You are on page 1of 20

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TOPIK 3 STRUKTUR SEL DAN FUNGSI

SINOPSIS:

Sel adalah unit asas dan terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai
hidup. Sel juga merupakan unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua
organisma hidup. Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel
"unicellular" (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia
adalah berbilang sel "multicellular". (Manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau
1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 µm; sel massa biasa adalah 1 nanogram.). Sel mula-
mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert
Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Perkataan
"cell" datang dari bahasa Latin "cellula" ,bermaksud sebuah bilik kecil. Semua sel
terbentuk daripada sel yang telah wujud.

Contoh-contoh sel
Amoeba Proteus

Plant Stem

Bacteria

Red Blood Cell

Nerve Cell

21
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

HASIL PEMBELAJARAN:

 Lukis dan label sel haiwan dan tumbuhan.


 Banding dan bezakan fungsi struktur sel.
 Mengenalpasti tisu haiwan dan tisu tumbuhan.
 Mengenalpasti dua jenis organ haiwan serta fungsinya.

KERANGKA TAJUK

SEL

SEL HAIWAN SEL TUMBUHAN

TISU

HAIWAN TUMBUHAN

TISU EPITELIUM TISU ASAS


TISU OTOT TISU MERISTEM
TISU PENGHUBUNG TISU VASKULAR
TISU SARAF TISU EPIDERMIS

22
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.1 STRUKTUR SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN.

3.1.1SEL HAIWAN

3.1.2 SEL TUMBUHAN

Rajah 3.1: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan


23
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

LATIHAN 1

Kaji Rajah 3.1 yang menunjukkan gambarajah sel haiwan dan sel
tumbuhan. Dengan merujuk kepada mana-mana bahan bacaan yang
sesuai, senaraikan persamaan dan perbezaan sel haiwan dan sel
tumbuhan.

EKSPERIMEN

Eksperimen :Mengkaji sel haiwan (sel pipi) dan sel tumbuhan (sel epidermis
tumbuhan).

Objektif: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik
pewarnaan yang betul.

Bahan dan radas :


Mikroskop
Slaid Microskop
Slip kaca
Penitis
Forcep
Pisau
Pencungkil gigi
Metilena biru
Larutan Iodin
Bawang

Kaedah:

(a) Memerhati sel pipi.

1. Berkumur dengan air bersih.


2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian
dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis spesimen sel pipi.
3. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas
slaid kaca.

24
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

4. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca.


5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa
rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.
6. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin,
membran sel dan sitoplasma.

(b) Memerhati sel epidermis daun.

1. Gunakan forsep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik
bawang.
2. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca.
3. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca.
4. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa
rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.
6. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus,
jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.

Keputusan:

Lukisan dan pelabelan.


Pembesaran lukisan.

Soalan:

1. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda.


2. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi
kloroplas?
3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel
tumbuhan.
4. Mengapakah nukleus dikenali sebagai ‘pusat kawalan’ bagi sel?.
5. Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu
untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu?

Syabas dan Tahniah

Anda masih lagi mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk
berehat dan minum secawan kopi.

25
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.2 ORGANISASI SEL DI DALAM ORGANISMA

Sel di dalam badan organism multisel disusun dalam struktur dan fungsi yang sama.
Kumpulan sel ini dikenali sebagai tisu. Kumpulan tisu yang sama serta menjalankan
tugas yang sama dikenali sebagai organ. Kumpulan organ yang sama yang seterusnya
memberikan satu fungsi yang tertentu dikenali sebagai organ. Seterusnya kumpulan
organ yang tertentu yang bergabung bersama serta memberikan satu fungsi yang
khusus dikenali sebagai sistem. Penyelarasan fungsi yang saling bersandaran antara
sel organisma akan tercapai melalui satu organisasi lima aras seperti ditunjukkan dalam
rajah 3.2.

SEL TISU ORGAN SISTEM ORGANISMA


MULTISEL

Rajah 3.2: Organisasi sel organisma

3.2.1: Tisu Haiwan.

Tisu haiwan boleh dibahagikan kepada empat jenis yang berbeza iaitu:

i) Tisu epithelium
ii) Tisu otot
iii) Tisu penghubung
iv) Tisu saraf

26
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Tisu Haiwan

Tisu Epitelium Tisu Otot Tisu penghubung Tisu Saraf


1. Skuama 1. Otot licin 1. Darah 1. Saraf deria
2. Kuboid 2. Otot rangka 2. Rawan 2. Motor
3. Kolumnar 3. Otot kardiak 3. Tendon 3. Interneuron
4. Tulang
5. Ligamen
6. Tisu lemak.

27
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 1:JENIS TISU EPITELIUM DAN FUNGSINYA

TISU CIRI-CIRI FUNGSI

TISU EPITELIUM  Sel tersusun rapat 1. Khusus untuk


 Membentuk satu atau melindungi dan melapisi
lebih lapisan. organ.
 Selalunya dijumpai
pada permukaan luar 2. Bertindak sebagai alat
seperti kulit, rongga untuk mengelakkan tisu
mulut dan hidung dan dari kekeringan,
pada rongga badan kecederaan mekanikal
seperti trakea, salur dan jangkitan bacteria.
penghadaman, salur
darah, ginjal dan 3. Membenarkan
paru-paru. pergerakan atau
resapan beberapa
sebatian.

4. Merembeskan bahan
kumuh seperti peluh,
1. Tisu epithelium minyak, mucus dan jus
skuama penghadaman.
 Sel yang licin,nipis
dan kuat.
 Khusus untuk
melapisi rongga
badan seperti mulut,
espfagus dan vagina.

Epithelium skuama ringkas

Epithelium skuama berlapis

28
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

2. Tisu epithelium kuboid.

 Sel berbentuk kiub


 Khusus untuk
melapisi tubul ginjal
dan kelenjar.

3. Tisu epithelium
kolumnar.
 Sel yang tinggi dan
berbentuk turus
 Khusus untuk
melapisi salur
alimentary dala organ
seperti perut dan
usus.

29
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 2:JENIS TISU OTOT DAN FUNGSINYA.

TISU CIRI-CIRI FUNGSI

TISU OTOT  Semua tisu yang terdapat  Pengecutan dan


dalam badan. pengenduran otot
membenarkan proses
1. Tisu otot licin pergerakan berlaku
(Otot luar kawal)  Membentuk dinding organ seperti peristalsis,
dan salur dalam badan mengepam darah dan
seperti uterus, salur darah pergerakan sendi.
dan salur penghadaman.
Smooth muscle allows
peristalsis in digestive
canal

2. Tisu otot rangka


(Otot terkawal)
 Menghubungkan tulang
dengan tulang. Otot
rangka mengecut dan
mengendur untuk
membenarkan pergerakan
(Lengan dan kaki).

30
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3. Tisu otot kardiak.


(khusus untuk  Membentuk jantung.
jantung)  Membenarkan jantung
berdenyut dan mengepam
darah ke seluruh bahagian
badan.

JADUAL 3:JENIS TISU SARAF DAN FUNGSINYA.

TISU CIRI-CIRI FUNGSI

TISU SARAF Terdiri dari sel yang  Untuk mengangkut


dikenali sebagai neuron impuls saraf dan
yang berfungsi untuk koordinasi aktiviti
menghantar impuls. Sistem dalam badan.
saraf ini mengkoordinasi
semua aktiviti dalam badan
1.Neuron Deria.
Membawa maklumat dari
organ deria ke neuron yang
lain dalam otak dan saraf
tunjang.

Sumber : hamber.vsb.bc.ca

31
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

2.Neuron Motor.
Membawa impuls ke otot dan
kelenjar.

Sumber: jirvine.co.uk

3.Interneurons.
Memindahkan impuls dari
neuron deria ke neuron motor.

Sumber: Clker.com

JADUAL 4: JENIS TISU PENGHUBUNG DAN FUNGSINYA

TISU CIRI-CIRI FUNGSI

TISU PENGHUBUNG Terbina dari sel yang berbeza


yang terampai di dalam matriks.
Matriks boleh jadi:
 Bahan yang keras
(tulang)
 Lembut, bahan bergelatin
(Rawan)
 Cecair (plasma darah)

32
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

1. Tulang Tulang : Membentuk system  Tulang – untuk


rangka menyokong
Melindungi organ dalaman, badan.
digunakan untuk pergerakan.
 Darah – fungsi
untuk sel darah
merah dan sel
darah putih,
platlet.

Sumber: en.wikibooks.org  Rawan- untuk


melapisi tulang.
2. Darah
Darah:
-Sel darah merah( RBC)
mengangkut oksigen dan karbon
dioksida.
-Sel darah putih (WBC)
membantu dalam system
pertahanan badan.
-Platelet bahan untuk
pembekuan darah.
-Plasma Darah mengangkut
Sumber: biosbcc.net nutrient dan bahan buangan.

3. Cartilage
Rawan - Membentuk
permukaan yang licin dan
fleksibel.
Bertindak sebagai kusyen di
antara tulang vertebra,
membentuk hidung dan telinga.

Sumber: washington.uwc.edu

33
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.2.2:ORGANISASI SEL DI DALAM TUMBUHAN.

Terdapat empat jenis tisu tumbuhan.


 Tisu epidermis
 Tisu Vaskular
 Tisu Meristem
 Tisu Asas

Tisu Tumbuhan

Tisu asas Tisu meristem Tisu vaskular Epidermis


 Parenkima - terlibat dalam  Xilem
 Sklerenkima pembahagian sel.  floem
 Kolenkima

34
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 5: JENIS TISU EPIDERMIS DAN FUNGSINYA.

TISU CIRI-CIRI FUNGSI

Tisu Epidermis  Hanya setebal satu sel. .Untuk melindungi


 Melindungi permukaan daun, batang tumbuhan dari
dan akar. Membentuk kitikel. kecederaan fizikal.
 Melindungi tisu dalaman.  Membentuk kutikel
 Terubahsuai untuk membentu sel yang membantu
pengawal. mengurangkan
kehilangan air.

Sumber:colinsbeautypages.co.uk

Tisu meristem  Terdapat di hujung pucuk dan hujung Terlibat dalam


akar pembahagian sel
 Juga terdapat di bahagian batang (mitosis).
tumbuhan.

Sumber: rgbstock.com

35
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 6:JENIS TISU VASKULAR DAN FUNGSINYA.

TISU CIRI-CIRI FUNGSI

TISU VASKULAR  Tisu pengangkut.


 Mengangkut bahan mineral dan air
ke seluruh bahagian tumbuhan.

I
1. Xilem Terbina dari sel yang memanjang 1.Untuk mengangkut air
dan dikenali sebagai trakeid dan dan bahan mineral dari
vasel. akar ke bahagian lain
tumbuhan.
2. untuk membantu
dalam transpirasi.
3. untuk menyokong
tumbuhan.

2. Floem Terbina dari tiub tapis dan sel rakan. 1. Untuk mengangkut
glukosa dari daun ke
bahagian lain
tumbuhan.

36
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 7:JENIS TISU ASAS DAN FUNGSINYA.

TISU CIRI-CIRI FUNGSI

TISU ASAS Tisu asas adalah tisu yang membentuk Untuk menyokong
kebanyakan badan tumbuhan. tumbuhan. MemberI
bentuk kepada
1. Parenkima Tisu ringkas yang mempunyai vakuol yang tumbuhan. Menyimpan
besar. Tersusun longgar dan mempunyai kanji, gula dan air.
rongga udara diantara sel.

Untuk menyokong dan


melindungi sel.

Sumber: mhhe.com Untuk menyokong


tumbuhan muda,
tumbuhan yang
2. Sklerenkima
mempunyai batang
Mempunyai dinding sel yang ditebalkan oleh yang lembut serta
lignin. tumbuhan herba.
Memberikan sokongan kepada tumbuhan
melalui sel mati dan sel kukuh. Mengawal penyerapan
air di akar.

3. Kolenkima

Tisu ringkas yang ditebalkan oleh selulosa


dan pectin di bahagian dinding sel.
Mengellilingi berkas vascular di batang dan
akar.

37
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.3 SISTEM DALAM HAIWAN DAN FUNGSINYA.

SISTEM FUNGSI

Sistem Integumen Untuk melindungi dan menutupi organ dalaman.

Sistem rangka Untuk menyokong dan memberi bentuk kepada


badan.

Sistem saraf. Untuk menerima rangsangan dan mentafsir bagi


membolehkan badan memberikan tindakbalas.

Sistem otot. Untuk mengkoordinasi pergerakan badan.

Sistem endokrin. Untuk menghasilkan hormon bagi mengawalatur


tindakan dan proses dalam badan.

Sistem kardiak. Sistem peredaran darah untuk mengangkut oksigen,


nutrient, bahan buangan metabolik, dan bahan yang
lain ke luar dari badan.

Sistem urinari. Untuk menapis darah dan merembes urea, air dan
garam mineral ke luar dari badan.

Sistem penghadaman. Untuk menghadamkan makanan bagi penghasilan


tenaga dan membuang semua bahan yang tidak
terhadam keluar dari badan.

Sistem pernafasan. Untuk mengambil oksigen bagi kegunaan respirasi sel


untuk menghasilkan tenaga, gas karbon dioksida dan
wap air.

Sistem Limfa. Untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu


pertahanan badan terhadap serangan penyakit.

Sistem pembiakan lelaki. Untuk menghasilkan hormon seks lelaki. Untuk


pertumbuhan sekunder lelaki dan menghasilkan
generasi seterusnya.

Sistem Pembiakan Wanita. Untuk menghasilkan hormon seks wanita. Untuk


pertumbuhan sekunder wanita dan menghasilkan
generasi seterusnya.

38
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Latihan

Jadual di bawah menunjukkan sistem yang berkaitan dan fungsinya. Lengkapkan organ
yang terlibat untuk membolehkan sistem tersebut berfungsi dengan sempurna.

SISTEM ORGAN YANG TERLIBAT FUNGSI

Untuk mengangkut air,


Sistem Pengangkutan garam mineral, glukosa
dan gas keluar dari
tumbuhan.

Sistem sokongan Untuk menyediakan


sokongan fizikal bagi
tumbuhan.

Sistem perkumuhan Untuk mengeluarkan


bahan buangan
metabolik dari tumbuhan.

Sistem Pembungaan Untuk menghasilkan


bunga dan buah.

Fotosintesis Untuk mensintesis


glukosa dari tenaga
cahaya dangan
kehadiran klorofil.

Respirasi Untuk menghasilkan


tenaga, karbon dioksida
dan air.

Transpirasi Untuk mengeluarkan


lebihan air dan
menyejukkan tumbuhan.

Percambahan Untuk menghasilkan


anak benih muda dari biji
benih.

39
SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

RUJUKAN

Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application.
Second Edition. Hodder Education, London.

http://www.medscape.com/viewarticle/468421_3

http://www.mhhe.com/biosci/pae/botany/histology/html/parenchyma.htm

http://www2.estrellamountain.edu/faculty/farabee/biobk/biobookplantanat.html

http://biodidac.bio.uottawa.ca/Thumbnails/filedet.htm?File_name=BOTA003B&File_type=GIF

http://images.yourdictionary.com/xylem

40

You might also like