You are on page 1of 3

Lampiran 1

GARIS PANDUAN

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN (E-RPI)

TUJUAN

1. Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan langkah-langkah dan kaedah
pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam Talian (e-RPI) bagi
murid berkeperluan khas.

KANDUNGAN

2. Sistem e-RPI terdiri daripada dua komponen utama iaitu:


i. Pelan Pendidikan Individu
ii. Pelan Instruksional Individu

3. Pelan Pendidikan Individu (PPI) merupakan aspek data dan maklumat asas yang
mempunyai kaitan dengan murid. PPI ini mengandungi 16 aspek iaitu:
i. Status Pengisian
ii. Profil Murid
iii. Garis Masa PPI & Pindaan
iv. Individu Terlibat
v. Laporan Perubatan
vi. PPI – 1 Masa Depan
vii. PPI – 2 Pembelajaran
viii. PPI – 3 Faktor Keupayaan
ix. PPI – 4 Matlamat Tahunan
x. PPI – 5 Program Transisi
xi. PPI – 6 Khidmat Sokongan
xii. PPI – 7 Aksesibiliti
xiii. PPI – 8 Pentaksiran
xiv. PPI – 9 Faktor Am
xv. PPI – 10 Sidang
xvi. PPI – 11 Perakuan

4. Pelan Instruksional Individu (PII) merupakan aspek penyediaan rancangan


pengajaran yang disediakan oleh guru berdasarkan keperluan pembelajaran murid
yang telah dikenal pasti dalam PPI. PII mengandungi 2 aspek iaitu
i. Rancangan Pengajaran Tahunan
ii. Rancangan Pengajaran Harian

PROSES PEMBINAAN RPI

5. RPI dibina berdasarkan maklumat berkaitan seseorang murid. Maklumat ini perlu
diperoleh dengan pelbagai kaedah termasuk:
i. Laporan perubatan

1
ii. Semakan dokumen berkaitan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pelbagai bidang
iii. Temu bual dengan ibu bapa
iv. Temu bual dengan guru atau individu yang pernah mengajar atau terlibat
dengan murid tersebut
v. Pemerhatian yang direkodkan
vi. Pencapaian ujian saringan atau diagnostik

6. Semua maklumat tersebut akan membentuk asas untuk menentukan tahap


keupayaan murid dari segi kekuatan dan kelemahan dalam PPI 3 bagi 4 bidang iaitu:
i. Akademik
ii. Kefungsian
iii. Kemahiran
iv. Bakat

7. Setiap guru subjek perlu menentukan Matlamat Tahunan dan Objektif Pembelajaran
berdasarkan PPI 3. PPI 3 dan PPI 4 akan menjadi asas bagi Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) yang terdapat dalam PII.

8. Maklumat yang diisi dalam PPI 1 hingga PPI 8 merupakan Draf PPI yang mesti
dihantar kepada ibu bapa/penjaga untuk pengesahan.

9. Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah hendaklah mengadakan Sidang


RPI bagi membincangkan Draf PPI yang telah dibentuk oleh pihak sekolah.

10. Ibu bapa /penjaga perlu menandatangani Borang Perakuan sebagai tanda
persetujuan bagi PPI anak mereka dilaksanakan.

11. Sekiranya tiada persetujuan dicapai, Sidang Khas perlu segera diadakan dengan
melibatkan kehadiran wakil Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan
Negeri.

12. Salinan asal perakuan diberikan kepada ibu bapa/penjaga dan satu salinan disimpan
oleh pihak sekolah. Satu salinan PPI mesti diberi kepada semua guru subjek yang
mengajar murid tersebut.

PROSES PELAKSANAAN RPI

13. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi setiap subjek akan terbina secara
automatik hasil daripada maklumat PPI 4.

14. Guru perlu membahagikan murid kepada kumpulan berdasarkan tahap keupayaan
yang sama bagi tujuan pengajaran secara individu.

15. Guru subjek perlu membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan RPT.

2
16. Guru perlu mencatatkan penilaian terhadap pencapaian objektif pembelajaran di PPI
4. Sekiranya objektif pembelajaran tidak dicapai, guru hendaklah mengubah
kaedah/teknik/strategi pengajaran dan pembelajaran.

17. PPI 4 akan menjadi dokumen pelaporan pencapaian murid dan hendaklah dilaporkan
kepada ibu bapa/penjaga setiap 4 bulan.

18. Semakan terhadap PPI perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun atau
pada bila-bila masa atas keperluan.

19. Pada setiap hujung tahun, guru mata pelajaran perlu mengisi PPI3 sebagai
persediaan untuk membina PPI bagi tahun berikutnya.

JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIDKAN KHAS SEKOLAH (JPPKS)

20. Jawatankuasa ini ditubuhkan di semua sekolah yang melaksanakan pendidikan


khas.

21. JPPKS boleh terdiri daripada sekurang-kurangnya lima daripada ahli-ahli yang
berikut:
i. Pengetua/Guru Besar.
ii. Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
iii. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
iv. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
v. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI)
vi. Guru Disiplin
vii. Guru Bimbingan dan Kaunseling
viii. Wakil Guru Arus Perdana
ix. Wakil Guru Pendidikan Khas
x. Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG)

22. Fungsi JPPKS antaranya ialah


i. Merancang dan menyelaras pelaksanaan pendidikan khas.
ii. Memperakukan dan menyelaras kemasukan murid berkeperluan khas (MBK).
iii. Menyelaras program kerjasama antara ibubapa dan guru.
iv. Bertindak sebagai panel rayuan.

23. JPPKS hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun atau pada
bila-bila masa mengikut keperluan.

PENUTUP

24. Garis Penduan ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan kepada semua pihak dalam
menyediakan RPI bagi MBK di sekolah.

You might also like