You are on page 1of 1

Rancangan Pelajaran Harian

TAJUK Kepentingan Sungai Kepada Manusia


MASA 9.40 – 11.00
TINGKATAN 4 PA - 30 orang
MATA PELAJARAN Bahasa Melayu
HASIL Pada akhir pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN
1. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan gambar.
2. Menulis karangan rangsangan menggunakan penanda wacana yang
bersesuaian untuk menghasilkan perenggan yang koheran.

AKTIVITI 1. Set Induksi – Guru memaparkan tayangan video yang berkaitan


tajuk.
2. Murid diminta memberikan respons secara lisan tentang isu yang
dipaparkan.
3. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan utama. Setiap ahli
kumpulan diberi nombor dan bergerak ke kumpulan kecil mengikut
nombor.( Jigsaw Puzzle )
4. Murid menulis tugasan yang diberi menggunakan Peta Dakap. ( i-
Think)
5. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja yang telah dihasilkan
dengan menggunakan ‘kad dua muka’.
6. Guru dan murid membuat penilaian tentang dapatan perbincangan.
7. Setiap kumpulan dikehendaki menulis perenggan isi yang lengkap
dengan:
i ) penanda wacana yang sesuai.
ii ) ayat topik dan ayat huraian yang gramatis.
iii ) kata-kata indah yang sesuai.
8. Murid kembali ke kumpulan utama. Murid diminta menyusun
perenggan mengikut keutamaan menjadi sebuah karangan yang
lengkap.
9. Semua murid menyanyikan lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin. Murid
diminta mengenal pasti dan menulis lima kata adjektif daripada lirik
lagu tersebut. ( murid membina ayat daripada kata adjektif sebagai
kerja susulan)

PENGISISAN Ilmu: Geografi dan Pendidikan Islam/Moral


KURIKULUM Nilai: Cinta akan alam sekitar, keprihatinan dan bertanggungjawab
KBAT: Menjana idea,kreatif dan inovatif
PdP Abad 21 : Kolaboratif dan koperatif
SISTEM BAHASA Penanda wacana dan kata adjektif
BBM/TMK Video,gambar,buku rujukan
PENILAIAN PDP Murid dapat menulis karangan lengkap yang gramatis.
REFLEKSI

You might also like