You are on page 1of 7

PK 11/1

SISTEM PENGURUSAN KUALITI


SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK TEKNOLOGI


BIL 01 - TAHUN 2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

Tarikh : 31 Disember 2019


Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Bilik Prinsip Perakaunan, SMK Putrajaya Presint 11(2)
Kehadiran(Bilangan): 5 orang

1. Norlizawati Binti Bustaman (Pengerusi)


2. Siti Norhuda Binti M. Salleh
3. Nur Sarahana Binti Zakaria
4. Suhainiza Binti Mohmad Sefian
5. Nurul Idayu Binti Zulkifle

Tidak Hadir Bersebab :


1. Zulkairol Azman Bin Hassan – Urusan Peribadi
2. Nurhamizah Binti Selamat – Pemeriksa Kertas SPM

Turut Hadir (Jika ada) :


1. En Mohamed Zaidi Bin Ibrahim

1.0 Perutusan Pengerusi

Pengerusi mengalu – alukan kehadiran guru baharu Pn Suhainiza Binti Mohmad


Sefian dan Encik Zulkairol Azman Bin Hassan dan merakamkan ucapan terima
kasih atas kehadiran ahli-ahli panitia yang hadir dalam mesyuarat kali pertama
tahun 2020. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah dan harapan beliau
semoga mesyuarat berjalan dengan lancar.
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Teknologi Bil 04/2019

Minit Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Teknologi Bil 04/2019 dicadangkan untuk
disahkan oleh Pn Norlizawati Binti Bustaman dan disokong oleh Pn Siti Norhuda
Binti M. Salleh dengan sebulat suara tanpa pindaan.
Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit/ Maklum balas


3.1 Tiada
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
1
4.0 Pembentangan Laporan/ Isu/ Kertas Kerja

4.1 Perancangan dan persediaan awal tahun persekolahan


4.1.1 Dasar-dasar KPM (DLP / TS25 / HIP / PBD/ STEM dll)
Dasar-dasar KPM telah dibincangkan semasa mesyuarat guru Bil
1/2020.Bagi perekodan PBD, semua guru diminta untuk
menyediakan senarai semak atau rekod transit bagi setiap
tingkatan yang diajar untuk setiap murid. Guru perlu membuat
catatan kaedah yang digunakan samada secara lisan, ujian ,atau
lain-lain.
Tindakan : Semua guru panitia RBT

4.1.2 Misi, Visi, Matlamat dan Pelan Strategik / Taktikal


Telah dibincangkan semasa mesyuarat guru Bil 1/2020.

4.1.3 Bilik-bilik khas / makmal/ bengkel


Berikut adalah senarai nama guru-guru yang menjaga dan mengawal selia
studio reka bentuk :
Bil Studio Nama Guru
1 Reka Bentuk Makanan Nur Hamizah &
Norlizawati
2 Reka Bentuk Mekanikal Norlizawati
3 Reka Bentuk Agrotek Zulkairol Azman
4 Reka Bentuk Elektrik & Nurul Idayu
Elektronik
5 Reka Bentuk Fesyen Siti Norhuda
6 Bilik GKT Nurul Idayu
7 Makmal Komputer Suhainiza

Makluman
Semua guru diingatkan supaya membuat keceriaan dalam
bengkel/bilik/makmal masing-masing dengan meletakkan bahan
bermaklumat didinding bengkel.
Tindakan : Semua guru panitia RBT

4.1.4 SPBT – buku teks murid mencukupi?


Semua murid tingkatan 1 belum mendapat buku teks RBT/ASK
kerana masih belum tahu kedudukan kelas masing-masing dan
elektif yang akan diambil nanti. Manakala murid tingkatan 2,3,4
dan 5 telah mendapat buku teks. Buku teks mencukupi untuk
setiap murid.
Makluman
4.2 eRPH - menggunakan platform GoogleClassroom
Semua guru perlu menyediakan eRPH menggunakan google classroom
dengan memasuki portal moe. Guru bolrh menyemak semula id dan
katalaluan di dalam telegram.
Makluman
4.2.1 Sukatan Pelajaran / HSP /DSKP / RPT
Semua guru diingatkan untuk menyiapkan RPT bagi matapelajaran

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
2
masing-masing.
Makluman
4.2.2 Semakan eRPH
Senarai semak eRPH guru-guru telah keluar. Semua guru
diingatkan untuk menghantar erph pada setiap Jumaat sebelum
11.59 malam. Sekiranya lewat, perlu juga dihantar sebelum
minggu berikutnya.
Penyemak dari kalangan pentadbir adalah Pengetua, PK1 dan
GKMP Teknik dan Vokasional. Guru-guru berikut akan disemak oleh
pihak pentadbir tersebut, iaitu Nur Hamizah, Norlizawati, Nurul
Idayu dan Suhainiza.
Makluman
4.2.3 Fail Rekod Persediaan mengajar (softcopy)
Semua maklumat diri,RPT, FPK perlu disiapkan sebelum 17 Januari
2020 dan perlu disimpan dalam google drive.
Makluman

4.2.4 SPI dan pekeliling berkaitan – telah disediakan dalam eRPH


Semua pekeliling telah disediakan dalam eRPH dan guru-guru perlu
masukkan dalam folder dalam google drive.
Makluman

4.3 Anggaran perbelanjaan


4.3.1 Baki PCG 2019
Semua panitia telah habis menggunakan semua PCG tahun 2019.
Walaubagaimanapun, panitia ASK perbelanjaan melebihi PCG
kerana tersilap membuat peruntukan masuk.
Makluman
4.3.2 Perancangan Perbelanjaan Tahun Semasa
Panitia GKT dan ASK telah menghantar perancangan PCG manakala
panitia RBT masih sedang membuat senarai bahan dan alatan
yang perlu dibeli pada tahun hadapan. Panitia RBT perlu
menghantar perancangan tersebut kepada Pn Norhafizah pada hari
khamis ini.
Tindakan : Norlizawati
4.3.3 Prosedur Perbelanjaan (Masa Pembelian / Keperluan untuk semua
murid / Kajian pasaran /Nota Minta / Quotation / Invois dll yang
berkaitan)
Guru-guru perlu menghantar 3 quotation untuk setiap
perbelanjaan pcg. Sebelum mengisi nota minta,KP perlu berjumpa
Pengetua dan berbincang sebab nak beli barang tersebut. Guru
diingatkan untuk tidak membeli daripada satu pembekal sahaja.
Makluman
4.4 Laporan PT3 / Analisis PAT 2019
Laporan PT3 dan analisa PAT 2019 telah dibincang dalam mesyuarat
panitia bil 4/2019.
Makluman
4.4.1 Headcount (TOV / ETR)
Bagi pengisian markah headcount dalam SAPS, guru-guru perlu
mengambil markah PAT tingkatan 1 untuk murid tingkatan 2 tahun
2020.
Bagi murid tingkatan 1 dan 4, markah headcount akan diambil
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
3
daripada ujian 1 kelak.
Bagi murid tingkatan 5, markah akan diambil daripada PAT
tingkatan 4.
Makluman

4.4.2 Laporan Program 2019 berdasarkan analisis ( Perlu


penambahbaikan / Dikekalkan / Digugurkan)
Penambahan
ASK- Bengkel kecemerlangan PT3 dan fokus kpd kerja kursus untuk
membantu murid.
GKT- Teknik menjawab soalan-soalan SPM antara sekolah2
Putrajaya.
RBT-Bengkel menjawab PT3, fokus kepada kerja projek untuk
mendapatkan markah minimum 80 markah. Selepas PT3, murid-
murid akan dibawa ke Kolej Vokasional Setapak selama 2 hari pergi
balik untuk belajar membuat aktiviti disana.
Makluman
Dikekal
Guru-guru akan membiasakan murid menjawab soalan-soalan
format dengan SPM/PT3 atau soalan sebenar daripada penggubal
soalan.
Tindakan : Norlizawati, Nurul Idayu, Suhainiza

4.5 Agihan tugas panitia


Jadual penggunaan bengkel akan dibuat dalam setiap bilik khas
Puan Nurul Idayu dilantik menjadi setiausaha panitia RBT.
Setiap bengkel akan ada alatan disetiap bengkel untuk kemudahan
murid-murid membuat kerja.
Makluman
4.6 Penyeliaan PdPc
4.6.1 Rujuk dan Patuhi SKPMg2 Standard 4
Pencerapan akan diadakan mengikut masa yang telah ditetapkan
secara berkala. Guru-guru diingatkan untuk menyemak buku
latihan murid dan pentadbir akan menyemak buku tersebut pada
bila-bila masa sahaja. Guru perlu memastikan buku kerja yang
dibeli diguna dan disemak dengan teliti.
Makluman
4.6.2 Bilangan tugasan / kerja projek / kajian lapangan
RBT- Berdasarkan PBD untuk tingkatan 1 dan 2, kerja projek untuk
tingkatan 3 sahaja
ASK - Tugasan mengikut PBD dan kerja kursus tingkatan 3
GKT– PBD bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5 kerja kursus
4.6.3 Semakan Buku latihan murid / buku kerja
Guru-guru diingatkan untuk menggunakan buku latihan dan
menyemak buku latihan murid dengan teliti.
Makluman
4.7 Perkembangan Staf – PLC / kajian tindakan / PinTas / Pembinaan BBM
Semua guru Panitia RBT banyak menggunakan BBM seperti slidesow,
LCD, power point dan Visualizer.
Makluman
4.8 Penilaian dan Peperiksaan

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
4
4.8.1 Takwim Peperiksaan
Rujuk buku pengurusan
4.8.2 Agihan tugas penyediaan kertas soalan – JSU dan Skema perlu
disediakan sebelum kertas dihantar untuk diriso

Paniti Peperiksaan Peperiksaan Peperksaan Akhir


a Pertengahan Tahun Percubaan Tahun
Ting Ting Ting Norlizawati Ting
Ting 1
RBT 1 2 3 2
Zul
Zul Liza Idayu
Idayu
GKT Idayu Idayu Idayu
ASK Suhainiza Suhainiza Suhainiza
Makluman
4.8.3 Program kecemerlangan untuk peningkatan prestasi untuk semua
murid bukan kelas peperiksaan sahaja
RBT- Murid-murid akan membuat kerja amali seperti amali
pembuatan atau rekabentuk makanan. Sebelum peperiksaan,
murid-murid akan diberi soalan format PT3 kepada semua
murid tingkatan 1 dan 2.
ASK – Program menjawab soalan untuk tingkatan 1 dan 2.
GKT – Teknik menjawab soalan-soalan SPM.
Makluman
5.0 Hal-hal lain
Pengetua berpesan supaya semua guru menjaga tutur kata supaya
keharmonian terus dikekalkan di SMKPP11(2).
Semua guru panitia RBT perlu memastikan pada tahun ni, bengkel
dikemaskini.
Bengkel pertukangan akan diambil oleh panitia seni
Makluman

6.0 Penutup

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia
dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh,
Setiausaha Mesyuarat Panitia RBT
Mesyuarat Pengurusan Tahun 2020
Tarikh: 31 Disember 2019 (Tarikh Draf Disiapkan)
: 7 Januari 2020 (Tarikh Minit Disiapkan)

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
5
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
6
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
7

You might also like