tersebut.
(4 markah)

16. Nyatakan EMPAT(4) sumber tamadun Islam.


(4 markah)

17. Nyatakan EMPAT(4) kesan kedatangan Islam ke Alam Melayu.


(4 markah)

18. Terangkan ciri-ciri masyarakat bertamadun menurut Islam.


(4 markah)

19. Konsep Ashrama Dharma dalam susun lapis masyarakat India mengandungi empat peringkat kehidupan iaitu
Brahmacarya, Grahasta, Vanaprastya dan Sannyasa. Jelaskan peringkat kehidupan Brahmacarya dan Grahasta.
(4 markah)

20. Terdapat beberapa kesenian yang berperanan penting dalam tamadun Cina. Kemukakan Dua(2) antara kesenian
tersebut dan peranannya.
(4 markah)

2
SOALAN ESEI

Soalan 1
a. Akidah, syariah dan akhlak merupakan asas penting dalam pembinaan tamadun Islam. Bincangkan.
(10 markah)
b. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mencorak pandangan semesta tamadun Melayu. Huraikan
EMPAT(4) antara pandangan semesta tersebut.
(10 markah)

Soalan 2
a. Terdapat empat agama utama yang wujud dalam ketamadunan India. Setiap agama tersebut mempunyai ajaran-
ajaran tersendiri yang perlu dipatuhi oleh penganutnya. Bincangkan.
(10 markah)

b. Kemunculan pelbagai falsafah dalam tamadun Cina telah mempengaruhi dan mencorak kehidupan masyarakat
Cina. Huraikan EMPAT(4) antara aliran falsafah tersebut.
(10 markah)

Soalan 3

Tamadun Barat kini dilihat sebagai tamadun yang mengancam tamadun Islam dan tamadun Asia dalam pelbagai aspek.
Huraikan implikasi pendominasian tamadun Barat dalam aspek budaya, politik, ekonomi dan media.
(20 markah)

Soalan 1

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberikan kesan kepada masyarakat Melayu termasuk dari aspek
akidah (kepercayaan), sosial, ekonomi dan kesenian. Bincangkan.
(20 markah)

Soalan 2

Agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam adalah empat agama utama yang wujud dalam ketamadunan India yang
berperanan mencorakkan kehidupan masyarakat India. Huraikan.
(20 markah)

Soalan 3

Konsep globalisasi ciptaan Barat telah berjaya mempengaruhi budaya tamadun Islam dan tamadun Asia ke arah
budaya Barat. Huraikan.
(20 markah)

3
Soalan 1

a. Kedatangan Islam telah membentuk satu tamadun Melayu baharu. Huraikan TIGA(3) pengaruh Islam
terhadap tamadun Melayu.
(10 markah)

b. Islam telah menggariskan lima prinsip utama yang mesti dipelihara oleh setiap muslim yang dikenali sebagai
Maqasid al-Syar’iah (tujuan syariah). Huraikan TIGA(3) dari maqasid tersebut.
(10 markah)

Soalan 2

a. Terdapat empat kepercayaan dan agama utama dalam tamadun India iaitu agama Hindu, agama Buddha,
agama Sikh dan agama Islam. Jelaskan ajaran setiap agama yang diterapkan dalam kehidupan penganutnya
bertujuan membentuk nilai murni.
(10 markah)

b. Aliran Konfusianisme, Moisme dan Legalisme (Fa) adalah antara aliran falsafah yang mencorakkan tamadun
China. Huraikan ajaran-ajaran dalam setiap aliran falsafah tersebut.
(10 markah)

Soalan 3

Pada masa kini, tamadun Barat dilihat sebagai tamadun yang mendominasi dunia dalam pelbagai aspek sehingga
menggugat tamadun Islam dan tamadun Asia. Bincangkan.
(20 markah)

Soalan 1

a. Tamadun Islam terbina atas dasar akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini amat penting dan tidak boleh
diabaikan. Huraikan.

(10 markah)

a. Sejarah telah membuktikan tamadun Melayu silam telah mencapai tahap kegemilangan dalam aspek
pemerintahan, ekonomi dan pendidikan. Huraikan.

(10 markah)

Soalan 2
a. Kesenian memainkan peranan penting dalam mencorakkan tamadun India. Kemukakan TIGA(3) bentuk
kesenian tamadun India dan huraikan.
(10 markah)

b. Amalan dalam kalangan masyarakat Cina berkaitan kelahiran, perkahwinan, kematian dan sambutan tahun baru
telah menjadi budaya yang mewarnai tamadun Cina. Jelaskan.
(10 markah)

4
Soalan 3

a. Kecemerlangan dan kegemilangan tamadun Islam pada masa lampau didorong oleh beberapa faktor.
Bincangkan.

(10 markah)

b. Dialog merupakan medium terpenting dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum yang
berlatarbelakangkan tamadun berbeza khususnya di Malaysia. Bincangkan kepentingan dialog antara tamadun.
(10 markah)

You might also like