You are on page 1of 48

BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

MANUAL SENARAI
TUGAS
JK ORGANISASI SK
RKT BERSIA TAHUN
2020

1
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

UNIT
PENTADBIRAN
/KURIKULUM

================================================================================

1. GURU BESAR:

================================================================================

1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi:

Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala
pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana
berikut:

1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan
di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua
kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,
penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam
jawatan.

2
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan
di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas
kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan
Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah
mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
12. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan
guru dan kakitangan.

2. Pengurusan Kurikulum:

1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan
mengikut perancangan.
2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah
berjalan dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan
guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha
untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap
perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik.
10. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah
ditetapkan bagi Guru Besar.

3. Pengurusan Kokurikulum:

1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan
unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan
sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum
seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

4. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar:

3
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa


pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk
dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas,
baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.
4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan
Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang
berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan
kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor
mentee).

5. Pengurusan Kewangan:

1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan


pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang
dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan
dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh
pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-
lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan
Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun
sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang
diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur
dan kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan
sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna
mengikut Peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan
bahwa semuanya itu berjalan lancar.

6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat:

1. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan
sempurna.

4
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

2. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan
itu berjalan dengan lancar.
3. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4.

7. Pengurusan persekitaran dan kemudahan Fizikal Sekolah:

1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan


cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari
semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan
di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan
pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

8. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia:

1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk
pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam
perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat
yang lebih tinggi.
4.

9. Pengurusan Perhubungan Luar:.

1. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan
dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
2. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri,
Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
3. Bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai kaitan dengan sekolah

==================================================================================

2. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN/KURIKULUM:

==================================================================================

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

1. Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.


2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.

5
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Kurikulum

1. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.


2. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
3. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
4. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
5. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru
mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan
susulan.
7. Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
8. Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
9. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

Pengurusan

1. Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah


2. Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf
sokongan.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
4. Membantu merancang takwim sekolah.
5. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
6. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
7. Menyelaras semua jenis kutipan yuran
8. Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
9. Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
10. Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

Pembangunan Diri Pelajar

1. Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan
sekolah.
2. Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
3. Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

Pembangunan Organisasi.

1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
2. Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri.

1. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.


2. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
4. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

6
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


==================================================================================

BIDANG TUGAS:

1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa, ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid.
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sidang petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS

DISIPLIN

1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.


Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
2. mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan -
peraturan tatatertib dan salahlaku.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
4. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.


2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan
laporan yang diperlukan.
3. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

KESIHATAN DAN KEBAJIKAN MURID

1. Menggunakan kemudahan rawatan murid.


2. Memastikan program-program kesihatan menguruskan kad 001.
3. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin murid.
4. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
5. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Projek Susu dan lain-lain rancangan
bantuan dan kebajikan murid.
6. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa
dilaksanakan.

7
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

1. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, Pengagihan dan hapuskira.


2. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik stor.
3. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

PENTADBIRAN

1. Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftar Murid.


2. Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid Sidang Pagi melalui Sistem APDM.
3. Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
4. Mengurus pertukaran murid.
5. Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil
berhenti sekolah.
6. Menyemak buku / kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah.
7. Membantu menyediakan anggaran belajawan sekolah.

TUGAS-TUGAS LAIN

1. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke


semasa.
2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan Guru Besar dari masa
ke semasa.

4. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


==================================================================================

BIDANG TUGAS

5. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan I
dan Guru Penolong Kanan HEM
6. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
7. Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum .
8. Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah.
9. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah .

SENARAI TUGAS

KOKURIKULUM

Sukan Dan Permainan:

8
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

1. Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan.


2. Mengurus permilihan peserta untuk pertandingan.
3. Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
4. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar
sekolah.

Unit Beruniform

1. Merancang Takwim kegiatan Unit Beruniform.


2. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Unit Beruniform.
3. Menyelia kegiatan Unit Beruniform.
4. Menyelaras aktiviti-aktiviti Unit Beruniform di dalam dan diluar sekolah.

PENTADBIRAN

1. Menyusun / menyelaras kegiatan kegiatan Kokurikulum.


2. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum.
3. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum telah diambil.
4. Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal Kokurikulum.
5. Bertanggungjawab mengenal lawatan-lawatan anjuran sekolah.
6. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
7. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kelab/ persatuan pasukan pakaian seragam
dan sebagainya.
8. Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan Kokurikulum serta meningkatkan
tahap pencapaian.
9. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan Kokurikulum.

10. Memastikan rekod dan data Kokurikulum disenggarakan.


11. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan
Kokurikulum.
12. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan Kokurikulum dan
mengadakan latihan untuk mereka.

TUGAS-TUGAS LAIN

1. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke


semasa.
2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
masa ke semasa.
3. Menyelaras semua sambutan keraian dan peristiwa di sekolah.

==================================================================================

9
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM:


==================================================================================

1. SETIAUSAHA KURIKULUM:

Senarai Tugas:

Setiausaha Kurikulum perlu memberi kerjasama membantu Penolong Kanan Pentadbiran dalam
mengurus perkara-perkara berikut:

2. Menyediakan dan mengedarkan surat penggilan mesyuarat.


3. Mencatatkan minit mesyuarat.
4. Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli panitia.
5. Mengumpul dan menyimpan segala dokumen panitia.
6. Menghubungi ahli panitia untuk memperolehi maklumat segera tentang isu-isu berbangkit
dalam
7. Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan dengan panitia.
8. Menguruskan percetakan laporan projek panitia dan status mata pelajaran.
9. Mengumpul dan membekalkan maklumat yang diperlukan oleh Ketua Panitia.
10. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Nazir Sekolah dan Ketua Panitia dari
semasa ke semasa.

2. PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS:

Senarai Tugas:

A. PENTADBIRAN UMUM

1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,


2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,
3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas;
merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang
tahun,
4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan
kelas pendidikan khas,
5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-
guru pendidikan khas,
6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa
dikemaskini :
6.1.1. Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.1.2. Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.1.3. Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.1.4. Fail Mata Pelajaran,
6.1.5. Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.1.6. Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.1.7. Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.1.8. Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,

10
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

6.1.9. Fail Program Inklusif,


6.1.10. Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.1.11. Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.1.12. Buku Stok
6.1.13. Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7. Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,
9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,
10. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11. Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada
setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan khas),
13. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama
murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah dan
menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak pada bulan Oktober
setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung
persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,

B. PENGURUSAN HAL EHWAL GURU

1. Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan


pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak supaya mereka
dapat dihantar berkursus,
2. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar
kanak-kanak cacat,
3. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak d isalahgunakan
oleh pihak sekolah.

C. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar
Kemasukan Murid.
2. Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama
dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang
Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Perak,
3. Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah,
4. Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat,
5. Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas
yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup,
6. Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan
dengan cekap,

11
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

7. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
8. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar
negeri dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya.
9. Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti
Sekolah.

D. PENGURUSAN DATA

1. Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada
Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,
2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status
Program Pendidikan Khas.

E. PENGURUSAN STOK

1. Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak diletakkan
di dalam kelas pendidikan khas,
2. Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Perak dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3. Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana
pihak,
4. Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.

F. PENGURUSAN KEWANGAN

1. Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap
tahun,
2. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila
terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan
kewangan semasa),
3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah
dan guru-guru pendidikan khas,
4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan
memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas,
5. Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang
disediakan oleh bendahari kelas.

G. PENGURUSAN KELAS

1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan
daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,
3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas
mencukupi,

H. PENGURUSAN JADUAL WAKTU

1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu
yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing.

12
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan
Daerah.

I. PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas


pendidikan khas dari masa ke semasa,
2. Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa
berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan
kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,
3. Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu
bapa atau penjaga,
4. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan
khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam,

J. PENGURUSAN DIRI

1. Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan
khas,
2. Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru
pendidikan khas

3. PENYELARAS PRA SEKOLAH.

Senarai Tugas:

Bertanggungjawab Kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan HEM, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Panitia Dalam Membantu Merancang, Menyelaras,
Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut:

1. PENGURUSAN PRASEKOLAH

A. PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH

1) Menyediakan Rancangan Tahunan

· Terima panggilan mesyuarat/bengkel dari PPD

· Hadir mesyuarat / Bengkel

· Mengadakan perbincangan utk memilih dan menyusun jadual awal dan akhir thn.

· Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun tema

· Memilih dan menyusun Hasil Pembelajaran berdasarkan KSPK

· Merancang cadangan aktiviti berdasarkan SP dan Tema

· Cetak dan bukukan, 1 salinan dihantar kpd PPD dan 1 salinan kepada Guru Besar

13
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

2) Menyediakan Rancangan Harian

· Menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan jadual waktu

· Merancang aktiviti dan teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan SP dan tema

· Membina BBM yang sesuai

· Menyediakan lembaran kerja

· Cetak dan failkan rancangan pelajaran harian

· Hantar Rancangan Pelajaran Harian (RPH) kpd GB untuk semakan dan pengesahan

3) Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah.

· Menjalankan set induksi

· Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yg telah dirancang

· Memberi latihan berdasarkan kemahiran yang diajar

· Menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap murid

· Membuat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

· Membuat refleksi

4) Membuat Penilaian Murid.

· Mengenalpasti murid yang hendak dinilai

· Memerhati perlakuan / tingkahlaku murid

· Menentukan jenis rekod

· Membuat catatan dan melengkapkan rekod

· Kemaskini rekod

· Simpan dalam fail peribadi murid

B. PENGURUSAN KOKURIKULUM

1) Merancang Takwin Tahunan

· Terima takwim sekolah, daerah dan negeri

· Membina takwim thnan Prasekolah selaras dgn takwim sekolah, daerah dan negeri

· Memurnikan takwim yang dibina

· Cetak dan pamerkan di papan kenyataan kelas

· Hantar salinan kepada Pengetua/Guru Besar, PPD dan JPN

· Melaksanakan aktiviti yang dirancang

· Membuat laporan aktiviti yang telah dilaksanakan dan hantar ke PPD

2) Pengurusan Sukan & Motivasi Murid

14
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

· Terima arahan dari PPD/GB/GPK Kokurikulum

· Hadir mesyuarat penetapan syarat dan peraturan pertandingan di peringkat PPD

· Mesyuarat penetapan syarat dan pertandingan di peringkat PPD

· Buat perlantikan jawatankuasa pelaksana

· Penyediaan murid-murid mengikut acara yang dipertandingkan

· Melaksanakan aktiviti yang dirancang

· Mesyuarat penambahbaikan

3) Merancang dan melaksanakan Aktiviti Rekreasi

· Menubuhkan jawatankuasa lawatan

· Merancang tempat dan tarikh lawatan

· Mendapatkan maklumat terperinci tentang tempat yang hendak dilawati

· Memohon kebenaran membuat lawatan dari JPN/PPD

· Memberi taklimat kepada ibu bapa

· Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga

· Menghantar surat makluman ke tempat lawatan

· Menguruskan pengangkutan

· Membuat lawatan

· Menyediakan laporan dan dokumentasi

C. PENGURUSAN MURID

1) Permohonan kemasukan murid ke kelas prasekolah

· Menerima surat arahan daripada PPD

· Mengiklankan pengambilan murid

· Memperbanyakkan dan mengedar borang permohonan

· Merekod borang permohonan yang dikembalikan

· Memproses borang permohonan selepas tamat tarikh tutup permohonan

· Menyerahkan borang permohonan kepada jawatankuasa pemilihan

· Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemilihan

· Menghantar surat jawapan kepada ibu bapa

· Hantar laporan kepada PPD

D. PENGURUSAN PRASARANA

1) Mewujudkan suasana kelas yang kondusif

15
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

· Menyenaraikan pusat pembelajaran yang perlu diwujudkan

· Menyediakan pelan lantai kelas prasekolah

· Membuat susun atur perabot dan peralatan di setiap pusat

· Melabelkan pusat-pusat pembelajaran

· Menyediakan risalah tentang peralatan dan fungsi setiap pusat pembelajaran

· Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan setiap pusat pembelajaran

2) Mewujudkan persekitaran pembelajaran luar bilik darjah yang selamat

· Menyenaraikan lokasi untuk P&P di luar kelas prasekolah

· Menetapkan lokasi setiap kawasan P&P yang dirancang

· Memastikan peralatan di kawasan luar kelas berfungsi dgn baik dan selamatdigunakan

· Melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbir

· Melabelkan semua peralatan

E. PENGURUSAN KEWANGAN

1) Membuat anggaran perbelanjaan peruntukan prasekolah

· Menyenaraikan semua barang keperluan

· Membuat nota minta

· Berbincang dengan GB

· Mengisi borang pesanan

· Terima barang dan rekod dalam buku stok

2) Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM Peruntukan Tahunan Prasekolah)

· Peruntukan berdasarkan takwim/program prasekolah

· Berbincang dengan Guru BesarMembuat pembentangan ABM dlm Mesyuarat Pengurusan


Prasekolah di peringkat sekolah

· Menyimpan salinan ABM, satu salinan di pejabat dan satu salinan di sekolah

3) Penyelenggaraan kelas prasekolah.

· Memeriksa peralatan di luar dan dalam kelas prasekolah dari semasa ke semasa

· Menyenaraikan peralatan yang rosak

· Menyediakan laporan kerosakan

· Hantar laporan kepada pihak pentadbir

· Simpan di dalam fail sebagai rekod

F. PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

16
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

1) Pembimbing Pembantu Pengurusan Murid

· Menerima senarai tugas PPM daripada GB

· Memberi penerangan tentang tugas dan tanggungjawab kepada PPM

· Membimbing PPM untuk melaksanakan tugasnya

· Memastikan PPM melaksanakan tugas dan menyemak laporan tugasan harian PPM

· Mengesahkan tugas yang telah dilakukan oleh PPM

2) Merancang Menu

· Menyenaraikan cadangan menu harian bersama PPM

· Menyusun jadual menu

· Menyediakan resepi menu yang dipilih sebagai rujukan PPM

· Serah resepi yang lengkap pada PPM

· Pamerkan menu di tempat yang sesuai

G. PENGURUSAN HUBUNGAN KOMUNITI

1) Menguruskan Hari Terbuka

· Merancang Hari Terbuka Prasekolah mengikut takwim sekolah

· Memberi arahan kepada PPM untuk menyediakan surat makluman kepada ibu bapa

· Berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan murid

· Menyerahkan buku rekod profil murid kepada ibu bapa untuk ditandatangani

· Simpan buku rekod profil yang dikembalikan oleh ibu bapa

H. BIDANG TUGAS UMUM

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa oleh Pengarah Pendidikan ,
Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Hulu Perak, Unit
Prasekolah dan Guru Besar dan semua penolong kanan.

4. PENYELARAS PSS

Senarai Tugas:
1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber
3. Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber, guru dan pelajar sekolah.
4. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum
sekolah.
5. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif,seimbang dan
kemaskini.

17
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

6. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat danperkhidmatan Pusat


Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
7. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
8. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan
dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
9. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
10. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
sumber.
11. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat
Sumber Sekolah.
12. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
13. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber sekolah
14. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber sekolah.
15. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
16. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
17. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber
Sekolah.
18. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan,pengurusan, program dan
aktiviti serta kewangan Pusat sumber sekolah.
19. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber
20. Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN
pada bulan Oktober setiap tahun.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

5. PENYELARAS PEPERIKSAAN DALAMAN.


Senarai Tugas:
1. Tugas & Tanggungjawab Setiausaha Peperiksaan Dalaman (PKSR)

2. Penyelaras Peperiksaan Ujian Bulanan, Pertengahan Tahun, Akhir Tahun


3. Bertanggungjawab :menyedia / memaklumkan jadual waktu peperiksaan
4. membuat susunan penyedia/pemeriksa berkaitan
5. Menentukan tarikh pemeriksaan, lembaran markah, rekod prestasi dan LAB
6. Membeli/menyimpan/mengeluarkan alatan peperiksaan
7. Menyampaikan maklumat penting peperiksaan kepada murid-murid/penjaga
8. Menjalankan tugas tambahan dari semasa ke semasa yang diarahkan oleh Guru Besar
9. Bertanggungjawab menganalisa dan menyerahkan keputusan peperiksaan kepada PK
Pentadbiran.

6. PENYELARAS PEPERIKSAAN AWAM (UPSR)

Senarai Tugas :

1. menyedia / memaklumkan jadual waktu peperiksaan kepada calon

18
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

2. membuat susunan penyedia/pengawas/pemeriksa berkaitan Tahun 6


3. menentukan tarikh pemeriksaan kertas jawapan, lembaran markah, rekod prestasi dan profil
Tahun 6
4. Membeli/menyimpan/mengeluarkan alatan peperiksaan
5. Menyampaikan maklumat penting peperiksaan kepada calon/penjaga
6. Menjalankan tugas tambahan dari semasa ke semasa yang diarahkan oleh Guru Besar
7. Bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat berkaitan calon pindah pusat
8. Bertanggungjawab dalam urusan Ujian Lisan/PEKA/PAFA
9. Bertanggungjawab menganalisa dan menyerahkan keputusan peperiksaan kepada calon
10. Menyimpan maklumat berkaitan peperiksaan UPSR :

10.1 nama/angka giliran/mata pelajaran

10.2 lain-lain berkaitan borang kemasukan calon

7. PENYELARAS ICT/BESTARI

Senarai Tugas:

1. Pengajaran dan Pembelajaran


- Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan ICT di sekolah.

2. Pengurusan ICT Sekolah

- Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam


pengajaran dengan kerjasama Guru Cemerlang di sekolah.
- Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata
pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan
pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata
pelajaran untuk menyelaras pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di
sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan
pembelajaran.
- Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel bagi warga
sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran
sekolah.
- Merancang, menyelaras dan mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan
(corrective dan preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi
pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal yang
mungkin timbul dari semasa ke semasa
- Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosi penyaluran
maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data
yang berkaitan dengan teknologi di sekolah.

3. Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah

3.1 Pentadbir, Guru dan Staf


1. Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi guru
menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam mengintegrasi ICT dalam P&P

19
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

2. Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi staf
menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam aktiviti pengurusan dan
pentadbiran.
3. Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai pakar rujuk
berkaitan teknologi pendidikan.untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan
pentadbiran.
4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan dan bimbingan untuk
guru meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran murid dengan
mengintegrasikan ICT melalui pengajaran dan pembelajaran.
5. Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan pengajaran
dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai platform, seperti laman
web, pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wiki, laman perkongsian video dan
lain-lain untuk membantu guru mengintegrasi ICT dalam P&P
6. Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan P&P berasaskan ICT dan memberi
khidmat kepakaran dalam mengaplikasi penggunaan teknologi yang bersesuaian
untuk proses P&P bagi mata pelajaran tertentu.
7. Mengurus dan melestarikan kolaborasi di antara murid dan guru di dalam program
pengantarabangsaan sekolah melibatkan P&P.

3.2 Murid
1. Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi mengalakkan murid untuk
membaca, melihat, mendengar dan bertindak balas dalam persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan melalui ICT.
2. Merancang, memantau dan melaksana program bagi mendidik dan membimbing
murid mengenai integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data
dalam penggunaan ICT di sekolah.
3. Merancang, memantau dan melaksana program bagi melatih kemahiran ICT
tambahan kepada murid Briged Bestari secara berterusan.
4. Merancang, memantau dan melaksana program bagi memupuk kemahiran
pembelajaran abad ke-21 supaya murid dapat membina kemahiran, ilmu dan
sahsiah yang positif ke arah penggunaan teknologi dalam pembelajaran sepanjang
hayat agar mampu bersaing di peringkat antara bangsa.
5. Merancang memantau dan melaksana program bagi memupuk pembelajaran secara
kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri menggunakan ICT sebagai
pengupaya supaya murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
sendiri.
6. Merancang, memantau dan melaksana program bagi membimbing murid
mengakses maklumat melalui pembelajaran ubiquitous (belajar di mana-mana dan
pada bila-bila masa) bagi tujuan melatih untuk mengumpul, memproses dan
menghasilkan laporan terhadap maklumat tersebut.
7. Merancang, memantau dan melaksana program bagi Membimbing murid
berkolaborasi bersama guru, rakan sekolah ataupun di luar negara menggunakan
teknologi komunikasi dan media.
8. Merancang, memantau dan melaksana program Membimbing murid menggunakan
sumber teknologi yang sedia ada di sekolah untuk tujuan merancang strategi
penyelesaian masalah dalam pembelajaran mereka.

4. Pengurusan Penarafan Sekolah Melalui Smart School Qualification Standards (SSQS)

20
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

1. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.


2. Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang
berkenaan.
3. Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program peningkatan budaya
ICT di sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa.

5. Am

1. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian Sekolah


kepada pihak yang berkenaan.
2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa
ke semasa.

8. PENYELARAS LADAP.

Senarai Tugas:

Merancang, mengurus dan melaksana perkara-perkara berikut :

1. Penyediaan surat rasmi Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD.
2. Kajian keperluan kursus di kalangan PPP di peringkat sekolah.
3. Maklumat Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD dan menyebarluaskan
maklumat kepada PPP di sekolah.
4. Mencadangkan kursus berasaskan keperluan sekolah kepada JPN.
5. Peruntukan kewangan dan perbelanjaan yang disalurkan melalui JPN.
6. Pelaporan prestasi perbelanjaan kepada pihak PPD / Bahagian Iktisas setiap
hujung bulan.
8. Penyediaan maklumat kursus/latihan/bengkel yang diadakan diperingkat
sekolah.
9. Fail LDP dan mengemaskini dari semasa ke semasa.
10. Kad Pelapor Latihan.
11. Pengemaskini maklumat/data PPP berkaitan LDP di sekolah, di dalam
pangkalan data dan setiap kali kursus dijalankan dan dihantar ke PPD apabila
diminta.
12. Mengadakan mesyuarat JK LDP peringkat sekolah.
13. Menghadiri mesyuarat JK LDP peringkat PPD/JPN sekiranya dipanggil.
14. Mencadangkan keperluan dan kepentingan kursus untuk PPP di sekolah.
15. Merancang dan melaksanakan kursus dalaman (in house training) di peringkat
sekolah.
16. Melaksanakan hari professional peringkat sekolah.
17. Meyimpan borang permohonan berkaitan dengan kursus dan latihan dari BPG
KPM dan bahagian-bahagian lain.
18. Memberikan kerjasama kepada unit LDP JPN/PPD berhubung dengan program
LDP sekiranya diminta.
19. Menyediakan pelaporan LDP dan cadangan penambahbaikan.
20. Merekod semua aktiviti ladap dalam sistem e-SPLG.

21
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

9. PENYELARAS MBMMBI

Senarai Tugas:
1. Memastikan Pengurusan Fail dan dokumentasi lengkap dan tersusun.
2. Memantau dan memastikan persekitaran sekolah dari segi perlabelan, papan
tanda dan penunjuk arah memenuhi aras dan dasar MBMMBI.
3. Memastikan kewujudan persekitaran kondusif untuk membantu peningkatan
bahasa seperti ruang bahasa,sudut bahasa di kelas, papan kenyataan dan
sebagainya.
4. Menyimpan dan merekod bahan P&P MBMMB.

10. PENYELARAS PROGRAM TRANSISI.

Senarai Tugas:
1. Merancang dan melaksanakan Program Transisi
2. Menyusun dan menyediakan bahan P&P yang bersesuaian
3. Menyedia dan menceriakan bilik darjah Tahun 1
4. Memastikan Program Transisi berjalan dengan lancer
5. Menyediakan laporan bergambar Program Transisi.

11. PENYELARAS PEMULIHAN KHAS

Senarai Tugas:
A. Senarai tugas
1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang
terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada
murid-murid tahun 1, 2 dan 3.
2) Membantu guru-guru asas dalam hal-hal:
a. Mengenal pasti muri-murid lemah yang memerlukan pengajaran
pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas
b. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan
pemulihan.
c. Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan
d. Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan
memerlukan.
3) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai
kebajikan atau pihak lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang latar belakang dan biodata murid yang belum menguasai
kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program
pemulihan khas.
4) Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid
kelas pemulihan khas dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang
murid, laporan kesihatan, hasil temu bual dan rujukan.
5) Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
6) Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-
guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
mengenai teknik-teknik pengajaran pemulihan serta bahan-bahannya
sekiranya keadaan mengizinkan.

22
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

7) Lain-lain tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.


B. Jadual Waktu
1) Guru Pemulihan Khas dikehendaki mempunyai agihan masa seperti
berikut:
· Masa untuk mengajar – 990 minit
· Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit
(dimasukkan ke dalam Jadul Waktu)
· Masa luang (free period) sama seperti yang diberi
kepada guru-guru lain di sekolah yang berkenaan.
2) Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit
seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah
digunakan untuk:
· Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga
murid
· Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran
· mengemas kini rekod-rekod
· Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid
· Runding cara dengan guru kelas atau guru mata
pelajaran tentang perkembangan murid di kelas
biasa
· Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan
mutu pencapaian murid
· Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran
· Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan
pencapaian kemahiran murid.

12. PENYELARAS KBAT/i-THINK

Senarai Tugas:

Peranan penyelaras ithink/KBAT :

1) Menyediakan Keutamaan yang akan dibuat pada tahun berikutnya.


2) Menyediakan Takwim Tahunan i-Think Masuk ke kelas yang diajar
guru dan merakam video pdp Menyediakan soalan dan laporan dari
sekolah untuk sesi dialog.
3) Menyediakan edaran,Buat Broser, beri taklimat, menyediakan
Makmal i- Think.
4) Sediakan Nota Pengenalan i-Think, ! peta pemikiran.
5) Menyediakan Booth i-Think untuk setiap aktiviti besar sekolah.
6) Memilih peserta kursus yang diminta BPK,KPM,
7) Menyediakan Nota, Borang Kehadiran sebelum kursus
Menyediakan Nota edaran, Power Point, Borang Penilaian Kursus,
Borang Kehadiran jika dibuat di sekolah.

23
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

8) Menyediakan Borang Kehadiran Kursus, Menguruskan Makanan


peserta kursus jika dibuat di sekolah.
9) Menggunakan Modul Panduan i-Think yang diberikan BPK, KPM.
10) Taklimat ! peta pemikiran dari segi pengenalan, fungsi dan cara
penyediaan peta pemikiran tersebut.
11) Membuat laporan bertaip berpandukan format yang diberikan oleh
penyelaras.
12) Kursus, Perancangan ( tahun Meminta & contoh laporan dari
sekolah lain.
13) Membuat artikel berdasarkan situasi di sekolah.
14) Melihat dan mengamati isi kandung dan membuat
rumusanMembuat perancangan, penggambaran dan peta alir.
15) Membuat latihanMenyediakan bahan yang perlu dibawa semasa
outstation.
16) Mengumpulkan semua perkara yang diminta dari berbagai sumber)
fail sedia ada, gambar dari album digital, blog sekolah
17) Menyediakan perkara yang diminta dan melengkapkan fail jika
diminta PPD, JPN,KPM, jemaah Nazir, IPG dan sebagainya.
18) Melaksanakan Bengkel Pemantapan Pembudayaan KBAT dalam
kalangan semua guru.
19) Melaksanakan Bengkel Pembudayaan KBAT kepada semua guru·
20) Melaksanakan Bengkel Pembudayaan KBAT dalam kalangan pelajar
.
21) Menyebarluaskan elemen-elemen KBAT dan mendokumentasikan
bahan KBAT kepada warga sekolah.
22) Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berteraskan
elemen KBAT kepada warga sekolah.
23) Menyediakan Laporan untuk tujuan pendokumentasian dan
penambahbaikan

13. PENYELARAS PBD

Senarai Tugas:

1) Menentukan sama ada perlu ada peperiksaan /ujian atau tidak


2) Menetapkan kekerapan pelaporan formatif dan sumatif bagi Pentaksiran
Sekolah
3) Menetapkan tempoh penyimpanan eviden bahan Pentaksiran Sekolah
4) Menetapkan kaedah menyimpan dan mengakses fail
5) Menetapkan kaedah dan menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan
PBD kepada ibu bapa (simpan bukti dalam fail)
6) Merancang aspek pementoran, penyelarasan, pemantauan (kekerapan,
personel yang terlibat, jadual)
7) Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBD di sekolah
8) Menyedia dan melengkapkan fail induk PBD.

24
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

14. PENYELARAS j-QAF.

Senarai Tugas:

1. Memastikan Model & Modul Program j-QAF dilaksanakan


2. Merancangkan aktiviti sepanjang tahun Program j-QAF
3. Bekerjasama dengan semua AJK persatuan
4. Memastikan pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang
5. Mengurus e-Pelaporan Bersepadu
6. Menyediakan laporan kewangan dan dokumentasi aktiviti
7. Membentuk jawatankuasa pelaksana Program j-QAF
8. Melaksanakan arahan daripada pihak pentadbir dari semasa ke semasa

15. PENYELARAS JADUAL WAKTU

Senarai Tugas:
1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru
2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran, pengagihan
mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai
3. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada semua guru dan Guru Besar

16. KETUA PANITIA

Tugas & Tanggungjawab Ketua Panitia


1. Merancang program dan aktiviti panitia
2. Mengambil langkah-langkah melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang
3. Mempengerusikan mesyuarat panita
4. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf
5. Mempertingkatkan mutu pemeriksaan dan pelaporan mata pelajaran
6. Mencadangkan dan melaksanakan projek-projek panitia semasa ke semasa
7. Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan pegawai-pegawai mata pelajaran di
bahagian-bahagian lain di PPD, JPN dan KPM
8. Menyediakan laporan mata pelajaran
9. Menilai keberkesanan program dan akitiviti yang dilaksanakan
10. Menilai prestasi tahunan panitia
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar

17. GURU MATAPELAJARAN


SENARAI TUGAS:

1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan


kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan setiap minggu
2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan mata pelajaran yang berkenaan
3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang
harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus
dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan

25
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan
pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan
buku latihan murid kepada guru besar/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.

26
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

UNIT HAL
EHWAL
MURID
(HEM)

18. SENARAI TUGAS JK HAL EHWAL MURID (HEM)

18.1 SETIAUSAHA HAL EHWAL MURID:


SENARAI TUGAS:

1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

27
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang
4. menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan
sebagainya.
5. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
6. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi
pelajar-pelajar baru.

TUGAS-TUGAS KETUA SUB-UNIT DALAM UNIT HEM

1. Merancang,membincang dan memutuskan dasar-dasar yang perlu dilaksanakan


oleh unit-unit di bawah Hal Ehwal Murid.

2. Membincangkan keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan oleh unit-unit


HEM.

3. Membuat pemantauan terhadap program-progam yang telah dilaksanakan.

4. Membincangkan dan melaksanakan dasar-dasar atau arahan-arahan terbaru


yang perlu dilaksanakan daripada pihak atasan berhubung dengan Hal Ehwal
Murid.

5. Bertindak sebagai “jambatan” penyelesaian masalah di antara unit-unit HEM


dengan pihak pengurusan sekolah berhubung permasalahan yang mungkin
timbul.

6. Menentukan kelicinan perjalanan semua peringkat pengurusan melalui sistem


penyelarasan
dan penyeliaan yang berkesan serta menjalankan usaha-usaha untuk
mempertingkatkan prestasi pengurusan dan pentadbiran dengan merancang dan
melaksanakan kaedah yang baik dan sesuai untuk sub-unit.

7. Menjadi AJK Jawatankuasa Induk Hal-Ehwal Murid.

8. Menyediakan laporan dan perancangan strategik bagi sub-unit setiap tahun.

9. Menghadiri mesyuarat, taklimat atau sebarang kursus yang dianjurkan oleh


Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah atau badan-badan
lain mengenai hal- hal sub –unit masing-masing.

10. Menguruskan dan mengemaskini buku stok sub-unit sekiranya ada.

11. Mengenalpasti dan mencadangkan mana-mana pelajar yang terpilih untuk


menghadiri sesuatu kursus / aktiviti seperti yang dikehendaki oleh jabatan pelajaran.

12. Menguruskan penglibatan pelajar dalam sebarang kegiatan di luar sekolah.

13. Menghantar dan menjemput murid-murid yang terlibat dalam sebarang kursus /
aktiviti dan seterusnya menghantar balik ke rumah.

14. Memastikan kebenaran penjaga murid diperolehi sebelum membenarkan murid


pergi menjalani kegiatan luar / berkursus.

28
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

15. Sentiasa bersedia melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.

19. UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING.

1. SENARAI TUGAS :
Khidmat Unit Bimbingan Dan Kaunseling meliputi semua aspek bimbingan iaitu :-
1.1 Bimbingan murid.
1.2 Bimbingan kerjaya.
1.3 Bimbingan sosial.
1.4 Bimbingan sahsiah.
1.5 Bimbingan psikologi.
1.6 Bimbingan pencegahan dadah / AIDS.

2. Mengelolakan program orientasi.


3. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
4. Mengelolakan dan mengurus Unit Bimbingan Dan Kaunseling secara berkesan.
5. Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas , temujanji dan aktiviti
Unit Bimbingan dan Kaunseling.
6. Menyelaras hubungan dengan jabatan / agensi luar untuk mendapatkan khidmat
nasihat.
7. Menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas mengenai budaya sekolah.
8. Menjalankan soal selidik mengesan potensi , minat dan sahsiah murid.
9. Mengadakan program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah (risiko tinggi).
10. Mengemaskini bilik kaunseling .
11. Menyediakan borang-borang yang diperlukan dalam bimbingan dan kaunseling.
13. Mengadakan program khas pencegahan dadah/AIDS.
14. Membuat laporan sebagai kes rujukan jika diperlukan.

20. UNIT LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

SENARAI TUGAS :

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah


berpandukan Pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkan peraturan
sekolah.

3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan


oleh pengawas.

4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan


- kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan
sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
9/1975.

Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil


mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai
disiplin .

29
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

5 Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan


disiplin dalam semua majlis sekolah.

6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.

7. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip Rukun


Negara.

8. Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan


yang sewajarnya.

9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan : “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya


peraturan sekolah menjadi satu budaya.

10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

11. Menjalankan rondaan dengan bantuan guru bertugas harian untuk mengesan
murid yang ponteng dan melanggar disiplin.

12. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian /
Jabatan Pendidikan / PPD (sistem online SSDM setiap hari Jumaat).

13. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan


penghayatan disiplin murid.

14 Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibu bapa dalam menangani masalah


disiplin.

21. SETIAUSAHA LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

SENARAI TUGAS:

Setiausaha Lembaga Disiplin

1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.


2. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua
guru.
3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di
perhimpunan sekolah.
4. Menyediakan laporan tahunan Lembaga Disiplin Sekolah

22. UNIT PENGAWAS SEKOLAH.

SENARAI TUGAS:

1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.

30
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

2. Menjadi guru penasihat kepada Badan Pengawas Sekolah.


3. Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada PK HEM.
4. Mengadakan mesyuarat untuk memilih ketua murid,penolong ketua murid serta
pengawas sekolah.
5. Mengadakan Majlis Pelantikan dan Bacaan Ikrar.
6. Menyusun jadual tugasan pengawas pada waktu pagi,rehat dan pulang.
7. Mengadakan perbincangan dengan pengawas dari semasa ke semasa serta
membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan
sekolah.
8. Menyelia dan mengemaskini buku laporan.
9. Mengadakan aktiviti daya peningkatan dan kepimpinan pengawas/motivasi.
10. Mempunyai kuasa menggantung atau memecat perkhidmatann pengawas yang gagal
berkhidmat dengan baik.
11. Memanggil dan menasihat murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin
atau peraturan sekolah.
12. Merekod dan menyimpan data salahlaku disiplin.
13. Menyedia dan mengedar peraturan-peraturan sekolah serta memastikan
peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi..
14. Menentukan peraturan sekolah dipatuhi setiap waktu.
15. Memastikan penerapan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
16. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku murid.
17. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan
ibubapa/penjaga dalam Menangani masalah disiplin.perjumpaan dengan
penjaga murid.
18. Menjalankan sport-check dari semasa ke semasa.
19. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
20 .Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan
sekolah dikalangan murid dan guru.
21. Menyediakan sijil Pelantikan dan Penghargaan kepada pengawas.
22. Menyediakan laporan tahunan ‘Unit Pengawas Sekolah’.
23. Melaksanakan arahan Guru Besar,Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

23. APDM, SARANA & PENDAFTARAN MURID

SENARAI TUGAS :

A) DATA

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa APDM & Pendaftaran 2 kali setahun.


2. Mengedarkan BMM ( Borang Maklumat Murid ) kepada semua murid.
3. Menyelaras tugas mengumpul data dan maklumat murid.
4. Memastikan laporan maklumat murid di hantar mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.
5. Menyedia dan menyemak input data peribadi murid oleh guru kelas dalam
sistem maklumat murid.
6. Memastikan data dan maklumat sahih,lengkap,tepat dan kemaskini tanpa
kekeliruan dengan bantuan dan kerjasama guru kelas.
7. Menggabungkan semua data maklumat sekolah dan menghantar SMM terkini
kepada PPD/JPN pada masa yang ditetapkan ( Jan dan Jun) – 2 kali setahun.

31
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

8. Memastikan rekod murid masuk dan keluar dikemaskini dengan bantuan guru
kelas atau merujuk surat-surat peraturan dan kemasukan di pejabat.
9. Mengemaskini data SSDM dan menghantar laporan 3 kali setahun ke Unit
HEM. PPD :- Januari – April / Mei – Ogos & September –Oktober.
10. Menghadiri taklimat dan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk
mendapatkan maklumbalas SMM terkini..
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.

B) PENDAFTARAN MURID

1. Menguruskan pendaftaran murid ke Tahun 1 bagi tahun semasa dan


tahun-tahun berikutnya.
2. Mendaftarkan murid-murid baru ke dalam buku pendaftaran dengan
bantuan guru- guru kelas.
3. Memastikan kerja-kerja pendaftaran dilaksanakan dengan sempurna
terutama murid-murid Tahun 1.
4. Mengemaskini buku pendaftaran dari semasa ke semasa.
5. Menguruskan kemasukan dan pertukaran murid dengan cara memproses
borang pertukaran,dokumen-dokumen,sijil-sijil,rekod-rekod pencapaian
dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan murid tersebut.
6. Menyelaras tugas mengumpul data dan maklumat murid.
7. Menghantar laporan pergerakan kemasukan dan keluar murid kepada
Guru Data dan Maklumat (GDM) setiap bulan untuk dikemaskini dalam
Sistem Maklumat Murid (SMM).

8. Mengurus dan memastikan murid-murid Tahun 6 di tempatkan di


sekolah menengah yang dicadangkan .
9. Memproses penempatan murid ke Tingkatan 1 bagi murid-murid Tahun
6.
10. Membantu guru Tahun 6 menguruskan dokumen,sijil,slip peperiksaan
bagi murid yang akan di tempatkan ke sekolah menengah.
11. Menguruskan kes-kes rayuan penempatan ke sekolah menengah.

C) APDM (APLIKASI PENGKALAN DATA MURID)

1. Mengenalpasti penggunaan aplikasi APDM melalui taklimat JPN.


2. Mengedarkan borang maklumat murid kepada semua murid melalui guru
kelas.
3. Data murid dikemaskinikan berdasarkan borang maklumat murid yang telah
diisi.
4. Mengisi data murid tahun 1 yang terkini.
5. Menjalankan proses semakan ralat dan membuat salinan soft copy (verifikasi
data SMM)
6. Membuat salinan untuk dimasukkan ke dalam fail untuk rujukan.

32
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

7. Guru kelas wajib mengemaskini maklumat murid setiap hujung bulan


persekolahan .

D) SARANA IBUBAPA / DATA PIBK

1. Mengisi dan Menghantar laporan ESARANA ke PPD 2 kali setahun .

2. Mengemaskini data esarana dengan lengkap.

3. Menyedia dan mengemaskini fail esarana dengan lengkap.

24. UNIT KANTIN SEKOLAH.

SENARAI TUGAS :
1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan
pekelilingKementerian Pelajaran/Kesihatan.
2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut
syarat perjanjian.
3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-
syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
4. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal , makanan yang
menggunakan lemak binatang dan sebagainya.
5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih
dan selamatserta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
6. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan
ceria.
7. Bertanggungjawab bagi menyelia pengurusan dan perjalanan kantin di
sekolah supaya berjalan dengan sempurna.
8. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan
dan memiliki kad kesihatan yang sah.
9. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah
dihubungi.
10. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai
apron,tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling
Kementerian Kesihatan.
11. Memaklumkan kepada pengusaha kantin hari-hari persekolahan dan hari
cuti.
12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / disimpan dalam
bekas yang bertutup.
14. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,
selamat dan sesuai.
15. Menyediakan peraturan di kantin dan dipaparkan untuk diikuti oleh murid-
murid.
16. Memastikan murid-murid membeli mengikut peraturan yang ditetapkan.
17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
18. Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.

33
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

19. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM
tentang prestasi kantin. (Laporan Kendiri ) untuk di hantar kepada PPD
20. setiap awal bulan untuk prestasi bulan lepas.
21. Melaporkan kepada Guru Besar apa-apa yang berbangkit mengenai urusan
kantin.
22. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 4 kali setahun dan
perbincangan semasa ke semasa.
23. Laporan bulanan secara online.

25. UNIT RMT SEKOLAH.

SENARAI TUGAS:

1. Memilih dan menentukan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT.


2. Mencari pengganti jika ada murid yang menolak RMT.
3. Merekod,mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang
layak menerima bantuan di bawah RMT.
4. Menyediakan giliran guru bertugas kepada guru-guru RMT untuk
mengawasi murid- murid di bawah RMT serta menyedia dan menyelaras
hidangan makanan oleh pembekal setiap hari.
5. Memantau pelaksanaan RMT agar program berjalan mengikut
perancangan yang teratur dan tersusun.
6. Memilih dan menyediakan senarai nama murid ganti sekiranya murid
yang menerima RMT tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu.
7. Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin untuk
menyediakan makanan kepada bilangan murid yang layak
menerima RMT sepanjang tahun.
8. Memastikan pengusaha kantin mematuhi kehendak menu serta
syarat menjaga kebersihan dan kesegaran makanan murid.
9. Mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan pengusaha
kantin bagi menentukan urusan yang lebih baik.
10. Menerima dan menganalisa segala aduan berhubung dengan makanan
atau minuman daripada murid-murid .
11. Antara tugas penting penyeliaan guru bertugas ialah :-
a) Mengawasi murid supaya makan sebelum sesi persekolahan bermula setiap
pagi.
b) Memastikan kehadiran murid mencukupi bilangan ,
bertanggungjawab mencari pengganti jika ada yang tidak hadir.
c) Memastikan hidangan makanan yang dibekalkan mencukupi dan
mengikut menu yang telah ditetapkan.
d) Memastikan makanan yang disediakan sentiasa bersih.
e) Sentiasa bersedia dan bertindak segera dalam menghadapi
kemungkinan- kemugkinan berlaku ( contoh keracunan
makanan )
f) Membuat catatan harian dalam buku laporan RMT.
g) Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun persekolahan.

34
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

26. UNIT SPBT/ BILIK BOSS


SENARAI TUGAS:

1. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks:-

1.1 Mesyuarat diadakan 2 kali iaitu di awal dan akhir tahun.


1.2 Pembahagian tugas
1.3 Taklimat untuk guru kelas
1.4 Pembahagian tugas pentadbiran

1.4.1 Buku stok ( ikut darjah )


1.4.2 Pengedaran dan pengumpulan
1.4.3 Buku rosak dan hilang
1.4.4 Menubuhkan pasukan petugas SPBT dikalangan murid.

2. Borang Permohonan SPBT


2.1 Mengedarkan borang kepada setiap murid.
2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru kelas dan diberi kepada Guru
SPBT.

3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT


Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar
/ Penolong Kanan HEM bagi menentukan murid yang layak
mendapat bantuan bagi tahun semasa.

4. Keputusan Permohanan Murid


Mengedarkan senarai nama murid yang layak dan gagal kepada guru
kelas.

5. Membuat Pesanan Buku


5.1 Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks
5.2 Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun jika perlu
5.3 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya
5.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.

6. Pengedaran

6.1 Mengedarkan mengikut kelas.


6.2 Menentukan tarikh pengedaran.
6.3 Mengesan kelancaran pengedaran.
6.4 Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk.
6.5 Mengedarkan buku kepada murid-murid yang baru masuk.
6.6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang bertukar.
6.7 Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman
kepada murid yang layak.
6.8 Memastikan semua guru telah melengkapkan borang pinjaman
SPBT/borang G mengikut jadual.

35
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

7. Pengurusan Rekod dan Dokumen

7.1 Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.


7.2 Rekod buku stok yang kemaskini ( ikut kelas )
7.3 Senarai tugas guru – pengedaran / pengumpulan
7.4 Menyimpan rekod buku , hapus kira , rosak dan hilang.

8. Pegurusan Keselamatan Buku

8.1 Memastikan ada bilik khas SPBT.


8.2 Mengurus bilik SPBT.
8.3 Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT
8.4 Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.
8.5 Memastikan murid membalut buku teks dengan pembalut plastik.

9. Pengurusan Buku Teks

9.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.


9.2 menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / tahun.
9.3 Melapor kepada Guru Besar /Penolong Kanan HEM tentang proses
pemulangan.
9.4 Peratus rosak / hilang.
9.5 Guru Bertugas.
9.6 Hapus kira.
9.7 Kekurangan / lebihan.

10. Pengurusan Stok dan Inventori

10.1 Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan.
10.2 Meyimpan invois .bil dan pengesahan.
10.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan
selamat.
10.4 Mengemaskini invonteri SPBT.
10.5 Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.

11. Cadangan Buku Bacaan Tambahan

11.1 Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia.


11.2 Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.
11.3 Memaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM.

12. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap kelas untuk diedarkan kepada
murid yang tidak mendapat buku teks ( jika berlebihan ).

13. Mengadakan buku stok SPBT dan mengemaskinikannya.

36
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

14. Menerima dengan teliti buku-buku SPBT dari pembekal.

15. Memproses borang SPBT.

16. Agihkan buku SPBT serta mempastikan ianya disampul dengan baik dan kemas.

17. Memastikan keselamatan buku-buku SPBT.


18. Merancang proses menghapuskira buku SPBT.

19. Merekod pengeluaran buku-buku yang dihapuskira di dalam buku stok

20. Menjawab segala surat-surat yang berkaitan dengan SPBT.

27. UNIT BANTUAN / KEBAJIKAN TPSM

SENARAI TUGAS:
Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapatkan bantuan
berdasarkan keutamaan dan keperluan.
1. Merancang program untuk mengutip sumbangan disamping
meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan.
2. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini
dan disahkan oleh Guru Besar.
4 . Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar
5. Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar
murid-murid lebih berminat untuk menabung.
6. Menguruskan simpanan murid dengan pihak berkenaan berjalan
dengan licin dan dan sempurna.
7. Merancang lain-lain aktiviti yang difikirkan berfaedah kepada kebajikan murid.
8. Mengurus hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khas seperti :-
a. Pelajar miskin.
b. Kemalangan.
c. Rawatan berterusan (penyakit kronik).
d. Kematian.
e. Kecemasan / bencana.
9. Menyimpan segala rekod dan maklumat murud yang mendapat bantuan.
10. Menghubungi Guru Besar jika terdapat sebarang kerumitan.

28. 3K (INDUK)

37
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

SENARAI TUGAS:

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K Peringkat Sekolah 2 kali setahun .


2. Merancang dan mengemaskini Program 3K Peringkat Sekolah.
3. Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K.
4. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk
menyokong pelaksanaan Program 3K.
5. Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K Peringkat Sekolah.
6. LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut tempoh 1: 3 : 7 kepada Pejabat
Pelajaran Daerah / Gabungan ( 1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap,
7 hari kes dianggap selesai )
a. Penggredan Kendiri Kantin Sekolah.
b. Senarai Semak Keselamatan Sekolah.
c. Gotong-Royong Perdana KPM.
d. Penyelenggaraan Tandas Sekolah.

29. UNIT KEBERSIHAN & KECERIAAN.


SENARAI TUGAS :
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan.
1.1 Menentukan program pembangunan kebersihan murid
dilaksanakan di- sekolah.
1.2 Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan
agensi- agensi yang berkaitan.
1.3 Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk
kesejahteraan
murid- murid di sekolah.
1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam
Pendidikan Kebersihan.
1.5 Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah.
1.6 Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan
kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian
/ kontrak seperti syarikat pembersihan ,pengusaha kantin
sekolah, pembekal makanan RMT dan pembekal susu sekolah.

2 . Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan


pengurusan kebersihan murid.
3 . Melaksanakan pemeriksaan ,pemantauan serta penilaian
kebersihan murid dan sekolah.
3.1 Mewujudkan serta melaksanakan manual
penjagaan kebersihan murid dan program
kebersihan sekolah.
3.2 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan.

4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menangani kes-kes


seperti banjir, jerebu,keracunan makanan dan lain-lain.

38
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang yang


berkaitan program kebersihan.
6. Menyediakan dan membuat laporan berkala.

7. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan


dan keceriaan sekolah dari semasa ke semasa.

30. UNIT KESIHATAN.

SENARAI TUGAS:
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan
Murid.
1.1 Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan
perkembangan fizikal,psikososial dan kerohanian murid.
1.2 Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan di sekolah.
1.3 Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat
Kesihatan serta agensi-agensi lain.
1.4 Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Sekolah.
1.5 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah.
1.6 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh,sistematik dan efisen.
1.7 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan
bersesuaian dengan keperluan murid dan situasi setempat.
2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan
kesihatan murid di sekolah.
3. Membuat pemantauan Pelaksanaan Kesihatan Murid dan Program Kesihatan Sekolah.
4. Mengenalpasti dan merekod murid-murid yang mempunyai masalah
kesihatan seperti sawan, jantung,lelah,asma dan penyakit yang mudarat.
5. Mengurus dan memastikan bilik rawatan digunakan sebaik mungkin.
6. Peti ubat disediakan dan dilengkapkan.
7. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
8. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas.
9. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama guru kelas.
10. Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.
11. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.
12 .Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti
ceramah,pameran, tayangan dan lain-lain.
13. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala.
14. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.
15. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.
16. Peka kepada isu-isu kesihatan semasa dan memaklumkan kepada murid-
murid tentang langkah-langkah mencegah penyakit/wabak dari semasa ke
semasa.

31. UNIT KESELAMATAN & BENCANA


SENARAI TUGAS:
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah.
1.1 Menyediakan polisi,manual dan tatacara tindakan berkaitan

39
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

keselamatan di- sekolah.


1.2 Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi menghadapi krisis dan
bencana alam.
1.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan
sekolah..
1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga
dalam Pendidikan Keselamatan.
1.5 Menentukan warga sekolah didedahkan dengan
kemahiran menghadapi kecemasan.
1.6 Bekerjasama dengan komuniti,agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang berkaitan.
2. Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Konsep Sekolah Selamat.
3. Melaksanakan pemantauan,penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan
sekolah.
4. Bertanggungjawab ke atas dan melaksanakan ciri-ciri keselamatan di kawasan
sekolah seperti pemeriksaan berskala alat pemadam api, peralatan elektrik, pili
pemadam api,laluan keselamatan dan lain-lain.
5. Merancang dan melaksanakan latihan kebakaran dua kali setahun.
6. Bertanggungjawab menggubal dan mempamerkan Peraturan dan
Pelan Latihan Kebakaran/Kecemasan di papan kenyataan dan bilik
darjah.
7. Merancang serta mengadakan aktiviti-aktiviti yang menuju ke arah
keselamatan dan kesejahteraan murid seperti ceramah,taklimat dan
sebagainya.
8. Menyediakan ‘borang pelawat’ dan memastikan pengawal pondok keselamatan
hanya membenarkan mereka masuk ke kawasan sekolah selepas mendaftar nama
di pondok pengawal keselamatan.
9. Memastikan murid-murid tidak dibenarkan berehat, makan dan minum
dalam
pondok pengawal keselamatan.
10. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar /
insurans. 11.Memastikan sistem lalulintas di kawasan sekolah dan
persekitaran selamat. 12.Meletakkan tanda amaran “BAHAYA” di
tempat-tempat yang merbahaya.
13. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.
14. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan
sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.
15. Menentukan semua polisi,manual dan tatacara mengikut piawaian yang
ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.

32. UNIT ADUAN SEKOLAH /e-PIDP

SENARAI TUGAS:

1. Menerima aduan dari ibubapa dan penjaga mengenai salah laku murid di
sekolah.
2. Setelah menerima aduan,dalam tempoh masa 3 hari,guru aduan perlu
membuat siasatan tentang kes yang diterima daripada ibubapa ataupun
penjaga.

3. Merekod sebarang aduan dalam borang aduan secara padat,jelas dan


ringkas dan perlu ada saksi. (hendaklah mengikut format yang ditetapkan
oleh S.

40
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

4. Sebarang kes seperti curi,rompak,rogol,buli dan lain-lain perlu buat laporan


dan ambil tindakan dengan segera.

5. Kes jenayah,guru aduan perlu buat laporan ke PPD dengan segera sama
ada melalui telefon,sms atau whatssap. Pihak PPD akan berurusan dengan
pihak polis.

6. Guru Aduan perlu memastikan sebarang kes tidak masuk ke dalam surat
khabar. Guru Aduan perlu menangani kes secara adil dan berfikiran positif.

7. Serahkan laporan kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya.

8. Sebarang laporan atau ulasan kes perlu di simpan ke dalam fail untuk
kegunaan guru pada masa akan datang.

9. Sebarang kes tidak boleh dihebahkan di dalam perhimpunan.

10. Online sebarang kes aduan di dalam e-PIDP dalam


laman web
http://pps.moe.gov.my/pidp

33. UNIT PEMILIHAN KWAPM.

SENARAI TUGAS:
1. Mengedarkan borang kepada semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 melalui
kelas masing- masing.
2. Mengadakan mesyuarat untuk memilih dan mengesahkan murid miskin yang layak.
3. Menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan di peringkat
sekolah dan perlu disimpan untuk tujuan audit dan pemantauan.
4. Mengenalpasti kaedah terbaik pengagihan bantuan. (Rujuk pekeliling berkaitan
Tatacara Kewangan dan Perakaunan Penyaluran Pemberian dan Bantuan
Kewangan ke Sekolah yang di keluarkan oleh Bahagian Kewangan,KPM.)
5. Guru Besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah
adalah bertanggungjawab menentukan hanya murid yang benar-benar layak
sahaja diberi bantuan. Tindakan boleh dikenakan kepada Guru Besar sekiranya
berlaku ketidakpatuhan kepada kriteria dan peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian.
6. Sekiranya jawatankuasa mendapati terdapat keraguan yang timbul ataupun
terdapat maklumat palsu pada mana-mana bahagian yang diisytiharkan,pihak
Jawatankuasa berhak untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.
7. Memastikan murid yang dipilih untuk bantuan KWAPM tidak menerima bantuan
yang sama dari mana-mana pihak lain.
8. Murid yang dikenalpasti layak mendapat bantuan dimaklumkan untuk membuka
akaun di Bank yang terpilih (BANK RAKYAT / BSN ).
9. Mengadakan majlis pengagihan KWAPM.Semua dokumen bagi memperakaunkan
urusan terimaan dan bayaran bantuan KWAPM hendaklah disimpan dengan
lengkap , teratur dan sentiasa dikemaskini.
10. Pihak sekolah dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Biasiswa secara bertulis
atau melalui talian sekiranya mempunyai masalah/pertanyaan berhubung
pelaksanaan bantuan KWAPM ini di peringkat negeri.

41
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

11. Pelajar yang tercicir layak dipertimbangkan untuk membuat rayuan dan borang
rayuan diedarkan kepada pelajar yang terbabit dan prosedur pemilihan dijalankan
.

34. UNIT TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)

SENARAI TUGAS:

1. Menerima aduan dan mengenalpasti samada murid tersebut layak atau tidak untuk
membuat tuntutan pampasan.

2. Memaklumkan kepada ibubapa/penjaga murid, notis pemberitahuan


kemalangan/tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh
kemalangan.

3. Borang Tuntutan hendaklah diisi oleh sekolah berkenan dengan mendapat


pengesahan dan perakuan daripada Guru Besar atau GPK HEM sekolah.

4. Guru Besar hendaklah memastikan bahawa :-

4.1 Murid yang menuntut adalah murid yang sah dan berdaftar di sekolah berkenaan.
4.2 Tuntutan yang dibuat benar-benar berada di bawah skop perlindungan yang dinyatakan.

5. Memastikan Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan betul dan tepat dan
semua borang mesti ditandatangani oleh Guru Besar atau PK HEM.

6. Bayaran manfaat tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun bank penama.

35. UNIT PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.

SENARAI TUGAS:
1. Menerima bekalan susu daripada pembekal dan memastikan susu
berada dalam keadaan selamat untuk diminum.
2. Mengagihkan susu kepada murid mengikut jadual.
3. Memastikan bilik penyimpanan susu sentiasa kemas dan bersih.
4. Merekodkan pengagihan susu kepada murid.
5. Sentiasa peka dengan tarikh luput susu.
6. Bertindak cepat apabila berlaku keracunan.

36. UNIT KECERIAAN SEKOLAH.

SENARAI TUGAS:

1. Mengenalpasti murid-murid yang kerap ponteng .


2. Mengambil tindakan seperti menghantar surat amaran.
3. Melawat dan berbincang dengan ibu bapa/penjaga jika perlu.
4. Merekodkan kesalahan murid.
5. Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk

42
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

mengadakan program menangani kes ponteng sekolah

37. UNIT PPDa PROGRAM PENXEGAHAHAN DADAH.


SENARAI TUGAS:

1. Bertanggungjawab merancang pelbagai program pendidikan pencegahan dadah di


sekolah seperti program info 5 minit antidadah sewaktu perhimpunan rasmi (Isnin)
setiap minggu untuk menerangkan kepada murid-murid tentang bahaya dadah dan
jenis-jenis dadah.

2. Merancang dan melaksanakan program-program seperti


ceramah,pameran
dan pertandingan- pertandingan bertemakan anti dadah.

3. Memastikan program PPDa berjalan dengan lancar.


4. Memastikan penyebaran maklumat tentang dadah berjalan dengan sempurna.
5. Memantau pergerakan pelajar dan membuat laporan dari semasa ke semasa
kepada pihak sekolah.

6. Mengenal pasti pelajar yang berisiko tinggi untuk dibantu.


7. Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam
penyalahgunaan dadah seperti merokok,menghidu gam dan melaporkan kes-kes
tersebut kepada pihak sekolah.

8. Memastikan Program Prosidar dijalankan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan (PJK).

9. Memastikan sekolah bebas dengan dadah.

38. UNIT E-DAFTAR MENENGAH.

SENARAI TUGAS:

1. Menjalankan mesyuarat jika ada keperluan


2. Melaporkan sebarang masalah ke JPN
3. Menguruskan Pendaftaran murid ke sekolah menengah
4. Mengisi kemasukan MURID ke SBP, SMKA, RAA, RK
4 Mempamerkan siaran berkaitan serta berbincang dengan pengurusan sekolah/JPN

39. UNIT PERHIMPUNAN MINGGUAN.


SENARAI TUGAS:

1. Mengalu-alukan kehadiran murid.


2. Memastikan Perhimpunan mingguan berjalan dengan lancar

43
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

40. UNIT SEKOLAH PENYAYANG.

SENARAI TUGAS:

1. Melancarkan Program Sekolah Penyayang Peringkat Sekolah


2. Membuat Persiapan Sambutan Hari LAHIR untuk warga Sk RKT Bersia.
3. Menyediakan Takwim Program,Kertas Konsep dan Laporan bagi aktiviti yang dilaksanakan .
4. Memberi penghargaan kepada murid.

41. UNIT LAWATAN & PENANDA ARAS.

SENARAI TUGAS:
1. Merangka Program Tahunan bagi murid dan Guru untuk Program Kemasyarakatan dan
Program Luar.
2. Menyedikan Kertas Kerja serta laporan yang berkaitan .

44
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

UNIT
KOKURIKULUM

45
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

42. SETIAUSAHA KOKURIKULUM.

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum


 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
 Membantu PK Kokurikulum dalam perancangan, pengagihan tugas, pelaksanaan,
pemantauan dan penilaian ke atas murid.
 Mengurus dan menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa
mengikuti aktiviti kokurikulum.
 Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat
persatuan/ kelab, badan beruniform serta sukan dan permainan.
 Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.
 Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa
kemas kini dan mencukupi.
 Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikum serta
menyusun dan menyelaraskan latihan untuk mereka.

43 Tanggungjawab Setiausaha Sukan


 Menyelaras semua semua aktiviti sukan sekolah.
 Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai.
 Membantu guru besar dan PK Kokurikulum mengagih dan menjayakan tugas dalam
permainan.
 Menetapkan murid dalam rumah sukan.
 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti sukan dan keperluan
peralatan.
 Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
 Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
 (Ketua Panitia PJ).
 Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori peralatan sukan .
 (Ketua Panitia PJ)
 Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan
kemudahan sukan.
 Menyediakanlaporan yang lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
 Sentiasa berbincang dengan Guru Besar/ PK Kokurikulum untuk kepentingan sukan
sekolah.
 Merekod pencapaian cemerlang murid-murid.

44 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan / Kelab / Badan Beruniform dan Permainan


 Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan / kelab, badan beruniform dan
permainan.

46
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.


 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
 Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid menyertai aktiviti.
 Menentukan laporan aktiviti , surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan
baik.
 Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap
tahun mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
 Mengagihkan kad kokurikulum kepada semua guru untuk diedarkan kepada murid.
 Mengumpul kad tersebut pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod.

45 Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin


 Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa.

 Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
 Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
 Memastikan jawatan kuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
perlembagaan.
 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
 Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan badan beruniform,
persatuan/ kelab serta kelab sukan dan permainan.
 Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda dan peralatan kokurikulum
diurus dan dipelihara dengan baik.
 Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan.
 Mendaftar setiap pasukan badan beruniform, persatuan/ kelab serta sukan dan
permainan.
 Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
ahli.
 Mengurus penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah/ zon / daerah dalam
aktiviti yang dijalankan.
 Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
 Memantau dan menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
 Menentukan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
 Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli.
 Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada
Jawatankuasa kokurikulum Sekolah.
 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru besar dari semasa
ke semasa.

46 Tanggungjawab Guru Penasihat Permainan


 Membentuk jawatankuasa
 Merancang untuk meningkatkan pengetahuan , kemahiran dan minat murid dalam
aktiviti permainan.
 Berusaha untuk meningkatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
 Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah.

47
BUKU MANUAL SENARAI TUGAS

 Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas / tingkatan/ sekolah.


 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
 Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat rawatan untuk ke
pertandingan luar sekolah.
 Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.
 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan
peralatan dan pengurusan.
 Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
 Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi.
 Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
 Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi pasukan sekolah.
 Merekodkan profil pemain dan pasukan yang cemerlang.
 Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan badan-badan
lain atau persatuan yang diluluskan.
 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru besar dari semasa ke semasa.

47 GURU RUMAH SUKAN

 Mengadakan mesyuarat rumah sukan bagi melantik Jawatankuasa rumah dan


mengendalikan semua mesyurat jawatankuasa berkenaan.
 Menentukan daftar ahli-ahli rumah disimpan dengan baik dan kemaskini.
 Mengendalikan latihan-latihan permainan mengikut jadual yang disediakan oleh
pihak sekolah.
 Kedatangan murid-murid bagi setiap latihan yang diadakan diambil dan
direkodkan.
 Senarai nama murid yang kerap tidak hadir bagi aktiviti atau latihan hendaklah
disampaikan kepada Setiausaha Sukan atau Guru Besar untuk perhatian dan
tindakan selanjutnya.
 Bertanggungjawab atas keselamatan ahli-ahli rumah semasa latihan atau aktiviti
rumah.
 Menggalakkan sikap taat setia terhadap rumah dan semangat bertanding dalam
usaha mencapai kejayaan kepada rumah
 Menjadi pengurus / jurulatih kepada pasukan rumahnya dalam pertandingan antara
rumah.
 Menjadi pengadil / pegawai pertandingan dalam perlawanan-pelawanan antara
rumah mengikut jadual tugas yang disediakan.
 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

48

You might also like